Successfully reported this slideshow.
We use your LinkedIn profile and activity data to personalize ads and to show you more relevant ads. You can change your ad preferences anytime.
9 Stabiliti
Pusat Graviti Mempengaruhi Kestabilan Objek 
Pusat graviti objek 
1. Suatu objek dapat diimbangkan pada satu titik yang 
d...
Aktiviti 9.1: Pusat graviti objek berbentuk sekata dan tidak 
sekata 
Tujuan: Menentukan kedudukan pusat graviti objek 
be...
1. Gunting kadbod menjadi suatu objek berbentuk tidak 
sekata. 
2. Tebuk tiga lubang pada kadbod dan labelnya P, Q, dan R....
Kestabilan 
1. Sesuatu objek dikatakan stabil pada kedudukannya 
jika objek itu tidak mudah tumbang. 
2. Kestabilan sesuat...
3. Kesan kedudukan pusat graviti ke atas kestabilan. 
(a) semakin rendah kedudukan pusat graviti sesuatu 
objek, semakin s...
4. Kesan keluasan tapak ke atas kestabilan. 
(a) semakin luas tapak sesuatu objek, semakin stabil 
objek itu. 
(b) apabila...
Aplikasi Prinsip Kestabilan 
1. Beberapa contoh aplikasi prinsip kestabilan yang 
berdasarkan kepada pusat graviti yang re...
(d) kereta lumba dicipta dengan mempunyai badan 
kereta yang rendah supaya pusat graviti rendah. 
(e) bahagian bawah kende...
2. Beberapa contoh aplikasi prinsip kestabilan yang 
berdasarkan kepada keluasan tapak yang besar adalah 
seperti yang ber...
(d) alat-alat makmal seperti kaki retort, kelalang kon, 
tungku kaki tiga, dan penunu Bunsen mempunyai 
tapak yang lebar u...
Eksperimen 9.1: Faktor-faktor yang mempengaruhi 
kestabilan objek 
Tujuan: Mengkaji kestabilan objek dengan memanipulasika...
Prosedur: 
1. Gunakan plastisin dan mancis untuk menyediakan 
model P dan model Q seperti yang ditunjukkan dalam 
Rajah (a...
9 stabiliti
Upcoming SlideShare
Loading in …5
×

9 stabiliti

9,488 views

Published on

Sains Tingkatan 2
Bab 9 Stabiliti

Published in: Education
  • Dating for everyone is here: ♥♥♥ http://bit.ly/369VOVb ♥♥♥
       Reply 
    Are you sure you want to  Yes  No
    Your message goes here
  • Sex in your area is here: ♥♥♥ http://bit.ly/369VOVb ♥♥♥
       Reply 
    Are you sure you want to  Yes  No
    Your message goes here
  • tq cikgu..halalkan ilmu yg cikgu berikan..semoga dimanfaatkn oleh pelajar
       Reply 
    Are you sure you want to  Yes  No
    Your message goes here

9 stabiliti

  1. 1. 9 Stabiliti
  2. 2. Pusat Graviti Mempengaruhi Kestabilan Objek Pusat graviti objek 1. Suatu objek dapat diimbangkan pada satu titik yang disebut pusat graviti. 2. Kedudukan pusat graviti suatu objek bergantung pada bentuk objek itu. Pusat graviti bagi objek yang berbentuk sekata seperti segi empat sama, segi empat tepat, sfera, segi tiga sama sisi, dan silinder terletak di tengah objek. 3. Pusat graviti untuk objek berbentuk tidak sekata tidak semestinya terletak di tengah objek itu.
  3. 3. Aktiviti 9.1: Pusat graviti objek berbentuk sekata dan tidak sekata Tujuan: Menentukan kedudukan pusat graviti objek berbentuk sekata dan tidak sekata Bahan: Kadbod, pin, dan benang Radas: Gunting, pemberat 50 g, dan kaki retort Prosedur:
  4. 4. 1. Gunting kadbod menjadi suatu objek berbentuk tidak sekata. 2. Tebuk tiga lubang pada kadbod dan labelnya P, Q, dan R. 3. Gantungkan kadbod itu pada titik P dengan menggunakan sebatang pin dan benang. Pastikan kadbod itu dapat bergerak bebas. 4. Gantungkan satu pemberat dari titik P. 5. Lukiskan satu garis lurus pada kadbod itu dari titik P mengikut benang. 6. Ulangi langkah 3 hingga 5 dengan menggantungkan kadbod itu pada kedudukan Q dan R. 7. Lukiskan titik persilangan bagi garis-garis itu. 8. Ulangi langkah 1 hingga 7 dengan beberapa objek sekata seperti segi empat sama, segi empat tepat, segi tiga, dan bulatan.
  5. 5. Kestabilan 1. Sesuatu objek dikatakan stabil pada kedudukannya jika objek itu tidak mudah tumbang. 2. Kestabilan sesuatu objek dipengaruhi oleh: (a) kedudukan pusat graviti. (b) keluasan tapak. Radas yang manakah lebih mudah tumbang, silinder penyukat atau kelalang kon?
  6. 6. 3. Kesan kedudukan pusat graviti ke atas kestabilan. (a) semakin rendah kedudukan pusat graviti sesuatu objek, semakin stabil objek itu. (b) apabila blok papan dicondongkan, bongkah kayu A pada rajah yang ditunjukkan akan jatuh terlebih dahulu diikuti oleh B dan akhir sekali C kerana graviti yang paling tinggi diikuti oleh bongkah B dan C.
  7. 7. 4. Kesan keluasan tapak ke atas kestabilan. (a) semakin luas tapak sesuatu objek, semakin stabil objek itu. (b) apabila blok papan dicondongkan, bongkah kayu X pada rajah yang berikut akan jatuh terlebih dahulu diikuti oleh Y dan Z kerana bongkah kayu X mempunyai luas yang paling kecil diikuti oleh bongkah kayu Y dan Z.
  8. 8. Aplikasi Prinsip Kestabilan 1. Beberapa contoh aplikasi prinsip kestabilan yang berdasarkan kepada pusat graviti yang rendah adalah seperti yang berikut: (a) haiwan besar seperti gajah dan badak mempunyai kaki yang pendek untuk merendahkan pusat graviti. (b) unta merendahkan badannya semasa beban dinaikkan atau diturunkan untuk mencapai kestabilan. (c) penumpang-penumpang sebuah bot dinasihatkan supaya duduk semasa bot bergerak untuk kestabilan bot.
  9. 9. (d) kereta lumba dicipta dengan mempunyai badan kereta yang rendah supaya pusat graviti rendah. (e) bahagian bawah kenderaan berat seperti lori, bas, dan kereta api dibuat daripada keluli berat serta mempunyai enjin yang berat supaya pusat gravitinya adalah rendah. (f) barang-barang yang berat biasanya disusun di bahagian bawah barang-barang ringan supaya boleh mencapai kestabilan.
  10. 10. 2. Beberapa contoh aplikasi prinsip kestabilan yang berdasarkan kepada keluasan tapak yang besar adalah seperti yang berikut: (a) haiwan berkaki empat yang tinggi seperti zirafah mengangkangkan kakinya untuk mengekalkan kestabilan badannya semasa meminum air. (b) perkakas rumah seperti kipas meja, meja, dan kerusi direka dengan mempunyai tapak yang luas. (c) pasangan roda tambahan kecil dipasangkan pada basikal kanak-kanak dan motosikal supaya mudah ditunggang tanpa tumbang.
  11. 11. (d) alat-alat makmal seperti kaki retort, kelalang kon, tungku kaki tiga, dan penunu Bunsen mempunyai tapak yang lebar untuk tujuan kestabilan. (e) orang tua menambah luas tapak semasa berjalan dengan menggunakan tongkat. (f) seorang peserta acara mengangkat berat akan mengangkangkan kakinya untuk menambahkan kestabilannya.
  12. 12. Eksperimen 9.1: Faktor-faktor yang mempengaruhi kestabilan objek Tujuan: Mengkaji kestabilan objek dengan memanipulasikan ketinggian dan keluasan tapak objek Pernyataan masalah: Bagaimanakah ketinggian dan keluasan tapak mempengaruhi kestabilan objek? Hipotesis: Semakin rendah kedudukan pusat graviti, semakin stabil objek itu. Pemboleh ubah: yang dimanipulasikan: Kedudukan pusat graviti objek yang bergerak balas: Kestabilan objek yang dimalarkan: Keluasan tapak objek, saiz, dan bentuk plastisin Bahan: Plastisin, mancis, dan papan
  13. 13. Prosedur: 1. Gunakan plastisin dan mancis untuk menyediakan model P dan model Q seperti yang ditunjukkan dalam Rajah (a). 2. Sediakan model P lebih tinggi daripada model Q. 3. Letakkan model P dan model Q di atas papan. 4. Condongkan papan dengan perlahan-lahan. 5. Catatkan pemerhatian tentang model plastisin yang tumbang terlebih dahulu. Rajah (a)

×