Bab 6 prinsip penting dalam ajaran pelbagai agama

15,649 views

Published on

NOTA POWERPOINT PENDIDIKAN SIVIK KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 4 - BAB 6: PRINSIP PENTING DALAM AJARAN PELBAGAI AGAMA

Published in: Education
1 Comment
2 Likes
Statistics
Notes
No Downloads
Views
Total views
15,649
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
41
Actions
Shares
0
Downloads
268
Comments
1
Likes
2
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Bab 6 prinsip penting dalam ajaran pelbagai agama

  1. 1. TEMA : WARISAN KEPELBAGAIANBUDAYA MALAYSIA
  2. 2. BAB 6 : PRINSIP-PRINSIP PENTING DALAMAJARAN PELBAGAI AGAMA
  3. 3. 6.1 AGAMA ISLAMSalah satu prinsip utama dalamagama Islam ialah Rukun Islam.Terdapat 5 perkara penting iaitu :1. Mengucap dua kalimah syahadat – pengakuan tentang kewujudan Allah dan keesaanNya serta kerasulan Nabi Muhammad SAW 3
  4. 4. 2. Solat lima waktu – iaitu ibadat yang mengandungi perkataan dan perbuatan yang dimulai dengan takbir serta diakhiri dengan salam. Solat wajib ditunaikan pada 5 waktu tertentu iaitu Subuh, Zohor, Asar, Maghrib dan Isyak.3. Membayar zakat – ibadat yang mengeluarkan harta tertentu yang dimiliki untuk diberikan kepada golongan yang memerlukan. 4
  5. 5. 4. Berpuasa di bulan Ramadhan – ibadat yang menahan diri daripada melakukan perkara yang membatalkan puasa, bermula dari matahari terbit sehingga matahari terbenam. Puasa wajib ditunaikan selama sebulan pada bulan Ramadhan.5. Menunaikan haji – ibadat yang wajib ditunaikan di Makkah sekali seumur hidup bagi umat Islam yang mampu, tertakluk pada syarat tertentu dan pada masa yang tertentu. 5
  6. 6. 6.2 AGAMA BUDHHAAgama Buddha ialah agama dan falsafahberasaskan ajaran Siddharta Gautamayang dipercayai lahir pada kurun ke-5sebelum masihi.Prinsip penting ajaran agama Budhhaialah Lima Ajaran dan Lapan Jalan Betulyang harus dijadikan prinsip kehidupanoleh setiap penganutnya. 6
  7. 7. 5 Ajaran Betul Agama Buddha : 1. Kita tidak harus membunuh atau berkelakuan kejam 2. Kita tidak harus mencuri 3. Kita tidak harus melakukan kesalahan seksual 4. Kita tidak harus berbohong 5. Kita tidak harus mengusutkan fikiran kita dengan mengambil dadah dan arak. 7
  8. 8. 8 Jalan Betul Mengikut Ajaran Agama Buddha :1. PANDANGAN YANG BETUL – kita harus sedaya upaya untuk memahami sesuatu perkara dengan cara terbaik demi menikmati kehidupan yang terbaik.2. FIKIRAN YANG BETUL – Kita harus memilih dan membuat keputusan yang betul berkenaan perkara-perkara kehidupan. 8
  9. 9. 3. UCAPAN YANG BETUL – Kita harus bercakap dan bertutur dengan sopan agar dapat membawa kegembiraan kepada orang yang sedang bercakap dengan kita.4. PERBUATAN YANG BETUL – Kita harus melakukan perbuatan yang boleh dijadikan teladan oleh orang lain. 9
  10. 10. 5. PEKERJAAN YANG BETUL – Kita harus memilih kerjaya halal yang tidak membawa keburukan kepada orang lain.6. DAYA UPAYA YANG BETUL – Kita tidak harus leka dan malas.7. PERINGATAN YANG BETUL – Kita harus sentiasa memberikan tumpuan terhadap apa jua yang kita lakukan.8. BERTAFAKUR SECARA BETUL – Kita harus bertakafur dengan cara yang dapat membawa ketenangan dan kearifan. 10
  11. 11. 6.3 AGAMA HINDUAgama Hindu dipercayai merupakanagama tertua di dunia.Agama Hindu dipercayai bermuladaripada peradaban tua di Banjaran Indusdan Ganges. 11
  12. 12. Amalan dan kepercayaan Agama Hindu :AHIMSA– Kehidupan tanpa keganasan dan tidak mencederakan atau menyakiti orang lain.– Kepercayaan ini menjelaskan sebab ramai penganut Hindu mengamalkan pemakanan sayur-sayuran (vegetarian).– Ahimsa harus dipraktikkan dalam semua tindakan iaitu pemikiran, pertuturan dan perlakuan.– Kebenaran sangat penting untuk melindungi umatnya. 12
  13. 13. KARMA– Undang-undang sebab dan akibat.– Penganut Hindu digalakkan untuk melakukan tugasan harian mereka tanpa mengharapkan balasan.– Karma yang buruk akan dibalas dengan kehidupan yang penuh sengsara 13
  14. 14. KEHIDUPAN SELEPAS MATI– Setiap penganut agama Hindu dipercayai akan lahir semula beberapa kali untuk memperbaiki karma mereka.– Seseorang tidak lagi dilahirkan semula apabila dia berjaya mencapai karma yang penuh dengan kebaikan. 14
  15. 15. MOKSHA– Setiap penganut Hindu harus berusaha untuk mencapai moksha, iaitu bebas daripada kitaran kelahiran dan kematian.– Moksha tercapai apabila karma kebaikan mengatasi karma keburukan. 15
  16. 16. Displin KejiwaanDISPLIN HURAIANKarma yoga Memahami cara yang betul apabila menjalankan sesuatu tugas tanpa memikirkan kemahuan sendiri dan bersifat tamak.Raja Yoga Displin diri dan pemikiran yang melibatkan amalan tafakur dan penumpuan untuk memperoleh ketenangan fikiran. 16
  17. 17. Bakhthi yoga Perasaan kasih sayang terhadap Tuhan dan mempercayai kewujudan Tuhan.Inana yoga Memperoleh pengetahuan kejiwaan melalui perlakuan, pengetahuan, tafakur dan kebaktian. 17
  18. 18. 6.4 AGAMA KRISTIANTerdapat 10 firman utama dalam ajaranagama Kristian iaitu :1. Ketuhanan merupakan perkara utama dalam kehidupan. Penganut Kristian percaya bahawa mereka adalah anak Tuhan.2. Menghormati nama Tuhan.3. Bersembahyang di gereja semasa upacara sembahyang khas pada setiap hari Ahad atau Sabtu petang. 18
  19. 19. 4. Menghormati ibu bapa dengan sentiasa menyayangi, mentaati dan membantu mereka.5. Tidak boleh membunuh. Sebaliknya, penganut Kristian harus meindungi dan menjaga diri sendiri serta orang lain.6. Tidak boleh berzina.7. Tidak boleh mencuri. 19
  20. 20. 8. Tidak boleh melakukan perbuatan fitnah terhadap jiran atau orang lain.9. Tidak boleh menginginkan isteri jiran atau isteri orang lain.10.Tidak boleh menginginkan harta milik jiran atau harta orang lain. 20
  21. 21. TA M A T BAB 6

×