Successfully reported this slideshow.
We use your LinkedIn profile and activity data to personalize ads and to show you more relevant ads. You can change your ad preferences anytime.

Teori Kinetik Jirim / Kinetic Theory of Matter

10,934 views

Published on

Published in: Education

Teori Kinetik Jirim / Kinetic Theory of Matter

  1. 1. Jirim Dan Bahan1.1 Teori KINETIK JirimJirim terdiri darpada zarah-zarah halus yangdiskrit.Zarah di dalam mungkinadalah atom, ion atau molekul.
  2. 2. Resapan bromin cecair di dalam balang gas.Warna perang molekul-molekul gas bromin meresap ke seluruh balang gas.Resapan zarah-zarah kalium manganat(VII) di dalam air.Warna ungu zarah-zarah kalium manganat(VII) yang meresap di dalam air menyebabkan seluruh larutan berwarna ungu.
  3. 3. Eksperimen menganggar saiz zarah minyak 1. Tentukan Isi padu 1 titis kecil minyak . 2. Tentukan diameter tompok minyak di permukaan air. 3. Penghitungan: • Contoh: 1 titis kecil minyak sawit yang mempunyai isipadu 0.002 cm3 membentuk satu tompok bulat di permukaan air berdiameter 30 cm.
  4. 4. Hitung saiz satu molekul minyak sawit.Andaian yang perlu dibuat di sini ialah :(a) tompok minyak pada permukaan air adalah setebal satu molekul minyak , dan(b) molekul minyak adalah berbentuk sfera.
  5. 5. B. Perubahan Keadaan Jirim1. Jirim boleh wujud dalam tiga keadaan, iaitu pepejal, cecair dan gas.2.Keadaan-keadaan jirim boleh berubah-ubah melalui proses tertentu seperti yang ditunjukkan di dalam rajah di atas.
  6. 6. PEPEJAL CECAIR GASSusunan zarah Padat dan teratur Tidak teratur tetapi Tidak teratur dan masih sangat berjauhan berlanggar/bersentu hanKandungan tenaga Sangat rendah Sederhana Sangat tinggizarahPergerakan zarah Bergetar pada Bergerak secara Bergerak secara rawak kedudukan tetap bebas dan sangat lajuDaya tarikan antara Sangat kuat Sederhana Hampir tiadazarahKemampatan zarahIsipadu & bentuk Tetap Isipadu: tetap Tidak tetap Bentuk: ikut bentuk bekasKadar Rendah Sederhana Tinggiperlanggaran
  7. 7. 1.Susunan zarah dalam pepejal,cecair dan gas Pepejal Cecair Gas
  8. 8. SOALAN (A) Berdasarkan model yang telahditunjukkan, sila lukis susunan zarah dalam pepejal,cecair dan gas
  9. 9. SOALAN (B) Berdasarkan susunan zarah dalam pepejal, cecair dan gas sila nyatakan dansebutkan perbezaan sifat-sifat zarah tersebut dari aspek: a)Susunan zarah b)Kadar perlanggaran antara zarah c)Daya tarikan antara zarah d) Jenis gerakan antara zarah
  10. 10. Graf Suhu Melawan Masa Bagi Pemanasan.
  11. 11. Rajah menunjukkan graf suhu melawan masa bagi pemanasan suatu bahan pepejal.1. Apabila suatu bahan pepejal dipanaskan : zarah-zarahnya menyerap tenaga haba dan tenaga kinetiknya bertambah. Suhu bahan pepejal itu meningkat daripada titik A hingga ke titik B. Pada titik B bahan pepejal itu mula melebur menjadi cecair.2. Suhu bahan pepejal itu tidak meningkat daripada titik B hingga ke titik C kerana tenaga haba telah digunakan untuk memecahkan ikatan di antara zarah-zarah bahan pepejal itu.3. Pada titik C, semua bahan pepejal itu sudah melebur menjadi cecair.• Tenaga haba yang diserap akan meningkatkan lagi tenaga kinetik zarah-zarah. Suhu bahan cecair itu akan meningkat.
  12. 12. Graf Suhu Melawan Masa Bagi Penyejukan.
  13. 13. • Rajah menunjukkan graf suhu melawan masa bagi penyejukan suatu bahan cecair.1. Apabila suatu bahan cecair menyejuk: zarah-zarahnya kehilangan tenaga kinetik ke sekeliling, getaran zarah-zarahnya berkurang Suhu bahan cecair itu menurun daripada titik E ke titik F.2. Pada titik F, bahan cecair itu mula membeku.3. Suhu bahan itu tidak menurun daripada titik F ke titik G kerana: tenaga haba yang dibebaskan semasa pembentukan ikatan di antara zarah-zarah mengimbangi haba yang hilang ke sekeliling.4. Pada titik G hingga ke titik H, semua bahan cecair itu telah membeku. Tenaga haba yang dibebaskan ke sekeliling menyebabkan suhu bahan itu menurun.

×