Successfully reported this slideshow.
We use your LinkedIn profile and activity data to personalize ads and to show you more relevant ads. You can change your ad preferences anytime.

Pantun Agama

14,535 views

Published on

15 rangkap pantun yang bertemakan keagamaan. rujuk: http://www.saujana.sg/Wiyata/KongsiSlaid/tabid/2322/Default.aspx

Published in: Education

Pantun Agama

  1. 1. Pantun Klasik gama A www.saujana.sg MOHAMED NAIM DAIPI
  2. 2. www.saujana.sg PANTUN AGAMA (1) K emun ing di dalam semak, Jatuh melayang ke dalam paya; Meski ilmu setinggi tegak . Tidak sembahyang apa gunanya?
  3. 3. www.saujana.sg PANTUN AGAMA (2) H arimau belang turun sekawan, Mati ditikam si janda balu; Ilmu akhirat tuntutlah tuan, Barulah sempurna segala fardu.
  4. 4. www.saujana.sg PANTUN AGAMA (3) T uan haji memakai jubah, Singgah sembahyang di tengah lorong; Kalau sudah kehendak Allah, Rezeki segenggam jadi sekarung.
  5. 5. www.saujana.sg PANTUN AGAMA (4) B ulu merak cantik berkaca, Gugur sehelai ke dalam baldi; Jika tak banyak kitab dibaca, Jangan mengaku khatib dan kadi.
  6. 6. www.saujana.sg PANTUN AGAMA (5) B anyak bulan perkara bulan, Tidak semulia bulan puasa; Banyak tuhan perkara tuhan, Tidak semulia Tuhan Yang Esa.
  7. 7. www.saujana.sg PANTUN AGAMA (6) D aun terap di atas dulang, Anak udang mati dituba; Dalam kitab ada terlarang, Yang haram jangan dicuba.
  8. 8. www.saujana.sg PANTUN AGAMA (7) B unga kenanga di atas kubur, Pucuk sari pandan Jawa; Apa guna sombong dan takbur, Rosak hati badan binasa.
  9. 9. www.saujana.sg PANTUN AGAMA (8) A nak ayam turun sepuluh, Mati seekor tinggal sembilan; Bangun pagi sembahyang subuh, Minta ampun kepada Tuhan.
  10. 10. www.saujana.sg PANTUN AGAMA (9) A sam kandis asam gelugur, Ketiga asam si riang-riang; Menangis mayat di pintu kubur, Teringat badan tidak sembahyang.
  11. 11. www.saujana.sg PANTUN AGAMA (10) B anyaklah hari antara hari, Tidak semulia hari Jumaat; Banyak nabi antara nabi, Tidak semulia Nabi Muhammad.
  12. 12. www.saujana.sg PANTUN AGAMA (11) H alia ini tanam-tanaman, Di barat sahaja akan tumbuhnya; Dunia ini pinjam-pinjaman, Akhirat juga akan sungguhnya.
  13. 13. www.saujana.sg PANTUN AGAMA (12) K ulit lembu celup samak, Mari buat tapak kasut; Harta dunia jangan ditamak, Jikalau mati tidak mengikut.
  14. 14. www.saujana.sg PANTUN AGAMA (13) M alas hamba menyelam bubu, Takut terpijak binatang berbisa; Orang malas menuntut ilmu, Di akhirat kelak badan binasa.
  15. 15. www.saujana.sg PANTUN AGAMA (14) H ari ini hari Jumaat, Hari esok hari Sabtu; Nabi kita Nabi Muhammad, Tuhan kita hanyalah satu.
  16. 16. www.saujana.sg PANTUN AGAMA (15) T anam sepohon limau purut, Tanam di pasu dengan cermat; Dunia direbut akhirat dituntut, Baru sempurna umat Muhammad.

×