Successfully reported this slideshow.
We use your LinkedIn profile and activity data to personalize ads and to show you more relevant ads. You can change your ad preferences anytime.

Hubungkait sejarah Tanah Melayu dengan senario masyarakat masa kini

HUBUNGKAITKAN FAKTOR SEJARAH DENGAN SENARIO MASYARAKAT MASA KINI.

  • Login to see the comments

Hubungkait sejarah Tanah Melayu dengan senario masyarakat masa kini

  1. 1. KENEGARAANMALAYSIA MERUPAKAN SEBUAH NEGARA YANG TERDIRIDARIPADA PELBAGAI KAUM, BAHASA, AGAMA, EKONOMIDAN POLITIK BERASASKAN PERKAUMAN. DENGANMERUJUK KEPADA DIMENSI INI, HUBUNGKAITKANFAKTOR SEJARAH DENGAN SENARIO MASYARAKAT MASAKINI.
  2. 2. KANDUNGANPERKARA MUKA SURAT1.0 PENGENALAN 22.0 KEMASUKAN KAUM DI MALAYSIA 3 2.1 KEMASUKAN KAUM INDIA 3 2.2 KEMASUKAN KAUM CINA 3 2.3 KEMASUKAN KAUM ARAB 4 2.4 KEMASUKAN KAUM INDONESIA 53.0 ASPEK PENTING DI MALAYSIA 6 3.1 ASPEK BAHASA 6 3.2 ASPEK AGAMA 9 3.3 ASPEK EKONOMI 10 3.4 ASPEK POLITIK 114.0 KESIMPULAN 145.0 BIBLIOGRAFI 15 2
  3. 3. 1.0 PENGENALAN Masyarakat Malaysia sangat sinonim sebagai sebuah negara yang bercirikan perbagaikaum serta identiti. Terdapat lebih 80 kaum di seluruh Malaysia. Masyarakat yang ada pada hariini adalah masyarakat yang telah dicampuri pelbagai asal-usul, bahasa, agama ,ekonomi danpolitik yang berbeza-beza. Penduduk asal Tanah Melayu adalah orang Melayu dan beberapakaum minoriti yang lebih mudah kita kenali sebagai kaum orang asli dibeberapa bahagianpedalaman di Tanah Melayu. Di Sabah dan Sarawak pula penduduk asalnya ialah terdiri daripadakaum Kadazan, Dusun, Murut, Iban , Bajau, Melanau dan pelbagai suku minoriti yang lain.Kaum-kaum lain yang ada di Malaysia pada hari ini pula seperti Kaum Cina, India, Serani, Siam,Bugis, Jawa dan sebagainya ialah golongan imigran yang datang dan menetap di Tanah Melayusama ada secara tetap ataupun hanya sekadar singgah untuk memenuhi keperluan mereka. Merekabukanlah penduduk asal di Tanah Melayu. Daripada keseluruhan bangsa tersebut, terdapat tigabangsa yang paling utama iaitu Melayu, India dan Cina. Kehadiran pelbagai kaum pada asasnyatelah bermula pada era kegemilangan Melaka lagi melalui proses perdagangan yang dijalankan.Pada zaman sebelum pendudukan British, antara kaum yang dikenalpasti memasuki dan menetapdi Tanah Melayu khususnya di Melaka ialah India, Cina, Arab dan warga Indonesia. 3
  4. 4. 2.0 KEMASUKAN KAUM DI MALAYSIA 2.1 KEMASUKAN KAUM INDIA Kemasukan India ke Tanah Melayu sudah berlaku sejak sekian lama. Candi di LembahBujang antara bukti kukuh kemasukan India yang menyebabkan tersebarnya pengaruh Hindu diTanah Melayu. Begitu juga teori tentang kedatangan Islam yang turut didakwa sesetengah sarjanaberasal dari India. Apabila Melaka muncul sebagai pusat perdagangan serantau menjelang abadke-15, masyarakat India yang terdiri daripada golongan pedagang, sami Buddha dan Hindu,tukang dan sebagainya tidak terlepas pandang untuk memasuki Tanah Melayu dengan pelbagaikepentingan. Antara faktor yang membawa kepada penghijrahan mereka ialah hasrat pemuka-pemuka agama mereka untuk meluaskan ajaran agama Buddha dan Hindu ke seluruh dunia.Mencari pasaran baru untuk berniaga juga merupakan faktor utama penghijrahan masyarakatIndia di Tanah Melayu sebelum pendudukan British di Tanah Melayu. Kemasukan India diTanah Melayu yang mempunyai sejarah sudah tentu menghasilkan pengaruh dan kesan tertentukepada masyarakat peribumi Tanah Melayu antaranya dari aspek agama, bahasa, ekonomi dankebudayaan. 2.2 KEMASUKAN KAUM CINA Kemasukan masyarakat Cina ke Tanah Melayu dikatakan bermula zaman kegemilanganMelaka lagi. Namun kemasukan yang agak jelas bermula pada zaman Kesultanan MelayuMelaka, manakala kemasukan besar-besaran dan bersistematik komuniti ini hanya berlaku selepaspendudukan British di Pulau Pinang dan Singapura pada abad ke-18. Kaum Cina juga datang keTanah Melayu untuk berdagang. Kedudukan Melaka yang sememangnya strategik dan terletakantara laluan China dan India membolehkan setiap pedagang Cina untuk datang atau singgah kePelabuhan Melaka ketika itu. Mereka datang ke Tanah Melayu untuk mendapatkan bekalan buah-buahan, bijih timah, gincu, lada hitam, candu dan ubat akar kayu. Mereka juga memperniagakanbarangan mereka seperti kain sutera, kain benang emas, tembikar, pinggan mangkuk dan 4
  5. 5. sebagainya. Kemasukan golongan Cina juga sedikit sebanyak memberi kesan kepada pelbagaiaspek terhadap sosio-budaya masyarakat di Tanah Melayu dari aspek politik, sosial, ekonomi dankesenian di Tanah Melayu. Menyingkap sejarah silam zaman Kesultanan Melayu Melakadidapati perhijrahan yang terawal orang-orang Cina bermula di zaman tersebut. lanya diketuaioleh Puteri Hang Li Po yang berkahwin dengan Sultan Mansor Shah. Puteri Hang Li Po dengandiiringi seramai 500 orang pengikut telah bermustautin di Melaka. Ini merupakan pusinganpertama proses penghijrahan mingran Cina di Tanah Melayu. Kesan daripada peristiwa bersejarahini kewujudan kelompok masyarakat peranakan di antara Melayu - Cina iaitu hasil daripadaproses perkahwinan campur antara kedua-dua etnik tersebut. Mereka ini dikenali sebagai kaumBaba dan Nyonya. Baba dan Nyonya adalah segolongan keturunan kaum Cina yang unikKedudukannya di kalangan kaum Cina yang terdapat di Negeri-negeri Selat dan Tanah Melayuamnya (kini Malaysia), khususnya di negeri Melaka. Apabila Tanah Melayu dijajah oleh Britishpada awal abad ke-17, berlaku infiriti komplek di kalangan mereka. Sebahagian mereka engganmengakui bahawa mereka adalah orang Cina tetapi sebaliknya mendakwa bahawa mereka adalahrakyat British dan amat berbangga dengan kedudukan ini. Tambahan pula, mereka mengejipendatang-pendatang Cina yang baru dan mempunyai kelab tersendiri yang tidak membenarkanpendatang-pendatang Cina masuk.1 Mereka memanggil diri mereka sebagai "Baba" atau"Peranakan" kerana kebudayaan mereka, yang berasal daripada warisan tradisi Cina, mempunyaiunsur-unsur pengaruh kebudayaan Melayu. 2.3 KEMASUKAN KAUM ARAB Kemasukan orang Arab ke Tanah Melayu dikatakan sejajar dengan kemasukan Islam keTanah Melayu iaitu pada abad ke 13. Proses perkaitan antara bangsa Arab dengan teorikedatangan Islam ke Tanah Melayu adalah amat dominan. Kemasukan Arab ke Tanah Melayu inidikatakan telah bermula di Terengganu berikutan penemuan batu bersurat di negeri tersebut.Orang Arab pada asasnya datang ke Tanah Melayu untuk tujuan berdagang berikutan PelabuhanMelaka ketika itu merupakan pelabuhan entrepot tersohor di rantau ini. Di sini berlaku pelbagaiurusniaga yang merangkumi ruang lingkup antara Timur dan Barat. Disamping memasarkan1 Http://ms.wikipedia.org/wiki/baba_nyonya 5
  6. 6. barangan dagangan mereka, mereka turut membeli barangan di Tanah Melayu seperti rempahratus, bijih timah, bunga cengkih dan sebagainya. Mereka juga dapat membeli barangan darinegara-negara lain yang turut berdagang di Tanah Melayu. 2.4 KEMASUKAN WARGA INDONESIA Penghijrahan warga Indonesia ke Tanah Melayu telah bermula pada abad ke-14 lagiseiring dengan kemasukan dari India,Arab, China, dan lain-lain kaum pendatang yang lain.Tujuan utama yang mendorong mereka memasuki Tanah Melayu khususnya Melaka pada abadke-15 ialah kerana ingin meluaskan perniagaan mereka ke pasaran antarabangsa. Mereka yangdatang dari pelbagai daerah di Indonesia membawa barangan yang berbeza-beza untukdiperniagakan. Sebagai contoh, masyarakat dari Sumatera membawa barangan seperti emas danrempah, dari Pulau Jawa pula membawa bahan makanan, Maluku membawa bunga cengkih dandari Pulau Banda membawa buah pala. Mereka dari kalangan Minangkabau dari Sumatera Baratjuga telah berhijrah ke Negeri Sembilan yang masih belum bernama ketika itu. Sehinggalah abadke-17, masyarakat tempatan di Sungai Ujung, Johol, Naning dan Jelebu menerima seorang rajadari Minangkabau yang dijemput untuk memerintah Negeri Sembilan. Orang Bugis yang berasaldari Sulawesi juga telah datang dan menetap di Selangor, Perak dan Johor ketika itu. Pada 1766pula, Raja Lumu yang berasal daripada keturunan Bugis telah ditabalkan sebagai Sultan Selangoryang pertama. Penghijrahan mereka yang besar ini kerana mereka menganggap KepulauanIndonesia dan Tanah Melayu adalah serumpun dan tidak bersempadan. Sebelum Perang Dunia ke-2, berlaku pergolakan politik di Indonesia . Taraf hidup petani rendah, malah Belanda gagalmeningkatkan taraf hidup mereka. Belanda mengenakan pelbagai cukai seperti buruh, tanah,kepala yang menambahkan kesengsaraan rakyat. Tekanan daripada Belanda menyebabkanpenghijrahan orang Bugis dan Sumatera. Selain itu terdapat perkembangan ekonomi yang pesat diTanah Melayu. Kesan-kesan kemasukan imigran ke Tanah Melayu dapat dilihat antaranya dariaspek politik, sosial, bahasa, kesenian dan kebudayaan.3.0 ASPEK PENTING DI MALAYSIA 6
  7. 7. 3.1 ASPEK BAHASA Dari aspek bahasa, walaupun Tanah Melayu dan Indonesia serumpun, tetapi terdapatsedikit proses peminjaman dan penciplakan bahasa dan istilah daripada bahasa Indonesia tetapberlaku. Contoh istilah ‘sihat’ dan ‘makan’ merupakan bahasa Jawa yang digunapakai olehmasyarakat Melayu sehingga ke hari ini. Awalan ‘tuna’ juga berasal daripada dialek atau bahasaIndonesia. Begitu juga dengan kata akhiran ‘wan’ yang jelas mempamerkan pengaruh bahasaIndonesia yang kental. Sebagai contoh, budayawan, sukarelawan dan sejarawan. Penghijrahan orang dari India ke Dunia Melayu telah mempengaruhi perubahanmasyarakat tempatan berabad-abad lamanya sejak dari kurun pertama Masihi. Mereka membawabukan sahaja agama Buddha dan Hindu tetapi juga pemerintahan beraja, kesusasteraan,geografi,hukum,ilmu nujum,ubat,seni pahat,pengolahan logam,kain sutera dan sebagainya.Perkara itu memberi faedah yang penting kepada dunia Melayu. Beberapa faktor berkaitan bolehdijumpai dalam perkataan bahasa Sanskrit yang dimasukkan ke dalam bahasa Melayu. Ketikabahasa Sanskrit mendatangi dunia Melayu, perubahan penting terjadi dalam masyarakat Melayu. .Dunia Melayu dikatakan mencebur diri ke zaman perdagangan. Untuk melakukan perdagangantersebut, kota dan bandar dibentuk dan dibangunkan di beberapa tempat di kepulauan Melayusebagai pengkalan pertukaran dengan negara luar Nusantara. Menurut perkembanganperdagangan, persalinan perseorangan pun semakin meningkat dan juga bukan sahaja dari segimaterial tetapi juga bahan perpustakaan dan kesusasteraan dibawa oleh orang India. Contoh :agama, syurga, neraka, dosa, bakti, manusia, udara, cuaca, negara, keluarga, raja, bendahara,kuasa, duli, beta, istana, pustaka, tentera, cerita, harga, kota, desa, merdeka, kerja. Pengaliran masuk perkataan bahasa Arab pula beserta kedatangan agama Islam merupakanperistiwa yang sama penting dengan pengislaman kerajaan Melaka dalam sejarah dunia Melayu.Melalui proses peminjaman dari bahasa Arab,perubahan leksikal dilakukan sama ada kata umummahupun istilah. Setelah agama Islam disebarkan ke seluruh dunia Melayu,bahasa Melayu bukansahaja menjadi bahasa pengantar bagi bidang pendidikan dan pengajian tinggi tetapi juga bahasaumum di Nusantara. Oleh itu kebudayaan Islam memberi pelbagai pengaruh yang penting kepadamasyarakat Melayu. Sifat yang didapati oleh penganalisa tentang golongan perkataan dari bahasaArab adalah seperti yang berikut. Kebanyakan kata pinjaman dari bahasa Arab terdiri daripada 7
  8. 8. tiga kategori seperti “konsep berdasar ilmu Islam”(pandangan dunia,nilai moral,undang-undang,upacara dll),”perkembangan perniagaan” dan “peningkatan sains,kesusasteraan dan seni”.Terutamanya,perkataan Arab boleh dijumpai dalam golongan kata umum yang bermaksudhubungan antara Tuhan dan manusia,perniagaan dan upacara sebagai kelahiran,perkahwinan,pemakaman dan sebagainya. Contoh perkataan-perkataan yang telah sebati dalam kehidupanharianan dan menggambarkan jiwa bangsa dunia Melayu ialah adat, dunia, masjid, salam, ulama,masyarakat, syarikat,musim, ilmu, khabar, hukum, huruf, nujum, kamus, murid,nafsu,hikayat,sejarah, riwayat, dan kisah. Ketika pedagang Parsi berkunjung ke Dunia Melayu lebih 800 tahun lalu,merekamembawa pelbagai pengaruh yang kesannya masih tinggal sehingga kini. Salah satu kesan yangberkekalan merupakan agama Islam yang tersebar di seluruh Nusantara.Selain daripadaitu,pedagang Parsi juga membawa kesusasteraan mereka dan memperkenalkan penggunaantulisan jawi kepada orang Melayu. Kesannya terdapat dalam bahasa Melayu di mana perkataanyang mempunyai asal-usul dari bahasa Parsi digunakan dalam percakapan seharian seperti bandar,dewan, domba, kahwin, kelasi, kenduri, medan, piala, nobat, pasar, nakhoda, saudagar, pahlawan,jam dan serunai Orang Portugis menduduk Melaka selama satu abad sejak dari tahun Masihi 1511.Berkaitan hal ini pengaruhnya boleh ditemui dalam beberapa perkataan yang diambil dari bahasaPortugis ke dalam bahasa Melayu. Melalui analisa kata-kata tersebut,kita boleh mengagakhubungan antara masyarakat Melayu dan orang Portugis pada masa itu dan ia boleh dibahagikankepada tiga bidang iaitu “kedatangan barang-barang Eropah dari Portugis”,”kedatangan agamaKristian” dan “tenaga tentera Eropah”. Latar-belakang perkara tersebut, zaman itu orang Portugisberminat untuk menguasai perniagaan di antara India dan Nusantara tetapi kuasanya tidak kuatuntuk memerintah seluruh dunia Melayu.Oleh sebab itu pengaruhnya kepada masyarakat Melayutidak sampai ke jiwa bangsa dan ia hanya membawa masuk barang dan ilmu dari Eropah sebagaiperkara baru.Contoh perkataan dari Portugis seperti almari, bendera, meja, boneka, garpu, keju,kemeja, sepatu, tinta, gereja, paderi, meriam, peluru, minggu, picu, roda, dan bomba. Pada abad ke- 19, ramai orang Cina dan India dibawa masuk ke sana sebagai tenagaburuh di kawasan perlombongan dan estet.Akibat perkara itu,perkataan berasal dari bahasa 8
  9. 9. Cina,Tamil dan Hindi telah dibawa oleh imigran ke sana. Unsur-unsur perkataan yang tergolongdalam kategori ini boleh ditemui dalam bahasa Melayu sekarang. Perkataan itu menjadisebahagian dari kehidupan harian dan sudah sebati di kalangan masyarakat Malaysia sebagaiunsur budaya umum meskipun ia dibawa masuk oleh imigran dari negara berasingan. MasyarakatCina terbahagi kepada pelbagai puak berdasarkan dialek pertuturan mereka. Kalau ditinjau daripola penghijrahan berdasarkan kelompok bahasa dan dialeknya, didapati bahawa mereka initerdiri daripada kelompok bahasa Teochew, Kantonis dan Hailam yang berasal dari wilayahKwangtung. Manakala Hakkien dari wilayah Fukien. Dialek Hakka pula berasal dari wilayahPergunungan Kwantung. Sebagai contoh taburan kependudukan bangsa Cina ialah penempatankaum Cina di kawasan perlombongan sekitar bandar Ipoh ialah dari dialek Hakka. Bagi kawasanpelabuhan seperti Pulau Pinang, Telok Anson, Lumut di Perak dan Kelang, Selangor didiami puladari dialek Hokkien. Menurut Khoo Kay Kim, yang terlibat secara langsung dalam kegiatanekonomi pertanian pula seperti penanaman tebu, lada hitam, dan gambir, taburan kependudukkanCinanya terdiri dari golongan dialek Teochew.2 Contoh Bahasa Cina : angpau, beca, cawan,dacing, pecai, samseng,sempoa, tauge, tauhu, tauke, toko, tukang, tong, teko, mi dan tocang.Bahasa Tamil pula seperti batil, kari, manikam, kapal, tirai, badai, tose,cerpu, katil, perisai, talamdan pinggan.Bahasa Hindi pula seperti acar, bakdul, kunci, dobi, lada, marmar, neraca,pateri, roti,tala, dan topi. Penjajahan Inggeris di Tanah Melayu telah memberi banyak pengaruh kepada masyarakatMalaysia. Salah satu pengaruh yang penting ialah penyerapan penggunaan bahasa Inggeris dalammasyarakat Melayu sebagai bahasa pentadbiran,perniagaan dan pendidikan. Telah banyakperkataan ini,sifatnya boleh didefinisikan bahawa perkataan bahasa Inggeris dimasukkan dalambahasa Melayu sejak zaman penjajahan sampai sekarang terutamanya dalam bidang sains danteknologi. 3.2 ASPEK AGAMA2 Khoo Kay Kim, latarbelakang Sejarah Masyarakat India dan Cina di Tanah Melayu, dlm.JEBAT bil.1, Tanah PersatuanSejarah, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi,1971/72:ms 20 9
  10. 10. Dari aspek agama , kita dapat melihat tinggalan-tinggalan lampau warisan Hindu danBuddha di Tanah Melayu seperti runtuhan Candi di Lembah Bujang yang melambangkan anutanmasyarakat tempatan ialah Hindu dan Buddha selepas anutan tradisi seperti Animisme dansebagainya. Pada abad ke 15, masyarakat Arab juga turut memasuki Tanah Melayu atasmeneruskan kesinambungan dakwah Islam yang ditinggalkan oleh Nabi Muhammad S.A.W.Bahkan ada di kalangan warga Arab yang digelar guru professional, bermigrasi ke Tanah Melayusemata-mata untuk berdakwah tanpa mempunyai kepentingan lain selain dari itu. Namunkebanyakan sarjana berpendapat, pengislaman besar-besaran hanya jelas kelihatan pada zamanMelaka pada abad ke-15. Maka, berdasarkan teori kemasukan Islam ini juga dapatlah kitapertanggungjawabkan ke atas kemasukan masyarakat Arab ke Tanah Melayu pada abad ke-15.Oleh kerana kemasukan orang Arab adalah sejajar dengan kemasukan Islam di Tanah Melayu,justeru itu proses Islamisasi Tanah Melayu khususnya Melaka pada ketika itu adalah antara kesanyang paling jelas sekali. Raja Melaka yang pertama iaitu Parameswara telah menerima danmemeluk Islam pada tahun 1409 masihi dengan memakai gelaran Sultan Iskandar Zulkarnain. Inimenyebabkan proses Islamisasi penduduk Melaka samada peribumi ataupun masyarakat imigranyang lain menjadi begitu berkesan. Apabila Melaka mengambil Pahang daripada Siam pada tahun 1456, maka prosesIslamisasi ini semakin meluas dan Islam menjadi agama rasmi negeri Pahang.Ini juga merupakankesan kemasukan masyarakat Arab ke Tanah Melayu. Penggunaan nama berunsur Islam dan Arabdalam kalangan pemerintah dan rakyat juga merupakan kesan pendudukan Arab di TanahMelayu. Penggunaan nama berunsur Islam dan Arab seperti Muhammad, Abdul dan Abdullahbegitu mendapat sambutan bagi mencerminkan jiwa Islam dalam kalangan masyarakat di TanahMelayu ketika itu. Masyarakat juga tidak lagi mengamalkan sistem kasta yang membezakandarjat seseorang individu itu dengan individu yang lain seperti yang diwarisi dari tradisi Hindudahulu. Setiap kaum mengekalkan agama masing-masing seperti orang Melayu agama Islam,orang Cina agama Buddha, dan orang India agama Hindu. Kesan yang jelas ialah penggunaangelaran Sultan oleh kebanyakan Raja di Tanah Melayu ketika itu. Penggunaan hukum Islamsebagai asas penggubalan undang-undang di negeri-negeri Tanah Melayu seperti Hukum KanunMelaka dan Undang-undang Laut Melaka juga menunjukkan betapa kuatnya pengaruh Islam 10
  11. 11. ketika itu. Jawatan mufti juga sudah mula diwujudkan dalam pentadbiran bagi menasihati Sultanmengenai hal ehwal agama. Mufti juga berperanan sebagai guru agama di istana. Di peringkat awal Islamisasi , golongan mufti ini kebanyakan adalah pendatang Arab,sebagai contoh, Syed Abdul Rahman al-Saggaf di Pahang. Dari segi anutan, orang-orang Cinakebanyakannya masih mengekalkan agama Buddha, namun telah ramai yang memeluk agamalain seperti Islam atau Kristian. Setelah bermustautin di Tanah Melayu dan menjiwai kebudayaanMelayu akhirnya mereka ini menjadi sebahagian daripada kelompok masyarakat yang terdapat diTanah Melayu sehingga sekarang. 3.3 ASPEK EKONOMI Dalam aspek ekonomi pula, hubungan antara pedagang China dan Tanah Melayu dikatakantelah bermula semenjak abad ke-7 lagi. Justeru hal ini pasti dapat menunjukkan kesan utama dalambidang ekonomi di Tanah Melayu. China sebagai kuasa besar ketika itu telah membantumempopularkan Pelabuhan Melaka kepada dunia pada abad ke-15 kerana hubungan ekonomi yangtelah lama terjalin antara China dan Kepulauan melayu. Kesan penghijrahan komuniti India pulayang paling utama dirasai di Tanah Melayu sebelum pendudukan British ialah industriperdagangan Melaka semakin berkembang. Ini kerana pedagang India merupakan antara pedagangluar yang pertama sampai di Tanah Melayu. Selain itu, amalan riba dalam perniagaan sudah tidak diterima pakai lagi. Penggunaansistem ekonomi yang lebih adil telah digunakan. Melalui warga Arab yang ada ketika itu juga,fasal-fasal atau bahagian-bahagian dalam ekonomi Islam mula digunapakai. Contohnya melaluiinstitusi kebajikan orang Islam seperti Baitulmal dan juga amalan wajib mengeluarkan zakatdaripada harta yang diperoleh seseorang. Peningkatan kegiatan ekonomi di Tanah Melayu telahmenyebabkan pihak British membawa masuk beramai-ramai buruh dari negara China dan Indiauntuk menampung kekurangan pekerja di sektor perladangan dan perlombongan. Penambahanpenduduk dan peningkatan kegiatan ekonomi telah menyebabkan pertumbuhan sektor bandar ,jalan-jalan, rel-rel kereta api, dan pembahagian kelompok kaum bandar dan luar bandar bertambahbesar. 11
  12. 12. Kewujudan bandar-bandar baru dan pembukaan tanah bagi tujuan perladangan danperdagangan seperti Raub, perlombongan emas, pembinaan jalan raya, dan jalan kereta api sepertijalan kereta api yang menghubungkan Taiping dan Port Weld, Klang dan Kuala Lumpur, danakhirnya jalan kereta api yang menghubung dari negeri ke negeri di Tanah Melayu. Pada zamanpemerintahan British Tanah Melayu milik orang Melayu, ekonomi komersial pula milik orangCina dan India ,sementara politik milik British hinggakan orang Melayu ketinggalan. Beberapafaktor yang menjadikan orang Melayu tidak terlibat dengan ekonomi komersial ialah Britishsendiri dengan dasarnya yang menekan penduduk asal serta ‘Dasar Pecah Perintah’ yangdijalankan British sewaktu penjajahannya, setiap kaum mengikut kegiatan tertentu. Orang Melayumengurus dalam bidang pertanian dan penangkapan ikan. Orang Cina mengurus perlombongandan perdagangan. Bagi India berladang getah dan perladangan lain. Kegiatan ekonomi mengalamiterpisah tempat kediaman. Golongan Melayu tinggal di kampung berhampiran kawasan pertaniandan pinggir laut. Kaum Cina tinggal di perlombongan dan bandar pusat perniagaan. Kaum Indiapula tinggal di estet-estet dan kelapa sawit. Oleh itu, taraf kemajuan ketiga-tiga kaum berbezamengikut jenis pekerjaan. 3.4 ASPEK POLITIK Dari aspek politik, kemasukan masyarakat Cina pada zaman Melaka telah membawakepada hubungan baik antara Melaka dan juga kerajaan China. Perkahwinan antara Sultan Melakaiaitu Sultan Mansur Syah dengan Puteri Maharaja China iaitu Puteri Hang Li Poh telahmerapatkan lagi hubungan baik politik antara Melaka dan China. Bahkan, seawal tahun 1404lagi, hubungan baik ini telah berlaku melalui lawatan Laksamana Yin Ching dan diikuti olehLaksamana Cheng Ho pada 1409 ke Melaka sebagai utusan Maharaja China. Hubungan persahabatan yang amat baik antara Tanah Melayu dengan KepulauanIndonesia juga telah berlaku. Kerajaan Melaka melalui Sultan Mansur Shah telah menjalinhubungan akrab dengan Majapahit. Baginda telah mengahwini puteri kepada Betara Majapahitdengan hasrat untuk mengeratkan hubungan antara Melaka dan Majapahit. Penubuhan kerajaan 12
  13. 13. Negeri Sembilan dan Selangor merupakan kesan besar kemasukan masyarakat Indonesia di TanahMelayu. Begitu juga hubungan baik dengan kerajaan-kerajaan di Tanah Melayu seperti Kedahdan sebagainya. Perubahan ketara berlaku semasa penjajahan British. Pendudukan British di Tanah Melayubermula dari pergolakkan politik dan perebutan takhta yang berlaku di negeri Kedah dan Johor.Ini telah memberi kesempatan kepada British untuk menakluk Pulau Pinang dan Singapura.Manakala melalui perjanjian Inggeris – Belanda pada tahun 1824, secara langsung Melaka telahdiserahkan oleh Belanda kepada pihak British. Ketiga-tiga wilayah ini telah disatukan di bawahsatu pentadbiran yang dikenali sebagai negeri-negeri selat. Penjajahan British di Tanah Melayubertujuan memenuhi keperluan permintaan bahan mentah untuk industri barat, mencari pasaranbaru bagi barangan siap dan memberi peluang baru untuk pelaburan di barat. Hasilnya TanahMelayu membangun dengan pelbagai infrastruktur seperti jalan kereta api yang menghubungkanbandar dengan pelabuhan, perdagangan dan pembangunan bandar-bandar kecil. Campur tangan Inggeris 1874 memberi jaminan keamanan terutama di negeri yangkaya dengan bijih timah dan hasil ekonomi yang lain pada zaman pemerintahannya juga menjadidaya tarikan kemasukan modal Eropah. Dengan itu, kemasukan imigran untuk membekalkantenaga buruh yang murah dan banyak seperti orang India Selatan bekerja di ladang dan gajirendah. Orang Punjabi dan Sikh berkhidmat dalam polis dan tentera. Orang Tamil yangberpendidikan Inggeris berkhidmat dalam perkhidmatan pekeranian dan teknikal. Sebelum kedatangan Inggeris, struktur politik Melayu berkisar dalam sistem feudalpemerintahan Melayu secara terus. Apabila zaman penjajahan bermula, maka berlaku satu prosestransformasi kuasa Raja ke politik kuasa rakyat. Rakyat Melayu diajar berpolitik melalui sistemkepartian dan sistem perkongsian kuasa. Menurut Sarjana Mahadzir Mohd Khir , strukturorganisasi politik Melayu, dari bentuk feudal di zaman tradisional telah berubah menjadi satubentuk organisasi lain yang tersendiri.3 Pada era menuju kemerdekaan. berkembang parti politikberasaskan kaum. Dalam hal ini dapat dilihat terdapat hubungan antara kaum. Melayu denganParti Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO), Cina dengan Persatuan Cina Malaya (MCA) dan3 Mahadzir Mohd Khir, Proses Transformasi Politik Malaysia: Dari Rakyat ke Rakyat, 1997:hlm.1,5-6 13
  14. 14. India dengan Kongres India Semalaya (MIC) membentuk parti politik yang berteraskan kaummasing-masing, namun berada di bawah satu payung iaitu Parti perikatan. Terdapat juga parti lainseperti Pasok- Kadazan Dusun, AMCJA yang merupakan gabungan pertubuhan dan keahlianyang terdiri daripada orang-orang bukan Melayu yang memperjuangkan kesejahteraan kaummasing-masing. Hasil daripada kerjasama antara kaum ini membolehkan British bersetujumemberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu kepada 1957. Sebelum kemerdekaan, peristiwadarurat telah berlaku selepas tempoh penjajahan Jepun sehingga 1960 yang melibatkan PartiKomunis Malaya. Dalam tempoh ini juga hubungan antara orang Melayu dengan Cina kembalitergugat. Sekitar tahun 1965, penggunaan “Malaysia Malaysia” telah mula digunakan . Namun iatidak begitu diterima pakai. Peristiwa 13 Mei 1969 mesti dijadikan panduan dan teladan agarusaha interaksi, integrasi dan asimilasi dapat berjalan lancar. Peristiwa ini merupakan salah satuperistiwa yang menjadi salah satu lipatan dalam sejarah di mana berlaku satu rusuhan kaum dankemuncak masalah perpaduan di Malaysia. Tragedi ini mengakibatkan kehilangan nyawa sertaharta benda dan mempunyai kaitan yang rapat dengan ‘Pilihan Raya Umum 1969’ yangmerupakan satu titik hitam dalam Sejarah Malaysia. Pada tarikh ini Negara diisytiharkan darurat.Perlembagaan Persekutuan digantung. Negara diperintah secara terus oleh Yang Dipertuan Agungdi bawah Undang-undang tentera. Majlis Gerakan Negara ( Mageran) telah dibentuk. TunkuAbdul Rahman menarik diri dari Mageran dan digantikan dengan Tun Abdul Razak. Berikutanitu, Parlimen digantung. Satu Rukun Negara dibentuk bagi meningkatkan kefahaman rakyattentang Perlembagaan Negara . Menurut Mohd Ridzuan Asli, tragedi 13 Mei amat memalukanNegara Malaysia yang baru mencapai kemerdekaan. Oleh kerana sikap perkauman yangberkembang di kalangan setiap bangsa, maka kemuncak dari perasaan perkauman iniditerjemahkan dalam tragedi 13 Mei.4 Pihak kerajaan telah merangka beberapa strategi yang boleh mewujudkan keadaan yangaman damai yang menepati makna sebenar masyarakat majmuk. Namun ianya masih lagi tidakmencapai matlamat perpaduan. Masing-masing berusaha mengekalkan identiti sendiri dan engganmenerima asimilasi dari budaya lain. Pihak kerajaan telah merangka beberapa strategi yang bolehmewujudkan keadaan yang aman damai yang menepati makna sebenar masyarakat majmuk.4 Mohd Ridzuan Asli, Pemberontakan Bersenjata Komunis di Malaysia, Dewan Bahasa dan Pustaka, KualaLumpur,1993:hlm.120 dan 158 14
  15. 15. Kini, menjadi satu matlamat kerajaan dalam memastikan kesepaduan masyarakat iaitu dikenalisebagai Bangsa Malaysia. Konsep 1 Malaysia yang diperkenalkan oleh Y.A.B Dato Seri Najibbin Tun Abdul Razak diharap membawa inspirasi untuk membaiki hubungan kaum . Ini jugamerupakan satu kesinambungan bagi menjalinkan perpaduan yang lebih erat bagi rakyat pelbagaikaum di negara ini.4.0 KESIMPULAN Secara keseluruhannya, senario masyarakat kini berhubung kait dengan faktor sejarah.Sebagai sebuah negara yang terdiri daripada pelbagai kaum, bahasa , agama, ekonomi danpolitik ,hubungan baik adalah penting . Ini bagi memastikan kesepaduan dan kestabilan dalamhubungan sesama masyarakat, penelitian sejarah salah satu langkah yang penting. Bagimemastikan keadaan negara yang aman damai, perkara yang paling penting ialah ekonomi keranaia menjadi isu sensitif. Namun dalam hal ini, sikap masyarakat sendiri yang paling utama, perlumemahami kedudukan masing-masing. Malahan boleh menjadikan apa yang berlaku di luarnegara sebagai satu ukuran erti sebenar perpaduan. Sejarah perlu dijadikan satu rangka tindakanuntuk membina negara bangsa. Identiti negara bangsa adalah sinonim yang saling mengukuhkanidentiti, nasionaliti dan nasionalisme serta unsur-unsur patriotisma negara bangsa.5.0 BIBLIOGRAFI A.Aziz Deraman, (2001). Masyarakat dan Kebudayaan Malaysia. Kuala Lumpur: Cahaya Pantai (M) Sdn.Bhd. Buyong Adil,(1981). Sejarah Perak.Kuala Lumpur: DBP. 15
  16. 16. Chong.K.K. ,(1985) .“Masyarakat Melayu Semenanjung Malaysia:Evolusi Sejarah.” In Masyarakat Malaysia. Zuraina Majid (Ed.) Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia.Ismail Hussein et.al,(2001).Tamadun Melayu Menyongsong Abad Kedua Puluh Satu (Edisi kedua).Selangor:UKM.J.S.Furnivall, (1939).Netherlands India. Cambridge: Cambridge University Press.Katiman Rostam,(1984). Penduduk Malaysia. Kuala Lumpur: Nurin Enterprise.Md Salleh B. Gaus,(1984).Politik Melayu Pulau Pinang. Kuala Lumpur: DBP.Mohd Redzuan Othman et.al.,(2006).Sejarah pembinaan Negara Bangsa.Kuala Lumpur:UM.Mohd Isa Othman,(2002). Sejarah Malaysia (1800-1963).Kuala Lumpur: Utusan Publications.Muhammad Haji Muhd taib,(1996). Melayu Baru.Petaling jaya:Visage Communication.Shamsul Amri Baharuddin,(2007). Modul Hubungan Etnik. Shah Alam: UiTM. 16
  17. 17. Web.Wikipedia.26May 2011. <http://ms.wikipedia.org/wiki/Peristiwa_13_Mei#Lokasi_Tunku_Abdul_Rahman_semasa_peristi wa_13_Mei> 17

×