Successfully reported this slideshow.
We use your LinkedIn profile and activity data to personalize ads and to show you more relevant ads. You can change your ad preferences anytime.

Laporan kemahiran dalam pergerakan asas kplism jan 2012

4,652 views

Published on

Published in: Education
  • Be the first to comment

  • Be the first to like this

Laporan kemahiran dalam pergerakan asas kplism jan 2012

  1. 1. INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM JOHOR BAHRU Tugasan Pendidikan Jasmani KEMAHIRAN DALAM PERGERAKAN ASASNAMA : KHAIRUL AIMAN BIN MOHD. ARIFFINNO. KAD PENGENALAN : 880104-26-5221NO. MATRIK : 2012121050008NAMA : MOHD AIMAN BIN MOHD ADLINO. KAD PENGENALAN : 881109-03-5091NO. MATRIK : 2012121050009OPSYEN : KPLI SM (FIZIK) AMBILAN JANUARI 2012NAMA PENSYARAH : EN. ADIB BIN SULAIMANTARIKH SERAHAN : 14 NOVEMBER 2012
  2. 2. KEMAHIRAN DALAM PERGERAKAN ASASJABATAN PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM JOHOR BARU
  3. 3. SENARAI ISI KANDUNGAN1.0 Pengenalan2.0 Pergerakan Lokomotor 2.1 Definisi 2.2 Konsep Pergerakan Lokomotor 2.3 Contoh-Contoh Pergerakan Lokomotor3.0 Pergerakan Bukan Lokomotor 3.1 Definisi 3.2 Konsep Pergerakan 3.3 Contoh-Contoh Pergerakan Bukan Lokomotor4.0 Memanipulasi Peralatan 4.1 Konsep 4.2 Kemahiran 4.3 Bentuk Pergerakan Manipulasi Alat5.0 Kesimpulan6.0 Refleksi7.0 Bibliografi
  4. 4. 1.0 PENGENALAN Menurut tokoh dalam bidang pendidikan jasmani seperti LeBlanc, B. DanLowy, S. (1994) serta Burton (1977), pergerakan asas merupakan proses yangmemandu pelajar untuk memperolehi kecekapan pergerakan menerusi teknik-teknikmenyelesaikan masalah dan improvisasi dengan menekankan kebebasan ekspresiyang berteraskan kegiatan-kegiatan penerokaan, penemuan dan kreativiti. Manakalapendidikan pergerakan ditakrifkan sebagai belajar untuk bergerak dan bergerakuntuk belajar dan ia melibatkan gabungan psikomotor, kognitif dan afektif iaituhubung kait motor penglihatan, motor-pendengaran, motor kinestatik dan motor-taktile. Namun, pergerakan asas dibahagikan kepada dua kategori, iaitu pergerakankreatif dan gimnastik. Kedua-duanya memberi penekanan kepada aspek-aspekritma asas, ritma kreatif, lagu pergerakan permainan dan kemahiran gimnastik.Pergerakan asas juga meliputi pergerakan lokomotor, iaitu kebolehan bergerakmenggunakan otot-otot kasar seperti mlompat, berjalan, berlari dan sebagainya.Sebaliknya pergerakan bukan lokomotor pula merujuk kepada kebolehanmenggunakan otot-otot kecil seperti mencucuk manik, mengangkat tangan,menghayun tangan dan sebagainya. Manipulasi alatan pula dikaitkan dengan koordinasi tubuh badan denganalatan. Kesemua jenis pergerakan ini boleh dilakukan secara individu atau dalamkumpulan. Namun, pergerakan yang dihasilkan oleh pelaku adalah untuk mengujikeupayaan mereka untuk mengawal pergerakan badan selari dengan kuasa gravitidalam suasana yang dipilih.2.0 PERGERAKAN LOKOMOTOR2.1 DEFINISI Pergerakan lokomotor ialah pergerakan yang dilakukan oleh kanak-kanakyang menyebabkan dia berubah kedudukan atau kekal di tempat tersebut sepertiberjalan, berlari, melompat dan sebagainya (Domelly & Gallahue, 2003). Selain itu,
  5. 5. pergerakan lokomotor juga memerlukan penyokong atau titik pusat berubahmengikut pergerakan tertentu. Titik pusat bermaksud kedudukan kaki yang tetapsama ada berubah atau bergerak. Contohnya ialah, ketika aktiviti berlari dijalankan,kedudukan kaki kita berubah dan bergerak dari tempat asal kerana kita berlari kearah depan atau belakang. Pendidikan pergerakan lokomotor menyokong perilakupergerakan yang dirancang. Ini bermaksud, sesuatu pergerakan dilakukan keranakita mempunyai matlamat tertentu mengapa ianya dilaksanakan. Contohnya,seorang kanak-kanak melakukan aktiviti larian setiap hari kerana kanak-kanaktersebut memasang angan-angan bahawa dia mahu menjadi atlet sukan terkenalpada masa hadapan. Aktiviti berlari juga membolehkan kita melarikan diri darikeadaan berbahaya seperti di kejar anjing, penjahat, dan sebagainya. Selain itujuga, aktiviti berjalan juga mempunyai matlamatnya sendiri dan membolehkan kitapergi ke satu tempat ke satu tempat yang lain.2.2 KONSEP PERGERAKAN LOKOMOTOR Pergerakan lokomotor berkaitan dengan gerakan atau aliran. Aliranmerupakan beberapa pergerakan dirangka dengan berturutan, berterusan dan licin.Jika pergerakan lokomotor digunakan dalam persembahan kita akan dapat melihatarah gerakan dalam persembahan itu dan boleh menambahkan lagi daya tarikanpersembahan tersebut. Terdapat pelbagai cara pergerakan badan dalam gerakanlokomotor yang melibatkan beberapa aspek. Yang pertama adalah aspek arahtinggi, sederhana dan rendah. Contohnya, dalam aktiviti lompatan, kanak-kanakboleh melakukan lompatan yang bermula dari arah rendah, kemudian sederhana,dan seterusnya tinggi. Sebelum kanak-kanak dapat melompat dengan lebih tinggi,mereka perlu melompat dari arah rendah dahulu. Yang kedua aspek aliran sepertiawangan, lurus, berliku-liku, dan zig-zag. Antara contoh gerakan yang bolehdilakukan kanak-kanak ialah berjalan lurus lalu melompat ke atas (awangan),kemudian berjalan berliku-liku, dan berjalan mengikut arah zig-zag. Yang ketigaaspek beban seperti halus-ringan dan berat-kuat. Pergerakan halus-ringanbermaksud pergerakan halus yang memerlukan tenaga yang ringan atau sedikitseperti berjalan secara perlahan dan pergerakan berat-kuat bermaksud pergerakanberat seperti berlari, melompat dan sebagainya yang memerlukan tenaga yang lebih
  6. 6. dan kuat. Aspek yang terakhir adalah masa seperti cepat dan lambat. Masabergantung kepada jenis aktiviti yang dilakukan. Jika kanak-kanak berlari, makamasa menjadi lebih cepat manakala jika kanak-kanak berjalan perlahan, maka masayang diambil menjadi lambat.2.3 CONTOH-CONTOH PERGERAKAN LOKOMOTORTerdapat pelbagai contoh yang melibatkan pergerakan lokomotor antaranya ialah:1. BerjalanBerjalan ialah kemahiran yang paling asas di mana kita banyak melakukannyadalam kehidupan kita sehari-hari. Ramai kanak-kanak mempunyai tabiat berjalanyang salah. Hal ini biasanya memenatkan beberapa bahagian anggota badan yanglain. Selain kaki ianya juga menyebabkan penggunaan tenaga berlebihan yangsepatutnya boleh dikurangkan. Kedudukan imbangan yang betul semasa berjalandan mekanisme yang sesuai boleh membuat seseorang itu berjalan dengan gayayang betul. Gaya berjalan yang biasa merupakan pergerakan merentasi ruangdengan memindah-mindahkan berat badan dari satu kaki ke kaki yang lain. Kanak-kanak biasanya mula berjalan sejak berusia 11 bulan. Aktiviti berjalan ini bermulasejak kanak-kanak sudah pandai berdiri bersendirian tanpa bantuan. Pada tahap inikanak-kanak perlu dibimbing oleh orang dewasa supaya kanak-kanak dapatmenguasai aktiviti ini. Selepas itu kanak-kanak boleh berjalan dengan betul bermulaumur 1 tahun.Antara teknik berjalan yang betul ialah hujung kaki hendaklah menghala lurus kehadapan dengan sisi bahagian dalam kedua-dua belah kaki seolah-olah mengikutsatu garis lurus. Tangan menghayun bebas berselang-seli mengikut arah yangbertentangan dengan arah kaki melangkah. Mengikut perlakuan seumpama ini dapatmemberi imbangan badan dan dapat pula membawa bahagian badan bergerak kehadapan. Pada ketikanya apabila kedua-dua tapak kaki menyentuh tanah, dan padamasa inilah satu tapak berpijak pada yang baru terhasil dan boleh menahan anggotabadan daripada rebah. Kedua-dua badan hendaklah sentiasa tegak dan dalam
  7. 7. keadaan yang selesa. Selepas itu, kanak-kanak akan berjalan dengan ibu jari kakimenghala bengkok ke arah luar dan dalam. Kaki terbuka lebar semasa berjalan.Tapak kaki terlalu rapat semasa berjalan menghayun berlebih-lebihan. Kepalacondong ke hadapan.2. BerlariSelepas tahap berjalan ia adalah lumrah bagi kanak-kanak untuk bergerak secaralaju dan mereka sukakan aktiviti berlari. Kanak-kanak mempunyai tenaga yangbanyak dan mereka menyalurkan tenaga tersebut dengan berlari dan melakukanaktiviti yang lasak. Pada usia 3 hingga 5 tahun, kanak-kanak sudah boleh berlaridengan lancar dan laju tanpa jatuh kerana otot-otot sudah berkembang dengan baik.Pada usia 5 hingga 6 tahun, kanak-kanak sudah boleh berlari sambil menendangbola. Selain itu, pada tahap ini kanak-kanak gemar berlumba lari dengan kanak-kanak yang lain. Ketika berlari, pergerakan buku lali dan lutut menjadi lebih kerapsupaya lebih banyak pergerakan meninggi dapat dicapai ketika berlari. Haruslahdiingatkan bahawa ketika berlari, kanak-kanak perlu menggunakan hujung jari kakidan jangan menggunakan telapak kaki penuh. Semasa berlari lutut diangkat kehadapan dan kemudian kaki dihulur untuk mencecah tempat berpijak. Kaki belakangdibengkokkan serta terangkat dari tanah setelah mengambil kekuatan atau lanjutanuntuk bergerak maju. Panjangkan langkah kaki, percepatkan langkah, dan yangpaling penting kanak-kanak perlu diajar untuk mengawal pernafasan dengan baik.3. MelompatLompatan selalunya digunakan dalam pelbagai bidang sukan, rekreasi, dankehidupan seharian. Lompatan bermula sejak dari kanak-kanak lagi dan melibatkananggota badan untuk menyokong pergerakan ini. Justeru itu, lompatan ialahpergerakan yang mengangkat badan ke udara daripada tempat berpijak dengantolakan atau lonjakan sebelah atau kedua-dua belah kaki. Badan berada di udarabuat seketika, kemudian turun semula di atas sebelah atau kedua-dua kaki. Tujuanlompatan mungkin untuk menguasai jarak hadapan atau ketinggian lompatan. Selainitu, lompatan juga melibatkan ruang dan jarak yang luas apabila dapat melakukanlompatan dengan selesa. Pada umur 3 tahun lompatan kanak-kanak sudah mulamenjadi sempurna. Selalunya kanak-kanak melompat dengan bantuan papan
  8. 8. spring. Ini boleh dijadikan peneguhan positif bagi kanak-kanak untuk terusmelompat. Kanak-kanak juga boleh diajar melakukan pelbagai lompatan haiwanseperti lompat seperti katak, kangaroo, arnab, dan sebagainya. Ini juga akanmenyeronokkan kanak-kanak di samping dapat mempelajari cara lompatan bagihaiwan-haiwan tersebut.4. SkipSkip adalah gabungan berjalan dan melompat dengan satu kaki. Ianya biasadilakukan di taman-taman permainan dan aktiviti ini mula dikuasai pada usia pra-sekolah. Antara langkah-langkah skip ialah langkah dengan sebelah kaki, kemudianketingting dengan kaki yang sama, dan tukar ulang pergerakan dengan kaki yangsebelah lagi. Pergerakan ini boleh dilakukan dengan arah yang bebas, tetapipolanya hendaklah serupa, iaitu bertukar-tukar kaki sambil mengimbangkan beratbadan pada setiap pertukaran langkah.5. Galop (berlari seperti kuda)Galop merupakan satu pergerakan lokomotor yang agak sukar bagi kanak-kanakkerana ianya merupakan satu pergerakan berlari yang disertai dengan melompatdari satu tempat ke tempat yang lain. Akan tetapi, aktiviti ini boleh dikuasai olehkanak-kanak pada usia pra-sekolah. Galop ini menyerupai cara berlari sepertiseekor kuda. Selain itu, ianya merupakan antara variasi pergerakan berlari danianya adalah satu cara yang paling kreatif untuk aktiviti fizikal. Antara langkah-langkah untuk melakukan aktiviti ini adalah satu kaki bergerak ke hadapan dan kakitersebut mengimbangi badan. Kaki belakang pula digerakkan ke hadapan dan kebelakang dan seterusnya tumit kaki bergerak ke hadapan. Dengan pergerakan yangpantas, kedua-dua kaki diangkat ke hadapan dan berat badan diletakkan pada kakibelakang. Menolak dan mendarat bebola kaki ke belakang dan ke hadapan. Lututdan pergelangan kaki sentiasa dibengkokkan semasa pergerakan dilakukan.
  9. 9. 6. Hop (melompat dengan sebelah kaki)Hop merupakan satu lompatan ke hadapan yang menggunakan sebelah kaki sahajadan mendarat dengan kaki yang sama. Ini dapat dilihat menerusi permainan kanak-kanak yang paling popular iaitu teng-teng. Menurut Gabbard (1992), hopmerangkumi urutan yang tersendiri. Sebelum kanak-kanak mahir melakukan hop,mereka perlu dapat mengimbangi sebelah kaki sahaja apabila berdiri. Ini bermakna,kanak-kanak perlu berdiri menggunakan sebelah kaki sahaja. Apabila kanak-kanakberjaya mengimbangkan badan mereka, mereka dapat melakukan hop tanpabantuan. Antara cara-cara pergerakan hop ialah mata melihat ke hadapan, berdiridengan betul dan kedua-dua belah tangan untuk mengimbangi badan. Angkatsebelah kaki dan lutut kaki tersebut dibengkokkan ke belakang. Selepas itu, lompatdengan kaki tersebut dan bergerak ke hadapan. Antara bentuk-bentuk pergerakanhop yang boleh dilakukan oleh kanak-kanak ialah bentuk lurus, melengkung, danzigzag. Dengan itu kanak-kanak akan berasa seronok melakukannya. Contohpermainan popular di kalangan kanak-kanak yang menggunakan hop ialahpermainan ‘ting-ting’.7. Slide (berjalan di arah tepi)Slide ialah merupakan satu teknik melangkah ke hadapan tetapi ianyamenggunakan arah tepi. Ianya dapat melatih kanak-kanak mengetahui konsep kiridan kanan. Selain berjalan lurus dengan badan ditegakkan ke hadapan, kanak-kanak boleh berjalan dengan arah tepi. Badan dibengkokkan sama ada mengikutbahu kanan atau kiri dan seterusnya berjalan kehadapan. Ia juga dapat melatihkeseimbangan badan dan mengembangkan koordinasi mata dan kaki. Ibu bapaboleh menggalakkan kanak-kanak ini melakukan pergerakan slide tidak kira di manajua keadaan. Justeru itu, kanak-kanak dapat memperkembangkan motor kasarmereka.8. Leap (berlari sambil melonjak)Leap merupakan pergerakan yang hampir serupa dengan berlari. Cuma ketikaberlari, pergerakan buku lali dan lutut menjadi lebih kerap supaya lebih banyakpergerakan meninggi dapat dicapai. Sebelum melakukan leap, kanak-kanak perlu
  10. 10. mahir berlari dahulu kerana ianya amat sukar untuk dilakukan. Semasa berlari, lututdiangkat ke hadapan dan kemudian kaki dihulur untuk memecah tempat berpijak.Kaki belakang bengkok serta terangkat dari tanah setelah mengambil kekuatan ataulanjutan untuk bergerak maju. Lonjakan adalah daripada satu kaki dan pendaratanadalah di atas satu kaki yang sama. Kebiasaannya lonjakan didahului dengan satuatau beberapa langkah larian supaya mendapat lonjakan yang sempurna.3.0 PERGERAKAN BUKAN LOKOMOTOR3.1 DEFINISI Pergerakan bukan lokomotor adalah keupayaan untuk mengerakkan tubuhbadan tanpa beralih tempat. Kemahiran yang dilakukan tanpa menggerakkan dasarsokongan atau tidak melibatkan perubahan penyokong atau titik pusat pelaku. Inibermaksud kanak-kanak berada dalam kedudukan yang sama dan tidak berubah ketempat lain contohnya aktiviti regangan badan, membaling bola ke arah rakan dansebagainya. Pergerakan bukan lokomotor adalah penting dalam pendidikan jasmaniseperti permainan, seni tari dan gimnastik. Sebagai contoh dalam sukan gimnastikkanak-kanak terlebih dahulu akan melakukan regangan otot sebelum beraksi.3.2 KONSEP PERGERAKANPergerakan dalam keadaan statik dan memberi penekanan kepada keseimbanganmembantu kita menjaga dan menjadikan bentuk badan yang menarik dan badanseharusnya berada dalam keadaan yang fleksibel dan seimbang. Gerakan dibuatdalam keadaan yang tenang dan kurang tekanan. Ini kerana dalam konseppergerakan bukan lokomotor, tenaga tidak diperlukan dengan banyak dan lebihkepada pergerakan halus-ringan.
  11. 11. 3.3 CONTOH-CONTOH PERGERAKAN BUKAN LOKOMOTOR1. TwistGerakkan pinggang ke kiri dan ke kanan dan berdiri secara statik. Guru perlumenjadi lebih kreatif untuk menarik minat kanak-kanak untuk melakukan twistdengan memainkan muzik yang rancak. Ini akan membuatkan kanak-kanak menjadilebih seronok. Selain itu, kanak-kanak juga boleh melakukan twist denganmenggunakan gelung rotan. Cara-cara ialah gelung rotan dimasukkan dandiletakkan pada aras pinggang dan kanak-kanak mula melakukan twist dengangelung rotan. Aktiviti ini boleh dilakukan mengikut arah dan lawan jam. Fungsigelung rotan itu adalah untuk menahan ketahanan badan untuk mengawalkeseimbangan gelung rotan daripada terjatuh. Guru juga boleh mengadakan satupertandingan melakukan twist di kalangan kanak-kanak. Faedah dari aktiviti iniadalah kanak-kanak dapat menguatkan otot-otot pinggang.2. Imbangan YIni pula merupakan satu aktiviti gerakan bukan lokomotor yang kreatif. Kanak-kanakberdiri statik sambil kedua belah tangan diangkat ke atas dan membuat huruf Y.Selain itu, ia juga dapat mengajar kanak-kanak tentang huruf Y.3. Menarik tangan pasanganAktiviti fizikal juga boleh dilakukan secara berpasangan. Guru perlu membiarkankanak-kanak bersosial dengan rakan-rakan yang lain. Ini akan menambahkan lagikeseronokan kanak-kanak kerana kanak-kanak secara amnya mereka sukamelakukan aktiviti bersama rakan-rakan. Dalam aktiviti ini kanak-kanak perlubekerjasama dengan pasangan masing-masing. Kanak-kanak perlu memegangtangan pasangan dan mula menarik tangan pasangan secara serentak sambil berdiristatik. Selain itu kanak-kanak dapat belajar cara untuk bekerjasama dan bertolak-ansur dengan pasangan.
  12. 12. 4. Meregang dan mengendurAktiviti regangan selalunya dilakukan selepas kita bangun dari tidur dan mengendurpula dilakukan ketika kita berada dalam keadaan sejuk. Ada di kalangan kanak-kanak yang tidak tahu melakukan kedua-dua aktiviti ini. Guru dan ibu bapa perlumengajar kanak-kanak tentang pergerakan ini. Antara cara-caranya ialah kanak-kanak perlu berdiri statik pada peringkat permulaan. Selepas itu, secara perlahan-lahan badan diturunkan ke bawah lalu menjadi mengecil atau merapatkan badandalam keadaan mencangkung atau badan kanak-kanak menjadi k, kemudianmeregang seperti melompat bintang.5. Imbangan satu tapakTerdapat dua aktiviti yang boleh dilakukan, pertama ialah kanak-kanak dapatmelakukan aktiviti dengan berdiri tegak sambil bola diangkat ke atas kepala denganberdiri setempat. Kedua, tangan kanan kanak-kanak memegang bola dan tangan kirimencapai kaki kiri kemudian membuat imbangan satu tapak sokongan dilakukan.6. Memutar gelung di tanganKanak-kanak pada umur pra sekolah iaitu 4-6 tahun, mereka gemar menggerakkandan memusingkan kedua belah tangan mereka. Ini kerana bagi mereka ianyamembuatkan mereka terbang di awangan atau berenang sambil kedua belah tanganbergerak. Guru perlu menjadi kreatif dengan memberikan gelung sebagai contohuntuk kanak-kanak dengan meletakkannya di tangan mereka. Kanak-kanak dapatmelakukan aktiviti ini dengan memutarkan gelung dengan menggunakan sebelahtangan dalam keadaan berdiri statik. Selepas itu, letakkan gelung itu di tangan yangsatu lagi. Kanak-kanak juga boleh menggunakan 2 buah gelung dan diletakkan dikedua-dua belah tangan mereka sambil kaki berdiri statik. Aktiviti ini dapatmenguatkan otot-otot tangan.7. Melambung bolaSesungguhnya kanak-kanak tidak dapat dipisahkan dari bermain bola. Guru perlukreatif dalam mencari alatan-alatan yang boleh membantu perkembangan fizikalkanak-kanak seperti menggunakan bola. Guru dapat melakukan aktiviti ini dalam
  13. 13. dua cara. Pertama, melambung bola sesuka hati sama ada pada arah belakang,depan, kiri atau kanan dalam keadaan berdiri statik. Kedua, melempar bola ke arahpasangan secara bergilir-gilir. Dengan melakukannya sejak dari awal, ianya tidakmustahil bagi kanak-kanak untuk menjadi pemain bola jaring, bola tampar, bolabaling, dan sebagainya apabila mereka membesar kelak. Selain itu, kanak-kanakdapat memperkembangkan koordinasi mata tangan.8. MembongkokSelain berdiri lurus, guru boleh mengajar kanak-kanak tentang cara berdiri secarabongkok. Ini boleh menyeronokkan kanak-kanak kerana mereka gemar mencubasesuatu yang baru dan suka bereksperimen. Kanak-kanak melakukan aktivitidengan membongkokkan badan ke bawah menjadi 90 darjah dan secara perlahan-lahan menegakkan badan. Aktiviti ini juga boleh diaplikasikan dalam lakonanpermainan nenek-nenek si bongkok tiga. Selain itu, kanak-kanak dapatmeningkatkan daya ketahanan badan mereka dengan melakukan aksi bongkok.9. Memusing kepalaSelain menggunakan tangan dan kaki untuk membuat pergerakan, kanak-kanakperlu diajar untuk menggunakan anggota badan yang lain seperti kepala dan lain-lain. Ini adalah kerana kanak-kanak akan menjadi cepat bosan jika guru sudah matiakal dengan asyik melakukan pergerakan yang sama sahaja. Antara cara-caramelakukan aktiviti ini ialah kanak-kanak berdiri statik dan memusingkan kepalamengikut arah jam dan memusingkan semula mengikut arah lawan jam. Daripadaaktiviti ini, kanak-kanak dapat menguatkan otot leher dan belajar konsep arah jam.Selain itu, kanak-kanak boleh meningkatkan lagi pengetahuan mereka tentangkonsep kiri, kanan, atas, dan bawah ketika memusingkan kepala mereka mengikutkonsep tersebut.10. MendekamGuru dapat mengaplikasikan aktiviti mendekam kepada kanak-kanak. Dekam adalahdengan menggunakan satu kaki lurus ke hadapan dan lompatan dilakukan dalamkeadaan setempat. Dekam dilakukan dengan tangan menyentuh lantai.
  14. 14. 4.0 MEMANIPULASI PERALATANKemahiran ini merupakan kemahiran asas yang dapat menyediakan diri pelajaruntuk mempelajari asas sukan dan seterusnya menguasai kemahiran sukan yangpelbagai. Pembelajaran manipulasi alat mesti melibatkan objek seperti pundikacang, bola kecil, bola besar, gelung, rotan, batang rotan, tali dan relang getah.4.1 KONSEPManipulasi alat ialah bagaimana cara kita mengayakan atau mempergunakan alatandengan cara yang betul dan cekap untuk membentuk gerakan.4.2 KEMAHIRANManipulasi alat hendaklah di bina di peringkat umur pra sekolah atau sekolahrendah. Kemahiran ini memerlukan penggunaan anggota badan untuk mengawal,mengawasi atau menangani sesuatu objek. Kemahiran manipulasi alat merupakanasas kepada kemahiran sukan yang perlu dibina daripada peringkat kanak-kanak.Kemahiran asas manipulasi alat dapat meningkatkan koordinasi anggota badancontohnya tangan- mata, kaki mata dan lain-lain.4.3 BENTUK PERGERAKAN MANIPULASI ALATKemahiran manipulasi alat yang diajar di peringkat pra dan sekolah rendah ialah:4.3.1 Membaling Dan MelambungDi antara aktiviti membaling yang selalu di lakukan oleh guru pendidikan jasmaniialah seperti berikut:1. Melambung sebiji bola ke udara dan menyambut semula
  15. 15. 2. Melambung setinggi bola setinggi yang boleh dan menyambut semula3. Melambung serendah yang mana bola dan menyambut semula4. Meleretkan bola ke dinding dan menahan semula5. Meleretkan bola ke sasaran4.3.2 MenyambutDi antara aktiviti menyambut yang selalu di lakukan oleh guru pendidikan jasmaniialah seperti berikut:1. Melambung pundi kacang ke udara dan menyambut semula2. Melambung setinggi bola setinggi yang boleh dan menyambut semula3. Melantunkan bola di dinding dan menangkap semula4. Menyambut pundi kacang yang di lempar oleh pasangan5. Membaling dan menangkap bola bergilir dengan pasangan4.3.3 MemukulDi antara aktiviti memukul yang selalu di lakukan oleh guru pendidikan jasmani ialahseperti berikut:1. Memukul alatan dengan tangan2. Memukul alatan dengan genggaman3. Memukul alatan ke arah pasangan atau sasaran4. Melambung belon ke udara dan kemudian memukul5. Menjatuhkan bola kemudian memukul ketika bola itu melantun dengan tangandari aras bahu ulang dari sisi dan bawah bahu.
  16. 16. 5.0 KESIMPULANPergerakan lokomotor bersifat aliran gerakan dari satu tempat ke satu tempat yanglain. Ia melibatkan arah, aliran, haluan dan masa. Pergerakan bukan lokomotor pulaberlaku dalam keadaan tidak bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain.Pergerakan ini lebih menekankan kepada keseimbangan pergerakan badan. Melaluipergerakan lokomotor dan bukan lokomotor ini, kita dapat mengetahui danmemperoleh banyak kepentingan dan faedah sekiranya diterapkan di kalangankanak-kanak terutama di prasekolah.6.0 REFLEKSIMohd Aiman Bin Mohd AdliKPLI SM FIZIK Ambilan Jan 2012 Sepanjang menyiapkan tugasan ini, saya telah dapat mempelajari secaraamali dan menggunakan pelbagai pendekatan dari aspek kaedah dan teknikbagaimana merancang dan membentuk aktiviti bersifat pergerakan lokomotor danmenggunakan peralatan semasa aktiviti tersebut di peringkat sekolah rendah. Sayajuga pada masa yang sama telah berjaya mempelajari secara langsung bagaimanamengaplikasikan ilmu pendidikan jasmani yang dipelajari sepanjang saya mengikutikursus ini dan telah menyumbang kepada pemahaman dan impak terhadap matapelajaran bersifat sukan yang bakal saya mengajar kelak.Cadangan saya ialah, bagi sepanjang kursus ini berlangsung, para pelatih yangmengikuti kursus Pendidikan Jasmani dan Kesihatan ini perlu terus didedahkandengan lebih mendalam lagi tentang kepentingan dan keperluan teknikalpenganjuran dan permainan menerusi berbagai kegiatan yang dijalankan secarateori dan amali. Dengan ini, para pelatih guru seperti saya akan mendapat tambahankepada pengalaman pembelajaran yang berguna. Selain itu, teori-teori dan teknik didalam permainan akan dapat digunakan sebagai sumber rujukan maklumat untukmenyediakan satu pendekatan semasa pengajaran dan pembelajaran yang menarikdan bermutu apabila ditugaskan di sekolah kelak.
  17. 17. Khairul Aiman Bin Mohd. AriffinKPLI SM FIZIK Ambilan Jan 2012 Pendidikan Jasmani adalah salah satu mata pelajaran penting seperti yangterkandung dalam sistem pendidikan di Malaysia. Pendidikan Jasmani merupakansatu fasa pendidikan am yang menyumbang kepada pertumbuhan danperkembangan pelajar secara total melalui pilihan aktiviti-aktiviti pergerakan danpengalaman jasmani yang terancang sejajar dengan matlamat Falsafah PendidikanNegara. Pada pandangan saya, mata pelajaran ini memang perlu dititikberatkandalam perkembangan potensi pelajar secara menyeluruh bukan sahaja di dalam bilikdarjah malahan di luar bilik darjah kerana mental yang cerdas bermula dengankesihatan fizikal yang cergas. Dalam laporan ini, saya bersama rakan saya diberikan tugasan berkenaandengan kemahiran dalam pergerakan asas yang melibatkan pergerakan lokomotor,pergerakan bukan lokomotor dan manipulasi alat. Banyak fakta dan peneranganyang jelas telah saya pelajari dalam menyiapkan laporan ini dan sekali gusmemperkasakan pengetahuan yang telah saya pelajari dalam mata pelajaranOlahraga kendalian Pn. Zaiton semasa di semester satu yang lepas. Melalui laporanini, saya mendapat idea baru tentang perbezaan pergerakan lokomotor denganpergerakan bukan lokomotor. Dari sini, saya dapat mengaitkan dengan isi pelajaranyang telah diajar semasa di atas padang dengan lebih jelas. Semasa melaksanakan tugasan ini, kami berdepan dengan beberapamasalah seperti faktor kekangan masa dan juga jarak kerana masing-masing beradadi kampung halaman. Namun begitu, sebagai seorang bakal guru, kami mengatasimasalah ini dengan memastikan komunikasi yang baik dan lancar antara kamimelalui perhubungan internet dan juga telefon. Kami juga banyak berbincangberkaitan dengan sumber rujukan dan membahagikan tugasan sehingga siaplaporan ini. Kami juga bersetuju bahawa Pendidikan Jasmani adalah sangat pentingkepada pelajar kerana kami masing-masing pernah cemerlang dalam aktiviti sukandan olahraga semasa di sekolah dan mampu menjejakkan kaki ke luar negara.
  18. 18. BIBLIOGRAFIAdmin PJM3012 (2008). Pergerakan asas lokomotor. Dipetik pada Mac 2, 2010 daripadahttp://pjm3102pergerakanasas.blogspot.com/2008/07/pergerakan-lokomotor-dan-bukan_05.htmlChegu Abbas (2009). Sukan dan permainan. Dipetik pada Mac 15, 2010 daripadahttp://muhamadabbasbinmohdamin.blogspot.com/2009/07/pergerakan-lokomotor.htmlCreative Thinking (2010). Sains sukan 5. Dipetik pada Mac 20, 2010 daripadahttp://www.smktpbaling.com/ppk/bsk/bsumber/bs_ssukan_t5.pdfCreative Thinking (2010). Konsep Pergerakan Asas. Dipetik pada Mac 2, 2010 daripadahttp://pjk.ipti.edu.my/nota/Konsep%20Pergerakan%20Asas.pdfHanis (2009). Lokomotor dan bukan lokomotor. Dipetik pada Mac 15, 2010 daripadahttp://hanisnur.blogspot.com/2009/04/lokomotor-bukan-lokomotor.htmlDavid L. Gallahue, Frances Cleland Donnelly (2003) Developmental physical education forall children. New Orleans: Human KineticsEllen Booth Church. (19920 Learning through play. New York: Scholastic IncPusat Perkembangan Kurikulum (2001) Pendidikan Jasmani: Huraian sukatan pelajaransekolah rendah. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.Victor Paul Dauer (1972) Essential movement experiences for preschool and primarychildren. New York: Burgess Pub. Co.

×