Successfully reported this slideshow.
We use your LinkedIn profile and activity data to personalize ads and to show you more relevant ads. You can change your ad preferences anytime.

Ukiran

8,275 views

Published on

Published in: Education
  • Login to see the comments

Ukiran

  1. 1. KRAF TRADISIONAL UKIRAN
  2. 2. Ukiran kayu atau di seni ukir merupakan seni pertukangan tangan yangmenjadi satu tradisi dalam masyarakat Melayu sejak turun temurun lagi.Seni ukir akan memperkenalkan teknik dan motif bunga ukir yangmenjadi identiti ukiran Melayu tradisi.Menghasikan sebuah karya seni ukir memerlukankemahiran daripada memilih kayu, memproses kayu,memilih dan melukis motif ukiran hinggalahmengukir silat dengan menggunakan pemahatdan pisau wali.
  3. 3. Sejarah dari perjumpaan di zaman batu Neolitik di Asia Tenggaramenunjukkan terdapatnya pengukir-pengukir handal telah wujud di zamandahulu. Ini terbukti ukiran yang terdapat pada belanga, gelang, kendidan pinggan mangkuk.Sejarah awal mengenai ukiran kayu di negara ini boleh diketahui setelahkita membaca buku Sejarah Melayu atau Sulalatus Salatin. Buku yangdikarang oleh Tun Sri Lanang itu ditulis pada abad ke-17. Dalam tulisanTun Sri Lanang, tercatat keindahan seni bina istana Sultan Mansur Syahyang memerintah Melaka pada tahun 1459 hingga tahun 1477.Istana berukir indah itu digelar oleh rakyat Melaka sebagai ‘IstanaHawa Nafsu’. Seni ukir di negara ini telah pun berkembang lebih awal lagidaripada catatan Tun Sri Lanang, namun tidak ada catatan mengenainya.Satu lagi catatan silam mengenai seni bina ialah Hikayat Misa Melayu.
  4. 4. Dalam hikayat itu digambarkan mengenai seni ukir di istana yangterletak di Pulau Indera Sakti, sebuah tempat di Kuala Sungai Kinta,Perak Darul Ridzuan semasa pemerintahan Sultan Iskandar Zulkarnain(1756 - 1780).Di negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang dan Kedah adalah negeriyang mempunyai pengukir dari turun temurun. Dikata bahawa kebanyakanukiran kayu adalah terpengaruh dengan motif ukiran negara Siam, keranapada suatu masa dahulu negeri ni di bawah pengaruh Siam.Ini adalah berdasarkan corak ukiran masjid, wakaf, istana dan rumah-rumah lama banyak persamaan dengan seni ukir negeri Siam. Tidakmenghairankan kalau dikatakan bahawa seni ukir di negara ini telahdidatangi dari selatan negeri Thailand iaitu Patani.
  5. 5. 1. Ukiran Ukiran tebuk berasal dari sekeping papan atau Tebuk beberapa keping papan yang ditebuk dengan Tembus menggunakan gerudi gergaji. Terdapat dua jenis ukiran jenis ini, iaitu ukiran tebuk tidak silat dan ukiran tebuk silat. Ukiran tebuk tidak silat banyak terdapat pada rumah-rumah lama iaitu bahagian selasar, lambur, dinding, pintu, perabot dan mimbar masjid. Bentuk bunga ukir ialah awan larat, siling, kaligrafi dan simetri. Bagi ukiran tebuk silat, bahagian yang menindih serta melengkung keluar ditimbulkan dan bahagian yang melengkung ke dalam serta yang tertindih ditenggelamkan. Sesungguhnya silat ialah istilah yang menunjukkan bahagian yang timbul dan tenggelam serta papan tebuk disobek. Bunga ukir yang terdapat pada bentuk ini ialah awan larat, silang dan simetri.
  6. 6. 2 . Ukiran Bunga Ukiran ini tidak Timbul tembus. Ia mengandungi bunga ukir yang disilatkan dan tidak silat. Terdapat pada 3. Ukiran perabot, mimbar masjid, barang hiasan Arca yang diperbuat daripada kayu, ulu serta sampir senjata. Bunga ukirnya sama seperti ukiran tebuk. Ukiran ini banyak terdapat pada ulu senjata seperti ulu keris, kepala tongkat, kukur kelapa, kotak nelayan dan sebagainya. Bunga ukirannya sama seperti ukiran timbul tetapi lebih halus dan kecil.
  7. 7. Melarik merupakan satu 5. Ukiran4. Larik cara orang-orang Melayu Kayu mengukir kayu. Ukiran larik Hanyut berbentuk bulat dengan susunan Ukiran ini di gerlang-gerlang dan genting-gentat yang anggap masih baru. menarik. Ukiran ini sering terdapat pada Ukiran idi diperkenalkan ulu senjata, perabot, tongkat, gasing, oleh Perbadanan Kraf tangan tiang-tiang rumah dan sebagainya. Malaysia. Ukiran ini hanya sebagai hiasan semata-mata. Ukiran kayu hanyut diukir pada bahagian- bahagian tertentu dan dibentuk menyerupai ikan, burung dan sebagainya. Kayu induknya di ambil dari kayu atau akar yang terdapat dalam sungai.
  8. 8. Latiff bin Long dilahirkan di Besut Terengganu, Beliau adalah seorang pengukir ukiran kayu yang mahir. Mewarisi bakat ayahnya yang berasal1.Encik Latiff daripada keluarga yang mempunyai enam bin Long keturunan tukang kayu yang handal. Ukirannya masih tersimpan di istana Raja Besut yang terdapat di muzium negeri Terengganu. Latiff telah menerima pengajaran ukiran kayu dari bapanya sejak berumur lima tahun. Beliau pernah memenangi pertandingan Kraftangan ukiran kayu semasa bersekolah.
  9. 9. Wan Su juga merupakan dari keturunan pengukir terkenal di daerah Besut Terengganu. Ukirannya sangat halus dan mempunyai2. Tuan Haji unsur tradisi. Wan Su cukup mahir denganWan Su bin motif-motif ukiran kayu. Othman Sehingga kini beliau telah dipilih oleh Lembaga Kraftangan Malaysia sebagai Adiguru bagi ukiran kayu. Pengiktirafan ini adalah diperingkat tertinggi oleh kraftangan Malaysia. Bengkel beliau terletak di Besut Terengganu dan banyak menerima tempahan dari dalam dan luar negara.

×