Successfully reported this slideshow.
We use your LinkedIn profile and activity data to personalize ads and to show you more relevant ads. You can change your ad preferences anytime.

Menterjemah istilah

471 views

Published on

Terjemahan Istilah

Published in: Education
  • Be the first to comment

Menterjemah istilah

  1. 1. LUQMAN HAKIM BIN HAMDAN A144978 TERJEMAHAN ARAB-Melayu- Melayu II PPPJ 2443
  2. 2. Ayat Maklumat (Informatif) Ayat Perasaan (Emosi) Ayat Arahan (Imperatif)
  3. 3. • Merupakan terjemahan yang paling mudah • Bentuk ayat maklumat dalam Bahasa Inggeris adalah serupa dengan bentuk ayat maklumat dalam Bahasa Melayu • Ayat maklumat ialah jenis yang paling banyak diterbitkan baik dalam lisan mahupun lisan • Tujuan ayat maklumat adalah untuk memberitahu sesuatu
  4. 4. 1. Ayat Perisytiharaan/Makluman/ Pengumuman/Pemberitahuan: eg:- Dengan menyebut nama Allah, saya rasmikan pameran Keris-keris Melayu ini. 2. Ayat Pernyataan eg:- Ada virus dalam komputer. 3. Ayat Takrifan/Definisi eg:- Angin ialah udara yang bergerak.
  5. 5. 4. Ayat Tegasan eg:- Benar, manusia adalah makhluk sebaik- baik ciptaan. 5. Ayat Persetujuan/Keizinan/Sokongan eg:- Baiklah, awak boleh pergi sekarang. 6. Ayat Nafian/Bangkangan/Bantahan eg:- Saya tidak pernah berkata begitu. 7. Ayat Sangsian eg:- Benarkah semua bangau putih? 8. Ayat Cerita eg:- Pada suatu hari, Pak Pandir terlupa akan apa yang dia lakukan.
  6. 6. 9. Ayat Tanyaan/Soalan eg:- Apa khabar ibu awak? 10. Ayat Nilaian/Pendapat/Cita rasa eg:- Kuala Lumpur sungguh indah. 11. Ayat Sudut Pandangan eg:- Dikaji dari sudut kejiwaan, alat-alat perawatan wajah membawa faedah besar pada pengguna. 12. Ayat Syaratan eg:- Kalau hari tidak hujan, bolehlah kita pergi memancing. 13. Ayat Janji/Ikrar/Sumpah eg:- Saya bersumpah, selagi tidak lulus, saya tidak akan berhenti mengambil peperiksaan.
  7. 7. • Merupakan jenis kedua yang banyak diterbitkan oleh manusia • Ayat-ayat ini terdapat dalam berbagai- bagai jenis bentuk seperti dalam bentuk teks sains, label pada kotak ubat, manual barangan, buku resepi dan banyak lagi • Tujuan ayat arahan adalah menyuruh seseorang melakukan sesuatu, iaitu seperti apa yang dikehendaki
  8. 8. 1. Ayat Peintah eg:- Serang! 2. Ayat Suruhan eg:- Ambilkan dua batang pensel itu. 3. Ayat Larangan eg:- Jangan pijak simen basah. 4. Ayat Panduan eg:- Mula-mula gaul tepung dengan gula, kemudian masukkan telur yang sudah dipukul.
  9. 9. 5. Ayat Amaran/ Ancaman eg:- Kalau awak berani datang lambat sekali lagi, saya pecat awak. 6. Ayat Undangan/Jemputan eg:- Sudilah datang ke rumah kami apabila musim durian nanti. 7. Ayat Silaan eg:- Jemputlah masuk, ayah ada di dalam. 8. Ayat Gesaan eg:- Cepatlah bawa budak ini ke hospital, sebelum sakitnya bertambah teruk.
  10. 10. 9. Ayat Ajakan eg:- Marilah kita melabur untuk masa depan kita. 10. Ayat Tawaran eg:- Kalau anda mahu, saya sanggup hantar barang ini ke pintu rumah anda. 11. Ayat Peraturan eg:- Para pelancong masuk ikut Pintu B, rakyat tempatan masuk ikut Pintu A.
  11. 11. • Ayat ini terdapat dalam pelbagai bentuk • Ayat ini menggambarkan perasaan yang sedang dialami oleh seseorang • Perasaan yang digambarkan boleh jadi jenis positif mahupun negatif • Ciri utama ayat ini ialah nada atau intonasi suara yang mengiringi pengucapan ayat-ayat itu.
  12. 12. 1. Ayat Marah eg:- Kalau ikutkan hati, saya pecat awak sekarang juga. 2. Ayat Gembira eg:- Wah! Seronoknya dapat anak kembar. 3. Ayat Sanjungan eg:- Hanya Tuhan yang dapat membalas budi tuan. 4. Ayat Ejekan eg:- Hai! Ular lidi hendak jadi naga?
  13. 13. 5. Ayat Dukaan eg:- Saya tak sanggup hidup lagi kalau kaki saya terpaksa dipotong. 6. Ayat Sindiran eg:- Hujan ribut lagi berhenti, ini pula orang makan. 7. Ayat Cacian eg:- Kucing kurap tak sedar diri! Ada hati nak meminang anak kita. 8. Ayat Kutukan eg:- Kereta sial! Satu sen tak guna! Harga mahal tapi tak boleh pakai.
  14. 14. 9. Ayat Cabaran eg:- Kalau berani, mari kita beradu kuat sekarang juga. 10. Ayat Kejutan eg:- Masya-Allah, apa yang dibuatnya dengan duit sebanyak itu? 11. Ayat Sesalan eg:- Oh! Tuhan, ampunkanlah dosaku ini. 12. Ayat Sumpahan eg:- Aku sumpah kau jadi batu. 13. Ayat Pujukan eg:- Janganlah diikutkan hati, bunga bukan sekuntum, kumbang bukan seekor.
  15. 15. • Ainon Mohd dan Abdullah Hassan. 2005. Teori dan Teknik Terjemahan (Edisi Kemas Kemas kini). Kuala Lumpur : PTS Professional Publishing Sdn.Bhd.

×