Successfully reported this slideshow.
We use your LinkedIn profile and activity data to personalize ads and to show you more relevant ads. You can change your ad preferences anytime.

Kaedah Deduktif

4,768 views

Published on

Published in: Education
  • Be the first to comment

  • Be the first to like this

Kaedah Deduktif

  1. 1. Kaedah Pengajaran Deduktif dalam pengajaran MatematikStrategi Pengajaran Deduktif merupakan kaedah mengajar yang kompleks keranamurid perlu memperolehi kefahaman yang mendalam / mencukupi serta berupayamemilih rumus, hukum, teorem, peraturan yang telah dipelajari dengan tepatuntuk diaplikasi pada contoh-contoh khusus.Dalam matematik kaedah ini menggunakan rumus, hukum atau teori matematik yangtelah dipelajari untuk mendapatkan rumusan atau generalisasi matematik yang baru iaitudaripada generalisasi kepada khusus. Kaedah ini memerlukan murid-murid menguasaipengetahuan yang luas dan pengetahuan matematik yang cukup bagi mendapatkanrumus, hukum atau teorem yang baru. Sebagai contoh: L L P P Rumus luas segi empat Bahagikan luas segi empat Tepat yang diketahui tepat kepada dua bahagian Yang sama Rumus luas segi tiga bersudut tegak = panjang X lebar =pXl 2 1
  2. 2. Berdasarkan penggunaan pendekatan deduktif ini, guru memberitahu muridobjektif pelajaran pada peringkat awal. Murid dibimbing mengingat kembali hukum,prinsip, teori atau peraturan yang berkaitan untuk membolehkan mereka menyelesaikanmasalah atau mendapatkan kesimpulan yang baru. Ini bermaksud bahawaguru memberikan rumus, prinsip, hukum, teorem atau peraturan tertentu kepada muriddan mengajarkannya kepada murid sehingga murid faham, kemudian murid akanmengaplikasikannya atau juga boleh digunakan sebagai proses menyelesaikan masalahdalam Matematik. Maksudnya ialah daripada rumus, prinsip, hukum,teorem atau peraturan tertentu tersebut, murid-murid dapat memahami sesuatu yangbaru, bermaksud mereka mungkin dapat idea yang baru bagi menyelesaikan sesuatupermasalahan. Daripada idea atau pemahaman yang baru itu boleh juga dibentukrumus, prinsip, hukum, teorem atau peraturan yang baru asalkan tidak lari daripadakonsep masing-masing. Pendekatan ini juga menjadi bantuan kepada murid untukmembuat internalisasi terhadap mengaitkan isi pelajaran yang kurang abstrak dengangeneralisasi.2. Jenis-Jenis Pendekatan Deduktif :Terdapat 3 jenis pendekatan deduktif yang biasa digunakan sebagai strategipengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah.i) Penyelesaian masalah : pendekatan deduktif hanya digunakan untukmenyelesaikan masalah. Misalnya setelah murid menguasai kemahiran operasi campurtolak mereka disuruh menyelesaikan masalah soalan berkaitan kehidupan harian sepertimenggunakan wang untuk membeli barangan.ii) Membentuk generalisasi baru : pendekatan deduktif ini dapat digunakan untukmembuat generalisasi yang baru. Misalnya setelah murid mempelajari rumus luas segi 2
  3. 3. empat tepat mereka diminta menggunakan rumus itu untuk mendapatkan rumus luassegitiga bersudut tegak.iii) Membukti hipotesis : pendekatan deduktif juga boleh digunakan untukmembuktikan sesuatu hipotesis melalui sesuatu hukum atau prinsip yang telah dipelajaricontohnya selepas murid telah mempelajari teorem sudut-sudut bersebelahan atas garislurus, mereka diminta menggunakan teorem ini bagi membuktikan hasil tambah tigasudut dalam sebuah segitiga ialah 180 darjah.3 Prinsip-Prinsip Penggunaan Strategi Pengajaran Deduktif Pada peringkat permulaan masalah atau hipotesis harus didedahkan terlebihdahulu. Murid-murid harus dibimbing mengingat kembali generalisasi, prinsip atau teoriyang membolehkan mereka menyelesaikan masalah atau hipotesis yang didedahkan.Generalisali, prinsip atau teori yang digunakan untuk menyelesaikan masalah ataumembukti hipotesis haruslah diketahui serta telah difahamkan. Penggunaan deduktifharus dijalankan mengikut prosedur yang betul iaitu: Proses penyelesaian masalah atau membuktikan hipotesis tidak terhad kepadamenggunakan satu generalisasi prinsip atau teori yang telah dipelajari. Guru tidak perlumenjalankan cara menyelesaikan masalah atau menghuraikan cara membukti hipotesistetapi membimbing murid melalui aktiviti soal jawab sehingga mereka menjalankanaktiviti penyelesaian masalah sendiri.4 KesimpulanKaedah pengajaran deduktif dalam Matematik membantu murid berfikir berdasarkanpengetahuan umum kepada yang khusus dalam usaha menyelesaikan masalah harianatau pembelajarannya. Bagi setiap langkah pengajaran guru, isi pelajaran perludikaitkan dengan generalisasi. Perkaitan ini boleh ditunjukkan secara langsung olehguru atau secara tidak langsung melalui soalan-soalan. Walaupun pendekatan kaedah 3
  4. 4. ini mempunyai kelebihannya tetapi guru tidak seharusnya hanya menggunakan satukaedah satu dalam sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran. Ini kerana objektifpengajaran sukar hendak dicapaikan dengan satu kaedah pengajaran sahaja. Oleh guruhendak menggbungkan kaedah pengajaran deduktif ini dengan kaedah pengajaran yanglain seperti pendekatan induktif, pendekatan formal, pendekatan kotekstual dansebagainya agar hasil pengajaran lebih berkesan dan tercapai objektif pengajaran danpembelajaran. 4

×