1. Gambar menunjukkan suasana semasa sambutan hari jadi. Tulis lima ayat
yang lengkap tentang gambar tersebut
meletakkan lilin
menyapu lantai
membantu bapa
menggantung belon
meniup api lilin
bertepuk tangan
menyanyikan lagu
2. Ibu Aimi meletakkan lilin di atas kek sebelum majlis sambutan hari jadi bermula.
Aimi menyapu lantai dengan sebatang penyapu supaya kelihatan bersih.
Abang Aimi membantu bapa menggantung belon pada siling rumah.
Bapa Aimi menggantung belon pada siling rumah menggunakan tangga.
Aimi meniup api lilin di hadapan kawan-kawannya semasa majlis sambutan hari jadinya.
Kawan-kawan Aimi bertepuk tangan semasa Aimi meniup lilin.
Rakan-rakan Aimi menyanyikan lagu ’Selamat Hari Lahir’ untuk meraikan hari lahir Aimi
yang kedua belas tahun.