Successfully reported this slideshow.
We use your LinkedIn profile and activity data to personalize ads and to show you more relevant ads. You can change your ad preferences anytime.

Laporan Latihan Industri Diploma Rekabentuk Industri

22,117 views

Published on

Laporan Latihan Industri Diploma Rekabentuk Industri di Sweet Inspiration Interior Design

Published in: Education
  • Be the first to comment

Laporan Latihan Industri Diploma Rekabentuk Industri

  1. 1. JABATAN REKABENTUK & KOMUNIKASI VISUAL LAPORAN AKHIR LATIHAN INDUSTRI SWEET INSPIRATION NO.428-GRD & 1ST FLOOR, JALAN HARUAN 4 OAKLAND COMMERCIAL CENTRE, 70300 SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS. POLITEKNIK IBRAHIM SULTAN KM 10,JALAN KONG KONG,81700,PASIR GUDANG,JOHOR DARUL TAKZIM NAMA :MOHAMMAD GHAZALEE BIN NOOREMISHAM NO PENDAFTARAN :09DRI13F1004 JABATAN :JABATAN REKABENTUK INDUSTRI TEMPOH LATIHAN :1 DIS 2014 – 17 APRIL 2015 MOHAMMADGHAZALEEBINNOOREMISHAMLAPORANLATIHANINDUSTRIDIS2014-MEI2015
  2. 2. ISI KANDUNGAN KANDUNGAN MUKA SURAT Judul i Pengesahan Pelajar ii Biodata iii Penghargaan iv - v BAB 1 PENGENALAN LATIHAN INDUSTRI 1 1.1 Pendahuluan 2 – 3 1.2 Objektif Latihan Industri 4 – 5 1.3 Objektif Laporan Latihan Industri 6 – 7 1.4 Kepantingan Latihan Industri 8 – 9 BAB 2 LATAR BELAKANG SYARIKAT 10 2.1 Pengenalan Syarikat 11 – 12 2.2 Lokasi Syarikat 13 2.3 Carta Organisasi Syarikat 14 BAB 3 RINGKASAN MINGGUAN 15 3.1 Pendahuluan 16 – 17 3.2 Ringkasan Mingguan 18 – 21 BAB 4 LAPORAN TUGASAN 22 4.1 Carta Alir Tugasan 23 4.2 Turun Tapak Projek 24 – 25 4.3 Plan 2D (AutoCAD) 26 – 29 4.4 Rekaan 3D 30 – 35 (3Ds Max 2011 + Vray + Photoshop) BAB 5 DAPATAN & CADANGAN 36 – 38 BAB 6 KESIMPULAN 39 – 40
  3. 3. RUJUKAN 41 LAMPIRAN 42
  4. 4. LAPORAN AKHIR LATIHAN INDUSTRI OLEH MOHAMMAD GHAZALEE BIN NOOREMISHAM (09DRI13F1004) DI SWEET INSPIRATION NO.428-GRD & 1ST FLOOR, JALAN HARUAN 4 OAKLAND COMMERCIAL CENTRE, 70300 SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS. Buku Laporan Ini Dikemukakan Kepada Jabatan Rekabentuk Industri Sebagai Memenuhi Sebahagian Dari Syarat Penganugerahan Diploma Rekabentuk Industri POLITEKNIK IBRAHIM SULTAN DIS 2014 i
  5. 5. PENGESAHAN PELAJAR “Saya akui laporan latihan industri ini adalah hasil kerja saya sendiri serta di bantun dengan rujukan gambar,laman web dan rakan-rakan tanpa salinan semula dari mana-mana sumber” T.tangan : Nama Pelajar : MOHAMMAD GHAZALEE BIN NOOOREMISHAM No.Pendaftaran : 09DRI13F1004 Tarikh : 17 April 2015 Pemeriksa, “Saya akui bahawa telah memeriksa laporan ini dan pada pandangan saya laporan ini memadai dari segi skop kualiti bagi memenuhi sebahagian syarat penganugerahan Diploma mengikut piawaian yang telah ditetapkan oleh pihak Politeknik” T.Tangan : Nama Penyelia : Jawatan : Tarikh : ii
  6. 6. BIODATA NAMA : MOHAMMAD GHAZALEE BIN NOOREMISHAM NO PENDAFTARAN : 09DRI3F104 NRIC : 950218-08-5537 KURSUS : DIPLOMA REKABENTUK INDUSTRI INSTITUSI : POLITEKNIK IBRAHIM SULTAN FIRMA LATIHAN : SWEET INSPIRATION NO. 428-GROUND & 1ST FLOOR, OAKLAND COMMERCIAL CENTRE, 70300 SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN NAMA PENGURUS : TEMPOH LATIHAN : 28 OKTOBER 2014 – 17 APRIL 2015 iii
  7. 7. PENGHARGAAN Assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera, Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi ke atas kurniaanNya, akhirnya saya dapat menyiapkan laporan Latihan Industri dengan lengkap pada masa yang ditetapkan oleh pihak Politeknik.Setinggi-tinggi penghargaan saya ucapkan kepada pihak pengurusan syarikat Sweet Inspiration kerana telah memberi peluang untuk menjalani latihan industri di syarikat ini selama 7 bulan. Jutaan terima kasih juga kepada pelatih dan juga sebagai pereka dalaman di syarikat ini yang telah banyak membantuk dan memberi tunjuk ajar kepada saya walaupun pada permulaannya agak sukar. Tidak lupa juga kepada pengurus syarikat kerana memberi kepercayaan kepada saya untuk menjalani latihan indutri di syarikat Sweet Inspiration. Saya juga ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada para pensyarah Politeknik Ibrahim Sultan khususnya di Jabatan Rekabentuk Komunikasi Visual yang telah banyak memberi tunjuk ajar dalam menyiapkan buku laporan ini. Mereka banyak memberi tunjuk ajar dan nasihat kepada saya dan rakan-rakan sekelas saya ketika menjalani kelas Soft Skill. Tidak lupa juga kepada kedua ibu bapa saya yang turut menyumbang dari segi kewangan dan juga sokongan kepada saya. iv
  8. 8. Dengan kata-kata semangat dari keluarga menyebabkan saya yakin dapat menghabiskan latihan insdutri ini. Akhir sekali kepada rakan-rakan saya yang turut memberi sokongan dan cadangan kepada saya untuk membuat laporan ini. Tidak lupa juga kepada rakan seperjuangan saya di syarikat Sweet Inspiration. Sedikit banyak mereka telah membentu saya dalam membuat kerja harian di tempat latihan. v
  9. 9. BAB 1 : PENGENALAN LATIHAN INDUSTRI 1
  10. 10. BAB 1 1.1 PENDAHULUAN Bersyukur saya kehadrat Ilahi kerana dengan izin-Nya saya dapat menamatkan latihan industri dengan sempurna pada tempoh yang ditetapkan serta menyediakan laporan latihan industri saya pada masa dan waktu yang dikehendaki oleh pihak Politeknik Ibrahim Sultan. Dalam tempoh masa 7 bulan bermula pada 28 Oktober 2014 sehingga 17 April 2015, saya telah menjalankan latihan industrI di syarikat Sweet Inspiration. Dalam tempoh saya berada di syarikat ini, saya dapat melalui pengalaman baru dalam hidup saya terutama di dalam alam pekerjaan sebagai pereka dalaman. Sewaktu saya berada di syarikat ini saya dapat mempraktikan penggunaan software Autocad yang saya pelajari di Politeknik Ibrahim Sultan malah saya juga dapat mempelajari software baru iaitu 3ds Max versi 2011. Aspek paling penting dalam mengikuti latihan industri ini bagi saya ialah, dapat memberi peluang kepada para pelajar untuk mengenali alam pekerjaan yang sebenar. Selain itu, ianya dapat meningkatkan pengetahuan para pelajar dan dapat membuka minda untuk memikirkan bagaimana process perlaksanaan atau penghasilan sesuatu produk atau rekaan mengikut kehendak pelanggan. Ianya juga dapat membantu menambah keyakinan diri terhadap kemampuan diri seseorang pelajar itu. 2
  11. 11. Selain itu, latihan industri merupakan cara terbaik untuk melatih pelajar dalam berkomunikasi sama ada dengan rakan sekerja dan juga pihak atasan. Di dalam latihan industri pelajar akan mendapat peluang untuk mempraktikan cara berkomunikasi dengan baik bersama rakan sekerja dan juga pihak atasan. Ini kerana tingkahlaku juga adalah salah satu aspek penting yang di titik beratkan dalam alam pekerjaan. Secara tidak langsung, latihan industri ini juga dapat mewujudkan sikap lebih berdisiplin, bertanggungjawab, dan berupaya menguji keyakinan diri membuat keputusan untuk menyelesaikan sesuatu masalah yang dihadapi. Justeru itu, latihan industri dapat memenuhi objektif untuk melahirkan graduan yng berkuliti dari segi mental dan fizikal bagi mengisi kekosongan didalam alam pekerjaan pada masa akan datang. 3
  12. 12. BAB 1 1.2 OBJEKTIF LATIHAN INDUSTRI Para pelajar yang mengambil apa-apa jua kursus dimana-mana Politeknik perlu menjalani latihan industri dalam satu tempoh yang ditetapkan iaitu selama 6 bulan bagi kursus diploma. Latihan industri ini juga merupakan salah satu syarat yang diwajibkan ke atas setiap pelajar sebelum di anugerahkan sijil atau diploma. Setiap pelajar perlu lulus latihan industri sebelum diiktiraf memasuki semester seterusnya . Di antara objektif utama latihan industri ini wujud adalah : i. Mendedahkan kepada para pelajar dengan alam pekerjaan sebenar. ii. Membolehkan pelajar mengaitkan teori yang telah dipelajari di politeknik dengan aspek-aspek praktikal di firma atau sebaliknya. iii. Menanam semangat kerja berpasukan dan hubungan baik sesama pekerja di firma tersebut. iv. Dapat menanamkan sifat amanah, bertanggungjawab dan berkeyakinan tinggi semasa menjalani latihan industri dan dimasa akan datang. v. .Untuk mengamalkan peraturan-peraturan di sektor industri selepas tamat pengajian di Politeknik kelak. 4
  13. 13. vi. Supaya dapat menyediakan laporan rasmi dan tugasan lain yang diarahkan oleh politeknik seperti menyediakan buku laporan industri. 5
  14. 14. BAB 1 1.3 OBJEKTIF LAPORAN LATIHAN INDUSTRI Apabila tamat latihan industri yang dijalankan disebuah firma tersebut itu, maka setiap pelajar diharuskan membuat atau menyediakan laporan lengkap dan mengikut piawaian yang telah ditetapkan oleh pihak politeknik. Ia adalah bertujuan untuk menilai sejauh manakah keberkesanan latihan industri yang dijalankan oleh pelajar sepanjang tempoh tersebut. Laporan ini dibuat kerana ia merupakan satu dokumen penting untuk dijadikan sebagai bahan bukti terhadap latihan yang diikuti. Ia juga sebagai garis panduan dan rujukan ketika temuduga kelak. Laporan yang telah lengkap akan diserahkan dan disemak oleh pensyarah-pensyarah yang berkenaan apabila pelajar kembali semula untuk sesi pembentangan laporan. Suatu kerja yang dilakukan secara baik tidak memberi makna jika ia tidak dicatat atau dimuatkan dalam bentuk buku laporan untuk dijadikan bahan rujukan kelak. Oleh itu, penulisan laporan memerlukan kepada pemerhatian khusus dari pelajar. Piawaian ini juga melatih pelajar supaya mematuhi kepada arahan-arahan dan segala peraturan yang ditetapkan. Laporan ini juga mestilah mudah difahami oleh pensyarah yang memeriksa dan juga firma serta pihak-pihak lain untuk penilaianserta rujukan terhadap laporan 6
  15. 15. tersebut. Dengan itu, dapatlah saya menyiapkan sebuah buku laporan dimana ia memuatkan segala teknik-teknik latihan dan maklumat bidang rekabentuk industri khususnya. Saya berharap buku laporan ini dapat memberi manfaat kepada semua pihak secara langsung atau tidak langsung. 7
  16. 16. BAB 1 1.4KEPANTINGAN LATIHAN INDUSTRI Kepada Pelajar Latihan Industri merupakan satu cabang bidang ilmu yang memberi peluang kepadaseseorang pelajar untuk mengaplikasikan setiap proses pembelajaran yang dilalui semasa sesididalam bilik kuliah. Ia dapat dilihat dari pelbagai perspektif, contohnya secara tidak langsung iadapat melipat gandakan kemahiran yang sedia ada yang terdapat didalam diri seseorang pelajar itu sendiri di samping mendapat kemahiran dan pengetahuan yang baru dalam sesuatu bidangkerja yang dilalui. Pengalaman dan pengetahuan tersebut sangat penting untuk menjadikanseseorang pelajar itu yang terbaik dalam bidang yang akan diceburi kelak. Selain itu, latihan industri ini juga mengurangkan rasa gementar dan rasa janggal apabila pelajar mengharungi alam pekerjaan sebenar yang bakal merealisasikan segala cita-cita danimpian ketika belajar. Segala penyelesaian masalah yang dihadapi sewaktu menjalani latihan industri akan dijadikan suatu pengalaman untuk mematangkan diri sendiri. Secara tidak lansung ia dapat memberi kesan kepada pelajar bahawa situasi di dalam alam pekerjaan sebenarnya dalah tidak semudah yang dipelajari dalam bentuk teori dan amali ketika dalam sesi pembelajaran. 8
  17. 17. Dari sudut lain pula, latihan industri ini penting kerana ia memudahkan pelajar untuk memohon jawatan yang sesuai setelah tamat pengajian kelak. Ini tidak dinafikan kerana secaraumum sesebuah firma amat mengutamakan individu yang memiliki ilmu pengetahuan yangtinggi disamping pengalaman bekerja yang ada. Justeru itu, tidak mustahil syarikat tersebutmenawarkan tempat untuk bekas pelatih setelah tamat pengajian kelak. Walau bagaimanapun, input yang diperolehi daripada latihan ini adalah sangat besar.Pelajar dapat menggunakan pengalaman dan kemahiran yang diperolehi semasa tempoh latihansebagai panduan dan bekalan untuk dimasa akan datang. Selain daripada itu, segala susah payah yang ditempuhi semasa dalam tempoh tersebut akan menjadi pendorong dan pemangkin kepada pelajar untuk meningkatkan prestasi ketahap yang tinggi serta menjadikan diri sebagai seorang pelajar dan pekerja yang berdedikasi dan cemerlang kelak. 9
  18. 18. BAB 2 : LATAR BELAKANG SYARIKAT 10
  19. 19. BAB 2 2.1 LATAR BELAKANG SYARIKAT Sweet Inspiration Sdn. Bhd. merupakan sebuah syarikat yang meyediakan khidmat rekaan dalaman dan pembutan termasuk kabinet, almari, perabot dan penetapan reka bentuk dalaman seperti pengubahsuaian ruang tamu. Syarikat ini di wujudkan pada tahun 2004,dalam menyedikan khidmat reka bentuk dalaman syarikat ini membekalkan dan menberikan hasil kerja yang menarik dan bermutu tinggi dengan menggunakan baahan yang berkualiti mengikut kemampuan dan kehendak pelanggan. Syarikat ini beroperasi di Seremban 2, Oakland Commercial Centre. Memilik sebuah rumah kedai yang beroperasi dari jam 9:30 pagi sehingga 6:30 petang. Pelanggan selaluannya akan hadir untuk melihat pilihan dari segi bahan yang di perlukan serta perbincangan dari segi kos pembutannya. 11
  20. 20. Kekuatan pasukan Sweet Inspiration:  Perunding julan kami akan bekerja keras untuk bertemu dengan setiap pelanggan kami bagi memenuhi kehendak mereka.  Pereka kami siap sedia mebhadapi pelbagai cabaran dalam tugasan yang di terima setiap hari  Kami akan memastikan bahawa semuanya akan disiapkan dan dihantar tepat pada masanya  Kami berkerjasama untuk memberikan kualiti yang konsisten seperti yang dijanjikan Kami percaya dalam hubungan jangka panjang dengan pelanggan yang bertahan mampu menjadi satu asset sebagai perunding reka bentuk dalaman dan mukin hasil kami akan lebih bertahan serta semangat kami kekal selamanya 12
  21. 21. BAB 2 2.2 LOKASI SYARIKAT 13 ALAMAT : NO.428-GRD & 1 ST FLOOR, JALAN HARUAN 4, OAKLAND COMMERCIAL CENTRE, 70300 SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS TEL/FAX : 06-601 6944
  22. 22. BAB 2 2.3 CARTA ORGANISASI SYARIKAT 14
  23. 23. BAB 3 : RINGKASAN MINGGUAN 15
  24. 24. BAB 3 3.1 PENDAHULUAN Bab ini adalah ringkasan keseluruhan aktviti mingguan yang dilakukan sepanjang menjalani latihan industri. Berdasarkan aktiviti yang dilakukan yang ditulis di dalam buku jurnal refleksi secara ringkas akan di terangkan dalam bab yang meliputi tugas yang diberikan oleh penyeliai. Setiap aktiviti atau tugas yang dijalankan akan dicatat dalam buku laporan harian. Oleh itu, bahagian ini akan menjelaskan secara ringkas aktiviti- aktiviti dan tugas saya yang telah dijalankan semasa menjalani latihan industri. Segala aktivitiyang dilakukan akan diterangkan dari minggu ke minggu supaya dapat menyimpulkan kerja-kerja yang telah dilakukan dalam seminggu di sampingakan memudahkan proses penyemakan. Hari kerja dalam seminggu tidak semestinya sama setiap minggu kerana terdapat cuti umum dan cuti yang diumum oleh pihak syarikat. Dalam menjalani latihan industri, saya telah di dedahkan dengan banyak perkara yang baru. Selain mempraktikkan apa yang telah dipelajari di politeknik, saya juga telah didedahkan dengan suasana pesekitaran sebagai pereka dalaman. Ketika menjalani latihan industri di syarikat ini, saya telah diberi amanah sebagai salah seorang pereka dalaman yang lebih kepada rekaan dalaman dalam bentuk 3D setiap 16
  25. 25. rekaan yang di perlukan pelanggan. Setiap tugas yang di berikan akan di susuli dengan rujukan seperti plan tapak projek, gambar rujukan atau lakaran sudut perspektif. Dalam menjalani latihan industri, saya telah diberi masa selama 8 jam sehari, bermula dari jam 09.30 pagi – 05.30 p.m (akan kerja lebih masa jika perlu) setiap hari bermula dari hari Isnin – Jumaat (hari Sabtu bekerja dua minggu sekali). 17
  26. 26. BAB 3 3.2 RINGKASAN MINGGUAN Berikut merupakan ringkasan mingguan ketika saya menjalani latihan industri selama 20 minggu. MINGGU AKTIVITI/TUGASAN 1 PENGENALAN SOFTWARE 3DS MAX • Mempelajari software 3Ds Max 2011 • Mendapat tugasan pertama • Merekabentuk dalaman kedai Money Changer • Mempraktikkan latihan software dalam tugasan pertama 2 MEMBAIKI TUGASAN DAN MENINGKATKAN CARA PENGGUNAAN SOFTWARE • Membuat modeling prabot dalaman • Kenal pasti penggunaan pencahayaan yang betul dan tepat • Meletakkan pandangan sudut yang mudah untuk di fahami konsep rekaan dalamannya 3 MEMBUAT PLAN 2D PROJEK DAN MEMBINA REKAAN 3D • Mempelajari simbol-simbol asas dalam plan lakaran 2D • Mempelajari ukuran asas dalam plan lakaran 2D • Membuat plan lakaran 2D tapak projek • Membuat rekaan 3D melalui plan lakaran 2D projek 4 MEMBUAT REKAAN DALAMAN PEJABAT 3D • Membuat rekaan ruang utama masuk pejabat dengan • Membuat rekaan ruang bilik pegurus dengan mengunakan konsep organik dan semula jadi • Membuat rekaan ruang perbincangan dengan meletakkan elemen semuja jadi 18
  27. 27. MINGGU AKTIVITI/TUGASAN 5 REKAAN DALAMAN BILIK TIDUR & TURUN TAPAK PROJEK RESAH KEMAYANG • Meneliti dan melihat contoh-contoh rekaan bilik tidur • Mebuat rekaan bilik tidur melalui plan 2D rujukan dan gambar rujukan • Pergi ke rumah pelanggan • Berbincang idea yang diperlukan dalam rekaan rumahnya • Membuat ukuran setiap ruang yang tertentu 6 REKAAN BILIK TIDUR YANG LEBIH IDEAL UNTUK RUMAH CYBERJAYA • Kenal pasti pengguna setiap ruamg bilik • Memadankan kesesuaian rekaan dengan penggunanya • Membuat rekaan bilik yang ideal • Membuat rekaan untuk ruang dapur 7 TAMBAHBAIK REKAAN • Membuat penambahbaik dalam rekaan • Merujuk buku koleksi rekaan dalaman • Kenal pasti kekurangan dalam rekaan 8 MEMBUAT PLAN 2D PEJABAT SETIA ALAM • Membuat plan 2D pejabat • Gabungan idea untuk menghasilkan rekaan ruang pejabat • Membuat modeling prabot dalaman untuk pejabat 9 REKAAN RUANG 3 BILIK TIDUK MENGIKUT CIRI-CIRI DIBERIKAN • Membuat rekaan dalaman ruang bilik tidur utama dengan ruang almari dan ruang istirehat yang mempunyai elemen romantik • Membuat rekaan dalaman ruang bilik tiduk kanak-kanak perempuan yang memerlukan ruang belajar 19
  28. 28. MINGGU AKTIVITI/TUGASAN 10 PLAN 2D & MODELING KAFE • Menbuat plan lakaran 2D kafe dengan beberapa pilihan • Membina modeling perabot-perabot untuk ruang kafe • Mempelajari ilmu asas dalam pembinaan bagunan 11 PERBINCANGAN PROJEK RESAH KEMAYANG & TAMBAHBAIK REKAAN DALAMAN RUMAH CYBERJAYA • Membuat perbincangan mengenai projek di Resah Kemayang • Membuat penambahbaik rekaan dalaman rumah cyberjaya • Merujuk gambar yang telah di berikan untuk di tambahbaik • Membuat penambahbaik mengikut kehendak pelanggan 12 TAMBAHBAIK REKAAN DALAMAN RUMAH CYBERJAYA • Merujuk gambar yang telah di berikan untuk di tambahbaik • Membuat penambahbaik mengikut kehendak pelanggan 13 MEMBUAT REKAAN DALAMAN 3D PEJABAT SETIA ALAM • Merujuk plan lakaran 2D projek membina rekaan dalaman 3D • Pembahagian tugas untuk rekaan yang telah di bincangkan • Mengabungkan rekaan yang telah di siapkan 14 REKAAN DALAMAN RUMAH BANGLO 3 TINGKAT SETIA ALAM • Memdapat tugasan membuat rekaan dalaman bangle 3 tingkat • Membuat pembahagian tugas dan berbincang mengenai konsep • Membuat rekaan dalaman bangle dengan konsep yang di bincangkan 20
  29. 29. MINGGU AKTIVITI/TUGASAN 15 REKAAN DALAMAN PEJABAT DI KEPONG • Menbuat plan lakaran 2D pejabat • Membuat rekaan dalaman pejabat dengan idea dan kretivi sendiri sepenuhnya 16 TOUCH-UP REKAAN DALAMAN RUMAH BANGLO 3 TINGKAT DAN PEJABAT KEPONG • Membuat penambahbaik rekaan dalaman rumah bangle 3 tingkat dengan merujuk kepada gambar rujukan mengikut ketetapan pelanggan • Membuat sentuhan terakhir rekaan pejabat kepong untuk memastikan rekaan yang terbaik hasil idea sendiri sepenuhnya. 17 TOUCH-UP REKAAN DALAMAN RUMAH BANGLO 3 TINGKAT • Membuat penambahbaik bilik-bilik dan ruang tertentu mengikut kehendak pelanggan 18 TOUCH-UP REKAAN DALAMAN RUMAH BANGLO 3 TINGKAT • Membuat penambahbaik bilik-bilik dan ruang tertentu mengikut kehendak pelanggan • Memberi tunjuk ajar kepada pekerja baru • Pengenalan software 19 TUGASAN SAMPINGAN UNTUK MENGAJAR PEKERJA BARU • Perkongsian Ilmu dengan pekerja baru • Mengajar asas 3D max • Menyiapkan tugasan plan lakaran 2D • Menambahbaik rekaan dalaman bangle 3 tingkat 20
  30. 30. MINGGU AKTIVITI/TUGASAN 20 CUTI SAKIT AKIBAT KEMALANGAN JALAN RAYA • 3 hari MC • 2 hari cuti dari syarikat 21 TOUCH-UP REKAAN RUMAH DALAMAN BANGLO 3 TINGKAT • Membuat penambahbaik rekaan dalaman rumah bangle 3 tingkat dengan merujuk kepada gambar rujukan mengikut ketetapan pelanggan • Membuat penambahan dalam ruang dan rekaan mengikut ketetapan 22 FINAL TOUCH-UP REKAAN DALAMAN RUMAH BANGLO 3 TINGKAT,UPDATE JURNAL & TURUN TAPAK PROJEK • Membuat penambahbaik rekaan dalam rumah bangle 3 tingkat proses akhir • Kemaskini laporan dan buku jurnal • Turun tapak perojek kafe untuk buat pengukuran tapak projek 23 UPDATE PLAN LAKARAN 2D PROJEK KAFE • Membuat penambahbaik dari segi ukuran dan ketetapan ruang pada plan lakaran 2D • Kenal pasti kedudukan colum & beam • Membuat rekaan 3D melalui pelan lakaran 2D 24 REKAAN 3D KAFE • Menghasilkan rekaan dalaman 3D kafe mengikut konsep “rustic design town café” • Membuat rujukan melalui internet dan jurnal 21
  31. 31. BAB 4 : LAPORAN KERJA 22
  32. 32. BAB 4 4.1 CARTA ALIR TUGASAN Setiap minggu pihak syarikat telah memberi beberapa tugasan yang perlu di siapkan demi mencapai kehendak pelanggan mengiku ketetapan dari segi bajet dan keinginan. Berikut adalah carta alir mengenai tugasan yang telah saya lakukan di syarikat Sweet Inspiration ; 23 PERGI KE TAPAK PROJEK UNTUK MENGAMBIL UKURAN DAN GAMBAR RUJUKAN RUJUK LAKARAN /GAMBAR RUJUKAN/PLAN RUJUKAN PLAN TAPAK PROJEK 2D(AUTOCAD PLOT) REKAAN 3D (3DS MAX2011 + VRAY + PHOTOSHOP
  33. 33. BAB 4 4.2 TURUN TAPAK PROJEK Kebanyakkan projek yang di berikan tidak semunya perlukan pereka di syarikat Sweet Inspiration untuk turun ke tapak projek bagi melakukan proses pengukuran tapak projek. Namun ada beberapa projek yang memerlukan pereka untuk turun melihat tapak projek dan berbincang dengan pelanggan. Saya bersama telah mendapat peluang untuk turun ke tapak projek bagi dua projek yang perlukan penelitian antaranya projek rumah yang ingin di ubahsuai di Rasah Kemayang dan projek kafe yang memerlukan keseimbangan dalam memastikan suasana rekaan dalamanya mengikut kehendak pelanggan. 24 PERGI KE LOKASI TAPAK PROJEK MENGUKUR KELUASAN TAPAK PROJEK KOBINASI IDEA UNTUK REKAAN MEMASTIKAN REKAAN SESUAI DARI SEGI RUANG MELAKAR PLAN 2D
  34. 34. Sebelum pergi ke tapak projek saya perlu meyediakan beberapa alat kelengkapan untuk memudahkan proses pengukuran dan penetapan idea. Antara kelengkapannya pita ukur,pembaris,pensil,kapur tulis,kertas dan camera. Setiap kelengkapan berikut di perlukan bagi membuat plan lakaran dan menetapkan idea rekaan mengikut kesesuai saiz ruang. Beam dan colum perlu di titik beratkan bagi memastikan rekaan sesuai dengan kedudukan beam dan colum dan tidak menganggu atau mencacatkan rekaan. Perbincangan di tapak lokasi untuk tentukan idea rekaan dan kesesuaian bagi memudahkan kerja dalam melaksanakan rekaan 3D dalam software 3Ds Max nanti. Setiap ukuran akan di lakarkan dalam kertas sebagai rujukan. Gambar tapak projek juga penting untuk merujuk kembalik keadaan tapak projek. 25
  35. 35. BAB 4 4.2 PLAN 2D (AUTOCAD) AutoCAD merupakan salah satu software yang terpenting dalam syarikat ini untuk membuat plan 2D tapak projek secara terperinci dari segi lukisan plan perabot, lukisan plan pendawaian dan lukisan terperinci perabot. Sebelum melakukan plan 2D AutoCAD pegurus akan memberi plan lakaran 2D rujukan atau plan 2D(softcopy) untuk di rujuk dari segi saiz asal tapak projek. Melalui plan rujukan sama ada hardcopy atau softcopy akan mula membuat satu plan 2D terperinci dalam software AutoCAD. Jika plan rujukan yang diberikan adalah melalui softcopy maka ia agak mudah untuk di buat kerana melalui softcopy akan terus import masuk ke AutoCAD. 26
  36. 36. Dengan cara itu proses membuat plan 2D agak mudah hanya cuma tekap semula saiz tapak projek yang sebenar melalui softcopy yang telah di import masuk tadi. Kemudian buat susunan perabot mengikut kesesuaian ruang. Setelah siap membuat plan 2D yang lengkap dengan ukuran yang betul plan itu akan di plot untuk di jadikan dalam bentuk PDF agar mudah dan senang untuk di rujuk oleh pekerja yang akan menguruskan bahagian pembuatan serta mudah untuk pelanggan faham dari segi pandangan 2D sebelum membina rekaan 3D. 27
  37. 37. Proses Plot plan 2D. 28
  38. 38. Carta alir penghasilan plan 2D 29 MERUJUK LAKARAN PLAN(HARD COPY) ATAU IMPORT PLAN(SOFTCOPY) MEMBUAT PLAN TAPAK 2D MENGIKUT SAIZ DALAM LAKARAN MEMBUAT PLAN PERABOT 2D PROJEK PLOT PLAN PERABOT 2D KEPADA FILE PDF
  39. 39. BAB 4 4.2 REKAAN 3D (3DS MAX 2011 + VRAY + PHOTOSHOP) Pelaksanaan rekaan 3D untuk industrI rekaan dalaman amatlah penting untuk memvisualisasikan rekaan melalui visual 3D. Dengan ini dapat memastikan pelanggan itu sendiri nampak akan rekaan yang bakal menjadi satu rekaan dalaman yang mereka inginkan. Bukan mudah dalam proses penghasilan rekaan 3D ini memerlukan sedikit ilmu dalam bidang penggunaan software dan asas 3D yang di perlukan bagi menghasilkan sesuatu rekaan. Fasa dalam menghasilkan rekaan 3D mengunakan software 3Ds Max 2011; 30 MERUJUK LAKARAN PLAN(HARD COPY)/LUKISAN LAKARAN/PLAN PERABOT(SOFTCOPY) MENDIRIKAN 3D KAWASAN PROJEK MEMASUKKAN PERABOT DALAM 3D MEMASUKKAN BAHAN PADA PERABOT SET UP PENCAHAYAAN DAN PANDANGAN SUDUT DIMENSI FINAL RENDER
  40. 40. 3Ds Max merupakan salah satu software dari Autodest yang di gunakan kebanyakan industri rekaan dalaman dan di tambah dengan penggunaan Vray sebagai rendering element untuk menampakkan rekaan 3D itu lebih cantik dan lebih nyata. Asas dalam 3Ds Max adalah hampir sama seperti penggunaan AutoCAD pembinaan sesebuah tapak mesti melalui titik dan garisan. Rajah di bawah menunjukkan gambar software 3Ds Max. Di bahagian kanan merupakan beberapa key yang di perlukan dalam menghasilkan 3D. Antaranya yang sering di gunakan sebagai asas pemulaan ialah line,rectangle,circle dan elips. 31
  41. 41. Melalui line itu boleh di ubahsuai mengunakan tiga pilihan iaitu titik pepenjuru,garisan sisi atau objek. Dengan cara ini mudah untuk di ubahsuai sekiranya terdapat sebarang perubahan dari segi saiz objek itu. Dengan cara ini dapat menghasilkan bentuk sebuah tapak projek yang di inginkan mengikut plan 2D yang di sediakan. Selepas menghasilkan ruang untuk di reka dalamannya maka perabot dan barangan dalaman yang di perlukan boleh di import dari library yang sedia ada. 32
  42. 42. Setelah selesai masukkan barangan dalaman dan perabot yang di perlukan masa untuk memastikan kegunaan bahan(material) yang telah di tetapkan dan sesuai untuk ruang yang di reka. Setelah selesai masa untuk set up pencahayaan yang cukup dan betul bagi memastikan ruang dan rekaan dalaman menjadi lebih menarik dan Nampak lebih jelas. 33
  43. 43. Sebelum ke proses render akhir untuk melihat hasil dari rekaan tadi perlu di set up untuk pandangan kamera yang tepat dan cantik agar pandangannya lebih menarik dan mudah di lihat. Pilih pandangan yang di perlukan untuk di render sebagai rujukan pandangan dimensi untuk pelanggan. 34
  44. 44. Gambar yang telah siap render akan di edit menggunakan software Photoshop untuk memastikan kualiti gambar yang lebih cantik dan terang. 35
  45. 45. BAB 5 : DAPATAN & CADANGAN 36
  46. 46. BAB 5 5 DAPATAN & CADANGAN Selama saya menjalani latihan di Syarikat Sweet Inspiration, saya berpuas hati terhadap setiap arahan, kerja-kerja ataupun tugasan yang telah mereka berikan.Selama 7 bulan saya menjalani Latihan Industri, ianya banyak memberi kelebihan saya dalam menyelesaikan masalah. Saya juga dapat menjalankan latihan yang telah saya pelajari di Politeknik. Sepanjang menjalani Latihan Industri di Syarikat Sweet Inspiration, saya melakukan kerja-kerja yang diberikan itu mengikut tunjuk ajar dari pereka yang berpengalaman dan pengurus syarikat sendiri. Mereka tidak berat mulut untuk memberi tunjuk ajar dan mereka juga turut memberi peluang kepada saya supaya mengutarakan apa sahaja soalan dan pendapat untuk menambah baik rekaan. Di samping itu juga, saya juga mendapat banyak pengalaman dan pengetahuan yang tidak pernah saya alami ketika di dalam kelas.Saya juga mendapat pendedahan suasana pekerjaan di dalam syarikat.Saya telah belajar bagaimana menguruskan masa dan menghargai kerja berkumpulan di kalangan rakan sekerja. Malah, saya turut mengikuti apa yang telah saya pelajari di Politeknik dalam kursus ‘soft skill’. 37
  47. 47. Walaubagaimanapun, ada sesetengah perkara yang perlu di ambil berat oleh pihak syarikat ini iaitu kakitangan hendaklah menunjukkan sikap yang profesional ketika bekerja kerana ia akan memberi tanggapan yang negatif kepada orang yang berada di sekeliling. Selain itu, perkara lain yang perlu di ambil berat ialah ketika pengambilan pelajar yang memohon untuk menjalani latihan, pastikan pihak syarikat meneliti betul- betul kursus yang diambil oleh pelajar yang memohon dan menempatkan di bahagian yang sesuai dengan kursus yang di ambil oleh mereka. Sungguh pun tempoh saya berada di Syarikat Sweet Inspiration boleh dikatakan agak singkat, tetapi masih banyak lagi perkara yang belum dipelajari, namun apa yang saya perolehi amat berharga dan berguna untuk saya aplikasikannya untuk pembelajaran dan kehidupan saya pada masa akan datang. Tempat latihan industri adalah satu advance kepada para pelajar yang menjalani latihan tersebut kerana banyak yang diperlukan dan difahami seperti dalam teori ketika pembelajaran di Politeknik. Diharap pihak yang berkenaan akan mengambil tindakan yang proaktif bagi meningkatkan lagi mutu dan kualiti masing-masing. 38
  48. 48. BAB 6 : KESIMPULAN 39
  49. 49. BAB 6 6 KESIMPULAN Latihan Industri merupakan salah satu cara bagi mendedahkan kepada para pelajar dengan cara bekerja yang sebenar dan bagi mengukuhkan lagi pengajian yang telah dipelajari secara teori di Politeknik. Disebabkan itu, pihak Politeknik mewajibkan semua pelajar di Politeknik menjalani Latihan Industri kerana ianya mempunyai objektif yang tersendiri dan yang paling penting ialah ianya dapat mendedahkan kepada para pelajar dengan alam pekerjaan yang sebenar sebelum mereka menamatkan pengajian di Politeknik. Selain itu, Latihan Industri juga merupakan advance kepada pelajar apabila berada di alam pekerjaan yang sebenar yang lebih realiti dan mencabar kelak. Akhir sekali, penglibatan para pelajar dalam latihan seumpama ini dapat membuktikan dan mengukuhkan lagi identiti pelajar dalam menjalani latihan dalam pelbagai bidang, sekaligus menjadikan Politeknik sebagai platform pendidikan yang praktikal.Selain itu format laporan selepas menjalani Latihan Industri dapat melatih setiap pelajar dalam menghasilkan laporan teknikal yang lengkap, padat dan teratur untuk dijadikan sebagai petunjuk yang penting apabila mereka berada di dalam situasi yang sebenarnya. Ini adalah bersesuaian dengan matlamat Politeknik itu sendiri yang mahu melahirkan tenaga pekerja yang berkualiti dan separa profesional di dalam negara ini. 40
  50. 50. RUJUKAN 1. Dixon Lin Pengurus Sweet Inspiration 2. Pengunaan Software AutoCAD, 3Ds Max 2011, Vray 2.0, Photoshop. 41
  51. 51. LAMPIRAN 42

×