1.0Asas Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru1.1 Konsep Asas Falsafah PendidikanApakah falsafah ?  -...
Satu proses pengajaran, latihan dan pembelajaran terutama di sekolahdan kolej, untuk memperbaiki pengetahuan dan membina k...
masa.Fokus perennialisme adalah perkembangan diri :   -   ini adalah kerana orang adalah manusia, oleh itu orang perlu dia...
Sejarah, Sains , Seni dan Muzik. Juga memberi focus kepada pengajarankemahiran penting, pnguasaan konsep dan prinsip. Prog...
Pandangan Progressivisma) Peranan Kurikulum - Berdasarkan minat murid, isi kandungan yang interdisipilin, - Melibatkan apl...
Adalah hasil pertumbuhan daripada progressivism yang berhasrat untukmemperbaiki dan membangunkan semula masyarakat. Menunj...
terunggul yang juga merupakan seorang saintis, pakar perubatan dan ketuahakim (Qadi) dan Khalifah di Andalusia (Sepanyol) ...
pendidik yang ternama, Pendidikan Islam adalah satu proses membimbingpendidik untuk membentuk murid berdasarkan pengajaran...
pendidikan Islam. Seseorang itu dianggap berpendidikan apabila yangdipelajari mmperkukuhkan kesetiaannya terhadap Pencipta...
Upcoming SlideShare
Loading in …5
×

Asas Falsafah

3,911 views

Published on

Asas Falsafah

Published in: Education
0 Comments
4 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

No Downloads
Views
Total views
3,911
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
1,633
Actions
Shares
0
Downloads
0
Comments
0
Likes
4
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Asas Falsafah

  1. 1. 1.0Asas Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru1.1 Konsep Asas Falsafah PendidikanApakah falsafah ? - Falsafah berasal daripada perkataan Greek philos (cinta) dan sophia (bijaksana). - Dengan maksud cintakan ilmu pengetahuan dan kebijaksanaan - Pendekatan yang menyeluruh terhadap kehidupan dan dunia. - Melibatkan kajian untuk mencari apa yang benar dan bernilai dalam kehidupan - Merumuskan masalah secara berhati-hati, memberi dan menjustifikasikan penyelesaian serta membincangkan keseluruhan prosesDalam falsafah kita sering bertanya soalan-soalan asas seperti :Siapakah saya ? Dari mana saya datang ? Mengapa saya berada disini? Kemana saya akan pergi ? Bagaimanakah caranya untuk saya laluikehidupan ini ?Rumusan, falsafah adalah satu kajian mengenai alam semulajadi danmaksud dunia sejagat serta kehidupan manusia. Ia adalah satu setkepercayaan atau sikap terhadap kehidupan yang membimbing tingkahlaku.1.1.1 Apakah pendidikan ?
  2. 2. Satu proses pengajaran, latihan dan pembelajaran terutama di sekolahdan kolej, untuk memperbaiki pengetahuan dan membina kemahiran.Diajar secara formal dalam institusi tetapi secara tidak langsungmelalui pengalaman sendiri.1.1.2 Apakah falsafah pendidikan ?Satu kajian mengenai makna, tujuan serta kaedah asas pendidikanatau pembelajaran.Merupakan kajian mengenai kajian semula jadi minda yang serba tahu,semula jadi manusia , soalan mengenai kuasa dan pertalian di antarapendidikan dan masyarakat. Berhubung rapat dengan teoriperkembangan manusia.1.2 Falsafah Pendidikan BaratFalsafah pendidikan barat mempunyai asasnya dalam falsafah umum.Falsafah tradisional dan moden berbeza dari segi cara mereka melihatperhubungan di antara matlamat dan kaedah. Falsafah tradisionalmengambil kira bahawa matlamat adalah di luar kawalan individu. Manusiabebas memilih kaedah untuk mencapai matlamat , sebaliknya, falsafahmoden menyuarakan bahawa individu boleh menentukan kedua-duamatlamat dan kaedah untuk mencapai matlamat.1.2.1 Falsafah Pendidikan Tradisonal BaratTerdapat banyak mazhab mengenai falsafah pendidikan tradisional barattetapi kita hanya akan melihat dua sahaja iaitu perennialisma danessentialisma.1.2.2 PerennialismaCiri-ciri asas semula jadi manusia adalah berbentuk universal dan tiadahad masa. Ciri yang mendefinisikan manusia adalah rasionaliti, oleh yangdemikian, rasionaliti dan intelek mestilah disemai melalui pendidikanPerennialisme percaya bahawa tujuan utama pendidikan adalah untukmengajar nilai dan pengetahuan yang berbentuk universal dan tiada had
  3. 3. masa.Fokus perennialisme adalah perkembangan diri : - ini adalah kerana orang adalah manusia, oleh itu orang perlu diajar mengenai kemanusiaan dahulu dan bukannya mesin atau teknik - orang juga adalah pertamanya orang dan keduanya pekerja. Oleh itu, topik-topik liberal harus diajar dahulu sebelum topik-topik vokasional; - topik-topik penting adalah topik yang membincangkan perkembangan seseorang, oleh itu, prinsip perlu diajar bukannya fakta. - Fakta sentiasa berubah , sebagai contoh , “A particular strategy with modern perennialists is to teach scientific reasoning, not facts. They may illustrate the reasoning with original accounts of famous experiments. This gives the students a human side to the science, and shows the reasoning in action. Most importantly, it shows the uncertainty and false steps of real science.”Guru dilihat sebagai seorang berkuasa dalam bidangnya. Pengetahuan dankepakarannya tidak boleh dipersoalkan. Guru membantu murid berfikirsecara rasional berdasarkan kaedah Sokratik, sebagai pakar matapelajaran, ia perlu mahir membimbing perbincangan. Nilai tradisional jugadiajar secara eksplisit.1.2.3 EssentialismaEssentialisme melihat kepada keperluan dan kepentingan dalam hidupuntuk kehidupan yang sempurna dan baik. Essentialism mengambil kirapendidikan sebagai persediaan untuk pekerjaan dan kewarganegaraan. Iamerupakan teori yang mepertikaikan bahawa tujuan utama pendidikanadalah menyampaikan budaya dan ilmu kepada setiap generasi baru.Essentialism menggalakkan perkembangan intelek setiap individu danmendidik seseorang agar cekap. Melibatkan pengajaran marta pelajaranasas yang tradisional yang berguna pada masa lampu dan yang akanberguna pada masa akan dating. Mata pelajaran yang penting adalahMembaca, Menulis dan Matematik (3M) serta Sastera, Bahasa Asing,
  4. 4. Sejarah, Sains , Seni dan Muzik. Juga memberi focus kepada pengajarankemahiran penting, pnguasaan konsep dan prinsip. Program dibawahfahaman essentialis biasanya mengajar kanak-nakan secara beransur majudaripada yang mudah ke yang kompleks.Essentialism berusaha mengekalkan sekolah sebagai fungsi akademik. Gurudianggap sebagai yang berkuasa dalam matapelajaran dan pengajarannya.Ia berkuasa didalam bilik darjah, menentukan kurikulum dan mengajarnilai-nilai tradisional. Oleh itu, seorang guru dianggap sebagai model yangbernilai untuk dicontohi.Kurikulum essentialism adalah kurikulum umum, berpusatkanmatapelajaran yang menitikberatkan bahasa, sastera dan matematik, senidan sains.2,2 Falsafah Pendidikan Barat ModenFalsafah pendidikan barat moden mempunyai banyak mazhab yang berbezadengan ciri-ciri dan pandangan yang sendiri, namun ianya mempunyaipertalian kerana mereka berkembang daripada mazhab-mazhab lain.Mazhab-mazhab yang dimaksudkan adalah pragmatism, progressivism danrekonstruktivism.2.2.1 ProgressivismProgressivism berkembang daripada mazhab pragmatism (berfikirmengenai penyelesaian masalah dengan cara praktikal dan munasabah).Percaya bahawa kebenaran adalah relative dan tentative. Pengetahuanakan membawa kepada pertumbuhan dan perkembangan. Oleh keranapengetahuan menerangkan realiti masa kini, maka kanak-kanak perlulahdiajar bagaimana cara berfikir dan bukannya apa yang perlu difikirkan.Dengan itu, pendidikan haruslah menyediakan murid yang bolehmenyesuaikan dirinya dengan perubahan situasi.Progressivism juga beranggapan bahawa manusia secara semula jadinyaadalah baik. Ia berpegang kepada pandangan bahawa kanak-kanak akanmemilih apa yang terbaik untuk mereka.
  5. 5. Pandangan Progressivisma) Peranan Kurikulum - Berdasarkan minat murid, isi kandungan yang interdisipilin, - Melibatkan aplikasi masalah manusia , - Mengalakkan pelbagai alternatif yang berkait seperti aktiviti,pengalaman, penyelesaian masalah dan kaedah projek,- Menekankan pengalaman langsung, tumpuan kepada pembelajaran aktifdan relevan,- Mengunakan pendekatan induktif untuk pengajaranb) Peranan GuruSebagai pembimbing kepada penyelesaian masalah dan inkuiri saintifik - murid digalakkan membina penerangan serta kefahaman sendiri tentang sesuatu fenomena, bagi membolehkan murid mengguna pembinaan pengetahuan baru untuk bidang pembelajaran lain - fokusnya ialah murid sebagai pelajar dan bukan sebagai isi kandunganc) Peranan SekolahMengalakkan kolaborasi iaitu aktiviti pembelajaran kumpulan secarakolaboratif dan bagi mengurangkan penekanan kepada pembelajaranpersaingan individuPereka cipta dan pelaksana prosedur yan demokratik iaitu bebasberbincang, merancang akitiviti pengajaran dan pembelajaran bersama,menggalakkan penyertaan menyeluruh dalam aktiviti pendidikan,penyertaan masyarakat dan reformasi sosialPerubahan yang berlaku dalam pendidikan merupakan perubahan daripadapengajaran pemusatan guru kepada berpusatkan murid dan daripada isikandungan kepada proses pembelajaran untuk memperkembangkanpemikiran dan individu yang boleh menyesuaikan diri2.1.2 Rekonstruksionism
  6. 6. Adalah hasil pertumbuhan daripada progressivism yang berhasrat untukmemperbaiki dan membangunkan semula masyarakat. Menunjukkanpembentukan satu corak budaya baru dan penghapusan penyakitmasyarakat sebagai tujuan utama pendidikan.Melihat sekolah sebagai penggerak penting untuk memajukan kehidupanmanusia melalui pendidikan dan reformasi sosial. Rekonstruksionismmemilih sekolah sebagai tempat untuk membentuk masyarakat baru.Fungsi utama sekolah termasuklah : - untuk mengenal pasti masalah masyarakat yang utama yang menyebabkan krisis budaya - untuk memupuk sikap dan kemahiran yang boleh menyelesaikan masalah tersebutFungsi Kurikulum termasuklah : - menekankan sains sosial dan kaedah kajian sosial - berfokuskan trend masa kini dan masa depan , merangkumi isu-isu kebangsaan dan antarabangsa - mengalakkan kemahiran dan mata pelajaran yang diajar adalah yang boleh mengenal pasti dan menyelesaikan masalah masyarakat - mengalakkan pembelajaran aktif dengan mengambil kira mengenai masyarakat masa kini dan juga masa hadapanGuru tidak seharusnya takut untuk memberi komitmen dalam membinamasyarakat baru. Mereka harus berperanan sebagai ejen perubahan danreformasi. Mereka juga membantu murid supaya sedar tentang masalahyang dihadapi oleh manusia sejagat.2.0 Falsafah Pendidikan Islam2.1 Falsafah IslamBerdasarkan kepada pengajaran Islam yang diambil dari Al-Quran danSunnah Nabi Muhammad s.a.w. Salah seorang ahli falsafah Islam yang
  7. 7. terunggul yang juga merupakan seorang saintis, pakar perubatan dan ketuahakim (Qadi) dan Khalifah di Andalusia (Sepanyol) pada abad ke 12 adalahIbnu Rashid atau Averroes. Beliau berasal dari keluarga intelek yangdihormati, sementara bapa dan datuknya adalah Hakim. Sangatberpengaruh dalam fahaman barat dan berpendapat agama dan falsafahadalah saling melengkapi.Falsafah Islam menerangkan pertalian manusia dengan Penciptanya (Allahs.w.t), antara manusia dan manusia dan manusia dan persekitarannya. IbnuRushd, berpendapat bahawa manusia tidak mempunyai kawalan terhadapsuratan takdirnya dan tidak juga ditentukan sepenuhnya oleh manusia.2.1.1 Pendidikan IslamIbnu Rushd menyatakan Islam bertujuan mendapatkan ilmu sebenar yangdidefinisikan sebagai ilmu Tuhan dan ciptaanya termasuk pengetahuantentang cara mencapai kepuasan dalam dunia ini dan bagaimana untukmengelak daripada kesengsaraan diakhirat nanti.Pendidikan Islam mendidik dan melatih minda manusia , fizikal, rohani danemosinya. Melalui proses wahyu (Al-Quran), amalan Nabi Muhammad s.a.w.(sunnah) dan para sahabatnya, pengalaman salaf al-salih serta pendidik-
  8. 8. pendidik yang ternama, Pendidikan Islam adalah satu proses membimbingpendidik untuk membentuk murid berdasarkan pengajaran Islam.Bagi Kementerian Pelajaran Malaysia, pendidikan Islam adalah satu usahayang berterusan untuk menyampaikan ilmu, kemahiran dan amalan Islamberdasarkan al-Quran dan Sunnah bagi membekalkan manusia denganpengalaman dan ilmu yang mencakupi supaya ia tahu siapa dirinya sertaperanan dan tanggungjawabnya sebagai suruhan Tuhan dan sebagaiKhalifah (pemimpin) untuk memelihara dan memajukan dunia.2.1.2 Tujuan dan Matlamat Pendidikan IslamMatlamat pendidikan Islam ialah untuk membentuk manusia supayamenjadi orang yang cintakan Allah dan Rasul-Rasulnya dan bolehmenjalankan tanggungjawab sebagai khalifah didunia ini. Orang yangsebegini adalah orang yang percayakan Allah, berpengetahuan, mempunyaiciri-ciri dan perawakan yang baik, melakukan kebajikan. Ia sentiasaberusaha untuk melengkapkan dirinya dengan ilmu pengetahuan, sikap,pandangan hidup dan kemahiran untuk menjadi hamba kepada Allah danKhalifah yang beramanah untuk membentuk individu, masyarakat,persekitaran dan negara untuk mencapai kebahagian hidup di dunia danakhirat kelak.Oleh itu, pendidikan Islam adalah untuk mendidik murid supaya:-bertingkah laku baik-mencapai kesempurnaan rohani-melakukan kebajikan-mengamalkan budaya halus-membiasakan diri dengan kebersihan, keikhlasan dan amalan baikIslam ialah satu ad-Diin (cara hidup) dan pengajaran dan amalan Islamadalah berasaskan kepada falsafah pendidikan Islam.2.1.3 Falsafah Pendidikan Islam”sesiapa yang belajar tentang anatomi akan meningkatkan lagikesetiaannya kepada keagungan dan keunggulan Tuhan yang maha kuasa”kata Ibnu Rushd. Ini mengimbaskan kembali pemikiran disebalik falsafah
  9. 9. pendidikan Islam. Seseorang itu dianggap berpendidikan apabila yangdipelajari mmperkukuhkan kesetiaannya terhadap Penciptanya.Falsafah pendidikan Islam adalah berdasarkan kepada pengajaran Islamatau wahyu. Mengikut Ibu Rushd, minda adalah alat muktamad untukmendapatkan ilmu. Allah telah mencipta minda bagi membolehkan individumembuat penaakulan tentang kewujudanNya dan menaakul tentangperkara-perkara di dunia ini. Beliau juga menyatakan bahawakesempurnaan mental dan emosi akan hanya dicapai apabila manusia cintadan patuh kepada Allah. Penafian/Disclaimer. Pengendali tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan, kerosakan dan permasalahan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini Dibina pada 17 Nov2006 dan dikemaskini pada oleh Pengendali@2006

×