Successfully reported this slideshow.
We use your LinkedIn profile and activity data to personalize ads and to show you more relevant ads. You can change your ad preferences anytime.
ffi
pffiffi#Hhff&ffi.
ffiffiffiHffitH{&}tPENGA.IARA}I & PEMBEI*A.TABAI{
nr*ftrWi6e{a,yare*t
3 DTSCMBER zOI 4
DETTNil BUDI}...
SEMINAR PENDIDIKAII
PENGAJARAN & PEMBELAJARAN
TEMA:
STRATEGI
PENGAJARAN & PEMBELAJARAN
EDITOR:
MOIID HANAFI MOHD YASIN
MOH...
Diterbitkan di Malaysia
Fakulti Pendidikan,
Universiti Kebangsaan Malaysiq
43600 Bangi, Selangor Darul Ehsan.
Tel : +603-8...
KATA-KATA ALUAN
DEKAN FAKULTI PENDIDIKAN
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
Assalamualaikum wbt.
Salam sejahtera dan selamat d...
KATA-KATA ALUAN
PENGERUSI
SEMINAR PENDIDIKAN PENGAJARAN & PEMBELAJARAN 2OI4
Assalamulaikum wbt
Salam sejahtera dan selamat...
Penggunaan Lagu Kanak-Kanak Dalam Membantu Penguasaan Kosa Kata
Bahasa Inggeris Kanak-Kanak Berusia Tiga Tahun Di Taska Nc...
2. Refleksi
Selama menjalani pralctikum selama empat bulan iaitu tiga bulan di Tadika Adikku Sayang dan
seterusnya sebulan...
apabila disuruh menunjukkan perbuatan atau gambar kepada perkataan yang disebut dalam
Bahasa Inggeris, mereka seakan kelir...
3. Penyataan Masalah
Bahasa merupakan anugerah istimewa yang ada pada setiap individu. Bahasa adalah suatu
saluran yang me...
perkara berbanding dengan membaca sahaja. Nyanyian dapat membantu kanak-kanak menguasai
bahasa kedua selain bahasa ibunda....
3. Mengenalpasti kesan terhadap minat dan perasaan ingin belajar bahasa lnggeris dalam
kalangan kanak-kanak berusia 3 tahu...
muzik dan nyanyian. Penggunaan elemen muzik dan nyanyian bukan sahaja dapat membantu
murid-murid mengenali, menyebut dan m...
Kajian ini dilaksanakan secara sistematik dan teratur berdasarkan beberapa lagkah yang
dirancang. Proses-proses tersebut a...
8.3 Instrumen Kajian
Dua jenis instrumen kajian akan digunakan dalam kajian ini. Instrumen kajian yang digunakan
adalah se...
mereka sebenarnya telah belajar secara tidak langsing tentang ciri-ciri bas tersebut iaitu di mana
bas merupakan sebuah ke...
Pandangan Guru Kelas dan Pembantu Guru
Pendapat guru ini yang mempunyai pengetahuan tentang perkembangan mereka sebelum sa...
Soalan 3: Apakah kesan terhadap minat dan perasaan ingin belajar bahasa Inggeris dalam
kalangan kanak-kanak berusia 3 tahu...
10.2 Refleksi Terhadap Pengajaran Dan Pembelajaran
Sebagai guru praktikal yang masih baru dan mentah dalam proses pengajar...
11. RTJMUSAN
Secara kesimpulannya, hasil daripada kajian ini melalui pemerhatian dengan mengambil kira
hasil kerja dan pen...
Upcoming SlideShare
Loading in …5
×

Academic Research: The Use of Children's Songs in Helping to Master the English Vocabulary of Children Aged Three Years Old in NCDRC Nursery by Muhd Amirull Deraman

1,195 views

Published on

This research (Qualitative Study / Case Study) aims to investigate the use of children's songs in helping to master the English vocabulary (Second Language) of children aged three years old in National Child Development Research Centre (NCDRC) nursery. This qualitative study aimed to analyze the skills in the English language’s vocabulary acquisition, teach the English’s words when communicating in the classroom, and analyze the impact of interest and a sense of excitement among the children aged three years old in NCDRC nursery to learn English after using children's songs. This study has won two awards in 2014 UPSI Learning Outcome Expo (Winner of the Action Research in School Category & Winner of The Video Teaching in School Category), it was presented at the 2014 UKM-UNLAM (Malaysia-Indonesia) Seminar on Education for Teaching and Learning Strategies (Only one presenter from UPSI), also commercialized and made further study by the Department of Early Childhood Education in Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

Published in: Education
  • Login to see the comments

  • Be the first to like this

Academic Research: The Use of Children's Songs in Helping to Master the English Vocabulary of Children Aged Three Years Old in NCDRC Nursery by Muhd Amirull Deraman

  1. 1. ffi pffiffi#Hhff&ffi. ffiffiffiHffitH{&}tPENGA.IARA}I & PEMBEI*A.TABAI{ nr*ftrWi6e{a,yare*t 3 DTSCMBER zOI 4 DETTNil BUDI},IAII HUI.TI PEI{DIDII(AH UKttt t.. a'|: ""- ' rfiilulTl P[HDr0Nf,ilN ui-at$tnltTt [E8[x6s[tx tfi LArSm tSOl{ 97S.9t1" : 1{r r"(, / Hlfflflfl:lil t] uiltrEPltTas tAt{8u}tG BfftjlR**ItH, XAUli* T, IHDOHTSIA Tfr}I ,
  2. 2. SEMINAR PENDIDIKAII PENGAJARAN & PEMBELAJARAN TEMA: STRATEGI PENGAJARAN & PEMBELAJARAN EDITOR: MOIID HANAFI MOHD YASIN MOHD MOKIITAR TAHAR H. HAMSI MANSTJR Llxrl r xstrt KI B.q,;r,t.r* Mtl,tt'.1,r Tl"' krri*"f Lrrir,r*lt", rrt' :Nt rfu]'ri* FAKULTI PENDIDIKAN LTNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA BANGI:2014
  3. 3. Diterbitkan di Malaysia Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysiq 43600 Bangi, Selangor Darul Ehsan. Tel : +603-89216251 Faks : +603-89254372 FAKULTI PENDIDIKAN, IINIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA CETAKAN PERTAMA,aOI4 ISBN: 97 8-983 -2267 -67'6 Hak Cipta Terpelihara Sernua hak tapelitrara" Sebarang bahagian dalam caksra padat ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan dalam cara yang boleh dipergunakan lagi atau dipindahkan dalam sebarang bentuk atau dengan cara elekhonik, mekanik, penggambaran semula, perakaman dan sebagainy4 tanpJizin terlebih dahulu daripada Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia Editor: Mohd Hanafi Mohd Yasin Mohd Mokhtar Tahar H. Hamsi Mansur Aturhuruf: Nursyazana binti Zakaria Mohd Bavzi Azraii Nur Syafika binti Pabir Nurharyani binti Mahyiden
  4. 4. KATA-KATA ALUAN DEKAN FAKULTI PENDIDIKAN UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA Assalamualaikum wbt. Salam sejahtera dan selamat datang, Perubahan dan perkembangan pendidikan pada masa kini memberi kesan ke arah pembentukan ekologi sistem persekolahan semua murid dan guru dalam menghadapi transformasi pendidikan. Di seluruh dunia, usaha untuk meningkatkan kualiti pendidikan sedang dilaksanakan dengan meluas kini. Dalam usaha untuk meningkatkan kualiti dan ekuiti pendidikan bagi semua pelajar, sistem pendidikan kebangsaan perlu meneliti amalan terbaik serta cabaran dan halangan untuk menyediakan ekologi persekolahan bagi meningkatkan kehadiran, penglibatan dan pencapaian pelajar dengan keperluan pendidikan supaya mereka dapat menikmati hak dan peluang hidup dalam masyarakat. Sejajar dengan matlamat Seminar Pendidikan Strategi Pengajaran dan Pembelajaran ini, UKM dan TINLAM ingin berkongsi dan menyebarkan pengalaman tentang strategi pengajaran yang dijalankan serta amalan terbaik dalam bidang pendidikan. Selain itu, warga pendidik juga dapat mengenal pasti peluang dan cabaran dalam usaha untuk meningkatkan kualiti dan strategi pengajaran pendidikan bagi pelajar di semua peringkat sistem pendidikan serantau. Seminar ini secara tidak langsung akan membina jaringan antarabangsa dalam kalangan pendidik, penyelidik dan pengamal dalam menyokong dan bersedia ke arah pemb in aan persekitaran pembelaj aran serantau. Semoga seminar ini akan menyediakan satu lagi surnber ilmu dalam bidang pendidikan yang boleh menyumbang kepada perkembangan pengajaran, pembelajaran, penyelidikan, perundingan dan latihan di semua peringkat. Diharapkan juga persidangan ini menjadi satu alrtiviti bersiri sebagai wadah peftemuan dan perbincangan bagi semua pihak yang terlibat dalam pendidikan serantau ini. Di kesempatan ini juga, saya ingin merakamkan setinggi penghargaan kepada rektor, dekan dan semua pensyarah UNLAM kerana sudi datang ke UKM untuk berkongsi pengalarnan dan pengetahuan. Setinggi penghargaan kepada semua pensyarah fakulti pendidikan dan Ajk yang telah berusaha untuk menjayakan seminar ini. Saya berharap seminar ini diadakan lagi pada masa hadapan untuk kebaikan kita semua. Sekian, terima kasih. Prof. Dr. Lilia Halim Dekan Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysi a. 111
  5. 5. KATA-KATA ALUAN PENGERUSI SEMINAR PENDIDIKAN PENGAJARAN & PEMBELAJARAN 2OI4 Assalamulaikum wbt Salam sejahtera dan selamat datang. Selamat Bersidang. Isu pendidikan sudah lama menjadi topik perbincangan di pelbagai peringkat. Banyak perubahan dan kemajuan dalam sistem pendidikan di rantau Asia Tenggara. Sehingga kini pendidikan terus berkembang dan mengukuhkan kedudukannya dalam memberi pendidikan seterusnya menyediakan peluang dan ruang bagi pelajar dalam menyediakan diri untuk berdikari dan menyrumbang kepada masyarakat daa Negara. Namun begitu pendidikan kini tidak dinafikan masih memerlukan pelbagai penambahbaikan daripada pelbagai aspek. Sistem pendidikan yang lebih berwibawa dan dapat memerurhi keperluan murid perlu diberi perhatian. Pendidikan merupakan satu perkara yang penting kepada semua murid, tanpa pendidikan mereka akan ketinggalan dalam arus pembangunan yang sedang pesat ini. Staretegi pengajaran dan pembelajaran sangat penting dalam proses pendidikan dalam bilik darjah. Murid mendapat pengetahuan yang disampaikan oleh guru melalui strategi yang mantap. Penggunaan startegi yang efektif sangat diperlukan bagi menambahkan pemahaman murid terhadap pengajaran. Murid akan cepat memahami sesuatu maklumat yang disampaikan kepada mereka dengan pelbagai kaedah pengajaran yang digunakan dalam bilik darjah. Semoga seminar ini akan menyediakan satu ruang ilmu yang bermakna kepada perkembangan pengajaran, pembelajaran, penyelidikan, perundingan dan latihan pendidikan di semua peringkat sistem pendidikan. Seterusnya hmapan yang tinggi diletakkan semoga siri-siri seminar ini akan terus menjadi medan perbincangan yang berterusan bagi semua pihak yang terlibat dengan pendidikan. Sekian dan terima kasih. Prof. Madya Dr. Mohd Hanafi Mohd Yasin Pengerusi S eminar Pendi dikan Pengaj aran & Pembelaj aran, Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia iv
  6. 6. Penggunaan Lagu Kanak-Kanak Dalam Membantu Penguasaan Kosa Kata Bahasa Inggeris Kanak-Kanak Berusia Tiga Tahun Di Taska Ncdrc Muhd Amirull Bin Deraman Fakulti Pendidikan Dan Pembangunan Manusia Sarjana Mudn Pendidikan Awal Kanak-Kanak Universiti Pendidilwn Sultan ldris, Perak. Abstrak Kajian ini bertujuan untuk mengkaji penggunaan lagu kanak-kanak dalam membantu penguasaa'r kosa kata bahasa Inggeris kanak-kanak berusia tiga tahun di taska NCDRC. Kajian secara kualitatif ini bertujuan menganalisis kemahiran dalam penguasaan kosa kata bahasa Inggeris, mengaplikasikan perkataan bahasa Inggeris ketika berkomunikasi di dalam kelas, dan menganalisis kesan terhadap minat serta rasa keterujaan dalam kalangan kanak- kanak berusia tiga tahun di taska NCDRC untuk mempelajari bahasa Inggeris selepas menggunakan kaedah nyanyian lagu kanak-kanak. Kajian ini melibatkan 2 orwrg kanak-kanak yang berlainan jantina dan 4 buah lagu kanak-kanak yang berbeza untuk mengenalpasti penggunaan lagu kanak-kanak dalam membantu menguasai kosa kata bahasa Inggeris di taska tersebut yang terletak di dalam kampus Sultan Azlan Shah, Universiti Pendidikan Sultan ldris, Tanjong Malim, Perak Darul Ridzuan. Dapatan kajian diperolehi berdasarkan borang senarai semak serta rakaman video sema.sa perjalanan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas terhadap ? orung kanak- kanak tersebut. Kaedah kaiian ini turut mengambil kira pandangan guru kelas serta dua orang pembantu guru melalui temu bual dalam menyokong hasil pemerhatian yang dijalankan di dalam kelas. Kajian ini menunjukkan bahawa penggunaan lagu kanak-kanak membantu kanak-kanak berusia tiga tahun di taska tersebut dalam penguasaan kosa kata bahasa Inggeris, mengaplikasikan perkataan bahasa Inggeris ketika berkomunikasi di dalam kelas, dan melahirkan minat serta rasa keterujaan dalam kalangan kanak-kanak berusia tiga tahun di taska NCDRC untuk mempelajari bahasa Inggeris. Kata kunei: Kosa kata, bahasa Inggeris, nyanyian, lagu kanak-kanak, mengingat, minat 1. Pendahuluan Seawal usia enam tahun yang pertama, perkembangan dan pertumbuhan pesat berlaku dalam diri individu kanak-kanak. Minda kanak-kanak ini dapat dirangsang, diasuh, dibina dan dijana melalui asuhan dan pendidikan yang sesuai. Kanak-kanak akan lebih bersedia untuk menghadapi alam persekolahan pada peringkat yang lebih tinggi jika mereka mendapat pendedahan melalui asuhan dan pendidikan awal yang baik dalam mengembangkan kemahiran-kemahiran asas pada diri mereka. Oleh yang demikian, Model Kurikulum Permata telah dibina pada tahun 2006 berasaskan kepada enam bidang pembelajaran utama hasil daripada pengubah suaian terhadap kurikulum Pen Green yang diperkayakan kembali dengan tema-tema bercirikan kebudayaan Malaysia ini antaranya adalah perkembangan bahasa komunikasi dan literasi awal. Pada peringkat umur dua tahun setengah, kanak-kanak sepatutnya telah boleh mengeluarkan bunyi- bunyi menyerupai kosa kata asas seperti menyebut ibu, bapa, makan dan sebagainy4 yang menunjukkan kanak-kanak boleh berbahasa dan faham bahasa yang dicakapkan. Penguasaan bahasa kedua dimulakan sejak lahir lagi dan jika penekanan diberikan ketika usia mereka berada di sepuluh tahun pertama dapat membolehkan penguasaan yang sama seperti penguasaan bahasa pertama. Jika kanak-kanak diperkenalkan dengan bahasa kedua selepas berusia sepuluh tahun, pembelajaran bahasa kedua akan berlaku dengan lebih perlahan. Bahasa kedua merupakan bahasa yang diperoleh semasa atau selepas bahasa pertama dan boleh dipelajari tanpa atau dengan pengqiaran fomal. 296
  7. 7. 2. Refleksi Selama menjalani pralctikum selama empat bulan iaitu tiga bulan di Tadika Adikku Sayang dan seterusnya sebulan di Taska NCDRC, telah banyak pengalaman yang saya perolehi. Selama berpraktikum tersebut, saya bermula dengan mengajar kanak-kanak berumur enam tahun pada bulan pertama, diikuti kanak-kanak berumur lima tahun pada bulan kedua, sterusnya kanak- kanak berumur empat tahun pada bulan ketig4 sehinggalah bertukar ke Taska NCDRC mengajar kanak-kanak berusia tiga khun pada bulan keempat sebelum menamatkan sesi praktikal tersebut. Antara pengalaman-pengalaman tersebut termasuklah kelemahan kanak-kanak dalam menguasai Bahasa Inggeris sebagai Bahasa kedua terutama sekali penguasaan terhadap kosa kata. Masalah ini terjadi ketika saya mengajar di kedua-dua tempat iaitu Tadika Adikku Sayang dan Taska NCDRC malah merangkumi umur seawall usia tiga tahun hinggalah enam tahun. Senario ini amat membimbangkan saya apatah lagi kanak-kanak ini masing-masing mempubyai kebolehan dan potonsi diri yang perlu dibangunkan dan diperkembangkan oleh guru selain kepentingan penguasaan Bahasa Inggeris itu sendiri dalam kehidupan sekarang. Saya telah menjalani pralctikum pada bulan keempat di sebuah Taska di dalam sebuah Institusi Pengajian Tinggi, Universiti Pendidikan Sultan Idris (IPSI) yang mempunyai bilangan kelas sebanyak lima kelas bagi Taska sahaja iaitu dua kelas untuk kanak-kanak berusia tiga tahun, dua kelas untuk kanak-kanak berusia dua tahun dan satu kelas untuk bayi sehinggalah berusia setahun. Saya telah ditugaskan untuk mengajar dan mengasuh salah satu kelas bagi kanak-kanak berusia tiga tahun. Kanak-kanak dalam kelas tersebut terdiri daripada lelaki dan perempuan yang bilangan mereka adalah berjumlah 20 orang kesemuanya. Manakala bilangan guru kelas adalah seorang yang dibantu oleh dua oftu1g pembantu guru. Hari ini merupakan hari pertama bagr saya untuk mengajar kanak-kanak di dalam kelas tiga tahun. Pada mulanya saya berasa sedikit cemas dan teruja kerana inilah kali pertema saya berpeluang mengajar dan mengasuh kanak-kanak berusia tiga tahun. Saya memasuki kelas seawal 7.30 pagi lagi untuk melihat aktiviti pengasuh dan pembantu guru lakukan sebelum sesi pembelajaran bermula. Saya membantu mengambil kehadiran, memeriksa suhu, menghidangkan makanan pagi, memberus gigi dan seterusnya melakukan aktiviti pengajaran mengikut pecahan terhadap perkembangan- perkembangan kanak-kanak tersebut. Selepas mereka selesai makan dan ingin memulakan aktiviti pertama, saya memperkenalkan diri kepada mereka dan meminta mereka membuat barisan untuk ke luar kelas dengan bantuan dua orang pembantu guru menuju ke bilik nyanyan dan gerakan bebas. Ketika berada di bilik tersebut, saya membuat aktiviti bulatan besar dengan menyanyikan beberpa buah lagu kanak-kanak dalam Bahasa Melayu sebelum bertukar kepada lagu kanak-kanak dalam Bahasa Inggeris. Di situ saya dapat lihat kanak-kanak sangat seronok dan gembira menyanyikan lagu-lagu tersebut. Malah apabila saya memainkan muzik untuk menyanyi bersama merek4 mereka terus berdiri untuk menyanyikan lagu tersebut tanpa perlu diberi arahan untuk berbuat demikian. Mereka bukan sahaja menyanyi mengikut rentak dan irama lagu, malam turut membuat gerakan seperti yang ada di dalam video lagu tersebut bersama-sama dengan saya serta dua pembantu guru. Sebutan perkataan dalam lagu tersebut dapat diungkapkan denganjelas di dalam Bahasa Melayu dan sesetengahnya dalam Bahasa Inggeris. Mereka boleh mengingati lirik lagu tersebut dengan baik bersama dengan gerakan yang betul. Namun apabila ditaoya mengenai makna perkataan Bahasa Inggeris yang disebut mereka kelu untuk menjawabnya. Begitu juga 291
  8. 8. apabila disuruh menunjukkan perbuatan atau gambar kepada perkataan yang disebut dalam Bahasa Inggeris, mereka seakan keliru. Selepas selesai membuat aktiviti bulat besar dengan menyanyi serta berkomunikasi dengan mereka, saya membawa mereka bermain di kawasan pusat kompleks taska tersebut yang mempunyai pelbagai permainan. Di situ, saya dapat lihat dan perhatikan kanak-kanak berinteraksi sesama mereka dengan pelbagai gayabahasasama ada bahasa badan, melalui verbal iaitu Bahasa Melayu dan sesetengahnya dalam Bahasa yang saya sendiri tidak fahami. Mereka boleh berkomunikasi, akan tetapi kamunikasi yang berlaku adalah tidak tepat dan bercelaru. Di sini saya melihat perlunya peranan guru dalam membetulkan bahasa dalam percakapan mereka dengan betul. Di tambah pula, ada segelintir dari mereka yang hanya pandai bertutur dalam Bahasa Inggeris dan boleh memahami Bahasa Melayu tetapi tidak boleh bertutur dalam Bahasa Melal.u menyebabkan komunikasi terhalang dalam kalangan mereka kerana lebih ramai yang tidak pandai bertutur dalam Bahasa Inggeris. Keseimbangan dalam penguasaan asas kedua-dua Bahasa dilihat penting untuk membuatkan komunikasi menjadi lebih mudah dan difahami sesama mereka dan orang dewasa. Selepas minum pagi dan fukar lampin, saya meneruskan dengan aktiviti memperkenalkan huruf dan mewarna. Semasa aktiviti tersebut saya dapati kanak- kanak sedikit bosan dan tidak memberi fokus serta gagal menyebut huruf tersebut dengan baik serta gagal menuruti garisan putus sehingga membentuk huruf yang dikehendaki. Mereka juga seakan tidak mengenali warna yang mereka gunakan untuk mewama walaupun diungkapkan dalam Bahasa Melayu apatah lagi dalam Bahasa Inggeris. Ini merupakan asas perkataan yang mereka perlu kuasai. Semasa membawa mereka ke bilik bacaan, mereka amat tertarik dengan buku serta tidak henti bertanya kepada saya apakah yang dimaksudkan dengan gambar tersebut, apakah benda yang ada di dalam gambar serta mereka siap membunyikan benda tersebut mengikut imaginasi mereka. Ketika saya menyebut perkataan dalam gambar tersebut dalam Bahasa Inggeris, mereka dapat menyebutnya kembali walaupun tidak sempurna sebutannya. Mereka mempunyai minat untuk belajar tetapi mudah berasa bosan dan susah untuk mengingati perkataan tersebut berbeza ketika mereka menyanyi bersama alunan muzik dan gerakan. Ini menunjukkan bahawa kanak- kanak tersebut mempunyai kelemahan dalam menguasai kemahiran asas perkembangan bahasa kedua serta terutama dalam kosa kata dan jika mereka menguasai sesetengah kosa kata, mereka tidak pandai mengaplikasikannya ditambah pula mereka mudah hilang focus sertia mudah berasa bosan ketika belajar. Akan tetapi mereka kelihatan sangat gembira dan focus ketika sesi menyanyi dan membuat gerakan sehingga mampu mengingati lirik lagu tersebut walaupun dalam Bahasa Inggeris. Oleh itu, saya merancang membina kosa kata Bahasa Inggeris mereka dengan mengambil satu perkataan sehari didalam lagu tersebut selama empat minggu dengan menggunakan empat lagu kanak-kanak yang berbeza dalam Bahasa Inggeris. Melalui perkataan tersebut, saya melihat sama ada mereka mampu untuk menyebut, memahami, mengenalpasti, mengingati serta mengaplikasikannya di tempat yang betul. Jika mereka Berjaya menguasai kosa katatersebut dengan baik melalui kaedah nyanyian ini, maka penguasaan kosa kata mereka boleh ditingkatkan. Selain itu, saya juga melihat kebolehan mereka untuk mengenalpasti huruf di hadapan perkataan serta mampu menulisnya dengan banfuan garisan putus sehingga membentuk huruf tersebut. Dengan ini, mereka dapat menguasai kemahiran asas dalam awal berbahasa Bahasa Inggeris dengan baik. 298
  9. 9. 3. Penyataan Masalah Bahasa merupakan anugerah istimewa yang ada pada setiap individu. Bahasa adalah suatu saluran yang membolehkan kanak-kanak menyusun dan mengutarakan idea serta pengalamannya. Perkembangan dan penggunaan bahasa sangat penting bagi membolehkan kanak-kanak berhubung antara satu sama lain. Dengan bahasa manusia dapat berhubung dan berinteraksi. Melalui bahasa juga setiap individu dapat menyatakan perasaanny4 memberi pendapat atau pendangannya. Kebolehan bertutur dan menggunakan bahasa yang sesuai dengan keadaan ini bukan sahaja dapat merapatkan perhubungan kanak-kanak dengan orang lain, malah ia membolehkan kanak-kanak membina konsep berkenaan alam dan manusia di persekitarannya. Namun begitu, pengajaran dan pembelajaran yang tidak berkesan dan tidak menarik membuatkan kanak-kanak cepat berasa bosan dan tidak menumpukan perhatian pada pengajaran dan pembelajaran yang dilakukan oleh guru terutama bagi mata pelajaran bahasa lnggeris. Maka guru perlulah mencari idea dan inisiatif lain yang lebih menarik untuk kanak-kanak belajar secara seronok dalam meningkatkan penguasaan kosa kata bahasa Inggeris. Terdapat beberapa kajian yang telah dilakukan sebelum ini berkaitan dengan pengguna^€ul lagu kanak-kanak untuk membantu mereka menguasai kosa kata bahasa Inggeris. Sebagai contohnya kajian yang dilakukan oleh Syaza Yasmin binti Ismail daripada lnstitut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melalu, Kuala Lumpur dengan tajuk kajiannya iaitu Penggunaan Lagu Kanak-Kanak Demi Peningkatan Penguasaan Kosa Kata Bahasa Inggeris. Kajian yang dilakukan oleh beliau yang bertujuan untuk meningkatkan penguasaan kosa kata bahasa Inggeris kanak- kanak prasekolah dan meningkatkan keyakinan komunikasi dalam kalangan kanak-kanak prasekolah untuk berkomunikasi dalam bahasa Inggeris. Begitu juga kajian-kajian lain yang tertumpu hanya kepada kanak-kanak prasekolah yang berusia enam tahun semata-mata. Tiada kajian yang dilakukan ke atas kanak-kanak berusia tiga tahun kebawah di dalam negara. Selain itu, kajian-kajian yang banyak dilakukan sebelum ini hanya melihat kepada jumlah perkataan yang berjaya dihafal oleh kanak-kanak melalui pengenalan terhadap beberapa lagu tanpa mengira tahap kefaham dan penguasaan kemahiran kosa kata yang mereka ingati. Untuk menguasai kosa kata dengan baik, mereka tidak boleh menghafal semata-mata. Mereka perlu memahami, mengenalpasti, boleh menunjukkan kembali objek atau perbuatan serta boleh mengaitkan dengan aldiviti dan pengalaman seharian mereka. Jika kemahiran kosa kata ini dapat dikuasai, mereka dengan sendiri dapat mengingati perkataan tersebut tanpa menghafal makna perkataan sebagai contohnya dalam bahasa Melayu Cow dipanggil lembu. Jadi, mereka diajar menghafal dan bukannya meilguasai kosa kata tersebut melalui bentuk, ciri, sifat dan warna melalui pengalaman yang sebenar dalam membina kosa kata yang lebih berkualiti dan konkrik. Oleh yang demikian penyelidik berpendapat kaedah penggunaan lagu kanak-kanak dilihat dapat membantu mereka menguasai kosa kata bahasa Inggeris dan sangat sesuai untuk membuatkan kanak-kanak tertarik dengan gerak gaya yang dilakukan mengikut alunan muzik ketika menyanyikan lagu tersebut. Perkara yang paling penting, mereka dapat memahami tentang pengajaran dan pembelEaran yang diajar oleh guru seterusnya menambah kosa kata baharu di dalam bahasa Inggeris. Di samping itu juga penggunaan lagu kanak-kanak mampu menarik minat kanak-kanak untuk terus memberi perhatian yang penuh pada isi kandungan lagu tersebut. Berdasarkan kajian-kajian yang dijalankan, lagu kanak-kanak sememangnya boleh membantu kanak-kanak dalam meningkatkan penguasaim kosa kata bahasa Inggeris mereka. Melalui penggunaim lagu kanak-kanah kanak-kanak akan lebih cepat mengingati dan menghafaz sesuatu
  10. 10. perkara berbanding dengan membaca sahaja. Nyanyian dapat membantu kanak-kanak menguasai bahasa kedua selain bahasa ibunda. Dengan ini jelas menunjukkan, penggunaan lagu kanak- kanak merupakan safu cara yang berkesan untuk membantu meningkatkan penguasium kosa kata bahasa Inggeris. 4. Kerangka Konseptual Kajian ini bertujuan untuk melihat sejauh mana kemahiran dalam penguas&m kosa kata Bahasa Inggeris yang dikuasai kanak-kanak berusia tiga tahun melalui kaedah nyanyian lagu kanak- kanak. Berikut adalah kerangka konseptual kajian ini berdasarkan Rajah 1.1 yang telah diadaptasi daripada Model Penyelidikan Tindakan Kurt Lewin (1946). lix€dah wyanyian taEU lGnak*anak {sragftg fdserng} !#inat Belajar gshasa lnggerls Kaaak*;rnak 3 I'ahufi {rntEresf ito tsm FrgJiis}/brJ yedrs OrdlTnJrr} l(elnahirail Kosa l(ata Bahasa kEgeris Kanak-kanak 3 T*hr.rn (T'kfts of E*glirfi voo,bdsry hlr 3 ve{r.$ ord rr{rs} I-- Hlerly.:lrut P*rtatsffi Dengan B€tuI (.5oy t te H/.rn xifl, correcf praxrarrcratfirn) t- MerHenslpasti Ob;ek,/ ferbuata* kepirria prer*ataan {&seqln?e fr}e Ofue.:. I Atuc4/- for nford's ,}0€orrirrs} 1- nrniuk Huruf di Fladapan P€rkalfian tsaow frre Arpftobet.If Frorrt of wo{dl 4- Tulis tlr.trr.rf Dengan fir.ergikilt Garisan Putus {l.yrrrte frleAlprlorrpf by F lrosrino tte Duir Ualgl Mengaplikas; perkataail Bahag8 ln*geris Oalarsl l(elas {.€pprj, [-rrylrsi word at tl,P (f.rss] Rajah l"l: Kerangka Konseptual diadaptasi daripada Model Penyelidikan Tindokan Kurt Lewin (1e46) 5. Objektif Kajian Kajian ini secara amnya dilakukan bertujuan untuk rneninjau penggunium lagu kanak-kanak dalam membantu kanak-kanak berusia tiga tahun menguasai kosa kata bahasa Inggeris di Taska NCDRC. Secara khususnya objektif kajian ini dijalankan adalah seperti berikut: 1. Mengenalpasti kemahiran dalam penguasaan kosa kata bahasa Inggeris kanak-kanak berusia 3 tahun di Taska NCDRC selepas menggunakan kaedah nyanyian lagu kanak- kanak. 2. Mengenalpasti kanak-kanak berusia 3 tahun di Taska NCDRC dalsm mengaplikasikan perkataan bahasa Inggeris ketika berkomunikasi di dalam kelas.
  11. 11. 3. Mengenalpasti kesan terhadap minat dan perasaan ingin belajar bahasa lnggeris dalam kalangan kanak-kanak berusia 3 tahun di Taska NCDRC selepas menggunakan kaedah nyanyian lagu kanak-kanak. 6. Persoalan Kajian Soalan kajian dibuat oleh pengkaji bagi mengukuhkan lagi kajian yang dijalankan, penyataan masalah dan objektif kajian yang dilakukan. Secara khususnya, soalan-soalan kajian di buat berpandukan skop kajian. Berikut merupakan beberapa persoalan yang akan dijawab melalui pemerhatian terhadap subjek: 1. Apakah kemahiran dalam penguasarm kosa kata bahasa Inggeris kanak-kanak berusia 3 tahun di TaskaNCDRC selepas menggunakan kaedah nyanyian lagu kanak-kanak? 2. Bagaimana kanak-kanak berusia 3 tahun di Taska NCDRC mengaplikasikan perkataan bahasa Inggeris dalam berkomunikasi di dalam kelas? 3. Apakah kesan terhadap minat dan perasaan ingin belajar bahasa Inggeris dalam kalangan kanak-kanak berusia 3 tahun di Taska NCDRC selepas menggunakan kaedah nyanyian lagu kanak-kanak? 7. Tinjauan Literatur Menurut kajian Azli Bin Ariffin dan Abu Bakar Yusof dalam Pembinaan Modul Pedagogi MK2K Berasaskan Muzik untuk Kurikulum Prasekolah (2013), menyatakan bahawa dengan menggalakkan kanak-kanak berimaginasi, kita sebenamya telah menggalakkan mereka untuk menggunakan fikiran mereka bagi berfikir dan seterusnya menghasikan idea atau pendapatyang pelbagai. Beliau turut berkata bahawa dengan penghasilan modul pembelajaran pembinaan kreativiti kanak-kanak melalui aktiviti muzikal yang diberi nama Modul Pedagogi MK2K dapat dijadikan sebagai panduan kepada pihak-pihak yang ingin meningkatkan tahap pembinaan kreativiti kanak-kanak seperti Bahagian Pembangunan Kurikulum, Bahagian Teknologi Pendidikan serta Institusi-institusi berkaitan. Jika kreativiti kanak-kanak dapat dibina, mereka akan mudah belajar dan memahami sesuatu perkara. Unsur muzik dalam pengajaran dan pembelajaran bukan sahaja boleh membina kanak-kanak yang kreatif, malah dapat mengembangkan lagi tahap kepintaran dan perkembangan kognitif dan Bahasa mereka. Campbel (1990) dalam kajiannya yang bertajuk Mukiple Intelligences in the Classroom membuktikan bahawa kaedah muzik dan nyayian yang digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran mampu meningkatkan pencapaian akademik murid. Dalam kajian ini, Campbel menggunakan muzik bagi membantu respondennya mengingati fakta. Beliau cuba untuk menunjukkan bahawa muzik dapat membantu proses perkembangan otak manusia dalam mengingati sesuatu perkara yang penting. Hasilnya keputusan ujian menunjukkan murid yang pada sebelumnya merupakan murid yang kurang Berjaya di sekolah telah menjadi seorang yang Berjaya dalam pelajarannya. Maklum balas positif turut diterima daraipada responden dimana mereka menyatakan terhibur belajar dengan menggunakan kaedah nyanyian. Keyakinan dan motivasi murid juga meningkat secara tidak langsung untuk belajar. Dalam kajian lain yang bertajuk Penggunaan Elemen Muzik dan Nyanyian dalam Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Biologi yang dijalankan oleh Zainure (2003) pula membuktikan bahawa aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang berjaya adalah bergantung kepada aktiviti yang menarik serta bersesuaian dengan kehendak dan minat murid-murid seperti
  12. 12. muzik dan nyanyian. Penggunaan elemen muzik dan nyanyian bukan sahaja dapat membantu murid-murid mengenali, menyebut dan menghafal struktur malah aktiviti pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih menyeronokkan serta menghiburkan murid dan guru itu sendiri. Ini terbukti apabila kebanyakan murid yang menjadi responden di dalam kajian ini mampu melukis semula gambar rajah serta melabelkannya dengan betul. Ini berdasarkan kepada hasil aktiviti nyanyian yang dijalankan oleh murid-murid bersama guru (pengkaji) sebagai pembimbing terhadap pengajaran dan pembelajarut di dalam kelas. Dalam kajian bertajuk The Effictiveness of Integrating Music in The Classraom yang dijalankan oleh Brewer (2007) menegaskan bahawa integrasi muzik dalam pengajaran dan pembelajaran adalah sangat efaktif kerana pendekatan muzik sesuai digunakan untuk semua peringkat umur. Menurut kajian yang dijalankan ini, penggunaan kaedah muzik dan 10 nyanyian dalam pengajaran dan pembelajaran boleh membantu murid mengingati pengalaman pembelajaran yang dilalui di samping dapat menggalakkan penglibatan aktif murid dalam kelas. Irama dan melodi yang digunakan dalam lagu dapat menguatkan memori terhadap fakta dan isi pelajaran murid dalam kelas. Mereka bukan sahaja berasa seronok untuk belajar, malah teruja untuk mempelajari sesuati. Minat dan tumpuan yang terhasil melalui muzik dan nyanyian ketika belajar memberi inspirasi untuk mengingati dan memahami isi pelajaran yang diajar oleh guru. Merujuk kepada Noor Azman bin Hanif dalam Kefahaman dan Pelaksaan Guru Prasekolah Terhadap Peruntukan Masa 600 Minit dalam Bahasa lnggeris di Prasekolah Kebangsaan QA0), menyifatkan tahap pelaksanaan guru prasekolah semasa berinteraksi dengan kanak-kanak dalam Bahasa Inggeris ialah 42o/o yang menyatakan tiada masaalah dan yakin untuk melaksanakan pengajaran dalam Bahasa Inggeris. Selebihnya iaitu 58% guru prasekolah merasakan mereka mempunyai masalah dan berasa tidak yakin untuk melksanakan pengajaran dan berinteraksi dengan kanak-kanak dalam Bahasa Inggeris. Analisis dapatan kajian yang diperolehi menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara kefaharn dengan pelaksanaan guru prasekolah terhadap peruntukan masa selama 600 minit menggunakan Bahasa Inggeris semasa berinteraksi dengan kanak-kanak. Purata peratusan kefaham guru prasekolah menunjukkan lebih tinggi daripada peratus pelaksanaan. Pelaksanaan penggunaan Bahasa Inggeris oleh guru prasekolah semasa pengajaran dan semasa berinteraksi mempunyai kaitan dengan sikap. Berdasarkan modul kompetensi 'Iceberg Model' status sikap mempunyai hubungan dengan pengetahuan. Keinginan yang tingggi terhadap melakukan sesuatu tindakan akan mendorong individu tersebut untuk meningkatkan pengetahuan (Spencer&Spencer 1993). 8. Metodologi Kajian 8.1 Rekabentuk Kajian Rekabentuk kajian berfungsi untuk membantu mencari jawapan yang jelas terhadap masalah yang dikaji. Kajian ini berbentuk kualitatif dan melakukan beberapa kaedah iaitu kaedah pemerhatian, dan temu bual. Kajian ini melibatkan dua orang kanak-kanak taska sebagai sampel untuk membuat pemerhatian. Borang senarai semak turut disediakan dalam kajian ini bagi melihat tahap penguasaan kosa kata bahasa Inggeris berdasarkan kepada tiga buah lagu kanak- kanak yang diajar. 302
  13. 13. Kajian ini dilaksanakan secara sistematik dan teratur berdasarkan beberapa lagkah yang dirancang. Proses-proses tersebut adalah pengumpulan maklumat melalui pemerhatian dan soal selidik seperti mencatat membuat rakaman video, dan menganalisis data tersebut. Berikut adalah prosedur tindakan intervensi dengan penggunaan lagu kanak-kanak dalam kajian ini; Jadual l Prosedur tindakan intervensi kanak-kanak Langkah I Kanak-kanak akan diajar menyanyikan lagu kanak-kanak dalam bahasa Inggeris menggunakan carta lirik lagu yang berbeza setiap minggu selama empat minggu (Wheels on The Bus, Old Me Donald had a Farm, Open Shut Them, and One Little Finger. Langkah 2 Kanak-kanak akan diajar menyanyikan lagu kanak-kanak dengan iringan muzik untuk mendapatkan rentak dan tempo yang betul. Langkah 3 Sebanyak 1 kosa kata yang berlainan telah dipilih dan diberi penekanan untuk diEar setiap hari berdasarkan lirik lagu tersebut. Kanak-kanak akan diterangkan dengan maksud atau pengertian setiap kosa kata yang ingin diuji dalam bahasa Melayu. Selain itu, mereka didedahkan dengan cara penyebutan perkataan yang betul, memperkenalkan huruf di hadapan perkataan tersebut serta menulis bentuk huruf densan mensikut sarisan outus vang disediakan. Langkah 4 Lagu kanak-kanak ini akan dinyanyikan sebagai salah satu rutin pada waktu perbualar pagi dan slot pengajaran dan pembelajaran bahasa Insseris. 8.2 Sampel Kajian Kajian tindakan ini melibatkan sampel seramai dua orang kanak-kanak berlainan jantina di Taska NCDRC di Universiti Pendidikan Sultan Idris, Perak Darul Ridzuan. Kedua-dua orang kanak- kanak berumur tiga tahun dan belajar dalam sebuah kelas yang sama. Kanak-kanak ini menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua. Mereka pada awalnya kurang memberikan respons dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran bahasa Inggeris. Respoden yang terlibat seperti yang ditunjukkan dalam jadual 1.2 di bawah. Jadual1.2 Responden yang terlibat Menurut Azizi et. al (20A7), sampel didefinisikan sebagai sebahagian daripada populasi tanpa mengambil kira sama ada ia dapat menjadi wakil populasi atau sebaliknya. Ini bermakna penyelidik akan mengambil sampel secara rawak dan bukan dipilih rnengikut tahap pencapaian kanak-kanak. Menurut Sidek QA04 pula, sampel yang kecil adalah bersesuaian dengan kajian yang melibatkan teknik yang kompleks. Justeru itu, saya mflnilih seorang kanak-kanak lelaki bagi mewakili 10 orang kanak-kanak lelaki di dalam kelas serta seorang kanak-kanak perempuan bagi mewakili 10 orang kanak-kanak perempuan di dalam kelas. Nisbah kanak kanak lelaki dan kanak-kanak perempuan yang diambil sebagai sampel terhadap jumlah populasi kanak-kanak mengikut jantina ialah 1:10 bagi kanak-kanak lelaki dan 1:10 bagi kanak-kanak perempuan. Responden Jantina Lelaki Peremnuan A x B x
  14. 14. 8.3 Instrumen Kajian Dua jenis instrumen kajian akan digunakan dalam kajian ini. Instrumen kajian yang digunakan adalah senarai semak dan pemerhatian. Penyelidik akan menggunakan borang senarai semak dan pemerhatian melalui aktiviti soaljawab dengan kanak-kanak semasa proses pengajaran berlaku. Setiap minggu sebuah lagu akan dipilih dan dari lagu tersebut satu perkataan sefta satu huruf di depan perkataan yang berbeza akan diambil dari lagu tersebut lalu diajar untuk menyebut dengan betul; mengenalpasti gambar, objek atau perkataan dari perkataan; menulis bentuk serta menyebut huruf di hadapan perkataan dengan bantuan guru; dan mengaplikasikan perkataan bahasa lnggeris yang dipelajari dalam komunikasi di dalam kelas. Empat buah lagu berbeza akan digunakan setiap minggu selama empat minggu setiap hari mereka akan belajar perkataan yang berbeza sebagai penanda untuk menguasai kosa kata bahasa Inggeris kanak-kanak berusia tiga tahun. Kosa kata yang digunakan merupakan kosa kata yang telah dipelajari oleh kanak-kanak dalam empat buah lagu kanak-kanak serta dalam pengajaran dan pembelEaran yang dijalankan di dalam bilik darjah. Hasil dapatan soal jawab dan pemerhatian dicatatkan pada borang senarai semak dan pemerhatian berstruktur. Selain itu, alat kajian pemerhatian juga digunakan semasa aktiviti perbualan pagi serta slot pengajaran dan pembelajaran bahasa Inggeris. Pandangan guru kelas serta dua orang pembantu guru melalui rakaman suara turut diambil dalam menyokong hasil pemerhatian yang dijalankan di dalam kelas. 8.4 Analisis Data Analisis data yang dikumpul adalah melalui senarai semak melalui aktiviti soal jawab dengan kanak-kanak berkaitan kosa kata yang telah dipelajari oleh kanak-kanak dalam empat buah lagu kanak-kanak serta dalam pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan di dalam kelas. Senarai semak dilakukan samada berbentuk lisan dan tulisan. Hasil soal selidik berbentuk lisan tersebut akan di rekod sebagai rujukan semula dan sebagai bukti. Selain itu, kaedah pemerhatian berstruktur yang dilakukan akan di catat dalam buku catatan dan borang senarai semak bahawa pemerhatian telah dilakukan keatas kanak-kanak tadika. Hasil temu bual bersama guru kelas dan dua orang pembantu guru pula akan diolah dan dikaitkan sebagai sokongan terhadap hasil pemerhatian yang dilakukan. 9. Dapatan Dan Perhincangan Kajian 9.1 Dapatan Kajian Bahagian ini akan membincangkan dapatan kajian berpandukan kepada dapatan analisis data yang telah diperolehi. Soalan 1: Apakah kemahiran dalam penguasaan kosa kata bahasa Inggeris kanak-kanak berusia 3 tahun di Taska NCDRC selepas menggunakan kaedah nyanian lagu kanak-kanak? Pemerhatian Sepanjang empat minggu menjalankan pemerhatian terhadap perkembangan kanak-kanak berusia tiga tahun di dalam kelas semasa sesi morning circle, pengajaran di dalam kelas, aldiviti fizikal dan bermain di luar kelas serta semasa sesi membaca bersama mereka, banyak perubahan yang dapat dilihat di dalam penguasaan kosa kata Bahasa Inggeris mereka. Sebagai contohnya pada minggu pertama apabila saya memperkenalkan lagu The Weels on the Bers, perkataan pertama yang saya perkenalkan ialah bus. Semasa aktiviti menyanyi dan membuat gerakan 304
  15. 15. mereka sebenarnya telah belajar secara tidak langsing tentang ciri-ciri bas tersebut iaitu di mana bas merupakan sebuah kenderaan yang besar, boleh bergerak, boleh dinaiki, banyak tempat duduk serta ada orang memandu bas tersebut supaya bas boleh bergerak. Perkma tersebut telah dibina di dalam minda mereka hingga mereka boleh mengenalpasti apa itu bas. Begitu juga apabila saya memperkenalkan perkataan-perkataan lain yang berkaitan dengan bas termasuk tyre dan wiper sebagai contohnya. Mereka mengetahui bahawa tyre adalah sebahagian daripada kompenon pada bas, berbentuk bulat dan bergerak memusing sehingga bas dapat bergera. Di sini, hanya dengan menyanyi lagu tersebut sambal membuat gerakan telah membina konsep di dalam minda mereka. Begitu juga dengan wiper di mana mereka dapat memahami makna serta konsep berkaitan wiper. Mereka mengetahui bahawa wiper bergerak, berada di atas permukaan cermin hadapan bas serta berfungsi ketika hujan. Memang ketika menyanyi mereka telah menguasai kosa kata bahasa Inggeris yang disebut akan tetapi guru perlu memberi penerangan dan membuat aktiviti lanjutan supaya kanak-kanak dapat memperkukuhkan pengetahuan dalam kosa kata yang mereka ingati tersebut. Analisis Dokumen Setiap kali memasuki kelas dan mengajar satu perkataan setiap hari dari empat buah lagu yang berbeza selama empat minggu, saya memberi mereka lembaran kerja selepas memperkenal dan menerangkan konsep makna perkataan yang mereka pelajari melalui objek yang benar, melakukan perbuatan, menunjuk video mahupun gambar yang melambangkan objek atau perbuatan bagi perkataan tersebut. Lembaran kerja tersebut berbentuk gambar yang perlu diwam4 perkataan yang perlu mereka lihat, abjad di hadapan perkataan yang dibuat garisan putus untuk mereka mengikutinya dengan pensel. Semasa memberi lembaran kerj4 saya akan bertanyakan mengenai gambar tersebut sebagai contohnya duck. Di dalam lagu Old McDonald mereka ada menyebut perkataan duck, bunyi duck dan melihat bentuk &tck tercebut. Maknanya bayangan imaginasi beserta kosa kata perkataan telah dibina dalam minda mereka. Apabila saya bertanyakan gambar tersebut, mereka dapat menyebutnya duck malah ada yang menyebut bunyinya quek sebelum mewarna gambar tersebut. Ini menunjukkan bahawa sel otak mereka berkembang dan saling berhubung sehingga dapat membina memori yang kukuh dalam mengingati dan memahami perkataan duck tersebut. Kosa kata yang mereka kuasai lebih berkualiti dan bukannya mengingat perkataan semata-mata. Begitu juga apabila saya menunjukkan perkataan lalu menyebut duck, mereka akan melihat kepada keseluruhan perkataan dan apabila saya menanyakan kepada mereka dimanakah huruf paling depan dalam perkataan tersebut lalu mereka menunjukkaflnya, mereka sudah dapat memahami bahawa gabungan abjad akan membentuk perkataan tersebut. Lalu saya menyrruh mereka menulis huruf di hadapan perkataan melalui garisan putus akan menyebabkan mereka memahami bahawa bentuk o'd" tersebut melambangkan sebahagian perkataan duck. Malah apabila saya menyebutnya berulang kali sebutan o'd" tersebut mereka mula faham bunyi "d" tersebut lalu mengaitkannya dengan perkataan duck. Mereka akan bina mernori kefahaman bahawa "d" adalan duck. Apa itu duck? Duckitu haiwan yang berbunyi quek, berkaki dua dan berada di ladang ternakan. Jadi, kosa kata yang dikuasai adalah berkualiti malah mereka memahaminya. 305
  16. 16. Pandangan Guru Kelas dan Pembantu Guru Pendapat guru ini yang mempunyai pengetahuan tentang perkembangan mereka sebelum saya mengajar dan selepas saya mengajar menyatakan bahawa kanak-kanak ini dapat menguasai perkataan yang diajar malah bukan sahaja mengingati tetapi turut mengaitkan dengan kehidupan atau memori lampau mereka. Sebagai contohny4 apabila memperkenalkan perkataan bus, mereka mengatakan bahawa pernah menaikinya. Apabila ditanya, mereka boleh menggambarkan bahawa bus tersebut adalah besar dan boleh membawa mereka pergr jauh ke sesuafu tempat seperti balik kampung. Maknanya di sini, kefahaman mereka terhadap perkataan bas tersebut menjadi kukuh dan boleh mengaitkan dengan keadaan sebenar. Begitu juga apabila pulang ke rumah, mereka akan bercerita kepada ibu bapa mereka lalu menguatkan ingatan mereka tentang perkataan tersebut dengan kefuhaman yang menyeluruh. Daripada gambaran imaginasi dalam fikiran mereka akan mengukuhkan lagi kosa kata mereka berkaitan dengan bas tersebut bersama dengan bahagian-bagian yang ada pada bas tersebut. Soalan 2:Bagaimanakanak-kanak berusia 3 tahun di Taska NCDRC mengaplikasikan perkataan bahasa Inggeris dalam berkomunikasi di dalam kelas? Pemerhatian: Melalui pemerhatian yang dijalankan, kanak-kanak ini mengaplikasikan perkataan tersebut sewaktu sesi membaca buku c.erita di dalam kelas. Sebagai contohnya ketika mereka sedang membuka halaman buku tersebut dan melihat gambar seekor kucing, lalu mereka dengan cepat menyebutnya meow sama seperti dalam lagu Old McDonal. Ini menunjukkan mereka sudah menguasai kosa kata tersebut dengan baik. Walaupun gambar kucing tersebut berbeza dengan gambar di dalam video yang dimainkan bersama dengan lagu, mereka boleh mengingatinya dan menyebut cat. Begitu juga apabila melihat gambar bas di dalam buku cerita, mereka terus menyatakan bus walaupun gambar bas tersebut berbeza dengan apa yang mereka pelajari dan ingati. Mereka berjaya menguasai kosa kata dan mengaplikasinya dengan baik. Sama juga apabila mereka melihat haiwan kecil dan haiwan yang besar di dalam buku cerita, mereka boleh menyatakan big atau small haiwan tersebut sama seperti di dalam lago Open Shut Them yang memperkenalkan perkataan perbandingan. Mereka telah menguasai perkataan kosa kata tersebut ketika membuat perbandingan. Begitu juga semasa aktiviti bermain, mereka boleh menggunakan perlambangan jari di telunjuk di bibir untuk menyatakan bahawa mereka perlu diam yang sama seperti dalam laga Open Shut Them tersebut juga. Pendapat Guru dan Pembantu Guru Menurut merekq kanak-kanak ini dapat mengaplikasikan pengetahun mereka tentang kosa kata yang dipelajari melalui aktiviti seharian seperti sebelum mereka pulang, mereka perlu mengambil beg masing-masing dan menyusunya di hadapan pintu kelas. Jadi, mereka akan faham apabila cikgu meminta tolong mereka mengambil beg hijau yang small sedangkan ada dua buah beg hijau. Mereka mengambil beg hrjau yang small sawn seperti yang diminta. Ini menunjukkan konsep pemahaman mereka terdapat perkataafl small adalah kuat dan boleh mengaplikasikannya dengan baik di dalam kehidupan seharian. Begitu juga sewaktu mengikuti lawatan ke zoo apabila cikgu menunjukkan jari ke arah tayar bas, mereka menyebutnya tyre. 306
  17. 17. Soalan 3: Apakah kesan terhadap minat dan perasaan ingin belajar bahasa Inggeris dalam kalangan kanak-kanak berusia 3 tahun di Taska NCDRC selepas menggunakan kaedah nyanyian lagu kanak-kanak? Pemerhatian Melalui pemerhatian terhadap minat dan keterujaan ingin belajar bahasa Inggeris kanak-kanak ini adalah sangat mengujakan. Apabila selesai sahaja makan dan menggosok gigi, mereka terus bertanya bila ingin menyanyi. Begitu juga apabila selesai menyanyi dan saya memperkenalkan perkataan dari lirik lagu nyanyian tersebut, mereka memberi komitmen dengan menjawa pertanyaan saya. Malah ketika mempertontonkan video berkaitan dengan perkataan yang ingin dipelajari, mereka boleh mengaitkannya dengan nyanyian yang dinyanyikan bersama-sama. Selain itu, ketika melakukan lembaran kerja di dalam kelas, mereka boleh duduk dengan senyap sambal fokus mewarna dan mengikuti garisan putus membentuk abjad dihadapan perkataan walaupun tidak sempurna bentuk yang dihasilkan. Analisis Dokumen Dapat dilihat peningkatan terhadap hasil mewarna gambar dan menulis abjad mengikut garisan putus yang disediakan. Di samping itu, apabila ditanya mengenai gambar yang terpampar, mereka mampu untuk menyatakan kembali perkataan tersebut kerana kosa kata bagi perkataan itu tersemat baik dalam ingatan mereka. Apabila mere fokus dan mempunyai perasaan gembira serta ceria semasa menyanyikan lagu bersama guru sebelum memulakan aktiviti dalam kelas dapat membantu mereka mengingati perkataan dengan baik. Apabila mereka memberikan perhatian dan seronok belajar, mereka mampu membina ingatan dan jaringan pemahaman terhadap perkataan baru seterusnya menguasai kosa kata dengan lebih baik. Pendapat Guru dan Pembantu Guru Mereka bersetuju dengan kenyataan melalui lagu tersebut dapat menaikkan semangat untuk belajar dan mengikuti aktiviti di dalam kelas. Ini terbukti apabila saya memegang komputer riba, mereka terus bertanya mahu menyanyi lagu apa. Apabila memaninkan lagu sahaja, mereka terus fokus melihat video dan terus medengar dan membuat gerakan mengikut rentak lagu. 10. Refleksi Cadangan Dan Kesimpulan 10.1 Refleksi Terhadap Penyelidik Sepanjang proses penyelidikan ini dijalankan, banyak input yang telah saya pelajari sama ada secara sedar mahupun sebaliknya. Tambahan pula, peserta kajian telah menunjukkan minat untuk belajar bahasa Inggeris apabila selesai menyanyikan lagu bersama-sama dengan mereka. Malah mereka telah berjaya untuk mengingati perkataan-perkataan baru yang diajar bersama dengan konsep makna sefta perlambangan perbuatan atau bentuk objek yang jelas dalam kosa kata yang dikuasai mereka. Mereka juga Berjaya mengenalpasti perkataan tersebut serta mengaplikasinya di dalam kelas terutama ketika sesi membaca buku cerita. Saya berpuas hati dengan hasil dapatan kajian tindakan yang saya jalankan disamping penglibatan aktif yang dituniukkan oleh peserta kaiian untuk setiap aktiviti yang dijalankan. 301
  18. 18. 10.2 Refleksi Terhadap Pengajaran Dan Pembelajaran Sebagai guru praktikal yang masih baru dan mentah dalam proses pengajaran dan pembelalaran di dalam kelas, terdapat kelemahan dan penambah baikan yang perlu saya lakukan supaya proses pengajaran tersebut lebih seronok, ceria berpusatkan kanak-kanak serta membantu mereka untuk mencapai objektif dalam pengajaran iaitu merangsang perkembangan yang ada pada diri mereka termasuk perkembangan bahasa dan kognitif. Aktiviti lanjutan selepas menyanyi perlulah lebih kreatif dan pelbagai dalam merangsang deria-deria yang ada pada mereka. Penggunaan bahan maujud perlu diperluaskan dalam usaha untuk membantu memahamkan serta membina konsep yang be,tul terhadap perkataan yang diajar dalam bahasa Inggeris tersebut sehingga dapat menguasai kosa kata dengan baik. 10.3 Refleksi Terhadap Kanak-kanak Kanak-kanak sukakan perhatian dan tumpuan diberikan kepada mereka. Mereka gemar bertanya dan memanggil nama guru semasa proses pengajaran atau ketika melakukan aktiviti kerana ingin menarik perhatian guru tersebut. Ini dapat dilihat sewaktu aktiviti membaca apabila ssmua kanak-kanak ini cuba menarik perhatian saya sedaya upaya untuk bertanyakan nama gambar bagi objek yang ada di dalam buku. Selepas menjawab pertanyaan, mereka masih bertanya sama ada tentang bentuk objek yang sama atau yang lain pula. Kadang-kadang mereka bertanyanya benda yang sama berulang kali dalam membina kefahaman dan mernori dalam minda mereka mengenai perkataan tersebut seterusnya menguasai kosa kata dengan baik. 10.4 Cadangan Kajian Lanjutan Ahiviti Bercerita Membantu Karutk-lan*k Memahami Perkataan Baru Yang Dipelajari Dalam Membina Kosa Kata Bahasa Inggeris Di Taska danTadika. Terdapat banyak teknik bercerita yang boleh diaplikasikan oleh guru dalam membantu kanak- kanak membina kosa kata bahasa lnggeris dengan lebih baik. Kanak-kanak berasa seronok dan ceria untuk belajar jika guru pandai memainkan peftman ketika sesi bercerita. Antaru teknik bercerita yang menjadi kegemaran guru ialah cerita bergambar, boneka, buku besar dan lain-lain lagi. Sebagai contohny jika ingin memperkenalkan perkataan c€tr, guru bercerita mengenai kereta baru yang dibeli oleh ayah. Perkataan car diangkat menjadi tema utama dalam cerita. Mereka akan memahami apa ittt car, kegunaan dan bsntuk car melahfi cerita yang disampaikan. Persamaan Fonologi dan Semantik Dalom Kosa Kata Bahasa Melayu Membantu Kanak-kanak Prasekolah Menguasai Kosa Kata Bahosa Inggeris Dengan Lebih Cepat. Terdapat persamaan dari segi sebutan dan makna sesuatu perkataan di dalam bahasa Melayu terhadap bahasa tnggeris dilihat mampu mempercepatkan pemahaman dan penguasaan kosa kata dalam bahasa Inggeris. Perbezaan mungkin dilihat dari segi sistem ejaannya sahaja yang berbeza dapat memudahkan kanak-kanak menguasai kosa kata kedua-dua bahasa. Namun jumlah kosa kata yang sama ini tidaklah begitu banyak, namun ia masih boleh dilihat dari segi keberkesanan persamaan yang ada dalam sebutan dan rnakna sesuatu perkataan yang ingin diajar di peringkat prasekolah. 308
  19. 19. 11. RTJMUSAN Secara kesimpulannya, hasil daripada kajian ini melalui pemerhatian dengan mengambil kira hasil kerja dan pendapat daripada guru kelas dan pembantu guru, dapat disimpulkan bahawan penggunilan lagu kanak-kanak dapat membantu kanak-kanak berusia tiga tahun menguasai kosa kata bahasa tnggeris di Taska NCDRC. Penggunaan lagu kanak-kanak juga dilihat mampu membangkitkan minat dan keterujaan mereka dalam memberi fokus terhadap aktiviti yang dijalankan di dalam kelas sewaktu proses pengajaran bahasa Inggeris melibatkan kemahiran menguasai kosa kata. Malah, kanak-kanak juga dilihat mampu memberi komitmea kepada aktiviti sekali gus mengaplikasikan kosa kata yang dikuasai di dalam kelas dan kehidupan seharian serta mengaitkan dengan memori sedia ada di dalam fikiran mereka. RUJT]KAN Chua Yan Piaw. (2006). Kaedah Dan Statistik Penyelidiknn: Kaedah Penyelidilmn Bukul. Malaysia: McGraw-Hill Sdn. Bhd. Abdul Ghafar Md Din. (2003). Prinsip dan amalan pengajaran Kuala Lumpur, Malaysia: Utusan Publication & Distributors Sdn Bhd. Chow Fook Meng &. Jaizah Mahamud. (2011). Kajian tindakan: Konsep dan amalan dalam pengajaran Kuala Lumpur, Malaysia: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd. Mahzan Arshard. (2012). Pendidikan Literasi Awal Kanak-Katmk: Teori dan Amali. Tanjong Malim, Perak: Universiti Pendidikan Sultan Idris. Mook Soon Sang. (2012). Perkembangan Kanak-knnak: Edisi Ketiga. Puchong, Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd. Suppiah Nachiappan et.al. (2009). Pembelajaran dan Perkembangan Pelajar. Selangor, Malaysia: Oxford Fajar Sdn. Bhd. John W. Santrock. QAQ). Child Developrnent, Thirteenth Edition: International Edition 2012. Singapore: University of Texas at Dallas. Kuang Ching Hei. (2012). Linguistic Journey Of A Bilingual Child. Kuala Lumpur, Malaysia: Univesity of Malaya Press. Joni Levine. (2012). 365 Toddler Activities That Inspire Creativity. Selangor, Malaysia: Advantage Quest Sdn. Bhd, Laura L. Smith &.Charles H. Elliott. (2011). Child Psychologt & Development For Dummies. Indianapolis, Indiana: Wiley Publishing, Inc. Jo Frost. (2013). Jo Frost's Toddler SOS: Prqctical Solutionfor the Challenging Toddler Years. London, UK: An Hachette UK Company. Azli Bin Ariffin & Abu Bakar Yusof. (2013). Pembinaan Modul Pedagogi MK2K Berasaskan Muzik Untuk Kurikulum PraSeholah. Tesis Sarjana Pendidikan Awal Kanak-Kanak, Universiti Pendidikan Sultan Idris Kampus Sultan Azlan Shah, Tanjong Malim, Perak. Noor Azman Bin Hanif. QAD). Kefchaman Dan Pelolcsetnaan Guru Praselcolah Terhadap Peruntukan Masa 600 Minit Dalam Bahasa Inggeris Di Prasekolah Kebangsaan. Tesis Sarjana Pendidikan Awal Kanak'Kanak, Universiti Pendidikan Sultan Idris Kampus Sultan Azlan Shah, Tanjong Malim, Perak. Campbell, B. (1990). Research On Mukiple Intelligences In The Class Room. Muat turun pada I November 2CI I 4. http ://www.context.org/ICllB/IC2 7/Campbell.htm Brewer, C"B. {2007). Tke Effectiveness af Integreting Music in The Classraom. Muat turun pada 2 Novernber 20i4. http://www.newhorizons.ors/stratesies/arts/brewer.htm 309

×