Successfully reported this slideshow.
We use your LinkedIn profile and activity data to personalize ads and to show you more relevant ads. You can change your ad preferences anytime.

Tokoh guru

934 views

Published on

  • Be the first to comment

  • Be the first to like this

Tokoh guru

  1. 1. TOKOH GURU PEREMPUAN Lahir pada hari Rabu 28 Disember 1949 di Kuang, Selangor. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Kuang dan meneruskan pelajaran 4 Thanawi di Sek Men Agama Jln Ipoh Kuala Lumpur dan SPM di Yayasan Anda Kuala Lumpur. Beliau meneruskan pengajian di Maktab Perguruan Sultan Idris, Tg Malim, Perak yang kini dikenali sebagai UPSI. Beliau merupakan seorang ibu kepada 3 orang anak hasil perkongsian hidup bersama suami tersayang iaitu Safiaai bin Ali. Anak pertama dan kedua mengikut jejak langkah beliau menjadi pendidik. Beliau memulakan tugas di SRA Paya Jaras dan meneruskan tugas di Sek Rendah Jenis Kebangsaan Selayang Baru. Beliau juga pernah bertugas di SRA Rawang, SRA Merbau Sempak dan sekolah terakhir beliau berkhidmat di SRA Kuang. Kini beliau menetap di Kuang dan beliau yang dimaksudkan ialah ustazah Rumini binti Salim.
  2. 2. TOKOH GURU LELAKI Tengahari Ahad, 9 November 1938 beliau dilahirkan di Rantau Panjang Klang Selangor. Mendapat pendidikan awal Sekolah Melayu Rantau Panjang, Klang Selangor. Meneruskan pengajian diperingkat menengah 4 Thanawi di Sekolah Arab Sungai Berteh Klang. Mendirikan rumah tangga bersama Siti Aminah bt Mohd Kadis dan dikurniakan 7 orang cahaya mata, 3 putera dan 4 puteri. Beliau memulakan tugas di Sekolah Ugama Rantau Panjang Klang dan meneruskan khidmat beliau di Sekolah Ugama Tok Muda Klang. Beliau juga pernah berkhidmat di Sekolah Kebangsaan Hishamuddin, Kuala Lumpur. Sekolah terakhir beliau sebelum bersara, beliau berkhidmat di Sekolah Rendah Agama Kuang. Kini beliau yang aktif dalam program kemasyarakatan penduduk setempat di Kuang, dan beliau yang dimaksudkan ialah Ustaz Mohd Zahari bin Abd Rahim.

×