THE PALACE OF JUSTICE
Laporan Perintis
Mahkamah-Mahkamah Atasan
dan Rendah di Malaysia
The Palace ofThe Palace of
Justice, PutrajayaJustice, Putrajaya
iv
S
esungguhnya Allah menyuruh kamu menyerahkan segala jenis amanah
kepada ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila...
v
vi
SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG XII
TUANKU SYED SIRAJUDDIN
IBNI AL-MARHUM TUANKU SYED PUTRA JAMALULLAIL
D.K.P...
vii
SERI PADUKA BAGINDA RAJA PERMAISURI AGONG
TUANKU FAUZIAH BINTI AL-MARHUM
TENGKU ABDUL RASHID
D.K., D.K.(Kelantan), S.S...
viii
ix
‘Rahsia untuk maju ke hadapan ialah untuk menentukan permulaan. Rahsia
untuk bermula ialah untuk memecahkan tugas-tugas...
x
Badan ini selain dari memangkinkan dan merintiskan penerbitan laporan
tahunan Badan ini di masa-masa yang akan datang.
S...
xi
Isi Kandungan
PRAKATA ix
IMEJ-IMEJ PENGASINGAN KUASA xiii
STRUKTUR BADAN KEHAKIMAN 1
CARTA ORGANISASI PENTADBIRAN 2
MAH...
xii
LOKASIMAHKAMAHDIMALAYSIA
Petunjuk:
MahkamahTinggi
MahkamahSesyen
MahkamahMajistret
Petunjuk:
MahkamahTinggi
MahkamahSe...
xiii
“Setiap kuasa undang-undang mesti mempunyai had undang-
undang, jika tidak, wujudlah kediktatoran. Khususnya, adalah
...
xiv
“Parlimen-Parlimen, Eksekutif-Eksekutif dan
Kehakiman-Kehakiman di setiap negara
Komanwel adalah penggerenti-penggeren...
xv
“Apabila kita memperkatakan mengenai kerajaan mestilah
diingat bahawa ianya mengandungi tiga cabang, iaitu,
perundangan...
xvi
“Kebebasan kehakiman adalah pra-syarat kepada
kedaulatan undang-undang dan jaminan asas
bagi perbicaraan yang adil. Ol...
xvii
Bangunan Parlimen
“Di dalam kes sekarang, kenyataan responden hendaklah
dibaca berlatarbelakangkan doktrin Pengasinga...
xviii
“Hubungan-hubungan antara parlimen dan
kehakiman hendaklah ditentukan oleh
penghormatan kepada tanggungjawab utama
p...
Upcoming SlideShare
Loading in …5
×

Laporan Perintis Mahkamah-Mahkamah Atasan dan Rendah di Malaysia

4,406 views

Published on

0 Comments
0 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

  • Be the first to like this

No Downloads
Views
Total views
4,406
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
2,412
Actions
Shares
0
Downloads
3
Comments
0
Likes
0
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Laporan Perintis Mahkamah-Mahkamah Atasan dan Rendah di Malaysia

  1. 1. THE PALACE OF JUSTICE Laporan Perintis Mahkamah-Mahkamah Atasan dan Rendah di Malaysia
  2. 2. The Palace ofThe Palace of
  3. 3. Justice, PutrajayaJustice, Putrajaya
  4. 4. iv S esungguhnya Allah menyuruh kamu menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila kamu menjalankan hukuman di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhanNya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat. (An-Nisaa’ 5:58). S esungguhnya Kami menurunkan Kitab kepadamu dengan membawa kebenaran supaya kamu mengadili antara manusia dengan apa yang telah Allah wahyukan kepadamu dan janganlah kamu menjadi penentang (orang yang tidak bersalah) kerana (membela) orang yang khianat”. (An-Nisaa’ 4:105) W ahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan janganlah sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa pun jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Oleh itu bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam apa yang kamu lakukan. (Al-Maidah 6:8) W ahai Daud, sesungguhnya Kami menjadikan kamu khalifah (penguasa) di muka bumi, maka berilah keputusan (penghakiman) di antara manusia dengan adil dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu kerana ia menyesatkan kamu dari jalan Allah. Sesungguhnya orang-orang yang sesat dari jalan Allah akan mendapat azab yang berat, kerana mereka melupakan hari perhitungan”. (Al-Sad: 26)
  5. 5. v
  6. 6. vi SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG XII TUANKU SYED SIRAJUDDIN IBNI AL-MARHUM TUANKU SYED PUTRA JAMALULLAIL D.K.P., D.K., S.S.P.J., D.K.M., D.K.(Perak), D.K.(Negeri Sembilan), D.K.(Kedah), D.K.(Kelantan), D.K.M.B.(Brunei), D.K. (Selangor), D.K.(Terengganu), S.P.M.J., S.P.C.M., S.S.M.T., Grant Order of King Tomislav (Crotia)
  7. 7. vii SERI PADUKA BAGINDA RAJA PERMAISURI AGONG TUANKU FAUZIAH BINTI AL-MARHUM TENGKU ABDUL RASHID D.K., D.K.(Kelantan), S.S.P.J., S.P.M.P., D.M.N.
  8. 8. viii
  9. 9. ix ‘Rahsia untuk maju ke hadapan ialah untuk menentukan permulaan. Rahsia untuk bermula ialah untuk memecahkan tugas-tugas yang amat kompleks kepada tugas-tugas kecil yang mudah dikendalikan, dan kemudian bermula dengan yang pertama’ . (Terjemahan daripada Mark Twain yang dalam bahasa asalnya berbunyi – The secret of getting ahead is getting started. The secret of getting started is breaking your complex overwhelming tasks into small manageable tasks, and then starting on the first one). Kebenaran nukilan di atas adalah terserlah dalam sebarang usaha kita untuk melaksanakan sesuatu tugas. Demikianlah yang telah berlaku sehinggakan idea yang berputik kini membuahkan laporan perintis ini. Setinggi-tinggi tahniah dan terima kasih saya utarakan kepada Jawatankuasa Penyunting yang saya pasti telah bertungkus-lumus menjayakan kewujudan penerbitan ini. Alhamdulillah dengan penerbitan ini, masyarakat dapat mengenali dan memahami organisasi dan fungsi Badan Kehakiman Malaysia. Ianya juga adalah kesaksian terhadap ketelusan Prakata TAN SRI DATO’ SRI AHMAD FAIRUZ BIN DATO SHEIKH ABDUL HALIM P.S.M., S.S.A.P., S.S.M.Z., S.P.M.S., S.S.D.K., S.J.M.K., S.P.M.T., D.S.M.T., D.S.D.K., S.M.J., S.M.S., B.C.K., P.I.S. YANG AMAT ARIF KETUA HAKIM NEGARA
  10. 10. x Badan ini selain dari memangkinkan dan merintiskan penerbitan laporan tahunan Badan ini di masa-masa yang akan datang. Saya telah membaca isi kandungan penerbitan ini dan saya yakin ianya berupaya menjadi kayu pengukur bagi penilaian prestasi dan pencapaian- pencapaian Badan Kehakiman Malaysia. Statistik pelupusan kes-kes sepertimana yang dipaparkan dalam Laporan ini adalah untuk penelitian para pembaca. Hakikatnya, para pembaca itu boleh membuat penilaian mereka sendiri terhadap keupayaan dan pencapaian Badan Kehakiman ini. Dengan cara demikian Badan Kehakiman ini sendiri perlulah memastikan pada setiap masa perlaksanaan keadilan yang berkesan dan berkualiti diamalkan semasa menjalankan tugas-tugas mengikut undang- undang. Statistik yang terdapat di dalam laporan ini akan membantu perancang- perancang di dalam Badan Kehakiman untuk membentukkan strategi- strategi bagi meningkatkan kecekapan dan juga bagi menangani kes-kes tertunggak. Selain dari itu, adalah diharapkan bahawa penerbitan ini dan laporan- laporan tahunan berikutnya mampu membolehkan pembaca-pembacanya yang ingin membuat cadangan-cadangan yang membina bagi peningkatan prestasi mahkamah-mahkamah, mengemukakan idea-idea dan syor-syor mereka itu kepada Badan Kehakiman ini. Insya-Allah cadangan-cadangan mereka akan dipertimbangkan dan dilaksanakan jika bersesuaian. Sekali lagi, saya ingin mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada para penasihat, jawatankuasa penyunting, para pegawai dan kakitangan yang terlibat, atas segala usaha dan tenaga yang telah dicurahkan bagi menjayakan penerbitan perintis ini. Yang Amat Arif Tan Sri Dato’ Sri Ahmad Fairuz bin Dato’ Sheikh Abdul Halim. Ketua Hakim Negara Palace of Justice, Putrajaya Malaysia 30 Jun 2004.
  11. 11. xi Isi Kandungan PRAKATA ix IMEJ-IMEJ PENGASINGAN KUASA xiii STRUKTUR BADAN KEHAKIMAN 1 CARTA ORGANISASI PENTADBIRAN 2 MAHKAMAH PERSEKUTUAN 11 MAHKAMAH KHAS 33 MAHKAMAH RAYUAN 37 MAHKAMAH-MAHKAMAH TINGGI 51 MAHKAMAH-MAHKAMAH RENDAH 93 KES-KES PRA 2000 129 KES-KES REMAN 144 PEJABAT KETUA PENDAFTAR 147 PENINGKATAN KECEKAPAN 165 DIREKTORI 180 PENGHARGAAN 184 Muka Surat
  12. 12. xii LOKASIMAHKAMAHDIMALAYSIA Petunjuk: MahkamahTinggi MahkamahSesyen MahkamahMajistret Petunjuk: MahkamahTinggi MahkamahSesyen MahkamahMajistret
  13. 13. xiii “Setiap kuasa undang-undang mesti mempunyai had undang- undang, jika tidak, wujudlah kediktatoran. Khususnya, adalah menjadi suatu keperluan ketat bahawa sesuatu budibicara hendaklah dilaksanakan untuk sesuatu maksud yang sah, dan ianya tidak boleh dilaksanakan secara tidak munasabah. Dengan kata lain, setiap budibicara tidak bebas daripada sekatan undang- undang; bila ianya dilaksanakan secara salah, adalah menjadi kewajipan mahkamah untuk campur tangan. Mahkamah adalah satu-satunya pembela kebebasan rakyat terhadap pencerobohan jabatan. Pada masa sekarang di mana jabatan- jabatan dan pihak-pihak berkuasa awam mempunyai kuasa-kuasa dan pengaruh yang besar, ini adalah perlindungan paling mustahak bagi rakyat biasa: supaya mahkamah-mahkamah boleh memastikan kuasa-kuasa dan pengaruh besar itu dilaksanakan mengikut undang-undang.” (Terjemahan per Raja Azlan Shah Pemangku Hakim Besar Malaya (ketika itu), di dalam kes PENGARAH TANAH DAN GALIAN, WILAYAH PERSEKUTUAN V SRI LEMPAH ENTERPRISE SDN. BHD. [ 1979 ] 1 MLJ 135 yang dalam bahasa asalnya berbunyi–Every legal power must have legal limits, otherwise there is dictatorship. In particular, it is a stringent requirement that a discretion should be exercised for a proper purpose, and that it should not be exercised unreasonably. In other words, every discretion cannot be free from legal restraint; where it is wrongly exercised, it becomes the duty of the courts to intervene. The courts are the only defence of the liberty of the subject against departmental aggression. In these days when Imej-Imej Pengasingan Kuasa Jabatan Perdana Menteri
  14. 14. xiv “Parlimen-Parlimen, Eksekutif-Eksekutif dan Kehakiman-Kehakiman di setiap negara Komanwel adalah penggerenti-penggerenti di dalam sfera kedaulatan undang-undang masing- masing, penggalakan dan perlindungan hak-hak asasi manusia dan pengukuhan pemerintahan yang baik berasaskan kejujuran, kebolehpercayaan dan kebertanggungjawaban di tahap tertinggi.” (Terjemahan dari Prinsip-prinsip Komanwel mengenai kebertanggungjawaban dan hubungan antara tiga cabang Kerajaan yang dalam bahasa asalnya berbunyi– Each Commonwealth country’s Parliaments, Executives and Judiciaries are the guarantors in their respective spheres of the rule of law, the promotion and protection of fundamental human rights and the entrenchment of good governance based on the highest standard of honesty, probity and accountability. — Commonwealth Principles on the Accountability of and The Relationship between the Three Branches of Government) government departments and public authorities have such great powers and influence, this is a most important safeguard for the ordinary citizen: so that the courts can see that these great powers and influence are exercised in accordance with law).
  15. 15. xv “Apabila kita memperkatakan mengenai kerajaan mestilah diingat bahawa ianya mengandungi tiga cabang, iaitu, perundangan, eksekutif dan kehakiman. Mahkamah- mahkamah mempunyai fungsi berperlembagaan untuk dilaksanakan dan mereka juga penjaga Perlembagaan di dalam terma dan struktur Perlembagaan itu sendiri; mereka bukan sahaja mempunyai kuasa pentafsiran dan interpretasi undang-undang tetapi juga kuasa semakan kehakiman - suatu konsep yang mengepamkan setiap arteri penghakiman berperlembagaan dan yang tidak mengimplikasikan ketinggian hakim- hakim di atas legislator-legislator tetapi kedaulatan Perlembagaan di atas kedua-duanya. Mahkamah- mahkamah adalah pemutus yang muktamad diantara individu dan Negara dan antara individu dan individu; dan di dalam menjalankan peranan berperlembagaan mereka mestilah atas keperluan dan pematuhan ketat kepada Perlembagaan dan undang-undang menjadi benteng terakhir terhadap undang-undang yang menyalahi perlembagaan atau tindakan pentadbiran yang keterlaluan. Jika peranan kehakiman itu dihayati akan ketaralah bahawa mahkamah-mahkamah mempunyai tanggungjawab untuk dilaksanakan mengikut sumpah yang telah diambil oleh hakim-hakim untuk mendukung Perlembagaan dan bertindak mengikut peruntukan undang-undang. (Terjemahan dari per Saleh Abas Ketua Hakim Negara dalam kes LIM KIT SIANG v DATO SERI DR MAHATHIR MOHAMAD [1987] 1 MLJ 383 yang dalam bahasa asalnya berbunyi–When we speak of government it must be remembered that this comprises three branches, namely, the legislature, the executive and the judiciary. The courts have a constitutional function to perform and they are the guardian of the Constitution within the terms and structure of the Constitution itself; they not only have the power of construction and interpretation of legislation but also the power of judicial review - a concept The Palace of Justice
  16. 16. xvi “Kebebasan kehakiman adalah pra-syarat kepada kedaulatan undang-undang dan jaminan asas bagi perbicaraan yang adil. Oleh itu seseorang hakim hendaklah mendukung dan mencerminkan kebebasan kehakiman itu di dalam kedua-dua aspek individu dan institusinya.” (Terjemahan dari Prinsip-prinsip Bangalore Mengenai Tatalaku Kehakiman yang di dalam bahasa asalnya berbunyi– Judicial independence is a pre-requisite to the rule of law and a fundamental guarantee of a fair trial. A judge shall therefore uphold and exemplify judicial independence in both its individual and institutional aspects — The Bangalore Principles of Judicial Conduct) that pumps through the arteries of every constitutional adjudication and which does not imply the superiority of judges over legislators but of the Constitution over both. The courts are the final arbiter between the individual and the State and between individuals inter se, and in performing their constitutional role they must of necessity and strictly in accordance with the Constitution and the law be the ultimate bulwark against unconstitutional legislation or excesses in administrative action. If that role of the judiciary is appreciated then it will be seen that the courts have a duty to perform in accordance with the oath taken by judges to uphold the Constitution and act within the provisions of and in accordance with the law).
  17. 17. xvii Bangunan Parlimen “Di dalam kes sekarang, kenyataan responden hendaklah dibaca berlatarbelakangkan doktrin Pengasingan Kuasa antara Badan Perundangan, Eksekutif dan Kehakiman. Fungsi Badan Perundangan ialah untuk membuat undang-undang. Fungsi Kehakiman ialah untuk mentafsirkan undang-undang (yang dibuat oleh Parlimen) ketika itu dan tidak sebagaimana yang Kehakiman mengingininya. (Terjemahan dari per Harun H. (ketika itu), dalam kes LIM KIT SIANG v DATO SERI DR MAHATHIR MOHAMAD [1987] 1 MLJ 383 di m.s. 385 yang dalam bahasa asalnya berbunyi–In the instant case, the statement of the respondent has to be read against the background of the doctrine of the Separation of Powers between the Legislature, the Executive and the Judiciary. The function of the Legislature is to make laws. The function of the Judiciary is to interpret the laws (made by Parliament) as it stands and not as the Judiciary fancies it should be).
  18. 18. xviii “Hubungan-hubungan antara parlimen dan kehakiman hendaklah ditentukan oleh penghormatan kepada tanggungjawab utama parlimen untuk membuat undang-undang di satu pihak dan tanggungjawab kehakiman untuk pentafsiran dan pemakaian undang-undang di pihak satu lagi.” (Terjemahan dari Prinsip-prinsip Komanwel mengenai Kebertanggungjawaban dan Hubungan Antara Tiga Cabang Kerajaan yang di dalam bahasa asalnya berbunyi– Relations between parliament and the judiciary should be governed by respect for parliament’s primary responsibility for law making on the one hand and for the judiciary’s responsibility for the interpretation and application of the law on the other hand.) “Fungsi perundangan adalah tanggungjawab utama parlimen sebagai badan yang dipilih mewakili rakyat. Hakim-hakim boleh bersifat membina dan mementingkan matlamat dalam mentafsirkan undang-undang, tetapi tidak boleh mengambil alih fungsi perundangan Parlimen.” (Terjemahan dari Garis Panduan Rumah Latimer untuk Komanwel Mengenai Kedaulatan Parlimen dan Kebebasan Kehakiman yang di dalam bahasa asalnya berbunyi– The legislative function is the primary responsibility of parliament as the elected body representing the people. Judges may be constructive and purposive in the interpretation of legislation, but must not usurp Parliament’s legislative function. — Latimer House Guidelines for the Commonwealth on Parliamentary Supremacy and Judicial Independence)

×