Sahsiah etika

16,163 views

Published on

Rujukan

Published in: Education
1 Comment
3 Likes
Statistics
Notes
No Downloads
Views
Total views
16,163
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
4
Actions
Shares
0
Downloads
637
Comments
1
Likes
3
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Sahsiah etika

  1. 1. Berita Harian (7 Jun 2005) menyiarkan artikel bertajuk “Kod etika Internet bendung khabarangin” melihat internet ibarat pisau yang “boleh memotong dan juga membunuh”. Kepincanganbelia yang mengadap komputer sepanjang hari berchatting, melayari laman porno, asyikbermain video game dan terdapat pula laman web yang menyebarkan fitnah terhadap individuatau atau kerajaan. Tindakan invividu atau kumpulan yang menyebarkan fitnah melalui lamanweb juga berleluasa sehingga mampu menimbulkan panik kepada masyarakat. Tindakankerajaan melalui Kementerian Tenaga, Telekomunikasi dan Multimedia, menubuhkanSuruhanjaya Komunikasi dan Multimedia bertujuan mengadakan forum dan membincangkan“kod etika pengamal telekomunikasi dan multimedia” sangatlah dialu-alukan. Etika guru-gurudalam penggunaan ICT ini juga harus dimaktubkan dalam etika perguruan.Adalah disarankan agar pihak pengurusan sekolah mengambil berat akan etika profesionperguruan supaya semua guru di bawah pentadbiran mereka akan lebih beretika semasamenjalankan tugas. Paling tidak etika perguruan ini dibawa ke dalam mesyuarat guru pertamasetiap awal tahun untuk mengingatkan guru-guru tentang kepentingannya.Pentadbir sekolah dicadangkan menyediakan satu checklist pelanggaran etika oleh guru-gurusebagai semakan untuk dijadikan alat pengukuran dan penilaian sahsiah guru. Ini dijangkamampu mengurangkan kes-kes guru bermasalah di sekolah. Pihak pentadbir harus faham TeoriY (personaliti positif) tidak dimiliki oleh semua guru, malah ramai guru yang harus dipantau dandiawasi (Teori X) sentiasa (Lunenburg dan Ornstein, 2004; Hanson, 2003; Owens, 1998). Guru-guru di sekolah sudah biasa dengan sindrom “kucing tiada, tikus bermaharajalela”.Di peringkat atasan pula, dicadangkan agar kod etika guru (Tatasusila Profesion PerguruanMalaysia) digubal semula mengikut keperluan semasa. Penggubalan kod etika guru yang baruharus mengambil kira pandangan guru-guru secara keseluruhannya. Kajian-kajian mengenaikeberkesanan kod etika guru harus dijalankan secara komprehensif guna untuk mengetahuitahap kesedaran, pengetahuan dan amalan guru-guru bersesuaian dengan etika perguruan.KesimpulanGuru-guru di Malaysia harus berasa bangga kerana profesion perguruan di Malaysia masihdipandang tinggi oleh masyarakat dan negara, walaupun semakin pudar pengiktirafan tersebut.Kerajaan masih memberikan peruntukan tertinggi kepada Kementerian Pelajaran dalamBelanjawan Negara. Walaupun nilai ekonominya tidak berapa memberangsangkan, para guruharus bersyukur kerana tugas guru merupakan ibadah yang sangat dituntut dalam agama danmenjadi agenda utama kerajaan.Kita telah melihat bagaimana sesuatu kod etika perguruan dibina. Bermula dengan teori-teoriyang berkaitan, permasalahan etika terutama yang berkaitan dengan dunia perguruan, diikutidengan rasionalnya pembentukan sesuatu kod etika, nilai moral yang seharusnya ada padaseorang guru dan tanggungjawab seorang guru.
  2. 2. Bahagian seterusnya, kita melihat kepada prinsip-prinsip dan nilai etika seorang guru yang juga seorang penjawat awam. Bagi guru-guru, kita adalah terikat kepada etika Kementerian Pelajaran, Tatasusila Profesion Perguruan Malaysia dan Perintah Am. Guru-guru harus mengamalkan etika-etika dan peraturan yang disediakan ini supaya masyarakat memandang tinggi dan yakin kepada profesionalisme guru-guru Malaysia. Bahagian terakhir kita telah didedahkan dengan beberapa isu yang berkaitan dengan pematuhan etika perguruan. Terdapat tujuh isu yang diketengahkan, iaitu, isu penilaian; isu amanah; isu ikhlas; isu dedikasi; isu bersyukur; isu gangguan seksual; dan isu sekitar etika perguruan yang wujud pada masa ini. Beberapa cadangan juga disarankan dalam kupasan setiap isu untuk memperbaiki keadaan yang wujud. Jelas kepada kita bahawa nilai etika guru- guru banyak “dipalit arang” oleh segelintir yang tidak seharusnya menceburi bidang perguruan. Adalah amat diharapkan agar guru-guru tidak akan melanggar etika perguruan kerana ia merupakan landasan yang menuju kepada tingkahlaku yang akan dipandang tinggi oleh masyarakat. Selain daripada itu, pematuhan etika perguruan akan meningkatkan martabat guru-guru Malaysia. BIBLIOGRAFI Buku Rujukan Abdullah Bakri. 1990. Kepimpinan Pengajaran dan Konsep Kepimpinan Berpasukan . Wawasan. Ogos 1990. 5 – 15. Asnah Abdul Hamid. 1996. Nilai dan Etika Profesional dalam Perkhidmatan Pendidikan. Jurnal Pengurusan Pendidikan. Jld. 5. 29 – 40 Berita Harian. 7 Jun 2005. Kod Etika Internet Bendung Khabar Angin.
  3. 3.  Black, P. 2001. Ideology, Evidence and the Raising of Standards dalam Dillon, J. dan Maguire, M. (ed). Becoming A Teacher: Issues in Secondary Teaching. Buckingham: Open University Press. 25 - 36. Cribb, A. dan Gewirtz, S. 2001. Values and Schooling dalam Dillon, J. dan Maguire, M. (ed). Becoming A Teacher: Issues in Secondary Teaching. Buckingham: Open University Press. 37 – 49. Feeney, S. dan Christensen, D. 1979. Who Am I In The Lives of Children?: An Introduction to Teaching Young Children. Ohio : Charles E. Merill Feeney, S., Christensen, D. dan Moravcik, E. 1996. Who Am I In The Lives of Children? : An Introduction to Teaching Young Children. New Jersey: Prentice Hall. Foo Say Fooi. 2005. Etika Perguruan : Jaminan Peningkatan Profesionalisme. Serdang: Penerbit UPM. Hanson, E.M. 2003. Educational Administration and Organizational Behavior (Edisi 5). Boston: Allyn and Bacon. Institut Aminudin Baki. 1997. Profil Pengetua/Guru Besar Berkesan. Kementerian Pendidikan Malaysia. 15 Disember 1997 Kamarudin Hj. Kachar. 1989. Strategi Pentadbiran Pendidikan. Kuala Lumpur: Teks Publishing.
  4. 4.  Lieberman, M. 1956. Education As A Profession. New Jersey: Prentice Hall. Lunenberg, F.C. dan Ornstein, A.C. 2004. Educational Administration: Concepts and Practices (Edisi 4). Belmont: Wadsworth / Thomson Mok Soon Sang. 2000. Pendidikan di Malaysia (Edisi 7). Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman. Mukherjee, G.H. 1978. Sekolah dan Nilai Moral. Jurnal Kementerian Pelajaran Malaysia. Jld. 23 (58) April 1978. 28 – 33. Omens, R.G. 1998. Organizational Behavior in Education (Edisi 6). Boston: Allyn and Bacon. Radzuan Hassan. 1997. Utusan Melayu. 26 Okt. 1997. Strike, K. A. dan Soltis, J. F. 1998. The Ethics of Teaching. New York: Teacher College Press. Sufean Hussin, 1996. Pendidikan di Malaysia: Sejarah, Sistem dan Falsafah, Kuala Lumpur: DBP. Thiroux J.P. 2001. Ethics, Theory and Practice ( Edisi 7 ). New Jersey : Prentice Hall. _____. 1996. Perintah-perintah Am: Bab A – Bab G, Kuala Lumpur: MDC
  5. 5.  Atas Talian Alabama Education Association. (tanpa tarikh). Code of Ethics. atas talian.http://www.shelbyed.k12.al.us/gbu.htm (3 Sept. 2005) Association of Unity Churches. (tanpa tarikh). Code of Ethics. atas talianhttp://www.unity.org/education/ltcode.html%20%203%209%202005 (3 Sept 2005) Azman Md. Nor. 25 Ogos 1997. Guru Bahasa Inggeris Enggan Ke Desa. atas talian. http://161.139.39.251/akhbar/teaching/1997/um97826.htm ( 13 Sept. 2005) Berita Harian. 11 Sept. 2005. Guru Rogol 32 Pelajar. atas talian. http://www.bharian.com.my/m/BHarian/Sunday/Dunia/20050911103703/Article/pp_index_html 20050911103703/Article/pp_index_html (11 Sept 2005) Buletin Online. 2004. Guru AJK UMNO Dungun Abai Tanggungjawab. atas talian http://buletinonline.net/modules.php?name=News&file=article&sid=131 (9 Sept. 2005) EVAW. tanpa tarikh. EVAW International Mission Statement. (atas talian) G:About EVAW International.htm (3 Sept. 2005)
  6. 6.  Freitas, D. tanpa tarikh. A Professional Code of Ethics for Teacher Educators: A Proposal to Stimulate Discussion and Debate. atas talian.http://sdmultimedia.com/icce/CodeTE9.htm (3 Sept. 2005) Kant, I. (tanpa tarikh). Ethics. atas talian. http://www.suhsd.k12.ca.us/edtech/healthtech/t- ethics.htm (3 Sept. 2005) Marzita Abdullah. 26 Mac 2004. Rasuah: Beberapa Kes Melibatkan Sekolah. atas talian. http://www.tutor.com.my/tutor/dunia.htm (15 Sept. 2005) New York State United Teachers. 2002. Seeking input on ethics code: Proposal lists six guiding principles for teachers. atas talian.http://www.nysut.org/newyorkteacher/2001-2002/020116ethics.html ( Sep 2005) Syuhada Choo Abdullah. 2002. Sikap Ketua Jabatan Lewat Lapor Kes Tatatertib. atas talian. http://myschoolnet.ppk.kpm.my/arkib/a_berita/2002/5aug_tatatertib.htm 2002/5aug_tatatertib.htm ( 9 Sept. 2005) United State Equal Employment Opportunity Commision. (tanpa tarikh). Sexual Harassment. atas talian. http://www.de2.psu.edu/harassment/legal/ (12 Ogos 2005) Worley S.M. (tanpa tarikh). About The Teacher. atas talian.http://teacherweb.com/HI/MaryknollSchool-HighSchoolDivision/MrsWorleyEthics/t.stm MrsWorleyEthics/t.stm (3 Sept. 2005) ______. Sept. 2005. Bayaran Skim Baucer Tuisyen Masih Belum Dijelaskan.atas talian. http://www.tranungkite.net/modules.php?name=News&file=article (11 Sept 2005) ______. 25 Feb. 2004. Guru Disyaki Rogol 2 Pelajar Bisu. atas talian. http://www.network54.com/ (11 Sept. 2005)
  7. 7.  ______ . 2001. Code of Ethics for Minnesota Teachers. atas talian. http://education.state.mn.us/html/012969.htm (3 Sept. 2005 Prinsip-prinsip Etika Profesional Mengikut Lieberman (1956) prinsip-prinsip Etika Profesion Perguruan harus merangkumi prinsip tanggungjawab guru terhadap pelajar, perkongsian dengan ibu bapa, interaksi dengan masyarakat, mutual respect dengan majikannya dan hubungan sesama rakan sekerja.Dalam profesion perguruan, seorang guru bertanggungjawab membawa para pelajar ke arah pemerolehan ilmu dan seterusnya menyediakan mereka ke arah amalan demokrasi. Guru juga berperanan membantu mereka mencapai kebahagiaan hidup, menjadi orang yang berguna kepada masyarakat dan negara dan individu yang berdikari. Ini merupakan prinsip etika professional dalam hubungan antara guru dan murid.Dalam hubungan antara guru dan ibubapa pula, ahli-ahli profesion perguruan berkongsi tugas dengan ibu bapa membentuk perlakuan kanak-kanak ke arah matlamat akhir yang diterima masyarakat. Keberkesanan kaedah pengajaran bergantung kepada hubungan kerjasama antara sekolah dan rumah. Guru menggesa ibubapa sentiasa mengawasi aktiviti pelajar di rumah seperti membuat kerja rumah, manakala ibubapa pula mengharap guru agar dapat menjadikan anak-anak mereka manusia yang berjaya. Profesion perguruan melibatkan bukan sahaja tingkah laku guru secara peribadi tetapi juga merangkumi interaksi sekolah dengan masyarakat. Hubungan guru dengan masyarakat harus berlangsung dalam suasana mesra, bersifat kerjasama, dan sikap yang membina. Masyarakat sentiasa mengharapkan sekolah supaya melahirkan ahli masyarakat yang mampu menyumbang kepada masyarakat dan negara. Guru-guru pula perlukan masyarakat di luar agar menyediakan peluang-peluang untuk anak-anak didik mereka apabila mereka tamat persekolahan seperti menyambung pelajaran atau bekerja.Ahli-ahli profesion perguruan tidak dapat lari daripada tanggungjawab berkaitan dengan kariernya. Tanggungjawab ini bersifat tanggungjawab di antara pekerja dengan majikan. Adalah amat molek jika hubungan ini bersifat mutual respect dan saling mempercayai agar tugas dapat dilaksanakan dengan ikhlas. Jika amalan ini berjaya dilaksanakan, pemantauan dan arahan daripada pihak atasan akan berlangsung dalam jumlah yang sangat minimum dan guru-guru akan merasai bahawa mereka merupakan individu yang sangat meyakinkan pihak atasan. Adalah dikatakan profesion perguruan berbeza daripada profesion-profesion yang lain. Salah satunya kerana keunikan hubungan antara seorang guru dengan rakan sekerjanya. Ada keunikan hubungan dan kualiti professional antara sesama guru. Kerjasama antara guru dengan
  8. 8. rakan sejawat mampu memecahkan halangan yang sebesar manapun, terutama bila iamelibatkan prubahan dalam kurikulum dan system pendidikan.Prinsip oleh Lieberman ini diakui oleh Sufean Hussin (1996). Menurutnya, tanggungjawabprofessional guru meliputi tanggungjawab terhadap pelajar; rakan sejawat dan profesionperguruan; masyarakat dan negara; dan ibu bapa. Malah Sheila Worleydalam http://teacherweb.com/HI/MaryknollSchool-HighSchoolDivision/t.stm, New York StateUnited Teachers dalamhttp://www.highered.nysed.gov/tcert/resteachers/codeofethics.htm,guru-guru Association of Unity Churches dalam http://www.unity.org/education/ltcode.html,David Freitas dalamhttp://sdmultimedia.com/icce/CodeTE9.htm, Kod Etika Guru-guru Minnesotadalamhttp://education.state.mn.us/html/012969.htm, Kod Etika Guru oleh Alabama EducationAssociation dalam http://www.shelbyed.k12.al.us/gbu.htm dan Tatasusila (Etika) ProfesionPerguruan Malaysia memperakui tanggungjawab guru terhadap pelajar, ibubapa, rakansejawat, profesion perguruan, masyarakat dan negara dalam pembinaan etika perguruan.Foo (2005) yang merumuskan kod etika universal oleh Larry Colero pula membincangkan enamprinsip yang perlu dalam pembentukan kod etika perguruan. Pertama beliau melihat prinsipkesaksamaan dimana setiap guru mesti melayan semua pelajar tanpa mengira bangsa, agamaatau kepercayaan. Sifat adil juga penting dalam mengambil apa-apa tindakan terhadap parapelajar tanpa mengambil kira jantina, fahaman politik, tempat asal, latar belakang pelajar,kemampuan akademik dan sebagainya.Kedua, prinsip keterbukaan di mana sifat jujur sangatdiutamakan. Selain dari pada itu, seorang guru tidak wajar mengaibkan rakan-rakan sejawatanmereka dan tidak harus melobi dengan apa cara sekalipun untuk mendapat kenaikan pangkatatau markah yang tinggi dalam penilaian prestasi tahunan.Prinsip seterusnya berkaitan denganprinsip kerahsiaan dimana guru diminta supaya menghormati hak kerahsiaan para pelajar.Pelajar tidak harus dimalukan atau direndah-rendahkan dengan mendedahkan maklumat-maklumat yang boleh memalukan atau menjatuhkan maruah atau merendahkan nilai diri danjati diri pelajarnya.Prinsip ketekunan pula menghendaki guru mengesan potensi pelajar-pelajarnya dan sediamenerima perbezaan individu pelajar dan seterusnya menjadikan ia asas untuk membimbingmereka ke arah kecemerlangan.Prinsip kelima ialah prinsip kesetiaan terhadap profesionnyayang menegah seorang guru daripada melakukan perkara-perkara yang tidak sopan. Prinsip initurut menuntut seorang guru bertindak sebagai ibu bapa ganti dalam usaha membentuktingkah laku pelajar ke arah matlamat yang ingin dicapai.. Akhir sekali guru dilarang mengajarsesuatu yang boleh merosakkan ke[pentingan pelajar, ibu bapa dan negara.Prinsip terakhirdalam pembentukan etika perguruan ialah prinsip mengelakkan konflik kepentingan peribadi.Guru-guru disaran agar mengutamakan kepentingan pelajar lebih daripada kepentinganmasyarakat, persatuan atau peribadi. Prinsip ini turut melarang guru mengiklankan kelas-kelastuisyen yang beliau mempunyai kepentingan di dalamnya. Juga guru tidak boleh menerima ataumeminta hadiah daripada pelajar dan ibu bapa berkaitan dengan tugas-tugas keguruannya.
  9. 9. Prinsip Etika Kerja Kementerian Pelajaran Malaysia Prinsip Pertama: Niat yang Betul Prinsip ini menuntut agar setiap warga Kementerian melaksanakan tugas dengan niat yang betul, sebagaimana yang dituntut oleh agama, selaras dengan nilai kerja yang dicadangkan. Terdapat empat jangkaan nilai kerja yang diharapkan daripada amalan prinsip pertama ini, iaitu: Memenuhi kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK), misi, matlamat dan objektif Kementerian Pelajaran Malaysia; Ikhlas menyempurnakan tanggungjawab terhadap agama dan negara; Memberikan sumbangan bermutu; dan Sentiasa membarui niat untuk kebaikan. Prinsip Kedua: Perlakuan yang Baik Berdasarkan prinsip ini, semua warga Kementerian diseru agar melaksanakan tugas dengan sempurna untuk mencapai hasil yang berkualiti di samping memperbaiki imej organisasi. Warga Kementerian diminta agar mengamalkan nilai-nilai yang berikut semasa melakukan tugas mereka. Menunjukkan penampilan diri, pertuturan dan perbuatan yang terbaik sepanjang masa; Memberikan kepuasan kepada pelanggan; dan Menghargai dan bertanggungjawab terhadap hasil usaha organisasi. Prinsip Ketiga: Penggerak ke arah Kebaikan Setiap warga Kementerian Pelajaran Malaysia diseru supaya menjadi penggerak ke arah kebaikan. Berikut merupakan apa yang disarankan berdasarkan prinsip ini. Menampilkan diri sebagai seorang yang dinamik, maju, berdaya saing dan dapat mendorong seseorang melakukan kebaikan; Berusaha agar hasil kerja dan amalan dapat menonjolkan cirri-ciri kecemerlangan dan ketinggian kualiti yang menjadi sumber inspirasi kepada rakan sejawat; dan
  10. 10.  Sentiasa berusaha untuk menjadi pekerja yang baik. Prinsip Keempat: Mengotakan Apa yang Dikatakan Prinsip ini menuntut agar semua warga Kementerian sentiasa berusaha melaksanakan apa yang dikatakan. Aspek ini amat penting kerana salah satu elemen yang amat penting dalam pengurusan organisasi hari ini ialah memenuhi keperluan pelanggan dan memberikan kepuasan kepada mereka. Untuk mematuhi prinsip ini, perlakuan-perlakuan seperti yang berikut haruslah menjadi amalan: Sentiasa menunjukkan ketekalan dalam tanggapan, pengucapan dan tindakan, sama ada terhadap diri sendiri atau orang lain; Apa yang dilakukan mesti sesuai dengan apa yang diucapkan; dan Sentiasa menepati apa yang dinyatakan dalam piagam pelanggan. Prinsip Kelima: Berdisiplin dan Beradab Warga Kementerian hendaklah sentiasa melakukan aktiviti yang berperaturan, mulia, berdisiplin dan beradab. Semua warga Kementerian perlu mengamalkan perlakuan-perlakuan seperti berikut: Sentiasa menjaga adab sopan seperti yang terkandung dalam ajaran agama; Sentiasa mematuhi peraturan dan arahan perkhidmatan; dan Sentiasa berpandukan prosedur serta kaedah yang sesuai dan betul. Nilai-nilai Etika Kerja Kementerian Pelajaran Malaysia Nilai Pertama: Amanah Secara umumnya, amanah bermaksud sifat bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas tanpa menyalahkan kuasa dan kedudukan Berikut merupakan beberapa amalan amanah yang dikemukakan: Sentiasa menjalankan tugas yang diberikan dengan penuh tanggungjawab, tanpa menyeleweng dan cuai; Bersikap jujur serta setia kepada organisasi tanpa menyalahgunakan kuasa dan kedudukan; Menggunakan masa dengan sebaik-baiknya dan menyiapkan kerja dalam tempoh yang ditetapkan serta tidak menggunakan masa pejabat untuk urusan peribadi; Berdisiplin dan mengawal diri serta tidak melakukan sesuatu yang boleh menghilangkan kepercayaan orang lain terhadap dirinya; dan
  11. 11.  Bertanggungjawab melaporkan penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa. Nilai Kedua: Benar Nilai benar telah ditafsirkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia sebagai benar pada niat dan perbuatan. Antara perlakuan yang diharapkan daripada warga Kementerian yang memperlihatkan nilai ini adalah seperti yang berikut: Mempunyai niat yang baik dan jujur dalam melakukan sesuatu pekerjaan, tanpa niat yang tersembunyi mahupun mengharapkan balasan; Bercakap benar dan menepati janji, tidak bercakap bohong dan mungkir janji; Bersedia untuk mempelajari atau menerima nasihat daripada orang lain dengan tidak bersikap sombong atau angkuh; Memberikan atau menerima arahan yang jelas serta tepat dan tidak mengelirukan; dan Rela berkongsi pengalaman, ilmu dan kepakaran untuk kejayaan bersama. Nilai Ketiga: Bijaksana Pihak Kementerian Pelajaran Malaysia mentafsirkan nilai bijaksana sebagai menggunakan pemikiran dengan bijaksana dengan membuat keputusan dan tindakan yang sesuai dengan masa serta keadaan. Amalan-amalan yang diperakukan termasuklah: Menggunakan seluruh potensi, keupayaan dan kepakaran untuk menjayakan sesuatu tugas dengan cemerlang dan tidak mengambil jalan mudah; Sentiasa berusaha menghasilkan kerja yang bermutu tinggi dan berkualiti; Mempunyai fikiran dan pertimbangan yang rasional dalam menyelesaikan sesuatu masalah tanpa mengikut perasaan serta emosi; dan Sentiasa meningkatkan ilmu, kepakaran dan profesionalisme. Nilai Keempat: Bersyukur Bersyukur bermaksud perasaan dan perlakuan yang menunjukkan penghargaan atas nikmat atau pemberian yang diterima. Perlakuan-perlakuan yang dicadangkan ialah: Sentiasa menghargai anugerah yang diterima tanpa menganggap kejayaan-kejayaan sebagai hak;
  12. 12.  Bersedia memberikan pengiktirafan kepada mereka yang berjaya tanpa sebarang prasangka, berdendam atau menabur fitnah; Tenang menghadapi masalah dan reda menerima ketetapan, kegagalan dan ujian serta tidak berputus asa; dan Berpuas hati dengan nikmat yang diperolehi seperti ganjaran yang diterima dan kemudahan yang disediakan. Nilai kelima: Dedikasi Dedikasi bermaksud berminat dan rela mengorbankan masa serta tenaga secara berterusan dalam menghasilkan kerja yang berkualiti. Amalan-amalan atau nilai yang diharapkan adalah seperti berikut: Bekerja tanpa rasa jemu dan bosan serta bersedia untuk menerima tugas dengan tidak mencari helah; Sanggup berkorban masa dan tenaga demi kepentingan perkhidmatan; Tekun dan rajin serta bersikap positif dalam melaksanakan tugas dan memastikan hasil kerja sentiasa berkualiti; Menjalankan tugas dan tanggungjawab dengan sabar, teliti dan ceria, tidak cuai atau merungut; dan Cergas dan pantas bekerja dan hasilnya menepati kehendak organisasi. Nilai keenam: Ikhlas Ikhlas bermaksud menunaikan tanggungjawab dengan suci hati untuk menghasilkan kerja yang terbaik tanpa mengharapkan ganjaran atau balasan. Amalan-amalan yang mencerminkan nilai ini adalah seperti berikut: Menerima tanggungjawab dengan rela, hati yang suci, tidak berpura-pura atau berusaha mengelakkan daripada tanggungjawab; Menjalankan tugas semata-mata untuk mencapai matlamat organisasi, bukan kerana pangkat, kedudukan atau mendapat perhatian orang lain; dan Memberikan layanan yang baik, tanpa mengira pangkat, status atau kedudukan dan tidak bersikap pilih kasih. Nilai Ketujuh: Penyayang Nilai penyayang membawa maksud perasaan dan perlakuan yang menunjukkan sikap memahami, menghargai serta mengambil berat. Ia dapat ditunjukkan seperti berikut: Bersifat pemaaf dan penyayang, tidak berdendam, sombong atau suka meninggi diri;
  13. 13.  Menganggap setiap orang mempunyai harga diri yang perlu dihormati tanpa sebarang prasangka buruk; Bertimbangrasa dan suka mengambil berat dalam melaksanakan tugas; Menjadikan organisasi sebagai sebuah keluarga besar yang penuh mesra; dan Bersifat simpati dan empati dalam menjalankan tugas seharian. Pematuhan Etika Perguruan Apabila kita membincangkan isu pematuhan etika perguruan, satu perkara yang harus kita perbincangkan ialah Perintah Am Bab D - Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) Ini disebabkan semua penjawat awam adalah tertakluk kepada perintah ini termasuklah guru. Kita lihat Bahagian II, Peraturan 4 (2) secara terperinci kerana ia sangat signifikan dengan isu yang bakal kita bincangkan nanti. Perintah Am Bab D; Bahagian II, Peraturan 4 (2) Seorang pegawai tidak boleh: (a) membelakangkan tugas awamnya demi kepentingan persendiriannya; (b) berkelakuan dengan sedemikian cara yang mungkin menyebabkan kepentingan persendiriannya bercanggah dengan tugas awamnya; (c) berkelakuan dengan apa-apa cara yang mungkin menyebabkan syak yang munasabah bahawa – (i) dia telah membiarkan kepentingan persendiriannya bercanggah dengan tugas awamnya hingga menjejaskan kegunaannya sebagai seorang pegawai awam; atau (ii) dia telah menggunakan kedudukan awamnya bagi faedahnya sendiri; (d) berkelakuan dengan sedemikian cara hingga memburukkan nama atau mencemarkan nama perkhidmatan awam; (e) kurang cekap atau kurang berusaha; (f) tidak jujur atau tidak amanah; (g) tidak bertanggungjawab; (h) membawa atau cuba membawa apa-apa bentuk pengaruh atau tekanan luar untuk menyokong atau memajukan tuntutan berhubungan dengan perkhidmatan awam, sama ada tuntutan itu adalah tuntutan sendiri atau tuntutan anggota-anggota perkhidmatan awam yang lain; (i) ingkar perintah atau berkelakuan dengan apa-apa cara yang boleh ditafsirkan dengan munasabah sebagai ingkar perintah; dan (j) cuai dalam melaksanakan tugasnya.

×