MEMORI SEORANG TUA
SInopsis
Pak Itam digambarkan oleh penulis sebagai seorang pejuang yang cekal. Beliau keluar ...
Memori seorang tua
Memori seorang tua
Memori seorang tua
Memori seorang tua
Memori seorang tua
Upcoming SlideShare
Loading in …5

Memori seorang tua

4,361 views

Published on

0 Comments
3 Likes
Statistics
Notes
• Be the first to comment

No Downloads
Views
Total views
4,361
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
6
Actions
Shares
0
Downloads
53
Comments
0
Likes
3
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Memori seorang tua

1. 1. MEMORI SEORANG TUA
SInopsis
Pak Itam digambarkan oleh penulis sebagai seorang pejuang yang cekal. Beliau keluar masuk penjara kerana penentangannya terhadap Inggeris.Pak itam merupakan anak melayu pertama yang menjadi majistret di Negara ini. Beliau menolak jawatan tersebut kerana cintanya yang mendalam terhadap bangsa dan negara.
Pak itam berhasrat untuk mengadakan sambutan hari jadinya yang ke-85. Itulah sambutan hari jadi yang pertama sejak beliau dilahirkan ke dunia. Beliau bercadang untuk menjemput wartawan media masa, mahasiswa universiti, serta para penduduk Langat ke majlis berkenaan supaya mereka dapat bersama-samanya meraikan hari tersebut. Beliau ingin berkongsi cerita tentang kisah perjuangannya.
Ketika Pak Itam membaca majalah Mastika lama, terpapar kisah isterinya, Siti Nurhidayah yang menuntut fasakh ketika beliau ditahan di penjara Singapura. Itulah kali terakhir beliau menatap wajah dua orang anaknya, Izwan dan nuryani Iman. Tuk Mat yang banyak membantu Pak Itam datang untuk memberitahu bahawa segala persiapan untuk majlis itu sudah siap termasuklah urusan mangundang tetamu.Bersama-sama dengan beberapa orang pemuda kampung, iaitu Isa, Latif, dan jail, mereka bekerja sama bagi menjayakan majlis tersebut.
Atur cara majlis ialah persembahan kebudayaan daripada jemputan khas serta pameran hasil pena Pak Itam seperti akhbar, majalah, buku-buku,dan koleksi gambar Pak Itam. Para tetamu akan dijamu juga dengan buah-buahan dan pelbagai jenis makanan. Pada hari itu, tetamu turut dihiburkan dengan persembahan nyanyian dan deklamasi puisi. Apabila ditanya tentang Sidah anak angkatnya,Pak Itam memberitahu,Sidah tidak perlu dijemput kerana dia kini berada di London bersama-sama dengan suaminya yang melanjutkan pelajaran. Dalam kesibukan itu, Pak Itam teringat akan isteri dan kedua-dua orang anaknya.
Pada hari yang ditetapkan, Pak Itam lengkap berbaju Melayu menyambut tetamu. Tetamu menikmati makanan dan persembahan kebudayan.Orang kampung memenuhi tempat berlangsungnya majlis tersebut,namun Pak Itam kecewa kerana tetamu dari jauh masih belum sampai. Tambah mengecewakan Pak Itam kerana wartawan akhbar dan televisyen tidak muncul. Pak Itam merasakan orang cepat lupa akan pengorbanannya.
Apabila tiba waktu Zuhur,Pak itam masuk ke rumah. Beliau menunaikan solat. Kiah yang cemas cuba memberitahukan perkara yang berlaku kepada Pak Itam. Apabila Tuk Mat mendekati Pak Itam yang terbaring di atas sejadah,beliau sudah meninggal dunia.Tetamu yang hadir membaca surah Yasin untuk jenazah Pak Itam. Pada ketika itu, seorang perempuan tua datang lalu mendekati jenazah Pak Itam. Dia memegang kaki Pak Itam sebelum meletakkan sejambak ros. Dengan linangan air mata, perempuan tua itu beredar. Tatkala orang ramai tercengang memikirkan identiti perempuan tua itu, Tuk Mat sambil menyapu air matanya menganggap hajat Pak Itam sudah tercapai.
Tema
Hilangnya seorang nasionalis Melayu yang telah banyak berjasa kepada Negara dan banga
Persoalan
Perjuangan nasionalis Melayu menentang penjajah Inggeris
Cabaran-cabaran yang dilalui pada zaman pramerdeka dalam usaha mengusir penjajah dan menyemarakkan semangat kebangsaan dalam diri orang Melayu
Kecintaan terhadap bangsa dan tanah air
Sikap generasi sekarang yang sukar dibentuk atau diubah ke arah yang lebih positif
Kekecewaan pada saat-saat akhir kehidupan seorang nasionalis Melayu
Watak dan Perwatakan
Pak Itam
Pejuang nasionalis Melayu yang menentang penjajah British
Sanggup melepaskan jawatan penting dalam kerajaan semata-mata ingin berjuang melalui hasil penulisannya untuk memerdekakan negara
Sudah beberapa kali dipenjarakan
Hidupnya sebatang kara selepas bercerai dengan isterinya
Mengisi kesepian dengan beribadat hinggalah ke akhir hayat
Latar
Latar Tempat
Di kampung Langat, di rumah Pak Itam dan persekitarannya
Latar Masa
Masa kini tetapi terdapat imbasan kembali menyusuri liku-liku perjuangan Pak Itam.
Zaman sebelum merdeka
Zaman selepas merdeka
Latar masyarakat
Masyarakat melayu pramerdeka
Masyarakat Melayu selepas merdeka
Masyarakat Melayu yang memperjuangkan nasionalisme Melayu
Gaya Bahasa
Bahasa Inggeris. Contohnya :
Handsome
Cecil street
Personafikasi. Contohnya :
Pungguk di belakang rumah terus merintih, merindu bulan yang tinggi.
Angin di luar membedal daun pintu yang sudah ditutupinya
Matahari kian jelas menebar sinarnya
Metafora. Contohnya :
Hari terlepasnya ranjau Orang Putih yang merantai kunci dan tangan Orang Melayu
Simile. Contohnya :
Suara serak-serak basah Zubir bersama petikan gitarnya seperti sembilu yang menghiris hati
Sinkope. Contohnya :
Tak
Nak
Kau
Tuk
Plot
Disusun secara tidak kronologi
Pada peringkat permulaan cerita, pembaca diperkenalkan dengan watak Pak Itam, iaitu pejuang nasionalis yang menentang penjajah Inggeris. Sebagai akibatnya, dia telah dipenjara beberapa kali serta terpisah daripada isteri dan sua anaknya.
Pada bahagian perkembangan cerita, digambarkan kehidupan Pak Itam di sebuah kampung. Pak Itam hidup sebatang kara selepas bercerai dengan isterinya. Pak Itam mempunyai jiran yang sangat baik hati, iaitu Tuk Mat dan keluarganya yang mengambil berat tentang kebajikan Pak Itam.
Klimkas cerita ini adalah apabila Pak Itam dengan bantuan Tuk Mat dan penduduk kampong ingin mengadakan sambutan hari jadinya ke-85 tahun. Pelbagai atur cara dan persiapan telah dilakukan oleh mereka.
Peleraian cerita adalah Pak Itam kecewa kerana pada hari berkenaan tidak banyak jemputan yang hadir. Pak Itam kemudiannya meninggal dunia.
Pengarang Berjaya mengolah cerpen itu secara itu berkesan dengan menggunakan teknik dialog, monolog, saspens, dan kejutan. Sebuah lagu puisi diselitkan bagi meninggalkan kesan sayu di hati pembaca.
Sudut pandangan
Pengarang menggunakan sudut pandangan orang kedua
Pengarang berada di luar lingkungan cerita
Nilai
Cekal
Berani
Kasih saying
Tolong-menolong
Simpati
Pengajaran
Kita perlu berani memperjuangkan hak kita walaupun terpaksa menghadapi risiko besar
Kita hendaklah menyanjung tinggi pengorbanan nasionalis Melayu
Kita hendaklah sentiasa membantu pejuang kemerdekaan negara
Perjuangan melalui mata pena kadangkala lenih tajam daripada mata pedang
Perjuangan yang murni adalah perjuangan yang tidak mementingkan diri.