KAJIAN TERHADAP AMALAN DAN TINGKAHLAKU PENGGUNA TERHADAP

                   PENGGUNAAN LESTARI DAN KUALITI HIDUP




    ...
pengertian yang menyeluruh ini dapatlah disimpulkan bahawa kesejahteraan hidup adalah

matlamat akhir penggunaan isirumah ...
1.3 Objektif Kajian

Objektif kajian ini adalah seperti berikut :



   i.   Untuk mengenalpasti amalan penggunaan lestari...
Dari segi khazanah ilmiah, kajian ini diharapkan dapat menyokong dan mengukuhkan teori dan

model kajian terdahulu berkait...
Konsepsual : Jumlah wang yang dikenakan untuk mendapatkan sesuatu produk atau

        perkhidmatan atau jumlah nilai (wan...
1.8 Kerangka Konsep




Demografi

 -Tempat

 -Pendapatan

 -Pekerjaan

 -Budaya




Amalan
Penggunaan

 -Kekerapan

     ...
Rajah ini menunjukkan kerangka kerja konsep “Amalan penggunaan lestari kearah

kehidupan yang lebih sejahtera”. Kajian tin...
seperti citarasa, harga dan jenama barang dan perhidmatan terhadap pengguna mempengaruhi

pembelian barangan dan perkhidma...
BAB II


                                   KAJIAN LITERATUR




   2.1 Kajian Literatur


   Fakta-fakta asas tentang ama...
Nation,1954 ). Menurut Glenn (1989) lagi, proses penggunaan adalah melibatkan tiga aktiviti

atau keputusan:

• Menentukan...
i.    Data primer akan dikumpulkan daripada 100 orang pelajar UPM yang akan dipilih secara
       persampelan berkelompok ...
Upcoming SlideShare
Loading in …5
×

KAJIAN TERHADAP AMALAN DAN TINGKAHLAKU PENGGUNA TERHADAP PENGGUNAAN LESTARI DAN KUALITI HIDUP

15,402 views

Published on

Published in: Business, Technology
1 Comment
6 Likes
Statistics
Notes
No Downloads
Views
Total views
15,402
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
6
Actions
Shares
0
Downloads
362
Comments
1
Likes
6
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

KAJIAN TERHADAP AMALAN DAN TINGKAHLAKU PENGGUNA TERHADAP PENGGUNAAN LESTARI DAN KUALITI HIDUP

  1. 1. KAJIAN TERHADAP AMALAN DAN TINGKAHLAKU PENGGUNA TERHADAP PENGGUNAAN LESTARI DAN KUALITI HIDUP BAB I PENGENALAN 1.1 Pendahuluan Hampir semua bidang dikaitkan samaada secara langsung atau tidak langsung dengan konsep penggunaan dan kualiti hidup termasuklah bidang fizik, ekologi, ekonomi dan sosiologi. Ini tidak menghairankan kerana kualiti hidup itu sendiri adalah matlamat terakhir yang ingin dicapai oleh semua bidang walaupun pengertian yang diberikan kepada kualiti hidup itu sendiri adalah pelbagai. Secara kasarnya, ahli fizik mendefinisikan penggunaan sebagai kesan yang berlaku apabila bahan atau tenaga diubah. Ahli ekologi mendefinisikan penggunaan sebagai apa yang dilakukan oleh satu kumpulan ke atas kumpulan yang lain. Ahli ekonomi pula mendefinisikan penggunaan sebagai bagaimana pengguna menggunakan wang manakala ahli sosiologi mendefinisikan penggunaan sebagai tindakan yang dilakukan oleh seseorang untuk menyamai orang lain. Penggunaan juga adalah penentu kepada kesejahteraan dimana penggunaan dapat dilihat sebagai penentu modal insan dan merupakan input utama dalam fungsi sosial dan ekonomi negara. Konsep penggunaan dalam konteks ini yang lebih menyeluruh merangkumi pemilikan, guna, dan pelupusan barangan dan perkhidmatan. Berdasarkan
  2. 2. pengertian yang menyeluruh ini dapatlah disimpulkan bahawa kesejahteraan hidup adalah matlamat akhir penggunaan isirumah (Magrabi, 1991). 1.2 Pernyataan Masalah Kajian ini menumpukan perhatian kepada amalan dan tingkahlaku pengguna terhadap penggunaan lestari dan kualiti hidup kearah kehidupan yang lebih sejahtera. Pada masa kini, amalan penggunaan barangan atau perkhidmatan yang tidak lestari menyebabkan kuantiti sampah semakin bertambah dan mengakibatkan masalah kekurangan tempat menyimpan dan memproses dimana ini menyebabkan amalan penggunaan lestari semakin berkurang. Pada masa kini banyak pihak membincangkan isu globalisasi yang secara langsung atau tidak langsung akan mempengaruhi penggunaan. Hasil yang paling ketara daripada globalisasi ini ialah budaya penggunaan dan konsumerisme, sama ada dari segi material atau bukan material. Budaya ini meletakkan nilai dan kepercayaan material sebagai pengukur kejayaan dan cara hidup dimana pada masa yang sama, nilai murni dan cara hidup tradisi perlahan-lahan dipinggirkan. Di dalam konteks pembangunan yang berorientasikan gaya hidup mewah pada masa kini, pengguna banyak membazir dan ini telah menyebabkan berlakunya pencemaran alam sekitar. Isu alam sekitar pada abad ke-21 ini secara globalnya banyak tertumpu kepada perkara yang boleh mengancam keharmonian, keindahan dan kesejahteraan hidup manusia. Menyedari tentang seriusnya pencemaran alam sekitar inilah yang telah mewujudkan kesedaran baru yang dikenali sebagai pembangunan lestari yang diharap dapat menyederhanakan gaya hidup pengguna.
  3. 3. 1.3 Objektif Kajian Objektif kajian ini adalah seperti berikut : i. Untuk mengenalpasti amalan penggunaan lestari dikalangan pelajar Universiti Putra Malaysia ii. Untuk mengukur kualiti hidup pengguna bagi membantu pengguna kearah penggunaan lestari iii. Untuk mengenalpasti tingkahlaku pengguna terhadap penggunaan lestari 1.4 Hipotesis Kajian Hipotesis-hipotesis kajian adalah seperti berikut: Hipotesis 1 Terdapat perbezaan yang signifikan terhadap kesan pengguna yang melakukan pengunaan barangan atau perkhidmatan yang tinggi berbanding isi rumah yang kurang menggunakan barang dan perkhidmatan Hipotesis 2 Terdapat perbezaan yang signifikan terhadap kekerapan pengguna dalam melakukan amalan penggunaan lestari dan kualiti hidup. 1.5 Kepentingan Kajian 1.5.1 Kepentingan kepada khazanah ilmiah
  4. 4. Dari segi khazanah ilmiah, kajian ini diharapkan dapat menyokong dan mengukuhkan teori dan model kajian terdahulu berkaitan amalan dan tingkahlaku penggunaan lestari. Di samping itu, kajian ini juga dijalankan bagi menambah bilangan kajian yang berkaitan dengan psikologi pengguna yang dirasakan amat kurang dijalankan terutama di Malaysia. Dapatan dari kajian ini juga menambahkan bahan bacaan umum dalam bentuk artikel atau jurnal. 1.5.2 Kepentingan kepada manusia Kajian ini dapat memberikan gambaran tentang tingkahlaku penggunaan lestari terhadap penggunaan barangan dan perkhidmatan untuk memenuhi keperluan asas kearah mencapai kualiti hidup yang lebih baik.. Justeru, kajian ini akan cuba mengenalpasti pembolehubah yang mempengaruhi corak perbelanjaan didalam pembelian dan penggunaan barangan. Selain itu, dapatan kajian ini diharapkan dapat dijadikan rujukan kepada perbendaharaan ilmu pengguna 1.6 Limitasi Kajian i. Tiada peruntukan: Peruntukan bagi membuat kajian tidak disediakan dimana ini telah menghadkan kajian kami dari segi saiz sampel dan kawasan kajian. Hasil yang lebih komprehensif juga sukar dihasilkan ii. Borang soal-selidik: Beberapa borang soal-selidik yang dipulangkan oleh responden adakalanya tidak lengkap, maka ia tidak dapat digunakan dalam hasil kajian kami. iii. Tiada kerjasama : Ada diantara responden yang kurang memberi kerjasama dan ini akan menyukarkan kami dalam proses untuk mendapatkan maklumat daripada responden. 1.7 Definisi Istilah 1.7.1 Harga
  5. 5. Konsepsual : Jumlah wang yang dikenakan untuk mendapatkan sesuatu produk atau perkhidmatan atau jumlah nilai (wang) yang diperuntukkan untuk mendapat faedah daripada sesuatu barangan atau perkhidmatan ( Kotler dan Armstrong,2004 ) Operasional : Harga bagi sesuatu barangan sama ada tinggi atau rendah dan membuat perbandingan harga bagi barangan yang sama. 1.7.2 Jenama Konsepsual : Jenama ialah perkataan, simbol atau rekabentuk atau kombinasinya yang digunakan untuk mengenalpasti sesuatu produk atau perkhidmatan penjual di samping membezakan sesuatu produk atau perkhidmatan dari yang lain (Kotler dan Armstrong,2004 ) Operasional : Jenis sesuatu barangan yang memakai nama khas yang dikeluarkan oleh pengeluar (pembuat,pengilang) tertentu.
  6. 6. 1.8 Kerangka Konsep Demografi -Tempat -Pendapatan -Pekerjaan -Budaya Amalan Penggunaan -Kekerapan Tingkahlaku penguna Tahap penggunaan lestari dalam penggunaan ke arah kehidupan yang lestari ke arah kehidupan lebih sejahtera yang lebih sejahtera Ciri-ciri Produk -Citarasa -Harga -Jenama Badan-badan yang terlibat -Kerajaan -Bukan kerajaan
  7. 7. Rajah ini menunjukkan kerangka kerja konsep “Amalan penggunaan lestari kearah kehidupan yang lebih sejahtera”. Kajian tingkahlaku pengguna dalam penggunaan lestari didahului dengan mengenalpasti ciri-ciri demografi seperti kawasan tempat tinggal, perbezaan pendapatan, jenis pekerjaan dan budaya yang pelbagai. Ciri-ciri demografi ini dapat mempengaruhi tingkahlaku pengguna dalam penggunaan lestari kearah kehidupan yang lebih sejahtera. Isi rumah yang tinggal dikawasan bandar dan mempunyai pendapatan yang tinggi lebih cenderung kearah pembelian barangan dan perkhidmatan yang mempunyai harga yang tinggi berbanding penduduk luar bandar yang mempunyai pendapatan yang rendah lebih cenderung membeli barangan yang mempunyai harga yang lebih murah. Untuk mencapai kesejahteraan, perbezaan yang keterlaluan boleh menbawa kesan yang buruk dan tahap penggunaan yang terlalu rendah pula akan menyebabkan isi rumah gagal memenuhi keperluan asas untuk perkembangan fizikal dan mental. Perbezaan jenis pekerjaan bergantung kepada taraf pendidikan yang menentukan kadar pendapatan sekaligus mempengaruhi corak pembelian barangan dan perkhidmatan kearah amalan penggunaan lestari yang lebih sejahtera. Budaya juga menentukan amalan penggunanan lestari pengguna yang dapat dilihat dari segi amalan yang dilakukan dan diamal oleh setiap pengguna. Tingkahlaku amalan penggunaan lestari dapat diatur dari segi kekerapan amalan ini diamalkan. Amalan penggunaan lestari pengguna dapat memberi gambaran terhadap keberkesanan amalan penggunaan lestari kearah kehidupan yang lebih sejahtera. Ciri-ciri produk
  8. 8. seperti citarasa, harga dan jenama barang dan perhidmatan terhadap pengguna mempengaruhi pembelian barangan dan perkhidmatan, pengaruh media masa seperti iklan, ciri produk dan harga merupakan elemen yang yang penting didalam meningkatkan citarasa pengguna terhadap pembelian barangan dan perkhidmatan, ini juga bergantung kepada kepentingan produk tersebut terhadap pengguna didalam memenuhi keperluan dan kehendak. Pihak kerajaan dan bukan kerajaan seperti NGO, swasta dan pertubuhan merupakan badan- badan yang terlibat didalam menentukan menciptaan barangan oleh industri bagi memperkasakan penggunaan lestari. Keempat-empat aspek ini dapat menentukan tingkahlaku pengguna dalam penggunaan lestari dan seterusnya dapat menentukan tahap penggunaan lestari kearah kehidupan yang lebih sejahtera.
  9. 9. BAB II KAJIAN LITERATUR 2.1 Kajian Literatur Fakta-fakta asas tentang amalan dan tingkahlaku penggunaan lestari adalah lebih mudah dipastikan dengan menggunakan pemerhatian yang asas. Menurut satu kajian yang dijalankan iaitu bukan sahaja melihat kepada input penggunaan seperti penentuan tentang apa yang perlu dihasilkan, bagaimana input digunakan dalam proses pengeluaran, agihan barangan dan perkhidmatan yang dihasilkan, tetapi juga mengaitkan penggunaan dengan tahap hidup (Magribi,1991). Menurut Motavalli (1996), Di Negara perindustrian sudah jelas bahawa tahap penggunaan yang tinggi tidak bermakna pencapaian yang lebih tinggi ataupun kehidupan yang lebih baik. Kualiti hidup adalah subjektif yang dilihat daripada pelbagai aspek kesejahteraan termasuklah keadaan hidup yang dialami, kepuasan terhadap keperluan dan kehendak, kesejahteraan fizikal, penggunaan material dan bukan material serta kebebasan manusia (United
  10. 10. Nation,1954 ). Menurut Glenn (1989) lagi, proses penggunaan adalah melibatkan tiga aktiviti atau keputusan: • Menentukan kehendak kumpulan atau individu. • Mencari dan membeli produk. • Menggunakan produk untuk mendapatkan faedah Oleh itu, pengguna boleh dirujuk kepada sebahagian orang yang menunjukkan salah satu daripada aktiviti dalam proses penggunaan tersebut dan juga seseorang yang menunjukkkan ketiga-tiga aktiviti tersebut. BAB III METODOLOGI KAJIAN 3.1 Rekabentuk Kajian Kajian ini dijalankan dengan menggunakan kaedah penyelidikan yang berbentuk kuantitatif. Kaedah kuantitatif yang merupakan satu proses yang logik membawa kepada kesimpulan berdasarkan sesuatu ketentuan atau fakta yang telah diketahui benar. 3.2 Lokasi Kajian Kajian ini dibuat dikalangan pelajar Universiti Putra Malaysia, Serdang. Lokasi kajian ini adalah disekitar kawasan Universiti Putra Malaysia. 3.3 Persampelan
  11. 11. i. Data primer akan dikumpulkan daripada 100 orang pelajar UPM yang akan dipilih secara persampelan berkelompok dengan mengisi borang soal selidik di dalam kampus. ii. Kami memilih persampelan berkelompok kerana kaedah tersebut dapat mewakili sesuatu populasi kajian. iii. Seramai 100 orang pelajar akan dipilih daripada setiap fakulti di UPM yang dapat mewakili sampel setiap fakulti.

×