Successfully reported this slideshow.
We use your LinkedIn profile and activity data to personalize ads and to show you more relevant ads. You can change your ad preferences anytime.

Kata Sendi Nama P5

13,819 views

Published on

A lesson for P5 explaining concepts in Malay language. Cute powerpoint but very simple. Task was only to complete activity book. Then again, its still a task. hahaha!

Kata Sendi Nama P5

1. 1. Mari belajar Kata Sendi Nama bersama Simpsons
2. 2. Apa khabar murid-murid? Nama saya Homer. Cikgu Nur Ain baharu sahaja memberikan keluarga saya tugas untuk mengajar murid-murid Kata Sendi Nama . Jika murid-murid keliru, jangan segan untuk bertanya, ya? Selamat belajar!
3. 3.

Pertama sekali, Kata Sendi Nama adalah perkataan yang hadir di hadapan kata nama atau frasa nama .

Contoh Kata Sendi Nama:

untuk

kepada

tentang

daripada

antara

Setiap Kata Sendi Nama ini mempunyai tugas atau fungsi yang berlainan dan penggunaannya ditentukan oleh peraturan-peraturan khusus.

4. 4.

Kata Sendi Nama ‘untuk’

Digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan kegunaan untuk sesuatu

Contoh:

Asrama Desa untuk murid-murid luar bandar yang berpotensi akan dibina di setiap negara.

Kata Sendi Nama ‘untuk’

Digunakan untuk menyatakan maksud bahagian yang ditentukan atau diperuntukkan

Contoh:

Hadiah itu untuk guru bahasa Melayu kami yang bernama Cikgu Nur Ain.

5. 5.

Kata Sendi Nama ‘kepada’

Digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan sasaran seperti manusia dan haiwan

Contoh:

Pisang itu diberikan kepada Haziq.

Kata Sendi Nama ‘kepada’

Boleh juga digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama seperti institusi yang ada kaitan dengan manusia

Contoh:

Dewan Bahasa dan Pustaka telah menghadiahkan buku bacaan kepada Ketua Pustakawan Negara.

6. 6.

Kata Sendi Nama ‘kepada’

Digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama untuk menyatakan pecahan

Contoh:

Peserta bengkel penulisan dibahagikan kepada lima kumpulan.

Kata Sendi Nama ‘ kepada’

Digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan perubahan keadaan

Contoh:

Keadaan ekonomi negara berubah kepada tahap yang lebih baik.

7. 7.

Kata Sendi Nama ‘tentang’

Kata nama atau frasa nama yang diiukuti oleh Kata Sendi ‘tentang’ menjadi hal atau perkara yang diperkatakan

Contoh:

Laporan tentang kehilangan budak lelaki berumur 10 tahun itu sedang diteliti.

Kata Sendi Nama ‘tentang’

Boleh digantikannya dengan perkataan ‘ mengenai ’ kerana ia membawa makna yang sama

Contoh:

Aduan mengenai penjualan makanan yang kurang sihat di kantin itu sedang diselidiki.

8. 8.

Kata Sendi Nama ‘daripada’

Digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan punca bagi manusia, haiwan dan benda

Contoh:

Remaja perlu menjauhkan diri daripada bahaya dadah.

Kata Sendi Nama ‘daripada’

Digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan sumber atau asal kejadian sesuatu benda

Contoh:

Almari itu diperbuat daripada kayu jati.

9. 9.

Kata Sendi Nama ‘daripada’

Digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan perbezaan atau perbandingan

Contoh:

Cara Rizwan berfikir lain daripada yang lain.

10. 10.

Kata Sendi Nama ‘antara’

Digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang seakan atau sama tarafnya

Contoh:

Terdapat perbezaan yang ketara antara pelajar bandar dengan pelajar luar bandar.

Kata Sendi Nama ‘antara’

Berfungsi sebagai kata arah

Contoh:

Rumahnya terletak di antara masjid dengan padang sekolah.

11. 11.

Saya pasti murid-murid sudah mahir dengan Kata Sendi Nama. Mari kita menyingkap semula Kata Sendi Nama yang telah kita pelajari iaitu:

untuk

kepada

tentang

daripada

antara

Sekarang, laksanakan buku kerja Akar mukasurat 36 – 42. Selamat tinggal!