Wacana

6,400 views

Published on

hakcipta

Published in: Education
0 Comments
16 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

No Downloads
Views
Total views
6,400
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
3
Actions
Shares
0
Downloads
0
Comments
0
Likes
16
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Wacana

  1. 1. FALKULTI PENDIDIKAN KOD KURSUS : HBML3203 TAJUK KURSUS : Tatabahasa Dalam Pengajaran Bahasa SEMESTER : JANUARI 2014 NAMA E TUTOR : MOHD HANIF BIN MAT NOR NAMA TUTOR : ZALEHA BT MOHD.NOOR _____________________________________________________________________________ MATRICULATION NO : 741211115077-001 IDENTITY CARD NO. : 741211-11-5077 TELEPHONE NO. : 013-9823213 E-MAIL : jju2727@gmail.com LEARNING CENTRE : PPW KELANTAN
  2. 2. HBML3203 : TATABAHASA DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU 1 SEKAPUR SIRIH Syukur Alhamdulillah ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan izin dan rahmatNya, dapat saya menyiapkan tugasan Tatabahasa dalam Pengajaran Bahasa Melayu bagi semester kali ini. Keupayaan yang terbatas selaku manusia biasa serta cabaran dan dugaan yang dihadapi telah dilalui, meskipun memerlukan ketabahan dan kesabaran. Setinggi – tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih saya ucapkan kepada tutor saya , Puan ZALEHA BT MOHD.NOOR atas segala sumbangan ilmu, kepakaran dan tenaga beliau dalam memberi tunjuk ajar, bimbingan dan nasihat sehingga saya berjaya menyempurnakan tugasan ini. Hanya Allah jua yang dapat membalas jasa baik tuan. Terima kasih yang tak terhingga juga saya ucapkan kepada semua tutor dan rakan – rakan di Fakulti Pendidikan dan Bahasa OUM yang telah menyumbang ilmu yang tidak ternilai harganya sepanjang semester ini. Penghargaan ini juga buat keluarga tercinta kerana memahami serta membantu saya di dalam meneruskan cabaran untuk membawa pulang segulung ijazah. Sesungguhnya segala kesabaran dan penat jerih lelah pastinya ada hikmah disebaliknya.
  3. 3. HBML3203 : TATABAHASA DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU 2 ISI KANDUNGAN MS 1.0 PENDAHULUAN 1 1.1 KONSEP PENGAJARAN TATABAHASA 2 1.2 PENGERTIAN WACANA 2 1.3 DEFINASI DAN KONSEP TATABAHASA WACANA 3 1.4 KONSEP KEMAHIRAN MENULIS BAGI SEKOLAH RENDAH 4 1.5 PENGAJARAN TATABAHASA DALAM KEMAHIRAN MENULIS 6 2.0 PENGENALAN PENGAJARAN WACANA 2.1PENDEKATAN, KAEDAH DAN TEKNIK PENULISAN WACANA 9 . 2.1.1 PENDEKATAN TERKAWAL. 9 2.1.2 PENDEKATAN KOMUNIKATIF 11 3.0 CIRI- CIRI DAN KEPENTINGAN MENGAPLIKASI WACANA DALAM PENULISAN KARANGAN 13 3.1 CIRI-CIRI WACANA 14 3.2 KEPENTINGAN WACANA 15 4.0 APLIKASI PENULISAN WACANA YANG BERBENTUK FAKTA DI PERINGKAT SEKOLAH 19 4.1 BENTUK-BENTUK KARANGAN 20 4.2 CONTOH APLIKASI PENULISAN WACANA BERBANTUK FAKTA 22 5.0 KESIMPULAN 29 6.0 RUJUKAN 31
  4. 4. HBML3203 : TATABAHASA DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU 1 1.0 PENDAHULUAN Perkataan tatabahasa seperti yang digunakan oleh beberapa orang ahli tatabahasa Melayu moden seperti Daud Baharum dan Li Chuan Siu (1964), Asmah Hj Omar (1968,1972), Lufti Abas (1972), Asraf (1974), Nik Safiah Karim dan Zaharah Buang (1970) adalah sama seperti yang dimengertikan oleh ahli – ahli tatabahasa tradisional yang menyebutnya sebagai nahu. Kedua – dua istilah ‘nahu’ dan ‘tatabahasa’ ini, dalam bahasa Inggeris dinamakan grammar. Walau apapun pengertian yang diberi, kita tetap memahamkan bahawa tatabahasa atau nahu itu adalah satu bidang yang menerangkan peraturan–peraturan penggabungan kata–kata untuk menimbulkan bunyi dan ayat dengan menggunakan formula dan peraturan–peraturan tertentu Walaupun tatabahasa itu tidak merupakan satu mata pelajaran yang diajar secara formal tetapi aspek ini adalah sangat penting dalam pengajaran dan pembelajaran. Pengajaran tatabahasa bertujuan menentukan samada sesuatu ayat itu betul atau tidak mengikut peraturan tatabahasa atau resam bahasa itu. Selain daripada itu pengajaran tatabahasa ini penting kepada pelajar dalam peperiksaan kerana soalan–soalannya terkandung juga tatabahasa. Pengajaran tatabahasa ini juga penting dan berguna kepada orang–orang dewasa atau pelajar–pelajar pada peringkat tinggi, terutama bangsa asing, disebabkan mereka lebih suka belajar menerusi undang–undang atau peraturan – peraturan yang tertentu. Pengajaran tatabahasa biasanya diajarkan secara tidak langsung. Aspek – aspek yang hendak diajarkan itu biasanya ditemui ketika guru menyampaikan pelajaran dalam bacaan, puisi atau karangan. Segala penerangan atau penjelasan dilakukan dengan bantuan contoh – contoh daripada bahan – bahan tatabahasa itu dalam situasi yang sesuai. Murid – murid diberi latihan dalam bentuk latih tubi untuk menguasai kemahiran tatabahasa yang diajar. Walaupun pengajaran tatabahasa di sekolah tidak digalakkan diajar secara berasingan, guru – guru masih boleh mengajar dengan memberikan tumpuan khusus kepadanya. Ia disampaikan sebagai satu mata pelajaran yang khusus dalam satu – satu waktu tertentu. Walaupun begitu kemahiran – kemahiran lain seperti membaca dan menulis harus dijalankan serentak iaitu digabungjalinkan dengan pengajaran tatabahasa itu.
  5. 5. HBML3203 : TATABAHASA DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU 2 1.1 KONSEP PENGAJARAN TATABAHASA Menurut Abd. Aziz Abd Talib (2000:236) pengajaran tatabahasa membolehkan murid-murid berkomunikasi dalam Bahasa Melayu dengan baik. Pengetahuan dan kemahiran berkomunikasi ini membantu murid menghasilkan ayat yang gramatis dan berkomunikasi dengan berkesan. Dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu KBSR 2001, aspek tatabahasa sangat ditekankan dan dijadikan dasar kecekapan berbahasa dan diajarkan secara terancang dalam konteks bagi menghasilkan ketepatan berbahasa. Ini bagi membolehkan murid-murid mengikuti pengajaran tatabahasa secara berkesan dan memudahkan pemahaman mereka. Pengajaran tatabahasa juga hendaklah diajar dengan tidak memisah-misahkan aspek-aspek tatabahasa yang hendak diajar dengan kemahiran bahasa yang lain. Pengajaran tatabahasa yang terancang juga dapat membantu murid-murid memahami unsur- unsur tatabahasa, fungsinya dan makna tatabahasa (Arbak Othman 1985:19). Oleh sebab itu, Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu KBSR 2001 mencadangkan bahawa tatabahasa hendaklah digabungjalinkan dengan kemahiran-kemahiran berbahasa iaitu mendengar, bertutur, membaca dan menulis.Tujuan utama penggabungjalinan ini adalah untuk memastikan pengajaran tatabahasa sahaja. Hal ini kerana, dengan strategi ini, murid akan belajar dan menguasai tatabahasa sambil melakukan aktiviti-aktiviti yang bermakna dalam kemahiran yang ditetapkan (Awang Sariyan, 2004:194). 1.2 PENGERTIAN WACANA Wacana merupakan sebuah kesatuan lengkap melebihi batas-batas ayat. Dalam bidang penulisan, wacana dianggap dapat memenuhi sesebuah ciri penulisan yang lengkap. Ini kerana, wacana menyediakan kesemua ciri yang melengkapi bagi sesebuah penulisan. Di dalam wacana, terkandung koheren dan kohesi di samping kewujudan penanda-penanda wacana tertentu bagi menghasilkan sesebuah penulisan yang lengkap. kewujudan wacana menentukan kelangsungan sesebuah penulisan yang baik dan bermutu
  6. 6. HBML3203 : TATABAHASA DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU 3 1.3 DEFINASI DAN KONSEP TATABAHASA WACANA Pelajar-pelajar sekolah rendah terutamanya, perlu didedahkan dengan lebih banyak lagi cara-cara meningkatkan kemahiran penggunaan wacana terutamanya di dalam aktiviti penulisan. Penggunaan wacana yang lemah akan menjejaskan hasil kualiti sesebuah karya. Menurut Kamaruddin Hj Husin (1988) di dalam buku HBML 3203, Tatabahasa dalam Pengajaran Bahasa Melayu keluaran Open University Malaysia, menjelaskan bahawa beberapa perkara perlu diberikan perhatian oleh murid dalam usaha menghasilkan penulisan yang baik, iaitu sebelum, semasa dan selepas menjalankan aktiviti penulisan Konsep pengajaran bagi pelajar sekolah rendah (Kamarudin Hj. Husin, 2002: 280281) mempunyai beberapa tujuan iaitu: i. Membolehkan pelajar Bercerita; dan Berhujah atau bersyarah tentang sesuatu kejadian, cerita atau tajuk bagi perbincangan. ii. Membolehkan pelajar menulis Pengalaman sendiri; Cerita; Penerangan atau laporan dan hal-hal persekitaran sendiri; Pengalaman, pendapat, fikiran dan hujah-hujah tentang beberapa perkarayang sesuai; dan Surat kiriman formal dan tidak formal. Pelajar yang pintar akan membuat persediaan awal sebelum menulis sesebuah karya atau karangan. Mereka sepatutnya melakukan banyak latihan tatabahasa terlebih dahulu dan membaca lebih bahan-bahan tambahan seperti akhbar, majalah, buku-buku ilmiah dan sebagainya bagi mendapatkan idea serta menambah perbendaharaan kata dan mengetahui penanda wacana yang sesuai dan menarik untuk dimasukkan ke dalam hasil tulisan mereka nanti. Pelajar juga patut didedahkan dengan latihan-latihan menyalin semula petikan atau perenggan yang mengandungi penanda wacana yang baik agar mereka dapat memahami serta tahu fungsi penanda wacana yang sesuai di dalam hasil penulisan mereka nanti.
  7. 7. HBML3203 : TATABAHASA DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU 4 Bagi mendapatkan hasil yang baik dalam penggunaan wacana dalam kalangan pelajar ini, guru juga sepatutnya meminta murid melengkapkan ayat atau membina ayat-ayat berdasarkan penanda wacana yang betul. Seterusnya, murid juga perlu diberi latihan menyusun ayat berdasarkan urutan serta meletakkan penanda wacana dan kata hubung yang sesuai Seterusnya murid diminta untuk melengkapkan perenggan berdasarkan urutan cerita dengan memasukkan penanda wacana yang sesuai dan betul di antara ayat atau perenggan supaya terdapat kohesi dan koherennya.Selain itu, pelajar juga harus tahu serta mengetahui fungsi-fungsi wacana yang hendak digunakan. Wacana yang menarik akan menjamin kesinambungan cerita yang menarik atau kelancaran perjalanan cerita atau idea dari satu perenggan ke satu perenggan. Bagi menghasilkan sesebuah karya yang baik dan menarik, pelajar mestilah menjadikan kamus sebagai ‘kawan rapat’. Sentiasa merujuk kamus untuk mengetahui erti atau makna perkataan sukar atau perkataan baru yang akan digunakan di dalam penulisan. Gunakan wacana yang betul dan tepat apabila menulis dan dilarang sama sekali menggunakan wacana yang dianggap ‘sedap’ bunyinya tetapi tidak diketahui makna dan salah penggunaannya. Setelah pelajar pasti karya yang ditulis telah selesai, pelajar diminta membaca dan menyemak semula hasil penulisan mereka. Ini merupakan penilaian kendiri terhadap hasil penulisan tersebut. Penekanan perlu diberikan kepada format, isi atau huraian, imbuhan yang bersesuaian, struktur ayat, tanda baca serta perbendaharaan kata yang betul. Penanda wacana yang digunakan perlulah diteliti dengan betul agar penggunaannya tepat pada tempat yang betul. Jangan sesekali menggunakan tanda soal di dalam wacana. Baiki segera kelasahan atau membuat penambaikan jika terdapat kekurangan dalam hasil penulisan tersebut 1.4 KONSEP KEMAHIRAN MENULIS BAGI SEKOLAH RENDAH Kemahiran menulis merupakan kemahiran yang penting dan perlu dikuasai oleh pelajar. Kepentingan menguasai kemahiran ini telah pun dinyatakan dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu (Kementerian Pendidikan Malaysia 2001). Melalui aktiviti menulis,pelajar akan dapat merakam atau menghasilkan bahan yang berbentuk idea, pengalaman, perasaan, dan maklumat
  8. 8. HBML3203 : TATABAHASA DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU 5 dalam bentuk tulisan untuk berhubung dengan orang lain atau diri sendiri (Kamarudin Hj.Husin dan Siti Hajar Hj.Abd.Aziz, 1997). Penekanan terhadap aspek kemahiran penulisan seperti yang diterap dalam KBSR bermula pada tahun 1988 bagaimanapun tidak menjamin pelajar benar-benar menguasai aspek penulisan bahasa Melayu. Penguasaan penulisan sebenarnya juga dipengaruhi oleh cara mereka berfikir (Mohd.Nashuha Jamidin, 1995). Oleh yang demikian , penguasaan penulisan yang kurang memuaskan dalam kalangan pelajar perlu ditangani segera demi hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang ingin melahirkan warganegara yang berkualiti demi memenuhi aspirasi negara menjelang tahun 2020 Don Bryne (1979) menyatakan bahawa simbol grafik semasa menulis ialah penggunaan huruf- huruf atau gabungan huruf-huruf yang berkaitan dengan lambang bunyi yang kita buat semasa kita bercakap.Hal ini meliputi beberapa aspek, iaitu; i. menggunakan pelbagai jenis ayat ii. mencatat dan menyusun maklumat iii. menghasilkan penulisan kreatif dan bukan kreatif iv. membuat ulasan tentang bahan yang didengar, ditonton dan dibaca. Kemahiran menulis merujuk kepada keupayaan murid menulis perkataan dan ayat, dan mengeluarkan idea melalui pelbagai jenis penulisan yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan dan pengalaman peribadi yang dilalui. Penekanan dalam kemahiran menulis ialah terhadap penggunaan ayat yang gramatis, tanda baca dan ejaan yang betul, di samping tulisan yang jelas, cantik dan kemas.Menulis melibatkan murid-murid supaya berfikir, menaakul, menyusun dan mengolah idea sebelum dilahirkan dalam bentuk wacana yang lengkap. Murid-murid juga perlu menguasai struktur karangan seperti tahu menulis panduan, pemerengganan dan menulis kesimpulan. Penulisan karangan peringkat sekolah menengah iaitu berdasarkan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR), merupakan kerja dan proses yang melibatkan aktiviti berikut :
  9. 9. HBML3203 : TATABAHASA DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU 6 i. Perancangan menulis karangan ii. Pemilihan tajuk iii. Penulisan draf (rangka) iv. Penentuan panjang karangan dan kedalaman idea yang dihujahkan v. Pernyataan maklumat dan idea dalam urutan logic atau pemujukan, menggunakan beberapa perenggan yang sesuai. vi. Penggunaan kompenen format dan kompenen bahasa yang sesuai dengan tujuan dan khalayak. vii. Penggunaan pelbagai gaya penulisan bagi tujuan yang beerlainan, misalnya teknik pemujukan, hujahan sokongan, kosa kata teknik/saaaaintifik viii. Penyemakan (penyuntingan/pembacaan pruf) karangan bagi ketepatan makna dan aspek kebahasaan. 1.5 PENGAJARAN TATABAHASA DALAM KEMAHIRAN MENULIS pengajaran dan pembelajaran kemahiran menulis di bilik darjah perlu mendapat perhatian yang sewajarnya oleh para pendidik dan ahli bahasa. Pengajaran karangan sepatutnya dipelbagaikan dan tidak hanya menggunakan kaedah biasa, iaitu guru memberikan soalan, diikuti oleh perbincangan isi penting dan murid dikehendaki menulis karangan. Pengajaran tatabahasa ayat berdasarkan Teori Transformasi Generatif yang menekankan penggunaan rumus tatabahasa yang betul pula didapati menjadi agenda utama oleh para guru Bahasa Melayu. Guru sering menekankan aspek betul atau salah sesuatu penggunaan kata, frasa, atau ayat dalam karangan dan jarang sekali menekankan aspek wacana dalam pengajaran mereka. Walaupun terdapat saranan daripada beberapa pengkaji terdahulu seperti Khathijah Abdul Hamid (2001), Wong Khek Seng (1993) dan Sanat Md. Nasir (2002) agar tautan diajarkan dalam mata pelajaran Bahasa Melayu di sekolah, namun sehingga kini, isi kandungan tatabahasa dalam sukatan pelajaran sedia ada hanya menyentuh aspek morfologi (kata) dan sintaksis (ayat) sahaja, sedangkan matlamat pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu sekolah menengah adalah
  10. 10. HBML3203 : TATABAHASA DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU 7 untuk menyediakan murid bagi menguasai kecekapan berbahasa dan berkomunikasi yang memerlukan pengetahuan tentang wacana. Menurut Khathijah Abdul Hamid (2001) dan Azhar M. Simin (1988), pengajaran tatabahasa ayat sekadar mengajar murid tentang imbuhan (morfologi) dan sintaksis yang terbatas kepada satu ayat sahaja secara gabung jalinan atau secara konteks seperti tatabahasa yang diajarkan secara bergabung dengan kemahiran membaca, iaitu dalam bacaan dan pemahaman, ataupun dengan pengajaran tatabahasa tersendiri tentang rumus tatabahasa dalam sesuatu ayat. Pengajaran seperti ini terbatas kepada satu ayat tanpa melihat perkaitan dan kesepaduan dari segi kebahasaan dalam teks karangan, pelbagai bentuk retorik yang memungkinkan penggunaan pelbagai sarana kohesi dan koheren. Menurut Beaugrande dan Dressler (1994), dari segi kemahiran menulis, tatabahasa ayat hanya menekankan setakat permukaan seperti tanda bacaan, subject-verb agreement, dan susunan ayat. 2.0 PENGENALAN PENGAJARAN WACANA Wacana ialah unit bahasa yang melebihi batas ayat yang boleh terdiri daripada ayat, sejumlah ayat, ceraian, dialog dsb. yang memperlihatkan hubungan dan perkembangan fikiran yang berurutan dan lengkap. Ciri wacana ialah kohesi dan koheran. Penanda wacana wujud adalah untuk mewujudkan kesinambungan antara ayat dengan frasa dalam sesuatu wacana. Cth. penada penghubung, penanda rujukan,penggantian,leksikaldan elipsis atau pengguguran. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga halaman 523. Menurut kamus dewan edisi keempat penanda wacana bermaksud keseluruhan tutur yang merupakan satu kesatuan, ucapan, pertuturan, percakapan. Perbincangan atau pertukaran idea secara lisan.Kesatuan fikitan yang utuh, sama ada dalam bentuk lisan ataupun tulisan. Menurut teks pra-u STPM pula wacana didefinisikan sebagai unit bahasa yang mempunyai kesantunan fikiran yang utuh dan melebihi batas ayat. Dalam hierarki bahasa, wacana terletak pada tingkat yang tertinggi, iaitu hadir selepas tingkat ayat. Namun begitu definasi yang lebih tepat untuk menggambarkan maksud sebenar penanda wacana ialah bermaksud perangkai ayat untuk menentukan perkaitan atau kesinambungan satu idea dengan satu idea lain dalam perenggan. Digunakan untuk memantapkan lagi keutuhan wacana bagi mengaitkan perenggan dengan
  11. 11. HBML3203 : TATABAHASA DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU 8 perenggan. Kegagalan dalam penggunaan penanda wacana yang tepat akan menyebabkan keseluruhan wacana tidak mempunyai kesatuan dan perpautan yang lengkap. Semua perkara yang melibatkan bahasa ialah wacana. Retorik menjadi komponen yang penting bagi wacana. Fonologi merupakan kajian mengenai fonem sebagai unit bahasa. Sintaksis pula mengkaji ayat sebagai unit bahasa, binaan serta konstruksinya. Bagaimanapun kebolehan menguasai bidang- bidang ini hanya menjamin kebolehan menggunakan sistem dan peraturan-peraturan tatabahasa sahaja. Tingkat-tingkat fonem, morfem, kata. frasa, klausa, dan ayat merupakan peringkat bentuk; manakala wacana merupakan peringkat fungsi. Kamus Dewan mentakrifkan wacana sebagai: i. keseluruhan tutur yang merupakan suatu kesatuan, ucapan, pertuturan, percakapan' ii. kesatuan fikiran yang utuh, sama ada dalam bentuk lisan (seperti pidato, khutbah) atau tulisan (seperti surat, aartikel, novel, cerpen). Wacana ialah satu unit bahasa yag lengkap . Ia melebihi tingkat ayat. Oleh kerana sifatnya yang lengkap wacana mempunyai tubuh teks seperti berikut: a. pendahuluan b. tubuh - isi, munasabah, logik, menarik, berkesan, usur-unsur paralinguistik (tanda bacaan, cetakan tebal, miring, garis tebal) c. graf, jadual, peta dan statistik. d. penutup
  12. 12. HBML3203 : TATABAHASA DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU 9 2.1 PENDEKATAN, KAEDAH DAN TEKNIK PENULISAN WACANA. Kaedah dan teknik pengajaran dalam bilik darjah amat penting dalam memastikan pelajar dapat memahami dan mengaplikasi hasil daripada pengajaran yang dilaksanakan.Penulisan wacana sekolah menengah juga mempunyai banyak kaedah pengajaran yang boleh digunakan bagi memastikan pelajar dapat menulis dengan baik. Namun pendapat mengatakan bahawa tidak ada satu pun pendekatan, kaedah atau teknik yang paling sesuai digunakan dalam bilik darjah, kecuali setiap pendekatan, kaedah dan teknik tersebut disesuaikan dengan tajuk penulisan wacana yang hendak diajar. Pandangan diatas memang ada kebenarannya,oleh itu guru perlu mahir menguasai pelbagai jenis pendekatan,kaedah dan teknik dalam mengajar penulisan supaya tidak membosankan para pelajar . Ini bergantung kepada kebijaksanaan guru kerana yang penting adalah pelajar dapat turut serta dan aktif dalam aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan di dalam bilik darjah.Pengajaran dan pembelajaran mestilah berpusatkan pelajar. Guru hanyalah bertindak selaku pemudah cara. Pendekatan pengajaran penulisan wacana yang dinyatakan oleh Raimes(dalam Juriah long dan rakan-rakan,1990:214)ialah:- i. Pendekatan Terkawal ii. Pendekatan Bebas iii. Pendekatan Pola-perenggan iv. Pendekatan Komunikatif. Disini saya akan menjelaskan dua pendekatan yang disarankan oleh Raimes iaitu:- 2.1.1 PENDEKATAN TERKAWAL. Pendekatan ini ialah pendekatan yang di rancang secara berurutan supaya murid-murid menguasai suatu unsur penulisan dan ketatabahasaan. Murid-murid dikehendaki menyudahkan tugasan berdasarkan bahan serta mematuhi arahan-arahan yang ditetapkan.Pendekatan ini menekankan ketepatan daripada kemahiran dan keaslian. Meliputi pengajaran yang bersistem dan beransur-ansur; daripada kegiatan meniru hingga penulisan bebas. Penggunaan bahan-bahan
  13. 13. HBML3203 : TATABAHASA DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU 10 pengajaran /pemelajaran yang fleksibel yakni boleh menerapkan pelbagai jenis karangan, boleh disesuaikan dengan peringkat kelas, boleh merentas kurikulum, dan sebagainya. Membolehkan pelajar-pelajar mengukur pencapaiannya pada latihan-latihan yang tertentu dan terbatas. Tidak sukar membuat persediaan.Meringankan kerja guru; pantas dan mudah diperiksa. Guru dapat merancangkan latihan pemulihan yang berkesan. Menerusi pendekatan ini juga, guru memandu dan mengawal pelajar daripada melakukan kesalahan.Pada peringkat permulaan,kawalan yang diberikan guru adalah secara menyeluruh.Walau bagaimanapun,pelajar masih diberikan kebebasan untuk memilih perbendaharaan kata atau struktur ayat mereka sendiri. Sebagai contoh,bentuk-bentuk kawalan yang diberikan guru adalah :- • menyediakan sebuah penulisan yang menghendaki pelajar mengisi tempat-tempat kosong dengan perkataan yang sesuai; • guru memberikan senarai frasa yang berkaitan dengan sesuatu topik dan pelajar perlu membina ayat untuk melengkapkan frasa; • guru mengambil satu petikan yang menggambarkan sesuatu kejadian atau peristiwa kemudian pelajar disuruh menggambarkan semula keseluruhan pengalaman berdasarkan kejadian itu. Menggunakan gambar Menggunakan carta Menggunakan cerita daripada kaset Menyusun perkataan Melengkapkan ayat Menyusun ayat Menukarkan dialog dan sebagainya. Sebagai kesimpulan pendekatan terkawal ini dapat membantu guru memandu dan mengawal pelajar daripada melakukan kesalahan.Pada peringkat permulaan,kawalan yang diberikan guru
  14. 14. HBML3203 : TATABAHASA DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU 11 adalah secara menyeluruh.Walau bagaimanapun,pelajar masih diberikan kebebasan untuk memilih perbendaharaan kata atau struktur ayat mereka sendiri. 2.1.2 PENDEKATAN KOMUNIKATIF Pendekatan ini diasaskan oleh Dell Hymes yang antara lain menyatakan bahawa kecekapan komunikatif merupakan penguasaan bahasa secara yang dimiliki oleh seseorang pelajar mengguna dan memahami bahasa secara wajar dalam proses berkomunikasi dan berinteraksi dengan individu lain dan jalinannya dengan konteks sosial.Pendekatan ini menekankan tujuan sesebuah karangan dan khalayaknya. Murid-murid digalakkan mengarang seperti penulis dewasa dengan berpandukan dua soalan ini: 1. Mengapa saya menulis karangan ini? 2 Siapa yang akan membaca karangan saya? Secara tradisional, guru merupakan khalayak kepada karangan murid-murid.Walau bagaimanapun, penulis berasa lebih selesa apabila karangannya memenuhi jaluran komunikatif.Dengan demikian, guru yang menggunakan pendekatan ini meluaskan khalayaknya dengan menyertakan murid-murid lain di dalamkelasnya yang bukan hanya membaca karangan tersebut tetapi melakukan tindak balas seperti memberikan idea tambahan, membuat ikhtisar, menulis semula dengan pelbagai bentuk, memberikan komen tetapi bukan bertujuan untuk membuat pembetulan. Atau, guru boleh membangunkan khalayak `di luar sekolah’ dengan menggalakkan murid-murid menulis kepada seseorang seperti:- • “Anda dikehendaki menulis kepada seorang sahabat pena anda dengan memberitahunya akan keadaan bilik anda. Katakan kepadanya anda menggemari bilik anda itu kerana perabotnya tersusun dengan kemas, kawasannya luas, berhawa dingin dan sebagainya.Anda menulis surat kepada ibu saudara anda dengan memberitahu beliau akan keadaan bilik anda. Katakan kepadannya anda tidak menggemari keadaan bilik” • Anda menulis surat kepada ibu saudara anda dengan memberitahu beliau akan keadaan bilik anda. Katakan kepadannya anda tidak menggemari keadaan bilik anda itu dan ingin
  15. 15. HBML3203 : TATABAHASA DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU 12 membuat perubahan supaya lebihs elesa. Katakan kepada beliau bahawa anda memerlukan bantuannya kerana beliau seorang penghias rumah. • Katakan anda akan menerima seorang tetamu buta. Tulis surat kepada tetamu anda itu kan keadaan bilik anda dengan lengkap supaya tetamu anda itu dapat membuat gambaran tentang bilik tersebut semasa dia menginap nanti. Tulisan anda itu akan dirakamkan ke dalam pita kaset supaya mudah rakan anda mendengarnya. Ketiga-tiga bentuk di atas lebih baik daripada menyuruh murid-murid menulis tentang ‘bilik saya’. Pembentukan khalayak boleh berlaku andainya guru memberikan tugasan yang wajar seperti main peranan, bertukar surat, menjawab surat, membuat pertanyaan, memberikan komen dan sebagainya. Pendekatan ini menegaskan tentang seseorang yang sudah mempunyai pengetahuan tentang struktur bahasa dan kebolehan membina ayat-ayat yang gramatis.Ini tidak bermakna dia sudah dapat berkomunikasi dengan baik dan berkesan memandangkan kecekapan berbahasa dan berkomunikasi itu juga menitikberatkan unsur-unsur lain yang boleh mempengaruhinya,seperti aspek-aspek sosiolinguistik dan psikolinguistik sebagai contoh,penulisan tentang kemajuan teknologi perubatan mestilah memasukkan kata atau frasa yang ada hubung kait dengan teknologi tersebut,iaitu laras bahasa perubatan.Oleh itu,pendekatan ini membolehkan pelajar menggunakan bahasa yang sesuai untuk tujuan berkomunikasi termasuk penulisan. Kesimpulannya dengan menggunakan pendekatan ini,dapat dikatakan bahawa pelajar menulis adalah untuk dibaca oleh orang lain atau masyarakat.Justeru,guru perlu memastikan dan menggalakkan pelajar menulis,sama seperti menyatakan kepada pelajar bahawa penulisan yang dihasilkan adalah untuk dinikmati oleh pembaca termasuk penulisan pelajar lain di dalam bilik darjah.
  16. 16. HBML3203 : TATABAHASA DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU 13 3.0 CIRI- CIRI DAN KEPENTINGAN MENGAPLIKASI WACANA DALAM PENULISAN KARANGAN Wacana ialah sekumpulan ayat yg memperlihatkan satu kesatuan buah fikiran, fakta atau cerita. 2 perbincangan atau pertukaran idea secara lisan: Mereka mengadakan ~ ilmu. mewacanakan menjadikan sesuatu sbg wacana: Mereka berbincang ttg perkara yg akan diwacanakan Menurut Beaugrande dan Dressler (1981:81), terdapat tujuh ciri ketekstualan yang perlu dipenuhi untuk menghasilkan wacana yang utuh, iaitu tautan, runtutan, tujuan, penerimaan, maklumat, keadaan dan interteks. Namun menurut Asmah Haji Omar dalam artikel Jurnal Dewan Bahasa yang bertajuk “ Analisis Wacana “ pula terdapat lapan unsur-unsur penting dalam wacana iaitu : I. satuan bahasa II. terlengkap III. mengatasi ayat atau klausa IV. teratur atau tersusun rapi V. berkesinambungan VI. kohesi VII. lisan atau tulisan VIII. awal dan akhir yang nyata. Menurut Nik Safiah Karim dalam Tatabahasa Dewan edisi Ketiga pula, terdapat dua ciri utama dalam sebuah wacana yang utuh iaitu, kohesi (atau tautan) dan koheren (atau runtutan). Menurut beliau lagi, terdapat juga ciri-ciri yang lain termasuklah tujuan sesuatu wacana, penerimaan oleh pendengar atau pembaca, maklumat yang terkandung, keadaan yang mewujudkan wacana dan interteks atau peranan wacana–wacana lain yang membantu pendengar atau pembaca memahaminapa yang didengar atau dibaca.
  17. 17. HBML3203 : TATABAHASA DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU 14 Memang tidak dapat dinafikan sebuah penulisan karangan yang baik adalah yang mempunyai isi yang banyak dan bertepatan dengan tajuk. Tetapi sekiranya karangan itu tidak mempunyai penanda kata wacana yang berkesan maka sudah tentu sebuah karangan menjadi tidak sempurna disebabkan binaan ayatnya tidak gramatis. 3.1 Ciri-Ciri Wacana Wacana mempunyai tujuh ciri iaitu perlu dikaji kaitan penutur dengan masyarakat sekitarnya. Gaya wacana sama ada gaya formal atau tidak formal ditentukan oleh kaitan antara penutur dengan masyarakat sekitarnya. Karya menggunakan gaya bahasa yang sesuai kepada para pembaca. Adakalanya, gaya bahasa yang digunakan mampu menimbulkan kesan dialek social ( laras bahasa ) dalam pertuturan. Wacana juga harus mempunyai tujuan yang menentukan jenis ayat. Jika tujuan penutur adalah untuk mendapatkan maklumat, jadi ayat yang terbentuk ialah ayat tanya. Penulisan bertujuan untuk pembaca menilai dan mengenalpasti hubungan hasil bacaan dengan pembaca. Ciri wacana yang seterusnya ialah berdasarkan kaitan penutur dengan pendengar. Wacana lisan adalah perkaitan antara penutur dengan pendengar, manakala wacana tulisan adalah kaitan antara penulis dengan pembaca. Maklumat yang bertentangan tidak boleh dimuatkan dalam wacana. Contohnya : Kelmarin dia tidur sehari suntuk. Kelmarin dia tidur hingga jam 9.00 pagi. Selain itu, wacana perlu mempunyai unsur - unsur susun atur menurut sebab, akibat, tempat, waktu, keutamaan dan sebagainya. Ayat- ayat itu harus mempunyai urutan yang berkait rapat. Penulis berkesempatan menentukan etika dan prosedur penghasilan penulisan. Ayat- ayat yang dihubungkan dengan menggunakan penanda wacana agar ayat- ayat tersebut berkohensi ( makna tautan ) dan koherens ( logik ). Ayat tautologi ( ayat yang sudah dinyatakan sebelumnya) tidak perlu diulang. Wacana harus mempunyai andaian dan inferensi. Maklumat pertama dalam wacana digelar andaian, manakala maklumat berikutnya disebut inferensi. Kebiasaannya satu ayat hanya mempunyai satu inferensi sahaja. Tetapi adakalanya, andaian dapat ditentukan oleh pembaca tanpa ditulis.
  18. 18. HBML3203 : TATABAHASA DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU 15 Wacana hendaklah ada maklumat baru. Ayat- ayat yang mengesahkan kebenaran ayat sebelumnya tidak boleh dimasukkan dalam satu wacana. Hasil penulisan hendaklah bersifat kenyataan , logik dan realistik , bukanlah rekaan individu semata- mata. 3.2 KEPENTINGAN WACANA Penanda kata wacana adalah perangkai ayat untuk menentukan perkaitan atau kesinambungan antara satu idea dengan satu idea yang lain dalam ayat atau perenggan. Antara penanda wacana yang sering digunakan ialah, Selain itu, Pertama, Pada umumnya Keadaan ini, Seterusnya, Keseluruhannya, Juga, Apa yang dimaksudkan, Jadi, Akibatnya, Sementara, Dalam nada berbeza Begitu jua, Kalau demikian, Kedu Sebalikya, Walau bagaimanapun, Sejajar dengan itu, Walaupun, Sebelumnya, Meskipun demikian, Tegasnya, Kini, Oleh hal yang demikian, Pada amnya, Khususnya, Dengan perkataan lain, Pada keseluruhannya, Ringkasnya, Jelaslah Akhirnaya, Namun begitu, Justeru, Jika dibandingkan, dan banyak lagi. Penanda kata ini perlu diberikan perhatian dalam semua bahagian karangan, daripada bahagian pendahuluan, isi, huraian isi, contoh dalam huraian hinggalah kepada bahagian
  19. 19. HBML3203 : TATABAHASA DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU 16 penutup. Dalam perbincangan ini akan dilihat bagaimana penanda kata wacana digunakan dalam kesemua bahagian yang disebutkan. Penanda Kata Wacana yang Sesuai untuk Bahagaian Pendahuluan 1. Sejak akhir-akhir ini masalah keruntuhan moral dalam kalangan remaja menjadi isu yang hangat diperkatakan . 2. Dalam alaf moden ini penggunaan komputer menjadi satu keperluan dalam kehidupan manusia . 3 Sebelum saya membicarakan tajuk ini dengan lebih lanjut , eloklah saya menerangkan apakah yang dimaksudkan dengan iklan . 4. Semasa cuti sekolah yang lalu,aku telah dijemput oleh bapa saudaraku untuk bercuti di rumahnya. 5. Memang tidak dinafikan kegawatan ekonomi yang melanda sekarang ini menghimpit kehidupan rakyat,terutamanya golongan bawahan. 6. Isu pendatang asing sudah menjadi suatu isu yang serius yang perlu ditangani segera. Pengunaan frasa kata dalam contoh ayat di atas membentuk pola ayat yang sesuai dalam usaha memulakan sesebuah karangan. Bahagian Isi
  20. 20. HBML3203 : TATABAHASA DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU 17 1. Pelbagai punca yang dikenal pasti mengakibatkan berlakunya masalah ini. antaranya termasuklah… 2. Faktor ibu bapa menjadi punca utama menyebabkan berlakunya kemerosotan displin dalam kalangan remaja masa kini. 3. Selain itu,faktor… 4. Di samping itu,sikap remaja juga… 5. Terdapat berbagai-bagai langkah yang dapat dijalankan untuk mengatasi masalah ini,seperti… 6. Salah satu langkah yang paling berkesan bagi mengatasi masalah ini adalah dengan penguatkuasaan undang-undang. Undang-undang yang tegas hendaklah dilaksanakan supaya… 7. Selain itu kerajaan juga… 8. Langkah lain yang boleh diambil termasuklah… 9 .Peranan ibu bapa juga penting dalam usaha mengatasi masalah ini.Ibu bapa boleh memainkan peranannya dengan… 10. Semua pihak hendaklah bertanggungjawab dan bekerjasama bagi mengatasi masalah ini. Dalam bahagian ini pengunaan frasa kata seperti “Pelbagai punca…”, “Selain itu…”,dan lain- lain telah mewujudkan suatu variasi atau keragaman daripada segi pembendaharaan kata yang sangat diperlukan dalam penulisan sesebuah karangan. Bahagian Huraian Isi 1. Hal ini berlaku kerana tiadanya pengawasan ibu bapa di rumah sehingga menyebabkan anak-anak terlepas bebas melakukan apa-apa sahaja yang disukainya. 2. Adakah kita ingin melihat anak bangsa hanyut dalam dunianya,sedangkan
  21. 21. HBML3203 : TATABAHASA DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU 18 merekalah nantinya bakal mengambil alih teraju pimpinan negara 3. Walaupun begitu,masih ramai yang tidak menginsafi masalah yang berlaku. 4. Dengan kata lain,kita tidak seharusnya berpeluk tubuh dengan hanya membiarkan gejala yang merosakkan ini tersebar luas. 5. Seharusnya kita sebagai anggota masyarakat peka dengan keadaan persekitaran. 6. Sungguhpun kerajaan telah menjalankan pelbagai langkah tetapi langkah tersebut tidak akan berkesan seandainya tidak mendapat kerjasama semua pihak. 7. Oleh itu,kita sebagai warganegara tentunya tidak mahu melihat negara ini hancur akibat campur tangan pihak luar 8. Bak kata pepatah “Berat sama dipikul,ringan sama dijinjing”. Dalam huraian isi, penanda kata wacana dan pola ayat perlu diberikan perhatian juga. Pengunaan kata yang sesuai penting supaya huraian pada isi pokok itu tidak kelihatan terpisah antara satu sama lain. Contoh dalam Huraian 1. Menurut perangkaan yang dikeluarkan oleh…kes penderaan kanak-kanak meningkat ke angka…pada tahun 1997. 2. Masyarakat boleh membantu dalam usaha mengatasi kegawatan ini, misalnya, dengan cara mengurangkan perbelanjaan harian… 3 .Penderaan kanak-kanak semakin serius.Kes terbaru ialah… 4. Sebagai contoh…
  22. 22. HBML3203 : TATABAHASA DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU 19 Dalam usaha mengemukakan contoh dalam huraian,penggunaan frasa kata yang sesuai diperlukan juga dan hendaklah mengikut kesesuaian konteks ayat. Contoh Penutup 1. Tegasnya,banyak faktor yang menyumbang kepada berlakunya gejala sosial . Oleh itu 2. Kesimpulannya, pendisiplinan diri adalah menjadi kunci kepada kejayaan seseorang individu kerana… 3. Akhir kata,sambutllah salam anakanda dari kejauhan dan semoga ayahanda… 4. Sebelum mengundur diri terimalah serangkap pantun daripada kami… 5. Saya sudahi ucapan ini dengan… Jelaslah,aspek penanda kata wacana akan mempengaruhi pengolahan struktur ayat, pemerengganan, kosa kata,dan bahasa secara keseluruhannya yang sangat diperlukan dalam usaha menghasilkan sebuah karangan yang baik.Contoh-contoh yang dipaparkan di atas diharapkan dapat dijadikan garis panduan kepada pelajar dalam menghasilkan sebuah karangan yang bermutu 4.0 APLIKASI PENULISAN WACANA YANG BERBENTUK FAKTA DI PERINGKAT SEKOLAH Bagi mewujudkan kesinambungan antara ayat dengan frasa dalam sesuatu wacana, penanda wacana digunakan. Penanda wacana wujud sebagai isyarat bagi berlakunya (sudah berlaku, sedang berlaku atau akan berlakunya) sesuatu peristiwa. Ungkapan-ungkapan yang digunakan selain mempunyai makna tersendiri juga berfungsi sebagai pemberi isyarat bagi makna keseluruhan surat rasmi itu. Penanda wacana dibahagikan menurut jenis makna dan kata yang ditimbulkannya seperti penanda rujukan, penanda penyertaan, penanda makluman dsb. Kekeliruan berlaku apabila penulis tidak menggunakan penanda wacana yang betul dan tepat
  23. 23. HBML3203 : TATABAHASA DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU 20 mengikut konteks dan makna yang hendak disampaikan. Untuk maklumat lanjut tentang penanda wacana sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, Edisi Ketiga, halaman 525. Wacana adalah rangkaian tuturan atau kalimat yang mengungkapkan suatu hal yang disajikan secara teratur, sistematis dan padu. Wacana merupakan satuan bahasa yang terluas/terlengkap. Dalam wacana tercakup kalimat dan paragraf. Dengan kata lain, kalimat dan paragraf adalah bagian dari wacana. Namun demikian, ada pula wacana yang dibentuk oleh satu paragraf, bahkan ada pula yang hanya terdiri dari satu kalimat. Wacana tidak selalu dalam bentuk tulisan, melainkan mencakup pula ragam lisan. Dalam bentuk tulisan, wacana sering disebut karangan. 4.1 BENTUK-BENTUK KARANGAN Bentuk-bentuk karangan dikelompokan menjadi tiga bentuk, aitu: 4.1.1 Prosa : Jenis karangan yang disusun dalam bentuk bebas dan terperinci. Prosa ada dua macam, aitu: 4.1.1.1 Fiksi : Bentuk karangan yang disusun dalam bentuk alur yang menekankan aturan sistematika penceritaan. Contoh: novel dan cerpen. 4.1.1.2Fiksi :Bentuk karangan yang menekankan pada aturan sistematika ilmiah dan aturan-aturan kelogisan. Contoh: resep, laporan kegiatan. 4.1.2 Puisi : Karangan yang mengutamakan irama, rima dan kepaduan makna. 4.1.3 Drama : Karangan yang berupa dialog sebagai pembentuk alurnya. Umumnya wacana dapat dibahagikan kepada dua jenis, iaitu wacana lisan dan wacana tulisan. Wacana lisan ialah wacana yang dihasilkan melalui media lisan, iaitu melibatkan pembicara dan pendengar. Komunikasi yang terlibat dalam wacana lisan ini ialah komunikasi interaktif, iaitu komunikasi yang melibatkan hubungan pembicara dan pendengar secara langsung. Dalam wacana lisan, pembicara biasanya akan menggunakan ekspresi wajah, intonasi suara, gerak badan dan sebagainya untuk menyampaikan sesuatu maklumat kepada pendengar. Biasanya dalam wacana lisan, pembicara akan mendapat respon daripada pendengar pada ketika itu juga.
  24. 24. HBML3203 : TATABAHASA DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU 21 Antara contoh wacana lisan adalah menerusi perbualan, temu ramah, ceramah, khutbah, pidato dan siaran televisyen atau radio. Wacana tulisan pula ialah wacana yang disampaikan secara bertulis. Wacana tulisan melibatkan hubungan antara penulis dengan pembaca.komunikasi yang terlibat ialah komunikasi tidak langsung, iaitu komunikasi satu arah. Penulis tidak berhadapan dengan pembaca sewaktu wacana tersebut dihasilkan. Oleh itu, penulis tidak mendapat respon secara langsung daripada pembaca. Wacana tulisan seringkali disunting terlebih dahulu bagi menghasilkan tulisan yang berkualiti dan tepat. Dalam wacana tulisan, pembaca perlu membaca teks yang ditulis untuk memahami maksud yang ingin disampaikan oleh seseorang pengarang atau penulis. Antara contoh wacana tulisan ialah tulisan-tulisan yang terdapat di dalam akhbar, majalah dan buku. Rencana di bawah adalah merupakan salah satu contoh wacana tulisan. Contoh wacana tulisan : Rencana Tajuk : Masalah-masalah yang Dihadapi Akibat Kemasukan Pekerja Asing. Oleh : Siti Aminah bt Kasim Perkembangan ekonomi dalam tahun 80-an dan tahun 90-an menyediakan peluang pekerjaan yang amat banyak hingga negara tidak mempunyai tenaga buruh yang mencukupi. Fenomena ini menyebabkan negara mengimport tenaga dari negara jiran. Sebaliknya, kemasukan tenaga buruh asing menimbulkan pelbagai masalah sosial. Kedatangan buruh asing secara beramai-ramai yang tidak disaring latar belakang mereka membenarkan kemasukan penjenayah yang datang untuk mencari kesempatan. Sungguhpun, sebahagian besar daripada buruh asing ini datang untuk mencari rezeki terdapat pula mereka yang berniat jahat. Justeru itu, berlakulah jenayah seperti pencurian, rompakan, dan penipuan. Golongan jahat ini datang untuk mencari kesenangan dengan cepat. Oleh itu, kejadian rompakan dan kecurian kerapkali berlaku di mana buruh asing ramai didapati.
  25. 25. HBML3203 : TATABAHASA DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU 22 Rancangan menerima buruh asing digunakan oleh sesetengah pihak untuk lari dari kampung halaman mereka. Mereka lari dari tempat mereka kerana mereka melakukan jenayah. Apabila mereka datang ke sini mereka mungkin bertemu dengan seteru lama mereka. Justeru itu, kita kerapkali dikejutkan oleh pergaduhan dan pembunuhan di kalangan buruh asing terutama sekali yang datang dari Indonesia dan Filipina. Selain itu, di kalangan buruh asing itu terdapat juga mereka yang datang bukan untuk makan gaji tetapi untuk berniaga. Walaupun pada mulanya mereka bekerja tetapi setelah beberapa lama mereka berniaga dengan membuka gerai. Mereka berniaga tanpa lesen dan kadang-kadang bersaing dengan peniaga tempatqan. Oleh sebab overhed mereka rendah, mereka berupaya menjual barang-barang mereka dengan murah. Kegiatan ini menimbulkan pelbagai masalah kepada peniaga tempatan. Di samping itu, peniaga tempatan yang tidak boleh bersaing meninggalkan tempat perniagaan mereka. Tindakan ini menambah pula peniaga saing seperti di Chow Kit pada suatu ketika dahulu. Di samping itu, terdapat pula golongan buruh asing yang cuba menganut budaya tempatan sehingga mereka menjadi seperti penduduk tempatan. Kebanyakan daripada mereka berkahwin dengan gadis-gadis tempatan. Setelah mengumpulkan wang dengan banyak mereka balik ke negara asal mereka dan meninggalkan anak-anak dan isteri mereka. Fenomena ini jika tidak dikawal sudah pasti menimbulkan masalah sosial dan membebankan negara. Rancangan jangka pendek untuk mengisi kekosongan di kilang, tapak pembinaan, ladang-ladang, hotel, dan restoran rupa-rupanya membawa masalah yang berat. Andainya, pengambilan buruh asing berlanjutan maka kawalan yang ketat dan saringan yang teliti perlulah diambil oleh pihak yang berwajib. 4.2 contoh model Pengajaran Penulisan Berdasarkan ‘youtube’ Cakapan Berirama Ma’ahad Tahfiz Sains bertajuk Budi Bahasa Budaya Kita.
  26. 26. HBML3203 : TATABAHASA DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU 23 Pengajaran dan Pembelajaran : Menulis karangan berpandukan rakaman video tidak kurang daripada 80 patah perkataan. Tajuk : Budi Bahasa Budaya Kita Bahan : rakaman ‘youtube’ Cakapan Berirama Ma’ahad Tahfiz Sains. Hasil daripada model pengajaran ini ialah sebuah karangan berdasarkan isi-isi yang dipersembahkan oleh para pelajar tersebut yang berdurasi selama lapan minit yang boleh ditonton oleh murid-murid sama ada di dalam makmal komputer ataupun melalui tayangan projektor di dalam kelas atau dewan. Selain daripada menarik minat murid-murid untuk menikmati suasana pengajaran dan pembelajaran lain daripada yang lain, ia juga meningkatkan kemahiran menaakul murid-murid secara tidak langsung. Bagaimanapun, selain daripada menggunakan peralatan tertentu, murid-murid harus diingatkan supaya memberi tumpuan kepada bahan tersebut kerana mereka harus mencatat isi-isi penting berdasarkan apa yang mereka tonton dan dengar. Langkah 1 Ketika menggunakan kaedah ini, guru-guru harus memastikan beberapa perkara seperti 1. Gambar dan sistem audio berada di dalam keadaan sempurna. Ini adalah kerana, keberkesanan model ini bergantung sepenuhnya kepada bantuan audio kerana murid-murid harus mendengar dan memberi tumpuan dengan teliti. 2. Guru akan mengarahkan murid-murid mendengar dan menyenarai penggunaan wacana yang terlibat serta isi-isi penting serta fakta yang boleh dicerna daripada tayangan video tersebut. 3. Murid-murid mesti mencatat pengunaan wacana bagi setiap isi dan fakta mahupun hujah yang difikirkan boleh menjadi isi-isi pokok di dalam pembinaan karangan mereka. Langkah 2
  27. 27. HBML3203 : TATABAHASA DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU 24 Guru-guru boleh meneruskan pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan teknik sumbangsaran atau perbincangan. Murid-murid akan dibahagi-bahagikan kepada beberapa kumpulan. Berikan had masa untuk perbincangan secara lisan dan akhir sekali, bincangkan pengunaan wacana yang terdapat dalam cerita serta mencatat isi-isi penting yang diperolehi dicatat dan dibentangkan oleh setiap kumpulan. Idea-idea yang dibentangkan oleh setiap kumpulan akan dicatatkan dan hendaklah dipastikan juga ahli kumpulan lain memberi perhatian agar tidak berlaku pertindihan idea. Murid-murid boleh juga dipilih secara rawak untuk membuat ayat secara lisan berdasarkan idea tersebut dan guru bertindak membetulkan sebarang kesalahan tatabahasa dan aspek-aspek lain. Langkah 3 Selepas pembentangan selesai, setiap kumpulan dikehendaki menyiapkan sebuah karangan berdasarkan idea-idea yang telah dikumpulkan oleh setia kumpulan. Guru akan bertindak sebagai fasilitator bagi memastikan penggunaan tatabahasa, gramatikal dan ejaan tidak diabaikan oleh murid-murid ketika mereka menyiapkan karangan. Karangan tersebut akan disemak oleh guru selepas dibentangkan sekali lagi oleh ahli kumpulan dengan melantik seorang ketua untuk membacakannya di hadapan kelas. Tugas terakhir murid- murid dikehendaki menyiapkan sebuah karangan berdasarkan tajuk dan kefahaman mereka semasa sesi pembincangan. Selepas karangan dihantar, guru-guru hendaklah menyemak dengan teliti dan memastikan murid-murid membetulkan kesilapan, jika ada di dalam karangan mereka. Dapatan Analisis Kajian telah dibuat berdasarkan 5 sampel karangan murid-murid tahun lima di sebuah sekolah di kelantan. Mereka telah memilih soalan 1 daripada 3 soalan. Soalan tersebut ialah : Setiap murid mempunyai sahabat baik. Tulis karangan yang bertajuk “Sahabat Baik Saya”. Murid-murid tersebut telah diajar menggunakan kaedah yang paling popular iaitu kaedah latih tubi. Melalui kaedah ini, guru membincang dan menyenaraikan isi-isi penting di papan hitam. Murid-murid
  28. 28. HBML3203 : TATABAHASA DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU 25 akan diberikan mencantikkan isi-isi tersebut di dalam sesi sumbangsaran dan seterusnya menyiapkan latihan yang diberikan. Isi Daripada kelima-lima contoh tersebut, didapati kefahaman murid mengenai isi adalah 100 peratus. Kesemua mereka dapat menguasai bidang isi iaitu apa yang hendak dikata. Kesemua mereka dapat menulis dengan jelas mengenai subjek yang hendak diceritakan iaitu ‘sahabat baik’. Organisasi Dari segi kebolehan bidang organisasi ataupun kebolehan menyusun apa yang hendak dikatakan, didapati 100 peratus murid-murid dapat menguasainya dengan cemerlang. Malah ada yang dapat melakukannya dengan baik tanpa mengenepikan aspek pengenalan, pertengahan isi dan penutup karangan. Ekspresi 60 peratus iaitu 3 daripada 5 karangan tersebut mempunyai permulaan ayat yang sama iaitu “Saya Mempunyai Sahabat Baik.” Secara umum meskipun kurang tepat, boleh dikatakan murid- murid ini tidak dapat mengembangkan ayat menggunakan idea sendiri untuk permulaan ayat dan menggunakan ayat yang sama yang telah diberikan oleh guru di papan hitam. Kemungkinan mereka menghadapi masalah untuk mengatakan apa yang dikatakan ataupun dikenali kebolehan mengeksploitasi bidang ekspresi. Begitu juga dengan aspek tatabahasa daripada segi penggunaan huruf besar, kesalahan ejaan dan isi yang terkeluar daripada tajuk yang menyebabkan mereka kehilangan markah. dikembangkan dengan baik lagi. kesimpulan Setelah membincangkan mengenai pendekatan, teori, kaedah, model dan teknik, dapatlah dirumuskan bahawa pengetahuan secara holistik merupakan satu keperluan yang mendesak di
  29. 29. HBML3203 : TATABAHASA DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU 26 dalam sesi pengajaran dan pembelajaran penulisan. Sememangnya, tiada pendekatan, kaedah atau teknik khusus di dalam menghasilkan kualiti dan kuantiti cemerlang di dalam pengajaran penulisan tetapi guru-guru mempunyai seleksi yang luas dengan kepelbagaian pendekatan dan konsep yang telah dibincangkan di atas. Keutamaan adalah memastikan objektif pengajaran berkesan mencapai matlamatnya. Di antara ciri pengajaran berkesan ialah kepelbagaian penyampaian dan kejelasan penyampaian oleh guru. Di antara objektif penulisan ialah memperkembangkan imaginasi dan pemikiran kritis murid-murid di samping menyediakan murid-murid yang berpengetahuan menyampaikan maksud melalui penulisan yang betul. Di samping menitikberatkan proses penulisan yang sesuai, tidak ketinggalan juga ialah pemuliharaan hukum bahasa baku yang melibatkan tatabahasa, ejaan, kosa kata serta sebutan yang betul di dalam aktiviti menulis dan membaca. 4.2 CONTOH APLIKASI PENULISAN WACANA BERBANTUK FAKTA PENANDA WACANA DALAM PEnulisan Berikut adalah contoh-contoh perenggan yang dipilih untuk melihat penggunaan wacana di dalam petikan: 3.1 Petikan 1 Perenggan ini adalah dipetik daripada buku ‘Cakna Bestari’ terbitan Jabatan Pelajaran Negeri Kedah (2011) di bawah tajuk “Mencipta Inovasi Sebagai Pendekatan Baru – Menyubur Kecerdasan Logik Matematik Berformula Pengalaman Yang Amat Bermakna”, muka surat 11. Pembelajaran dengan modul Program Asas TIP RING KONSEP K3 menulis karangan. Semasa mengaplikasinya, saya menjelaskan makna FORMULA KONSEP K3 yang mencakupi 3 perkara, iaitu pertama pengamalan, kedua isi dan ketiga kesimpulan. Setiap karangan mesti memenuhi disiplin 3 komponen tersebut. Komponen pengenalan mempunyai 3 ciri iaitu pertama isu berdasarkan tajuk, kedua huraian isu dan ketiga arahan atau respons soalan daripada tajuk. Dalam Komponen Isi, pertama murid saya perlu menyatakan isi mengikut arahan soalan,
  30. 30. HBML3203 : TATABAHASA DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU 27 kedua menghuraikan isi dan ketiga mereka memberi contoh yang berkaitan isi. Begitu juga pada Komponen Kesimpulan, pertama mesti menyimpulkan tajuk berdasarkan pendapat murid, kedua huraian cadangan terhadap isu dan ketiga jelaskan harapan kepada isu. Berdasarkan petikan di atas, terdapat beberapa penanda wacana yang boleh dikesan dalam ayat- ayat yang digunakan. Antara penanda wacana yang ditemui ialah seperti ‘semasa’, ‘ pertama’, ‘ kedua’, ‘ ketiga’ , ‘ setiap’, ‘dalam’ dan begitu juga. Penanda wacana atau perkataan ‘semasa’ yang terdapat di dalam ayat tersebut membawa maksud atau menunjukkan sesuatu tempoh atau ketika sesuatu perkara itu dinyatakan. Manakala perkataan atau penanda wacana ‘pertama’, ‘kedua’ dan ‘ketiga’ pula membawa maksud urutan masa atau turutan peristiwa atau kronologi sesuatu perkara yang diterangkan oleh penulis. Manakala penanda wacana ‘begitu juga’ pula membawa maksud persamaan erti dalam ayat-ayat yang terdahulu. Di dalam petikan tersebut, penulis kerap-kali mengulangi penanda wacana ‘pertama’, ‘kedua’ dan ‘ketiga’ kerana terdapat banyak perkara yang terpaksa disentuh oleh penulis berdasarkan formula konsep yang diperkenalkan dan perlu diterangkannya supaya pembaca memahami dengan lebih mendalam. Penanda wacana yang digunakan oleh penulis di dalam petikan tersebut sememangnya mudah difahami oleh pembaca dan maksud yang hendak disampaikan adalah jelas. Namun begitu, di dalam ayat, ‘Dalam komponen isi……’, adalah tidak begitu sesuai digunakan di dalam petikan tersebut. Penulis sepatutnya menggunakan ‘sementara komponen isi,…..’ bagi menerangkan urutan penerangan yang akan disampaikan bagi menampakkan wacana yang menarik contoh 2 Perenggan ini pula adalah dipetik daripada buku ‘Cakna Bestari’ terbitan Jabatan Pelajaran Negeri Kedah (2011) di bawah tajuk”Pusat Sumber SMK Convent Sebelum Inovasi”, muka surat 51.
  31. 31. HBML3203 : TATABAHASA DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU 28 Kedudukan PSS SMK Convent tidak strategik kedudukannya kerana terletak di tingkat empat bangunan belakang. Pun begitu, PSS tetap berdiri megah tanpa pelanggan.Walaupun agak ceria dan bersih, tetapi PSS bergerak sendirian dan bersifat terasing. Selalunya jumlah pengawas PSS lebih ramai berbanding pengunjung. Faktor koleksi buku yang tidak terkini, pengawas PSS yang tidak cekap menjalankan tanggungjawab, ketiadaan promosi dan galakan amalan membaca menyebabkan PSS hanya sekadar bilik pameran tanpa pelanggan. Malahan, PSS menjadi medan guru-guru memenuhi waktu ganti (relief). Namun begitu, murid-murid murid-murid masih menggunakan PSS hanya mengikut waktu perpustakaan sahaja dan mereka masih tetap tidak menunjukkan minat yang mendalam untuk membaca. Hal yang demikian ini terbukti apabila jumlah pinjaman buku sangat minimum. Dalam petikan ke dua ini pula, penulis artikel tersebut telah menggunakan beberapa penanda wacana yang agak berbeza daripada petikan pertama tadi. Di dalam petikan tersebut, beberapa penanda wacana yang telah dikesan adalah seperti ‘pun begitu’, ‘walaupun’, ‘selalunya’ ‘malahan’, ‘namun begitu’ dan ‘hal yang demikian’. Penanda wacana ‘pun begitu’ adalah merujuk kepada maksud pertentangan di mana menceritakan tentang PSS yang terdapat di situ tetapi tidak ada pengunjung yang datang atas sebab-sebab tertentu. Penanda wacana ‘walaupun’ pula memberi maksud tentang pendapat yang berbeza atau sebaliknya iaitu tentang PSS yang kelihatan ceria tetapi masih tidak dapat menarik pengunjung datang ke situ. Perkataan ‘kebiasaannya’ membawa maksud atau memberi gambaran tentang keseluruhan serta rumusan pendapat penulis tentang PSS yang dinyatakan itu. Sementara itu, perkataan ‘malahan’ merujuk kepada maksud penanda keterangan atau huraian kejadian sebaliknya di mana PSS digunakan oleh guru-guru untuk ‘berehat’ ketika waktu jadual ganti dan bukannya waktu untuk mengajar. Penanda wacana ‘hal yang demikian’ pula merujuk kepada rumusan sebab di mana ia menerangkan tentang bilangan peminjam yang berkurangan walaupun PSS kelihatan ceria. Penulisan petikan kedua ini menampakkan satu wacana yang menarik dan pembaca boleh memahami isi yang hendak disampaikan dengan jelas. Perkataan ‘selalunya’ dilihat adalah kurang tepat digunakan di dalam ayat dan boleh digantikkan dengan perkataan atau penanda
  32. 32. HBML3203 : TATABAHASA DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU 29 wacana yang lebih sesuai seperti ‘kebiasaannya’ dan memperlihatkan penanda wacana yang lebih menarik untuk digunakan. 5.0 KESIMPULAN Wacana ialah unit bahasa yang melebihi batas ayat. Wacana mempunyai ciri-ciri yang terdiri daripada tujuh tahap ketekstualan, iaitu tautan, runtutan, tujuan, penerimaan, maklumat, keadaan dan juga interteks. Selain itu, penanda wacana pula terdiri daripada lima jenis yang disebut sebagai penanda leksikal, rujukan, penghubung, penggantian dan juga ellips. Wacana juga terbahagi kepada dua jenis iaitu wacana jenis lisan dan wacana jenis tulisan. Wacana jenis lisan merupakan wacana yang melibatkan antara penutur dan juga pendengar. Sebagai contohnya ialah seorang guru yang bertanya kepada muridnya kenapa tidak hadir ke kelas. Manakala wacana tulisan pula ialah wacana yang melibatkan bidang penulisan. Sebagai contohnya ialah surat rasmi yang ditulis kepada kerajaan, laporan, memo dan sebagainya. Wacana bukan sekadar diperingkat ayat, malahan meliputi perenggang, bab, buku dan siri buku. Tujuh ciri ketekstualan perlu dipenuhi untuk menghasilkan wacana yang baik sama ada dalam penghasilan penulisan atau pengucapan. Sesebuah wacana yang baik perlu memperlihatkan pertautan dan kesinambungan idea. Pertautan dan kesinambungan idea ini bukan sekadar antara ayat dengan ayat atau antara satu perenggang dengan satu perenggang, bahkan dari satu bab dengan bab yang lain. Hal ini penting untuk memperlihatkan kesatuan bagi menghasilkan wacana yang utuh. Wacana juga penting bagi menghasilkan kerja yang bermutu selain daripada boleh menyempurnakan sesuatu perkara. Sebagai contohnya, dengan menggunakan wacana yang betul melalui percakapan seseorang itu akan menyebabkan seseorang itu akan dihormati oleh orang
  33. 33. HBML3203 : TATABAHASA DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU 30 lain. Hal ini kerana seseorang itu mampu mempamerkan kesungguhannya menggunakan bahasa dengan betul ketika bercakap. 5.1 keutuhan wacana Keutuhan wacana adalah satu aspek yang sangat penting kerana ia menentukan apakah sesuatu itu boleh dianggap sebagai wacana atau hanya merupakan kumpulan ayat yang tidak teratur. Melaluinya juga kita dapat memahami hubungan bahasa dengan alam di luar bahasa secara lebih mendalam. Satu aspek penting dalam analisis wacana ialah keutuhan wacana. Dengan menganalisis keutuhan wacana kita dapat menentukan sama ada sesuatu teks itu sebuah wacana atau hanya sekumpulan ayat yang tidak teratur. Melalui analisis keutuhan wacana juga kita dapat pula memahami hubungan bahasa dengan alam di luar bahasa secara lebih mendalam. Merujuk kepada kebulatan dan kesepaduan esei. Dicirikan oleh sifat kohesi dan koheren. Kohesi merujuk kepada idea atau isi esei yang dijalin rapi hingga menjadi bersepadu. Koheren merujuk kesinambungan ayat-ayat dan merujuk perenggan-perenggan yang membawa idea-idea tertentu. Keutuhan wacana bertujuan bagi menentukan sesebuh wacana itu berkualiti atau tidak. Ia dapat dilihat daripada hubungan bahagian-bahagian dalam wacana daripada segi semantik, leksikal, gramatik dan fonologi.
  34. 34. HBML3203 : TATABAHASA DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU 31 6.0 rujukan Pengertian Menulis. Yulia Alamudin. Oktober 29, 2009 diperoleh pada Oktober 27, 2013 daripada http://pembelajaranmenulis.blogspot.com/ Teori Behaviorisme. Rabiatul Faezah Rameli, Norasma Yasimin binti Suliman dan Shahrul Nazmi bin Mohamad. September 20, 2010 diperoleh pada Oktober 27, 2013 daripada http://teoribehaviorismeivanpavlov.blogspot.com/ Pendekatan, Kaedah Serta Cara Mengajar Penulis. YazidBiz369. April 22, 2011 diperoleh pada November 1, 2013 daripada http://yazidbiz369.blogspot.com/2011/04/pendekatankaedah-serta- caanra-mengajar.html Teori Pemerolehan Bahasa. Fadhilah Sulaiman. Tiada tarikh. Diperoleh pada November 1, 2013 daripada http://www.scribd.com/doc/160244171/KULIAH-4-Teori-Pemerolehan-Bahasa Pengajaran dan Pembelajaran Penulisan. Zamzuri Mohamed. April 8, 2010. Diperoleh pada November 10, 2013 daripada http://retibasa.blogspot.com/2010/04/pengajaran-pembelajaran- penulisan.html Prinsip Pengajaran Penulisan. Abdul Sukor Shaari. Tiada tarikh. Diperoleh pada November 10, 2013 daripada https://docs.google.com/presentation/d/1zTWTaEDhguCPj84PXwsqMNWufCFFOlYVPnw2EY GaXy8/edit#slide=id.p13 __________ . KRB 3023 Penulisan dan Kaedah Unit 1- Unit 5. Tuan Jah Tuan Yusof. Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah. Selangor. Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd. Ke Kang He & Mark Shin Kee Shun. 2015 Teaching Writing in Chinese Speaking Areas. In Mark Shin Kee Shun and De Lung Zhang (Eds). Springeronline.com. USA. A.C. “Buddy” Krizan dan Joyce P. Logan. 2000. The Basic : Writing. South Western Educational Publishing USA.
  35. 35. HBML3203 : TATABAHASA DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU 32 John Lyons. 1995. Bahasa Natural dan Tatabahasa Sejagat. Esei dan tesis dalam Linguistik. DBP. Abu Hassan Abdul dan Abd. Rashid Md Idris. 2012. Seni Mengarang. Tanjung Malim. Perak. Pusat Pendidikan Luar UPSI.

×