Successfully reported this slideshow.
We use your LinkedIn profile and activity data to personalize ads and to show you more relevant ads. You can change your ad preferences anytime.

Bimbingan & Kaunseling

180 views

Published on

Bimbingan & Kaunseling

Published in: Education
  • Be the first to comment

  • Be the first to like this

Bimbingan & Kaunseling

  1. 1. KAUNSELING KELOMPOK BIL TAJUK 1. Jenis – Jenis Kelompok 2. Proses Kaunseling Kelompok
  2. 2. DEFINISI KELOMPOK
  3. 3. (Webster’s Third New World International Dictionary) KELOMPOK beberapa orang individu yang terikat dengan minat, tujuan atau fungsi yang sama
  4. 4. ( Association for Speacialists in Group Work ) KELOMPOK “proses yang melibatkan pemberian bantuan serta pencapaian matlamat dalam seting kelompok”
  5. 5. JENIS – JENIS KELOMPOK
  6. 6. KATEGORI UMUM KELOMPOK Berpusatkan krisis Berpusatkan masalah Berpusatkan pertumbuhan
  7. 7. KELOMPOK BERPUSATKAN KRISIS
  8. 8. KELOMPOK BERPUSATKAN KRISIS • Ditubuhkan sebagai respons kepada satu masalah yang perlu diselesaikan • Contohnya trauma akibat bencana alam seperti gempa bumi, tsunami, banjir, kematian dan sebagainya • Biasanya bilangan sesi sebanyak 5 kali di mana penamatan dibuat apabila situasi menjadi stabil
  9. 9. LAPORAN “Saya masih ingat lagi satu kelompok berpusatkan krisis yang pernah saya kendalikan dua tahun yang lalu. Pada hari berkenaan, seorang lelaki yang kurang siuman telah masuk ke sekolah saya, lalu menyerang kanak – kanak Tahun 5 yang berada di kantin. Dalam serangan itu, 3 orang kanak – kanak terbunuh. Apabila keadaan huru – hara pulih menjadi seperti biasa, saya pun menjemput 5 orang kanak – kanak, sahabat karib kepada 3 mangsa tadi ke bilik kaunseling saya. Saya juga membentuk kelompok kedua dengan kanak – kanak yang telah menyaksikan pembunuhan tadi. Saya berjumpa dengan kedua – dua kelompok secara berasingan sebanyak lima sesi bertujuan untuk membantu mereka memproses perasaan marah dan sedih yang wujud.”
  10. 10. KELOMPOK BERPUSATKAN MASALAH
  11. 11. KELOMPOK BERPUSATKAN MASALAH • berfokuskan kepada satu masalah umum • Masalah yang timbul tidak memerlukan tindakan segera • Kelompok yang asalnya dibentuk boleh meneruskan perjumpaan secara kelompok berpusatkan masalah setelah tamat krisis
  12. 12. • dibentuk untuk menyelesaikan masalah kanak – kanak di sekolah (tingkahlaku, akademik) • Kelompok ini mengalami masalah yang sama • Kesan positif selalunya diperoleh melalui sokongan dalam kalangan ahli
  13. 13. LAPORAN “ Di sekolah saya, terdapat ramai kanak – kanak berpencapaian rendah yang tinggal dengan datuk nenek kerana ibu bapa bekerja di luar negara. Pada peringkat awal saya merancang membantu mereka dalam masalah akademik. Lama – lama saya sedar masalah sebenar ialah berhubung dengan kehilangan, perpisahan, perasaan terbiar, ketakutan, dan marah. Dalam sesi yang berlangsung, ahli – ahli memproses perasaan yang tersimpan dan terpendam di dalam hati mereka. Nampaknya, saya tidak perlukan satu pelan tindakan yang terancang.”
  14. 14. KELOMPOK BERPUSATKAN PERTUMBUHAN
  15. 15. • Berbeza dengan dua kelompok sebelum ini • Dibentuk untuk menguruskan keperluan perkembangan kanak – kanak • Juga dikenali sebagai kelompok bimbingan • Tajuk perbincangan : persahabatan, paras rupa, kemasukan asrama penuh
  16. 16. LAPORAN “ Sebagai seorang guru bimbingan dan kaunseling di sekolah rendah, saya menyedari bahawa masalah ponteng sekolah mempunyai perkaitan dengan transisi sekolah menengah. Sepanjang tahun ini saya telah melaksanakan pelbagai aktiviti dengan murid Tahun 6 sebagai pendedahan kepada sekolah menengah. Kami berbincang tentang kerumitan yang bakal timbul dari segi peribadi, pelajaran, emosi dan sosial. Cadangan ahli – ahli merupakan resos penting dalam usaha menghadapi kerumitan tersebut. “
  17. 17. JENIS KELOMPOK Bimbingan/Psikopendidikan Kaunseling/Menyelesaikan Masalah Interpersonal Terapi/Penstrukturan Semula Personaliti
  18. 18. KELOMPOK BIMBINGAN/PSIKOPENDIDIKAN
  19. 19. • Aktiviti – aktiviti kelompok yang terancang • Bekalan maklumat berbentuk pendidikan, vokasional, peribadi atau sosial • Tujuan: meningkatkan pertumbuhan serta perkembangan dan mencegah masalah • Contoh: Penerokaan kerjaya, kemahiran belajar
  20. 20. KELOMPOK KAUNSELING/MENYELESAIKAN MASALAH INTERPERSONAL
  21. 21. • Pengalaman penyesuaian / perkembangan dalam seting kelompok • Berfokuskan kepada sokongan interpersonal & kaedah menyelesaikan masalah • Bertujuan untuk pertumbuhan dan pemulihan • Contoh: Modifikasi tingkah laku, kemahiran personal dan interpersonal, sikap, nilai
  22. 22. KELOMPOK TERAPI/PENSTRUKTURAN SEMULA PERSONALITI
  23. 23. • Membekalkan pengalaman penuh perasaan • Berfokuskan kepada masalah peribadi yang serius/penyakit mental (kebimbangan, kemurungan) • Bertujuan untuk mencapai pemulihan melalui pembasmian psikologikal • Contoh: Penguasaan tugas, perkembangan, kemahiran penyesuaian
  24. 24. 6 JENIS KELOMPOK TAMBAHAN Kelompok Latihan Kemahiran Hidup Kelompok Saling Berkongsi Kelompok Pertumbuhan Kelompok Keluarga Kelompok Perbincangan Kaunseling Online Jacobs, Harvill & Masson (Nystul, 2003)
  25. 25. PROSES KAUNSELING KELOMPOK
  26. 26. ASPEK PROSES KAUNSELING KELOMPOK Proses kelompok Penapisan Pra Kelompok Tahap – Tahap Kaunseling Kelompok
  27. 27. PROSES KELOMPOK
  28. 28. PROSES KAUNSELING KELOMPOK • Burlingame & Fuhriman (Nystul, 2003) menggariskan 4 aspek: Penglibatan Fokus berpusatkan kelompok lawan berpusatkan individu Fokus kepada kini– dan–di-sini Matlamat Kelompok
  29. 29. PENGLIBATAN Aspek ini merujuk kepada kesanggupan ahli untuk berkongsi perasaan sesama mereka. Melalui perkongsian itu, kejelekitan dan kesejagatan kelompok meningkat.
  30. 30. FOKUS BERPUSATKAN KELOMPOK VS. BERPUSATKAN INDIVIDU Walaupun masih belum wujud konsensus mengenai fokus yang perlu diberi keutamaan, kedua – dua fokus ini harus diberi perhatian dalam satu masa.
  31. 31. FOKUS BERPUSATKAN KELOMPOK VS. BERPUSATKAN INDIVIDU Walaupun masih belum wujud konsensus mengenai fokus yang perlu diberi keutamaan, kedua – dua fokus ini harus diberi perhatian dalam satu masa.
  32. 32. FOKUS KEPADA KINI-DAN-DI-SINI Dikatakan dapat membantu ahli – ahli untuk mengenali diri dengan lebih mendalamlagi, melalui pendedahan kendiri dan maklumbalas, sambil mereka berinteraksi antara satu sama lain.
  33. 33. MATLAMAT KELOMPOK Menentukan perjalanan sesi kelompok di mana kelompok yang dibentuk mampu meningkatkan hubungan interpersonal.
  34. 34. PENAPISAN PRA KELOMPOK
  35. 35. Couch (Nystul, 2003) menjelaskan bahawa sesi penapisan pra kelompok adalah seperti: • Mengenalpasti keperluan, jangkaan dan komitmen ahli • Mencabar mitos dan miskonsepsi mengenai kaunseling kelompok • Menyampaikan maklumat • Membuat penapisan
  36. 36. TAHAP – TAHAP KAUNSELING KELOMPOK
  37. 37. Tahap 1: Permulaan (Orientasi) Tahap 2: Transisi Tahap 3: Bekerja Tahap 4: Penamatan
  38. 38. TAHAP 1 : PERMULAAN (ORIENTASI) Isu – isu penting yang dibincang bersama bakal – bakal ahli : • Tujuan & matlamat kelompok • Maklumat prosedur kelompok, peraturan • Kesesuaian kelompok • Kebimbangan ahli • Maklumat mengenai pendidikan, latihan dna kelayakan • Limitasi & had unsur kerahsiaan
  39. 39. TAHAP 2 : TRANSISI Pada tahap ini, ahli – ahli kelompok akan meneruskan pembinaan kepercayaan antara satu sama lain. – Kesanggupan ahli mendengar – Kesanggupan ahli member maklumbalas yang wajar
  40. 40. TAHAP 3 : BEKERJA Ahli – ahli sudah mula bebas untuk meneroka pemikiran dan perasaan masing – masing. Pada tahap ini, ahli – ahli akan mengemukakan isu – isu peribadi yang sanggup mereka kerjakan, memberi dan menerima maklumbalas, aplikasi dalam kehidupan seharian dan memberi sokongan kepada ahli lain.
  41. 41. TAHAP 4 : PENAMATAN Kadangkala, penamatan boleh menyebabkan ahli rosot kembali, sedih atau melahirkan perasaan yang tidak diingini. Oleh itu, adalah penting pemudahcara menyediakan ahli – ahli menerima hakikat tersebut.

×