KAJIAN KES
BAB

:

PERNIAGAAN RUNCIT
PELABURAN
PERBANKAN
PROMOSI

SOALAN ESEI - BAHAGIAN B
Baca kajian kes di bawah dengan...
(a)
i)
Rajan.

Terangkan ciri- ciri perniagaan runcit yang ditubuhkan oleh Encik

( 6 markah )
ii) Terangkan kekurangan je...
a) i) ....perniagaan runcit kecil- kecilan (1m)
…memerlukan modal yang kecil (1m) – simpanan atau pinjaman dari saudara
ma...
e) …kemudahan pembiayaan melalui pinjaman (1m)
…pinjaman bermaksud wang yang dipinjam oleh bank kepada pelanggannya
setela...
Upcoming SlideShare
Loading in …5
×

Kajian kes1

285 views

Published on

Published in: Business, Economy & Finance
0 Comments
0 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

  • Be the first to like this

No Downloads
Views
Total views
285
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
3
Actions
Shares
0
Downloads
4
Comments
0
Likes
0
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Kajian kes1

  1. 1. KAJIAN KES BAB : PERNIAGAAN RUNCIT PELABURAN PERBANKAN PROMOSI SOALAN ESEI - BAHAGIAN B Baca kajian kes di bawah dengan teliti, dan jawab soalan-soalan yang berikut. Encik Rajandran pernah bekerja sebagai pembantu kedai selama 5 tahun. Pada tahun 2006, beliau berhenti kerja. Beliau telah menubuhkan sebuah kedai runcit di sebuah kawasan perumahan dekat Jelapang, dengan wang simpanan sebanyak RM25 000 dan pinjaman sebanyak RM 10 000 daripada ahli keluarga dan saudara mara yang lain. Kedai runcitnya didaftarkan sebagai Kedai Am Rajan. Lesen perniagaan diperoleh daripada pihak berkuasa tempatan. Beliau menyewa sebuah premis dengan sewa bulanan sebanyak RM450 dan menggaji seorang pekerja sebagai pembantu dengan gaji bulanan sebanyak RM 500. Encik Rajan sendiri menjalankan kerja-kerja membeli stok barang, menyemak stok, dan mengurus kewangan perniagaan. Kebanyakan kerja melayan pelanggan dilakukan oleh pembantunya. Stok barang dibeli daripada beberapa syarikat borong di sekitar bandar Ipoh dan semua pembelian terpaksa dijelaskan secara tunai kerana para pembekal tidak sanggup memberi kemudahan kredit kepadanya. Justeru itu, Encik Rajan membeli stok dalam kuantiti yang sedikit serta jenis dan jenama barangan pula terhad. Bagi mengelakkan masalah aliran tunai, beliau menjual secara tunai sahaja. Beliau juga tidak mampu untuk membeli kenderaan dan hal ini menyebabkan pelanggannya terpaksa mengangkut sendiri barang belian mereka. Walau bagaimanapun, pelanggan sanggup membeli di kedainya kerana Encik Rajan sangat mesra dan sentiasa cuba mengatasi sebarang kemusykilan yang dihadapi oleh pelanggannya. Pelanggan Encik Rajan bertambah disebabkan sikapnya yang mesra. Jadi, beliau bercadang untuk membeli kedai tersebut bagi menjalankan aktiviti perniagaan dan tidak mahu lagi menyewanya. Tambahan pula, Encik Rajan menghadapi masalah kekurangan sumber kewangan untuk membeli ruang kedai tersebut. Beliau mengambil keputusan untuk mendapatkan sumber pembiayaan kewangan daripada pihak bank bagi memajukan lagi perniagaan kedai runcitnya.
  2. 2. (a) i) Rajan. Terangkan ciri- ciri perniagaan runcit yang ditubuhkan oleh Encik ( 6 markah ) ii) Terangkan kekurangan jenis perniagaan runcit yang dijalankan oleh Encik Rajan. ( 7 markah) (b) Apakah peranan yang dimainkan oleh Encik Rajan sebagai peruncit? ( 4 markah ) (c) Terangkan secara ringkas bentuk pelaburan yang dilakukan oleh Encik Rajan. ( 5 markah ) (d) Apakah langkah yang perlu diambil oleh Encik Rajan untuk menarik lebih ramai pelanggan ke kedainya? ( 3 markah ) (e) Apakah bantuan yang boleh diperoleh oleh Encik Rajan daripada pihak bank? ( 4 markah) JAWAPAN
  3. 3. a) i) ....perniagaan runcit kecil- kecilan (1m) …memerlukan modal yang kecil (1m) – simpanan atau pinjaman dari saudara mara (1m) …ditubuhkan secara milikan tunggal (1m) – didaftarkan atas nama sendiri (1m) …mudah dibentuk (1m) – didaftarkan dengan Pendaftar Perniagaan dan mengambil lesen perniagaan daripada pihak berkuasa tempatan (1m) …lokasi perniagaan berdekatan dengan tempat tinggal pengguna (1m) …memberi layanan peribadi kepada pengguna (1m) …kos overhed yang rendah (1m) – sewa dan bayaran gaji seorang pekerja sahaja (1m) …mudah diurus kerana saiz yang kecil (1m) – membeli stok, menyemak stok dan mengurus kewangan (1m) ii) …modal yang sedikit menyebabkan perkembangan perniagaan terhad (1m) – tidak dapat membeli stok secara pukal dan pelbagai jenis dan jenama barang (1m) …tidak dapat menikmati diskaun niaga yang tinggi (1m) …tidak mampu mengamalkan pengkhususan dalam pentadbiran (1m) – Encik Rajan sendiri terpaksa melakukan pelbagai tugas seperti membeli stok, menyemak stok dan mengurus kewangan dengan sendiri (1m) …menanggung liabiliti yang tidak terhad (1m) – maka pemilik tidak mempunyai jaminan perniagaan akan kekal (1m) b) …meletakkan perniagaan berhampiran dengan pelanggan (1m) – kawasan perumahan (1m) …memberi khidmat nasihat (1m) – mesra dengan pelanggan dan cuba mengatasi sebarang masalah (1m) c) …pelaburan dalam harta tanah (1m) – merujuk kepada pembelianaset kekal seperti rumah, kondominium, kedai, pejabat, bangunan, tanah, dan ladang (1m) …Encik Rajan ingin membeli kedai tersebut bagi memperoleh premis yang sebelum ini disewanya (1m) …pelaburan dalam harta tanah juga dikenali sebagai pelaburan modal (1m) …pelaburan dalam harta tanah melibatkan jumlah wang yang banyak (1m) d) …menyediakan pelbagai jenis barang dan jenama barang untuk pilihan pengguna (1m) …menjual secara kredit (1m) …menyediakan perkhidmatan selepas jualan (1m)
  4. 4. e) …kemudahan pembiayaan melalui pinjaman (1m) …pinjaman bermaksud wang yang dipinjam oleh bank kepada pelanggannya setelah memenuhi syarat (1m) – contoh pinjaman untuk beli tanah, bangunan, kedai dan sebagainya (1m) …kelulusan berdasarkan nilai cagaran/ kemampuan bayar balik (1m) …dikenakan faedah (1m) …faedah atas pinjaman bergantung kepada tempoh pinjaman/ cagaran (1m)

×