Kbk 3073 adhd

2,884 views

Published on

May be can help anybody to solve the problems.

Published in: Education
0 Comments
3 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

No Downloads
Views
Total views
2,884
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
2
Actions
Shares
0
Downloads
132
Comments
0
Likes
3
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Kbk 3073 adhd

  1. 1. KBK3073 2013 PEMARKAHAN TUGASAN 1 TUGASAN 2 JUMLAH PPGPJJ SEMESTER 1 SESI 2012/2013 KBK 3073 : MURID-MURID BERKEPERLUAN KHAS TAJUK ESEI ILMIAH Tugasan 1 DISEDIAKAN OLEH NAMA LEE CHOUI YEE NO. MATRIK D 20112054448 PUSAT PEMBELAJARAN: NO. TELEFON 016-5403127 EL- A13 NAMA TUTOR E-LEARNING: DR. MARZAIDA BINTI BADARUDDIN TARIKH SERAH: 28-4-2013 1
  2. 2. KBK3073 Isi Kandungan m.s 1.0 Pengenalan 2 1.1 Definisi ADHD 3 2.0 Ciri-ciri Tingkah Laku ADHD 2.2 Gejala-gejala ADHD 2.3 Ciri-ciri Lain 3.0 7 PUNCA ADHD 3.1 Faktor Keturunan 3.2 Perbezaan Fungsi Otak 3.3 Faktor Biokimia 3.4 Persekitaran 3.5 Kecederaan Otak 3.6 Merokok 3.7 Keracunan Timah Hitam (Timbal) 3.8 Dimensi Sosial 4.0 Bagaimana Mengenalpasti ADHD 10 5.0 Interventsi Awal Untuk Kanak-kanak ADHD 11 6.0 Model Teoritikal Dalam Pendidkan Khas 13 6.1 Model Sosial 6.2 Model Perubatan 8.0 PENUTUP 19 9.0 RUJUKAN 20 2 2013
  3. 3. KBK3073 2013 1. Pengenalan: ADHD adalah singkatan kepada Attention Deficit Hyperactivity Disorder ataupun kecelaruan hiperaktif dan kurang upaya tumpuan. ADHD juga merupakan istilah perubatan yang digunakan kepada kanak-kanak dan remaja yang mempunyai masalah dari segi tingkah laku dan kognitif dalam aspek kehidupan mereka seperti dalam keluarga dan hubungan sosial. Dikatakan lebih kurang 1 hinnga 25 orang kanak-kanak mengalamai ADHD dan diandaikan ADHD dialami oleh sekurang-kurangnya seorang kanak-kanak di setiap bilik darjah. ADHD lebih kerap didiagnosa pada kanak-kanak lelaki berbanding dengan kanak-kanak perempuan. Dr Heinrich Hoffman merupakan orang yang menggambarkan ADHD pada tahun 1845. Dr Hoffman, seorang doktor yang menulis buku mengenai perubatan dan psikiatri telah menulis sebuah buku puisi, lengkap dengan ilustrasi, tentang kanak-kanak dan ciriciri mereka. "Kisah resah Philip" adalah penerangan tepat mengenai seorang budak lelaki yang mempunyai perhatian defisit gangguan hiperaktif. Di Malaysia, terdapat satu kajian yang melibatkan kanak-kanak yang berusia 5 hingga 15 tahun di mana menunjukkan seramai 4.3% kanak-kanak mempunyai ciri-ciri ADHD. Kebanyakannya adalah kanakkanak lelaki, tetapi, puncanya tidak dapat dikenalpasti walaupun faktor genetik dan ketidakseimbangan bahan kimia di dalam otak mungkin menyumbangkan terjadinya masalah . Justeru, kajian saintifik mengenai gangguan telah dijalankan dan memberi maklumat mengenai alam semula jadi, sebab-sebab, kecacatan, dan rawatan ADHD. 1.1 Definisi ADHD Berdasarkann Kamus Dewan edisi keempat, (2010), hiperaktif didefinisikan sebagai sifat kanak-kanak yang terlampau cergas pergerakannya yang menyebabkan kanak-kanak tersebut sukar dikawal. Dr Seto Mulyadi memberikan maksud hiperaktif sebagai suatu pola perilaku yang menetap pada seorang anak. Mohd Faldz Hj Ibrahim, 2007 dalam rencananya juga mengatakan bahawa perilaku ini ditandai dengan sikap tidak mahu diam, tidak dapat memberi tumpuan dan bertidak mengikut kehendak hatinya ataupun impulsif. Menurut Kasmini Kassim (1992), sindrom hiperaktif digunakan untuk menerangkan tingkah laku kanak-kanak yang tidak boleh duduk diam, kurang tumpuan perhatian, terlalu lasak, impulsif, resah, suka merosakkan harta benda dan kemudahalihan perhatian. 3
  4. 4. KBK3073 2013 Seterusnya, merujuk kepada Wintraub (1997) dalam Natural Treatments for ADD and Hyperactivity, bunyi, imej , warna dan pergerakan semuanya berterusan bergerak dan berterusan mengganggu. Pemikiran merawang dan mengenbara kerana rangsangan yang ada. Mereka sukar mengawal diri dan menumpukan perhatian dan menyelesaikan segala masalah serta tugasan, malah tidak menghiraukan sesiapa yang bercakap dengannya. Selain itu, Azizi Yahaya et.al( 2006) berpendapat bahawa gangguan hiperaktif dan kurang tumpuan atau ADHD merujuk suatu kecelaruan perkembangan yang berlaku ketika zaman kanak-kanak mempunyai cirri-ciri seperti kurang tumpuan ,keadaan hiperaktif-impulsif yang lebih kerap dan teruk berbanding dengan keadaan yang biasa diperhatikan pada individu di peringkat perkembangan yang normal. 2.0 Ciri-ciri Tingkah Laku ADHD Menurut William Cruickshank (1986), ciri-ciri kanak-kanak hiperaktif terbahagi kepada dua jenis iaitu: a) Sensory Hyperactive (pancaindera) Kanak-kanak hiperaktif lemah dan gagal memberi tumpuan dan mudah hilang tumpuan dalam proses pembelajaran. Mereka hanya memberi tumpuan perhatian dengan melihat dan mendengar berulang kali dalam kelas. Biasanya mereka tidak boleh membuat gambaran, pengasingan dan menyatakan kaitan atau perhubungan seperti tidak membezakan bas dan lori. Mereka juga lemah dalam hal-hal yang berkaitan dengan ruang seperti segi saiz dan jarak. b) Motor Hiperaktif (motor kasar dan motor halus) Tingkahlaku kanak-kanak aktif dan melampau seperti bersikap agresif sehingga menyebabkan pergaduhan. Apabila mereka mendapat sesuatu, mereka memainpulasikan bahan atau apa saja yang dipegang. Ibu bapa dan guru-guru haruslah mengetahui ciri-ciri intelektual kanak-kanak hiperaktif seperti mudah terganggu, tidak boleh tumpu perhatian terhadap sesuatu perkara, tidak boleh menyiapkan tugasan dan menghasilkan kerja yang tidak berkualiti 4
  5. 5. KBK3073 2013 atau suka buat aktiviti tetapi tak siap. Tambahan pula , perkembangan bahasa mereka lambat. Dari segi ciri-ciri tingkah laku kanak-kanak hiperaktif dianggap suka memberontak, bertindak sebelum berfikir, memerlukan kepuasan dengan segera, tidak boleh menunggu giliran, suka menggangu kawan, suka mencuri dan sentiasa bermasalah. Mereka juga selalu merosakkan harta benda orang, selalu bergaduh dengan rakan. Kadang-kala, mereka akan mencederakan diri dan orang lain. Mereka juga suka membuat bising, perlakuan secara tibatiba degil dan sukar dikawal. Kanak-kanak ini lemah merancang, perlukan perhatian yang lebih, tidak suka dengar nasihat dan tidak tahun mempertahankan diri. Mereka selalau tukar aktiviti, tidak suka dibelai, suka menjerit dan sensitive terhadap bau-bauan serta suka bermain tanpa mengira bahaya. Seterusnya, ibu bapa dan guru-guru menggambarkan kanak-kanak ADHD mudah teransang, lasak atau tidak mendengar kata. Akhirnya, menurut buku “Anak Hiperaktif” (Zafiera, Ferdinand., 2007.Jogjakarta : Katahati) Ciri-ciri kanak-kanak hiperaktif atau ADHD adalah tidak memokuskan sesuatu perkara. Ini dapat dijelaskan bahawa kanak-kanak dengan gangguan ADHD tidak menumpukan perhatian lebih dari lima meter. Mereka tidak memiliki fokus yang jelas dan melakukan sesuatu tanpa tujuan. Mereka tidak mampu melakukan hubungan sosial yang baik. Keduanya, mereka sulit untuk dikendalikan kerana mereka memang selalu bergerak, nakal dan keinginannya harus segera dipenuhi. Mereka tidak boleh diam dalam waktu lama dan mudah teralih. Ketiga, mereka bersikap impulsif dengan melakukan sesuatu secara tiba-tiba tanpa difikir dahulu. Mereka selalu ingin memegang apapun yang ada di depannya. Gangguan perilaku ini biasanya terjadi pada usia prasekolah ataupun sebelum mereka berusia 7 tahun. Keempat. suka menentang. Biaasanya mereka memiliki sikap penentang dan tidak mahu mendengar nasihat. Keempat, kanak-kanak bersikap destruktif umpamanya suka merosakkan alat mainan yang dimainkan dan menghancurkan apa-apa yang tidak disukai.Kelimanya, kanak-kanak tidak kenal lelah dan ketujuh tidak sabar, contohnya semasa mereka bermain taidak mahu menunggu giliran, tetapi langsung merebut. Akhirnya intelektual rendah disebabkan psikologi mentalnya terganggu sehingga ia tidak biasa menunjukkan kemampuan kreatifnya. 5
  6. 6. KBK3073 2013 2.2 Gejala-gejala ADHD Gejala-gejala ADHD terdiri daripada tiga gejala iaitu inatesi(kekurangan tumpuan perhatian), Impulsif ( mengikut dorongan hati) dan hiperaktif (berlaku terlalu aktif). Kanak-kanak ADHD kebanyakannya dari kumpulan inatesi dan selebihnya mungkin mempunyai kombinasi jenis. Mereka yang tergolong dalam inatesi ini lazimnya kurang mengganggu dan lebih cenderung untuk tidak didiagnos dengan ADHD. Gejala pertama, Kekurangan tumpuan perhatian (inatesi) ialah kanak-kanak gagal untuk memberikan perhatian teliti kepada butir-butir atau cuai dalam kerja sekolah. Mereka mempunyai kesukaran untuk memberi perhatian semasa belajar atau bermain dan sukar untuk memberi perhatian atau mendengar apabila bercakap secara langsung. Maka, mereka tidak mengikuti arahan dan gagal menyiapkan kerja sekolah, kerja-kerja atau tugas di tempat kerja. Mereka juga mempunyai kesukaran mengatur tugas dan aktiviti serta mengelak atau tidak suka tugas yang memerlukan penggunaan mental secara berterusan seperti kerja sekolah. Secara umumnya. Mereka sering kehilangan mainan, tugasan, pensil, buku, atau alat-alat yang diperlukan untuk kerja-kerja atau aktiviti. Emosinya mudah terganggu dan bersikap pelupa dalam aktiviti harian. Gejala keduanya ialah impulsive iaitu memberi jawapan sebelum jawapan soalan selesai ditanya. Mereka mengalami kesukaran menunggu giliran dan suka menyampuk atau mengganggu orang lain. Mereka bersikap degil, suka membantah dan suka melanggar peraturan terutamnya di sekolah. Tambahan pula, mereka mudah leka dan tidak memberi tumpuan terhadap sesuatu hal, sering kali merasa tidak puas hati dan sering tertekan. Selain itu, mereka menghadapi masalah dalam pelajaran dan hubungan sosial, cepat takut dan risau dan suka berpeluh dan mengalami masalah sakit perut atau cirit-birit. Gejala ketiga ialah hiperaktif seperti selalu bermain-main dengan tangan atau kaki dan meninggalkan tempat duduk sebelum waktunya. Mereka berjalan atau memanjat dalam situasi yang tidak sesuai dan kesukaran bermain secara senyap-senyap. Mereka sentiasa bergerak dan bertindak seolah-olah “dipacu oleh motor” dan bercakap berlebihan. 6
  7. 7. KBK3073 2013 2.3 Ciri-ciri Lain Ciri-ciri yang biasa ADHD adalah tidak memberi tumpuan, hiperaktif, dan impulsif. Gejala-gejala ini muncul awal dalam kehidupan kanak-kanak. Ramai kanakkanak yang normal boleh mempunyai gejala-gejala ini, tetapi pada tahap yang rendah, atau gejala mungkin disebabkan oleh gangguan lain, ia adalah penting bahawa kanak kanak menerima pemeriksaan teliti dan diagnosis yang sesuai oleh profesional yang berkelayakan. Seorang kanak-kanak yang "tidak boleh duduk diam" atau selainnya mengganggu akan menjadi ketara di sekolah, tetapi perenung lengah boleh diabaikan. Kanak-kanak impulsif yang bertindak sebelum berfikir boleh dianggap hanya "masalah disiplin," manakala kanak-kanak yang pasif atau lembap boleh dilihat sebagai sematamata malas. Namun kedua-duanya mungkin mempunyai jenis ADHD. Semua kanakkanak kadang-kadang resah, kadang-kadang bertindak tanpa berfikir, kadang-kadang berkhayal masa jauh. Apabila kanak-kanak hiperaktif, terganggu, penumpuan miskin, atau impulsif mula menjejaskan prestasi di sekolah, hubungan sosial dengan kanak-kanak lain, atau tingkah laku di rumah, ADHD boleh disyaki. Tetapi kerana gejala berbeza begitu banyak di seluruh tetapan, ADHD tidak mudah untuk mendiagnosis. Ini adalah benar terutama apabila kecuaian adalah gejala utama. Walau bagaimanapun, kesemua ciri-ciri ADHD ini dapat dikesan sebelum kanakkanak berumur 7 tahun lagi. Bagi memastikan kanak-kanak tersebut mengalami masalah ini, ciri-ciri ini mestilah melebihi tempoh 6 bulan. Mereka tidak mempunyai masalah kesihatan atau tumbesaran. Kebiasaanya, ADHD wujud bersama dengan Gejala Tentangan dan Bantahan (Oppositional Defiant Disorder) iaitu kanak-kanak ini berkelakuan degil, keras kepala dan pemarah dan bersikap pembangkang. Mereka mempunyai masalah harga diri kerana kesusahan di sekolah, rumah dan rakan-rakan. Masalah pembelajaran biasa terjejas disebabkan kanak-kanak tidak dapat memberi tumpuan. Menurut versi paling terkini Manual Diagnostik dan Statistik Disorders2 Mental (DSM-IV-TR), terdapat tiga corak tingkah laku yang menunjukkan ADHD. Kanak-kanak dengan ADHD mungkin menunjukkan beberapa tanda-tanda yang konsisten lengah. Mereka mungkin mempunyai corak yang hiperaktif dan impulsif jauh lebih daripada orang lain umur mereka. Mereka mungkin menunjukkan ketiga-tiga jenis tingkah laku. Ini bermakna bahawa terdapat tiga sub-ADHD diiktiraf oleh golongan profesional. Ini 7
  8. 8. KBK3073 2013 adalah jenis yang kebanyakannya hiperaktif-impulsif (yang tidak menunjukkan pengabaian yang ketara); jenis kebanyakannya lengah (yang tidak menunjukkan signifikan tingkah laku hiperaktif-impulsif) kadang-kadang dipanggil ADD-istilah lapuk bagi seluruh masalah ini; dan jenis gabungan. Seterusnya, anak-kanak-kanak ADHD juga mempunyai Intelektual yang lebih rendah. Kemungkinan, secara psikologi mentalnya sudah terganggu sehingga ia tidak biasa menunjukkan kemampuan kreatifnya. 3.0 Punca-punca atau Penyebab ADHD ADHD adalah gangguan tingkah laku yang paling sering didiagnosis kanak-kanak. Ia memberi kesan kepada kira-kira 3 – 5% daripada kanak-kanak sekolah. ADHD didiagnosis jauh lebih kerap dalam kanak-kanak lelaki berbanding kanak-kanak perempuan. ADHD mungkin disebabkan oleh masalah keturunan, tetapi punca yang lebih jelas masih belum dapat ditentukan. Gejala ini lazimnnya terbentuk di fasa awal kehidupan ketika otak/minda sedang pesat berkembang. Kajian pengimejan menunjukkan bahawa otak kanak-kanak ADHD adalah berbeza daripada kanak-kanak lain. Seterusnya, setiap kanak-kanak yang disyaki mempunyai ADHD perlu diperiksa dengan teliti oleh doktor untuk memastikan sebab sebenar mereka berkelakuan begitu dengan merujuk masalah kemurungan, kurang tidur, kurang upaya pembelajaran yang dihadapi. 3.1 Faktor Keturunan Menurut kajian oleh Friend (2006), menunjukkan bahawa sifat dan ciri ibu bapa, adik beradik atau ahli keluarga yang rapat mempengaruhi kecacatan. Kanak-kanak yang mempunyai sejarah keluarga yang mempunyai ADHD adalah tiga kali ganda lebih berpotensi menjadi ADHD berbanding mereka tidak mempunyai sejarah ADHD. Menurut Baekley (1998), 80 peratus kanak-kanak ADHD adalah berpunca daripada keturuanan. Ini bermaksud seseorang bapa boleh mewariskan sindrom ini kepada anak lelaki mereka. Oleh itu, keadaan ini telah menjadikan kanak-kanak lelaki lebih cenderung mengalami hiperaktif sebanyak tiga kali ganda berbanding kanak-kanak perempuan (Zuhayati yazid, 2009). 8
  9. 9. KBK3073 2013 Di samping itu, menurut Mohd Sharani Ahmad (2009), kecacatan pada kanak-kanak berlaku akibat baka iaitu daripada hubungan seksual suami dan isteri. Ketidakseimbangan kromosom yang pertama iaitu autosomal dominal di mana pewarisan baka ini diwarisi oleh anak. 3.2 Perbezaan Fungsi Otak Menurut Sandra (2005) ADHD berlaku disebabkan kekurangan aktiviti dan tahap metabolisma yang rendah di bahagian otak tertentu. Ahli sains mendapati tiga bahagian otak iaitu prefrontal cortex, basal ganglia, dan serebelum kerap berfungsi secara berbeza-beza pada individu dengan ADHD berbanding individu lain. Menurut Friend (2006), menyatakan bahawa kekurangan elektrik aktiviti dan kekurangan tindak balas kepada stimulasi di bahagian otak khusus bagi ADHD. 3.3 Faktor Biokimia Bahan kimia dalam otak yang dikenali sebagai neutransmitter yang memancarkan malmukat daripada tiga bahagian di atas kepada bahagian yang lain, tidak dipecahkan dan diserap semula dengan sempurna dalam otak individu dengan ADHD. 3.4 Faktor biologi Faktor biologi terbahagi kepada tiga peringkat iaitu peringkat prenatal, perinatal dan postnatal. Kanak-kanak ADHD dihasilkan dari peringat prenatal bererti persekitaran sebelum lahir meliputi emosi ibu yang berkaitan dengan stress seperti kemiskinan, masalah keluarga, beban kerja dan sebagainya akan mendorong ibu mengeluarkan hormon kortisone yang mengalir ke saluran darah kesannya janin tidak mencukupi oksigen yang cukup. Maka, hasilnya kategori ADHD yang kuat menangis dan sangat aktif. Pada peringkat prenatal, amalan ibu merokok dan pengambilan alkohol juga menyebabkan kanak-kanak ADHD seperti tidak mendapat menumpukan perhatian dan prestasi rendah di sekolah. Berdasarkan beberapa penelitian menunjukkan anak yang mengidap ADHD berhubungan erat dengan ibu yang merokok semasa kehamilan, diduga nikotin di asap rokok dapat mengakibatkan kekurangan oksigen pada janin yang dan akhirnya dapat membuat bayi kekurangan oksigen ke otak dan menimbulkan kerosakan. 9
  10. 10. KBK3073 2013 3.5 Persekitaran Kajian-kajian terkini menunjukkan bahawa punca persekitaran seperti kemiskinan, permasalahan keluarga, trauma, pendedahan dengan komuniti dan masyarakat yang kurang berdisiplin merupakan punca utama terjadinya ADHD. Punca persekitaran pula dilihat sebagai penyumbang kepada tahap keterukan ADHD yang dialami oleh kanakkanak. 3.6 Psikologi Punca psikologi juga merupakan penyumbang kepada permasalahan yang timbul khususnya latar belakang ibu bapa dan persekitaran tempat kanak-kanak membesar turut mempengaruhi perkembangab emosi dan sosial. Kanak-kanak yang kurang mendapat kasih-sayang daripada ibu bapanya kebiasaanya akan bertindak aktif untuk menarik perhatian ibu bapanya. Justeru, ibu bapa haruslah menambah pengetahuan tentang ADHD. 3.7 Zat Makanan dan Timah Beberapa zat makanan seperti bahan pengawet dan pewarna tiruan boleh menyebabkan pembentukan perilaku ADHD. Kadar timah(lead) dalam serum darah anak yang meningkat ketika hamil juga dapat melahiran anak ADHD. 4.0 Bagaimana Mengenalpasti ADHD ADD & ADHD tidak dapat dikenal pasti secara biologi tetapi boleh menggunakan alat penilaian untuk pengenalpastian. Berikut adalah kaedah mengenalpasti kanak-kanak khas.Ibu bapa harus berhati-hati untuk tidak melabelkan kanak-kanak normal tetapi sangat aktif dan riuh sebagai hiperaktif. Lihat dan teliti terlebih dahulu pada ciri khusus kanakkanak hiperaktif. Peringkat kanak-kanak adalah biasa jika mereka terlampau aktif, suka bermain dan mengalami pencapaian pelajaran sedikit merosot adalah normal. Ia bergantung pada umur dan peringkat perkembangan kanak-kanak. Secara umumnya, hiperaktif dikategorikan kepada tiga tahap iaitu kekurangan tumpuan, mengikut dorongan hati dan 10 berkelakuan aktif.
  11. 11. KBK3073 2013 Daripada kajian , didapati bahawa kanak-kanak ADHD • Biasanya turut mengalami gangguan lain. • 26% mengalami MP yang lain (lewat perkembangan,autistic) • 43% mengalami masalah mental dan gangguan emosi. • 20-40% gangguan anti sosial yang serius • 29-30%-disleksia • Kini populasi kanak-kanak ADHD & ADD dianggarkan melebihi 7 juta orang diseluruh dunia 5.0 Interventsi Awal Untuk Kanak-kanak ADHD Intervensi awal merupakan satu program berstruktur yang sangat kritikal dalam membantu mempertingkatkan pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak berkeperluan khas seawal umur kelahiran sehingga umur persekolahan. Ia dijalankan dengan berkesan melalui pasukan pelbagai disiplin serta turut menyokong kepada keluarga kanak-kanak berkaitan. Perkhidmatan intervensi awal dijalankan melalui fokus berikut: memembantu kanak-kanak membesar menjadi individu yang produktif dan mampu berdikari memempertingkatkan perkembangan serta pendidikan kanak-kanak memenjimatkan kos pendidikan, keperluan, rehabilitasi dan kesihatan memengurangkan perasaan keseorangan yang mungkin boleh menimbulkan tekanan dan kekecewaan khususnya di dikalangan ahli keluarga. Intervensi awal juga ialah satu proses membekalkan perkhidmatan, pendidikan dan sokongan kepada kanak-kanak yang berisiko atau yang mengalami kelambatan dalam perkembangan fizikal atau mental yang akan mempengaruhi perkembangan dan menghalang pembelajaran. Perkhidmatan atau program intervensi awal yang disediakan adalah untuk memenuhi keperluan kanak-kanak dan keluarga yang berkeperluan khas dalam lima bidang perkembangan, iaitu perkembangan fizikal, kognitif, komunikasi, sosial dan emosi dan adaptasi (Sandler, Brazdziunas, Cooley & De Pijem 2001) melalui pelbagai terapi atau perkhidmatan, seperti terapi cara kerja, terapi fisio, terapi pertuturan dan khidmat sokongan untuk keluarga (Addison 2003). Menurut Majnemer (1998), intervensi awal boleh mengurangkan kesan kelambatan 11
  12. 12. KBK3073 2013 perkembangan yang dialami, malah boleh mengelakkannya daripada menjadi semakin serius. Selain itu, intervensi awal juga boleh memaksimumkan potensi kanak -kanak berkeperluan khas dan mengurangkan bebanan masyarakat. Addison (2003) merumuskan beberapa pengaruh positif intervensi awal ke atas kanak-kanak berkeperluan khas. Antaranya termasuklah kemajuan kanak-kanak dalam pelbagai perkembangan pada tahap tertentu, mengelakkan atau mengurangkan masalah susulan, mengurangkan tekanan keluarga dan keperluan pendidikan khas bagi kanak-kanak berkeperluan khas. Guralnick (1997) berpendapat bahawa intervensi awal ialah satu sistem yang dibentuk untuk menyokong bentuk interaksi keluarga supaya perkembangan kanak-kanak tidak terganggu. Wolfendale (1997) mengemukakan empat tujuan utama intervensi awal. Pertama, intervensi awal bertujuan untuk membekalkan sokongan kepada keluarga supaya berupaya menyokong perkembangan kanak-kanak. Kedua, intervensi awal adalah untuk meningkatkan perkembangan kanak-kanak dalam bidang utama seperti komunikasi dan mobiliti. Ketiga adalah untuk meningkatkan keyakinan kanak-kanak, dan keempat adalah untuk mengelakkan berlakunya masalah pada masa hadapan. Oleh itu, tidak dapat dinafikan bahawa intervensi awal memainkan peranan yang sangat penting dalam kalangan kanak-kanak berkeperluan khas, termasuklah kanak-kanak bermasalah pembelajaran. Intervensi awal juga bertujuan untuk mengurangkan kesan sesuatu kurang upaya kepada pembelajaran dan untuk mengelakkan menjadi lebih ketara apabila kanak-kanak memasuki sekolah rendah. Selain itu, pusat ini juga memberi perkhidmatan awal bagi rawatan, pemulihan, bimbingan, khidmat nasihat, gabungan pendidikan, penjagaan diri, interaksi sosial, perkembangan kemahiran motor dan sebagainya kepada kanak-kanak dan juga keluarga sebaik sahaja sesuatu kecacatan dapat dikesan. Menurut Hanson & Lynch (1989), intervensi awal diberikan kepada kanak-kanak berkeperluan khas sejak lahir hingga berusia 6 tahun adalah penting. Ia terdiri daripada gabungan usaha pendidikan, pemakanan, perkembangan kemahiran motor, penjagaan kendiri, interaksi sosial dan sokongan keluarga. 12
  13. 13. KBK3073 2013 6.0 Model Sosial dan Model Perubatan Dalam Pendidkan Khas Terdapat dua model utama dlam pengendalian murid berkeperluan khas iaitu Model Sosial dan Model Perubatan. Kanak - kanak khas perlu menjalani ujian diagnosis secara komprehensif sebelum melakukan sebarang intervensi pendidikan khas ke atas mereka. Ujian diagnosis ini perlu bagi memahami keadaan biologikal serta fizikal mereka. Dengan itu kita boleh melihat tahap keupayaan mereka . 6.1 Model Sosial Model Sosial Perihal Kecacatan penting untuk menggalakkan perubahan . Model ini menganggap kecacatan bukan masalah individu. Individu keperluan khas tidak dapat bersaing pada tahap yang sama sebab terlalu banyak perlu menyedari bahawa halangan dan kekangan. Mereka “masyarakat”, melalui kerajaan serta agensinya), bertanggungjawab menghapuskan halangan-halangan tersebut. Mereka mempunyai hakhak yang sama seperti rakyat lain. Model pendidikan khas berasaskan perubatan dan pendidikan adalah saling berkait. Bagi menjayakan model ini, prinsip kolaborasi dan penglibatan pelbagai pihak seperti i bu bapa, sekolah dan masyarakata dalam program pendidiakn khas amat diutamakan . Kolaborasi merupakan kerjasama yang diberikan oleh pelbagai pihak untuk mencapai sesuatu matlamat. Bagi menyelesaikan masalah dalam pendidkan khas, pelbagai pihak yang mempunyai kepakaran dalam bidang tertentu akan bergabung tenaga. Pihak-pihak ini berperanan untuk mengenal pasti masalah murid , merancang program pendidikan dan menilai perkembangan murid, Hal ini bertujuan untuk memastikan keberkesanan Program Pendidikan Khas. 6.2 Model Perubatan Dalam Model Perubatan, individu tersebut bermasalah dan memerlukan perubatan untuk menyembuhkannya. kehidupannya. Individu tidak dapat membuat kepuusan sendiri mengenai cara Mereka memerlukan ahli professional untuk menjaganya. Pakar perubatan yang mempunyai pelbagai kepakaran memainkan peranan penting unt8k mendiagnostik kanak-kanak dan mengesan punca masalah kecacatan untuk memulihkan kecacatan tersebut. Misalnya pakar neurologi. Mereka berperanan untuk mendiagnostik dan mengubati penyakit yang berkaitan dengan neurologica seperti kecederaan otak. 13
  14. 14. KBK3073 2013 Pakar ini juga mengawal hiperaktif dan masalah menumpukan perhatian dengan memberikan kanak-kanak ubat “Ritalin” untuk mengawal keaktifannya. 7. Pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan untuk membantu kanak-kanak masalah kurang tumpuan hiperaktif Mengikut Kamus Dewan, (1998), pendekatan merupakan cara atau langkah-lankah yang diambil bagi memulakan dan melaksanakan sesuatu tugas. Pendekatan pengajaran dan pembelajaran dalam pendidikan khas memerlukan guru menggunakan pelbagai pendekatan yang sesuai dengan perkembangan diri, kebolehan, keupayaan, bakat, minat serta latar belakang murid. Memandangkan murid mempunyai keupayaan yang berbeza, guru harus menyediakan aktiviti yang sesuai. Usaha ini dapat memastkan murid terlibat aktif, juga membantu proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih berkesan, bermakna dan menggembirakan. Proses pengajaran dan pembelajaran perlu dirancang serta dikendalikan dengan teliti dan sistematik bagi menjamin setiap murid ADHD mendapat peluang yang sama, sama ada dilaksanakan secara kelas, kumpulan mahupun secara individu. Sehubungan ini, ciri-ciri guru amat diutarakan. Mengikut Oliva dan Henson (1980), menyatakan terdapat beberapa ciri guru yang efektif dalam pengajaran dan pembelajaran iaitu konsep kendiri yang tinggi, latar belakang pendidikan yang sesuai. Guru itu juga mempunyai minat dan pengetahuan dalam apa yang diajar dan memahami prinsip asas dalam proses pembelajaran. Guru juga berperanan mementingkan kejayaan murid tetapi berfikiran terbuka dan bersikap adil. Selain itu, guru akan mempunyai strategi pengajaran yang berkesan serta pengawalam pengurusan kelas yang baik. Guru pendidikan khas wajarlah memainkan peranan dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dan aktiviti kokurikulum bagi kanak-kanak ADHD. Guru sentiasa mewujudkan suasana kelas yang menggalakkan pengajaran dan pembelajaran serta mengurus tingkah laku mereka. Guru juga berperanan menjalankan pelbagai pentaksiran dan membantu penyelaras dalam usaha menjayakan program khas. Di samping itu, guru menjadi “Advocate” bagi kanak-kanak ADHD agar membantu mereka bergaul dengan murid-murid biasa dari segi sosial dan emosi. Guru perlulah mencari atau mengesan kelemahan dan kekuatan kanak-kanak semasa menjalankan pengajaran. Guru membuat alat-alat bahan bantu 14
  15. 15. KBK3073 2013 mengajar untuk pengajaran yang lebih berkesan dan menarik. Guru jjuga dikehendaki merancang (RPI) untuk kanak-kanak ADHD mengikut keupayaan kanak-kanak dan membantu kanak-kanak mencapai perkembangan yang optimum. Guru juga merancang aktiviti untuk kanak-kanak ADHD berasaskan keperluan individu dan ujian diagostik. Selain itu, guru juga merancang penilaian berkala tentang pencapaian kanak-kanak berdasarkan keputusan untuk perubahan atau kutipan data. Akhirnya, guru juga boleh melaksanakan sistem modifikasi tingkah laku untuk meningkatkan tingkah laku yang dikehendaki. Pengajaran merupakan satu proses yang merangkumi aktiviti-aktiviti perancangan, pelaksanaan, penilaian dan maklum balas. Terdapat beberapa model pengajaran yang telah diperkenalkan oleh pakar-pakar pendidik sebagai panduan untuk menghasilkan pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan. Sebagai seorang guru, sebelum kita memahami model-model teoritikal yang boleh diaplikasikan dalam proses P&P, kita juga perlu terlebih dahulu memahmi beberapa konsep asas dalam pengajarn kanak-kanak ADHD ini. Seperti kanak-kanak normal, kanak-kanak ADHD juga mempunyai hak untuk mendapatkan pendidikan yang sempurna. Bukan mudah untuk mengajar mereka, namun pasti menyeronokkan bagi sesetengah pihak yang mempunyai minat untuk membantu mereka. 7.1 Pendekatan Belajar Melalui Bermain Pendekatan belajar melalui bermain dititikberatkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran pendidikan khas kerana bermain merupakan keperluan murid. Melalui aktiviti ini, mereka melakukan penerokaan, penemuan dan pembinaan berdasarkan pengalaman dengan rasa gembira dan seronok. Selain menyeronokkan, pendekatan ini boleh meningkatkan keupayaan kognitif dan memenuhi rasa ingin tahu, penguasaan psikomotor, kemahiran berfikir serta mengendalikan emosi. Ciri-ciri pendekatan ini diutamakan ialah aktiviti yang menyeronokkan, penerokaan dan interaksi dengan persekitaran, permainan bebas dan terancang, keanjalan masa, percubaan idea sendiri dan peluang untuk memberi tumpuan dan perhatian. 15
  16. 16. KBK3073 2013 7.2 Pendekatan Konstruktivisme Sosial Pendekatan konstruktivisme sosial merupakan satu pendekatan yang tertumpu dalam bilik darjah. Melalui pendekatan ini akan mewujudkan pelbagai inovasi yang dapat mewujudkan konteks sosial dalam pembelajaran antara guru dengan murid dan antara para pelajar itu sendiri. Justeru, murid ADHD berpeluang untuk membina hubungan sosial, belajar kemahiran memproses informasi bagi menguasai sesuatu ilmu dalam bilik darjah. Seterusnya, para murid hiperaktif ini akan mempunyai peluang yang lebih banyak untuk berinteraksi dengan rakan -rakan mereka berbanding pembelajaran yang hanya tertumpu pada guru sahaja. Melalui proses interaksi ini akan mewujudkan minat mereka untuk belajar sambil bermain sekaligus dapat mengurangkan kadar kurang tumpuan mereka dalam kelas. Pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang digunakan dalam pendekatan konstruktivisme ialah seperti pembelajaran berkumpulan, sumbangsaran, kolaboratif, simulasi dan sebagainya yang memberi fokus kepada tugasan yang melibatkan interaksi dan dapat mengukuhkan ingatan pembelajaran kanak-kanak melalui permainan dalam pembelajaran. Lantaran itu, minda para pelajar yang hiperaktif ini mampu berkembang melalui penerokaan idea-idea yang baru. Pembelajaran berkumpulan juga mampu memaksimumkan kemahiran sosial, komunikasi, interpersonal, kinestetik dan pelbagai lagi yang dapat meminimumkan kurang tumpuan dalam kalangan murid yang hiperaktif ini. Sehubungan hal ini, guru berpeluang untuk menilai keupayaan, kesungguhan dan minat para murid dalam bilik darjah melalui pendekatan konstruktivisme sosial secara langsung. Selain itu, guru dapat memahami aspirasi, cita rasa, perasaan dan pemikiran murid secara langsung maka segala pembelajaran akan berpusat kepada pelajar bagi menarik minat mereka untuk belajar. Di samping itu, guru menjalankan pemerhatian dalam proses pembelajaran tersebut dan perkara ini turut memberi ruang kepada guru untuk mengaplikasi proses pengajaran yang efektif berdasarkan perbezaan murid pelajar tersebut. 7.3 Pendekatan Penggunaan strategi berpusatkan bahan Guru melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran melalui strategi berpusatkan 16
  17. 17. KBK3073 2013 bahan. Guru wajarlah memastikan bahan yang akan digunakan di dalam kelas merupakan bahan ynag relevan, kemas kini dn boleh berfungsi. Penggunaan bahan dapat membantu memudahkan pemahaman murid ADHD serta menarik perhatian mereka sekiranya digunakan secara betul dan efektif. Peralatan teknologi lazimnya membolehkan guru dan murid ADHD menggunakannya secara berkesan di mana teknologi ICT mula diperkenalkan di sekolah, dan bahan pengajaran pelajaran boleh diakses melalui internet dan jalur lebar, namum bagi kebanyakan sekolah yang sedia ada komputur. Pengajaran boleh dilaksanakan dalam kumpulan pembelajaran koperatif di samping memberi latihan kemahiran komunikasi dan sosialisasi. 7.4 Pendekatan Kajian lapangan atau aktiviti luar bilik darjah  Aktiviti ini dijalankan di luar waktu pembelajaran, bertujuan untuk memberi peluang untuk murid ADHD memperoleh pengalaman sebenar. Aktiviti yang menggembirakan mereka serta dapat penerokaan dan interaksi dengan persekitaran. Tambahan pula, murid dapat rekreasi dan boleh menumpukan perhatian serta bersoisialisasi dan berkomunikasi antara satu sama lain. Guru haruslah menekankan aktiviti ini bebas dan terancang dan memanfaatkan murid. 7.5 Membina Sistem yang Teratur 7.5.1 Membina sistem Selain pendekatan pengajaran dan pembelajaran diketengahkan, guru juga berinovasi membina satu sisitem yang teratur. Ini disebabkan di peringkat persekolahan seorang ADHD agak „kucar-kacir‟ (disorganized) sifatnya, iaitu mereka belum dapat mengurus diri mereka. Umpamanya menjaga alat tulis mereka sendiri dan menyimpan semula buku sendiri ke dalam beg. Dalam hal ini, kerjasama ibu bapa dan guru di sekolah amat penting untuk membina satu sistem yang lebih teratur untuk anak ADHD. Contohnya membezakan buku mata pelajaran dengan menggunakan kod warna dan kod warna tersebut dilekatkan di atas buku. Cara yang sama juga dapat diaplikasikan dengan „harta benda‟ anak sendiri seperti kotak pensil. Latih anak murid itu memiliki sebuah kotak pensil dan dalam kotak pensil 17
  18. 18. KBK3073 2013 itu harus dia pastikan sentiasa lengkap dengan alat tulis miliknya. Kerjasama dengan guru – guru lain juga perlu agar latihan ini dilaksanakan secara konsisten dan berkesan. 7.4.2 Kreatif dan Fleksibel Memandangkan kurangnya tumpuan adalah salah satu isu besar untuk murid ADHD, aktiviti pengajaran dan pembelajaran untuk anak ADHD perlu kreatif dan fleksibel untuk mereka. Guru tidak seharusnya mengunci diri dengan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang konservatif. Mungkin dalam satu kelas ada seorang sahaja ADHD, ada waktu kita boleh membenarkan murid itu menyiapkan tugasannya sambil dia berdiri atau berjalan – jalan. Lakukan perubahan tingkah laku ini secara berperingkat. Contohnya bermula dengan membenarkannya bergerak selama 8 minit ke 5 minit dan seterusnya. Asalkan dia tidak mengganngu yang lain dan boleh menyiapkan kerjanya. Selain itu, guru boleh membacakan big book dengan intonasi dan emosI. 7.4.3 Tugasan Manipulatif Jadikan mereka sibuk melaksanakan tugasannya. Dalam kes murid yang masih memerlukan kemahiran manipulatif, guru boleh membuatkan murid itu sibuk. Minta mereka menyiapkan satu kolaj bunga misalnya. Atau menyiapkan 10 utas gelang mutiara Sabah ( kalau mampu.) 7.4.4 Kontak Mata Bagi memastikan tumpuannya pada pengajaran dan pembelajaran kita, murid ADHD boleh di dudukkan di tempat paling hadapan dan mungkin paling dekat dengan guru. Perkara ini bagi memastikan dia terasa sepertinya guru sentiasa mengawasinya Ayat pendek, mudah dan perkataan disebut satu persatu dengan jelas adalah asas untuk berkomunikasi dengan semua kanak-kanak. Melalui pendekatan betul, kanak-kanak autisme yang sering dianggap bermasalah sebenarnya boleh belajar dengan baik dan 18
  19. 19. KBK3073 2013 berdikari. Selagi kita belum kenal dan tahu mengapa mereka menunjukkan kelakuan „pelik‟, jangan cepat memberi label kepada kanak-kanak autisme hanya kerana mereka dilahirkan begitu. Mereka bukan pembawa masalah, sebaliknya kehadiran kanak-kanak ADHD sebenarnya memberi peluang kepada kita untuk berfikir lebih kreatif menjaga dan mendidik golongan ini. . Secara fizikalnya mereka sama seperti kanak-kanak normal tetapi berbeza daripada segi kelakuan kerana individu autisme suka melakukan sesuatu berulang kali, taksub dengan objek berputar seperti kipas dan gasing, tidak mahu bertentang mata, tidak suka disentuh, susah bekerjasama dan tidak sabar menunggu giliran. Guru juga boleh menggunakan kaedah ICT dalam menarik tumpuannya. Jangankan murid ADHD, murid perdana juga mudah tertarik dengan p&p yang menggunakan ICT. Selain itu, guru boleh membacakan big book dengan intonasi dan emosi…. . Tugasan Manipulatif Jadikan mereka sibuk melaksanakan tugasannya. Dalam kes murid yang masih memerlukan kemahiran manipulatif, guru boleh membuatkan murid itu sibuk. Minta mereka menyiapkan satu kolaj bunga misalnya. Atau menyiapkan 10 utas gelang mutiara Sabah ( kalau mampu)… Kontak Mata Bagi memastikan tumpuannya pada p&p kita, murid ADHD boleh di dudukkan di tempat paling hadapan dan mungkin paling dekat dengan guru. Perkara ini bagi memastikan dia terasa sepertinya guru sentiasa mengawasinya. Sumber: 1. Pengalaman 2. Internet 19
  20. 20. KBK3073 2013 8.0 PENUTUP Kesimpulannya, perhatian awal itu diperlukan oleh kanak-kanak ADHD kerana keperluan mereka sama dengan kanak-kanak biasa. Ibu bapa perlu belajar memahami kehendak anak kerana melalui pemahaman itu, kanak-kanak hiperaktif ini tidak mudah bertindak ga-nas atau liar apabila dewasa. Kita mesti memberi perhatian, arahan dan per-ingatan terhadap kanak-kanak ini perlulah dilakukan secara berterusan dan berulang kerana mereka memang sukar menerima perubahan dalam diri dan persekitaran. Kanak-kanak ADHD memerlukan rawatan mental dan psikologi yang sesuai untuk meringankan atau mengubati simptomnya demi kesejahteraan kanak-kanak sendiri. Bahan Rujukan: http://id.prmob.net/attention-deficit-hyperactivity-disorder/methylphenidate/atomoxetine170348.html http://www.scribd.com/doc/36890425/Pembentangan-Ciri-Ciri-Dan-Sebab-ADD-ADHD http://ideguru.wordpress.com/2010/04/08/ciri-ciri-anak-hiperaktif-atau-penderita-adhd/ http://oze.my/memoplusgold/masalah-adhd-sindrom-kurang-daya-tumpuan-dan-hiperaktif/ Memahami dan Membantu Anak ADHDOleh MIF. Baihaqi, M. Sugiarmin Pendidikan bagi Anak Berkesulitan Belajar 20

×