Kertas Kerja MPP Minggu Kesenian Islam

8,731 views

Published on

Kertas Kerja MPP IPG KBA Minggu Kesenian Islam

Published in: Education
0 Comments
9 Likes
Statistics
Notes
• Be the first to comment

No Downloads
Views
Total views
8,731
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
5
Actions
Shares
0
Downloads
0
Comments
0
Likes
9
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Kertas Kerja MPP Minggu Kesenian Islam

1. 1. Kertas Kerja CADANGAN
Minggu Kesenian Islam
1431 Hijrah / 2010 Masihi
DISEDIAKAN OLEH:
EXCO KEROHANIAN DAN SAHSIAH

TUJUAN
2. 2. Kertas kerja ini diusulkan dengan tujuan untuk mendapatkan pengesahan dari Pengarah IPG KBA (Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Antarabangsa) bagi mengadakan Minggu Kesenian Islam 2010 masihi bersamaan 1431 hijrah.
3. 3. Memohon sedikit peruntukan dari pihak pentadbiran untuk menampung kos bagi menjayakan Minggu Kesenian Islam ini.
4. 4. LATAR BELAKANG
5. 5. Minggu Kesenian Islam adalah salah satu acara besar yang kebiasaannya diadakan di IPG KBA yang dikendalikan dibawah unit Exco Kerohanian dan Sahsiah sebelum ini dan mendapat sambutan yang agak menggalakkan dan acara ini diharapkan dapat diteruskan supaya kebudayaan dan kesenian Islam itu sendiri tidak mati dibawa arus pembangunan.
6. 6. IPG KBA bercadang untuk meningkatkan sahsiah diri guru-guru pelatih yang mana pihak institut bukan sahaja mahu melahirkan guru-guru yang cemerlang dari segi akademik tetapi juga dari segi rohani dan sahsiah diri. Seorang guru yang cemerlang adalah seorang guru yang cemerlang dari segi rohani, jasmani, emosi dan intelek.
7. 7. Biro Kerohanian dan Sahsiah dalam mesyuarat pada 13/05/2010 telah memutuskan bahawa Minggu Kesenian Islam ini akan diadakan pada 26-31 julai 2010. Tarikh ini dipilih kerana ahli biro berpendapat tarikh ini sesuai dengan kemasukan pelajar baru yang mana sekali gus boleh menarik pelajar baru dan menyemai serta menanam pengisian jiwa dan rohani supaya mereka tidak jauh dari Pencipta yang Maha Esa.
8. 8. OBJEKTIF
9. 9. Objektif pelancaran majlis ini adalah untuk membentuk insan yang kamil dalam urusan ukhrawi dan duniawi.
10. 10. Selain itu, melalui pelbagai acara yang dijalankan ia mampu menjana intelektual Muslim yang bakal memimpin Negara pada masa hadapan.
11. 11. Membentuk Muslim yang sentiasa bersedia bila-bila masa bila diperlukan.
12. 12. Menggalakkan peserta-peserta menyertai pertandingan dan persaingan yang sihat.
13. 13. Menghayati isi-isi pengajaran Al-Quran dan mendekatkan pelatih-pelatih dengan majlis ilmu dan agama.
14. 14. Memberi peluang kepada pelajar mengurus dan mentadbir majlis formal.
15. 15. ASAS-ASAS PERTIMBANGAN
16. 16. Aktiviti yang dirangka dalam Minggu Kesenian Islam ini dapat memberi peluang kepada menggunakan peruntukan kewangan yang sedia ada.
17. 17. Melibatkan kesemua warga IPG KBA tidak kira pelajar mahupun pensyarah dan khususnya dapat menarik pelajar baru.
18. 18. Pengurusan majlis ini juga melibatkan Majlis Perwakilan Pelajar dan Exco-exco yang berkaitan dijayakan bersama dengan bantuan dari Majlis Nuqaba’ dan khususnya bagi menarik pelajar-pelajar baru menyertai.
19. 19. MATLAMAT
20. 20. 5.1Memberi pendedahan mengenai kepelbagaian kesenian dan kebudayaan dalam islam disamping dapat menonjolkan bakat-bakat terpendam yang ada dalam kalangan warga institut.
21. 21. 5.2 Meningkatkan pengetahuan dan semagat kerjasama berpasukan dalam menjayakan sesuatu program,bak kata pepatah bersatu kita teguh bercerai kita roboh.
22. 22. 5.3 melahirkan insan-insan yang tinggi modal insannya dan kreatif dalam pelbagai bidang.
23. 23. CADANGAN
24. 24. Pelbagai cadangan telah di usulkan untuk pertandingan yang akan dijalankan semasa Minggu Kesenian Islam dan antaranya ialah :
25. 25. peragaan busana muslimah (L/P)
26. 26. pertandingan nasyid (L/P)
27. 27. pameran (bahan dari Persatuan Pengguna Islam)
28. 28. short comic
29. 29. penjenamaan semula surau
30. 30. pertandingan tahfiz Al-Quran, tilawah.
31. 31. Pertandingan foto tulisan khat (kekreatifan)
32. 32. Pendeklamasian sajak
33. 33. Penulisan cerpen
34. 34. Futsal (LELAKI)
35. 35. Bola Jaring (PEREMPUAN)
36. 36. Memandang program ini memerlukan berbelanjaaan yang berpatutan supaya pelbagai program dapat dijalankan dan dianjurkan dengan lancar. Tanpa bajet yang cukup sudah tentu majlis tidak dapat dianjurkan dengan jayanya. Unit kerohanian dan sahsiah mencadangkan supaya tindakan segera diambil dan seterusnya meluluskan permohonan peruntukan untuk menjayaka program ini seperti yag dinyatakan dalam anggaran perbelanjaan di lampiran 1.
37. 37. TEMA
38. 38. Tema yang diketengahkan pada tahun ini ialah ‘Al-Quran penjana wahdatul ummah’. ‘wahdatul’ itu bermaksud penyatuan, manakala ‘wahdatul ummah’ bermaksud penyatuan sekalian ummah. Melalui program ini kita berharap dapat menyatupadukan warga IPG KBA bukan sahaja dari segi kepimpinan tetapi juga dari pelbagai sudut yang mana mungkin melalui perancangan aktiviti ini dapat melahirkan ummah yang mampu berdaya saing secara sihat selain mencungkil bakat yang selama ini terpendam. Jadi dengan penganjuran majlis ini diharap aktiviti-aktiviti yang ditonjolkan dalam MKI pada tahun ini akan menjadi salah satu pengisian dalam jiwa nurani setiap kita untuk dijadikan wadah bukti keunggulan agama mulia ini yang mengutamakan pembentukan dan penyatuan ummahnya. Dengan ini diharapkan kitab suci Al-Quran akan terus menjadi pegangan dan rujukan setiap ummah dalam proses kita membudayakan dan melahirkan insan yang cemerlang di dunia dan di akhirat.
39. 39. IMPLIKASI
40. 40. melalui pelbagai aktiviti yang dijalankan, diharapkan akan dapat mendedahkan kita dengan pelbagai aktiviti-aktiviti baru disamping melahirkan ramai pelajar yang berbakat melalui pelbagai pertandingan yang dijalankan.
41. 41. Meningkatkan penghayatan para pelajar terhadap kesenian dan kebudayaan islam.
42. 42. Memupuk semangat perpaduan ataupun wahdatul dan mengeratkan hubungan antara majlis tertinggi yang bersama-sama menjayakan majlis ini supaya tiada jurang yang tercipta antara majlis tertinggi dan exco-exco.
43. 43. ANGGARAN BELANJAWAN
44. 44. 9.1 Pihak Exco Kerohanian dan Sahsiah telah membentang satu lampiran bajet untuk memohon peruntukan bagi menjayakan majlis ini. Segala lampiran bajet boleh di rujuk di lampiran 1.
45. 45. SYOR
46. 46. Di atas budi bicara pihak tuan, Majlis dengan segala hormatnya memohon diberi pertimbangan dan kelulusan terhadap cadangan pelaksanaan Minggu Kesenian Islam 2010. Semoga majlis ini turut mencapai objektifnya. Kehidupan berlandaskan Islam akan dibentuk seterusnya melahirkan peribadi Muslim yang cemerlang, gemilang dan terbilang.
47. 47. KESIMPULAN
48. 48. Majlis menjadi pentas kepada pelajar untuk mencungkil bakat terpendam mereka. Dalam masa yang sama, di harap mereka dapat menyemai sifat-sifat murni di dalam diri mereka seperti disiplin, ketaatan dan taqwa. Moga dengan majlis ini, lebih banyak wakil-wakil IPBA yang berbakat dapat dilahirkan. Seterusnya mewakili IPBA ke peringkat yang lebih tinggi dan membanggakan institut ini. Moga peserta pada tahun ini mendapat manfaat dan kebaikan, seterunya cemerlang bukan sahaja dunia, malah akhirat.

Disediakan oleh:

(SITI SALWA BT SAMSUDIN)
Naib Exco Kerohanian dan Sahsiah
Majlis Perwakilan Pelajar 2010/2011
IPG Kampus Bahasa Antarabangsa
Di semak oleh:

(MOHAMMAD FARUQHI B. AZMI)
Yang di-Pertua
Majlis Perwakilan Pelajar 2010/2011
IPG Kampus Bahasa Antarabangsa
Di semak oleh:

(EN. AZHAR B. WAHAB)
Ketua Pensyarah Penasihat
Majlis Perwakilan Pelajar 2010/2011
IPG Kampus Bahasa Antarabangsa
Disahkan oleh:

(DR. MOHD SOFI B. ALI)
Pengarah
IPG Kampus Bahasa Antarabangsa
LAMPIRAN 1
ANGGARAN BAJET
MINGGU KESENIAN ISLAM 2010
MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR
BIL.PERKARAACARAKUANTITIJUMLAH KUANTITIJUMLAHTilawah al-QuranINDIVIDU2 orang2 orang2 orang2 X RM 252 X RM 202 X RM 15RM50.00RM40.00RM30.00Hafazan al-Quran2 orang2 orang2 orang2 X RM 252 X RM 202 X RM 15RM50.00RM40.00RM30.00Foto Tulisan khat1 orang1 orang1 orang1 X RM 251 X RM 201 X RM 15RM25.00RM20.00RM15.00Pendeklamasian sajak1 orang1 orang1 orang1 X RM 251 X RM 201 X RM 15RM 25.00RM20.00RM15.00Penulisan cerpen1 orang1 orang1 orang1 X RM 251 X RM 201 X RM 15RM25.00RM20.00RM15.00Busana Muslimah & Busana MuslimINDIVIDU ATAU KUMPULAN2 orang2 orang2 orang2 X RM 402 X RM 302 X RM 20RM80.00RM60.00RM40.00FutsalKUMPULAN5 orang5 orang5 orang1 X RM 401 X RM 301 X RM 20RM40.00RM30.00RM20.00Bola Jaring14 orang14 orang14 orang1 X RM 601 X RM 501 X RM 40RM50.00RM40.00RM30.00Nasyid5 orang5 orang5 orang2 X RM 502 X RM 402 X RM 30RM100.00RM80.00RM60.00Short comic3 orang1 X RM 251 X RM 201 X RM15RM 25RM 20RM 15CenderahatiHAKIM2020 x RM10RM 200.00Air mineralHAKIM2020 x RM1RM 20.00Makanan hakimHAKIM6 hari x RM10RM 60.00Artis jemputanPeralatan1 x RM 100RM 100.00JumlahRM 1490.00