Contoh Slide

1,201 views

Published on

Published in: Education
  • Be the first to comment

Contoh Slide

  1. 1. MATEMATIK TINGKATAN 1Bab 1 Nombor Bulat
  2. 2. BAB 1 NOMBOR BULAT• Nombor 0, 1, 2, 3, ..., 50 ..., 8614, ... yang digunakan dalam proses pengiraan dipanggil nombor bulat (whole numbers).• Nombor bulat terdiri daripada angka 0, 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8 dan 9 yang boleh ditulis dalam perkataan atau angka.• Nombor 1, 2, 3, 4, ... dipanggil nombor tabii / asli (natural numbers). Set tiga titik dibelakang nombor-nombor tersebut menunjukkan bahawa corak terus- menerusnya yang juga dipanggil elipsis (ellipsis).• Setiap angka nombor bulat mewakili nilai tertentu mengikut kedudukan nilai angka dalam nombor tersebut. Sebagai contoh, nilai bagi setiap angka dalam nombor 4,128,925 adalah seperti berikut: – Juta - angka 4 – Ratus ribu - angka 1 – Puluh ribu - angka 2 – Ribu - angka 8 – Ratus - angka 9 – Puluh -angka 2 – Unit - angka 5
  3. 3. Menghitung nombor bulat Hitung dalam gandaan sepuluh dari 20 hingga 50 (Jwb: 20, 30, 40, 50) Hitung dalam gandaan dua dari 4 hingga 20 (Jwb: 4, 6, 8, 10, 12, 14, 16, 18, 20)• Hitung dalam pengurangan lima dari 30 hingga 10 (Jwb: 30, 25, 20, 15, 10)• Hitung dalam pengurangan seratus dari 1100 hingga 500 (Jwb: 1100, 1000, 900, 800, 700, 600, 500)
  4. 4. Menulis nombor bulat dalam perkataan• 1 020 (Jwb: Seribu dua puluh)• 19 503 (Jwb: Sembilan belas ribu lima ratus tiga)• 634 202 (Jwb: Enam ratus tiga puluh empat ribu dua ratus dua)• 1 007 032 (Jwb: Satu juta tujuh ribu tiga puluh dua)
  5. 5. Menulis nombor bulat dalam bentuk angka• Lima ratus tiga puluh empat (Jwb: 534)• Dua belas ribu tujuh puluh (Jwb: 12 070)• Lima ratus dua puluh empat ribu, dua ratus empat puluh dua (Jwb: 524 242)• Dua puluh satu juta, tujuh ribu empat puluh lapan (Jwb: 21 007 048)
  6. 6. Mengenal pasti nilai tempat• 24 763 – 2 - puluh ribu – 4 - ribu – 7 - ratus – 6 - puluh – 3 – unit• 374 125 – 3 - ratus ribu – 7 - puluh ribu – 4 - ribu – 1 - ratus – 2 - puluh – 5 - unit
  7. 7. Mengenal pasti nilai angka dalam nombor bulat• Kenal pasti nilai angka 6 dalam nombor 36 052 Jwb: Nilai tempat angka 6 adalah ribu. Oleh itu nilai angka 6 adalah 6000.• Kenal pasti nilai angka 7 dalam nombor 472 351 Jwb: Nilai tempat angka 7 adalah puluh ribu. Oleh itu nilai angka 7 adalah 70 000.• Nombor bulat boleh di bundarkan (rounded off) kepada nilai tempat tertentu mengikut ketepatan yang diperlukan. Kaedah untuk pembundaran (rounding off) nombor bulat kepada nilai tempat yang diberi adalah seperti berikut; Cari angka di sebelah kanan nilai tempat yang diberi.• Jika angka ini adalah kurang dari 5, biarkan angka pada nilai tempat tersebut tidak berubah.• Jika angka ini adalah 5 atau lebih, maka tambahkan 1 pada angka dalam nilai tempat yang diberi dan gantikan setiap angka di sebelah kanan dengan 0.
  8. 8. Pembundaran nombor bulat• Bundarkan 37 268 yang nilai yang terhampir Ribu – Nilai tempat yang diberi, ribu = 7. – Angka disebelah kanan nilai tempat yang diberi adalah 2 (2<5 ). – Biarkan angka 7 tidak berubah dan gantikan kesemua angka di sebelah kanan angka 7 dengan 0.• Oleh itu pembundaran 37 268 kepada nilai ribu yang terhampir adalah 37 000. Puluh ribu – Nilai tempat yang diberi, puluh ribu = 3. – Angka disebelah kanan nilai tempat yang diberi adalah 7 (7>5). – Tambahkan 1 pada angka 3 dan gantikan kesemua angka di sebelah kanan angka 3 dengan 0.• Oleh itu pembundaran 37 268 kepada nilai puluh ribu yang terhampir adalah 40 000.
  9. 9. Penambahan DAN Penolakan• Penambahan (addition) adalah proses penjumlahan dua nombor atau lebih. Simbol bagi penambahan adalah + dan dibaca sebagai tambah (plus).• Pengurangan / penolakan (subtraction) adalah proses mencari perbezaan atau baki (hasil tolakan dua nombor). Simbol bagi pengurangan / penolakan adalah - dan dibaca sebagai tolak (minus).
  10. 10. Penambahan nombor bulatCari nilai setiap yang berikut:a) 3 909 + 8 527 Jawapan
  11. 11. b) 26 483 + 9 758 + 865 Jawapan
  12. 12. Penolakan nombor bulatCari nilai setiap yang berikut:a) 47 391 – 851Jawapan
  13. 13. b) 238 472 - 79 586 Jawapan
  14. 14. LATIHAN PENAMBAHAN DAN PENOLAKAN1) Kampung A, B dan C mempunyai populasi penduduk 9 452, 13 337 dan 5 087. Kira jumlah populasi penduduk untuk tiga kampung tersebut. Answer2) Pada hari pertama pelancaran kereta jenama CAR, pengedar menerima tempahan 7 122 dan 5 908 unit untuk setiap model automatik dan manual. Cari perbezaan antara bilangan kereta jenama CAR model automatik dan model manual yang ditempah pada hari tersebut. Answer
  15. 15. Pendaraban Dan Pembahagian• Pendaraban (multiplication) adalah proses mencari produk terdiri daripada dua atau lebih nombor. Simbol bagi pendaraban adalah x dan dibaca sebagai darab (multiply).• Pembahagian (division) adalah proses mencari hasil bahagi suatu nombor dengan nombor lain yang mana bukan sifar. Simbol bagi pembahagian adalah ÷ dan dibaca sebagai bahagi (divide).
  16. 16. Mendarabkan dua nombora) 347 x 24
  17. 17. Membahagikan nombor bulat dengan nombor bulat yang lebih kecil a) 534 ÷ 3 b)5 649 ÷ 21Hasil bahagi 534 ÷ 3 adalah 178. Hasil bahagi 5 649 ÷ 21 adalah 269.
  18. 18. Latihan Darab dan Bahagia) Satu rim kertas bersaiz A4 mengandungi 485 helai. Sebuah pusat fotokopi menggunakan 36 rim kertas bersaiz A4 sehari. Kira jumlah helai kertas bersaiz A4 yang digunakan dalam sehari oleh pusat fotokopi tersebut. Answerb) Sebuah badan bukan kerajaan ingin mengagihkan bantuan 525 buah basikal kepada 7 buah sekolah terpilih dalam daerah Alor Gajah. Jika basikal tersebut diagihkan sama-rata untuk setiap sekolah, berapa buah basikal yang akan diterima oleh setiap sekolah? Answer

×