Successfully reported this slideshow.
We use your LinkedIn profile and activity data to personalize ads and to show you more relevant ads. You can change your ad preferences anytime.

Jadual 3

377 views

Published on

Published in: Education
  • Be the first to comment

Jadual 3

  1. 1. Jadual 3: Langkah-langkah Pengajaran dan Pembelajaran Semasa Intervensi LANGKAH TINDAKAN RASIONALSET • Guru menjalankan satu a) Setiap murid diberikan satuINDUKSI aktiviti permainan yang suku kata. Pada setiap suku membolehkan murid-murid kata tersebut, kertas warna mengenal pasti tajuk yang yang berbeza telah ditampal diajar. oleh guru. b) Guru telah menampal kertas warna mengikut susunan suku kata pada papan putih. c) Seterusnya, murid-murid diminta menampal suku kata mengikut warna yang disebut oleh guru. d) Susunan semua suku kata akan membentuk tajuk pelajaran. e) Permainan kecil ini dijalankan agar proses pengajaran dan pembelajaran menjadi menarik dan wujud kelainan guru memperkenalkan tajuk yang akan diajarkan.LANGKAH 1 • Guru mengajar a) Guru mengajar dengan(Minggu 1) menggunakan kaedah memberi penerangan secara konvensional tanpa bahan langsung dalam kelas. dua dimensi b) Bahan yang digunakan oleh guru untuk mengajar ialah kertas mahjung dan buku teks. c) Ini dijalankan untuk mengenalpasti ingatan dan kefahaman murid-murid
  2. 2. terhadap topik bentuk muka bumi tanpa penggunaan sebarang bahan bantu mengajar. d) Selepas pengajaran guru secara kuliah dijalankan, guru bersoal jawab dengan murid-murid tentang topik yang telah diajar. e) Melalui soal jawab dengan murid-murid, guru dapat mengetahui tahap ingatan dan kefahaman mereka.LANGKAH 2 • Guru melaksanakan ujian a) Guru akan melaksanakan(Minggu 2) sebelum intervensi. ujian sebelum intervensi kepada murid-murid Tahun 5. b) Ujian yang akan dilaksanakan mempunyai 10 soalan objektif dan enam soalan struktur yang menghasilkan 40 markah. Soalan ini merangkumi topik bentuk muka bumi. c) Ujian ini adalah untuk mengenal pasti bahagian dalam topik yang masih tidak dapat diingati oleh murid- murid. d) Seterusya, ujian ini dapat membantu guru merekod pencapaian murid-murid agar dapat mengambil tindakan
  3. 3. yang sewajarnya. e) Guru mengumpul dan menyemak kertas jawapan murid-murid untuk mendapatkan markah murid- murid. f) Guru menganalisis markah dan kertas jawapan murid- murid. Ini membantu guru untuk mengenal pasti bahagian-bahagian yang masih belum dikuasai oleh murid-murid.LANGKAH 3 • Guru menjalankan sesi a) Guru akan menerangkan(Minggu 3) pengajaran dan contoh dan kepentingan jenis pembelajaran mata bentuk muka bumi dengan pelajaran Kajian Tempatan menggunakan kad ini. dengan menggunakan ‘Kad b) ‘Kad Pop-Out’ ini dapat Pop-Out’. membantu murid-murid mengenali jenis bentuk muka bumi di Malaysia dengan melihat gambar-gambar yang ditunjukkan oleh guru. c) Guru akan bersoal jawab dengan murid-murid tentang jenis-jenis bentuk muka bumi. d) Soal jawab ini diadakan untuk mengenal pasti keberkesanan pengajaran guru dengan menggunakan ‘Kad Pop-Out’.LANGKAH 4 • Murid-murid diminta a) Murid-murid dibahagikan
  4. 4. (Minggu 4) memadankan kad kepada tiga kumpulan. penerangan berdasarkan Mereka diminta gambar yang telah ditampal memadankan gambar dengan pada carta yang disediakan kad penerangan yang telah oleh guru. disediakan oleh guru. b) Melalui aktiviti ini, guru dapat menilai tahap ingatan murid-murid terhadap pengajaran guru. c) Guru membuat pemerhatian semasa murid-murid memadankan kad penerangan dengan gambar yang diberikan. d) Sekiranya murid-murid dapat memadankan dengan betul, ini bermakna murid-murid faham dan ingat akan pengajaran guru. e) Guru dan murid akan berbincang bersama-sama jawapan yang telah ditampal oleh guru. Hal ini membantu murid mengenal pasti jawapan yang betul.LANGKAH 5 • Murid memadankan kad a) Guru mengedarkan buku(Minggu 5) gambar dan kad jawapan skrap, kad gambar dan kad untuk ditampal dalam buku jawapan yang telah skrap yang telah disediakan disediakan oleh guru. oleh guru. b) Murid-murid diminta memadankan kad gambar dan kad jawapan dengan betul. c) Aktiviti ini dilakukan dalam
  5. 5. kumpulan masing-masing. d) Aktiviti ini dijalankan untuk melihat kerjasama dalam kumpulan dan kefahaman murid-murid terhadap topik bentuk muka bumi. e) Guru menyemak jawapan murid-murid dan seterusnya meminta mereka melekatkannya dalam buku skrap yang telah disediakan. f) Soal jawab diadakan dengan murid-murid untuk melihat keberkesanan buku skrap tersebut dan menguji daya ingatan murid-murid terhadap topik bentuk muka bumi.LANGKAH 6 • Guru menjalankan ujian a) Guru akan menjalankan ujian(Minggu 6) selepas intervensi. selepas intervensi yang berbentuk ujian yang merangkumi topik jenis bentuk muka bumi. b) Ujian pos ini terdiri daripada 10 soalan objektif dan lima soalan struktur yang menghasilkan 40 markah. Ujian ini akan dijalankan secara individu. c) Ujian ini diadakan untuk melihat keberkesanan penggunaan bahan dua
  6. 6. dimensi seperti ‘Kad Pop- Out’, carta dan buku skrap dalam proses pengajaran dan pembelajaran. d) Guru akan membuat penilaian mengenai tahap pencapaian setiap pelajar melalui ujian tersebut. e) Guru akan menganalisis tahap pencapaian mereka. Keputusan ujian selepas intervensi akan dibandingkan dengan keputusan ujian sebelum intervensi untuk menentukan tahap peningkatan atau penurunan keputusan ujian. f) Ini seterusnya dapat menentukan sejauh manakah keberkesanan penggunaan bahan dua dimensi dalam proses pengajaran dan pembelajaran.PENUTUP • Guru menunjukkan gambar- a) Guru menunjukkan gambar gambar bentuk muka bumi. bentuk muka bumi untuk • Murid membuat ramalan memperlihatkan keindahan kesan sekiranya tempat- alam semulajadi dan tempat ini tidak dijaga. kepentingan setiap bentuk • Murid diminta merumuskan muka bumi. isi pelajaran. b) Murid membuat ramalan tentang apa yang akan terjadi sekiranya tempat-tempat ini tidak dijaga.
  7. 7. c) Guru meminta murid-murid membuat ramalan agar dapat memupuk kesedaran dalam diri murid-murid tentang kepentingan bentuk muka bumi ini dan kesannya jika ia tidak dijaga.d) Melalui rumusan murid, maka guru dapat mengetahui pemahaman keseluruhan murid secara umum mengenai tajuk saliran dan kepentingannya.

×