Kuliah Mingguan: Fiqh Wanita (Siri 2)

439 views

Published on

Published in: Spiritual
0 Comments
0 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

  • Be the first to like this

No Downloads
Views
Total views
439
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
7
Actions
Shares
0
Downloads
12
Comments
0
Likes
0
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Kuliah Mingguan: Fiqh Wanita (Siri 2)

  1. 1. 3/20/2014 1
  2. 2. 3/20/2014 2
  3. 3.  Terdapat beberapa cara yg dibincangkan ulama feqah untuk menghilangkan najis dan bersuci daripadanya:  -- Menghilangkan najis yang nyata dengan air mutlak. SUCI itu membawa maksud sesuatu yang tidak bernajis. Air mutlak itu ialah tidak bercampur dengannya sesuatu yg lain (pure water). Maka air mutlak diiktiraf sebagai alat bersuci tanpa khilaf. 3/20/2014 3
  4. 4.  2. cecair yg lain seperti air mawar, mazhab hanbali, imam malik, imam syafie, Muhammad ibn hasan assyaibani, bersuci dari najis yg nyata itu hanya dengan air mutlak, tidak jadi suci dengan bendalir yg selainnya.  Namun, Imam Abu Hanifah mengatakan harus bersuci dengan bendalir selain air mutlak untuk menghilangkan ain (sifat,fizikal) najis kerana dalam hadith nabi “apabila terdapat kesan jilatan anjing pada bekas seseorang daripada kamu, maka basuhlah 7 kali”..Nabi tidak menyebut “basuh dengan air mutlak”..tidak ada taqyid di situ. 3/20/2014 4
  5. 5.  Bendalir lain yang dianggap tidak menghilangkan najis seperti susu, sesuatu makanan berkuah, sos, dressing dan sebagainya maka tidak boleh dijadikan alat untuk bersuci. Maka yg ini, ulama’ tidak ada khilaf ttgnya. 3/20/2014 5
  6. 6.  Pendapat yang rajih yang dikeluarkan oleh Dr Abdul Karim Zaidan (DAZ) ialah diharuskan untuk bersuci dengan menggunakan bendalir selain daripada air mutlak kerana bersuci dari najis ialah bukan daripada perkara taabbudiyyah (ibadah), tiada tuntutan untuk melakukan niat, dan Nabi SAW hanya menyuruh bersuci dgn menggunakan air dalam kes2 tertentu, Baginda tidak menyuruh dengannya dengan suruhan yg umum bahawa bersuci hanyalah dengan air. 3/20/2014 6
  7. 7.  Tidak ada dalil yg mengatakan bersuci itu hanya menggunakan air mutlak atau bersuci tidak dapat tidak mesti menggunakan air mutlak.  Ulama berhujjah bahawa air mutlak mempunyai sifat al-lathfu (relieve/menghilangkan dan menggantikan)  DAZ menyokong pendapat syaikh ibn taymiyyah yg mengatakan bahawa sifat air mutlak itu bukan isu, yg menjadi isu ialah maksud menghilangkan najis itu tercapai atau tidak. Maka bersuci dengan bendalir lain adalah harus sekiranya bersuci dengannnya menghilangkan najis. 3/20/2014 7
  8. 8.  Sekiranya terdapat bekalan air yg mencukupi, tidak ada masalah untuk menggunakan air, maka tidak boleh cenderung untuk menggunakan bendalir lain walaupun ianya diharuskan.  Untuk mengelakkan daripada perkara khilaf. 3/20/2014 8
  9. 9.  Terdapat perbezaan cara membasuh tmpt yg terkena najis bergantung kepada jenis permukaan tmpt tersebut.  1. Sekiranya najis terkena pada permukaan yg tidak menyerap air seperti peralatan (utensils), logam, besi dan kaca, maka cara membasuhnya adalah dengan mengalirkan air sahaja di permukaan tersebut, sekali jirus bermaksud 1 kali basuhan samada kita sendiri yg jirus atau air hujan. Tiada apa2 niat disyaratkan. 3/20/2014 9
  10. 10.  Sekiranya permukaan tersebut telah menyerap najis tersebut, tidak cukup dengan mengalirkan air dengan sekali basuhan, tetapi dengan menekan/menggosok /menyental tmpt tersebut dan segala sesuatu yang berkaitan dgn najis tersebut.  Contohnya, sofa, kain, kusyen, dll.  Sekiranya terkena pada karpet yang tebal maka membasuhnya adalah dibalikkan ia dan ditekan atau diinjakkan. 3/20/2014 10
  11. 11.  Untuk kes khinzir dan anjing seperti peralatan atau badan terkena jilatannya atau najisnya maka bilangan basuhan yg sahih ialah 7 kali, basuhan yang pertama ialah dgn menggunakan air tanah.  Untuk kes selain daripada anjing dan khinzir, ada 2 pendapat: Mazhab hanbali qiaskan kpd kes anjing dan khinzir, mazhab syafie tidak diwajibkan berapa bilangan, cukuplah dengan yakin bahawa najis tersebut hilang secara ainnya. 3/20/2014 11
  12. 12.  DAZ memberi 3 dalil berkenaan seorang lelaki A’rabi yang kencing di dalam masjid. Dalam hadith tersebut Rasulullah melarang para sahabat untuk menegah lelaki tersebut, setelah selesai urusannya, lelaki tersebut dinasihati bahawa masjid bukan tmpt untuk membuang najis tetapi untuk mengingati Allah, solat, dan membaca al-quran.  Hadith2 tersebut juga menjadi dalil bahawa menyiram air ke tmpt terkena najis adalah cara bersuci dari kencing tersebut. 3/20/2014 12
  13. 13.  Imam Syafie dan imam Maliki menegaskan bahawa menyucikan tmpt yg terkena tidak dapat tidak mestilah menggunakan air, tidak boleh hanya dengan sesuatu yg lain yg mengeringkan seperti cahaya matahari atau angin.  Namun, Imam Hanafi dan Abu Yusuf berpendapat harus untuk menganggap tmpt yg terkena najis SUCI apabila kering disebabkan angin dan cahaya matahari. 3/20/2014 13
  14. 14.  Dengan ini DAZ mentarjihkan pendapat Imam Abu Hanifah dan Abu Yusuf kerana ketiga2 hadith ttg a’rabi td hanya untuk mengatakan bahawa air adalah unsur utama yg digunakan untuk menyucikan najis seperti kencing, dan di dlm hadith tersebut tidak menafikan bahawa selain daripada air tidak boleh digunakan.  Tambahan pula, terdapat hadith yg diriwayatkan oleh Sunan Abu Dawud, dari Ibn Umar: Ketika beliau berada di masjid zaman Rasulullah, dtg seekor anjing kencing, maka jemaah yg ada di masjid ketika itu membiarkan dan meneruskan tadabbur di dlm masjid, dan tiada siapapun yg memercikkan atau mengenakan air pada tmpt tersebut. 3/20/2014 14
  15. 15.  Ibn qayyim : Hadith Ibn Umar adalah dalil bahawa permukaan tanah apabila telah kering disebabkan oleh matahari atau angin maka boleh dihukumkan suci.  Ibn Taymiyyah : Najis apabila hilang dengan apa cara sekalipun, maka boleh dihukumkan ianya adalah SUCI samada dengan sesuatu yg mengeringkan (Jaffaf) atau cahaya matahari atau sesuatu yg lain yg bersifat boleh menggantikan najis tersebut kpd bentuk bukan najis seperti tanah. 3/20/2014 15
  16. 16.  DAZ memberi 2 hadith berkenaan hal ini:  1: Dari Abi Hurairah RA berkata: Sabda Rasulullah SAW : Apabila terpijak salah seorang dari kamu dengan kasut akan najis maka tanah boleh dijadikan baginya alat untuk bersuci. (Hadith riwayat abu dawud )  2: Dari abi said al-maqbari bahawa Rasulullah SAW berkata: Apabila dtg salah seorang dari kamu ke masjid maka hendaklah dibelekkan selipar dan tgk, jika terdapat najis maka gosoklah di permukaan tanah, kemudian bersolatlah di dalamnya. Riwayat dari Imam Ahmad dan juga Al-Syaukani. 3/20/2014 16
  17. 17.  Maka difahami dari hadith ini bahawa, selipar atau khuf atau kasut yg dipakai oleh baik lelaki atau wanita, apabila terkena najis kering atau basah, maka suci apabila disapukan ke permukaan tanah.  X kira kasut jenis apa, dan x kira jgk apa jenis najis sekalipun.  Demikian adalah pendapat kebanyakan ulama seperti imam auzaie, abi yusuf, mazhab azzohiriyah dan imam ahmad. 3/20/2014 17
  18. 18.  DAZ juga menyatakan 2 hadith berkenaan hal ini.  1. Ummu Salamah isteri Nabi SAW pernah ditanya ttg hujung bajunya yg terkena najis ketika berjalan di suatu tmpt. Maka berkata Ummu Salamah, Nabi SAW bersabda: Disucikannya oleh laluan yg suci selepas daripada tmpt tersebut. (hadith sunan abu dawud)  2. Seorang wanita daripada bani Abdul Asyhal bertanya kepada Rasulullah SAW: Ya Rasulullah, jalan yg kami lalui untuk ke masjid adalah sgt busuk, apa yg kami harus buat sekiranya baju kami basah disebabkan oleh najis atau kekotoran di situ? Jawab Rasulullah: Bukankah jalan selepas dr jalan itu adalah lebih bersih? Wanita itu menjawab: Bahkan. Rasulullah berkata lg: Maka yg itu, dgn yg itu. (fahazihi bihazihi) 3/20/2014 18
  19. 19.  Maksud hadith2 ini ialah, apa2 yg terkena baju wanita dari najis maka disucikan najis tersebut dengan tanah yg suci lagi bersih iaitu mana2 tmpt yg dilalui olehnya selepas tmpt yg kotor itu.  Fahazihi bihazihi itu maksudnya “disucikannya dgn apa yg selepasnya”  Maka, jenis najis yg melekat pd hujung baju wanita yg dimaksudkan dlm hadith itu, yg menjadi persoalan, adakah najis basah atau kering? 3/20/2014 19
  20. 20.  1. Najis kering yg terkena hujung baju wanita Muslimah adalah disucikan dengan melalui pada permukaan tanah yg suci, yg tiada najis.  2. Najis basah yg terkena hujung baju wanita Muslimah, dikira hilang najis dengan melalui permukaan tanah yg suci lagi bersih.  3. Maka sekiranya hujung baju yg terkena najis basah tadi tidak juga hilang, walaupun telah melalui jalan yg lebih bersih, maka di maafkan kerana ianya agak menyusahkan. (raf’ul haraj)  4. Sekiranya najis yg basah tadi terlalu banyak walaupun sudah melalui jalan yg bersih, maka diperintahkan untuk membasuhnya seperti yg dibincangkan oleh syariat sebelum ini. 3/20/2014 20
  21. 21.  Sekiranya pakaian lelaki atau wanita terkena air mani, maka cara menyucikannya ialah dengan menggosok dengan cara menyental sekiranya kering, dan membasuh sekiranya basah. Ini berdasarkan beberapa hadith :  1. Imam Bukhari meriwayatkan dari Sulayman bin Yasar, dia berkata: Aku bertanya kepada Aisyah ttg mani yg terkena baju, maka dia menjawab: “sebelum ini aku membasuh baju Rasulullah SAW, dan baginda keluar untuk solat, dan masih terdapat kesan pada bajunya yg dibasuh tompok2 air mani” 3/20/2014 21
  22. 22.  2. Diriwayatkan oleh Imam Muslim dari Aisyah RA ttg air mani, dia berkata, sebelum ini aku menggosok baju Rasulullah SAW.  3. Hadith yg ditakhrijkan oleh Ad-daruqutni dari Saidatina Aisyah RA, sesungguhnya aku menggosok air mani pada baju Rasulullah sekiranya kering, dan membasuhnya sekiranya basah. 3/20/2014 22
  23. 23.  Terdapat sebahagian hadith mengatkan air mani hendaklah di basuh dan dalam hadith yg lain hendaklah digosok. Hakikatnya ia tidaklah bercanggah kerana berlaku penggabungan sebenarnya di antara keduanya.  Menyucikan mani dengan cara membasuh adalah digalakkan, ttp tidaklah wajib (mazhab syafie, ahmad, dan ahli hadith).  Kaedah al-jam’u digunakan iaitu apabila kering digosok, apabila basah di basuh (mazhab hanafi) 3/20/2014 23
  24. 24.  Mazhab maliki, tidak dpt tidak dibasuh samada air mani tersebut basah atau kering. 3/20/2014 24
  25. 25.  Terdapat hadith sahih yg membezakan antara kencing bayi @ kanak2 lelaki dan perempuan yg menyusu.  Sekiranya baju terkena air kencing kanak2 lelaki yg menyusu, maka di renjiskan air, dikira suci pakaian, tidak dikenakan syarat untuk membasuh untuk menyucikannya.  Ttp sekiranya baju terkena kencing kanak2 perempuan, disyaratkan membasuh baju untuk menyucikannya.  Kanak2 yg dibincangkan ini ialah yg menyusu tanpa diberi apa2 makanan.  Apabila telah diberi makanan, maka cara menyucikannya adalah sama antara kanak2 lelaki dan perempuan iaitu dengan membasuh dengan air. 3/20/2014 25
  26. 26.  1. Ummu qays telah datang dengan seorang bayi yg tidak diberi makan kepada Rasulullah SAW, maka Rasulullah mendudukkan (bayi itu) ke atas paha baginda, tiba2 bayi itu kencing di atas baju baginda, Rasulullah minta air, dan direnjiskan ke tmpt najis.(hadith sahih al-bukhari dan jami’ tarmizi)  Daripada Aisyah RA, beliau berkata : Nabi SAW didatangi 2 org kanak2, baginda memanggil mereka, maka mereka dtg…kencing atas baju Baginda, Rasulullah minta air, dikenakan air, dan tidak dibasuh. (riwayat bukhari dan Muslim). 3/20/2014 26
  27. 27.  Ibn qayyim menyatakan 3 hikmah pembezaan:  1. air kencing kanak2 lelaki adalah lebih banyak, maka jika disyaratkan membasuh maka akan menyusahkan para ibu.  2.Air kencing kanak2 lelaki tidak jatuh di satu tempat, bahkan di merata2 tempat, maka menyusahkan ibu2 jika mensyaratkan untuk membasuhnya.  3. Air kencing kanak2 perempuan lebih berbau berbanding kencing kanak2 lelaki. 3/20/2014 27
  28. 28.  Terdapat hadith yg sgt byk berkenaan cara membersihkan baju dari darah haidh, sebahagiannya di sebut oleh DAZ di sini:  1. Hadith didatangkan dari Asma binti Abu Bakar, beberapa org wanita dtg bertanya kepada Rasulullah ttg baju yang terkena darah haidh, maka apa yg perlu dilakukan. Jawab Rasulullah: Kikis atau sental kemudian basuh dengan air.  Bahkan ada di antara mereka yg hanya mempunyai sehelai baju, bertanya ttg darah haidh yg terkena di baju mereka.  Rasulullah menjawab, apabila kamu sudah suci, maka basuhlah tmpt yg terkena darah kmudian solatlah dengannya. Ditanya lagi: walaupun kesannya masih ada? Rasulullah jawab: cukuplah dgn air, dan jgn kamu diberatkan dgn kesan tersebut. 3/20/2014 28
  29. 29.  Apabila ditanya Saidatina Aisyah ttg hal ini, beliau menjawab, basuh, sekiranya kesannya tidak tanggal, gunakan sesuatu yang lain yg blh menanggalkan kesannya.  “tidak ada seorang pun dr kami mempunyai pakaian yg terkena haidh padanya, kami lembapkan kilauannya, kemudian bersihkan ia” 3/20/2014 29
  30. 30.  Darah haidh jika sedikit, tidak dapat tidak mestilah dihilangkan dari pakaian dgn cara melembapkan kwsn darah kemudian menghilangkannya. Sekiranya terdapat kesan yg susah hilang, Islam tidak memberatkan hal tersebut.  Darah haidh yg banyak, tidak dapat tidak perlu dibasuh dengan air.  Islam tidak memberatkan wanita yg didatangi haidh mesti menanggalkan pakaian yg terkena haidh, dan tidak perlu membasuh pakaian mereka yg terkena tidak terkena darah haid. 3/20/2014 30
  31. 31.  Peralatan yang berkilat yg tidak boleh ditembusi najis seperti cermin, pisau, apabila terkena najis maka cukup dengan mengelap sehingga najis tersebut hilang samada dengan kertas atau tangan atau dengan yg lain (tisu, kain).  Antara sandaran ialah amalan sahabat yang hanya menggunakan kaedah menyapu sahaja pada pedang2 mereka yg terkena darah selepas peperangan kemudian mereka bersolat dengannya.  Maka pedang tersebut diqiyaskan dengan cermin atau kaca apabila terkena najis.  Cermin kereta, tingkap rumah, pisau yg terkena darah. 3/20/2014 31
  32. 32.  Tiada khilaf bahawa kulit bangkai binatang adalah najis  Tetapi apabila melalui proses tanning/membersihkan dan menukarkan kulit badan kepada kulit untuk dibuat perkakas dengan menggunakan bahan2 tertentu maka ia menjadi suci.  Ada beberapa pendapat yg berbeza:  1. Kulit yg suci ialah kulit dari binatang yg halal di makan dan disembelih.(mazhab imam malik)  2. semua kulit bangkai yg di tanning menjadi suci kecuali anjing dan khinzir.(mazhab imam syafie)  3. semua bangkai binatang yg kulitnya di tanning, suci termasuk anjing dan khinzir. 3/20/2014 32
  33. 33. Perkara 3 THAHARAH AL-HAKIKIAH 3/20/2014 33
  34. 34.  Hadith yg diriwayatkan oleh kedua2 imam bukhari dan Muslim, bahawa Rasulullah SAW bersabda: (( Fitrah itu 5 perkara : berkhitan, menghilangkan bulu di sekeliling kemaluan, mencabut bulu ketiak, memotong kuku, dan mencukur misai ))  Hadith yg diriwayatkan oleh Imam Muslim dari Aisyah RA, beliau bersabda: telah berkata Rasulullah, fitrah itu 10 perkara: (( mencukur misai, menyimpan janggut, siwak, membasuh hidung dgn air, berkumur, memotong kuku, membasuh celah2 dan sendi jari, mencabut bulu ketiak, mencukur bulu kemaluan, istinja’, berkumur )).  Nabi mengisyaratkan sifat fitrah tidak hanya terbatas kpd 10 perkara tersebut, dalam riwayat yg lain dari Imam Muslim. 3/20/2014 34
  35. 35.  Kata Al-Hafiz Abu Sulayman Al-khataabi: bahawa fitrah yg disebutkan di dalam hadith ialah sunnah, iaitu sifat2 dari sunnah para Nabi, yg diperintahkan oleh Allah SWT untuk kita mengikutinya.  Kata Al-Syaukani, perkara2 tersebut ialah yang disifatkan sebagai fitrah yang dijadikan oleh Allah SWT ke atas manusia untuk menjadikan manusia yg mulia dan elok rupanya.  Kata Al-Baydhawi, fitrah ialah sunnah yg terdahulu yg dipilih oleh para anbiya’ untuk mengamalkannya, dan sgt di menepati syariat. 3/20/2014 35
  36. 36.  Tujuan sangat jelas iaitu untuk menjaga kebersihan badan dan menyucikan daripada kekotoran.  Kata Ibn Taymiyyah: kebersihan badan daripada kekotoran adalah sgt digalakkan, seperti riwayat tirmizi dari Nabi SAW: sesungguhnya Allah SWT itu bersih dan sgt mencintai kebersihan.—contoh : telekung 3/20/2014 36
  37. 37.  AL-KHITAN  ISTINJA’  SIWAK  MEMOTONG KUKU  MENCUKUR MISAI DAN MENYIMPAN JANGGUT  MENCUKUR BULU ARI-ARI  BASUH  BERKUMUR DAN MEMBERSIHKAN HIDUNG 3/20/2014 37
  38. 38.  Khitan ialah memotong kulit yg menutupi hasyafah pada zakar lelaki, dan memotong sebahagian kecil dari kulit yg teratas pada kemaluan perempuan.  Khitan wajib bagi lelaki, seperti kata Ibn Qudamah, dan kemuliaan bagi wanita dan tidak diwajibkan kepada mereka.  Khitan diharuskan dilakukan ketika mereka masih kecil.  Dalil khitan bagi wanita : Sabda Nabi SAW, (apabila bertemu antara 2 khitan, maka wajib bagi mereka untuk mandi..) maksudnya wanita juga berkhitan. 3/20/2014 38
  39. 39.  Tidak dilimitkan waktunya. Diharuskan melakukannya pada hari ketujuh selepas kelahirannya seperti dalam Fatawa Al-hindiyyah dalam fiqh Hanafi.  Waktu yang dianjurkan ialah 7 tahun hingga 12 tahun, ini ialah pendapat mazhab hanafiah.  Kata Ibn Qayyim dalam zaadul Maad: al-hasan (muhammad ibn hasan) tidak menyetujui untuk berkhatan pada hari ketujuh kelahiran kerana ditakuti menyerupai Yahudi..tapi sebenarnya tidak lah begitu.  Pendapat Imam Hanbal , sunat hari ketujuh tak mengapa, pendapat imam syafie: ianya dianjurkan. 3/20/2014 39
  40. 40.  Dari al-badihi: yg mengkhitankan ialah yg paling mahir untuk mengkhitankan, iaitu lelaki untuk lelaki, perempuan bagi perempuan.  Dalam Fatawa al-hindiyyah, mengatakan ayah yg lebih elok untuk mengkhitankan walaupun perkara tersebut bukan kerjayanya.  Seorang ayah sepatutnya yang mengkhitankan anaknya yg lelaki, membekamnya, merawatnya, begitu juga penjaga kanak2 tersebut.  Sekiranya mati kanak2 itu kerana khitan tersebut, tidak dihukumkan ganti rugi kerana anak2 adalah didalam jagaan mereka.  Begitu juga seorang ibu yg mengkhitankan anak perempuannya. 3/20/2014 40
  41. 41.  Keharusan ayah atau ibu yang mengkhatankan sekiranya mereka tahu melakukannya, sekiranya mati, mereka tidak perlu membayar ganti rugi.  Tetapi sekiranya khitan dilakukan oleh bukan penjaganya dan dia tidak mahir, mati kanak2, maka dikenakan ganti rugi kerana kanak2 itu bukan dalam jagaan mereka dan mereka tidak mahir melakukannya. 3/20/2014 41
  42. 42.  Kata Fatawa Hindiyyah: x perlu berkhitan, kerana dalam kes meninggalkan yg wajib kerana keuzuran pun diharuskan dalam Islam maka dalam perkara sunnah apatah lagi.  Ini kerana khitan bagi pendapat Hanafi adalah sunat.  Kata Ibn qudamah; sekiranya masuk Islam seseorang lelaki dewasa dan tua, sekiranya dia takut khitan itu memudaratkan (takut sakit, tidak kuat untuk menanggung sakit, ada kencing manis) dsbg, maka digugurkan. 3/20/2014 42
  43. 43.  Daz merasakan mereka tidak mengetahui adanya bius untuk menghilangkan sakit, maka sekiranya ada kemudahan tersebut, mungkin boleh digunakan untuk mengkhitankan lelaki yg telah tua. 3/20/2014 43
  44. 44.  Maksud istinja’: tuntutan untuk menyucikan qubul dan dubur dari apa2 yg keluar daripadanya.  Istinja’ dilakukan dgn air atau batu2.  Adapun berak atau kencing ini digunakan dalam satu istilah iaitu QADHA’ HAJAT.  Antara adab2 ketika qadha hajat ialah: 3/20/2014 44
  45. 45.  1. tidak mengadap kiblat ketika qadha hajat. Tidak boleh mengadap kiblat, adapun ketika dalam bangunan seperti rumah atau dimana2, juga tidak boleh (mengikut mazhab hanafi), kerana hadith menyebut larangan secara umum. Namun bagi imam malik dan Syafie, dibolehkan mengadap kiblat atau membelakangkan kiblat, dalam mazhab hanbali ianya adalah yg lebih rajih. 3/20/2014 45
  46. 46.  2. Menutup dan menjauhi daripada pandangan manusia. Sekiranya tidak sesuatu untuk menutupi, jauhkan diri sehingga tidak dilihat oleh sesiapa.  Hadith al-mughirah bin syu’bah: aku bersama Nabi dalam perjalanan, maka baginda didatangi Hajat, maka menjauhkan diri baginda dari perkumpulan.  Hadith dari Jabir bin Abdullah : Nabi SAW ketika ingin buang air besar, menjauhkan diri sehingga tidak dilihat oleh sesiapa.  Hadith nabi, baginda bersabda: sesiapa yg qadha hajat, maka tutuplah, jika tidak boleh, ambillah kain dan tutuplah dgn ia sesungguhnya syaitan mempermainkan kedudukan bani adam, sesiapa yg melakukannya maka itu yg terbaik, sesiapa yg tidak dapat melakukan, tidak perlu bersusah payah. 3/20/2014 46
  47. 47.  Isteri2 Nabi apabila ingin qadha hajat, mereka keluar pada waktu malam atau dalam keadaan gelap. 3/20/2014 47
  48. 48.  Tidak menyebut nama Allah, sekiranya ingin menyebut, sebutlah di dalam hati  Jgn menjawab salam sekiranya ada yg memberi salam.  Berzikir hendaklah di dalam hati bukan dengan lisan. 3/20/2014 48
  49. 49.  Setelah selesai urusan qadha hajat, wajib beristinja; dgn menggunakan samada batu, atau air atau kedua2nya, dengan menggunakan batu terlebih dahulu kemudian dengan air dan tidak beristinja; dgn tangan kanan tetapi dengan tangan kiri.  Adapun kayu atau apa2 yg seumpama dgnnya diharuskan sama hukumnya dengan batu. Tidak dibolehkan beristinja dengan menggunakan tulang, semua jenis makanan, dan harta yg dimuliakan seperti kitab2 yang tertulis di dalam nya ayat2 alquran atau hadith Nabi, atau ttg syariah islamiyyah.  Contoh: Tandas2 awam di negara Barat menggunkan tisu, maka dibolehkan sekiranya untuk menggunakan air sangat mnyusahkan. 3/20/2014 49
  50. 50. 3/20/2014 50

×