Successfully reported this slideshow.
BAB III                              SAINS DAN ISLAMOBJEKTIF• Membincangkan konsep sains dan pengertian sains dalam tradis...
2   Sains juga didefinisikan sebagai ilmu yang didapati melalui metodologisaintifik. Dalam konteks sains moden, metodologi...
3Terdapat salah faham dalam kalangan segelintir masyarakat Islam terhadappengajian ilmu sains yang dilabel sebagai ilmu se...
4        Terjemahan: Katakanlah: Adakah sama orang-orang yang        mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui? ...
5         susun. Untuk menjadi rezeki bagi hamba-hamba (Kami), dan         Kami hidupkan dengan air itu tanah yang mati (k...
6        Terjemahan: Dan di bumi itu terdapat tanda-tanda (kekuasaan        Allah) bagi orang-orang yang yakin. Dan (juga)...
7perubatan yang secara tidak langsung menggalakkan umat Islam mempelajariilmu-ilmu sains yang berkaitan dengannya. Sabda N...
8       Berdasarkan kenyataan tersebut, Ibn Khaldun (1996: 471) berpendapatbahawa pengajian ilmu matematik mempunyai faeda...
9              tidak memiliki metodologi yang khusus (berbeza daripada sains              lain), minda mereka sangat jelas...
10pendapat dan menolak pandangan pihak lain dengan berdasarkan hujah masing-masing.2.      Analisis secara sedar dan tepat...
11BIBLIOGRAFIAl-Quran al-Karim.Abū ‘Ali al-Husayn bin ‘Abd Allah bin ‘Ali bin Sinā, Ibn Sinā. 1910. Mantiq al-        mash...
i     NOTA HUJUNG      Riwayat Ibn Mājah, Muhammad bin Yazid al-Qazwini, Sunan Ibn Majah, kitāb al-‘Ilm, bāb Fadl al-‘ulam...
Upcoming SlideShare
Loading in …5
×

UICI 2022 - Bab 03 sains dan islam (nota)

4,666 views

Published on

nota kuliah UICI 2022 - Bab 03 sains dan islam (nota)

Published in: Education
  • Be the first to comment

  • Be the first to like this

UICI 2022 - Bab 03 sains dan islam (nota)

  1. 1. BAB III SAINS DAN ISLAMOBJEKTIF• Membincangkan konsep sains dan pengertian sains dalam tradisi Islam.• Menjelaskan salah faham terhadap pengajian ilmu sains dan pandangan Islam terhadap pengajian ilmu sains yang sering dilabel sebagai ilmu sekular.• Membincangkan metodologi yang diguna pakai dalam sains Islam dan ciri- cirinya.PENDAHULUANIslam adalah agama yang amat mementingkan budaya ilmu dan menyeru umatnyaagar menjauhi lembah kejahilan. Antara jalan utama yang menggalakkan budayailmu dan menghindarkan umat daripada lembah kejahilan ialah melaluipendidikan. Justeru, pendidikan amat dituntut dalam Islam dengan syarat ilmu-ilmu itu mestilah bermanfaat dan tidak bercanggah dengan syariat.KONSEP SAINSPerkataan sains berasal daripada kata scio, scire atau scientia (bahasa Latin) yangbermaksud pengetahuan. Mengikut Endang Saifuddin Ansari (1982:43), sainsmempunyai ciri-ciri, tanda-tanda dan syarat-syarat yang khas. Justeru itu, sainslebih tepat disebut sebagai ilmu pengetahuan, atau singkatnya, ilmu. MenurutWan Fuad (1990: 3) pula, istilah sains pada asalnya membawa pengertian yangmudah, iaitu ilmu. Sebelum kemunculan sains moden, sains hanya membawapengertian yang mudah tersebut, iaitu perbendaharaan ilmu yang diperakui benarsetelah diolah zaman berzaman. Akan tetapi, makna sains kini telah berubah. Menurut Kamus Dwibahasa (1990: 1111), sains adalah ilmu pengetahuan yangteratur (sistematik) yang boleh diuji atau dibuktikan kebenarannya; cabang ilmupengetahuan yang berdasarkan kepada kebendaan atau kenyataan semata-mata(fizik, kimia, kajihayat dan lain-lain). Sulaiman Nordin (1993:148)mendefinisikan sains sebagai satu kumpulan ilmu yang tersusun dan teraturberkaitan dengan kajian-kajian fenomena-fenomena di dalam alam tabie yangbernyawa dan yang tidak bernyawa dengan kaedah yang objektif melalui kajianeksperimen dan cerapan bagi menghasilkan prinsip-prinsip yang boleh dipercayaiserta boleh diuji kebenarannya. Demikian juga Hairudin Harun (1992:5) yangmemetik pandangan Clagett yang mendefinisikan sains sebagai ilmu yangdihasilkan melalui cerapan dan fahaman atau huraian sistematik mengenaifenomena tabii. Huraian sistematik adalah melibatkan penggunaan kaedahkuantitatif dan intelek. Ini termasuk kaedah logik dan matematik serta segalaperalatan yang diperlukan.
  2. 2. 2 Sains juga didefinisikan sebagai ilmu yang didapati melalui metodologisaintifik. Dalam konteks sains moden, metodologi tersebut pada asasnya terdiridaripada kaedah empirikal dan matematik sahaja. Dari segi tradisi sains moden,boleh dikatakan bahawa metodologi saintifik hanya melibatkan empat prosesaktiviti intelektual yang utama, iaitu cerapan, generalisasi, huraian, dan ramalan.Kesimpulannya dapatlah dikatakan bahawa sains adalah usaha pemahamanmanusia yang disusun dalam satu sistem mengenai kenyataan, struktur, bahagian-bahagian dan hukum-hukum tentang hal ehwal yang diselidiki (alam, manusia danagama) sejauh yang terjangkau oleh daya pemikiran serta dibantu olehpancaindera manusia, sementara kebenarannya pula dapat diuji secara empiris daneksperimental (Endang 1982:45). PENGERTIAN SAINS DALAM TRADISI ISLAM Pengertian sains sebagaimana yang dibincangkan di atas adalah merujuk kepada pengertian sains sebagaimana yang difahami dalam sains moden. Ia sama sekali sangat berbeza dengan pengertian sains dalam tradisi Islam. Menurut Hairudin Harun (1992:7), dalam tradisi sains tamadun awal terutamanya tamadun Islam, kaedah empirikal dan matematikal ataupun logikal merupakan sebahagian sahaja kaedah yang digunakan. Metodologi sains Islam juga mengakui kaedah yang bukan empiris seperti ilham dan kaedah gnostik atau kashf sebagai tergolong dalam metodologi saintifik. Kaedah-kaedah ini pernah diamalkan oleh tokoh-tokoh sains Islam yang terkenal. Misalnya, Ibn Sina dilaporkan pernah beriktikaf atau bertafakkur di dalam masjid untuk mencari ilham bagi menyelesaikan sesuatu masalah sains apabila beliau gagal menyelesaikannya dengan cara biasa. Ibn Sina tidak menganggap bahawa “kaedah rasional” lebih tinggi daripada “kaedah berdoa”. Malahan, bagi Ibn Sina berdoa adalah sebahagian daripada metodologi saintifik. Tegasnya, definisi “metodologi saintifik” dalam sains Islam adalah lebih luas daripada yang biasa difahami masa kini. Oleh itu, bidang ilmu dalam tradisi sains Islam yang diistilahkan sebagai sains adalah meliputi pelbagai bidang. Contohnya, muzik adalah ilmu yang serius dalam budaya sains Islam dan merupakan sebahagian daripada subjek matematik gunaan atau fizik matematik. Namun, muzik pada masa kini lebih dikaitkan dengan ilmu hiburan dan dijadikan sebahagian daripada industri pop-rock yang tidak menentu malah boleh menyesatkan manusia daripada ajaran agama.SALAH FAHAM TERHADAP PENGAJIAN ILMU SAINS
  3. 3. 3Terdapat salah faham dalam kalangan segelintir masyarakat Islam terhadappengajian ilmu sains yang dilabel sebagai ilmu sekular atau ilmu keduniaansemata-mata. Salah faham tersebut adalah kesan daripada pandangan yangmembahagikan ilmu kepada ilmu agama dan ilmu dunia. Hakikatnya,pembahagian tersebut adalah suatu pembahagian yang salah dan perlu diubahkerana membawa beberapa kesan negatif. Antara kesan buruknya ialahmelahirkan perasaan rendah diri kerana menganggap dirinya semakin jauhdaripada agama selain perasaan kurang terdorong untuk menghayati danmengamalkan ajaran agama kerana merasakan tiada hubungan antara ilmu sainsdengan kehidupan beragama. Jika keadaan ini tidak dibendung, ia bolehmembawa kepada kemunduran nilai akhlak dan kehilangan jati diri sebagai saintisMuslim dalam kalangan penuntut ilmu. Secara tidak langsung, pembahagiantersebut turut menyokong proses sekularisasi ilmu kerana wujudnya unsurpengasingan agama daripada urusan yang berkaitan dengan kehidupan seharian. Pembahagian yang lebih tepat ialah dengan membahagikan ilmu kepadadua, iaitu ilmu fardu ain dan fardu kifayah. Menerusi pembahagian tersebutpemikiran positif masyarakat Islam terhadap pengajian sains akan dapatdipertingkatkan kerana melibatkan tanggungjawab menunaikan kewajipan yangbersifat individu (fardu ain) atau melepaskan tanggungjawab sesebuah masyarakat(fardu kifayah). Pembahagian tersebut juga memungkinkan suatu cabang dalamilmu sains yang asalnya bersifat fardu kifayah bertukar menjadi fardu ain, iaituapabila keperluan terhadapnya menjadi terdesak dan boleh mendatangkankemudaratan jika tidak dipelajari oleh umat Islam.PENGAJIAN ILMU SAINS MENURUT PERSPEKTIF ISLAMIslam adalah agama yang amat mementingkan budaya ilmu dan begitu tegasmenyeru umatnya supaya bersungguh-sungguh dalam proses pencarian ilmupengetahuan. Ketegasan Islam dalam proses pencarian ilmu dapat dibuktikandengan fakta bahawa wahyu yang pertama diturunkan kepada Nabi Muhammads.a.w memberi penekanan kepada pembacaan sebagai wahana penting dalamusaha keilmuan. Asas galakan membaca telah dinyatakan dalam firman AllahS.W.T. (al-‘Alaq, 96: 1) yang bermaksud: “Bacalah (wahai Muhammad) dengannama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk).” Menuntut ilmu adalah suatu kewajipan ke atas setiap umat Islam, sama adalelaki atau wanita. Tuntutan ini berdasarkan sebuah hadis riwayat Ibn Majah iyang bermaksud: “menuntut ilmu adalah satu kewajipan ke atas setiap orangIslam”. Menurut Imam al-Ghazāli (1992: 27), kewajipan menuntut ilmu yangtersebut dalam hadis ini terbahagi kepada dua, iaitu wajib fardu ain dan wajibfardu kifayah. Pembahagian ini berdasarkan jenis sesuatu ilmu yang dituntut.Mempelajari ilmu-ilmu yang berasaskan wahyu seperti ilmu tauhid, hadis, tafsir,dan fikah adalah wajib fardu kifayah. Mempelajari ilmu-ilmu yang berasaskanakal seperti perubatan dan matematik termasuk dalam wajib fardu kifayah. Dengan menuntut ilmu, seorang Muslim akan dapat melepaskan dirinyadaripada belenggu kejahilan, malah Islam memberi kemuliaan dan kedudukanyang tinggi kepadanya. Lebih daripada itu, Islam membezakan antara golonganyang berilmu dengan golongan yang tidak berilmu. Antara ayat al-Quran yangmenjelaskan perbezaan tersebut ialah firman Allah S.W.T (az-Zumar 39: 9):
  4. 4. 4 Terjemahan: Katakanlah: Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui? Sesungguhnya orang yang berakallah yang dapat menerima pelajaran. Dalam satu ayat al-Quran yang lain, Allah menjelaskan bahawa golonganyang berilmu diangkat kedudukan mereka beberapa darjat lebih tinggi daripadagolongan yang tidak berilmu. Firman Allah S.W.T menjelaskan hal ini (al-Mujaadalah 58: 11): Terjemahan: Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat. Di samping itu, kandungan al-Quran merangkumi pelbagai jenis ilmupengetahuan. Menurut Sardar (1991: 25, 62, 67), al-Quran umpama cahayapembimbing untuk digunakan dalam menunjukkan jalan yang lurus ke arah ilmudan keselamatan. Al-Quran turut menyentuh beberapa tema saintifik di dalamnyaseperti biologi, astronomi, meteorologi, botani, zoologi, dan kosmologi, walaupuntema utama al-Quran adalah mengenai ciptaan Allah. Selain mengandungi petunjuk tentang perundangan dan halal-haramnyasesuatu aktiviti, adab dalam muamalat (pergaulan) antara manusia dalam bidangekonomi, perniagaan, sosio budaya, peperangan dan perhubungan antarabangsa,al-Quran juga mengandungi maklumat ataupun isyarat tentang perkara yang telahmenjadi tumpuan kajian sains, umpamanya tentang cap jari tangan sebagai alamatpengenalan manusia, penciptaan bumi dan langit, bentuk bumi yang bulat danberpusing di atas paksinya serta beredar mengikut orbitnya mengelilingi matahari,dan tentang penciptaan makhluk yang berpasangan (Baharuddin Yatim &Sulaiman Noordin, 1996: 1). Antara ayat al-Quran yang menyentuh fenomena sains seperti ilmu falakatau astronomi ialah firman Allah S.W.T (Yaa siin 36: 37-40): Terjemahan: Dan suatu tanda (kekuasaan Allah yang besar) bagi mereka adalah malam; Kami tanggalkan siang dari malam itu, maka dengan serta-merta mereka berada dalam kegelapan. Dan matahari berjalan di tempat peredarannya. Demikianlah ketetapan Yang Maha Perkasa lagi Maha Mengetahui. Dan telah Kami tetapkan bagi bulan manzilah-manzilah, sehingga (setelah dia sampai ke manzilah terakhir) kembalilah dia sebagai bentuk tandan yang tua (tandan kering yang melengkung). Tidaklah mungkin bagi matahari mendapatkan bulan dan malampun tidak dapat mendahului siang. Dan masing-masing beredar pada garis edarnya. Persoalan tentang fenomena botani turut dijelaskan dalam al-Quran sepertiyang terdapat dalam firman Allah S.W.T (Qaaf 50: 9-11): Terjemahan: Dan Kami turunkan dari langit air yang banyak manfaatnya lalu Kami tumbuhkan dengan air itu pohon-pohon dan biji-biji tanaman yang diketam. Dan pohon kurma yang tinggi-tinggi yang mempunyai mayang-mayang yang bersusun-
  5. 5. 5 susun. Untuk menjadi rezeki bagi hamba-hamba (Kami), dan Kami hidupkan dengan air itu tanah yang mati (kering). Seperti itulah terjadinya kebangkitan. Terdapat juga ayat al-Quran yang membicarakan salah satu topikterpenting dalam fizik iaitu cahaya. Kedudukan cahaya adalah begitu pentingkerana dalam teori kerelatifan halaju, segala gerakan adalah relatif tetapi halajucahaya adalah mutlak. Selain daripada keperluan kepada cahaya untuk melihat,cahaya juga bahan yang memberi maklumat tentang keadaan sesuatu atom,nukleus atau pepejal. Kepentingan cahaya dari sudut fizik terdapat dalam ayatberikut (an-Nuur 24: 35): Terjemahan: Allah (Pemberi cahaya kepada) langit dan bumi. Perumpamaan cahaya Allah adalah seperti sebuah lubang yang tak tembus, yang di dalamnya ada pelita besar. Pelita itu di dalam kaca (dan) kaca itu seakan-akan bintang (yang bercahaya) seperti mutiara, yang dinyalakan dengan minyak dari pohon yang banyak berkatnya, (iaitu) pohon zaitun yang tumbuh tidak di sebelah timur dan tidak pula di sebelah barat(nya), yang minyaknya (saja) hampir-hampir menerangi, walaupun tidak disentuh api. Cahaya di atas cahaya (berlapis-lapis), Allah membimbing kepada cahaya-Nya siapa yang Dia kehendaki, dan Allah memperbuat perumpamaan-perumpamaan bagi manusia, dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu. Al-Quran tidak ketinggalan dalam memberi perhatian mengenai ilmukimia. Ini dijelaskan menerusi ayat mengenai kejadian manusia yang diciptakandaripada tanah. Penemuan sains moden telah dapat memastikan bahawa dalamjasmani manusia terdapat semua unsur-unsur kimia seperti yang didapati daripadatanah. Antara ayat yang membicarakan tentang fenomena tersebut ialah firmanAllah S.W.T (Saad 38: 71): Terjemahan: (Ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: Sesungguhnya Aku akan menciptakan manusia daripada tanah. Berdasarkan beberapa contoh tersebut, jelas terbukti bahawa al-Quranmemberikan perhatian terhadap banyak topik yang berhubung dengan sains.Antara matlamat utama al-Quran memberi perhatian terhadap fenomena-fenomenasains tersebut adalah untuk mengajak orang-orang yang beriman supaya berfikir,merenung, mengkaji (Sardar, 1991: 28) dan menyedari keagungan Tuhan sertamenginsafi kelemahan insan selaku makhluk yang diciptakan. Terdapat banyak ayat al-Quran yang menggalakkan manusia supayaberfikir, melihat dan memerhati alam sekitarnya.ii Secara tidak langsung, inibermakna penerapan asas penting untuk seseorang Muslim menjadi saintis telahdiberi perhatian oleh al-Quran. Antara ayat yang menggalakkan manusia supayaberfikir, melihat, dan memerhati alam sekitarnya ialah firman Allah S.W.T (adz-Dzaariyaat 51: 20-21):
  6. 6. 6 Terjemahan: Dan di bumi itu terdapat tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang yakin. Dan (juga) pada dirimu sendiri. Maka apakah kamu tiada memerhatikan? Pendekatan al-Quran terhadap sains mempunyai kaitan yang rapat denganiman. Hal ini demikian kerana al-Quran tidak pernah menganjurkan orangberiman supaya meneroka sains semata-mata untuk sains (Sardar, 1991: 28).Penerokaan sains yang sejajar dengan pendekatan al-Quran, secara tidak langsungakan dapat menyingkap tanda-tanda kekuasaan Allah yang telah menjadikan alamsemesta. Dengan cara ini manusia dapat mengenali Tuhannya setelah menyedarihakikat kejadian dan kedudukannya sebagai hamba Allah. Al-Quran melihat sains dalam kerangka pengalaman manusia seluruhnyaiaitu akal dan menuntut ilmu mempunyai tempat yang amat tinggi dalammasyarakat Islam, tetapi ia tunduk kepada nilai dan etika al-Quran. Dalamkerangka ini, akal dan wahyu berjalan seiringan dan tiada konflik antara Islam dansains. Walau bagaimanapun, suatu konflik boleh timbul apabila sains danmetodenya dijadikan nilai serba menyeluruh sehingga mengorbankan nilai-nilailain dalam Islam. Selain daripada ayat-ayat al-Quran tentang fenomena sains, terdapatbeberapa hadis yang memberi galakan kepada umat Islam agar mempelajari danmendalami fenomena sains. Antara hadis tersebut ialah peristiwa NabiMuhammad s.a.w yang melarang sahabat baginda daripada melakukan prosespendebungaan pokok kurma (dengan menabur debunga jantan ke atas debungabetina) lalu menyebabkan buah kurma tidak masak sepenuhnya. Rentetandaripada itu baginda s.a.w bersabda yang maksudnya: “Sesungguhnya aku adalah manusia, maka apabila aku menyuruh kamu dengan sesuatu daripada urusan agama kamu, hendaklah kamu menerimanya. Dan apabila aku menyuruh kamu dengan sesuatu daripada urusan dunia kamu, maka aku adalah seorang manusia.” (Riwayat al-Tabarāni, 4/280) Hadis tersebut menjelaskan bahawa segala urusan agama hendaklahberpandukan apa yang disampaikan oleh Nabi Muhammad s.a.w yangmerangkumi al-Quran dan hadis. Berkenaan dengan urusan keduniaan sepertipertanian, umat Islam tidak dikongkong oleh agama dan diberi kebebasan untukmempelajari, mengkaji, dan melakukannya selagi tidak bertentangan dengansyariat. Aspek kesihatan dan perubatan begitu mendapat perhatian daripada Nabis.a.w kerana fizikal yang sihat dan bebas daripada penyakit akan memberikandaya fikir yang baik. Bidang perubatan melibatkan pelbagai jenis ilmu sainsseperti biologi, zoologi, botani, dan kimia. Hal ini demikian kerana bidangperubatan memerlukan pengetahuan yang banyak seperti pengetahuan mengenaikaedah pencegahan dan rawatan sesuatu penyakit, tanda-tanda sesuatu penyakitdan penyediaan ubat daripada bahan yang terdiri daripada tumbuhan, campuranbeberapa cecair, dan bahagian tertentu haiwan. Sehubungan dengan hal tersebut,Nabi Muhammad s.a.w ada menjelaskan kepentingan dan keperluan kepada
  7. 7. 7perubatan yang secara tidak langsung menggalakkan umat Islam mempelajariilmu-ilmu sains yang berkaitan dengannya. Sabda Nabi Muhammad s.a.w ketikaditanya tentang perlunya berubat, selain daripada berdoa memohon kesihatan yangmaksudnya: “Berubatlah kerana sesungguhnya Allah tidak menetapkan suatu penyakit kecuali ditetapkan ubat baginya (atau baginda bersabda) penawar baginya kecuali satu penyakit. Mereka (para sahabat) bertanya: Apakah dia wahai Rasulullah. Baginda menjawab penyakit tua. ” (Riwayat al-Tirmidhi, 4/383) Dalam sejarah peradaban Islam, ilmu sains turut dikenali sebagai ilmuhikmah,iii manakala seorang saintis digelar hakim yang bermaksud seorang yangbijaksana. Hal ini sejajar dengan ajaran Islam yang amat menggalakkan umatnyamemiliki ilmu pengetahuan dan kebijaksanaan. Dalam menjelaskan kepentinganilmu kepada umat, Nabi s.a.w bersabda yang maksudnya: “Hikmah itu (ibarat) harta yang hilang dari orang mukmin, di mana sahaja dia menjumpainya, maka dia lebih berhak terhadapnya.” (Riwayat al-Tirmidhi, 5/51)iv Berdasarkan keterangan-keterangan daripada al-Quran dan hadis tersebut,dapatlah disimpulkan bahawa Islam memandang positif terhadap ilmu sains yangmemberi pelbagai faedah dan banyak membantu dalam memudahkan urusanhidup manusia. Melihat kepada pandangan Islam yang positif terhadap ilmu sains, makatidak hairanlah sebahagian sarjana Muslim seperti al-Ghazāli (1992: 1/27)berpendapat bahawa hukum mempelajari ilmu sains seperti perubatan danmatematik adalah fardu kifayah. Hal ini demikian kerana mempelajari ilmuperubatan adalah penting untuk menjaga kesihatan tubuh badan sementaramempelajari ilmu matematik adalah penting dalam urusan perniagaan danpembahagian harta pusaka. Ibn Khaldun (1996: 467) menjelaskan faedah mempelajari ilmu matematikyang tergolong sebagai sebahagian daripada ilmu sains seperti berikut: “Antara sebaik-baik pendidikan adalah yang dimulakan dengan ilmu hisab (matematik), kerana ia menitikberatkan pengetahuan yang jelas dan bukti-bukti yang sistematik. Kebiasaannya, ia dapat melahirkan suatu fikiran yang cerdas dan terlatih dengan kebenaran. Dikatakan bahawa sesiapa yang memulakan pengajiannya dengan mempelajari ilmu hisab seawal mungkin dalam kehidupannya, dan sebagaimana lazimnya akan menjadi orang yang jujur. Ini kerana ilmu hisab memiliki asas yang baik dan menuntut disiplin diri. Kebenaran dan disiplin itu akan menjadi suatu watak bagi orang yang mempelajarinya. Dia akan terbiasa dengan kebenaran dan mematuhinya sebagai suatu aliran.”
  8. 8. 8 Berdasarkan kenyataan tersebut, Ibn Khaldun (1996: 471) berpendapatbahawa pengajian ilmu matematik mempunyai faedah dari aspek mental danakhlak seperti melahirkan fikiran yang cerdas dan terlatih dengan kebenaran yangmendorong kepada sifat jujur dan bercakap benar. Dalam satu kenyataan lainbeliau menyatakan : Orang yang secara terus-menerusnya mengaplikasikan geometri adalah agak sukar untuk melakukan kesalahan. Dengan cara mudahnya, orang yang mengetahui geometri mempunyai tingkatan keadilan yang tinggi. Ibn Khaldun menguatkan lagi kenyataan beliau tentang faedahmempelajari ilmu geometri dengan katanya; Para pendidik kami pernah menyatakan bahawa usaha melatih fikiran dengan geometri seakan sama seperti fungsi sabun kepada pakaian. Ia membersihkan tompok-tompok kotor dan menghilangkan daki kotoran daripadanya. Menurut Sulaiman Noordin (1979: 1), dalam tamadun Islam, alam tabiiyang menjadi fokus pengajian ilmu sains dianggap sebagai kitab Allah yangterbuka atau kitab kedua yang mengandungi tanda-tanda (rahsia-rahsia) kebesarandan kebijaksanaan Allah. Ini bermakna segala penemuan sains pada asasnyabermatlamatkan sains semata-mata, tetapi apabila disertakan dengan semangatkeilmuan Islam, ia akan dapat membuka fikiran manusia ke arah memikirkankebesaran dan kebijaksanaan Allah, Tuhan Pencipta seluruh alam semesta.METODOLOGI SAINS ISLAMSains Islam mempunyai pelbagai kaedah yang boleh digunapakai untukmendapatkan hasil yang terbaik. Menurut ahli sains, terdapat enam pendekatanaqliah (akal) dalam sains, iaitu: (Haji Abu Hassan bin Haji Ali, 2005: h. 1) 1) Meneliti makhluk di dalam alam sekitar 2) Memahami, memikir dan mengkelaskan maklumat dalam bentuk data dan fakta 3) Membuat analisis dan membina andaian yang berdasarkan akal dan logik 4) Menguji setiap anggapan melalui eksperimen 5) Membuat hipotesis secara sementara 6) Memutuskan kesimpulan tentatif sebagai konsep, teori dan hukum sains umum Perbincangan lanjut mengenai kerangka asas sains Islam boleh dibahagi kepada dua, iaitu metodologi yang berupa langkah- langkah yang diikuti sewaktu menjalankan kajian dan keduanya, ciri-ciri umum yang membentuk metodologi dan membolehkannya diguna untuk mencapai objektif kajian. Sebagaimana yang telah dijelaskan sebelum ini bahawa dalam tradisi sains tamadun awal terutamanya tamadun Islam, kaedah empirikal dan matematikal ataupun logikal merupakan sebahagian sahaja kaedah yang digunakan. Metodologi sains Islam juga mengakui kaedah yang bukan empiris seperti ilham dan kaedah gnostik atau kashf sebagai tergolong dalam metodologi saintifik. Meskipun, saintis Muslim
  9. 9. 9 tidak memiliki metodologi yang khusus (berbeza daripada sains lain), minda mereka sangat jelas terhadap peraturan dan langkah- langkah dalam menjalankan kajian saintifik, malah mereka sering menjelaskan kepentingan metodologi tersebut kepada pembaca dan pelajar dari masa ke masa. Berdasarkan tulisan saintis Muslim maka berikut adalah metodologi yang digunakan oleh mereka khasnya dalam bidang perubatan;1. Metode observasi dan deskripsiSaintis Muslim khasnya dalam bidang perubatan telah menggunakan metodeobservasi dan deskripsi dalam kajian dan amali perubatan mereka. Terdapatbeberapa contoh yang dicatatkan dalam sejarah perubatan Arab-Islam.Contohnya, al-Razi yang dikenali kemahirannya dalam bidang perubatan. Beliaudidapati telah menghuraikan symptom penyakit demam campak (small pox)–yang beliau sendiri amati- dengan katanya: kemunculan demam campak adalahdisebabkan oleh demam yang berlanjutan yang mengakibatkan sakit di bahagianbelakang dan gatal di bahagian hidung serta rasa menggigil semasa tidur.2. Metode eksperimen dan pengujianImuwan Muslim khasnya dalam bidang perubatan amat mengambil berat terhadapmetode eksperimen dan pengujian kerana kedua-duanya adalah kesaksian terbaikbagi memperbetulkan sesuatu pandangan saintifik. Oleh sebab itulah maka al-Razi banyak menyebutkan tentang eksperimen dalam buku beliau, TheCharacteristics of things sebagaimana katanya, “we add what we know byexperiment and people know that we do not give our confidence to anythingexcept after its test and experimentation.” Al-Razi turut percaya bahawa doktor yang mahir mesti memliki dua sifatsecara bersama. Pertama, dia mestilah mahir dalam bidang saintifik perubatandan keduanya, mestilah mempunyai banyak pengalaman. Berdasarkan kenyataandi atas, jelaslah bahawa al-Razi sentiasa komited kepada eksperimen yangdianggap sebagai kriteria asas dalam membuat keputusan. Eksperimen adalahkriteria asas dalam membuat keputusan selagi doktor itu sentiasa melakukansesuatu perkara itu untuk membezakan antara kebenaran dan kepalsuan terhadapapa yang membimbangkan kriteria-kriteria yang mungkin akan dikemukakanuntuk tujuan penafian mereka yang tidak dapat memahami matlamat sains. Kitaturut menemui sebilangan ilmuwan dalam tamadun Islam seperti Ibn Sina danGabriel Ibn Bakhtishu’ yang mengetahui secara mendalam tentang beberapapenyakit utama pada zaman yang mana diagnosis masih belum dikenali dalamtradisi perubatan silam.CIRI-CIRI METODOLOGI SAINS ISLAMTerdapat beberapa ciri umum yang disifatkan kepada metode yang digunakan olehsaintis dan doktor sepanjang tempoh kegemilangan tamadun Islam. Ciri-ciritersebut boleh dihuraikan seperti berikut;1. Perbahasan ilmiahMetodologi perbahasan ilmiah membenarkan berlangsungnya majlis debat sesamailmuwan yang dikendalikan secara ilmiah. Setiap ilmuwan bebas mengeluarkan
  10. 10. 10pendapat dan menolak pandangan pihak lain dengan berdasarkan hujah masing-masing.2. Analisis secara sedar dan tepatPara ilmuwan Muslim menjalankan kajian saintifik dengan menggunakan analisisyang dilakukan dalam keadaan sedar, menginsafi kebenaran, dan berusaha sedayaupaya untuk menghasilkan keputusan yang tepat.3. Kejujuran saintifikCiri kejujuran saintifik ini boleh dilakukan dalam tiga keadaan berikut. Pertama,merujuk sesuatu pendapat kepada ilmuwan yang mengutarakannya. Kedua, tidakmengambil kesempatan daripada kreativiti orang lain. Ketiga, menggunakanpernyataan yang menunjukkan ketidakpastian setelah gagal mengenalpasti namailmuwan yang mengutarakan sesuatu pendapat atau maklumat.4. Kebebasan berfikir tanpa terikat dengan teori terdahuluMetodologi ini sesuai dengan sifat ilmu yang sentiasa berkembang dari masa kemasa. Ilmu juga tidak terikat dengan mana-mana teori terdahulu yang mungkinterbukti kesilapannya setelah kajian terkini berjaya membuktikannya.5. Jatidiri (self confident and self esteemed)Saintis Arab-Muslim sendiri memliki keyakinan diri dan harga diri dalammengutarakan pendapat saintifik yang berani. Tulisan mereka telah disifatkanoleh gaya kefasihan dan ketepatan dalam pembentangan serta bebas daripadapercanggahan. Namun, dalam keadaan tertentu mereka juga didapati bergantungkepada penggunaan ungkapan-ungkapan yang mengelirukan.PENUTUPIslam adalah agama yang lengkap dan menyeluruh termasuk dalam aspekpendidikan dan pengajian ilmu sama ada bersifat keagamaan mahupun selainnyatermasuklah mempelajari ilmu-ilmu sains. Justeru, Islam tidak menghalangumatnya daripada mempelajari ilmu sains selagi tidak membawa kepadakemudaratan atau bercanggah dengan akidah dan syariat Islam. Seharusnya umatIslam tidak ketinggalan dalam mengejar kemajuan sains memandangkan ia adalahsebahagian daripada tuntutan ajaran Islam. Tidak boleh dikatakan bahawa kajianterhadap sejarah dan perkembangan sains Islam telah lengkap. Hal ini demikiankerana para doktor Arab-Muslim juga bukanlah setakat menyalin hasil kerjadaripada tamadun Greek. Pada hakikatnya, para ilmuwan Muslim menyedariteori-teori saintifik khasnya daripada tamadun Greek yang diterajui olehHippocrates dan Galen. Fenomena ini tidak menghalang mereka daripada turutserta dalam bidang kajian dan melakukan pembaikan terhadap beberapa kesilapanyang terdapat dalam teori-teori sains terdahulu.
  11. 11. 11BIBLIOGRAFIAl-Quran al-Karim.Abū ‘Ali al-Husayn bin ‘Abd Allah bin ‘Ali bin Sinā, Ibn Sinā. 1910. Mantiq al- mashriqiyyin wa al-qasidah al-muzdawijah fi al-mantiq. Kaherah: al- Maktabah al-Salafiyyah.Haji Abu Hassan bin Haji Ali. 2005. Ensiklopedia Pendidikan Sains Dalam Al- Qur’an. Kuala Lumpur: Emedia Publication.http://www.levity.com/alchemy/islam06.html (tarikh akses 8/22/2002).
  12. 12. i NOTA HUJUNG Riwayat Ibn Mājah, Muhammad bin Yazid al-Qazwini, Sunan Ibn Majah, kitāb al-‘Ilm, bāb Fadl al-‘ulamā’ wa al-hathth ‘alā talab al-‘ilm, t.th, Dār al-Fikr: Beirut, juz. 1, hlm. 81. Menurut Imam al-Nawawi, hadis ini da ‘if, sementaraal-Mizzi dan al-Suyūti pula berpendapat bahawa hadis ini telah mencapai darjat hadis hasan. Lihat al-Suyūti, SharhSunan Ibn Majah, t.th, Qadimi Kutub Khānah: Karachi, hlm. 20. ii Lihat ayat-ayat al-Quran tentang galakan berfikir, memerhati, dan melihat seperti dalam Surah al-Baqarah 2: 219,266, Surah Ali ‘Imrān 3:191, Surah al-An‘ām 6: 99, Surah al-A‘rāf 7:185, Surah Yūnus 10:24, Surah al-Ra‘d 13:3, Surahal-Nahl 16: 11, 69, Surah al-Rūm 30:50, Surah al-Zukhruf 43:51, Surah al-Jāthiyah 45:13, Surah Qāf 50:6, Surah al-Ghāshiyah 88:17; bandingkan Muhammad Fu’ād ‘Abd al-Bāqi, al-Mu‘jam al-mufahras li alfaz al-Qur’ān al-Karim, Dāral-Hadith, Kaherah, 1988, hlm. 154, 667, 877. iii Sebagai contoh lihat penggunaannya oleh Ibn Sinā dalam karya-karya beliau seperti Mantiq al-mashriqiyyin.Lihat Abū ‘Ali al-Husayn bin ‘Abd Allah bin ‘Ali bin Sinā, Ibn Sinā, Mantiq al-mashriqiyyin wa al-qasidah al-muzdawijah fi al-mantiq, al-Maktabah al-Salafiyyah, Kaherah, 1910, hlm. 9. iv Riwayat al-Tirmidhi, al-Jami‘ al-sahih, kitab Abwāb al-‘ilm, bab Mā ja’a fi fadl al-fiqh ‘alā al-‘ibādah, juz. 5, hlm.51. Berkata Imam al-Tirmidhi: Hadis ini gharib.

×