Successfully reported this slideshow.
We use your LinkedIn profile and activity data to personalize ads and to show you more relevant ads. You can change your ad preferences anytime.

Forum 3 krp3013.2

  • Be the first to comment

  • Be the first to like this

Forum 3 krp3013.2

  1. 1. Dari segi reka bentuk, KSSR berasaskan kepada enam tunjang iaitu tunjang Komunikasi; Kerohanian; Sikap dan Nilai, Kemanusiaan; Perkembangan Fizikal dan Estetika; Sains dan Teknologi; dan Keterampilan Diri. KSSR mengekalkan konsep kesepaduan seperti yang terdapat dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. KSSR menyepadukan beberapa disiplin ilmu untuk menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih menyeronokkan, bermakna dan berkesan. Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangankan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepada kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.Transformasi system pendidikan di Malaysia adalah bersandarkan kepada Falsafah Pendidikan Negara. Antara enam tunjang di dalam KSSR ialah tunjang kerohanian, sikap dan nilai . Tunjang kerohanian , sikap dan nilai adalah penting dan seiring dengan kehendak falsafah pendidikan Negara .Tunjang kerohanian, sikap dan nilai adalah merupakan pembentukan asas kepada sahsiah seseorang pelajar. Melalui tunjang ini pelajar akan dibentuk untuk menjadi seorang yang patuh kepada ajaran agama, berperibadi mulia, mempunyai pemikiran yang rasional , dapat memberi dan menerima serta menghormati hak orang lain. Kerohanian dapat dipupuk melalui pendidikan Agama Islam, Sikap dan nilai pula dapat diperolehi dalam semua subjek lain kerana KSSR mempunyai elemen merentas kurikulum (EMK).Tunjang ini perlu diberi perhatian dan dibangunkan dengan berkesan supaya insan yang dihasilkan melalui sistem pendidikan negara memahami, menghayati dan seterusnya mengamal nilai dan norma kemasyarakatan yang mencerminkan keperibadian yang menepati identiti Malaysia. Tunjang Kerohanian, Sikap dan Nilai memberi penekanan kepada bidang pembelajaran yang fokus kepada pengamalan ilmu agama dan kepercayaan, sikap & nilai. Maka, bidang ilmu yang relevan dengan perkara tersebut seperti Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral menjadi teras kepada tunjang Kerohanian, Sikap dan Nilai. Pada masa yang sama, pengajaran guru sewajarnya dapat membolehkan murid memperoleh ilmu pengetahuan, mengembangkan daya kreativiti, mengaplikasi pelbagai kemahiran dan mengamalkan nilai murni. KSSR digubal dalam bentuk pernyataan standard.

    Be the first to comment

    Login to see the comments

Views

Total views

75

On Slideshare

0

From embeds

0

Number of embeds

2

Actions

Downloads

1

Shares

0

Comments

0

Likes

0

×