Successfully reported this slideshow.
We use your LinkedIn profile and activity data to personalize ads and to show you more relevant ads. You can change your ad preferences anytime.

Latihan 2

738 views

Published on

Latihan 2

Published in: Education
  • Login to see the comments

  • Be the first to like this

Latihan 2

  1. 1. Latihan 2
  2. 2. Baca petikan di bawah dan jawab soalan-soalan yang berikut: Permainan gasing sangat digemari oleh masyarakat Melayu sejakzaman dahulu. Permainan ini biasanya dimainkan selepas musim menuaipadi. Ada pelbagai jenis gasing yang dimainkan oleh orang Melayu. Adayang bersaiz kecil dan besar. Kanak-kanak suka bermain gasing jantungkerana mudah diputarkan. Dalam permainan gasing, pangkah-memangkah selalu dilakukan.Gasing mudah pecah jika diperbuat daripada kayu yang tidak sesuai.Gasing biasanya diperbuat daripada kayu penaga, kayu jati, kayu jambu,dan kayu manggis. Kayu-kayu ini sesuai untuk dibuat gasing kerana tidakmudah pecah dan sangat keras. Golongan dewasa suka bermain gasing yang lebih berat. Antaragasing yang dimainkan oleh mereka ialah gasing kepayang. Bentukgasing ini leper dan nipis menyerupai mangkuk. Badan gasing ini terdiridaripada kayu dan tuangan timah serta di bawahnya berpangsi.
  3. 3. Semasa gasing dimainkan, pemenang ditentukan melalui gasingyang berputar paling lama. Memutar gasing memerlukan tali yang disebutalit. Hanya orang yang kuat menarik alit dan tahu caranya sahaja dapatmemutarkan gasing dengan ligat. Pada masa ini permainan gasing semakin kurang diminati. Hal inidisebabkan oleh pengaruh permainan moden seperti badminton, hoki,bola sepak, dan permainan yang berasaskan komputer.
  4. 4. 1. Bilakah gasing biasa dimainkan? A Semasa musim hujan B Semasa musim menuai C Selepas musim menuai D Selepas musim cuti sekolah2. Mengapakah gasing jantung sesuai untuk kanak-kanak? A Kerana mudah diputarkan B Kerana berputar dengan ligat C Kerana bentuknya yang menarik D Kerana tidak mudah pecah3. Berikut ialah sifat gasing kepayang kecuali A leper B nipis C bulat D pipih
  5. 5. 4. Bagaimanakah cara pengiraan pemenang dalam permainan gasing kepayang? A Gasing yang berputar ligat B Putaran yang seimbang C Gasing yang tidak pecah D Putaran yang paling lama5. Pada pendapat kamu, mengapakah permainan gasing semakin kurang diminati? A Kerana tiada masa lapang B Kerana pengaruh permainan moden C Kerana harga gasing yang mahal D Kerana sukar untuk bermain gasing
  6. 6. Jawapan:1. C2. A3. C4. D5. B

×