Successfully reported this slideshow.
We use your LinkedIn profile and activity data to personalize ads and to show you more relevant ads. You can change your ad preferences anytime.

Temuduga Mengenai Internet of Things (IoT)

2,196 views

Published on

As per On Air - Nasional FM

Published in: Engineering
  • Login to see the comments

Temuduga Mengenai Internet of Things (IoT)

  1. 1. Temuduga IoT 2014 Temuduga Oleh Nasional FM Oleh: Dr. Mazlan Abbas Edisi Pertama

  2. 2. Temuduga IoT 3..................................................... Apa Itu Internet of Things (IoT)? 3......................................... Aplikasi IoT 5........................................................................... Impak Teknologi IoT Kepada kehidupan 5............................ Perkembangan IoT di Malaysia 6.......................................... Kerjasama Industri IoT 7........................................................ Kesan IoT Pada Ekonomi Global 8......................................... Teknologi IoT Pada 2020 9..................................................... Harapan Sebagai Perintis IoT 11............................................
  3. 3. Temuduga IoT Apa Itu Internet of Things (IoT)? Tarikh: 5 hb Februari 2014 Rakaman Penuh di Youtube, sila klik disini. Nasional FM: Boleh Dr. Mazlan terangkan sedikit sebanyak tentang Internet of Things? Adakah ia lanjutan dari teknologi Internet? Bolehkah Dr. Mazlan cuba rungkaikan maksudnya secara ringkas untuk pendengar kita? Dr. Mazlan: ▪ Assalamualaikum, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih di atas jemputan ke Slot Inspirasi Saluran Nasional FM pada petang ini. ▪ Sebenarnya ramai yang tertanya2 apa kah itu Internet of Things dan adakah ia sama dengan teknologi Internet yang kita gunakan pada hari ini. ▪ Secara ringkasnya ia memang lah lanjutan dari teknologi Internet masa kini. Cuba perhatikan – Perhubungan dua hala selalunya bermula dengan interaksi antara dua insan manusia seperti kita lakukan sekarang. Tetapi pada zaman dimana kita sudah mempunyai komputer, kita mula melihat interaksi antara manusia dan
  4. 4. mesin (atau komputer) (human-to-machine) atau mesin berinteraksi dengan manusia (machine-to-human). ▪ Ini selalu kita lakukan di pejabat (sebagain contoh – kerja2 perakaunan, pendaftaran dsbnya), dirumah (anak2 bermain dengan permainan komputer), di kedai (pembelian atau menempah barang) dan sebagainya. Di zaman Internet, memberi kita cara baru untuk berinteraksi antara mesin2 ini dari jarak jauh. Apa yg selalu kita lakukan dari jarak dekat boleh dilakukan juga dari jarak jauh. Bukankah ia menjimat masa dan kos? Tapi apakah itu “Internet of Things”? ▪ Sebenarnya ini ada lah suatu permulaan bila kita lihat “things” atau peranti (device/machine) atau gadget berhubung antara satu sama lain tanpa campur tangan manusia. Sebagai contoh – kereta atau pintu pagar rumah kita menghantar amaran (alert) ke telefon bimbit kita apabila pintu tidak berkunci. Rumah kita akan membuka penghawa dingin tersendiri apabila ia tahu kita akan sampai kerumah hampir 30 minit lagi.
  5. 5. ▪ Telefon kita boleh memberi maklumat bahawa ada kemalangan berlaku didepan lebih kurang 500m dan perlu mengelak dari melalui jalan tersebut. ▪ Kereta2 diatas jalan raya akan berkomunikasi sesama sendiri dan berada dijarak yang selamat diantara satu sama lain. Ini adalah permulaan apabila kita melihat “things” akan berinteraksi sesama sendiri tanpa campur tangan manusia. Ini adalah secara ringkas apa yg di maksudkan oleh “IoT”. Aplikasi IoT Nasional FM: Adakah teknologi ini sesuatu yang masih sangat baru, atau sudah digunapakai? Boleh Dr. Mazlan kongsikan contoh di mana teknologi ini telah diaplikasi di dalam kehidupan seharian kita? Dr. Mazlan: ▪ Sebenarnya Penyelidikan dan Pembangunan Internet bermula sejak tahun 1960an lagi (yg kebanyakan nya di gunakan oleh Universiti dan pihak ketenteraan) sehingga lah ke tahun 1980an barulah ia diperkenalkan kepada orang ramai. ▪ Seperti yang saya katakan tadi pada awalnya hanya komputer saja disambungkan kepada Internet. Tetapi sejak kebelakangan ini kita lihat hampir kesemua telefon bimbit dan tablet berkemampuan untuk disambungkan ke Internet. Bukan setakat itu sahaja tetapi kita juga melihat trend dimana beberapa peranti (devices) yang dilengkapi sensor disambungkan kepada Internet seperti sensor haba, humiditi, motion (pergerakan), precision agriculture sensors yg mengira kandungan galian, sensor pH (kadar asid), kandungan oksigen dan banyak lagi. Mengikut kajian yang telah dibuat nisbah antara gadget2 (things) yg disambungkan ke Internet dan penduduk manusia menunjukkan bahawa “things” yg disambungkan ke Internet telah melebihi penduduk di Dunia pada tahun 2008 (penduduk manusia lebih kurang 6.7Billion pada masa itu). ▪ Dan trend ini akan berterusan dan kajian juga mengatakan pada tahun 2020 terdapat 50 Billion “things” yg akan disambungkan pd Internet berbanding dengan penduduk manusia hanya 7.6 Billion pada masa itu. Impak Teknologi IoT Kepada kehidupan
  6. 6. Nasional FM: Teknologi ini kelihatan sangat menarik, apakah agaknya impak teknologi ini di dalam kehidupan kita di masa akan datang? Dr. Mazlan: ▪ IoT berperanan untuk mengoptimakan operasi, mengurangkan kos, merangsangkan produktiviti dan memperbaiki kehidupan. ▪ Mari kita lihat bagaimana IoT dapat manafaat kan pengguna seperti kita pd hari ini. Kita sebagai manusia hanya mempunyai 5 panca indera yang dianugerah oleh Tuhan seperti bau, rasa, sentuh, dengar dan lihat. Apa kata kesemua panca indera ini kita dibantu oleh sensor2 lain. Sebagai contoh, kita hanya dapat mendengar apa yg berada disekitar kita tetapi jika kita dibantu oleh sensor yang terletak jauh (seperti sensor dirumah yang memberitahu ada kejadian pecah rumah di kediaman kita). ▪ Kita sebagai pengguna IoT ingin mencari jalan untuk mengautomasikan banyak perkara terutama tugas-tugas biasa (samada remeh-temeh atau kerap terlepas pandang). Sekarang cuba kita bayangkan ini – disuatu hari nanti, kita boleh mengambil gambar dan video dengan kelipan mata sahaja atau dengan arahan fikiran kita? ▪ Bayangkan kita dibangunkan dari tidur pada waktu pagi oleh penggera muzik dengan muzik kegemaran kita, jam penggera akan memberitahu apa jadual kita di pejabat dan cuaca di luar. Dan sebelum kita meninggalkan rumah, telefon kita akan memberitahu keadaan kesesakan lalu lintas dan mencadangkan laluan terbaik ke pejabat dengan anggaran masa ketibaan. Apabila kita meninggalkan rumah, secara automatik akan mencetuskan penggera keselamatan dan matikan segala perkakas elektrik yang tidak perlu untuk menjimatkan tenaga. ▪ Dan apabila kita membeli-belah di pasar raya, senarai membeli-belah dalam telefon kita juga akan mendapat pemberitahuan daripada harga terkini barang- barang dan menunjukkan lokasi barangan tersebut. ▪ Jadi ini adalah sebahagian daripada tugas-tugas harian yang boleh diautomasikan melalui IoT. Gadget ini yang mempunyai sensor yang berkaitan akan berkomunikasi antara satu sama lain melalui telefon atau mana-mana rangkaian komunikasi (Internet). ▪ Terdapat Perisian pintar yang akan mempelajari tabiat dan lokasi kita untuk memberikan cadangan yang lebih tepat. Perkembangan IoT di Malaysia
  7. 7. Nasional FM: Bagaimanakah Malaysia, memainkan peranan untuk memperkembangkan teknologi ini? Dr. Mazlan: ▪ Sebelum saya menjawab soalan tu, mari kita lihat sejarah perkataan “Internet of Things” sendiri. Perkataan “Internet of Things” mula dicipta pada tahun 1999 oleh Kevin Ashton, pengarah eksekutif Pusat MIT Auto-ID. Dia mempunyai visi pada suatu hari nanti kesemua “things” akan berhubung antara satu sama lain. Sebenarnya banyak perkara diperlukan sebelum kita dapat merealisasikan bagaimana “things” ini boleh “merasa”, “berhubung” dan “berfikir” sendiri. Ia memerlukan beberapa teknologi yang berlainan dan di sepadukan. Teknologi pada tahun 1990an mungkin belum boleh merealisasikan visi tersebut. Tetapi dengan zaman teknologi yang berkembang pesat, kita lihat sensor pintar (smart sensor) sudah boleh menjadi lebih kecil, lebih cerdik dan dapat berhubung tanpa wayar. Apabila data2 ini dikumpul dari pelbagai sensor ia menjadi semakin banyak – kita panggil “big data”, dan untuk membuat ramalan yang tepat ini memerlukan cara analisa yang lebih pintar. Kerjasama Industri IoT Nasional FM: Boleh terangkan kepentingan kerjasama dengan pihak lain di dalam usaha membangunkan teknologi IoT di Malaysia? Dr. Mazlan: ▪ Pada pendapat saya untuk teknologi IoT ini berkembang dan berjaya di gunapakai di Malaysia, ia memerlukan kerjasama banyak pihak. IoT memerlukan eko-sistem yang baik. Kerap kali saya mengatakan eko-sistem (samada broadband atau IoT), ia memerlukan DNA yang sihat. Apa itu DNA? D = Device, N = Network dan A = Application. ▪ Seperti juga manusia yang mempunyai DNA yang berlainan, sesebuah negara juga mempunyai DNA yang berlainan. Kadangkala kita sangka apabila kita meniru bulat2 formula kejayaan sesebuah negara yang lain, ia akan berjaya dinegara kita. Ini tidak semestinya. Malahan kita kena melihat dan mengkaji eko-sistem di Malaysia – mungkin ia tidak sama seperti diluar negara maka kita perlu mencari formula tersendiri.
  8. 8. ▪ Saya melihat banyak peluang terbuka luas dalam pasaran mikroelektronik dan sensor (D=Device), perkhidmatan IoT (N=Network) (mungkin dari syarikat telekomunikasi yang sedia ada atau membuka peluang kepada syarikat lain yg berminat dalam menawarkan perkhidmatan IoT ini) dan Aplikasi (A=Application) bergantung kepada kreativiti yang membina perisian ini. ▪ Saya masih merasakan perlu nya kerjasama yang lebih rapat diantara semua pihak untuk menjadi eko-sistem IoT di Malaysia lebih mantap samada dari pihak Universiti atau Badan2 Penyelidikan, pihak industri samada syarikat telekomunikasi, pengilang elektronik, pembuat perisian (application developer). Dan sekiranya kita hendak melaksanakan konsep seperti Bandar Pintar (Smart City), ia memerlukan kerjasama beberapa badan dan agensi kerajaan. Kesan IoT Pada Ekonomi Global Nasional FM: Bagaimana pula kesan teknologi IoT kepada pembangunan ekonomi global?  Dr. Mazlan: ▪ Kesan secara global – mari kita lihat beberapa contoh seperti penjagaan kesihatan (healthcare) – dahulu pesakit perlu berdepan dengan doktor untuk mendapat nasihat tetapi dengan IoT seperti sensor yg diletak pada badan pesakit yg berada dirumah, maka maklumat seperti pergerakan, keadaan jantung dan darah dapat di hantar terus ke hospital di mana mereka akan segera bantuan serta merta sekiranya ada berlaku kemalangan atau tanda2 penyakit akan melanda. Pendapatan daripada perkhidmatan pemantauan pesakit (patient monitoring services) boleh mencecah (RM 6.4Billion) pada 2014. Tetapi kalau ia dapat menyelamatkan nyawa – bukankah ia tiada nilainya? ▪ Contoh ke-2, mengikut kajian dari United Nations, bangunan2 sekarang sebelum penggunaan IoT menjana lebih 40% haba dan gas yg boleh memberi kesan pada alam sekitar. Contoh yg mudah apabila kita menggunakan sensor cahaya, ia dapat memberi petunjuk di kawasan mana yang perlu cahaya yg lebih atau memerlukan penghawa dingin. Cahaya matahari keatas sensor tersebut boleh mengawal penggunaan elektrik sesebuah bangunan. Ini semua dilakukan secara otomatik. Pasaran global bangunan pintar seperti ini dijangka meningkat ke RM 34 Billion pada tahun 2015. ▪ Contoh ke-3, bayangkan logistik tanpa penggunaan IoT seperti operasi 10 kilang dengan 10,000 barang? Dengan bantuan IoT seperti RFID ia boleh memberitahu dimana lokasi barang atau sesuatu aset yang baru atau yang akan hampir lupus
  9. 9. (expire). Begitu juga boleh memberi maklumat bila barangan tersebut akan tiba dan sebagainya. Pasaran RFID ini dijangka boleh menjana sebanyak RM 236 Billion sejak 2009 hingga 2017. ▪ Contoh ke-4, sebelum IoT, pemandu2 menghabiskan waktu purata 34 jam setahun di atas jalan raya. Tapi saya rasakan di Malaysia, saya sendiri menghabiskan waktu 30 minit hingga sejam dalam sehari diatas jalanraya bila waktu kesesakan. Bayangkan jika ada sensor2 yang diletak ditepi jalan raya dan dapat berkomunikasi terus dengan kereta2 yang dilengkapi sistem GPS yang boleh memberi nasihat jalan raya yang terbaik. Sistem pengangkutan pintar boleh mengurangkan kelewatan perjalanan sebanyak 25% dan gas karbon monoksida (eksos) sebanyak 22%. Pasaran pengangkutan pintar ini boleh mencecah RM 340 Billion pada 2018. ▪ Contoh ke-5, sebelum IoT, kita lihat bandar2 mengalami pencemaran tasik dan sungai. Bahan buangan toksid menyebabkan kualiti air yang teruk pada hidupan2 air dan sebagainya. Jadi dengan sensor2 tertentu, ia dapat memantau sungai dan mengesan sebelum tahap pencemaran sungai semakin teruk. Pasaran teknologi untuk Bandar Pintar ini dijangka bernilai RM 67.6 Billion setiap tahun bila mencapai 2020. Teknologi IoT Pada 2020 Nasional FM: Apakah sasaran industri di dalam masa 5 tahun akan datang untuk teknologi IoT (Beri contoh yang akan mengujakan pendengar) Dr. Mazlan: ▪ Setiap tahun ada sebuah Pameran Elektronik yang antara terbesar di dunia di adakan di USA dipanggil Consumer Electronics Show (CES). Nampak gaya pada tahun ini, banyak alat elektronik yang di pamerkan bertemakan IoT sehinggakan ramai penganalisa2 industri menamakan tahun 2014 adalah tahun IoT. ▪ Begitu juga industri, kami merasakan sudah tiba Malaysia menekankan teknologi IoT. ▪ Perkembangan teknologi semakin pesat – teknologi yang terbaik ialah apabila teknologi tersebut seolah2 ia ghaib (invisible) dan kita menggunakan teknologi tanpa kita disedari. Sebagai contoh, kalau dahulu nya kita kena beli GPS dan memasangnya diatas dashboard kereta tetapi kini kita melihat ia dah menjadi sebahagian dari dashboard kereta itu sendiri. Kalau dahulu kita mengambil gambar dengan kamera atau telefon bimbit tetapi sekarang Google sendiri telah
  10. 10. merekabentuk Google Glass (cermin mata) yang boleh mengambil gambar atau merakam video. ▪ Gadget yang menjadi gelang atau jam boleh merakam dan menghantar data seperti berapa langkah kita berjalan atau berlari, bagaimana tidur kita setiap malam. Telefon bimbit kita juga mempunyai banyak sensor yang boleh merakam secara otomotik keadaan sekeliling atau aktiviti yang dilakukan oleh pengguna telefon itu sendiri. ▪ Kasut dan baju akan dilengkapi dengan sensor2 kecil (wearable devices) akan sentiasa merakam kesihatan dan aktiviti seseorang itu. ▪ Ini adalah contoh2 dimana teknologi akan datang seolah2 semakin “ghaib” tetapi ia memerlukan kepintaran sebab berbillion data2 yang kutip atau disimpan tidak memberi makna sekiranya data2 tersebut tidak diolah menjadi maklumat. Tetapi itu tidak cukup sebab maklumat tidak berguna sekiranya maklumat itu tidak ditukar menjadi ilmu pengetahuan.
  11. 11. Harapan Sebagai Perintis IoT Nasional FM: Apakah harapan Dr. Mazlan sebagai perintis bidang ini di Malaysia? Dr. Mazlan: ▪ Saya merasakan dalam masa 5-7 tahun akan datang, IoT akan membuka peluang banyak lagi bentuk aplikasi yang pintar yang dapat memberi perkhidmatan yang lebih baik mengikut cita rasa dan keperibadian pengguna atau orang ramai. Sebenarnya tiada had pada kreativiti untuk aplikasi IoT. Tidak mustahil kalau saya katakan teknologi yang kita tonton di filem2 dipanggung wayang sekarang, Insyallah akan menjadi realiti tidak lama lagi. ▪ Untuk melangkah maju kedepan kita memerlukan kerjasama erat dari semua pihak. Dengan cara menggunakan platform yang sama sahaja kita dapat mempercepatkan segala Penyelidikan dan Pembangunan dan mengkomersilkan aplikasi atau perkhidmatan. ▪ Saya merasakan dengan kerjasama semua peringkat, kita boleh merintis industri IoT bukan setakat sahaja dalam negara kita Malaysia malahan boleh di kembangkan di serantau Asia Tenggara ini. ▪ Sekian, terima kasih kerana menjemput saya pada petang ini dan berkongsi mengenai teknologi IoT. Dr. Mazlan Abbas adalah Ketua Pegawai Eksekutif FAVORIOT Sdn Bhd. Dia amat berminat dengan teknologi IoT dan mempuyai sebuah Blog yang dikenali sebagai IOT World.

×