MalIqhmal Buku Skrap Sains

1,338 views

Published on

Gunakanlah isi penting .. bukan mengambil semua isi ini adalah salah ... Berdosa jikan mengambil semua isi.

Published in: Science
0 Comments
0 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

  • Be the first to like this

No Downloads
Views
Total views
1,338
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
2
Actions
Shares
0
Downloads
4
Comments
0
Likes
0
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

MalIqhmal Buku Skrap Sains

  1. 1. MUHD IQHMAL BIN MOHD FADZLIE 6AMANAH BUKU SKRAP SAINS 1 Maksud Hujan Asid Hujan asid secara semulajadi adalah berasid. Ini disebabkan air hujan yang turun akan bergabung dengan karbon dioksida dan gas- gas berasid yang terdapat di atmosfera. Bagaimanapun, disebabkan pada masa kini, penggunaan tenaga elektrik dan kereta telah menyebabkan bahan api fossil di bakar dalam jumlah yang banyak. Pembakaran bahan api fossil sepertiminyak dan arang batu oleh loji tenaga dan dari ekzos kenderaan membebaskan berjuta-juta ton sulfur dioksida dan nitrogen oksida ke udara. Bahan pencemar ini disebarkan oleh angin dan akan bergabung dengan titisan air yang turun sebagai air hujan lalu membentuk asid sulfurik danasid nitrik. Keasidan cecair ialah ukuran kepekatan ion hidrogen. Biasanya keasidan cecair dinyatakan dalam sebutan pH yang mempunyai skala 0 hingga 14: pH kurang daripada 7 adalah berasid, pH 7 adalah neutral dan pH yang melebihi 7 adalah alkali. Contoh air hujan yang bersih yang diambil daripada lokasi bersih seperti di pulau terpencil didapati bernilai antara 5.6 dan 6.0. Secara amnya, air hujan dengan pH kurang dari 5.6 dianggap berasid. Hujan asid yang turun ke bumi akan terkumpul menjadi pemendapan berasid. Ini berlaku apabila asid terkumpul dan menjadi semakin pekat. Asid yang terlalu pekat boleh menyebabkan tumbuh- tumbuhan dan hidupan di dalam tasik mati, bangunan dan batu menjadi lemah dan rapuh, warna bangunan, kereta dan lain-lain menjadi pudar, mudah rosak, dan cepat berkarat. Selain itu, hujan asid juga merosakkan kesihatan manusia terutama mereka yang masih muda, golongan tua, dan mereka yang berpenyakit seperti mengidap asma.
  2. 2. MUHD IQHMAL BIN MOHD FADZLIE 6AMANAH BUKU SKRAP SAINS 2 Geografi Hujan Asid Hujan asid ialah hujan yang mempunyai nilai PH kurang daripada 5 yang mengandungi gas sulfur dioksida dan nitrogen oksida yang terlepas di udara bercampur dengan air hujan untuk membentuk asid sulfurik dan asid nitrik.Hujan asid secara semulajadi adalah berasid. Ini disebabkan air hujan yang turun akan bergabung dengan karbon dioksida dan gas-gas berasid yang terdapat di atmosfera. Bagaimanapun, disebabkan pada masa kini, penggunaan tenaga elektrik dan kereta telah menyebabkan bahan api fosil di bakar dalam jumlah yang banyak. Pembakaran bahan api fosil seperti minyak dan arang batu oleh logi tenaga dan dari ekzos kenderaan membebaskan berjuta-juta ton sulfur dioksida dan nitrogen oksida ke udara. Bahan pencemar ini disebarkan oleh angin dan akan bergabung dengan titisan air yang turun sebagai air hujan lalu membentuk asid sulfurik dan asid nitrik.
  3. 3. MUHD IQHMAL BIN MOHD FADZLIE 6AMANAH BUKU SKRAP SAINS 3 Punca Hujan Asid
  4. 4. MUHD IQHMAL BIN MOHD FADZLIE 6AMANAH BUKU SKRAP SAINS 4 Kejadian hujan asid boleh berpunca daripada aktiviti manusia ataupun berlaku secara semulajadi. Melalui kegiatan manusia, kegiatan industri yang dilakukan menghasilkan sulfur dioksida dan nitrogen melalui pembakaran bahan api fosil di kilang-kilang dan pembakaran arang batu bermutu rendah menyebabkan pembebasan gas sulfur dioksida yang banyak ke atmosfera.Kedua, proses peleburan biji timah yang banyak akan membebaskan gas sulfur dioksida terutamanya peleburan timah kuprum.Ketiga, kegiatan pertanian juga punca berlakunya hujan asid iaitu melalui penggunaan baja nitrogen yang akan menghasilkan gas nitrogen. Manakala pembakaran terbuka yang dilakukan oleh petani-petani untuk membakar plastik baja dan sisa kayu akan membebaskan sulfur dioksida. Di samping itu, binatang ternakan seprti lembu akan membebaskan gas metana dan oksida nitrus melalui pereputan najisnya dan akan menghasilkan hujan asid nitrik. Keempat, aktiviti sistem pangangkutan juga merupakan salah satu penyumbang berlakunya hujan asid melalui pembebasan asap ekzos pada suhu tinggi di silinder kereta menyebabkan pembebasan gas nitrogen dioksida dan nitrik oksida. Hujan asid juga berlaku secara semulajadi. Pertama melalui letupan gunung berapi yang membebaskan gas sulfur dioksida, nitrogen dioksida dan karbon monoksida. Kedua, penguraian bahan organik melalui aktiviti bakteria dalam tanah menukarkan nitrat kepada nitrat dan menghasilkan gas nitrogen semasa hujan kilat. Selain itu, penguraian bahan organik dan najis haiwan oleh bakteria anaerobik mengakibatkan penurunan sulfur seperti desulfovibrio di mana ianya menukarkan sulfat kepada nitrogen sulfida. Ketiga, kebakaran hutan secara semuladi akibat cuaca terlalu panas iaitu kejadian el-nino mengakibatkan gas-gas pencemar seperti gas nitrogen terbebas.
  5. 5. MUHD IQHMAL BIN MOHD FADZLIE 6AMANAH BUKU SKRAP SAINS 5 Gambar Hujan Asid
  6. 6. MUHD IQHMAL BIN MOHD FADZLIE 6AMANAH BUKU SKRAP SAINS 6 Maksud Banjir Kilat Banjir ialah keadaan air yang menenggelami atau mengenangi sesuatu kawasan atau tempat yang luas.Banjir daripada laut boleh menyebabkan limpahan kepada penebat banjir dan akan menyebabkan benteng semula jadi ini musnah. Kawasan disebalik pertahanan pesisir pantai ini mungkin terdedah kepada bahaya. Banjir daripada laut boleh disebabkan oleh ribut taufan, air pasang tinggi, tsunami, atau gabungan unsur-unsur berkenaan. Oleh kerana kebanyakan komuniti masyarakat terletak berdekatan dengan pesisir pantai, masalah ini menjadi ancaman utama di seluruh dunia. Banjir berlaku apabila sesuatu kawasan, selalunya kawasan rendah, ditenggelami dengan air. Banjir yang buruk biasanya akan berlaku apabila air sungai melimpah tebing sungai berkenaan. Satu contoh kejadian ini ialah pada bulan Januari 1999 diQueensland. Banjir berlaku apabila tanah dan tumbuh-tumbuhan tidak dapat menyerap kesemua air. Air itu kemudian mengalir di atas tanah berkenaan. Air ini tidak dapat ditampung oleh aliran sungai atau kolam semulajadi atau disimpan dalam tempat takungan air buatan manusia. Banjir adalah bencana alam yang kerap dialami di seluruh dunia. Oleh itu, ia adalah sukar atau mustahil untuk mendapatkan polisi insurans bagi melindungi barangan serta harta yang rosak akibat banjir. antara lain, banjir boleh berlaku disebabkan oleh beberapa faktor. Antara faktor-faktor berlaku banjir adalah: 1.Hujan yang berterusan Hujan yang berterusan tanpa berhenti-henti akan menyebabkan banjir berlaku. Di kawasan-kawasan rendah, air hujan akan dialirkan ke sungai. Sungai yang dipenuhi air akan melimpah keluar sehingga menyebabkan kawasan tanah rendah dipenuhi air. 2.Proses pembandaran Proses pembandaran menyebabkan banyak kawasan yang dipermodenkan.
  7. 7. MUHD IQHMAL BIN MOHD FADZLIE 6AMANAH BUKU SKRAP SAINS 7 Geografi Banjir Kilat - Satu fenomena banjir yang berlaku dalam tempoh yang singkat/beberapa jam sahaja. Akibat curahan hujan yang lebat dalam jangka masa yang singkat terutamanya di kawasan yang tertutup dengan bitumen/aspalt seperti di kawasan bandar. Kesan-kesan 1. Merosakkan harta benda: barang-barang perniagaan 2. Menjejaskan aktiviti harian: sekolah, perniagaan dll. 3. Menjejaskan sistem lalulintas: jalanraya dinaiki air. 4. Merosakan tanaman. 5. Pencemaran sampah sarap dan bau. Langkah-langkah mencegah banjir kilat 1. Menguat kuasa undang-undang di bawah Akta Alam Sekitar 1974 seperti mengenakan denda, kompaun, menarik lesen terhadap pihak yang membuang sampah ke dalam sungai, menyebabkan hakisan tanah dll. 2. Mengawal proses pembandaran. 3. Menghadkan ativiti penyahutanan dan pembalakan. 4. Mengekalkan kawasan tadahan air dan kawasan yang mampumenakung air di bandar. 5. Memperdalamkan sungai dan meningkatkan aspek pengurusan sistem perparitan.
  8. 8. MUHD IQHMAL BIN MOHD FADZLIE 6AMANAH BUKU SKRAP SAINS 8 Punca Banjir Kilat 1. Kegiatan ekonomi -Pertanian, Pengangkutan, Perindustrian. 2. Proses Pembandaran/Urbanisasi- kawasan bandar diturap menyukarkan proses resapan. 3. Pengurusan Peparitan yang tidak cekap. 4. Sungai yang cetek disebabkan bahan mendap/pembuangan sampah sarap. 5. Jumlah hujan yang lebat. 6. Aktiviti penyahhutanan untuk pembangunan seperti petempatan, pembandaran, perindutsrian. 7. Pembalakan di kawasan tadahan hujan.
  9. 9. MUHD IQHMAL BIN MOHD FADZLIE 6AMANAH BUKU SKRAP SAINS 9 Gambar Banjir Kilat
  10. 10. MUHD IQHMAL BIN MOHD FADZLIE 6AMANAH BUKU SKRAP SAINS 10 Maksud Tanah Runtuh Tanah runtuh merupakan salah satu tragedi yang berkaitan dengan kegelongsoran tanah dan boleh menyebabkan kematian. Tanah runtuh merupakan kejadian geologi yang termasuk sebahagian besar pergerakan tanah, seperti batu jatuh, kegagalan dalam cerun, dan aliran sampah cetek, lihat aliran. Walaupun graviti bertindak pada cerun curam merupakan punca utama tanah runtuh, terdapat faktor tambahan lain: hakisan oleh sungai, glasier, atau ombak laut yang menghasilkan cerun curam Cerun batu atau tanah yang lemah akibat tepu oleh cairan salji atau hujan lebat gempa bumi yang menghasilkan ketegangan yang menyebabkan cerun lemah runtuh (lihat pencairan (liquefaction) letusan gunung berapi menghasilkan mendakan abu, hujan lebat, dan aliran sampah. gegaran dari mesin, trafik, bahan letupan, malah guruh mungkin mencetuskan keruntuhan cerun lemah. berat melampau yang terhasil dari pengumpulan hujan atau salji, timbunan batu atau bijih, daripada timbunan sampah, atau struktur binaan manusia yang memberi tekanan kepada cerun lemah hingga runtuh dan struktur lain Tekanan air bawah tanah bertindak menjadikan cerun tidak stabil pada tanah cetek, penebangan tumbuhan berakar dalam yang mengikat colluvium kepada batu asas. Bahan di cerun yang menjadi tepu dengan air boleh membentuk aliran sampah atau aliran lumpur. Campuran pekat batu dan lumpur mungkin menghanyutkan pokok, rumah, dan kereta, dengan itu menghalang jambatan dan aliran sungai menyebabkan banjir sepanjang laluannya. Samajuga, air batu floes boleh terbentuk dalam sungai yang tersumbat dengan air batu, tetapi mengalir lebih perlahan. Walaubagaimanapun, ia mampu menghasilkan tenaga yang mencukupi bagi meruntuhkan jambatan.
  11. 11. MUHD IQHMAL BIN MOHD FADZLIE 6AMANAH BUKU SKRAP SAINS 11 Geografi Tanah Runtuh Pengenalan - Kegiatan manusia merujuk kepada aktiviti manusia yang dianggap sebagai manusia ekonomi. - Sebagai manusia ekonomi, iaitu menjalankan aktiviti harian dengan berinteraksi dengan alam sekitar untuk mencapai kesejahteraan hidup. Alam sekitar dibahagi kepada 2 komponen iaitu:- 1. Komponen mengandungi hidupan iaitu haiwan dan tumbuhan. 2. Komponen bukan hidupan –tanah, udara dan air. Aktiviti utama manusia - Sebagai manusia ekonomi, manusia menjalankan kegiatan harian dengan berinteraksi kepada alam sekitar untuk mencapai kesejahteraan hidup. - Aktiviti asas utama manusia ialah:- 1. Pertanian 2. Perlombongan 3. Pembalakan 4. Perikanan
  12. 12. MUHD IQHMAL BIN MOHD FADZLIE 6AMANAH BUKU SKRAP SAINS 12 Punca Tanah Runtuh Kejadian tanah runtuh merujuk kejadian fenomena alam semula jadi yang sering dikaitkan dengan perubahan kedudukan tanah sesuatu kawasan itu. Antara contoh kawasan yang sering dilanda tanah runtuh ialah lereng bukit, kawasan projek perumahan dan juga kawasan berhampiran dengan aliran air seperti sungai. Media massa sering mengetengahkan kejadian alam ini sehingga menjadikan kejadian ini sesuatu yang biasa pula di negara ini. Oleh itu, kefahaman tentang pelbagai punca dan impak kejadian ini amat pSecara amnya kejadian tanah runtuh berpunca daripada projek pembangunan yang tidak seimbang kerana keghairahan manusia mengejar erti kemodenan sebenar. Pembangunan yang tidak seimbang ini sering mengabaikan pengekalan alam sekitar terutama hutan atau penggunaan alam sekitar dalam sesuatu projek pembangunan tersebut. Keadaan ini telah menyebabkan hujan lebat sahaja berupaya untuk mencetuskan kejadian tanah runtuh di sesuatu kawasan pembangunan tersebut. Jadi, tanah runtuh berlaku kerana ketiadaaan keseimbangan antara projek pembangunan dan sistem ekologinya.penting untuk menangani kemelut alam sekitar ini.Kesimpulannya, kejadian tanah runtuh telah menjadikan imej negara ini terjejas dengan teruknya. Lantaran itu, kerjasama semua pihak terutama pihak pemaju perumahan amat diperlukan agar tidak membina projek mereka di kawasan yang berisiko tinggi seperti kawasan berbukit. Ketiadaan kerjasama atau kedegilan pihak-pihak tertentulah yang menyebabkan masalah ini sukar untuk dikekang oleh kerajaan kita. Bak kata orang tua-tua, “nasi sudah menjadi bubur” yang mengingatkan kita bahawa semua yang berlaku sudah terlewat untuk dikesali kecuali kita sedar lalu bertindak mengatasinya dengan lebih awal.
  13. 13. MUHD IQHMAL BIN MOHD FADZLIE 6AMANAH BUKU SKRAP SAINS 13 Gambar Tanah Runtuh
  14. 14. MUHD IQHMAL BIN MOHD FADZLIE 6AMANAH BUKU SKRAP SAINS 14 Maksud Hakisan Tanah Hakisan ialah proses pemechan ketulan-ketulan tanah dieprmukaan bumi dan pemindahannya ke tempat lain ole air atau angin yang bergerak. Air merupakan agen yang sangat berbahaya berbanding angin. Air bukan ahaja akan melarut dan melarikan zat makanan tetapi juga mengikis dan menghanyutkan butiran tanah yang dipecahkan. Kehilangan permukaan tanah yang subur ini akan menimbulkan masalah dalam pertanian. Tanah di kawasan yang berhutan ternyata masih kekal kesuburannya disebabkan oleh kurangnya kejadian hakisan. Lindungan yang diberikan oleh daun-daun pokok dapat mengelakkan tanah daripada ditimpa terus oleh air hujan. Daun yang gugur atau tumbuhan yang mati dapay menambahkan bahan organan di dalam tanah dan memperbaiki lagi teksturnya. Tanah yang gembur dapat menyerap air dan mengurangkan larian permukaan serta hakisan
  15. 15. MUHD IQHMAL BIN MOHD FADZLIE 6AMANAH BUKU SKRAP SAINS 15 Geografi Hakisan Tanah Jika kita perhatikan keadaan bentuk muka bumi di sekeliling kita, sungguh indah dan menakjubkan. Keindahan ini pula berbeza-beza mengikut tempat, keadaan iklim, cuaca setempat dan juga keadaan bentuk muka bumi pada masa dan tempat yang berbeza. Pembentukan keadaan rupa bumi ini bergantung pada agen yang selalu bertindak mengikut satu kitaran. Yakni, angin, glasier dan air merupakan agen utama yang sentiasa mengubah muka bumi ini. Keadaan rupa bumi di kawasan gersang misalnya, tindakan angin sangat berkesan, di kawasan kutub dan kawasan tanah tinggi yang bersalji pula bentuk muka bumi terukir hasil kegiatan pembekuan dan pencairan salji. Di negara kita sendiri yang mempunyai keadaan iklim yang panas dan lembap sepanjang tahun juga mempunyai kesan tersendiri terhadap keadaan bentuk muka bumi. Apa yang penting di sini ialah agen pembentukan bentuk muka bumi dan dalam konteks negara kita agen air merupakan agen yang paling berkesan. Dalam kitaran air ini, semasa dalam proses kitaran semula air yang kembali pada kitarannya akan mengukir permukaan bumi menjadi bentuk yang baru. Kitaran air bermula dengan pembentukan wap air dari lautan, tasik, sungai dan permukaan bumi dan naik ke udara membentuk awan akibat bahang matahari. Apabila awan terbentuk, pemeluapan akan terjadi dan terjadilah hujan yang jatuh semula ke bumi dan mengalir ke sungai, menyerap dalam bumi dan kembali semula ke laut untuk kitaran yang seterusnya. Semasa hujan mula turun dan menimpa bumi, proses pengukiran permukaan bumi sudah bermula terutama sekali kawasan yang terdedah yang tidak mempunyai tumbuhan permukaan dan hasil yang ditinggalkan akan membentuk rupa bumi yang baru yang mungkin berguna kepada manusia atau sebaliknya.
  16. 16. MUHD IQHMAL BIN MOHD FADZLIE 6AMANAH BUKU SKRAP SAINS 16 Punca Hakisan Tanah 1. Aktiviti perlombongan 2. Tebus guna tanah yang mengorbankan kawasan terumbu karang 3. Penebangan hutan 4. Pembuangan sampah sarap 5. Pembuangan kumbahan yang tidak terkawal 6. Pembuangan sisa toksik dan sisa nuklear 7. Tumpahan minyak
  17. 17. MUHD IQHMAL BIN MOHD FADZLIE 6AMANAH BUKU SKRAP SAINS 17 Gambar Hakisan Tanah
  18. 18. MUHD IQHMAL BIN MOHD FADZLIE 6AMANAH BUKU SKRAP SAINS 18 Maksud Pencemaran Udara Pencemaran udara merupakan satu keadaan yang melibatkan pengenalan sebarang bahan kimia, jirim zarahan atau bahan biologi yang boleh menyebabkan mudarat, ketidakselesaan kepada manusia atau organisma hidup lain serta merosakkan alam sekitar apabila ia dibebaskan ke atmosfera. Contoh pencemar udara adalah seperti gas karbon dioksida, sulfur dioksida, kloroflorokarbon, bau-bauan, logam toksik seperti plumbum tembaga dan sisa radioaktif. Pencemaran udara berpunca daripada pelepasan asap kotor oleh industri terus ke udara melalui cerobong asap kilang, kenderaan motor di jalan raya dan letusan gunung berapi. Antara kesan pencemaran udara adalah penipisan lapisan ozon, jerebu, hujan asid dan pemanasan bumi. Pencemaran udara mungkin boleh memberi kesan terhadap kesihatan, keselamatan dan keselesaan manusia ataupun harta benda.
  19. 19. MUHD IQHMAL BIN MOHD FADZLIE 6AMANAH BUKU SKRAP SAINS 19 Geografi Pencemaran Udara Klasifikasi pencemaran udara Pencemaran udara diklasifikasikan kepada dua bahagian iaitu pencemaran primer dan pencemaran sekunder. Kesan Kesihatan manusia Kesan utama pencemaran udara kepada manusia adalah sistem pernafasan. Gas-gas seperti karbon monoksida akan meracuni sistem pengangkutan oksigen dalam darah dan melambatkan tindak balas manusia. Kesan seterusnya akan menyebabkan seseorang itu mengantuk, mempunyai penyakit lelah dan mengurangkan fungsi paru-paru. Bahan tercemar seperti nitrogen oksida boleh menyebabkan edema dan pendarahan pulmonari. Bahan tercemar seperti gas ozon boleh menimbulkan kerengsaan dan akan menyebabkan inflamasi paru- paru dan ketidakupayaan untuk bergerak. Habuk, asap, kabus, wap atau bahan-bahan lain juga menghalang penglihatan mata manusia. Kajian Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah menyatakan sebanyak 3.3 juta manusia mati setiap tahun disebabkan oleh pencemaran udara. Ia adalah tiga kali lebih tinggi daripada jumlah kematian yang disebabkan oleh kemalangan kenderaan. Pencemaran udara akan menyebabkan berlakunya pemanasan global akibat daripada penyusutan lapisan ozon yang melindungi bumi daripada sinaran terus cahaya matahari. Pendedahan secara terus kepada cahaya matahari boleh menyebabkan kanser kulit. Di samping itu, pancaran matahari yang terik juga akan menyebabkan berlakunya pencairan ais di bahagian kutub bumi. Pada masa kini, ekosistem di dunia mengalami ketidakseimbangan.
  20. 20. MUHD IQHMAL BIN MOHD FADZLIE 6AMANAH BUKU SKRAP SAINS 20 Hujan asid Rencana utama: hujan asid Hujan asid berlaku disebabkan oleh penggabungan gas sulfur dioksida dan nitrogen oksida dengan air hujan dan seterusnya menjadi asid sulfurik dan asid nitrik. Asid ini akan terkumpul di dalam awan dan bergerak ke tempat-tempat lain. Asid tersebut akan turun bersama-sama dengan hujan dan menimpa hidupan yang terdapat di dunia. Kesannya, ia membunuh tumbuh-tumbuhan dan juga hidupan air. Tambahan pula, ia juga boleh menghakis pakaian, kertas dan bahan binaan bangunan. Selain itu, asid tersebut juga meresap ke dalam tanah dan menyebabkan kualiti tanah berkurang serta tidak subur. Kesan rumah hijau dan pemanasan global Kesan yang paling ketara dan sedang hangat diperbincangkan oleh seluruh negara pada masa kini adalah tentang kesan pemanasan global yang disebabkan oleh kesan rumah hijau. Kenaikan suhu bumi dan penipisan lapisan ozon juga menjadi punca kepada pemanasan global yang dapat dirasakan oleh seluruh dunia. Kenaikan suhu bumi adalah disebabkan oleh pembebasan gas-gas karbon dioksida yang terkumpul di dalam udara. Gas karbon dioksida yang terlalu banyak telah menyebabkan haba di bumi terperangkap dan akhirnya suhu bumi meningkat dan persekitarannya menjadi panas. Penyusutan lapisan ozon juga menyebabkan kejadian pemanasan global ini. Kesannya adalah permukaan bumi akan menjadi panas, ekosistem terganggu, banjir berlaku secara kerap dan juga berlakunya kejadian alam yang tidak normal. Kesan terhadap atmosfera yang dibawa oleh pencemaran udara pula ialah mengurangkan jarak penglihatan akibat jerebu.
  21. 21. MUHD IQHMAL BIN MOHD FADZLIE 6AMANAH BUKU SKRAP SAINS 21 Punca Pencemaran Udara Pencemaran udara boleh berpunca daripada pelepasan asap kenderaan,penghasilan bahan pencemaran oleh kilang asbestos,simen atau bateri kereta.Selain itu,pembakaran di tempat pelupusan,pembakaran terbuka di Bandar dan pembakaran hutan yang berleluasa juga boleh menyebabkan pencemaran udara berlaku.Bahan-bahan seperti sampah sarap,sisa makanan dan sebagainya juga dapat mendorong berlakunya pencemaran udara melalui aktiviti-aktiviti manusia seperti pembakaran sampah.Ada sesetengah masyarakat yang masih menggunakan kaedah memasak cara lama iaitu penggunaan arang atau kayu untuk memasak juga mendorong berlaku pencemaran tersebut.Pencemaran tersebut juga boleh berpunca dari sumber-sumber semulajadi seperti gunung berapi,pembakaran sisa-sisa kayu atau jerami-jerami padi secara berleluasa.Namun demikian,bahan pencemar udara juga boleh terhasil menerusi kegiatan di kawasan pendalaman seperti penyemburan racun makhluk perosak,perlombongan yang menghasilkan habuk atau amalan pertanian seperti pendebungaan dan penyemburan baja secara penyerakan habuk atau debu akibat tiupan angina,letusan gunung berapi,tiupan wap air oleh ombak dan sebagainya.
  22. 22. MUHD IQHMAL BIN MOHD FADZLIE 6AMANAH BUKU SKRAP SAINS 22 IPU Pencemaran Udara Paparan IPU dari 12:00PM hingga 05:00PM pada 23-03-2014 Hourly API from 12:00PM to 05:00PM on 23-03-2014 NEGERI / STATE KAWASAN/AR EA MASA/TI ME 12:00PM MASA/TI ME 01:00PM MASA/TI ME 02:00PM MASA/TI ME 03:00PM MASA/TI ME 04:00PM MASA/TI ME 05:00PM Johor Kota Tinggi 35* # # # # # Johor Larkin Lama 48* # # # # # Johor Muar 51* # # # # # Johor Pasir Gudang 46* # # # # # Kedah Alor Setar 58* # # # # # Kedah Bakar Arang, Sg. Petani 61* # # # # # Kedah Langkawi 48* # # # # # Kelantan SMK Tanjung Chat, Kota Bharu 40* # # # # # Kelantan Tanah Merah 51* # # # # # Melaka Bandaraya Melaka 47* # # # # # Melaka Bukit Rambai 58* # # # # # Negeri Sembilan Nilai 50* # # # # # Negeri Sembilan Port Dickson 52* # # # # # Negeri Sembilan Seremban 46* # # # # # Pahang Balok Baru, Kuantan 69* # # # # # Pahang Indera Mahkota, Kuantan 40* # # # # #
  23. 23. MUHD IQHMAL BIN MOHD FADZLIE 6AMANAH BUKU SKRAP SAINS 23 Pahang Jerantut 30c # # # # # Perak Jalan Tasek, Ipoh 53* # # # # # Perak Kg. Air Putih, Taiping 53* # # # # # Perak S K Jalan Pegoh, Ipoh 54* # # # # # Perak Seri Manjung 47* # # # # # Perak Tanjung Malim 55c # # # # # Perlis Kangar 60* # # # # # Pulau Pinang Perai 58* # # # # # Pulau Pinang Seberang Jaya 2, Perai 55* # # # # # Pulau Pinang USM 55* # # # # # Sabah Keningau 34* # # # # # Sabah Kota Kinabalu 31* # # # # # Sabah Sandakan 38* # # # # # Sabah Tawau 35* # # # # # Sarawak Bintulu 32* # # # # # Sarawak ILP Miri 57* # # # # # Sarawak Kapit 47* # # # # # Sarawak Kuching 31* # # # # # Sarawak Limbang 27* # # # # # Sarawak Miri 51* # # # # # Sarawak Samarahan 42* # # # # # Sarawak Sarikei 48* # # # # # Sarawak Sibu 54* # # # # # Sarawak Sri Aman 43* # # # # # Selangor Banting 58c # # # # # Selangor Kuala 46* # # # # #
  24. 24. MUHD IQHMAL BIN MOHD FADZLIE 6AMANAH BUKU SKRAP SAINS 24 Selangor Selangor Pelabuhan Kelang 55* # # # # # Selangor Petaling Jaya 53* # # # # # Selangor Shah Alam 54* # # # # # Terengga nu Kemaman 49* # # # # # Terengga nu Kuala Terengganu 22* # # # # # Terengga nu Paka 43* # # # # # Wilayah Persekutu an Batu Muda,Kuala Lumpur 54* # # # # # Wilayah Persekutu an Cheras,Kuala Lumpur 43c # # # # # Wilayah Persekutu an Labuan 47* # # # # # Wilayah Persekutu an Putrajaya 48* # # # # # Julat Masa / Time Range : [12:00AM - 05:00AM] | [06:00AM - 11:00AM] | [12:00PM - 05:00PM] | [06:00PM - 11:00PM] Tempoh Kemaskini / Updating Duration IPU setiap jam dikira berdasarkan cerapan data dari stesen pengawasan kualiti udara automatik yang dikawal secara jarak jauh (remote). Proses cerapan memerlukan kitaran masa selama 1 jam yang lengkap sebelum bacaan IPU dipaparkan.
  25. 25. MUHD IQHMAL BIN MOHD FADZLIE 6AMANAH BUKU SKRAP SAINS 25 Sebagai contoh, bacaan IPU pada jam 7 pagi hanya akan lengkap selepas 1 jam cerapan iaitu pada jam 8 pagi sebelum dapat dikemaskini di laman APIMS Nota / Note * = Habuk Halus (PM10) c = Ozon (O3) a = Sulfur Dioksida (SO2) d = Karbon Monoksida (CO) b = Nitrogen Dioksida (NO2) & = Lebih daripada satu pencemar Pengiraan IPU Nilai IPU dikira berdasarkan kepekatan purata setiap pencemar udara iaitu SO2, NO2, CO, O3 dan PM10. Pencemar udara yang dominan dengan kepekatan tertinggi diambilkira sebagai pencemar yang akan menentukan nilai IPU. Pada lazimnya, kepekatan habuk halus (PM10) adalah yang tertinggi berbanding dengan pencemar yang lain dan ini menentukan bacaan IPU. Pembentukan ozon di permukaan bumi (O3) Menjelang lewat tengahari atau pada awal petang, lazimnya kepekatan ozon adalah tinggi dan mendominasi bacaan IPU di sesetengah kawasan. Di bawah pengaruh cahaya matahari, oksid-oksid nitrogen dan sebatian organik meruap yang dilepaskan dari ekzos kenderaan bermotor dan industri bertindakbalas bagi membentuk ozon di permukaan bumi.
  26. 26. MUHD IQHMAL BIN MOHD FADZLIE 6AMANAH BUKU SKRAP SAINS 26 Gambar Pencemaran Udara
  27. 27. MUHD IQHMAL BIN MOHD FADZLIE 6AMANAH BUKU SKRAP SAINS 27

×