Successfully reported this slideshow.
We use your LinkedIn profile and activity data to personalize ads and to show you more relevant ads. You can change your ad preferences anytime.
1Minit Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-37SMK Tengku Idris Shah, 42200 KaparTarikh : 28 Februari 2013Hari : SabtuMasa : 8.30 p...
25.0 Pembubaran AJK PIBG sesi 2012/20135.1 Pengerusi mengingatkan kembali bahawa PIBG ini ditubuhkan untuk membantu danmel...
37.16 Pn. Zarina bt. Johari mencadangkan Pn. Annora. Pn. Annora menolak cadangan.7.17 Pn. Norizan bt. Baharin mencadangkan...
4kaki, permainan bola tampar, hoki, aktiviti PJK dan lain-lain aktiviti membabitkanpelajar.Pn. Aminah Mahmud menyokong usu...
59.3.4 Mengingatkan guru-guru yang terlibat secara langsung dengan politik agar tidakmengabaikan pengajaran dalam kelas.9....
69.10.2 Kelas-kelas bimbingan diberi sama rata kepada semua pelajar. Ibu bapa dimintamemahami.9.10.3 Laman web sekolah aka...
Upcoming SlideShare
Loading in …5
×

Minit mesyuarat agung pibg kali ke 37 smk tengku idris shah

19,834 views

Published on

Minit mesyuarat agung pibg kali ke 37 smk tengku idris shah

  1. 1. 1Minit Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-37SMK Tengku Idris Shah, 42200 KaparTarikh : 28 Februari 2013Hari : SabtuMasa : 8.30 pagiTempat : Dewan Mutiara, SMK Tengku Idris ShahKehadiran : Ibu Bapa : 220 orangGuru : 117 orangJumlah : 337 orang1.0 Kata-kata Aluan Pengerusi1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih dan setinggi-tinggi tahniah dan penghargaankepada Tn. Hj. Najib, Pengetua, barisan para pentadbir sekolah ,guru-guru juga para ibubapa kerana dapat sama-sama berkumpul untuk berbincang dan mencapai kata sepakatdalam melaksanakan program kecemerlangan anak-anak.1.2 Beliau juga mengucapkan syukur ke-hadrat Ilahi kerana dengan kerjasama semua pihak,PIBG telah Berjaya melaksanakan pelbagai aktiviti sepanjang tahun 2012 dan harapanagar ibu bapa memberikan komitmen yang tinggi, saranan dan sokongan kepada pihaksekolah untuk mencapai ke satu tanda aras yang lebih baik pada masa akan datang.1.3 Beliau juga mengumumkan kehadiran ibu bapa seramai 220 orang, semoga kehadiranini dapat memberikan motivasi kepada guru-guru untuk mendidik pelajar kea rahkecemerlangan pada masa akan datang.2.0 Pembentangan dan Pengesahan Minit Mesyuarat PIBG kali Ke-362.1 Minit mesyuarat disahkan secara sebulat suara oleh ahli mesyuarat.3.0 Pembentangan Laporan Aktiviti PIBG sesi 2012/20133.1 En. Zamri b. Marham, Setiausaha PIBG sesi 2012/2013 membentangkan laporantahunan aktiviti PIBG pada muka surat 13 dan 14.3.2 Laporan Aktiviti Tahunan diterima sebulat suara oleh ahli mesyuarat.4.0 Pembentangan Laporan Kewangan PIBG sesi 2012/20134.1 Pn. Tamyizah bt. Reman, Bendahari PIBG sesi 2012/2013 membentangkan laporankewangan tahunan PIBG sesi 2012/2013 pada muka surat 15 – 21.4.2 Pengerusi memaklumkan kepada ahli mesyuarat bahawa SMK Tengku Idris Shahmerupakan satu-satunya sekolah , guru-gurunya sama-sama menyumbang kepadatabung PIBG sebanyak RM35 seorang, seharusnya ibu bapa lebih proaktif dan menjadimotivasi kepada ibu bapa untuk menyumbang ke arah kecemerlangan pelajar.4.3 Encik Zamri b. Salleh membetulkan kiraan penerimaan kutipan derma PIBG guru dalammuka surat 15. Terdapat lebihan bayaran sebanyak RM15. Pengerusi memaklumkanbahawa kiraan itu bukan kesilapan tetapi terdapat guru yang membayar lebih RM15.4.4 Laporan Kewangan Tahunan diterima sebulat suara oleh ahli mesyuarat.
  2. 2. 25.0 Pembubaran AJK PIBG sesi 2012/20135.1 Pengerusi mengingatkan kembali bahawa PIBG ini ditubuhkan untuk membantu danmelaksanakan aktiviti, membina prasarana, menambah dan menyelenggara prasaranauntuk kegunaan pelajar dan warga sekolah. Semua keputusan dan proses tertaklukkepada Pekeliling Kerajaan Malaysia. Sekiranya terdapat komen atau kejadian yangmenimpa anak-anak hendaklah merujuk kepada pentadbir sekolah atau AJK PIBG agarmasalah dapat diselesaikan bersama. Pengerusi juga berharap agar tiada lagi aduan-aduan yang sampai ke meja wartawan yang menambah beban dan imej buruk kepadapihak sekolah dan komuniti setempat.5.2 Pengerusi bagi pihak Jawatankuasa PIBG sesi 2012/2013 memohon kemaafan sepanjangmenjalankan tugas pada sesi yang lepas.5.3 Pengerusi dengan rasminya membubarkan AJK PIBG sesi 2012/2013.6.0 Lantikan Pengerusi Sementara6.1 Cadangan daripada ibu bapa agar Pengerusi Majlis, Pn. Aznilawati bt. Abdul Rahmansebagai Pengerusi Sementara disokong sebulat suara oleh ahli mesyuarat.7.0 Pemilihan AJK PIBG 2013/20147.1 Encik Mohd Adam b. Muda mencadangkan Encik Mohd Fauzi b. Ariffin sebagai calonYDP.7.2 Encik Mohd Fauzi b. Ariffin menyatakan bahawa lantikan pengerusi /YDP seharusnyadaripada kalangan ibu bapa yang mempunyai anak yang belajar di sekolah ini.7.3 Encik Mohd Nor b. Hj. Ibrahim mencadangkan Koperal Adam b. Muda.7.4 Pn. Annora menyokong cadangan tersebut dan merayu agar Encik Mohd Fauzimenerima pencalonan sebagai YDP PIBG bagi sesi 2013/2014 memandangkan beliaumenunjukkan komitmen yang sangat tinggi sepanjang menjawat jawatan tersebut.7.5 Tuan Pengetua selaku Penasihat memaklumkan bahawa calon yang tiada anak disekolah boleh dilantik menjadi YDP PIBG melalui persetujuan mesyuarat dan mendapatkelulusan daripada Pejabat Pelajaran Daerah.7.6 Cadangan ditutup oleh Encik Sidek b. Liwan.7.7 Encik Mohd Adam mendapat 57 undi , manakala Encik Mohd Fauzi b. Ariffin mendapat112 undi.7.8 Encik Mohd Fauzi b. Ariffin kekal sebagai YDP PIBG bagi sesi 2013/2014.7.9 Encik Shrmugam mencadangkan Encik Mohd Adam sebagai Naib YDP PIBG. Encik MohdNor b. Hj. Ibrahim menyokong cadangan.7.10 Encik Zaini b. Talib mencadangkan cadangan ditutup. Pn. Habsah bt. Ariffin menyokongcadangan ditutup.7.11 Encik Zamri b. Zainal mencadangkan agar AJK PIBG dilantik melibatkan kaum Melayu,India dan Cina.7.12 Encik Mohd Adam mencadangkan Encik Mansur b. Baharom. Encik Musa menyokong.7.13 Encik Ponnusamy mencadangkan Encik Ramesh a/l Ramalingam. Encik Periyalvarmenyokong.7.14 Pn. Siti Hadariah Baharom mencadangkan Encik Bakhtiar. Pn. Mariani menyokong.7.15 Encik Periyalvar mencadangkan Encik Shrmugam. Encik Ponnu dan Encik Periyalvarmenyokong.
  3. 3. 37.16 Pn. Zarina bt. Johari mencadangkan Pn. Annora. Pn. Annora menolak cadangan.7.17 Pn. Norizan bt. Baharin mencadangkan agar mengekalkan 2 orang AJK PIBG yang laluiaitu Pn. Mariani bt. Hussin dan Pn. Siti Supikah bt. Mohd Nor sebagai AJK. Encik MohdNor b. Hj. Ibrahim menyokong cadangan tersebut.7.18 Pn. Noor Aziah bt. Ahmad mencadangkan Pn. Thilagawathy a/p Pandiyan. Pn. SaralaDevi menyokong.7.19 Pn. Rohaya bt. Hussin mencadangkan Pn. Khalizah bt. Khalid. Pn. Lili Marianimenyokong.7.20 Encik Zamri mencadangkan En. Sidek b. Liwan dan Encik Palany. En. Palany menolak. En.Mansur menyokong.7.21 En Mansur mencadangkan En.Zaini b. Talib. En. Ponnusamy menyokong.7.22 Pn. Siti Supikah mencadangkan Encik Jeffri b. Mohamad. Tn Hj Ahmad Fuad menyokong.7.23 Pn. Mok Hei Lam mencadangkan En. Ti Thong Siew . Tn. Hj. Ahmad Fuad menyokong.7.24 Pengetua memaklumkan walaupun En. Ti Thong Siew tidak hadir mesyuarat Encik TiThong Siew boleh dilantik secara automatik ( tidak perlu undian ) sebagai mewakilikaum Cina. Beliau sudah pun bersetuju dilantik melalui panggilan telefon.7.25 Tn. Hj. Ahmad Fuad mencadangkan En. Ramesh a/l Ramalingam sebagai Pemeriksa Kira-kira.7.26 Pn. Mariani mencadangkan En. Bakhtiar. Pn. Norsiah menyokong.7.27 Pn. Habsah mencadangkan cadangan ditutup. En. Musa menyokong.7.28 En. Ramesh mendapat 96 undian, manakala En Bakhtiar mendapat 76 undian.7.29 AJK PIBG sesi 2013/2014 adalah seperti berikut :Penasihat : Tn Hj. Najib b. AyobYDP : En. Mohd Fauzi b. AriffinNaib YDP : En. Mohd Adam b. MudaSetiausaha : En. Zamri b. MarhamBendahari : Pn. Tamyizah bt. RemanAJK Ibu bapa : 1. En. Ti Thong Siew2. Pn. Mariani bt. Hussin3. Pn. Siti Supikah bt. Mohd Nor4. Pn. Khalizah bt. Khalid5. Pn. Thilagawathy a/p Pandiyan6. Encik Jeffri b. Mohamad7. Encik Mansur b. BaharomAJK Guru : 8. En. Azman b. Sahlan9. Pn. Norlatifah bt. Mohamed@Ibrahim10. Pn. Salwani bt. Mohamed Nor11. Pn. Norhaizan bt. ZakariaPemeriksa Kira-kira :1. Encik Ramesh a/l Ramalingam ( ibu bapa )2. Pn. Rohani bt. Abdul Rahman ( Guru )8.0 Membahaskan Usul-usul8.1 Usul mengadakan Program Dermathon untuk membina padang serbaguna ( Gelanggang) berharga RM80,000.00. Encik Musa Mohamad Shari, PK Kokurikulum mencadangkanprogram dermathon diadakan untuk membina padang serbaguna untuk latihan kawad
  4. 4. 4kaki, permainan bola tampar, hoki, aktiviti PJK dan lain-lain aktiviti membabitkanpelajar.Pn. Aminah Mahmud menyokong usul ini. Usul ini diterima sebulat suara.8.2 Pn. Noraida bt. Abu Shahim mencadangkan agar pintu pagar B dibuka bagimemudahkan dan memendekkan waktu perjalanan pulang pelajar ke sekolah.Ulasan pengetua bahawa pintu pagar A dan B dibuka pada waktu pagi. Pintu A ditutupselepas jam 7.30 pagi untuk membolehkan pihak sekolah mengambil rekod pelajar yanglewat di pintu B. Pada waktu tengah hari pula, pintu B ditutup untuk pelajar sesi pagitetapi hanya boleh digunakan oleh pelajar sesi petang. Semua pelajar sesi pagi keluarmelalui pintu A sahaja untuk mengelak pertembungan pelajar sesi pagi dan pelajar sesipetang atas faktor keselamatan.8.3 Encik Zaini b. Talib mencadangkan agar pihak sekolah dapat mengadakan lawatansambil belajar untuk pelajar ke IPTA. Pihak sekolah juga diharapkan dapat mengadakanprogram motivasi dengan lebih kerap.Tuan Pengetua memberitahu ahli mesyuarat bahawa dengan bantuan Unit Bimbingandan Kaunseling , beberapa siri lawatan ke IPTA telah dijalankan pada tahun lepas.Lawatan ke IPTA juga akan dijalankan pada tahun ini. Pengetua juga memberitahubahawa program motivasi kerap dijalankan untuk perkembangan pelajar oleh UnitBimbingan dan Kaunseling , Unit Kukikulum juga Unit Kokurikulum sekolah.8.4 Encik Mansor b. Baharom mencadangkan agar pemantauan perlu dijalankan untukpenghisap rokok tegar di kawasan belakang dewan atau di belakang tandas. Pengetuamenegaskan bahawa guru-guru disiplin dan guru bertugas, juga pengawas bertugasditempatkan di kawasan tersebut untuk mengelakkan pelajar merokok di kedua-duakawasan tersebut. Juga menegaskan bahawa seluruh kawasan sekolah adalah kawasanlarangan merokok. Walau bagaimanapun, tuan pengetua mengucapkan terima kasihatas ingatan ibu bapa berhubung perkara ini.9.0 Hal-hal lain9.1 Tuan Pengetua mengingatkan ibu bapa supaya memastikan kehadiran anak-anak kesekolah pada setiap hari kerana SPBS dilaksanakan sepanjang tahun. Bagi pelajar PAV,kehadiran mestilah 95% setahun untuk membolehkan mereka menduduki peperiksaandan seterusnya mendapat sijil.9.2 Tuan Pengetua juga mengingatkan bahawa sumbangan PIBG sebanyak RM35 bagisebuah keluarga masih terpakai sehingga 2013. Bayaran majalah pula RM12 bagi setiapkeluarga.9.3 Pn. Annora mencadangkan :9.3.1 pihak sekolah bekerjasama dengan pihak polis dan bekas pesalah untukmembanteras gejala sosial dalam kalangan pelajar seperti memberi ceramahkesedaran kepada pelajar.9.3.2 Pihak sekolah juga memberi kelas tambahan kepada murid yang lemah untukmenghadapi PMR.9.3.3 Peluang menyertai lawatan ke IPTA diberikan kepada semua pelajar bukankepada pelajar yang pandai sahaja.
  5. 5. 59.3.4 Mengingatkan guru-guru yang terlibat secara langsung dengan politik agar tidakmengabaikan pengajaran dalam kelas.9.4 Pn. Aminah bt. Mahmud bertanyakan majalah sekolah yang belum diterima oleh pelajarsehingga masa kini, juga berkaitan guru yang tidak masuk ke kelas.9.5 Pn. Suziliana bt. Zainal Abidin bertanyakan berkenaan pelajar yang memiliki lesenmemandu tetapi tidak dibenarkan meletak kenderaan/motorsikal dalam kawasansekolah.9.6 Encik Zamri bertanyakan laluan zebra yang telah diusulkan pada mesyuarat agung PIBGyang lepas tetapi tidak diambil tindakan.9.7 Encik Bakhtiar b. Mohd Nor mencadangkan selain lawatan ke IPTA, pelajar dibawamelawat ke penjara kerana akan lebih menginsafkan pelajar. Juga beliau mencadangkanagar sekolah mengadakan kelas tambahan Bahasa Arab bagi pelajar tingkatan 4 yangingin mengambil mata pelajaran Bahasa Arab dalam SPM.9.8 Pn. Hamidah bt. Harun bertanyakan kelas tambahan untuk pelajar kelas KRK.9.9 Ulasan Tuan Pengetua :9.9.1 Lawatan ke IPTA dikendalikan oleh UBK dan Kelab dan Persatuan ,semua pelajarditawarkan mengikut keinginan dan kemampuan kewangan pelajar.9.9.2 Pihak sekolah mendapat kerjasama daripada polis , polis akan memantaudengan membuat rondaan pada setiap pagi dan waktu-waktu tertentu.Kerjasama dengan Jabatan Penjara akan dibincangkan kemudian.9.9.3 Kelas Tambahan PMR dan SPM sedang dirancang dan akan bermula padahujung bulan Februari dan semasa cuti persekolahan ( Program Menuju Puncak)9.9.4 Memaklumkan bahawa sekolah kekurangan 2 orang guru dan ketidakhadiranguru ke sekolah kerana cuti sakit atau aktiviti luar seperti kursus dan membawapelajar keluar . Masalah ini akan diatasi dengan menggunakan jadual guru gantidan jadual waktu baru.9.9.5 Pihak sekolah masih tidak membenarkan pelajar yang mempunyai lesenmemandu meletak kenderaan/motorsikal dalam kawasan sekolah kerana akanmenimbulkan masalah. Pengetua juga telah memohon senarai nama pelajaryang mempunyai lesen dan cukai jalan, sekiranya lengkap 30 orang, pihaksekolah akan meneliti semula permohonan tersebut. Tetapi sehingga kini tiadasenarai diserahkan kepada pihak sekolah.9.9.6 Kebanyakan pelajar yang cemerlang dalam mata pelajaran Bahasa Arab PMRsudah berpindah sekolah, pihak sekolah kekurangan pelajar untuk membukakelas Bahasa Arab untuk SPM.9.9.7 Menegaskan bahawa tiada guru yang terlibat secara aktif dalam politik danguru-guru tidak mencampur-adukkan politik dengan pembelajaran dalam kelas.Para pentadbir sentiasa mengingatkan guru agar member keutamaan kepadaPengajaran dan Pembelajaran.9.9.8 Majalah dalam proses akhir untuk diagihkan. Kelewatan adalah keranakelewatan mesyuarat hendak memulakan penerbitan majalah pada tahun lalu.Pengetua juga memaklumkan tempahan kurang daripada 1000 naskhahmenyebabkan kosnya meningkat.9.10 Ulasan YDP :9.10.1 Guru-guru banyak terlibat dengan aktiviti luar untuk pertandingan-pertandingandi luar seperti aktiviti koakademik, jadual guru ganti dibuat pada setiap hariuntuk mengganti guru yang keluar.
  6. 6. 69.10.2 Kelas-kelas bimbingan diberi sama rata kepada semua pelajar. Ibu bapa dimintamemahami.9.10.3 Laman web sekolah akan dikemaskini sentiasa. Ibu bapa diminta menyemakinfo-info terkini dalam laman web berkenaan.9.10.4 Borang kumpulan sokongan Ibu bapa hendaklah dikembalikan semula.9.10.5 Laluan zebra , surat telah dihantar kepada JKR, memandangkan kedudukansekolah yang berdekatan dengan lampu isyarat, permohonan belum diluluskan.10.0 Ucapan Penangguhan10.1 Pengerusi mengharapkan jalinan baik antara guru-guru dan ibu bapa terus terjalin danmerayu ibu bapa terus memberikan komitmen dan kerjasama dalam program-programyang dijalankan. Kemaafan juga dipohon sekiranya berlaku kesalahan sepanjangmempengerusikan mesyuarat ini.10.2 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 12.20 tengah hari.Dicatat oleh :1. Pn. Noraziyan bt. Yatim2. Pn. Hjh. Ummini bt. Dalimun3. Pn. Norafizah bt. Mohammad Som4. Pn. Nurulhuda Hayati bt. Ahmad TulaniDisediakan oleh : Disahkan oleh :…………………………………… …………………………………………(ZAMRI BIN MARHAM ) ( MOHD FAUZI BIN ARIFFIN )Setiausaha PIBG YDP PIBGSMK Tengku Idris Shah SMK Tengku Idris Shah

×