Buli

2,117 views

Published on

text

Published in: Education
0 Comments
0 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

  • Be the first to like this

No Downloads
Views
Total views
2,117
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
8
Actions
Shares
0
Downloads
70
Comments
0
Likes
0
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Buli

  1. 1. Buli Di sekolah PENGENALAN Murid ialah generasi pelapis pada masa akan datang. Mereka bakal diamanahkan untuk memimpin dan menerajui negara. Bagi merealisasikan dan mencapai hasrat aspirasi ini, institusi sekolah disandarkan menjadi pusat pembentukan jati diri dan pengisian modal insan. Kerajaan, masyarakat, ibu bapa, dan para pendidik mempunyai peranan dan tanggungjawab yang besar dalam menentukan hala tuju generasi ini. Namun, beberapa insiden pelanggaran disiplin terutamanya bersifat buli yang berlaku dalam dunia persekolahan dewasa ini sedikit sebanyak telah mencemarkan harapan dan aspirasi ini. . Sekolah sebagai agen sosialisasi utama , bertanggungjawab membanteras gejala ini hingga ini hingga ke peringkat akar umbi. Iklim dan persekitaran sekolah yang kondusif perlu diwujudkan bagi merangsang perkembangan murid dalam aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial sejajar dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Justeru itu, kami berdua berusaha untuk mengaji faktor-faktor buli dan cara penyelesaiannya di sekolah. Segala saranan dan cadangan yang dikemukakan ini diharapkan dapat dimanfaatkan oleh pihak sekolah untuk sama-sama berganding tenaga ke arah perubahan dan pembentukan sikap murid kepada yang lebih positif dalam usaha membendung serta mengurangkan masalah tersebut ke tahap yang minimum. MATLAMAT Memberi kefahaman dan kesedaran kepada warga sekolah tentang perlakuan buli dan kesannya, serta cara penyelesaiannya. Seterusnya memahami dan menghayati peranan dan fungsi masing-masing dalam pelaksanaan strategi dan pelan tindakan di peringkat sekolah untuk menbendung gejala buli. OBJEKTIF 1. Memberi kefahaman dan kesedaran kepada warga sekolah tentang gejala buli. 2. Mengklasifikasikan jenis-jenis salahlaku yang boleh ditaksirkan sebagai perbuatan buli. 3. Memberi kesedaran kepada setiap warga sekolah dalam menangani dan mengatasi gejala buli.
  2. 2. DEFINISI BULI Buli ertinya perbuatan mendera atau mempermainkan seseorang murid atau kumpulan muird supaya dapat menyesuaikan diri dengan suasana yang baru atau perbuatan mendera atau mempermain-mainkan seseorang murid atau kumpulan murid yang biasanya lemah untuk menggertak atau menakutkan murid atau kumpulan murid berkenaan. JENIS-JENIS BULI Buli boleh dikategorikan sebagai berikut : Fizikal - pukul - tumbuk - tendang - tolak/ tarik - tampar - cubit - pulas telinga - tindih - menghimpit - peteh/ bentes / tendang pada kaki - sekeh / luku / ketuk - cekik - raba - dan lain-lain perbuatan yang seumpamanya Lisan - ejekan - panggilan / gelaran yang mengaibkan - fitnah - mencarut / memaki / menghina / mengherdik / mempersenda - dan lain-lain pernyataan lisan yang seumpamanya. Isyarat ( bukan lisan)
  3. 3. - jelir lidah - bahasa badan - jegil mata - isyarat lucah - dan lain-lain perbuatan bukan lisan yang seumpamanya. Peras ugut - minta duit secara paksa - memaksa mangsa membuat kerja/ kerja rumah - minta barang secara paksa - memaksa menjelaskan bayaran(makanan,minuman, alat tulis dll) - sembunyi barang mangsa - mengugut supaya merahsiakan perbuatan salah laku dan seumpamanya. - Memaksa melakukan salah laku. - Menjadi orang suruhan - Dan lain-lain perbuatan yang seumpamanya Memulau - mangsa buli sengaja tidak dimasukkan ke dalam kumpulan. - Mangsa buli tidak diberikan kemudahan yang sepatutnya. - Mangsa buli tidak diberikan kerjasama. - Pembuli tidak suka pelajar yang ikut peraturan (skema). FAKTOR-FAKTOR BULI Buku Developmental Psychology Childhood and Adolescence (1996) telah memetik huraian Patterson (1982; Patterson et. Al 1989) yang menerangkan bahawa anak-anak yang bermasalah selalunya tinggal di dalam keluarga yang dianggap sebagai tapak semaian kepada tingkahlaku antisosial dan garang. Implikasi: Murid lain yang lebih pandai akan menjauhkan diri daripada mereka. Murid ini juga akan kerap dikritik dan tidak diambil berat oleh guru-guru. Murid ini akan ditempatkan di dalam kelompok pelajar yang sama taraf akademiknya dan secara relatifnya juga bermasalah dan
  4. 4. mempunyai sikap anti sosial. Penolakan masayarakat sekolah tersebut akan menyebabkan skop pergaulan mereka terbatas kepada pelajar yang lemah dalam matapelajaran dan bermasalah sama seperti mereka. Sesetengah daripada mereka membentuk geng ataupun deviant cliques. Kumpulan ini akan menjerumuskan mereka kepada peningkatan sikap-sikap agresif, antisosial, tidak mementingkan pelajaran dan terjebak di dalam aktiviti yang berbau jenayah (Thomas Dsion & Associates, 1991). BERITA HARIAN, 9 JUN 2005. Sekadar untuk berseronok-seronok menjadi satu faktor utama perbuatan buli di kalangan murid, malah pembuli terbabit berasa seronok melihat orang lain merana akibat gangguan berkenaan. Presiden Psikologi Malaysia, Prof Datin Dr. Noran Fauziah Yaakub, berkata murid yang membuli juga melihat perbuatan itu sebagai satu cara untuk memeriahkan situasi atau keadaan. Punca berkenaan hasil kajian bertajuk `MEMAHAMI FAKTOR-FAKTOR TINGKAHLAKU BULI DI KALANGAN MURID SEKOLAH RENDAH’ yang dijalankan bersama beberapa penyelidik lain tahun lalu. Kajian membabitkan seramai 2,528 murid sekolah kebangsaan dan sekolah jenis kebangsaan. Dari segi perasaan mangsa pula seperti yang dijangka, secara keseluruhan perasaan mangsa adalah negatif, psikologi mereka terganggu, majoritinya berasa marah. Selain itu, mangsa turut merasa risau, kecewa, hendak mengangis, sedih, malu dan terganggu fikiran menyebabkan merekia tidak boleh memberi tumpuan kepada pelajaran. Antara faktor yang dikenal pasti menyebabkan salah laku buli: Keluarga -Kurang didikan dan penghayatan agama/ moral. -Kurang perhatian dan kasih saying -Gaya asuhan -Peniruan ( Role Model ) gaya hidup dalam keluarga. -Kurang pengawasan. Sekolah -kurang pengawasan -Persekitaran dan iklim sekolah -Kawalan murid yang lemah.
  5. 5. -Kurang intervensi yang sesuai terhadap kes-kes buli. -Pengurusan disiplin kurang cekap. -Guru tidak bertindak sebagai role model. Individu -saiz badan -panas baran -terlampau aktif -egoistik -dendam kerana pernah dibuli -Kecelaruan gender -konsep kendiri yang rendah -gila ‘ glamour’ Pengaruh media -Rancangan bercorak keganasan. -Bahan negatif melalui internet. -Media cetak yang negative seperti komik, majalah, akhbar tabloid, Bahan bacaan porno, picisan dan lain-lain. -Permainan video Persekitaran -Mahu pengiktirafan rakan sebaya. -Berada dalam komuniti tidak prihatin. -Institusi masyarakat yang lemah. -Ikatan kejiranan yang longgar. PERANAN PENGURUSAN ANTI BULI DI SEKOLAH Peranan Pengetua / Guru Besar 1. Berkuasa penuh terhadap pengurusan disiplin. 2. Menjadi Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Disiplin Sekolah. 3. Mewujudkan kesedaran di kalangan semua pihak tentang isu buli di sekolah. 4. Mewujudkan perhubungan dan permuafakatan dengan agensi luar.
  6. 6. 5. Melaporkan perkembangan isu disiplin sekolah kepada pihak PPD dan JPN. Peranan Penolong Kanan Hal Ehwal Murid 1. Sebagai Setiausaha Jawatankuasa Pengurusan Disiplin Sekolah. 2. Menguruskan mesyuarat berkaitan pengurusan disiplin sekolah. 3. Melaporkan kes kepada Guru Besar. 4. Menyediakan laporan untuk PPD/JPN/SBP/ Teknik dan Vokasional. 5. Memberi kefahaman tentang kesan dan implikasi buli kepada guru dan murid. 6. Menerima aduan kes buli dan menjalankan tindakan susulan. Peranan Guru Disiplin 1. Bertanggungjawab kepada Guru Besar. 2. Merancang, menyelaras dan melaksana program yang telah diputuskan oleh Jawatankuasa Pengurusan Disiplin Sekolah. 3. Mengenal pasti murid berisiko. 4. Memastikan kesahihan aduan. 5. Merekod semua kes. 6. Menjalankan pemantauan. 7. Tindakan susulan berterusan. 8. Menyediakan laporan kepada PK HEM. Peranan Guru Bimbingan Dan Kaunseling 1. Bertanggungjawab kepada Guru Besar. 2. Mengenal pasti murid berisiko. 3. Menerima dan menyiasat aduan murid. 4. Menjalankan sesi kaunseling kepada murid yang terlibat. 5. Menyebarkan maklumat anti buli kepada warga sekolah dan ibu bapa murid. 6. Merekodkan kes. 7. Pemantauan berterusan. 8. Tindakan susulan. 9. Menyediakan laporan kepada PK HEM . PANDUAN MENJALANKAN AKTIVITI MENANGANI BULI Beberapa panduan yang menjadi prinsip utama dalam merancang aktiviti menangani buli adalah seperti berikut: - Mestilah selaras dengan falsafah dan objektif sekolah yang merancangkannya.
  7. 7. - Perancangan hendaklah melihat kepada keperluan utama golongan murid terbabit. - Dirancang oleh sekolah untuk menolong pelajar memperkembangkan potensi yang ada pada dirinya ke peringkat yang maksimum dalam bidang akademik dan sosial. - Setiap ahli sekolah, guru-guru dan pengetua juga hendaklah bersama-sama untuk melakukan tugas bimbingan ini. - Mestilah dirancang berterusan untuk menolong pelajar dalam alam persekolahan mereka, menolong mereka berkembang dalam kognitif dan efektif. Orientasi Pemulihan Kita hendaklah membuat andaian bahawa bukan semua murid berhak untuk diberi bimbingan. Maka hanya murid yang sangat memerlukan sahaja diberi keutamaan supaya sesuatu keadaan menjadi lebih serius. Oreintasi Pencegahan Bagi merancang aktiviti pencegahan sebagai fungsi program pencegahan buli ini, kita mengandaikan semua murid berhak mendapatkan bimbingan dalam alam persekolahan mereka. Ia lebih baik dilaksanakan pada peringkat awal. Ini kerana tugas pencegahan adalah lebih ringan daripada membuat pemulihan di akhir nanti. Oreintasi Perkembangan Setiap murid yang normal itu adalah berhak diberikan bimbingan bagi perkembangan dirinya. Ia tidak berorientasikan krisis, tetapi lebih mengutamakan perkembangan potensi yang ada pada murid. Ia adalah satu perkhidmatan yang memlibatkan kerjasama seluruh masyarakat sekolah. EMPAT LANGKAH HALANG PERBUATAN BULI Menurut Profesor Olweus dari Bergen Universiti, Norway iaitu pelopor dalam kajian buli di dunia, sekiranya kes buli berlaku dalam lingkungan 10-15 peratus ia dianggap serius. Terdapat 4 peringkat untuk menangani masalah buli. Pertama ialah tahap sekolah; kedua tahap kelas; dan ketiga tahap individu. Keempat perbincangan tentang budi hendaklah dimasukkan dalam agenda mesyuarat PIBG. Bagi peringkat sekolah langkah pertama ialah sekolah perlu mendapatkan maklumat tentang
  8. 8. kes buli yang berlaku di sekolah masing-masing, sama ada bentuk psikologi atau fizikal. Ini boleh dilakukan dengan meminta pelajar mengisi borang soal selidik berkaitan dengan buli. Pelajar boleh juga menulis kes-kes buli yang telah mereka alami. Untuk mendapat respons yang lebih tinggi tentang perkara ini, identiti pelajar hendaklah rahsia. Kedua sekolah perlu mempunyai peratuan yang jelas berkaitan dnegan buli. Ini bukan sahaja dilakukan dengan menampal poster antibuli di sekolah, tetapi juga mengedarkan risalah anti buli kepada setiap pelajar untuk dibaca bersama dengan ibu bapa. Ketiga satu jawatankuasa penyelaras antibuli peringkat sekolah perlu dibentuk. Antara ahli dalam jawatankuasa ini terdiri daripada pentetua, guru kaunseling, guru disiplin, wakil ibu bapa dan wakil pelajar. Mereka berperanan mengurus proggram antibuli dan menilai keberkesanannya. Keempat perbincangan tentang buli hendaklah dimasukkan dalam agenda mesyuarat PIBG. KESIMPULAN Sekolah merupakan sebuah komuniti yang menjadi sebahagian daripada masyarakat yang lebih luas. Di samping mengajar, guru juga memainkan peranan sebagai ‘role model’ yang utama kepada para pelajar. Sesungguhnya isu buli di sekolah tidak boleh dipandang dengan sebelah mata sahaja. Ia memerlukan komitmen daripada semua pihak, baik guru, ibu bapa atau murid itu sendiri bagi memastikan institusi sekolah menjadi gedung ilmu dan bukannya tempat untuk melahirkan samseng. Sama ada untuk berseronok atau kerana benci dan ingin membalas dendam, perbuatan seumpama ini tidak sepatutnya menjadi budaya yang menunjangi institusi sekolah. Masalah buli ini, walau sekecil mana pun, ia mempunyai potensi yang besar
  9. 9. untuk merebak dengan berluasa jika dibiarkan. Maruah dan harga diri negara kita adalah terletak pada rakyatnya yang sentiasa beretika, bermoral dan berdisiplin. Posted by Yong Poh Soonat 8:41 A http://wacanayong.blogspot.com/2009/10/buli-di-sekolah-pengenalan-murid-ialah.html (15.7.2014)
  10. 10. untuk merebak dengan berluasa jika dibiarkan. Maruah dan harga diri negara kita adalah terletak pada rakyatnya yang sentiasa beretika, bermoral dan berdisiplin. Posted by Yong Poh Soonat 8:41 A http://wacanayong.blogspot.com/2009/10/buli-di-sekolah-pengenalan-murid-ialah.html (15.7.2014)

×