Successfully reported this slideshow.
Your SlideShare is downloading. ×

Kertas kerja permohonan untuk uniform kadet

More Related Content

Related Audiobooks

Free with a 30 day trial from Scribd

See all

Kertas kerja permohonan untuk uniform kadet

  1. 1. SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN RAJA ABDULLAH JALAN KEPONG 52000 KUALA LUMPUR KERTAS KERJA PERMOHONAN PERUNTUKAN KEWANGAN BAGI PEMBELIAN UNIFORM LENGKAP KADET POLIS SMK RAJA ABDULLAH 2013 DISEDIAKAN OLEH : PN. SITI MARIAM BINTI DOLLAH GURU PENASIHAT PERSATUAN KADET POLIS SEKOLAH SMK RAJA ABDULLAH
  2. 2. 1.0 PENGENALAN Kertas kerja ini bertujuan untuk memohon peruntukan kewangan dari Unit Kokurikulum bagi membeli kelengkapan uniform kadet polis SMK Raja Abdullah yang telah dirancang untuk 2014. 2.0 LATAR BELAKANG Persatuan Kadet Polis memainkan peranan penting dalam menyemai kesedaran sivik dan perasaan bertanggungjawab kepada masyarakat di kalangan pelajar.Bagi mencapai objektif bagi membina satu bangsa Malaysia yang berdisiplin, maka penubuhan Persatuan Kadet Polis akan menjadi pemangkin kepada proses untuk memiliki lebih golongan yang berjaya di negara ini. Persatuan Kadet Polis SMK Raja Abdullah telah ditubuhkan pada Januari 2012 selaras dengan misi kokurikulum sekolah iaitu Penubuhan PKP merupakan salah satu kegiatan kokurikulum sekolah menengah sebagaimana yang ditakrifkan dalam Akta Pelajaran 1961 mengikut Ordinan No. 2 (KuasaKuasa Perlu) Darurat 1969, P.K. (A) 487 bertarikh 20 November 1969 yang diselaraskan oleh PDRM. Pengambilan ahli kadet pada tahun pertama ini disaring dengan terperinci dalam memastikan nama baik persatuan dijaga dengan baik. Aspek disiplin, kekemasan diri, dan mutu pelajaran pelajar diambil kira di samping ujian fizikal dilaksanakan sendiri oleh PDRM dalam pemilihan ahli kadet. PKP SMK RAJA ABDULLAH 2 2013
  3. 3. 3.0 OBJEKTIF 3.1 Memantapkan lagi matlamat kokurikulum iaitu,mewujudkan minat serta meningkatkan keupayaan murid SMK Raja Abdullah bagi menceburi badan beruniform dari peringkat sekolah sehinggalah meninggalkan alam persekolahan. 3.2Memberi suntikan motivasi yang konsisten kepada murid SMK Raja Abdullah supaya mereka terus mantap dalam aktiviti luar yang dianjurkan oleh PDRM. 3.3 Memberi bantuan kepada ahli kadet yang tidak mempunyai kelengkapan uniform lengkap untuk mewakili sekolah. 4.0 ANGGARAN PERUNTUKAN YANG DIPERLUKAN 1. Uniform Kadet 1 Set ( Lelaki ) X 7 RM 819.35 2. Uniform Kadet 1 Set ( Perempuan ) X7 RM 771.75 3. 1 Berret Kadet Polis ( Lencana Polis) RM 456.60 ( Pelapik Merah) ( Upah Jahit ) ________ Jumlah PKP SMK RAJA ABDULLAH RM 2047.6 3 2013
  4. 4. 5.0 PENUTUP Saya amat berharap permohonan ini mendapat kerjasama dan dipertimbangkan dengan sebaiknya Diharapkan dengan adanya bantuan ini, pasukan kadet polis SMK Raja Abdullah akan muncul sebagai sebuah pasukan yang dikagumi hingga ke peringkat antarabangsa. Disediakan oleh : Diluluskan oleh : …………………. …………………. Pn.Siti Mariam Dollah En Seow Cheng Ping Guru Penasihat PKP Pen. Kanan Kokurikulum SMK Raja Abdullah SMK Raja Abdullah Ulasan Disahkan oleh : ………………… En Wan Mohd Wan Yusof Pengetua SMK Raja Abdullah : ……………………………………………………………………………………………………………… …………………………………… PKP SMK RAJA ABDULLAH 4 2013

×