Sp kbsm geo

454 views

Published on

Published in: Education
0 Comments
0 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

  • Be the first to like this

No Downloads
Views
Total views
454
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
8
Actions
Shares
0
Downloads
7
Comments
0
Likes
0
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Sp kbsm geo

  1. 1. KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIASUKATAN PELAJARANKURIKULUM BERSEPADUSEKOLAH MENENGAHGEOGRAFI
  2. 2. KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIASUKATAN PELAJARANKURIKULUM BERSEPADUSEKOLAH MENENGAHGEOGRAFIPusat Perkembangan KurikulumKementerian Pendidikan Malaysia2000
  3. 3. Cetakan Pertama© Kementerian Pendidikan Malaysia 2000Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagianartikel, ilustrasi, dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan caraapa jua sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman, atau cara lainsebelum mendapat izin bertulis daripada Ketua Pengarah, Dewan Bahasa danPustaka, Peti Surat 10803, 50926 Kuala Lumpur, Malaysia. Perundingan tertaklukkepada perkiraan royalti atau honorarium..Perpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam PenerbitanSukatan pelajaran geografi.ISBN 983-62-7100-71. Geography--Study and teaching (Secondary)--Malaysia.2. Geography--Outlines, syllabi, etc. I. Malaysia.Kementerian Pendidikan. Pusat Perkembangan Kurikulum.910.0712595Dicetak olehPercetakan Dewan Bahasa dan PustakaLot 1037, Mukim Perindustrian PKNSAmpang/Hulu KelangSelangor Darul Ehsan
  4. 4. RUKUN NEGARABAHAWASANYA negara kita Malaysia mendukung cita-citahendak mencapai perpaduan yang lebih erat di kalanganseluruh masyarakatnya; memelihara satu cara hidupdemokratik; mencipta masyarakat yang adil di manakemakmuran negara akan dapat dinikmati bersama secaraadil dan saksama; menjamin satu cara yang liberal terhadaptradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai-bagai corak; membina satu masyarakat progresif yang akanmenggunakan sains dan teknologi moden;MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukanseluruh tenaga dan usaha kami untuk mecapai cita-citatersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip berikut :-KEPERCAYAAN KEPADA TUHANKESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARAKELUHURAN PERLEMBANGAANKEDAULATAN UNDANG-UNDANGKESOPANAN DAN KESUSILAANiii
  5. 5. FALSAFAH PENDIDIKANKEBANGSAANPendidikan di Malaysia adalah suatu usahaberterusan ke arah lebih memperkembangkanpotensi individu secara menyeluruh dan bersepaduuntuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonisdari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani,berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepadaTuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkanwarganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan,berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawabdan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri sertamemberikan sumbangan terhadap keharmonian dankemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.iv
  6. 6. Kata PengantarKurikulum persekolahan kebangsaan mendukung hasrat mulia negara bagimenyediakan pendidikan bertaraf dunia kepada generasi masa kini dan akandatang. Penyemakan kurikulum bertujuan memantapkan Akta Pendidikan,memenuhi semangat Falsafah Pendidikan Kebangsaan, dan menyediakanwarga negara Malaysia menghadapi cabaran pendidikan pada abad 21.Kurikulum yang disemak semula memberi penekanan kepada nilai murnidan semangat patriotik bagi menyedarkan murid akan peranan dantanggungjawab mereka sebagai warganegara maju dan masyarakat berilmu.Murid dididik untuk berfikir, berilmu pengetahuan luas, bertataetika tinggi,bijaksana, serta dapat menggunakan teknologi maklumat dan komunikasisecara berkesan. Diharapkan kurikulum ini dapat melahirkan murid yangberkeyakinan dan tabah mengatasi segala rintangan dan cabaran dalam kehidupan.Geografi ialah mata pelajaran teras di peringkat sekolah menengah rendahdan mata pelajaran elektif di peringkat sekolah menengah atas. Mata pelajaranini bertujuan memberikan murid pengetahuan mengenai fenomena alamdan organisasi ruangan berasaskan interaksi manusia dengan alam sekitarfizikal dan alam sekitar manusia. Kandungan Sukatan Pelajaran GeografiKurikulum Bersepadu Sekolah Menengah merangkumi kemahiran geografi, geografifizikal dan manusia, dan kajian geografi tempatan yang membolehkanmurid mengamalkan pengetahuan dan kemahiran geografi, nilai-nilai murnidan patriotisme dalam kehidupan harian.Kementerian Pendidikan merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasihkepada setiap individu dan institusi atas sumbangan kepakaran, masa, dantenaga sehingga terhasilnya sukatan pelajaran ini.v
  7. 7. PENDAHULUANPendidikan di Malaysia merupakan suatu usaha berterusan untukmemperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadusupaya dapat melahirkan insan yang seimbang, harmonis dan bermoraltinggi. Selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan ini, matapelajaran Geografi diwacanakan agar berupaya membentuk rakyat negaraMalaysia yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.Sebagai sebuah negara yang sedang melangkah ke arah status negara maju,kita perlu mewujudkan masyarakat yang mempunyai daya perubahan yangtinggi, memandang jauh ke hadapan, berinovatif, berkebolehan untukmengurus alam dan sumber secara optimum serta bertanggungjawab. Bagimencapai hasrat ini, murid perlu dibentuk supaya menjadi warganegarayang kreatif dan kritis, berpengetahuan serta berupaya menggunakanteknologi maklumat dan komunikasi.Geografi merupakan mata pejalaran teras di peringkat Sekolah MenengahRendah dan sebagai mata pelajaran elektif di peringkat Sekolah MenengahAtas. Mata pelajaran Geografi bertujuan untuk melengkapkan murid denganpemahaman dan kemahiran asas geografi serta nilai-nilai kemanusiaan. Matapelajaran ini menyediakan murid menghadapi cabaran hidup ke arahmewujudkan kesejahteraan diri dan masyarakat. Mata pelajaran Geografimerupakan kesinambungan mata pelajaran Kajian Tempatan di sekolahrendah. Kandungan mata pelajaran Geografi adalah relevan dengankehidupan manusia.1sukatan pelajaran geografi kbsm
  8. 8. Kandungan mata pelajaran Geografi digubal berdasarkan pemahamanbahawa bumi dan alam sekitarnya adalah ruangan kediaman manusia.Kandungan ini merangkumi kajian tentang interaksi manusia dengan alamsekitar fizikal dan alam sekitar manusia. Kajian ruangan merangkumipemahaman murid tentang Kemahiran Geografi, Geografi Fizikal dan GeografiManusia. Aspek-aspek ini dikaji dalam pelbagai komuniti di peringkat tempatan,kebangsaan dan antarabangsa.Mata pelajaran Geografi juga memupuk nilai-nilai hidup yang harmonis dansejahtera serta memupuk nilai amanah, bersyukur, kesederhanaan,bertanggungjawab, tidak mementingkan diri sendiri dan mencintai alamsekitar. Pemahaman murid tentang alam sekitar fizikal dan alam sekitarmanusia dapat menerapkan semangat patriotik serta mewujudkan sensitivitimurid terhadap fenomena alam secara setempat dan global. Usaha ini selarasdengan matlamat dan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan2sukatan pelajaran geografi kbsm
  9. 9. MATLAMATKurikulum Geografi membolehkan murid memahami fenomena geografiberfokus kepada negara Malaysia dan hubungannya dengan negara-negaralain supaya dapat melahirkan murid yang berilmu, bertanggungjawab,bersyukur dan mengenali serta mencintai negara Malaysia.OBJEKTIFKurikulum Geografi Sekolah Menengah membolehkan murid:1. munghubungkaitkan aspek kedudukan, arah, skala dan jarak dalamorganisasi ruangan.2. mengumpul, menyusun, menganalisis dan menyampaikan data geografiberbentuk kuantitatif dan kualitatif.3. memberi pendapat secara kreatif dan kritis, mengenal pasti danmengkaji masalah semasa daripada aspek geografi serta membuatkeputusan dengan bertanggungjawab.4. menjelaskan fenomena alam dan saling kaitannya dengan manusiaberasaskan taburan dan pola-pola yang wujud di negara Malaysiadan negara-negara lain.5. mengenal pasti cara hidup dan budaya pelbagai komuniti di negaralain serta menghargai ciri-ciri persamaan dan kelainannya.6. memerihalkan keadaan saling memerlukan dalam sistem alam,kegiatan ekonomi, sosial dan politik antara satu negara dengannegara lain.7. menerangkan kesan kegiatan manusia ke atas alam sekitar sertapentingnya menguruskan alam dan sumber denganbertanggungjawab dan bijaksana.3sukatan pelajaran geografi kbsm
  10. 10. 8. mengenali, menghargai dan berbangga terhadap ciri-ciri geografinegara Malaysia yang istimewa dan unik.9. menggabungjalin pelbagai fakta geografi dan dapat membuatkesimpulan yang rasional.10. mensyukuri dan mencintai alam, bersederhana danbertanggungjawab ke atas sebarang tindakan dan peka terhadapperasaan serta keperluan orang lain.ORGANISASI KURIKULUMSukatan Pelajaran Geografi digubal berasaskan tiga kompenan berikut:1. Pemahaman Geografi1.1 Bumi sebagai ruangan kediaman dan kegiatan manusia.1.2 Kaitan dan interaksi manusia dengan alam sekitarmenghasilkan pelbagai organisasi ruangan yang boleh dikajiberasaskan proses, taburan dan pola. Penegasan diberikepada beberapa konsep asas organisasi ruangan sepertikedudukan, arah, skala, jarak, lingkungan pengaruh,pergerakan dan perubahan.1.3 Proses interaksi antara manusia dengan alam sekitar melaluikegiatan ekonomi, sosial dan politik menimbulkan isu-isuruangan. Keperluan bekerjasama antara manusia diberipenekanan bagi menghadapi cabaran tersebut.1.4 Manusia sentiasa berusaha meneroka kawasan baru untukkesejahteraan hidup.4sukatan pelajaran geografi kbsm
  11. 11. 2. Perkembangan KemahiranPemahaman idea dan konsep utama tentang alam sekitar dilakukanmelalui pelbagai aktiviti termasuk kerja amali. Proses pengajarandan pembelajaran (P&P) yang mementingkan perkembangankemahiran geografi dan aplikasinya seperti kemahiran mencerap,merekod, menyusun, menganalisis, mentafsir, menilai, meramal danmenyampaikan maklumat diberi penekanan.Kandungan mata pelajaran Geografi disusun mengikut tema denganmemberi perhatian kepada kesinambungan antara Geografi Fizikaldan Geografi Manusia serta saling kaitannya. Sebanyak lapan tematelah dipilih dan setiap tema menggambarkan proses interaksi diantara manusia dengan alam sekitarnya. Semua tema akandipelajari pada peringkat Sekolah Menengah Rendah (SMR) danSekolah Menengah Atas (SMA).Kajian dibuat berasaskan kawasan mengikut skala bermula darikawasan setempat, negara, benua dan seterusnya dunia untukmenunjukkan perkembangan konsep pola, taburan dan proses.Kajian juga menegaskan ciri-ciri persamaan dan kelainan di antaranegara Malaysia dengan kawasan yang dikaji.5sukatan pelajaran geografi kbsm
  12. 12. Pada keseluruhannya, sukatan pelajaran ini menekankan pendekatanbercorak fungsional untuk menggalakkan perkembangan kemahirangeografi. Pengajaran dan pembelajaran Kemahiran Geografi diberipenekanan pada setiap peringkat dan kemahiran-kemahiran tersebutdiaplikasikan dalam semua bidang kajian geografi. Pengalamanpembelajaran mestilah berupaya untuk menghubungkaitkan aspekkedudukan, arah, skala, jarak, taburan, fungsi, pola dan perubahannyadalam organisasi ruangan. Ini dilaksanakan melalui kajianpersekitaran murid. Untuk meluaskan orientasi pandangan murid,pelbagai cara hidup di beberapa kawasan tertentu di dunia juga dikaji.3. Unsur-unsur Patriotisme dan Pemupukan NilaiUnsur-unsur patriotisme diberi penekanan dalam proses pengajarandan pembelajaran. Pemupukan nilai-nilai murni berlandaskan hakikatbahawa manusia diamanahkan untuk mengurus alam dan sumberdengan bertanggungjawab dan bijaksana. Semangat patriotik dipupukberasaskan pemahaman bahawa kita perlu :• Mencintai negara Malaysia• Bersatu dalam kepelbagaiaan• Berusaha membangunkan negara Malaysia dan• Mempertahankan negara Malaysia6sukatan pelajaran geografi kbsm
  13. 13. KANDUNGANKandungan kurikulum Geografi digubal berasaskan tiga bahagian iaitu :Bahagian A - Kemahiran GeografiBahagian B - Geografi Fizikal dan ManusiaBahagian C - Kajian Geografi TempatanBahagian A - Kemahiran GeografiBahagian ini menekankan aspek Kemahiran Geografi dan dipelajarisetiap tahun. Tajuk-tajuk yang dikaji adalah:1. Kedudukan2. Arah3. Skala dan jarak4. Graf, carta, rajah dan foto5. Peta6. Ketinggian7. Keratan rentas8. Pentafsiran peta topografiTajuk-tajuk di atas diolah bersesuaian dengan peringkat pembelajaranmengikut tingkatan. Pengajaran dan pembelajaran KemahiranGeografi diaplikasikan dalam semua bahagian kajian geografi.7sukatan pelajaran geografi kbsm
  14. 14. Bahagian B - Geografi Fizikal dan ManusiaBahagian ini meliputi Geografi Fizikal dan Geografi Manusiaberlandaskan lapan tema utama. Kajian Geografi Fizikal memberitumpuan kepada proses fizikal yang berlaku dan bentuk muka bumiyang dihasilkan serta hubung kaitnya dengan kegiatan manusia. KajianGeografi Manusia memberi tumpuan kepada interaksi antara manusiadengan manusia dan antara manusia dengan alam sekitar. Penekanandiberi kepada taburan dan pola yang wujud akibat perubahan pandangdarat fizikal dan budaya dalam usaha manusia untuk kesejahteraanhidup. Kajian berfokus kepada negara Malaysia dengan membuatperbandingan dengan negara-negara lain daripada aspek persamaandan kelainannya. Setiap tema mengandungi tajuk-tajuk tertentu:1. Bentuk muka bumi dan potensinya1.1 Bentuk muka bumi1.2 Potensi dan halangan bentuk muka bumi kepada kegiatanmanusia1.3 Kesan kegiatan manusia terhadap alam sekitar1.4 Sistem bumi1.5 Proses pembentukan bentuk muka bumi1.6 Perubahan pandang darat fizikal1.7 Laut dan lautan8sukatan pelajaran geografi kbsm
  15. 15. 2. Cuaca dan iklim serta pengaruhnya2.1 Pergerakan bumi di dalam sistem suria2.2 Unsur-unsur cuaca dan iklim2.3 Pengaruh cuaca dan iklim terhadap kegiatan manusia dansebaliknya3. Tumbuh-tumbuhan semula jadi dan hidupan liar3.1 Jenis dan taburan tumbuh-tumbuhan semula jadi danhidupan liar3.2 Faktor-faktor yang mempengaruhi pelbagai tumbuh-tumbuhan semula jadi3.3 Kepentingan tumbuh-tumbuhan semula jadi3.4 Kesan kegiatan manusia terhadap tumbuh-tumbuhan semulajadi dan hidupan liar3.5 Pemeliharaan dan pemuliharaan tumbuh-tumbuhan semulajadi dan hidupan liar4. Dinamik penduduk4.1 Taburan penduduk4.2 Pergerakan penduduk sebagai tindak balas terhadap faktorekonomi, politik, sosial dan fizikal4.3 Perubahan penduduk dan implikasinya terhadap keperluankependudukan4.4 Kesan perubahan penduduk terhadap alam sekitar9sukatan pelajaran geografi kbsm
  16. 16. 5. Petempatan dan perkembangannya5.1 Kedudukan petempatan awal5.2 Faktor yang mempengaruhi petempatan5.3 Pola-pola petempatan5.4 Fungsi petempatan5.5 Pembandaran6. Pengangkutan dan perhubungan6.1 Keperluan pengangkutan dan perhubungan awal6.2 Perkembangan jaringan pengangkutan dan perhubungan6.3 Faktor yang mempengaruhi jaringan pengangkutan danperhubungan6.4 Kepentingan jaringan pengangkutan dan perhubungan6.5 Kesan perkembangan pengangkutan dan perhubunganterhadap alam sekitar7. Sumber7.1 Sumber-sumber utama7.2 Taburan pelbagai sumber7.3 Kepentingan pelbagai sumber7.4 Kesan penerokaan sumber terhadap alam sekitar7.5 Pengurusan sumber8. Kegiatan Ekonomi8.1 Kegiatan ekonomi utama8.2 Faktor yang mempengaruhi kegiatan ekonomi8.3 Sumbangan kegiatan ekonomi terhadap pembangunannegara8.4 Kepentingan kerjasama ekonomi antarabangsa8.5 Kesan kegiatan ekonomi alam sekitar8.6 Langkah-langkah mengurangkan kesan kegiatan ekonomiterhadap alam sekitar10sukatan pelajaran geografi kbsm
  17. 17. Fokus kajian bagi Tingkatan 1 ialah Tema 1 – 3, Tingkatan 2 ialah Tema4 – 6 dan Tingkatan 3 ialah Tema 7 – 8 . Bagi peringkat SMA (Tingkatan4 dan 5), kajian merangkumi lapan tema yang telah dipelajari di peringkatSMR secara lebih mendalam lagi.Bahagian C – Kajian Geografi TempatanBahagian ini memerlukan murid menjalankan kajian di kawasan yangdipilih. Kajian berfokus kepada ciri-ciri geografi di kawasan kajianselaras dengan tema yang dipelajari mengikut peringkat pembelajaranatau isu-isu geografi semasa. Kajian juga bertujuan meluaskanpersepsi murid terhadap keadaan persekitaran dan penguasaanKemahiran Geografi. Murid dapat mengaplikasi pengetahuan geografidalam kajian yang dijalankan. Kajian Geografi Tempatan dijalankan olehsemua murid di Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5.Dalam merancang dan melaksanakan kurikulum ini, tumpuan perlu diberikepada pengembangan dan penguasaan kemahiran berfikir dan kemahiranbelajar bagi membolehkan murid membuat keputusan dan menyelesaikanmasalah secara rasional dalam menghadapi cabaran hidup yang semakinkompleks. Kepelbagaian kecerdasan murid perlu diambil kira bagimemperkukuh dan memperkaya pengalaman pembelajaran mereka dalamusaha membentuk manusia yang peka kepada isu atau permasalahan yangberlaku dan mampu membuat ramalan, menjangka akibat sertamengendalikannya ke arah keharmonian dan kecemerlangan hidup. Disamping itu, kemahiran menggunakan teknologi maklumat dan komunikasiperlu dikuasai oleh murid supaya mereka menjadi generasi yang celikteknologi serta dapat memanfaatkannya dengan penuh tanggungjawab demikesejahteraan hidup bersama.11sukatan pelajaran geografi kbsm

×