Pantun Perpisahan

89,849 views

Published on

15 rangkap pantuk klasik yang bertemakan perpisahan. Rujuk: http://www.saujana.sg/Wiyata/KongsiSlaid/tabid/2322/Default.aspx

Published in: Education
2 Comments
7 Likes
Statistics
Notes
No Downloads
Views
Total views
89,849
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
1,612
Actions
Shares
0
Downloads
434
Comments
2
Likes
7
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Pantun Perpisahan

  1. 1. Pantun Klasik erpisahan P www.saujana.sg MOHAMED NAIM DAIPI
  2. 2. www.saujana.sg PANTUN PERPISAHAN (1) K alau ada sumur di ladang, Bolehlah saya menumpang mandi; Kalau ada umur yang panjang, Bolehlah kita berjumpa lagi.
  3. 3. www.saujana.sg PANTUN PERPISAHAN (2) H ari ini menanam jagung, Hari esok menanam serai; Hari ini kita berkampung, Hari esok kita bersurai.
  4. 4. www.saujana.sg PANTUN PERPISAHAN (3) O rang Aceh sedang sembahyang, Hari Jumaat tengah hari; Pergilah kasih pergilah sayang, Pandai-pandai menjaga diri.
  5. 5. www.saujana.sg PANTUN PERPISAHAN (4) B intang barat terbit petang, Bintang Timur terbit pagi; Jika tidak melarat panjang, Ada umur ketemu lagi.
  6. 6. www.saujana.sg PANTUN PERPISAHAN (5) D ari mana hendak ke mana? Tinggi rumput dari padi; Hari mana bulan mana, Dapat kita berjumpa lagi?
  7. 7. www.saujana.sg PANTUN PERPISAHAN (6) D ian tiga lilin pun tiga, Obor tergantung rumah laksamana; Diam juga sabar pun juga, Ada umur tidak ke mana.
  8. 8. www.saujana.sg PANTUN PERPISAHAN (7) T uai padi antara masak, Esok jangan layu-layuan; Intai kami antara nampak, Esok jangan rindu-rinduan.
  9. 9. www.saujana.sg PANTUN PERPISAHAN (8) B atang selasih permainan budak, Berdaun sehelai dimakan kuda; Bercerai kasih bertalak tidak, Seribu tahun kembali juga.
  10. 10. www.saujana.sg PANTUN PERPISAHAN (9) A sap api embun berderai, Patah galah haluan perahu; Niat hati tak mahu bercerai, Kehendak Allah siapa tahu?
  11. 11. www.saujana.sg PANTUN PERPISAHAN (10) G unung Pantai tinggai merawan, Nampak dari padang temu; Buah hati tinggallah puan, Ada jodoh kita bertemu.
  12. 12. www.saujana.sg PANTUN PERPISAHAN (11) S ayang Sarawak sungainya sempit, Buah nenas lambung-lambungan; Hendak kubawa perahuku sempit, Tinggallah emas tinggal junjungan.
  13. 13. www.saujana.sg PANTUN PERPISAHAN (12) H ujan turun badan pun basah, Batang galah haluan perahu; Niat di hati tak mahu berpisah, Kehendak Allah siapa yang tahu.
  14. 14. www.saujana.sg PANTUN PERPISAHAN (13) H arum sungguh bunga melati, Kembang setangkai waktu pagi; Hancur sungguh rasa di hati, Sedang berkasih ditinggal pergi.
  15. 15. www.saujana.sg PANTUN PERPISAHAN (14) K alau jadi pergi ke ladang, Kain panjang cari dahulu; Kalaulah jadi pergi berdagang, Induklah semang cari dahulu
  16. 16. www.saujana.sg PANTUN PERPISAHAN (15) B uah pauh delima batu, Anak sembilang di tapak tangan; Walau jauh di negeri satu, Hilang di mata, di hati jangan.

×