HBHE3203 kebersihan dan keselamatan persekitaran

27,387 views

Published on

Tugasan PK OUM

3 Comments
9 Likes
Statistics
Notes
No Downloads
Views
Total views
27,387
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
4
Actions
Shares
0
Downloads
1,011
Comments
3
Likes
9
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

HBHE3203 kebersihan dan keselamatan persekitaran

  1. 1. FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA SEMESTER JANUARI 2012 HBHE3203KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN PERSEKITARANPUSAT PEMBELAJARAN : PUSAT PEMBELAJARAN MELAKA
  2. 2. SEMESTER JAN 2012 Isi Kandungan Halaman Biodata Pelajar i Penghargaan ii Pengenalan 1 1. Prosedur Keselamatan Stor Sukan 2 1.1 Tatacara Penggunaan Am 2-3 1.2 Tatacara Penggunaan Murid 3-4 1.3 Tatacara Penggunaan Guru 4 2. Prosedur Keselamatan Kantin Sekolah 5 2.1 Tatacara Penggunaan Am 5-6 2.2 Tatacara Penggunaan Murid 6-7 2.3 Tatacara Penggunaan Guru 7-8 3. Prosedur Keselamatan Dewan/Foyer 8-9 3.1 Tatacara Penggunaan Am 9 3.2 Tatacara Penggunaan Murid 9-10 3.3 Tatacara Penggunaan Guru 10 4. Prosedur Keselamatan Makmal Komputer 11 4.1 Tatacara Penggunaan Am 11-12 4.2 Tatacara Penggunaan Murid 12-13 4.3 Tatacara Penggunaan Guru 13-14 Rumusan 14-15 Rujukan iiiHBHE 3203:KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN PERSEKITARAN 761020135460002
  3. 3. SEMESTER JAN 2012 Penghargaan Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Bersyukur kepada Allah kerana dengan limpah kurniaNya, telah memberi kekuatan dan hidayah kepada hambanya ini dalam menyiapkan tugasan untuk „Kebersihan dan Keselamatan Persekitaran‟ HBHE3203) pada kali ini. Terima kasih tidak terhingga kepada seluruh ahli keluarga saya yang begitu memahami serta memberi galakan sepenuhnya kepada saya dalam meneruskan tuntutan terhadap tugasan dan pembelajaran saya di OUM Melaka yang sungguh permai ini. Tidak lupa juga kepada seluruh warga OUM semester Januari 2012 ini terutamanya rakan-rakan seunit yang telah memberikan kerjasama yang baik dalam membantu saya menyelesaikan tugasan. Saya juga ingin mengambil kesempatan mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah yang di hormati, Pn Alifah Bt Sharudin. kerana telah memberi panduan dan tunjuk ajar kepada saya dan rakan-rakan dalam menghasilkan tugasan yang dikehendaki. Begitu juga dengan E-Tutor, Puan Kok Mong Lin,yang banyak memberi maklumat melalui laman forum LMS.Tanpa penerangan mereka, tidak mungkin saya dapat menghasilkan tugasan ini. Akhir sekali, yang baik datangnya dari Allah dan segala kelemahan adalah dari diri saya sendiri. Sekian terima kasih. iiHBHE 3203:KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN PERSEKITARAN 761020135460002
  4. 4. SEMESTER JAN 2012PengenalanKeselamatan diri perlu diambil berat oleh setiap individu di dunia ini . Ini kerana kemalangan bolehterjadi di mana-mana dan bila-bila masa sahaja, baik di rumah, sekolah dan di tempat-tempat awam.Kemalangan yang berlaku di sekolah pula perlu diambil kira untuk mengelakkan ia kerap berulang.Kemalangan yang berlaku di sekolah adalah seperti jatuh tangga, dicederakan rakan, tergelincir dikawasan yang licin, dihempap peralatan dan sebagainya mungkin sahaja terjadi mana-mana sekolah.Menurut Utusan Malaysia, pada 27 Oktober 2011, pernah terjadi, seorang murid perempuan tahun satupengsan manakala rakannya cedera di tangan setelah ditimpa sebatang tiang bendera ketika menyertaiaktiviti sukan di sebuah sekolah di Beranang, Selangor. Namun begitu, menurut Presiden KesatuanPerkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Hashim Adnan dalam Utusan Malaysia bertarikh 28Oktober 2011, menyatakan bahawa, kejadian itu merupakan kes terpencil di negara ini keranamempunyai peratusan yang sangat sedikit dalam statistik kemalangan ketika berada di kawasan sekolah.Walaupun begitu, beliau mengingatkan bahawa ia tidak boleh dipandang remeh kerana perkara inimelibatkan pihak sekolah dan ibu bapa. Oleh itu, tindakan yang wajar perlu dilakukan bagi mengelakkejadian seperti ini berulang. Selain itu, kemalangan yang meragut jiwa juga pernah berlaku yang mana seorang murid tahunlima maut setelah cedera parah di kepala akibat dihempap tiang gol ketika bermain bola sepak di SekolahKebangsaan Kampung Jawa 1, Klang. (Utusan Malaysia, 2011). Perkara ini adalah sesuatu yang seriusyang perlu diambil tindakan oleh pihak sekolah untuk mengelakkan ia terjadi lagi. Bagi mengatasimasalah ini, aspek penjagaan keselamatan perlu dititik beratkan dan menjadi agenda utama bagipengurusan sesebuah sekolah untuk mengurangkan berlakunya sesuatu kemalangan di sekolah.“Sediakan payung sebelum hujan” adalah penting untuk seorang guru supaya sentiasa mengambillangkah-langkah pencegahan sebelum berlakunya sesuatu kemalangan yang tidak diingini. Antaranyadengan menyediakan prosedur keselamatan di kawasan-kawasan yang tertentu seperti di dewan, dipadang, di kantin, makmal sains, stor sukan, tandas, bilik komputer, dan sebagainya. Di dalam tugasanini juga nanti, prosedur keselamatan yang akan dsediakan melibatkan stor sukan, kantin, dewan sekolahdan makmal komputer sahaja. Prosedur keselamatan ini akan melibatkan, Tatacara Penggunaan Am,Tatacara Penggunaan Murid, dan Tatacara Penggunaan Guru . 1HBHE 3203:KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN PERSEKITARAN 761020135460002
  5. 5. SEMESTER JAN 2012 1. Prosedur Keselamatan Stor SukanStor sukan yang juga dikenali sebagai bilik sukan atau stor peralatan merupakan tempat yang pentingbagi menempatkan segala peralatan sukan di sekolah. Ia memainkan peranan sebagai tempat menyimpanalatan-alatan sukan supaya perbelanjaan sekolah boleh dikurangkan; simpanan yang baik mengurangkankos pembaikan dan pemeliharaan alatan. Pengekalan alatan juga memberi peluang kepada guru-gurumerancang pelajaran mereka supaya menjadi lebih seronok dan bermakna. Bagi kanak-kanak pula,bilangan peralatan yang mencukupi membolehkan mereka menerima pelajaran dengan sepenuhnyasemasa waktu pendidikan jasmani atau waktu di luar daripada waktu pendidikan jasmani. Kewujudanstor boleh menentukan bilangan alatan yang boleh dibeli oleh sesebuah sekolah. Setelah segala alatanasas telah dibeli, perkara yang penting ialah bagaimana untuk menyimpan peralatan itu.1.1 Tatacara Penggunaan Am Bagi Stor Sukan 1. Dilarang masuk tanpa kebenaran. Sesiapa sahaja pun tidak dibenarkan masuk tanpa izin individu tertentu seperti guru atau penyelaras stor sukan. Ini untuk mengellakan sebarang perkara yang tidak diingini seperti pencerobohan dan kecurian berlaku. 2. Jaga kebersihan stor sukan ini. Setiap individu yang masuk ke dalam stor sukan perlu sentiasa menjaga kebersihan. Makanan dan minuman juga tidak boleh dibawa ke bilik ini untuk mengelakkan kekotoran pada lantai. 3. Mengisi borang pinjaman keluar masuk peralatan sukan . Guru perlu mengisi satu borang khas untuk pinjaman dan pemulangan peralatan sukan. Setelah itu, guru tertentu atau jurulatih sahaja yang boleh membawa keluar peralatan sukan. Murid-murid tidak digalakkan untuk melakukannya dan hanya membantu guru di luar bilik stor sukan. 4. Peralatan berbahaya harus disimpan di tempat khas yang selamat. Peralatan berbahaya seperti lembing (rejam lembing), bola lontar peluru dan sebagainya diletakkan di tempat yang selamat. Ini untuk mengelakkan murid-murid yang masuk bermain dengan alatan ini dan memungkinkan berlakunya kecederaan. 2HBHE 3203:KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN PERSEKITARAN 761020135460002
  6. 6. SEMESTER JAN 2012 5. Susun semula peralatan yang dipinjam ke tempat asal. Peralatan sukan yang dipinjam disusun semula ditempat asal berdasarkan label yang telah di letakkan. Peralatan yang telah kotor selepas digunakan perlu dibersihkan dahulu untuk mengelakkan segala kekotoran. Apabila berlakunya kerosakan peralatan pula, guru atau murid perlu beritahu penyelaras stor sukan untuk dibaiki atau diganti yang baru1.2 Tatacara Penggunaan Murid 1. Dilarang masuk tanpa kebenaran guru. Murid tidak dibenarkan masuk untuk mengelakkan mereka bermain sesuka hati di dalam bilik stor. Murid-murid juga tidak dibenarkan bermain di dalam stor sukan untuk mengelakkan kerosakan alatan sukan dan peralatan stor sukan dan juga untuk mengelakkan kemungkinan kecederaan berlaku 2. Dilarang membawa beg makanan atau minuman ke dalam stor sukan. Murid-murid tidak dibenarkan makan dan minum di bilik stor untuk mengelakkan kekotoran bilik stor sukan. Murid-murid juga dilarang membuang sampah atau bekas makanan sama ada di atas lantai mahupun di dalam bakul sampah bilik stor sukan. Ini bagi memastikan keadaan bilik stor sukan sentiasa dalam keadaan bersih. Mereka perlu memastikan bahawa tiada sampah berselerakan. Jika ada, murid bertanggungjawab membersihkannya. 3. Murid dilarang sama sekali merosakkan peralatan yang terdapat di dalam stor sukan. Murid-murid digalakkan menjaga peralatan sukan supaya dengan baik supaya ia dapat digunakan dengan lebih lama. Murid-murid tidak dibenarkan membawa keluar sebarang peralatan sukan ke dalam kelas untuk bermain-main bagi mengelakkan kerosakan peralatan dan mewujudkan unsur kecurian. 4. Sila letak dan susun semula peralatan yang telah digunakan di tempat asal. Murid-murid yang membantu memulangkan peralatan sukan ke dalam bilik stor sukan perlu membuka kasut dahulu yang mungkin kotor dan boleh mencemarkan bilik stor sukan. Kemudian, peralatan sukan yang dipinjam disusun semula oleh murid-murid yang membantu guru mereka, ditempat asal berdasarkan label yang telah di letakkan. 3HBHE 3203:KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN PERSEKITARAN 761020135460002
  7. 7. SEMESTER JAN 2012 5. Pastikan pintu ditutup sebelum meninggalkan stor sukan. Setelah menyimpan peralatan, individu terlibat perlu menutup atau mengunci kembali pintu bilik stor untuk mengelakkan sebarang kecurian atau pencerobohan. Jika menggunakan lampu dan kipas bilik stor , pastikan ia ditutup kembali untuk mengelakkan pembaziran tenaga.1.3 Tatacara Penggunaan Guru. 1. Guru mestilah berada bersama murid ketika mengambil dan memulangkan peralatan stor sukan. Setiap guru yang terlibat bertanggungjawab bersama murid-murid semasa mengambil dan memulangkan peralatan stor supaya ia dapat berjalan dengan baik. 2. Merekod semua alat sukan yang dipinjam dan dipulangkan. Setiap guru yang meminjam peralatan sukan perlu mengisi rekod yang disediakan, begitu juga semasa memulangkannya, supaya perlatan yang dipulang itu cukup seperti sebelumnya. 3. Memastikan murid meletakkan dan menyusun dengan betul peralatan yang dipulangkan. Semasa pemulangan peralatan sukan, guru bertanggungjawab untuk memastikan agar peralatan diletakkan di tempat asal yang telah dilabelkan. 4. Mengawasi dengan rapi penggunaan alatan terutama yang berbahaya. Bagi alatan yang agak merbahaya sepeti lembing, bola lontar peluru, kayu hoki perlulah diawasi penggunaannya untuk mengelakkan murid bergurau dan bermain yang boleh menyebabkan kecederaan. Guru bertanggungjawab memastikan alatan sukan masih baik dan tidak rosak supaya latihan dan pengajaran dapat berjalan dengan lancar. 5. Membuat laporan tentang peralatan rosak, hilang atau perlu diperbaiki. Jika ada sebarang kerosakan pada peralatan, guru terlibat perlu melaporkan kepada penyelaras stor sukan untuk tujuan pembaikkan atau hapus kira dengan menggantikannya alatan baru. 4HBHE 3203:KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN PERSEKITARAN 761020135460002
  8. 8. SEMESTER JAN 2012 2. Prosedur Keselamatan Di Kantin SekolahKantin sekolah merupakan antara tempat yang paling penting di dalam kawasan sekolah. Kantinberperanan dalam menjual sertamembekalkan makanan dan minuman yang berkhasiat yang diperlukanoleh tubuh murid-murid selepas separuh waktu pembelajaran harian murid. Kantin juga menjadi tempatmurid-murid , guru dan pekerja serta kakitangan sekolah melepaskan lelah dan berehat sebentar sambilmenikmati makanan dan minuman yang dibeli di situ.Selalunya terdapat pelbagai jenis makanan danminuman yang dijual di kantin sekolah dan mampu memenuhi zat seharian murid. Kawasan kantinbiasanya terdiri daripada kaunter jualan makanan, kaunter jualan minuman, serta meja dan bangku untukmurid-murid duduk ketika makan dan minum. Bekas-bekas besar disediakan di suatu sudut untukmengisi pinggan mangkuk dan cawan serta gelas yang telah digunakan. Selain itu juga banyak tongsampah disediakan untuk murid-murid membuang sampah pembungkus makanan dan minuman yangtelah habis dimakan dan diminum. Meja dan bangku atau kerusi guru dan murid mestilah mencukupi,sentiasa kemas, bersih dan teratur. Lantai kantin juga perlu sentiasa dibersihkan untuk mengelakkanwujudnya sebarang masalah seperti kehadiran lalat dan mungkin makanan yang jatuh ke lantai akandipijak oleh sesiapa sahaja dan menambahkan lagi kekotoran yang sedia ada. Pengusaha makanan berperanan dalam menjaga kebersihan baik, di kawasan dapur, kawasan kaunterpenyediaan makanan dan minuman serta di kawasan meja dan kerusi kantin. Namun begitu, kadangkalaada juga pengusaha kantin yang leka dan mengabaikan kebersihan di kawasan-kawasan tersebut sehinggamenyebabkan wujudnya kehadiran serangga dan haiwan perosak seperti lalat, lipas, tikus dan sebagainya.Ini menjadikan makanan dan minuman tidak selamat dan diragui pembeli. Selain itu, murid-murid jugadigalakkan menjaga kebersihan kantin dan berusaha mengelakkan daripada menjatuhkan makanan danminuman di kawasan kantin yang boleh menyebabkan gelinciran kepada orang lain. Di bawah,dinyatakan mengenai prosedur keselamatan tatacara penggunaan am, murid dan guru bagi penggunaankantin sekolah.2.1 Tatacara Penggunaan Am di Kantin. 1. Sila beratur ketika membeli makanan dan minuman. Semua murid atau sesiapa sahaja perlu beratur ketika membeli makanan dan minuman supaya tidak terjadinya unsur perebutan. Kecederaan mungkin dapat dielakkan jika setiap 5HBHE 3203:KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN PERSEKITARAN 761020135460002
  9. 9. SEMESTER JAN 2012 individu berdisiplin dan tidak berebut-rebut ketika membeli makanan. Seorang guru bertugas juga perlumengawasi keadaan agar terkawal dibantu oleh para pengawas sekolah. 2. Sila makan ditempat yang disediakan. Setiap individu diminta makan ditempat yang dikhaskan seperti murid duduk di atas bangku dan meja yang disediakan manakala guru dan kakitangan sekolah selalanya di tempatkan di suatu bilik khas. 3. Sila jaga kebersihan kantin. Setiap individu di sekolah perlu memastikan agar kantin sentiasa bersih dengan tidak membuang bekas makanan merata-rata atau membiarkan lantai dan meja kantin bersepah- sepah dengan sisa makanan. 4. Sila masukkan pinggan mangkuk dan cawan kotor di tempat yang disediakan. Setiap individu perlu meletakkan pinggan mangkuk dan cawan kotor di besen yang disediakan untuk memudahkan pekerja mengendalikan pembersihan pinggan mangkuk tersebut.2.2 Tatacara Murid Dikantin Sekolah 1. Sila beratur ketika membeli makanan dan minuman. Semua murid, perlu beratur ketika membeli makanan dan minuman supaya keadaan kantin terkawal dan berjalan dengan lancar. Murid-murid diingatkan supaya tidak berebut-rebut ketika membeli makanan. Ini kerana dikhuatiri makanan dan minuman tertumpah dan memungkinkan murid-murid sendiri terjatuh yang boleh menyebabkan kecederaan. 2. Jaga kebersihan di kawasan kantin sekolah . Setiap murid di sekolah perlu memastikan agar kantin mereka sentiasa bersih dengan tidak membuang bekas makanan merata-rata atau membiarkan lantai dan meja kantin bersepah- sepah dengan sisa makanan. Murid dingatkan supaya membuang sisa makanan ditempat yang dikhaskan. 6HBHE 3203:KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN PERSEKITARAN 761020135460002
  10. 10. SEMESTER JAN 2012 3. Sila letakkan pinggan mangkuk dan cawan yang telah digunakan ke dalam bekas yang disediakan. Setelah makan, murid-murid juga diingatkan untuk meletakkan pinggan mangkuk dan cawan yang ditempatkan dan bukannya membiarkan ia ditinggalkan di meja dengan mengundang pelbagai serangga untuk hinggap ke situ. 4. Makan di kawasan yang disediakan. Semua murid digalakkan makan ditempat yang telah disediakan di kawasan kantin dan bukannya di kawasan yang bahaya seperti tangga, kawasan berbukit, padang sekolah, tandas dan sebagainya. 5. Murid-murid diminta bersopan santun dan mengamalkan pekerti yang baik semasa berada di kantin. Murid-murid digalakkan untuk menjaga tatasususila diri serta mengamalkan nilai- nilai murni semasa berada di kantin supaya segala yang berlaku berjalan dengan lancar.2.3 Tatacara Guru Di Kantin Sekolah 1. Membantu guru besar dalam usaha menyelia kantin dan bertanggungjawab untuk memastikan kebersihan, kemudahan , alat kelengkapan dan kawasan persekitaran kantin selamat. Guru yang bertugas di kantin bertanggungjawab membantu pentadbir dalam usaha menyelia kantin untuk memastikan agar kantin dalam keadaan terkawal dari segi kebersihannya, disiplin murid, keperluan zat dan khasiat murid-murid dan sebagainya. 2. Memastikan kebersihan mutu, khasiat dan keselamatan makanan yang dijual. Guru juga perlu mengambil berat tentang apakah yang dijual oleh pengusaha kantin. Adakah kuantiti makanan itu berpatutan dengan harganya dan adadak makanan yang dijual mempunyai ciri makanan nerkhasiat dan mampu menampung keperluan zat tubuh. 3. Memastikan harga makanan dan minuman selaras dengan perjanjian. Guru perlu mengambil tahu tentang harga semasa, bagi makanan dan minuman yang dijual di kantin untuk memastikan ia berpatutan dan selaras dengan perjanjian di antara pengusaha kantin, sekolah dan pihak jabatan pelajaran negeri. 7HBHE 3203:KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN PERSEKITARAN 761020135460002
  11. 11. SEMESTER JAN 2012 4. Memastikan keselamatan murid-murid di kantin sekolah. Keselamatan murid-murid perlu diambil berat, kerana kemalangan kecil sering berlaku di kawasan kantin seperti tergelicir, terjatuh, tolak menolak dan sebagainya. Jadi peranan guru ialah menjaga disiplin murid-murid supaya semuanya berjalan lancar. Guru juga memastikan murid-murid sentiasa bersopan santun dan mengamalkan pekerti yang baik semasa berada di kantin. 5. Memastikan kesopanan, kebersihan dan kesihatan pengendali makanan. Guru juga perlu sentiasa membuat pemantauan terhadap pekerja kantin dari segi pengendalian makanan, kebersihan diri mereka dan kesihatan yang baik. Guru juga perlu bermesyuarat dengan pengusaha kantin dan berbincang untuk penambahbaikan hal-hal di kantin. 6. Menyediakan laporan harian kantin. Guru yang terlibat juga bertanggungjawab menyediakan laporan pemantauan harian bagi memastikan apa kelemahan dan kekurangan yang perlu diperbaiki 3. Prosedur Keselamatan Dewan Sekolah/FoyerDewan sekolah merupakan antara tempat yang penting di sekolah. Dewan diperlukan apabilaperhimpunan rasmi sekolah diadakan pada setiap minggu. Selain itu juga, dewan digunakan apabilasesuatu majlis ada apa juga pertandingan seperti Majlis Penyampaian Hadiah Tahunan, , ceramahmotivasi, pertandingan bahas dan pidato, pertandingan berbalas pantun, nyanyian koir atau solo, kegiatankebudayaan dan sebagainya diadakan. Mesyuarat atau perjumpaan penting antara pihak sekolah dan ibubapa serta pihak luar juga diadakan di dewan sekolah seperti mesyuarat PIBG, perjumpaan ibu bapatahun 6. Di dalam dewan juga biasanya terdapat gelanggang badminton atau sepak takraw. Di sinibiasanya acara sukan tersebut di jalankan. Peperiksaan umum seperti Ujian Pencapaian Sekolah Rendah(UPSR) juga sering diadakan di dewan sekolah untuk memudahkan pengurusan peperiksaan dan murid-murid terasing dan jauh daripada kebisingan murid-murid lain. Namun begitu, di dewan jugaberkemungkinan berlakunya kemalangan. Maka suatu prosedur keselamatan perlu diletakkan di suatu 8HBHE 3203:KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN PERSEKITARAN 761020135460002
  12. 12. SEMESTER JAN 2012sudut supaya boleh dibaca oleh murid-murid Di bawah dinyatakan prosedur keselamatan bagi tatacarapenggunaan am, murid dan guru di kawasan dewan sekolah.3.1 Tatacara Penggunaan Am 1. Diminta menjaga disiplin dan tingkah laku semasa berlangsungnya sebarang majlis perhimpunan diadakan di sini. Jika ada sebarang majlis atau perhimpunan di sini semua murid diminta menjaga disiplin diri dan tingkah laku agar ia berlangsung dalam keadaan terkawal dan aman. 2. Dilarang membuat bising di kawasan dewan sekolah jika sebarang peperiksaan sedang berlangsung di sini. Murid-murid yang terlibat dengan peperiksaan diminta tidak berada di kawasan ini dikhuatiri akan menganggu murid-murid yang sedang menjawab peperiksaan. 3. Dilarang membuang sampah merata-rata di kawasan dewan sekolah. Semua warga sekolah diminta tidak membuang sampah sarap merata-rata untuk menjamin kebersihannya. 4. Jaga kebersihan di dalam dan luar kawasan dewan sekolah. Semua warga sekolah perlu menjaga kebersihan dewan supaya ia berada dalam keadaan selesa dan aman. 5. Tutup suis lampu dan kipas dewan sesudah menggunakannya. Ini bertujuan untuk mengelakkan berlakunya pembaziran tenaga dan untuk mengelakkan kemungkinan terjadinya litar pintas.3.2 Tatacara Penggunaan Murid 1. Dilarang berada di kawasan ini jika ada peperiksaan dijalankan di sini kecuali dengan kebenaran guru. Murid-murid yang terlibat dengan peperiksan diminta tidak berada di kawasan ini dikhuatiri akan menganggu murid-murid yang sedang menjawab peperiksaan. 9HBHE 3203:KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN PERSEKITARAN 761020135460002
  13. 13. SEMESTER JAN 2012 2. Menjaga disiplin dan tingkahlaku semasa berada pada sebarang majlis perhimpunan di sini. Jika ada sebarang majlis atau perhimpunan di sini semua murid diminta menjaga disiplin diri dan tingkah laku agar ia berlangsung dalam keadaan terkawal dan aman. 3. Tidak membuang sampah merata-rata di kawasan ini. Semua murid diminta tidak membuang sampah sarap merata-rata untuk menjamin kebersihannya. 4. Tidak mengalihkan peralatan di dalam dewan ini sesuka hati tanpa arahan guru. Murid-murid tidak dibenarkan membawa keluar sebarang peralatan sepert kerusi meja dan lain-lain dari dewan ini. 5. Tidak dibenarkan berhimpun atau melakukan sebarang aktiviti di sini tanpa arahan guru. Murid-murid dilarang membuat sebarang perhimpunan dan aktiviti tanpa arahan guru yang mungkin mewujudkan perbalahan, rusuhan dan keadaan yang tidak diingini3.3 Tatacara Penggunaan Guru 1. Memastikan kebersihan luar dan dalam dewan. Semua guru perlu bertanggungjawab memastikan kebersihan di sekitar dalam dan luar dewan untuk memastikan dewan bersih dan cantik. 2. Memastikan murid-murid menjaga disiplin dan tingkahlaku didalam dewan semasa suatu majlis berlangsung. Jika ada sebarang majlis, perhimpunan, pertandingan dan sebagainya, guru juga bertanggungjawab untuk menegur mana-mana murid yang tidak berdisiplin, bising dan mempunyai tingkahlaku yang kurang sopan. 3. Memastikan keadaan dewan terkawal dan senyap sekiranya peperiksaan diadakan di sini. Selalunya peperikasaan seperti UPSR akan diadakan di sini, maka guru perlu memastikan keadaan dewan terkawal. 10HBHE 3203:KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN PERSEKITARAN 761020135460002
  14. 14. SEMESTER JAN 2012 4. Prosedur Keselamatan Di Makmal KomputerMakmal komputer adalah suatu tempat yang mempunyai kepentingannya yang tersendiri. Ini keranatempat inilah yang dapat menyediakan perkakasan komputer yang diperlukan untuk membuat tugasankerja disamping mencari maklumat penting melalui carian internet. Tujuan makmal diwujudkan disekolah-sekolah adalah untuk menggalakkan minat dan rasa ingin tahu mengenai komputer danmenyediakan peluang dan kemudahan mempelajari pengaturcaraan komputer kepada murid-murid danguru. Selain itu, ia dapat menggalakkan perkongsian idea, maklumat dan pengetahuan di kalangan murid,di antara kelab dan individu dalam masyarakat. Penggunaan komputer juga dapat mewujudkan kerjasamadan motivasi dalam proses pembelajaran selain dapat membantu murid berhadapan dengan kehidupanyang semakin berorientasikan komputer. Pada zaman ini, setiap sekolah mempunyai makmalkomputernya sendiri. Setiap guru dan murid pasti teruja untuk menggunakan makmal komputer. Dalammengurus makmal komputer pula, beberapa aspek pengurusan perlu diberi perhatian seperti keselamatankomputer daripada segi perkakasan dan perisian, keselamatan pengguna dan peraturan makmal komputer.Oleh itu, langkah keselamatan juga perlu diwujudkan untuk mengelakkan perkara-perkara yang tidakdiingini berlaku. Oleh itu pihak makmal komputer menyediakan prosedur keselamatan supaya dapatdipatuhi oleh semua pengguna sama ada guru, murid atau sesiapa sahaja. Di bawah, merupakan tatacarapenggunaan am, murid dan guru ketika berada di makmal komputer.4.1 Tatacara Penggunaan Am 1. Dilarang masuk ke makmal komputer kecuali dengan kebenaran guru atau penyelaras makmal komputer. Tidak dibenarkan sama sekali kepada individu sekolah terutamanya murid-murid memasuki makmal sesuka hati tanpa izin. 2. Diminta mengimbas disket dan pemacu kilat USB sebelum menggunakannya untuk mecegah sebarang serangan virus. Guru dan murid perlu mengimbas dahulu pemacu kilat USB untuk mengelakkan serangan virus berlaku ke komputer. Hasil kerja yang telah ditaip di dalam komputer 11HBHE 3203:KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN PERSEKITARAN 761020135460002
  15. 15. SEMESTER JAN 2012 perlu disimpan dalam storan luar seperti pemacu kilat USB, disket ataupun pemacu keras luaran dan elakkan disimpan ke dalam komputer untuk tidak membebankan kapasiti storan komputer. 3. Laporkan segala masalah yang berkaitan sistem kepada guru atau penyelaras makmal komputer. Jika mengalami kegagalan fungsi komputer, murid perlu memaklumkan kepada guru, manakala guru pula perlu memaklumkan penyelaras komputer kerana beliau lebih mahir dan maklum mengenai komputer. Sesiapa pun tidak dibenarkan membaiki dan mengusik perkakasan makmal komputer sesuka hati. Ini untuk mengelakkan kerosakan serius berlaku. 4. Tutup komputer setelah menggunakannya. Setiap pengguna perlu menutup komputer mengikut prosedur yang betul. Matikan semua suis yang digunakan sebelum meninggalkan makmal komputer. 5. Guru perlu merekodkan penggunaan makmal komputer dalam buku log yang disediakan. Guru perlu sentiasa merekodkan penggunaan komputer untuk tujuan dokumentasi. Selalunya ada buku catatan pengguna di tepi meja komputer. Setiap pengguna perlu merekodkan penggunaan mereka di situ untuk tujuan dokumentasi. 6. Jaga kebersihan dan kekemasan makmal komputer setiap masa. Semua individu bertanggungjawab dalam menjaga kebersihan dan kekemasan makmal komputer sepanjang masa. Setiap pengguna makmal juga perlu mengelakkan membawa makanan dan minuman untuk mengelakkan wujud pencemaran dan kekotoran.4.2 Tatacara Penggunaan Murid 1. Murid dibenarkan masuk ke dalam makmal dengan keizinan atau pengetahuan daripada guru terlebih dahulu atau dengan kehadiran guru itu sendiri. Jika tiada guru, murid tidak boleh masuk ke dalam makmal dan menggunakan peralatan komputer sesuka hati. 12HBHE 3203:KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN PERSEKITARAN 761020135460002
  16. 16. SEMESTER JAN 2012 2. Murid dikehendaki mencatat kehadiran mereka di dalam buku Catatan Pengguna. Selalunya ada buku catatan pengguna di tepi meja komputer. Setiap murid yang menggunakannya perlu merekodkan penggunaan mereka di situ. 3. Jika berlaku sebarang masalah dengan komputer, laporkan segera kepada guru. Murid-murid yang menghadapi masalah dengan computer diminta memberitahu guru dengan segera tanpa cuba membaikinya sendiri. 4. Dilarang membawa sebarang perisian luar ke dalam komputer kecuali dengan izin guru bertugas. Murid tidak dibenarkan membawa apa jua perisian ke dalam komputer makmal tanpa izin guru dan penyelaras makmal. 5. Jika terdengar sebarang bunyi ganjil atau terbau sesuatu yang terbakar atau sebarang keadaan yang disyaki tidak normal, sila laporkan dengan kadar segera pada guru yang bertugas di makmal komputer Jika perkara ini berlaku, jangan cuba baiki sendiri tetapi laporkan kepada penyelaras komputer kerana beliau lebih arif dan berpengetahuan tinggi mengenai hal ini. 6. Pastikan semua suiz telah dimatikan sebelum keluar dari makmal komputer. Keluar dari perisian komputer dengan prosedur yang betul. Tutup semua suis lampu. kipas atau penghawa dingin dahulu sebelum keluar daripada makmal.4.3 Tatacara Penggunaan Guru 1. Memastikan kebersihan dan kekemasan sentiasa terpelihara di dalam makmal komputer. Sentiasa mengingatkan murid menjaga kebersihan dan memastikan peralatan komputer kemas dan dalam keadaan asal. 2. Mencatat rekod penggunaan makmal komputer. Setiasa merekodkan penggunaan komputer untuk tujuan dokumentasi. 13HBHE 3203:KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN PERSEKITARAN 761020135460002
  17. 17. SEMESTER JAN 2012 3. Memastikan murid mencatat rekod penggunaan komputer di dalam buku log yang disediakan. Guru perlu mengingatkan murid agar mengisi rekod penggunaan komputer yang disediakan di sebelah komputer masing-masing. 4. Memantau pergerakan murid- murid semasa melayari internet. Sentiasa memantau murid semasa menggunakan internet. Ini untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku. 5. Memastikan semua komputer yang digunakan murid telah ditutup dengan langkah yang betul selepas menggunakannya. Ini adalah untuk memastikan komputer dalam keadaan yang baik dan mengelakkan komputer cepat rosak jika tidak digunakan dengan prosedur yang betul. 6. Memastikan suis lampu, kipas dan penghawa dingin dan komputer telah dimatikan sebelum meninggalkan makmal komputer. Ini adalah untuk mengelakkan pembaziran tenaga dan menghindarkan kemungkinan berlakunya litar pintas jika digunakan terlalu lama dibiarkan tanpa pengawasa. .RumusanDalam mengamalkan keselamatan diri dan persekitaran di sekolah semua pihak perlu menggalastanggungjawab bersama-sama. Sama ada pentadbir, guru, kakitangan sekolah serta murid tahu apa yangperlu mereka lakukan sewaktu berada di kawasan sekolah. Pihak sekolah juga sewajarnya mewujudkanprosedur keselamatan di setiap kawasan sekolahyang penting seperti di kantin, makmal komputer,makmal sains, perpustakaan, padang sekolah, stor sukan, tandas, dewan dan sebagainya bagi memastikanagar tempat-tempat itu sentiasa berada dalam keadaan baik dan terkawal. Prosedur keselamatan jugabertujuan mewujudkan budaya selamat di sekolah dan persekitaran secara berterusan dengan sokonganwarga sekolah dan komuniti setempat. Selain itu, ia dapat membangunkan kesedaran terhadap aspekkeselamatan untuk melahirkan iklim sekolah yang kondusif untuk perkembangan potensi individu secaramenyeluruh dan bersepadu. Guru-guru bertanggungjawab mewakili pihak sekolah supaya sentiasamengingatkan murid-murid agar patuh kepada prosedur keselamatan yang telah di tampal atau diletakkan 14HBHE 3203:KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN PERSEKITARAN 761020135460002
  18. 18. SEMESTER JAN 2012di setiap kawasan tersebut. Pengawasan perlu dilakukan pada setiap masa supaya peraturan-peraturantersebut tidak diengkari. Selain itu sekolah berperanan menyebarkan maklumat dan pengetahuanmengenai keselamatan kepada murid dan ibu bapa dari semasa ke semasa melalui perhimpunan,mesyuarat, perjumpaan atau surat-surat siaran. Dalam perhimpunan, guru boleh sentiasa mengingatkanmurid-murid dengan menerangkan langkah-langkah keselamatan yang perlu dipatuhi supaya murid-murid faham dengan lebih jelas. Galakkan mereka mematuhi segala arahan langkah-langkah keselamatansetiap masa hingga menjadi amalan harian mereka. Pihak sekolah juga perlu memastikan segalakemudahan yang disediakan berada sentiasa dalam keadaan baik dan selamat. Antaranya melakukanpemeriksaan dari semasa ke semasa ke atas alat-alat dan kelengkapan sekolah seperti kerusi meja, dapur,pendawaian elektrik, alat-alat pertukangan, termasuk struktur bangunan sekolah itu sendiri supayakerosakan dan keadaan yang membahayakan dapat dikesan awal untuk dilakukan baikpulih. Pertolonganatau bantuan dalam menghadapi kecemasan atau kemalangan juga perlu dipastikan ada disediakan samaada dalam bentuk ubatan atau tenaga manusia. Antara lain peranan sekolah dalam memastikankeselamatan terpelihara ialah dengan menyelaras segala kegiatan di sekolah supaya faktor keselamatansentiasa dapat dikawal , mewujudkan satu sistem penyimpanan rekod untuk mengumpul maklumatmengenai keselamatan di sekolah serta menubuhkan sebuah jawatan keselamatan di sekolah yangbertanggungjawab merancang serta mengawasi pelaksanaan langkah-langkah sebagaimana dinyatakan diatas. Kesimpulannya prosedur keselamatan dilihat amat penting diwujudkan di seluruh kawasan sekolahagar semuanya yang berlaku di sekolah berjalan dengan lancar dan sentiasa dalam keadaan aman danharmoni. 3819 patah perkataan 15HBHE 3203:KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN PERSEKITARAN 761020135460002
  19. 19. SEMESTER JAN 2012RujukanMohd Noorazam Abdul Razak.et al.(2011).HBHE 3203Kebersihan dan KeselamatanPersekitaran.Selangor:Meteor Doc.Sdn Bhd.Garis Panduan Pengurusan Makmal Komputerhttp://mrriz575.edublogs.org/about/teknologi/Pengurusan Stor Peralatan Pendidikan Jasmanihttp://notapismp.blogspot.com/2009/09/pengurusan-stor-peralatan-pendidikan.htmlPeraturan Stor Sukan SK Jerantut Jayahttp://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=1028&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_32.htmPolisi Keselamatan Kegiatan Kokurikulum Sekolahhttp://khairulsham.blogspot.com/p/polisi-keselamatan-kegiatan-luar-bilik.htmlTatacara Pengurusan Kantinhttp://hemsktbi.blogspot.com/2010/07/matlamat-pengurusan-kantin-sekolah-sk.htmlBidang-Bidang Berkaitan Pengurusan Hem Di Sekolah Kebajikan Pelajarhttp://semekanet99.tripod.com/pengurusanhem3.htm iiiHBHE 3203:KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN PERSEKITARAN 761020135460002

×