Successfully reported this slideshow.
We use your LinkedIn profile and activity data to personalize ads and to show you more relevant ads. You can change your ad preferences anytime.

Sejarah tema 2

489 views

Published on

sistem pembesar di China

Published in: Education
  • Login to see the comments

Sejarah tema 2

  1. 1. : SISTEM PEMBESAR DI CHINA TAJUK:JELASKANKEDUDUKANDANPERANAN PEMBESARDICHINAPADAABADKE19.
  2. 2. PENGENALAN Institusi pemerintahan di china memperlihatkan Maharaja melaksanakan pemerintahan dengan bantuan atau sokongan institusi pembesar. Golongan pembesar ialah pegawai-pegawai yang dilantik oleh Maharaja untuk menjawat jawatan tertentu dan melaksanakan semua bidang tugas yang telah diarahkan kepadanya. Golongan pembesar juga dikenali sebagai golongan pemerintah yang melaksanakan segala urusan pentadbiran yang diarahkan oleh Maharaja. Golongan ini juga menganggotai Imperial Secretariat dan Imperial concelory. Kesemua dasar digubal diperingkat pusat dan di laksanakan diperingkat wilayah.
  3. 3. ISI-ISI PENTING ѽ PERANAN PEMBESAR DI PERINGKAT PUSAT. -Maharaja china membahagikan 3 fasa pentadbiran iaitu Pentadbiran Awan,Pentadbiran Ketenteraan ,dan Pentadbiran Tempatan di bawah badan pengawas bagi melancarkan pemerintahannya dalam memastikan keamanan dan ketenteraman negara. -Dalam pemerintahan dan pentadbiran pusat memecahkan pentadbiran kepada beberapa unit atau institusi iaitu Sekretariat Agung, Majlis Tertinggi dan Conserate (lembaga penapis). INTITUSI SEKRETARIAT AGUNG - Terdiri daripada3 hingga 6 setiausaha agung yang dipilih oleh Maharaja. Peranan Sekretariat Agung: -membantu Maharaja dalam menyelia dan menyelaras 6 badan kementerian dalam pentadbiran pusat. -memaklumkan kepada Maharaja segala penjalanan dalam 6 badan kementerian.
  4. 4. MAJLIS TERTINGGI -Majlis ini menjadi badan penasihat yang penting kepada Maharaja. -ciri-ciri Majlis Tertinggi : -dibahagikan kepada 6 kementerian - setiap kementerian akan dikawal oleh seorang pegawai kanan atau Shangschu. Shangschu akan dibantu oleh beberapa pegawai rendah dalam setiap urusan berdasarkan kementeriannya. ENAM KEMENTERIAN : -Kementerian Personal atau Ministry of Personal terdiri daripada lembaga personal ,lembaga kewangan , lembaga adat ,lembaga hukuman dan lembaga kerja-kerja awan. Terdapat 4 jabatan yang bertanggungjawab terhadap pelantikan, penganugerahan,rekod perkhimatan dan penilaian prestasi.
  5. 5. a)Kementerian Kewangan -terdiri daripada13 orang pegawai dan setiap orang dipertanggungjawab untuk mengawal salah satu daripada 13 provinsi dan mewakili 4 bahagian yang khusus iaitu penduduk ,akaun awam ,akaun khusus, dan akaun pertanian/tanaman. -kementerian ini menyimpan kewangan negara, memastikan kekayaan Maharaja serta perbelanjaan negara dengan baik. b) Kementerian Adat -Kementerian ini dibahagikan kepada 4 jabatan yang bertanggungjawab kepada adat istiadat ,pengorbanan,penerimaan tetamu dan barangan. -kementerian ini juga menguruskan hal ehwal agama Buddha dan Tauisme . Anggota terdiri daripada golongan cendekiawan.
  6. 6. c) Kementerian Perang -mempunyai 4 jabatan yang bertanggungjawab terhadap perlantikan pegawai,pengawasan operasi ,peralatan dan pembekalan kelengkapan tentera. -ketua-ketua tentera sering mendapat tempat istimewa dalam kerajaan. d) Kementerian Kerja Raya -kementerian ini di bahagikan kepada 4 jabatan dan berfungsi mengawal beberapa gudang dan kilang. -kementerian ini bertanggungjawab dalam kerja pembinaan , mendapatkan guna tenaga untuk perkhidmatan awam , pembuatan baran untuk kerajaan,komunikasi laut dan darat,penyelarasan timbangan,dan mengawal pengeluaran barangan tertentu daripada pergunungan dan tasik di china.
  7. 7. LEMBAGA PENAPIS(CONSERATE) -Maharaja menubuhkan conserate untuk memastikan pembesarnya menjalankan arahan serta menjadi mata dan telinga kepada Maharaja. -ciri-ciri conserate: - terdiri daripada 2 orang conser,beberapa timbalan dan 4 pegawai rendah yang bertanggungjawab dalam menguruskan surat-menyurat conserate dan urusan pentadbiran. - kuasa utama conserate terletak pada 110 pegawai penyiasat yang ditugaskan untuk membendung amalan korupsi,penyalagunaan kuasa dan ketidakcekapan. -pada zaman dinasti ching , Maharaja mempunyai 24 orang conserate di peking atau ibu kota dan lebih 56 orang conserate di wilayah. Justeru, jelaslah bahawa pembesar pusat amat berperanan untuk mengukuhkan kedudukan Maharaja.
  8. 8. PERANAN PEMBESAR DI PERINGKAT WILAYAH Dalam pentadbiran pembesar di wilayah , -golongan tentera dilantik sebagai pembesar wilayah dalam usaha memastikan wilayah tersebut berada dalam keadaan aman dan tenteram serta mematuhi arahan daripada pembesar pusat. -selain tentera yang dilantik, golongan sarjana/ shan-shin diberikan peranan untuk mengetuai pentadbiran wilayah. Dalam pentadbiran semasa Dinasti ching, Gabenor dibantu oleh pegawai-pegawai daerah yang dilantik oleh Maharaja seperti Bendahari dan Hakim. Bendahari bertugas sebagai bendahari amal di wilayahnya. Hakim pula bertugas mengawal undan-undang jenayah dan bidang kuasa dalam perkara-perkara jenayah serta menjadi pengawal Garam dan pegawai bijirin. Tao-tai ialah seorang pegawai yang bertugas dalam pentadbiran khas dalam lingkungan dan jajahan pula di kawal oleh ketua jajahan.
  9. 9. Pembesar wilayah dilantik dalam kalangan bijak pandai(getry) yang lulus peperiksaan confusion. Keistimewaan pembesar wilayah: a) Dibenarkan mengubah dasar yang dibentuk oleh pemerintah pusat dengan kebenaran adat istiadat dan keadaan setempat. b) Diberikan kebebasan bertindak dalam hal-hal yang berkiatan dengan adat istiadat tempatan dan menjalankan perintah Maharaja. c) Dianggap sebagai pemerintah separuh merdeka. d) Bebas ditukarkan dari satu tempat ke tempat lain atas arahan Maharaja. e) Menjaga keamanan dan ketenteraman di wilayah masing-masing . f) Menghantar hasil cukai atau wang kepada kerajaan pusat.
  10. 10. KESIMPULAN Dasar pemerintahan maharaja dapat mengekalkan keamanan dan ketenteraman ialah melalui keseimbangan dalam pemilihan jawatan pembesar antara orang Manchu dengan orang China.Akhirnya, Revolusi 1911 telah menamatkan sistem pemerintahan beraja di china terutamanya sistem feudal yang telah berlangsung selama 267 tahun dan penamatan sistem ini juga turut menghapuskan sistem pembesar dan digantikan dengan sistem bercorak republik dan kemudiannya diambil alih oleh pemerintahan komunis.

×