Successfully reported this slideshow.
We use your LinkedIn profile and activity data to personalize ads and to show you more relevant ads. You can change your ad preferences anytime.

Laporan Program Skarok Fun Run 2018

413 views

Published on

Laporan Program Skarok Fun Run 2018

Published in: Education
  • good info stephanie.. anyway, your GPK kokurikulum is my former teacher and now both of us is JU for PJ in Sarawak
       Reply 
    Are you sure you want to  Yes  No
    Your message goes here
  • Be the first to like this

Laporan Program Skarok Fun Run 2018

  1. 1. LAPORAN SKAROK FUN RUN SEKOLAH KEBANGSAAN SKAROK 2018 NAMA SEKOLAH : SK SKAROK, LUBOK ANTU NAMA PROGRAM : SKAROK FUN RUN 2018 TARIKH PELAKSANAAN PROJEK : 2 NOVEMBER 2018 1.0 PENGENALAN Pada 2 November 2018, Sekolah Kebangsaan Skarok telah mengadakan Skarok Fun Run 2018. Program ini telah dirasmikan oleh Guru Penolong Kanan Kurikulum, Cikgu Lofez Anak Robyn Julin. Program ini telah disertai oleh seramai 77 orang murid dari setiap kelas. Pengisian program yang dijalankan dalam Skarok Fun Run 2018 ini mengambil kira 3M, iaitu: Murah, Menarik dan Mudah dilaksanakan. Aktiviti yang dijalankan adalah di bawah penyelaras aktiviti merentas desa Sekolah Kebangsaan Skarok di mana pengisian aktiviti senamrobik dan merentas desa diadakan untuk memperlihatkan tahap kecergasan fizikal warga sekolah secara menyeluruh. 2.0 0BJEKTIF PROJEK Antara objektif program ini diadakan adalah untuk menerapkan gaya hidup yang sihat dalam kalangan rakyat Malaysia khususnya warga Sekolah Kebangsaan Skarok. Tambahan pula, program sebegini dilihat berpotensi sebagai salah satu usaha untuk mencegah penyakit seperti obesiti, sakit jantung dan darah tinggi menular dalam kalangan murid yang semakin membimbangkan kebelakangan ini. 3.0 STRATEGI PELAKSANAAN 3.1 Kolaboratif Berbincang secara kolaboratif dengan mentor dan seterusnya merujuk kepada Guru Penolong Kanan Kokurikulum sekolah berkaitan projek yang hendak dijalankan. 3.2 Koperatif Bergerak secara koperatif dengan rakan guru dan staf sokongan dalam membuat persediaan program Skarok Fun Run 2018.
  2. 2. 3.3 Bekerja secara berpasukan Bergerak secara berpasukan dengan rakan guru dan staf sokongan dari awal hingga akhir projek ini selesai dijalankan. 3.4 Bimbingan Sentiasa mendapatkan tunjuk ajar dan bertanya kepada pihak pentadbir sekolah serta rakan guru agar projek dapat dijalankan dengan jayanya. 4.0 LAPORAN PELAKSANAAN PROJEK Pada 23 Oktober 2018, semua staf Sekolah Kebangsaan Skarok telah dikumpul untuk taklimat berkenaan dengan Skarok Fun Run 2018. Taklimat dilakukan oleh penyelaras program iaitu Cikgu Stephanie Unsil Anak Rakey. Persediaan untuk program ini telah dimulakan bermula dari 20 Oktober 2018 sehinggalah 2 November 2018. Persediaan yang dijalankan termasuklah penyediaan peralatan untuk Skarok Fun Run, persiapan pentas, persiapan gerbang larian serta latihan senamrobik yang diketuai oleh guru sukan. Sebelum acara Skarok Fun Run dimulakan, semua murid terlebih dahulu dikumpulkan di dalam dewan sekolah memandangkan cuaca yang tidak baik. Murid – murid berbaris mengikut kelas masing-masing. Murid menunjukkan nilai disiplin yang sangat baik kerana mengikut segala arahan yang diberikan oleh para guru. Staf yang bertugas di kaunter pendaftaran
  3. 3. Pendaftaran peserta dimulakan pada pukul 7.30 pagi. Guru Penolong Kanan Kurikulum, Cikgu Lofez Robyn Julin telah menyampaikan ucapan di mana dalam ucapan, beliau menyatakan akan kepentingan aktiviti bersukan terhadap tahap kesihatan kepada para rakan guru dan murid-murid serta ibu bapa yang ada hadir pada hari tersebut. Guru Penolong Kanan Kurikulum turut menyatakan ucapan tahniah dan terima kasih atas kerja keras para guru dan semua staf sokongan yang menjayakan Skarok Fun Run 2018. Sesi senamrobik bersama Cikgu Stephanie . Berlepas mengikut kategori
  4. 4. Acara diteruskan lagi dengan sesi senamrobik yang diketuai oleh Cikgu Stephanie Unsil Rakey. Acara senamrobik mengambil masa selama 20 minit secara keseluruhannya. Semua guru, staf sokongan dan murid terlibat bersama dalam menjalankan senamrobik itu. Seminggu sebelum Skarok Fun Run dilaksanakan, guru dan murid terlebih dahulu berlatih bersama-sama untuk belajar langkah-langkah senamrobik di Dewan Skarok. Setelah selesai sesi senamrobik tersebut, acara diteruskan lagi Skarok Fun Run dan dilepaskan mengikut kategori. Larian sejauh 2 kilometer adalah untuk kategori murid umur 7 hingga 8 tahun dan 4 kilometer bagi murid 9 tahun hingga 12 tahun. Trek bagi Skarok Fun Run meliputi kawasan sekolah dan juga di luar kawasan sekolah. Terdapat dua checkpoint yang disediakan di sepanjang trek laluan merentas desa. Kerjasama semua guru, staf sokongan, pekerja swasta dan polis trafik diperlukan untuk menjayakan program ini. Kategori lelaki dan perempuan 12 TKB
  5. 5. Semua larian tamat pada pukul 9.30 pagi. Majlis penutupan Skarok Fun Run diadakan tepat pukul 10.30 pagi. Larian murid – murid diambil mata untuk mata rumah sukan. Semua murid yang berjaya menamatkan 6 larian terpantas akan diserap untuk mewakili sekolah bagi acara merentas desa pada tahun hadapan. Guru yang bertugas menjaga Checkpoint Sesi penyampaian pingat kepada para pemenang
  6. 6. 5.0 REFLEKSI 5.1 KEKUATAN PROJEK / AKTIVITI Antara kekuatan program yang dijalankan ini adalah di mana program ini melibatkan secara menyeluruh warga sekolah iaitu para guru, staf sokongan, pekerja swasta, murid-murid sekolah dan masyarakat setempat. Ahli Jawatankuasa Kerja Program ini melibatkan semua guru sekolah dan staf sokongan. Program ini telah memberikan satu peluang kepada semua warga sekolah untuk menimba pengalaman bekerjasama dalam menjayakan suatu program di peringkat yang lebih tinggi. Selain itu, projek ini juga mempunyai Pelan B sekiranya hari hujan pada hari tersebut. Ini bermaksud projek ini tetap akan berjalan walaupun cuaca tidak mengizinkan. Namun demikian, cuaca pada hari tersebut sangat baik untuk pelaksanaan Program Skarok Fun 2018. 5.2 KELEMAHAN PROJEK / AKTIVITI Agihan tugas adalah kurang berkesan di mana bilangan staf SK Skarok tidak dapat menampung program yang lebih besar. 6.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN Cadangan yang perlu dipertimbangkan pada masa akan datang adalah penetapan tema pada setiap tahun, misalnya sukan rakyat, permainan tradisional, sukan elit dan banyak lagi supaya pengisiannya lebih menarik dan kreatif. Pengisian program pula perlu ditambah dengan aktiviti lain seperti kempen kesedaran pemakanan sihat atau pemeriksaan kesihatan dengan kerjasama bersama pihak hospital. Bagi memeriahkan Skarok Fun Run pada tahun hadapan, acara terbuka dengan menjemput atlet dari sekolah lain boleh dilakukan agar murid lebih bersungguh- sungguh untuk melibatkan diri secara keseluruhannya.
  7. 7. 7.0 KESIMPULAN Ternyata program sebegini banyak memberi impak kepada warga Sekolah Kebangsaan Skarok terutamanya dalam menerapkan gaya hidup yang sihat dalam kalangan warga Sekolah Kebangsaan Skarok. Tambahan pula, pengisian yang telah disusun dan dirancang telah berjaya menerapkan budaya beriadah sambil berhibur. Guru telah memainkan peranan sebagai agen sosial dalam menyampaikan hasrat kerajaan untuk menyemai cara hidup yang ideal dan sihat serta memberi kesedaran tentang kesihatan kepada masyarakat. Secara keseluruhannya, program ini telah berjalan dengan lancar dan jayanya. Kehadiran para ibu bapa yang turut serta menunjukkan sokongan yang padu mereka serta hubungan yang erat antara sekolah dan ibu bapa. Walaupun terdapat kekangan dari segi kewangan, namun program ini tetap dapat dijalankan dengan meriah. Semoga program ini dapat dilaksanakan dalam skala yang lebih besar dan menarik pada masa akan datang.
  8. 8. Disediakan oleh, ( STEPHANIE UNSIL ANAK RAKEY ) Penyelaras Skarok Fun Run 2018, SK Skarok, Lubok Antu, Disahkan Oleh, ( KULOK ANAK LAGA ) Guru Besar, SK Skarok, Lubok Antu.

×