Sukatan Pelajaran MatematikSukatan PelajaranMATEMATIKKurikulum Bersepadu Sekolah MenengahBahagian Pembangunan KurikulumKem...
iSukatan Pelajaran MatematikPRAKATASukatan Pelajaran Matematik ini merupakan terjemahan sah kepada Syllabus, Mathematics y...
iiSukatan Pelajaran MatematikRUKUN NEGARABAHAWASANYA NEGARA KITA MALAYSIAmendukung cita-cita hendak mencapai perpaduanyang...
iiiSukatan Pelajaran MatematikFALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAANPendidikan di Malaysia adalah suatu usahaberterusan ke arah le...
1Sukatan Pelajaran MatematikPENDAHULUANMasyarakat yang berilmu dan berpengetahuan tinggi dalam penggunaan matematik untukm...
2Sukatan Pelajaran MatematikSemasa memberi pandangan dan menyelesaikan masalah sama ada secara lisan atau penulisan,murid ...
3Sukatan Pelajaran MatematikMATLAMATKurikulum Matematik sekolah menengah bertujuan untuk membentuk individu yangberpemikir...
4Sukatan Pelajaran MatematikORGANISASI KANDUNGANKandungan kurikulum ini dipersembahkan dalam tiga bidang yang saling berhu...
5Sukatan Pelajaran MatematikKANDUNGANBahagian ini menggariskan unsur penting dalam setiap bidang, iaitu NOMBOR, BENTUK dan...
6Sukatan Pelajaran Matematik(d) Penambahan, penolakan, pendaraban dan pembahagian melibatkan nombornegatif dan positif.1.6...
7Sukatan Pelajaran Matematik2.1 Ukuran Asas(a) Panjang.(b) Jisim.(c) Masa.2.2 Garis dan Sudut(a) Sudut.(b) Unit ukuran sud...
8Sukatan Pelajaran Matematik2.7 Bulatan(a) Bulatan dan bahagian-bahagiannya.(b) Ukurlilit dan panjang lengkok.(c) Luas bul...
9Sukatan Pelajaran Matematik2.14 Plan dan Dongakan(a) Unjuran ortogon.(b) Plan pepejal.(c) Dongakan depan dan dongakan sis...
10Sukatan Pelajaran Matematik(g) Penambahan, penolakan, pendaraban dan pembahagian melibatkan pecahanalgebra.3.3 Rumus Alg...
11Sukatan Pelajaran Matematik(d) Rantau yang mewakili satu ketaksamaan dalam dua pembolehubah.3.10 Kecerunan dan Luas di b...
12Sukatan Pelajaran Matematik3.16 Statistik(a) Pengumpulan data.(b) Kekerapan, jadual kekerapan dan selang kelas.(c) Pikto...
Upcoming SlideShare
Loading in …5
×

Sp maths kbsm

956 views

Published on

Published in: Education
0 Comments
0 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

  • Be the first to like this

No Downloads
Views
Total views
956
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
44
Actions
Shares
0
Downloads
53
Comments
0
Likes
0
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Sp maths kbsm

  1. 1. Sukatan Pelajaran MatematikSukatan PelajaranMATEMATIKKurikulum Bersepadu Sekolah MenengahBahagian Pembangunan KurikulumKementerian Pelajaran Malaysia
  2. 2. iSukatan Pelajaran MatematikPRAKATASukatan Pelajaran Matematik ini merupakan terjemahan sah kepada Syllabus, Mathematics yang telahdisediakan oleh Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia bagi tujuanpelaksanaan program Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris(PPSMI).Bermula tahun 2010, Kabinet telah memutuskan agar Dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia danMemperkasakan Bahasa Inggeris (MBMMBI) dilaksanakan secara berperingkat setelah PPSMIdimansuhkan. Dalam proses peralihan tersebut, sekolah boleh menggunakan Bahasa Inggeris dan/ataubahasa pengantar masing-masing dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P) Sains dan Matematik.Dasar MBMMBI ini juga membolehkan murid sekolah rendah dan menengah yang telah mengikuti P&PSains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris pada atau sebelum 2010 meneruskan penggunaan BahasaInggeris sehingga tamat Tingkatan 5 berdasarkan kesediaan guru dan murid di sekolah.Kurikulum Matematik sekolah Malaysia mengekalkan hasratnya untuk memperkembangkan ilmumatematik dan kecekapan serta menyemai sikap positif terhadap matematik dalam kalangan murid.Matematik untuk sekolah menengah menyediakan peluang untuk murid memperoleh ilmu dankemahiran matematik serta memperkembangkan kemahiran menyelesai masalah dan membuatkeputusan untuk membolehkan murid menangani cabaran kehidupan harian. Seperti mata pelajaranlain dalam kurikulum sekolah menengah, kurikulum Matematik bertujuan menanam nilai murni dancinta kepada negara dalam membangunkan insan yang menyeluruh yang berupaya untuk menyumbangke arah keharmonian dan kemakmuran negara dan rakyatnya.Selain daripada menekankan pengintegrasian proses matematik seperti menyelesaikan masalah,berkomunikasi secara matematik, menaakul, membuat perwakilan dan membuat perkaitan, kurikulumMatematik juga menekankan penggunaan teknologi. P&P Matematik yang digabungkan denganpenggunaan teknologi seperti Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK), kalkulator grafik dan perisiandinamik akan memberi lebih ruang dan peluang kepada murid untuk meneroka dan mendalami konsepmatematik yang dipelajari dengan lebih bermakna. Penggunaan teknologi mengasah daya fikir kritis dankreatif murid apabila murid membina, menguji dan membuktikan konjektur. Selain itu, penggunaan TMKmenyediakan peluang untuk murid berkomunikasi secara matematik bukan sahaja di persekitaranmereka, malah dengan murid dari negara lain, dan dalam proses tersebut menjadikan pembelajaranmatematik lebih menarik dan menyeronokkan.Kepada semua pihak yang terlibat dalam menghasilkan Sukatan Pelajaran Matematik versi terjemahanini, Kementerian Pelajaran Malaysia merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih.DATO’ IBRAHIM BIN MOHAMADPengarahBahagian Pembangunan KurikulumKementerian Pelajaran Malaysia
  3. 3. iiSukatan Pelajaran MatematikRUKUN NEGARABAHAWASANYA NEGARA KITA MALAYSIAmendukung cita-cita hendak mencapai perpaduanyang lebih erat di kalangan seluruh masyarakatnya;memelihara satu cara hidup demokratik; menciptasatu masyarakat yang adil di mana kemakmuranNegara akan dapat dinikmati bersama secara adildan saksama; menjamin satu cara yang liberalterhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kayadan berbagai-bagai corak; membina satumasyarakat progresif yang akan menggunakan sainsdan teknologi moden;MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akanmenumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untukmencapai cita-cita tersebut berdasarkan prinsip-prinsip yang berikut:KEPERCAYAAN KEPADA TUHANKESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARAKELUHURAN PERLEMBAGAANKEDAULATAN UNDANG-UNDANGKESOPANAN DAN KESUSILAAN
  4. 4. iiiSukatan Pelajaran MatematikFALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAANPendidikan di Malaysia adalah suatu usahaberterusan ke arah lebih memperkembangkanpotensi individu secara menyeluruh dan bersepaduuntuk melahirkan insan yang seimbang danharmonis dari segi intelek, rohani, emosi danjasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhankepada Tuhan. Usaha ini adalah adalah bertujuanuntuk melahirkan warganegara Malaysia yangberilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlakmulia, bertanggungjawab dan berkeupayaanmencapai kesejahteraan diri serta memberikansumbangan terhadap keharmonian dankemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.
  5. 5. 1Sukatan Pelajaran MatematikPENDAHULUANMasyarakat yang berilmu dan berpengetahuan tinggi dalam penggunaan matematik untukmenangani cabaran hidup seharian adalah penting dalam merealisasikan aspirasi negara untukmenjadi sebuah negara industri. Justeru, usaha diambil untuk memastikan masyarakat yangmengasimilasikan matematik dalam kehidupan seharian mereka. Murid diasuh dari awal lagidengan kemahiran menyelesaikan masalah dan berkomunikasi secara matematik, untukmembolehkan mereka membuat keputusan yang berkesan.Matematik penting dalam menyediakan tenaga kerja yang berupaya untuk memenuhikeperluan sebuah negara progresif. Oleh yang demikian, bidang ini mengambil peranan sebagaitenaga penggerak kepada pelbagai perkembangan dalam bidang sains dan teknologi. Selaridengan objektif negara untuk mewujudkan ekonomi berasaskan ilmu pengetahuan, kemahiranKajian dan Pembangunan dalam matematik diasuh dan dikembangkan pada peringkatpersekolahan.Matematik merupakan bidang pembelajaran yang melatih pemikiran logik dan sistematik dalammenyelesaikan masalah dan membuat keputusan. Disiplin ini menggalakkan pembelajaranbermakna dan mencabar fikiran, justeru menyumbang kepada perkembangan holistikseseorang individu. Ke arah mencapai matlamat ini, strategi penyelesaian masalah digunakansecara meluas dalam pengajaran dan pembelajaran matematik. Perkembangan penaakulanmatematik dipercayai mempunyai kaitan yang rapat dengan perkembangan intelek dankebolehan berkomunikasi murid. Oleh itu, kemahiran penaakulan matematik jugadiasimilasikan dalam aktiviti matematik supaya murid dapat mengenal, membina dan menilaikonjektur dan pernyataan matematik.Berasaskan kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan, kurikulum Matematik menyediakanpeluang kepada murid-murid yang mempunyai latar belakang dan keupayaan yang pelbagaiuntuk memperoleh kemahiran dan pengetahuan matematik. Dengan pengetahuan dankemahiran tersebut, mereka berkemampuan untuk mencari maklumat berkaitan serta kreatifdalam membentuk alternatif dan penyelesaian apabila berhadapan dengan cabaran masadepan.Kurikulum Matematik kerap dilihat sebagai terdiri daripada bidang-bidang diskret yangberkaitan dengan membilang, ukuran, geometri, algebra dan penyelesaian masalah. Bagimengelakkan daripada bidang-bidang tersebut dilihat sebagai berasingan serta konsep dankemahirannya dipelajari secara terpisah, matematik dikaitkan dengan kehidupan danpengalaman seharian di dalam dan di luar sekolah. Murid akan berpeluang mengaitkanmatematik dalam konteks yang berbeza dan melihat kerelevenan matematik dalam kehidupanseharian.
  6. 6. 2Sukatan Pelajaran MatematikSemasa memberi pandangan dan menyelesaikan masalah sama ada secara lisan atau penulisan,murid dibimbing untuk menggunakan bahasa dan daftar matematik yang betul. Murid dilatihuntuk memilih maklumat yang dikemukakan dalam samada bahasa matematik ataupun bukan;mentafsir dan mewakilkan maklumat dalam jadual, graf, rajah, persamaan atau ketaksamaan;dan seterusnya mempersembahkan maklumat dengan jelas dan tepat, tanpa sebarangpenyimpangan daripada maksud asal.Teknologi dalam pendidikan menyokong penguasaan dan pencapaian hasil pembelajaran yangdikehendaki. Teknologi yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik,contohnya kalkulator, seharusnya dianggap sebagai alat untuk memperkayakan prosespengajaran dan pembelajaran dan bukan untuk menggantikan guru.Kepentingan juga diletak pada penghargaan terhadap keindahan matematik. Mengenalkanmurid dengan sejarah hidup ahli matematik terkenal atau peristiwa penting, yang manamaklumat tersebut mudah diperolehi dari Internet dan sebagainya, memberi kesan jangkapanjang dalam memotivasikan murid untuk menghargai matematik.Nilai intrinsik matematik khususnya berfikir secara sistematik, tepat, menyeluruh, tekun danyakin, yang diterapkan sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran, menyumbang kepadapembentukan peribadi dan penyemaian sikap positif terhadap matematik. Selain itu, nilai murnijuga diperkenalkan mengikut konteks sepanjang pengajaran dan pembelajaran matematik.Pentaksiran, dalam bentuk ujian dan peperiksaan membantu mengukur pencapaian murid.Penggunaan data pentaksiran yang baik daripada pelbagai sumber juga menyediakan maklumatberguna tentang perkembangan dan kemajuan murid. Petaksiran berterusan setiap hari dalampembelajaran membolehkan kekuatan dan kelemahan murid serta keberkesanan aktivitipengajaran dikenal pasti. Maklumat yang diperolehi daripada jawapan kepada soalan, hasilkerja kumpulan dan kerja rumah membantu guru memperbaiki proses pengajaran, danseterusnya membolehkan penyediaan pembelajaran yang berkesan.
  7. 7. 3Sukatan Pelajaran MatematikMATLAMATKurikulum Matematik sekolah menengah bertujuan untuk membentuk individu yangberpemikiran matematik dan berketerampilan mengaplikasikan pengetahuan matematikdengan berkesan dan bertanggungjawab dalam menyelesaikan masalah dan membuatkeputusan, supaya berupaya menangani cabaran dalam kehidupan harian bersesuaian denganperkembangan sains dan teknologi.OBJEKTIFKurikulum Matematik sekolah menengah membolehkan murid:1. Memahami definisi, konsep, hukum, prinsip, dan teorem yang berkaitan denganNombor, Bentuk dan Perkaitan;2. Memperluaskan penggunaan kemahiran operasi asas tambah, tolak, darab dan bahagiyang berkaitan dengan Nombor, Bentuk dan Perkaitan;3. Menguasai kemahiran asas matematik iaitu: membuat anggaran dan penghampiran; mengukur dan membina; memungut dan mengendali data; mewakilkan dan mentafsir data; mengenal perkaitan dan mewakilkannya secara matematik; menggunakan algoritma dan perkaitan; menyelesaikan masalah; dan membuat keputusan.4. Berkomunikasi secara matematik;5. Mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran matematik dalam menyelesaikan masalahdan membuat keputusan;6. Menghubungkaitkan ilmu matematik dengan bidang ilmu yang lain;7. Menggunakan teknologi yang bersesuaian untuk membina konsep, menguasaikemahiran, menyelesaikan masalah dan meneroka ilmu matematik;8. Membudayakan penggunaan pengetahuan dan kemahiran matematik secara berkesandan bertanggungjawab;9. Bersikap positif terhadap matematik; dan10. Menghargai kepentingan dan keindahan matematik.
  8. 8. 4Sukatan Pelajaran MatematikORGANISASI KANDUNGANKandungan kurikulum ini dipersembahkan dalam tiga bidang yang saling berhubung kait iaitu,NOMBOR, BENTUK dan RUANG, dan PERKAITAN. Dalam situasi seharian, seseorang individusecara umumnya memerlukan yang berikut: Pengetahuan dan kemahiran berkaitan nombor seperti membilang dan menghitung(NOMBOR); Pengetahuan dan kemahiran berkaitan bentuk dan ruang seperti mengenal ciri-ciribentuk dan membuat pengukuran (BENTUK dan RUANG); Pengetahuan dan kemahiran berkaitan pola, peraturan, prinsip am, hukum, hubungandan lain-lain untuk tujuan mengenal dan memahami perkaitan yang melibatkan nombordan bentuk (PERKAITAN).Pengajaran dan pembelajaran matematik menekankan pemahaman konsep dan penguasaankemahiran dalam ketiga-tiga bidang seperti yang tersebut di atas serta penggunaan matematikuntuk menyelesaikan masalah dalam pelbagai situasi. Oleh yang demikian, bidang berikut perludiberi perhatian semasa proses pengajaran dan pembelajaran: Perkembangan kemahiran penyelesaian masalah yang melibatkan empat langkah utamaseperti memahami dan mentafsirkan masalah, merancang strategi penyelesaian,melaksanakan strategi dan menyemak semula penyelesaian supaya murid dapatmenyelesaikan masalah dalam kehidupan seharian secara berkesan; Perkembangan kemahiran berfikir secara logik, sistematik dan kreatif bersertakemahiran menaakul untuk menghasilkan individu yang boleh berfikir secara logik danrasional; dan Penyemaian nilai intrinsik matematik dan nilai masyarakat Malaysia yang termasukbersistematik, tepat, tekun, yakin, tidak membazir, bersederhana dan bekerjasama; iaitusemua yang menyumbang kepada pembentukan warganegara yang bertanggungjawab.
  9. 9. 5Sukatan Pelajaran MatematikKANDUNGANBahagian ini menggariskan unsur penting dalam setiap bidang, iaitu NOMBOR, BENTUK danRUANG, dan PERKAITAN diikuti dengan senarai topik yang mentakrifkan skop setiap bidang.1) NOMBORPemahaman nombor membolehkan murid membuat pengiraaan dan anggaran sertamenganalisa dan menyelesaikan masalah berkaitan. Bidang ini adalah lanjutan kepadakurikulum Matematik sekolah rendah. Skop bidang ini adalah seperti berikut:1.1 Nombor Bulat(a) Nilai tempat digit dalam nombor bulat.(b) Membundar nombor bulat.(c) Penambahan, penolakan, pendaraban dan pembahagian melibatkan nomborbulat.1.2 Pecahan(a) Pecahan setara.(b) Pecahan wajar dan pecahan tak wajar.(c) Nombor bercampur.(d) Penambahan, penolakan, pendaraban dan pembahagian melibatkan pecahan.1.3 Perpuluhan(a) Penukaran perpuluhan kepada pecahan dan begitu juga sebaliknya.(b) Nilai tempat digit bagi perpuluhan.(c) Membundarkan perpuluhan.(d) Penambahan, penolakan, pendaraban dan pembahagian melibatkan perpuluhan.1.4 Peratusan(a) Peratusan dan simbol.(b) Pertambahan dan pengurangan satu kuantiti tertentu dalam sebutan peratus.(c) Kegunaan peratusan dalam perbandingan.1.5 Nombor Negatif(a) Tanda + dan  dalam nombor.(b) Integer.(c) Pecahan negatif dan perpuluhan negatif.
  10. 10. 6Sukatan Pelajaran Matematik(d) Penambahan, penolakan, pendaraban dan pembahagian melibatkan nombornegatif dan positif.1.6 Gandaan dan Faktor(a) Nombor perdana.(b) Gandaan.(c) Gandaan sepunya dan gandaan sepunya terkecil.(d) Faktor dan faktor perdana.(e) Faktor sepunya dan faktor sepunya terbesar.1.7 Kuasa Dua, Punca Kuasa Dua, Kuasa Tiga, Punca Kuasa Tiga(a) Kuasa dua.(b) Punca kuasa dua.(c) Kuasa tiga.(d) Punca kuasa tiga.1.8 Bentuk Piawai(a) Angka bererti.(b) Nombor dalam bentuk piawai.(c) Penambahan, penolakan, pendaraban dan pembahagian melibatkan nombordalam bentuk piawai.1.9 Asas Nombor(a) Nombor dalam asas 2, 5 dan 8.(b) Nilai tempat digit dalam nombor dalam asas 2, 5 dan 8.(c) Penukaran nombor dalam asas 2, 5, 8 dan 10 dari satu asas ke asas yang lain.2) BENTUK dan RUANGBentuk dan ruang merupakan komponen penting dalam kurikulum Matematik sekolahmenengah. Pengetahuan dan kemahiran dalam bidang ini dan aplikasinya dalam topikberkenaan adalah berguna dalam kehidupan seharian. Memperbaiki kefahaman dalambidang ini akan membantu murid menyelesaikan masalah geometri dengan berkesan. Padamasa yang sama, murid akan juga memperbaiki kemahiran visual dan menghargai nilaiestetik bentuk dan ruang. Skopnya adalah seperti berikut:
  11. 11. 7Sukatan Pelajaran Matematik2.1 Ukuran Asas(a) Panjang.(b) Jisim.(c) Masa.2.2 Garis dan Sudut(a) Sudut.(b) Unit ukuran sudut.(c) Jenis sudut.(d) Garis bersilang.(e) Sifat sudut berkaitan garis bersilang.(f) Garis selari.(g) Sifat sudut berkaitan garis selari.2.3 Poligon(a) Jenis poligon.(b) Garis simetri.(c) Jenis segitiga.(d) Sifat sudut berkaitan segitiga.(e) Jenis sisiempat.(f) Sifat sudut berkaitan sisiempat.(g) Poligon sekata.(h) Sifat sudut berkaitan poligon sekata.2.4 Perimeter dan Luas(a) Perimeter.(b) Luas segitiga dan sisiempat.2.5 Binaan Geometri(a) Pembinaan tembereng garis, segitiga, pembahagi dua sama serenjang, serenjangpada satu garis, sudut, pembahagi dua sama sudut, garis selari dan segiempatselari.(b) Lukisan berskala.2.6 Lokus dalam Dua Matra(a) Lokus pergerakan satu titik yang memenuhi satu syarat.(b) Lokus dua matra satu titik yang memenuhi lebih daripada satu syarat.
  12. 12. 8Sukatan Pelajaran Matematik2.7 Bulatan(a) Bulatan dan bahagian-bahagiannya.(b) Ukurlilit dan panjang lengkok.(c) Luas bulatan dan luas sektor.(d) Sifat sudut berkaitan bulatan dan sisiempat kitaran.(e) Tangen kepada bulatan.(f) Sifat sudut berkaitan tangen kepada bulatan.(g) Tangen sepunya kepada bulatan.2.8 Pepejal Geometri(a) Jenis pepejal geometri.(b) Bentangan.(c) Luas permukaan pepejal geometri.(d) Isipadu.2.9 Teorem Pythagoras(a) Teorem Pythagoras.(b) Akas Teorem Pythagoras.2.10 Trigonometri(a) Ukuran sudut dalam darjah dan minit.(b) Sinus, kosinus and tangen bagi sudut.(c) Penyelesaian segitiga (berdasarkan kepada penyelesaian segitiga bersudut tegak).2.11 Bearing(a) Arah kompas.(b) Bearing.2.12 Sudut Dongakan dan Sudut Tunduk(a) Sudut dongakan.(b) Sudut tunduk.2.13 Garis dan Satah dalam Tiga Matra(a) Normal kepada satah dan unjuran satu garis ke atas satu satah.(b) Sudut antara garis dan satah.(c) Sudut antara dua satah bersilang.
  13. 13. 9Sukatan Pelajaran Matematik2.14 Plan dan Dongakan(a) Unjuran ortogon.(b) Plan pepejal.(c) Dongakan depan dan dongakan sisi pepejal.2.15 Bumi sebagai Sfera(a) Longitud dan latitud.(b) Jarak sepanjang meridian dan sepanjang selarian latitud.(c) Jarak terpendek di atas permukaan bumi.(d) Batu nautika dan knot.2.16 Transformasi(a) Jenis transformasi  translasi, pantulan, putaran dan pembesaran.(b) Isometri dan kongruenan.(c) Bentuk serupa.(d) Gabungan transformasi.3) PERKAITANPerkaitan antara beberapa kuantiti sering terdapat dalam kehidupan seharian. Justeru,pengendalian perkaitan seperti mengenal rumus atau hukum dan membuat generalisasisuatu situasi menjadi satu keperluan asas. Perkaitan boleh dinyatakan dalam bentuk jadual,graf, rumus, persamaan atau ketaksamaan. Pernyataan perkaitan dalam bentuk-bentuk inimenjadi alat yang berguna dan berkesan dalam penyelesaian masalah dan komunikasi. Skoppembelajarannya adalah seperti berikut:3.1 Indeks(a) Pengenalan kepada indeks.(b) Hukum indeks.3.2 Ungkapan Algebra(a) Perwakilan satu anu dengan satu huruf abjad.(b) Penambahan, penolakan, pendaraban dan pembahagian melibatkan sebutanalgebra.(c) Ungkapan algebra.(d) Penambahan dan penolakan melibatkan ungkapan algebra.(e) Kembangan dan pemfaktoran.(f) Pecahan algebra.
  14. 14. 10Sukatan Pelajaran Matematik(g) Penambahan, penolakan, pendaraban dan pembahagian melibatkan pecahanalgebra.3.3 Rumus Algebra(a) Pembolehubah dan perwakilannya dengan huruf abjad.(b) Rumus algebra.(c) Perkara rumus.3.4 Persamaan Linear(a) Persamaan linear dalam satu anu.(b) Persamaan linear serentak dalam dua anu.3.5 Ketaksamaan Linear(a) Simbol <, , > dan .(b) Ketaksamaan linear dalam satu anu.(c) Ketaksamaan linear serentak dalam satu anu.3.6 Ungkapan dan Persamaan Kuadratik(a) Ungkapan ax2+ bx + c.(b) Pemfaktoran ungkapan kuadratik.(c) Persamaan kuadratik.3.7 Koordinat(a) Sistem koordinat Cartes.(b) Jarak antara dua titik.(c) Titik tengah antara dua titik.3.8 Garis Lurus(a) Kecerunan garis lurus.(b) Pintasan pada paksi-x dan paksi-y.(c) Persamaan garis lurus y = mx + c.(d) Garis lurus selari.3.9 Graf Fungsi(a) Fungsi.(b) Graf fungsi.(c) Penyelesaian persamaan dengan kaedah graf.
  15. 15. 11Sukatan Pelajaran Matematik(d) Rantau yang mewakili satu ketaksamaan dalam dua pembolehubah.3.10 Kecerunan dan Luas di bawah Graf(a) Kuantiti yang diwakili oleh kecerunan graf.(b) Kuantiti yang diwakili oleh luas di bawah graf.3.11 Nisbah dan Perkadaran(a) Nisbah dua kuantiti.(b) Nisbah tiga kuantiti.(c) Perkadaran langsung.(d) Kadar.3.12 Ubahan(a) Ubahan langsung.(b) Ubahan songsang.(c) Ubahan tercantum.3.13 Matriks(a) Pengenalan kepada matriks.(b) Matriks sama.(c) Penambahan, penolakan dan pendaraban melibatkan matriks.(d) Matriks identiti 2  2.(e) Matriks songsang 2  2.(f) Penyelesaian persamaan linear serentak dalam dua anu dengan kaedah matriks.3.14 Set(a) Pengenalan kepada set.(b) Set sama, set kosong, subset, set semesta dan pelengkap set.(c) Operasi ke atas set.3.15 Penaakulan Matematik(a) Pengenalan kepada logik.(b) Pernyataan.(c) Pengkuantiti - “semua”, “beberapa”.(d) Operasi ke atas pernyataan - “dan”, “atau”, “bukan”.(e) Implikasi - “jika”, “jika dan hanya jika”.(f) Hujah - syllogism, modus ponens dan modus tollens.(g) Deduksi and aruhan.
  16. 16. 12Sukatan Pelajaran Matematik3.16 Statistik(a) Pengumpulan data.(b) Kekerapan, jadual kekerapan dan selang kelas.(c) Piktograf, carta palang, carta pai dan graf garis.(d) Histogram dan poligon kekerapan.(e) Kekerapan longgokan dan ogif.(f) Ukuran kecenderungan memusat: mod, min dan median.(g) Sukatan serakan: julat dan julat antara kuartil.3.17 Kebarangkalian(a) Ruang sampel.(b) Peristiwa.(c) Kebarangkalian satu peristiwa.(d) Kebarangkalian peristiwa pelengkap.(e) Peristiwa bergabung.(f) Kebarangkalian peristiwa bergabung.

×