Successfully reported this slideshow.
We use your LinkedIn profile and activity data to personalize ads and to show you more relevant ads. You can change your ad preferences anytime.

Pbs ekonomi fazrul

3,231 views

Published on

khas untok form6 semua for nxt year!! GOOD LUCK ^+^

Published in: Education
  • Login to see the comments

Pbs ekonomi fazrul

  1. 1. Mohamad Fazrul Bin Abdul Razak JA0003/1037 (941130-01-5011)  Encik Razali Bin Bachik
  2. 2. TUJUAN Untuk mendapatkan maklumat dan mengenal pasti tenaga buruh di Malaysia dari tahun 2000 hingga tahun 2012.  Kajian ini telah menggunakan data sekunder iaitu kaedah perpustakaan kerana melalui kaedah ini para penyelidik mendapat gambaran yang jelas mengenai prinsip, konsep, pengolahan dan penganalisisan data yang bersesuaian dengan reka bentuk kajian.  Mendapati bahawa kadar perubahan guna tenaga pada tahun 2000 paling tinggi berbanding tahun-tahun lain. Manakala penurunan kadar perubahan guna tenaga pada tahun 2007 hingga 2009 disebabkan oleh krisis ekonomi global semasa.  Mendapati bahawa sektor ketiga adalah penyumbang guna tenaga yang terutama di Malaysia dari tahun 2000 hingga 2012.  Hasil kajian ini telah pun menambah ilmu pengetahuan penyelidik dan dianalisa dari semasa ke semasa oleh penyelidik lain pada masa yang akan datang.
  3. 3. • Membentangkan data yang berkaitan kadar perubahan peratusan guna tenaga dan sumbangan guna tenaga mengikut sektor dari tahun 2000-2012 berdasarkan data yang diperoleh daripadaJjabatan Perangkaan Malaysia. • Tenaga buruh merujuk kepada mereka yang berumur 15 hingga 64 tahun (dalam tahun genap pada hari lahir terakhir) semasa minggu rujukan, sama ada bekerja atau menganggur. • Ekonomi Malaysia dibahagikan kepada 3 sektor iaitu: 1) SEKTOR UTAMA 2) SEKTOR KEDUA 3) SEKTOR KETIGA EKONOMI MALAYSIA SEKTOR UTAMA SEKTOR KEDUA SEKTOR KETIGA
  4. 4. SEKTOR UTAMA  Melibatkan aktiviti peringkat awal dalam proses pengeluaran.  Sektor utama ialah pengeluaran bahan mentah yang terdiri daripada aktiviti pertanian dan hasil bumi.  Terdiri daripada beberapa sektor iaitu sektor pertanian, sektor perhutanan, sektor perikanan, sektor penternakan serta sektor perlombongan dan kuari. SEKTOR KEDUA  Sektor yang melibatkan aktiviti ekonomi yang kebanyakannya merupakan lanjutan daripada sektor pertama.  Merupakan tahap kedua dalam proses pengeluaran iaitu aktiviti pemprosesan bahan mentah menjadi barang siap atau separuh siap.  Dua aktiviti ekonomi yang tergolong dalam sektor ini ialah sektor perkilangan dan sektor pembinaan. SEKTOR KETIGA  Dikenali sebagai sektor perkhidmatan yang melibatkan aktiviti yang mengeluarkan perkhidmatan.  Terbahagi kepada 3 kumpulan iaitu perkhidmatan pengeluaran, perkhidmatan awam dan perkhidmatan lain.
  5. 5.  Malaysia merupakan sebuah negara pertanian dengan hasil negara bergantung kepada eksport pertanian.  Sumbangan guna tenaga mengikut sektor-sektor merupakan satu elemen yang tidak boleh dinafikan dalam pertumbuhan ekonomi dan KDNK.  Namun begitu, kadar perubahan guna tenaga tidak stabil setiap tahun.  Perubahan tenaga buruh dengan mengambil langkah memperbaiki suasana pasaran buruh dan meningkatkan mutu sumber manusia melalui pendidikan, latihan dan kemahiran daripada pelbagai faktor-faktor lain.  Mengetahui faktor-faktor tentang peningkatan dan penurunan kadar perubahan guna tenaga dan sumbangannya mengikut sektor masing-masing di Malaysia.  Kita juga patut mengetahui sejarah ekonomi Malaysia dan perkara ini dapat membantu kita pada masa depan kerana remaja merupakan pemimpin akan datang untuk negara.
  6. 6. Mengenal pasti kadar perubahan peratusan tenaga buruh di Malaysia dari tahun 2000 - 2012 OBJEKTIF KAJIAN Mengenal pasti sumbangan tenaga buruh mengikut sektor di Malaysia dari tahun 2000 - 2012
  7. 7. TUJUAN - menghubungkaitkan objektif kajian dengan hasil kajian. KAEDAH DATA SEKUNDER HURAIAN  Rujukan bahan bacaan dari perpustakaan dan laman sesawang menjadi sumber utama untuk mendapatkan data yang berkaitan dengan kadar perubahan peratusan guna tenaga dan sumbangan guna tenaga mengikut sektor di Malaysia dari tahun 2000-2012.  Rumus untuk menghitung guna tenaga: Guna tenaga = Tenaga Buruh - Penganggur
  8. 8. 6.1 Kajian terhadap kadar perubahan guna tenaga buruh di Malaysia dari tahun 2000 hingga 2012. Jumlah tenaga buruh dan jumlah guna tenaga pada tahun 2000 merupakan 9572500 orang dan 9271200 orang. Kadar perubahan guna tenaga dari tahun 1999 hingga 2000 adalah 6.07%, telah mencapai perkembangan kadar perubahan guna tenaga yang paling banyak dari tahun 2000 hingga 2012.  Pada tahun 2001, bilangan tenaga buruh dan guna tenaga bertambah dari 9 572 500 orang kepada 9 892 100 orang dan dari 9 271 200 orang kepada 9 532 500 orang. Kadar perubahan guna tenaga 2002 telah meningkat sebanyak 0.46%, iaitu bilangan guna tenaga tahun 2002 bertambah sehingga 9 840 000 orang.
  9. 9. Kadar perubahan guna tenaga pada tahun 2004 telah merosot sebanyak 0.69% tetapi meningkat balik kepada 4.1% pada 2005. Kadar perubahan guna tenaga pada tahun 2006 ialah 2.44% dan ia merosot sehingga 2.14% pada tahun 2007. Kadar perubahan tenaga buruh terus merosot sebanyak 0.57% pada tahun 2008 dan akhirnya merosot sampai 0.56% pada tahun 2009 tetapi bertambah balik menjadi 2.73% pada tahun 2010. Bilangan tenaga buruh pada tahun 2006, 2007, 2008 dan 2009 adalah sebanyak 11 544 500 orang, 11 775 100 orang, 11967500 orang dan 12083400 orang. Guna tenaga pada tahun 2006, 2007, 2008 dan 2009 yang telah ditunjukkan oleh jadual 1 ialah 11159100 orang, 11398000 orang, 11 576 500 orang dan 11 640 900 orang. Kadar perubahan guna tenaga meningkat sebanyak 2.17% pada tahun 2010, pemerosotan kadar perubahan guna tenaga tetap berlaku pada tahun 2011, peratusannya menjatuh sehingga 2.48% dan terus merosot sebanyak 0.44% pada tahun 2012. Pada tahun 2011, tenaga buruh dan guna tenaga ialah 124 645 700 orang dan 12 255 500 orang.Manakala, tenaga buruh dan guna tenaga pada tahun 2012 ialah 12 923 900 orang dan 12 505 000 orang Tidak dapat menafikan bahawa guna tenaga Malaysia semakin berkembang dari tahun ke tahun dan hal ini dapat mempercepat proses pembangunan negara kita.
  10. 10. 6.2 Kajian terhadap sumbangan guna tenaga mengikut sektor di Malaysia dari tahun 2000 hingga 2012. 6.2.1 Sumbangan guna tenaga mengikut sektor kepada pertumbuhan ekonomi dari tahun 2000 hingga 2012.
  11. 11. Pada tahun 2000, sektor pertama telah menyumbang RM 1448.7 ribu kepada pertumbuhan ekonomi. Manakala, sektor kedua dan sektor ketiga menyumbang sebanyak RM 3313.3 ribu dan RM 4509.2 ribu.Sebanyak 1448.3 ribu ringgit Malaysia telah pun disumbangkan oleh sektor pertama kepada pertumbuhan ekonomi pada tahun 2002.Sebanyak RM 3327.5 ribu dan RM 4756.7 ribu juga disumbangkan oleh sektor kedua dan sektor ketiga. Pada tahun 2003, sumbangan guna tenaga sektor pertama hanya berjumlah RM 1445.4 ribu, iaitu penurunan sebanyak RM 2.4 ribu. Sebaliknya, sektor ketiga dan sektor kedua masih meningkat sehingga RM 3649.7 ribu dan RM 5086 ribu pada tahun tersebut. Walaupun, sumbangan guna tenaga sektor pertama menaik balik sehingga RM 1449.5 ribu pada tahun 2004.Namun, ia masih menjunam dari tahun 2005 hingga 2007, iaitu RM 1444 ribu, RM 1435 ribu dan RM 1432.8 ribu. Penurunan sumbangan guna tenaga sektor pertama kepada pertumbuhan ekonomi dari tahun 2005 hingga 2007 adalah sebanyak RM 11.2 ribu. Sektor kedua kepada pertumbuhan ekonomi pada tahun 2005 hingga 2007 ialah RM 3892.8 ribu, RM 3928.4 ribu dan RM 4054 ribu. Manakala, sektor ketiga masih berkembang dengan lancar pada tiga tahun berturut - turut, iaitu RM 5556 ribu, RM 5741.8, dan RM 5911.2 ribu. Sumbangan guna tenaga sektor pertama kepada pertubuhan ekonomi walaupun mengalami perkembangan pada tahun 2008, iaitu bertambah dari RM 1432.8 ribu hingga RM 1433.7 ribu tetapi ia mengalami kemerosotan dari tahun 2009 hingga 2012, iaitu RM 1433.2 ribu, RM 1432.4 ribu, RM 1429.6 ribu dan RM 1428 ribu.  Sebaliknya, perkembangan sumbangan guna tenaga sektor kedua adalah secara tidak stabil kerana sumbangannya mencapai RM 4096.7 ribu pada tahun 2008 tetapi sumbangannya menjatuh sebanyak RM 118.7 ribu pada tahun 2009, kemudian sumbangannya meningkat sebanyak RM 412.2 ribu dari tahun 2010 hingga 2012. Manakala, sumbangan guna tenaga sektor ketiga kepada pertumbuhan ekonomi adalah meningkat secara lancar dari tahun 2008 hingga 2012, iaitu dari RM 6046.1 ribu hingga RM 6686.8 ribu, pertambahan sebanyak RM 640.7 ribu.
  12. 12. 6.2.2 Sumbangan guna tenaga mengikut sektor kepada keluaran dalam negara kasar (KDNK)
  13. 13.  Pada tahun 2000, sektor pertama telah menyumbang RM 68 266 ribu kepada KDNK. Manakala, sektor kedua dan sektor ketiga menyumbang sebanyak RM 123 969 ribu dan RM 175 648 ribu.Sebanyak 67 574 ribu ringgit Malaysia telahpun disumbangkan oleh sektor pertama kepada KDNK pada tahun 2002.Sebanyak RM 119 728 ribu dan RM 182 821 ribu juga disumbangkan oleh sektor kedua dan sektor ketiga.  Pada tahun 2003, sumbangan guna tenaga sektor pertama, sektor kedua dan sektor ketiga kepada KDNK hanya berjumlah RM 74 328 ribu, RM 134 718 ribu dan RM 201 568 ribu. Seterusnya, perkembangan sumbangan guna tenaga mengikut sektor kepada KDNK pada 2004 yang paling banyak ialah sektor kedua kerana sumbangannya bertambah RM 17 312 ribu berbanding sumbangan guna tenaga sektor ketiga yang bertambah sebanyak RM 12 960 ribu dan diikuti oleh sumbangan guna tenaga sektor pertama yang bertambah sebanyak RM 3 228 ribu.  Sumbangan guna tenaga sektor pertama kepada KDNK pada tahun 2005 hingga 2007 ialah RM 78 307 ribu, RM 79731 ribu dan RM 81058 ribu. Manakala, sektor ketiga masih berkembang dengan lancar pada tiga tahun berturut-turut, iaitu RM 230 043 ribu, RM 247 099 ribu, dan RM 272 406 ribu.
  14. 14.  Pada tahun 2008, iaitu bertambah dari RM 81 058 ribu hingga RM 81 656 ribu tetapi perkembangannya masih tidak stabil dan menjunam sehingga RM 79 292 ribu pada tahun 2009.Namun begitu, sumbangannya meningkat RM 894 ribu pada tahun 2010. Seterusnya, perkembangan sumbangan guna tenaga sektor ketiga adalah secara lancar kerana sumbangannya semakin meningkat dari tahun 2008 hingga 2010, iaitu RM 293 072 ribu, RM 302 044 ribu dan RM 322 610 ribu.  Guna tenaga sektor pertama kepada KDNK mengalami perkembangan pada tahun 2008, iaitu bertambah dari RM 166 964 ribu hingga RM 169 443 ribu tetapi ia mengalami kemerosotan sehingga RM 156113 ribu pada tahun 2009. Namun begitu, sumbangannya meningkat RM 16 747 ribu pada tahun 2010.  Sumbangan guna tenaga sektor pertama kepada KDNK pada tahun 2011 dan 2012 ialah RM 116 633 ribu dan RM 117 970. Sebaliknya, sumbangan guna tenaga sektor kedua pada tahun 2011 dan 2012 juga merupakan RM 199 703 ribu dan RM 212 196. Manakala, sumbangan guna tenaga sektor ketiga pada tahun 2011 dan 2012 ialah RM 384 272 ribu dan RM 408 926 ribu.  Ini menunjukkan peningkatannya setiap tahun walaupun menghadapi pelbagai cabaran semasa Malaysia sedang melaksanakan Wawasan 2020.
  15. 15. 1) Kerajaan harus mengurangkan import dari negara lain supaya KDNK dapat ditingkatkan. 2) Kerajaan harus menjalankan ekonomi berasaskan pengetahuan. 3) Kerajaan harus mempelbagaikan kegiatan ekonomi Malaysia. 4) Kerajaan juga patut menyokong urus niaga berbentuk perindustrian kecil dan sederhana (IKS). KESIMPULAN :  Kerajaan harus mengambil langkah-langkah bagi meningkat kadar perubahan guna tenaga dan KDNK.  Faktor ini menjadi penentu kepada kelangsungan sesebuah ekonomi dan dapat meletakkannya ke tahap yang stabil dan selamat dalam jangka panjang.  Oleh itu, semua rakyat patut bekerjasama untuk menghadapi cabaran-cabaran yang akan datang dengan proses menuju Wawasan 2020.
  16. 16.  Kerajaan harus mengambil langkah bagi meningkat kadar perubahan guna tenaga dan KDNK.  Kerajaan harus selalu memerhati guna tenaga setiap tahun dan cuba melaksanakan matlamat, iaitu Malaysia selalu mencapai guna tenaga penuh.  Daya pemikiran, kreativiti dan inovasi rakyat sesebuah negara itulah menjadi penentu untuk kejayaan  Kerajaan patut selalu memandang serius terhadap ekonomi Malaysia supaya Malaysia tidak mengalami kemerosotan pada suatu hari nanti.  Semua rakyat patut bekerjasama untuk menghadapi cabaran-cabaran yang akan datang dengan proses menuju Wawasan 2020.

×