Linguistik untuk guru bahasa

20,496 views

Published on

2 Comments
7 Likes
Statistics
Notes
No Downloads
Views
Total views
20,496
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
1,994
Actions
Shares
0
Downloads
582
Comments
2
Likes
7
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Linguistik untuk guru bahasa

  1. 1. LINGUISTIK UNTUK GURU BAHASABetulkah Guru Bahasa Malaysia Memerlukan Pengetahuan Linguistik?Perkara ini memang telah lama dan selalu dipersoalkan oleh guru dan orang ramai.Semenjak linguistik menjadi satu disiplin yang popular, ahli linguistik juga kerapbertanyakan hal yang sama. Hal ini berlaku bukan kerana mereka tidak tahu kegunaanlinguistik. Memang betul ramai antara ahli linguistik yang jarang memikirkan tentangkegunaan linguistik. Mereka hanya kerap berkecimpung dengan teori dan analisislinguistik sahaja. Sebenarnya memang ramai ahli linguistik yang telah mencubamenggunakan linguistik dalam bidang lain. Ramai ahli linguistik yang telah lamaberkecimpung dalam bidang pengajaran bahasa. ada pula yang berusaha dalam bidangterjemahan, sosiolinguistik, psikolinguistik, dan sebagainya. Di samping itu banyak lagikegunaan linguistik. Mungkin juga bukan ahli linguistik yang harus menentukan bahawailmu linguistik itu berguna dalam pendidikan, tetapi, terpulanglah kepada para pendidikuntuk menentukan kegunaan linguistik dalam bidang pengajaran. Walaubagaimanapun, linguistik ialah satu ilmu baharu yang berkembang pesat, walaupunsebenarnya ilmu ini telah mula dikenali sejak zaman kesarjanaan Yunani dahulu lagi.Tetapi ilmu ini tidak begitu mudah difahami. Tambahan pula, kebanyakan buku linguistiksukar untuk dibaca dan difahami. Perkembangan linguistik amat pesat berlaku dan inimenambahkan kesukaran untuk memahaminya. Hal ini dapat dibuktikan denganmelihat bilangan jabatan pengajian linguistik yang telah dibuka di universiti-universiti,dan banyak pula kajian dijalankan serta penerbitan dihasilkan tentang linguistik.Kesemua perkembangan ini telah menambahkan kebingungan orang ramai. Itulahsebabnya linguistik dilihat dengan penuh kesangsian dan sukar diterima, dan malahkadang-kadang ada pihak yang terus menolaknya. Sebenarnya, kalau linguistik iniditolak, bukanlah kerana kegunaannya kurang, tetapi kerana linguistik itu tidakdimengertikan dan tidak digunakan dengan baik.Guna Linguistik dalam Pengajaran BahasaKegunaan linguistik itu memang menjadi soalan yang selalu dikemukakan oleh ramaiorang. Apakah gunanya linguistik terhadap pengajaran bahasa moden? Jadibersidanglah seramai lebih kurang 200 orang ahli linguistik di Stockholm pada tahun1963. Persidangan ini telah melahirkan Persatuan Linguistik Gunaan Antarabangsa.Persidangannya yang pertama diadakan di Nancy dan Persatuan itu menumpukanseluruh perhatian terhadap pengajaran bahasa moden. Banyak daripada butir dan isuyang disebut dalam makalah ini dikutip daripada laporan persidangan tersebut, iaituLinguistic Theories and Their Applications, AIDELA (1967).Seseorang penulis buku linguistik akan tentu dapat menyenaraikan banyak kegunaanilmu linguistik. Kita boleh melihat kegunaan linguistik itu dalam bidang neurologi,matematik, sains maklumat, logik, falsafah, epistemologi, sejarah sosial, kesusasteraan,
  2. 2. filologi, antropologi, sosiologi, psikologi, dan pedagogi. Baru-baru ini linguistik jugadigunakan dalam terjemahan melalui komputer. Penggunaan linguistik dalampengajaran selalunya dikenali sebagai linguistik gunaan dan ini termasuklah kajianfonetik, fonologi, morfologi, sintaksis, semantik, dan kadang-kadang termasuk jugatajuk-tajuk lain seperti psikolinguistik dan sosiolinguistik yang masing-masing memberitumpuan kepada teori pemerolehan dan keadaan bahasa. Tajuk-tajuk lain juga mungkintermasuk. Sudah banyak kajian dan pendebatan ditumpukan kepada implikasipengajaran yang terkandung dalam ilmu linguistik. Ini terkandung, misalnya, dalambuku S.P. Corder (19730, D.A. Wilkins (1972), P.Strevens (1977), K.C. Diller (1971),dan banyak lagi hasil karangan sarjana lain. Dengan itu, tidaklah bijak kalau kita hanyamemandang sepi terhadap segala perkembangan ini dan masih meragui kegunaanlinguistik dalam pengajaran bahasa.Linguistik Bermula daripada Tatabahasa TradisionalMemang selalu kita mendengar guru mengatakan mereka tidak memerlukan linguistikuntuk mengajarkan bahasa Malaysia. Hal ini boleh jadi benar. Ada ramai guru bahasaMalaysia, lebih-lebih lagi daripada generasi yang lalu, tidak pun mendengar istilahlinguistik, tetapi telah dapat mengajarkan bahasa Malaysia dengan baik. Hari ini gurubahasa diberi pengetahuan linguistik, dan dilengkapi pula dengan segala macam alatdan kemudahan, tetapi masih menghasilkan pelajar yang kadang-kadang tidak punboleh bertutur dalam bahasa Malaysia dengan baik dan sempurna. Ini menimbulkanpersoalan. Kita ketepikan semua soalan ini dan ambil satu sahaja. Betulkah linguistik itudiperlukan oleh guru bahasa Malaysia? Ada satu perkara yang jelas. Kita tidak harusberlagak seperti Pak Pandir dan menganggap linguistik baru sahaja ditemui. Linguistikini satu ilmu yang sudah lama dipelajari. R.H. Robins (1967 hlm. 9-40) telahmenunjukkan beberapa kejayaan sarjana Yunani. Memanglah sarjana-sarjana Yunaniini memikirkan hal bahasa dan masalah-masalah yang timbul daripada penyelidikanbahasa. hal ini memulakan apa yang kita kenali sebagai ilmu linguistik dalampengertian yang luas. Kajian ini berterusan hingga ke hari ini. Linguistik telah lamadigunakan oleh guru bahasa. bezanya hanyalah, mereka menggunakan linguistik tradisiyang penuh dengan pernyataan preskriptif dan normatif, tetapi, linguistik moden pulabersifat struktural dan deskriptif. Seseorang guru yang menggunakan sebuah bukutatabahasa lama untuk mengajarkan sebutan, tatabahasa, atau makna, sebenarnyamenggunakan pengetahuan linguistik, iaitu linguistik tradisional. Ini juga linguistik dalampengertian yang luas.Linguistik dalam Kursus PerguruanKalau mahu mencari bukti lain bahawa linguistik itu berguna dalam pengajaran bahasa,kita tidak perlu pergi jauh. Lihat sahaja butir-butir semua panduan kursusTESL/TEFL/TESOL yang ditawarkan oleh sebarang universiti atau maktab di mana-mana sahaja. Semuanya memasukkan fonetik, fonologi, sintaksis, dan semantik ke
  3. 3. dalam kursusnya. Ini ialah inti ilmu linguistik. Perkara-perkara ini tidak akan diajarkankalau tidak penting dalam pengajaran bahasa. begitu juga kursus perguruan untukbakal pengajar bahasa Malaysia, semuanya mengandungi unsur-unsur linguistik.Kalau demikian, bagaimanakah kita dapat mengatakan linguistik itu penting untukpengajaran bahasa? Jawapannya akan dapat kita ketahui dengan melihat bagaimanafonetik, fonologi, morfologi, sintaksis, dan semantik mana-mana bahasa itu bergunadalam pengajaran bahasa tersebut. Tentulah tidak dapat kita sangkal asas teoribahawa sebarang pengetahuan tentang sesuatu mata pelajaran itu penting dalampengajaran mata pelajaran tersebut. Deskripsi linguistik itu merupakan asas teorisesuatu bahasa. Deskripsi linguistik memberi deskripsi bahasa: struktur dan fungsibahasa itu. Tentu sekali pengetahuan ini berguna dalam pengajaran bahasa.Ada banyak cara linguistik itu boleh menjadi berguna kepada seseorang guru bahasa.E. Roulet (1975: 65-75) memberikan enam kegunaan linguistik dalam pengajaranbahasa: Teori linguistik memberikan maklumat tentang struktur dan fungsi sistem bahasa itu secara umum kepada guru bahasa. Hal ini mungkin memainkan peranan penting dalam menentukan tujuan, isi, dan pendekatan sesebuah kursus bahasa. Teori linguistik juga memberikan suatu bahasa perantaraan kepada guru. Ini ialah kesejagatan bentuk seperti jenis-jenis rumusan yang berlainan dalam tatabahasa transformasi generatif (rumus penyingkiran, rumus transformasi, dan sebagainya) dan keseragaman kategori-kategori seperti Frasa Nama, Frasa Kerja, atau ciri-ciri nahuan kata, seperti: + animat, + statif, dan seterusnya. Semua perkara ini boleh dipakai oleh guru dalam pengajaran bahasa. Sama ada secara langsung atau tidak, teori linguistik tentang pemerolehan bahasa mempengaruhi perkaedahan pengajaran bahasa, lebih-lebih lagi bagaimana kursus- kursus bahasa diajarkan. Sebuah deskripsi bahasa akan menyedarkan guru tentang struktur bahasa yang akan diajarkan, dan dengan itu dapat meningkatkan kualiti isi linguistik dalam kursus bahasa. Deskripsi bahasa juga memberi guru bahasa itu suatu pengetahuan tentang unit-unit unsur seperti fonem, morfem, tagmem, dan sebagainya. Ia juga memberikan senarai struktur atau suatu sistem rumusan bagi sesuatu bahasa yang boleh digunakan dalam kursusnya.
  4. 4. Suatu deskripsi bahasa memberikan satu sistem rumusan yang berentetan. Ini boleh digunakan untuk membentuk bahan mengajar. Kadang-kadang rentetan itu tidaklah perlu dituruti secara rapi. Walau bagaimanapun, ahli linguistik bukanlah memberikan teori ataudeskripsi bahasa. Linguistik hanya memberikan teknik analisis. Kedua-dua ahli linguistikdan guru bahasa menggunakan bahasa yang sama lain. Susah kita hendak menerimabagaimana sebuah bahasa itu boleh diajarkan tanpa sebuah deskripsi bahasa. walaubagaimanapun, tentu ada pula yang memerlukan penyesuaian untuk diajarkan.Pengajaran bahasa itu tentu sentiasa mempengaruhi deskripsi bahasa.Guru bahasa memang memerlukan linguistik. Oleh itu mereka hendaklah tahuhubungannya antara linguistik dengan pengajaran bahasa. D.A. Wilkins (1972)menyatakan ada tiga jenis hubungan tersebut. Pertama, linguistik memberikan deskripsiyang lengkap tentang bahasa, tetapi tidak memberikan cara mengajar yang paling baik.Kedua, sebarang perkembangan dalam bidang linguistik itu, janganlahdisalahmengertikan sebagai suatu sebab untuk membuat perubahan. Banyak daripadamaklumat demikian yang akan dipakai untuk mengajarkan bahasa. tetapi seseorangguru bahasa itu hendaklah menyesuaikan maklumat tersebut untuk tujuan dankepentingannya. Ketiga, linguistik memang mempengaruhi pengajaran bahasa, tetapitidaklah pula selalunya begitu, tetapi biarlah dihadkan kepada keperluan semasa.Berapa Banyakkah Pengetahuan Linguistik yang Perlu Diketahui oleh GuruBahasa?Mungkin ramai antara guru bahasa yang tidak begitu jelas mengetahui manfaat yangboleh mereka dapati daripada ilmu linguistik. Dengan kata lain mereka tidakmengetahui kegunaan linguistik di dalam bilik darjah. Ini bukalah kesalahan gurubahasa sahaja. Ada banyak sebab yang menimbulkan keadaan ini. Pertama, sifat ilmulinguistik itu dan banyaknya bahan tentang linguistik itu harus akan membunuhsebarang minat seseorang guru bahasa yang kurang keyakinannya terhadap linguistik.Misalnya, dalam usaha mempelajari sistem bunyi bahasa Malaysia, seseorang gurubahasa harus akan menjadi gusar, dan mungkin terus kecewa, kalau dia diberikanbahan tertulis dalam bentuk ciri-ciri pembeza. Begitu jugalah dengan deskripsitatabahasa transformasi, nampaknya seolah-olah berbelit-belit sehingga menakutkan.Selalunya deskripsi tersebut penuh pula dengan simbol-simbol matematik. Bagi ramaiguru bahasa, linguistik ini masih asing dan mereka kurang faham bagaimanatatabahasa menghubungkannya dengan tugas mengajar sehari-hari. Mereka iniperlulah diberi versi yang sudah dipermudah, supaya mereka tidak berasa begitu gusarsemasa menghadapi linguistik untuk pertama kalinya.
  5. 5. Guru Memerlukan Linguistik NormatifMemang perlu juga dimengertikan bahawa ada bezanya antara seorang guru bahasadengan ahli linguistik. Seseorang ahli linguistik berhadapan dengan banyak bahasa,tetapi guru bahasa hanya terlibat dengan satu bahasa sahaja, mungkin dua, kalaudiambil kira bahasa kandung pelajar itu. Ahli linguistik cuba bersikap objektif dansaintifik dalam menganalisis data daripada sesuatu bahasa, tetapi seseorang gurubahasa hanya mengajarkan bentuk dan norma baku bahasa itu. Jadi, guru lebih rapatberhubung dengan aspek normatif bahasa itu daripada aspek deskripsinya. Perbezaan-perbezaan ini seharusnya membawa perhubungan yang saling melengkapi antara gurudengan ahli linguistik. Guru bergantung pada ahli linguistik untuk mendapatkanbahannya, dan ahli linguistik mengharapkan guru menggunakan hasil deskripsi bahasayang dibuatnya. Tetapi kita hendaklah juga sedar, seperti kata Wilkins (1972), bahawaseorang guru yang cukup matang dalam tatabahasa tradisi mungkin mendapati bahawadeskripsi bahasa yang dibuat oleh ahli linguistik moden itu mengecewakan. Diamungkin tidak akan mendapat satu pun pengetahuan hal yang sama dalam bentuk danungkapan baharu. Linguistik hanya mengambil jalan lain untuk menuju tempat yangsama. Memang ada banyak hal baharu yang terdapat dalam linguistik, tetapitatabahasa tradisi juga mungkin dapat memberikan maklumat yang sama. Kita haruslahdapat bergerak bersama-sama perkembangan, dan ini adalah satu daripadaperkembangan yang menuntut penyertaan kita. Sebenarnya, sebagai yang kita akanbincangkan kelak, linguistik memang mempunyai kegunaan positif yang banyak.Linguistik GunaanOleh sebab kesukaran ini, dan juga dalam usaha menentukan bidang linguistik yangdiperlukan oleh guru bahasa, maka terdapatlah beberapa buah buku yang dikarangoleh ahli linguistik bertujuan khusus untuk menyelesaikan masalah tersebut, misalnya:B Arthur (1973), M.A.K. Halliday et al. (1973), M. Kehoe (1968), P. Strevens (1977),K.C. Diller (1971), Lim Keat Boey (1975), dan lain-lain lagi. Ada banyak kegunaanlinguistik dalam mengajarkan bahasa. bidang inilah yang dikenali sebagai linguistikgunaan. Deskripsi sesuatu bahasa itu bolehlah menjadi bahan mengajar. Memangkadang-kadang bahan tersebut tidak berbeza isinya daripada tatabahasa tradisi. Tetapimemang tidak boleh disangkal bahawa salah satu daripada sumbangan linguistik ialahmemberi pandangan baharu terhadap pengajaran bahasa. jadi, gunanya linguistik ituialah memberi maklumat dan analisis yang dihasilkan daripada deskripsi sesuatubahasa tersebut, untuk dimanfaatkan dalam bidang pengajaran dan pembelajaranbahasa.Linguistik Adalah Bahan Mata PelajaranApa yang jelas ialah seseorang guru itu hendaklah mempunyai pengetahuan yangcukup tentang mata pelajaran yang diajarkannya. Seorang guru matematik mestimengetahui matematik pada peringkat yang hendak diajarkannya. Jadi, dengan alasan
  6. 6. yang sama, seorang guru bahasa memerlukan deskripsi bahasa tersebut, termasuklahsebarang penjelasan dan cara sistem bahasa itu berlaku untuk dijadikan bahanmengajar. Inilah yang dikatakan tatabahasa pedagogi. Sebenarnya kita boleh jugamenentukan pengetahuan linguistik yang diperlukan sekiranya kita tahu rancanganbahasa yang akan diajarkan itu. Sesiapa yang mengajar pertuturan hendaklahmengetahui sistem bunyi bahasa tersebut. Memang patut juga guru bahasa itumengetahui seluruh deskripsi bahasa itu. Dia juga perlu tahu teori-teori linguistik yangakan berguna baginya semasa mengajar. Misalnya, di Malaysia, seorang guru bahasaitu perlu juga mengetahui deskripsi bahasa kandung pelajar itu, seperti bahasa Cinadan India, atau sebarang bahasa atau dialek yang berkenaan. Mengajar bahasasebagai bahasa kedua memerlukan guru mengetahui masalah pelajar. Ini hanya bolehdicapai sekiranya guru mengetahui kebiasaan bahasa pelajar. Jadi, bukan ilmulinguistik sahaja yang perlu diketahui oleh seseorang guru bahasa itu, ada aspek lainyang juga penting bagi guru. Linguistik sahaja tidak akan dapat membentuk gurubahasa yang baik. Juga tidaklah dapat ditentukan nisbah antara linguistik denganperkaedahan. Apa yang jelas ialah bahawa linguistik itu adalah penting dalam melatihguru bahasa.Apakah Jenis Linguistik yang Diperlukan?Soalan ini mengingatkan saya kepada suatu iktibar yang diberikan oleh seorangpeserta dalam Persidangan Linguistik di Stockholm pada tahun 1963. Dia berkata, „...perancang persidangan mengingatkan bahawa linguistik ini boleh dibahagi dengansenang kepada bahagian-bahagiannya seperti ulas-ulas sebuah limau‟. Kalau diamemilih buah lain sebagai bandingannya, mungkin akan terdapat persidangan yang laindengan perhubungan dan kesimpulan yang berlainan pula. Iktibar ini baik. Ada banyakteori linguistik; dan kita hendaklah mengetahui teori yang hendak diambil untukpengajaran bahasa. Kalau kita perluaskan iktibar yang sama, guru bahasa hanya perlumendapatkan sesuatu faedah daripada teori itu, dan jangan terlalu bimbang tentangapa teorinya. Misalnya, kita tidak perlu bimbang tentang apa jenis buah yang kitamakan. Kita hanya perlu mengambil yang baik sahaja daripada setiap buah itu.Mungkin inilah sikap yang paling mudah boleh dipegang oleh seseorang guru bahasaitu, dan tidak perlu berasa lemas kerana ada terlalu banyak teori linguistik itu.Memang hal ini tidak semudah itu apabila kita berhadapan dengan linguistik. Adabanyak teori linguistik tetapi bukan semuanya telah diterapkan sepenuhnya untukkegunaan guru. Misalnya, dalam bidang analisis dan deskripsi, linguistik amat tidakmemuaskan. Secara ringkas dapat saya katakan selain jenis deskripsi tradisional, tidakbanyak terdapat deskripsi dan penjelasan tentang mana-mana bahasa telah dijalankandengan lengkap untuk diambil dan digunakan oleh guru. Ini perlu dijelaskan lagi, tetapisebelum itu perlulah diberi sedikit definisi linguistik dan jenis-jenis teori yang wujudsekarang.
  7. 7. Linguistik bolehlah didefinisikan sebagai kajian saintifik tentang bahasa (J. Lyons 1968:1). Istilah „saintifik‟ itu bermaksud bahawa dia menggunakan eksperimen terkawal yangmengandungi faktor-faktor variabel yang telah ditentukan dengan secara objektif.Perkaedahannya juga diterangkan supaya hasilnya dapat diberi verifikasi. Jadi, kajiansaintifik ini hendaklah empirikal, khusus, dan objektif (F. Dinneen 1967:4). Inibermaksud bahawa linguistik itu adalah satu bidang ilmu yang lengkap dengan teoridan perkaedahannya, dan ketepatan hasilnya boleh diuji. Jadi, bidang linguistik tidaklahmerupakan sesuatu yang hanya dihasilkan menurut agakan, tekaan atau emosiseseorang penulis sahaja.Guru Memerlukan Pendeskripsian BahasaUngkapan Dinneen (1967) dalam mendefinisikan bahasa, amatlah sesuai digunakan disini. Dia mengatakan bahawa deskripsi bahasa itu pada asasnya adalah bunyi-bunyiyang boleh dideskripsikan secara linear dan sistematis. Ini berlaku semasa membentukgabungan bunyi-bunyi yang mungkin dan dalam membentuk gabungan unsur-unsuryang bermakna dalam sesuatu bahasa itu. Guru bahasa memang telah lamabergantung pada deskripsi bahan yang demikian untuk menjalankan tugasnya sebagaiguru di dalam bilik darjah. Tidak ada guru yang akan dapat mengajarkan bahasa tanpapengetahuan deskripsi linguistik bahasa itu. Walau bagaimanapun, deskripsi demikiantidak boleh dikatakan sesuai dengan ilmu linguistik moden sahaja. Deskripsi bahasa itudalam bentuk tatabahasa tradisi boleh juga digunakan, sebagai yang telah lamaberlaku.Dalam mendefinisikan teori-teori linguistik ini, kita tidak bermaksud untuk hanyamengemukakan model-model deskripsi linguistik yang utarakan oleh beberapa mazhablinguistik sahaja. Kita patut juga menerima deskripsi dan penjelasan yang diterbitkanoleh ilmu linguistik secara umumnya. Kita akan melihat contoh yang dimaksudkan.Contoh deskripsi yang paling popular ialah deskripsi struktur yang dijalankan dalamtahun 50-an. Mazhab ini dianggap sebagai mazhab struktur deskriptif, dan dipeloporioleh sarjana-sarjana seperti L. Bloomfield, C.F. Hockett, h.a. Gleason, Z. Harris, R.H.Robinss, F.R. Palmer, dan lain-lain. Mazhab ini telah banyak mengeluarkan deskripsibahasa. Setakat ini sebenarnya mazhab inilah yang menghasilkan deskripsi bahasayang agak lengkap dengan erti kata bahawa deskripsi itu meliputi semua aspek bahasa.ini termasuklah fonetik, fonologi, morfologi, sintaksis, dan leksikon. Bahan bahasa yangsudah dianalisis ini bolehlah disifatkan sebagai menjadi bahan untuk mengajarkanbahasa. bahan demikianlah yang dihasilkan oleh ramai sarjana linguistik. Seorang ahlilinguistik sahaja tidak mungkin berbuat demikian. Misalnya, untuk bahasa Malaysiasudah terdapat kajian seperti The Malay Sound System oleh Yunus Maris (1980), TheMorphology of Malay oleh Abdullah Hassan (1974), The Malay Phonology andMorphology oleh Farid Onn (1976), Bahasa Malaysia Syntax oleh Nik Safiah Karim(1978), dan The Syntax of Interrogatives oleh Mashudi Kader (1981). Di samping bukudeskripsi tatabahasa bahasa Malaysia ini terdapat pula beberapa buah kamus seperti
  8. 8. Kamus Dewan (1970/1981), Nahu Melayu Mutakhir oleh Asmah Hj. Omar (1980).Mengajar Tatabahasa oleh Arbak Othman (1985), Penerbitan Kata dalam BahasaMalaysia oleh Abdullah Hassan (1986), dan Tatabahasa Dewan Jilid I: Ayat oleh NikSafiah Karim et al., (1986). Hanya bahan yang meliputi semua aspek bahasa, bunyi,tatabahasa, dan makna seperti inilah yang dapat dianggap berguna dalam pengajaranbahasa. dalam hal ini, hasil dua tiga orang ahli linguistik mungkin diperlukan untukmendapatkan deskripsi yang lebih lengkap tentang sesuatu bahasa itu.Tatabahasa Jenis LainDi samping jenis deskripsi ini ada banyak teori dan model deskripsi bahasa, seperti,Tagmemik (K.L. Pike 1954, 1958 dan W.A. Cooks 1969), Tatabahasa Tingkatan (S.M.Lamb 1966), Tatabahasa Kasus (J. Anderson 1971), Glosematik (J. Uldall 1930),Tatabahasa Skala dan Kategori (M.A.K. Halliday 1961), dan Tatabahasa Generatif (N.Chomsky 1957, 1964, J.J. Katz & P.M. Postal 1964), dan lain-lain. Baru-baru ini adapula Tatabahasa Hubungan. Apa sahaja teori atau model deskripsi bahasa ini, iamestilah mampu mendeskripsikan seluruh bahasa itu sebelum hasilnya dapat dianggapberguna untuk pengajaran bahasa. untuk berbuat demikian tatabahasa itu bukan hanyasekadar mampu menunjukkan perbezaan-perbezaan antara struktur ayat ayang padapermukaannya nampak serupa, tetapi juga menunjukkan persamaan struktur sintaksisyang pada permukaannya kelihatan berbeza. Memang ada beberapa teori moden yangnampaknya banyak mempunyai kebaikan atau gunanya dalam pengajaran bahasa.Tetapi malangnya kebanyakan teori baharu ini hanya membuat deskripsi tentangsebahagian atau aspek kecil sesuatu bahasa itu sahaja. Tidak ada yang menghasilkandeskripsi yang lengkap tentang mana-mana bahasa. Tatabahasa transformasi generatifyang amat popular itu pun tidak pernah mendeskripsikan mana-mana bahasa denganlengkap. Oleh yang demikian kita hanya berbincang tentang kemungkinan penggunaanbahan-bahan demikian sahaja. Walaupun demikian kemungkinan terapannya agakjelas juga daripada contoh-contoh terhad yang diberikan. memang benar antara modeini, tatabahasa transformasi generatif, dan tatabahasa mazhab Inggeris itumenunjukkan kemungkinan kegunaan yang berlebih sedikit, tetapi masih belumdiusahakan sepenuhnya.Mungkin agak sesuai tatabahasa transformasi generatif dijadikan dasar kepada latihanmengajarkan struktur. Rumus penerbitan ayat-ayatnya adalah tersusun. Walaubagaimanapun, mengajarkan sebutan dengan berpandukan ciri-ciri pembeza memangtidak akan memudahkan guru atau pelajar. Halliday juga ada menyusun bahanmengajarkan bahasa Inggeris berdasarkan teori mazhab Inggeris yang menunjukkankemampuan yang tinggi. Kemungkinan kegunaannya memang baik, seperti yangdisebut di atas tadi. Teori deskripsi yang baharu ini menunjukkan beberapa kebaikanberbanding dengan deskripsi lama bahasa-bahasa, tetapi tidak ada antara model iniyang pernah mendeskripsikan keseluruhan bahasa.
  9. 9. Dalam mencadangkan penggunaan linguistik dalam pengajaran bahasa, kita hendaklahfaham tentang arah penerapan tersebut. Wilkins (1972) dan Roulet (1975) telahmenunjukkan bahawa hubungan ini hendaklah berlaku dalam dua arah; linguistikbolehlah mempengaruhi pengajaran bahasa, dan sebaliknya pengajaran bahasahendaklah juga mempengaruhi linguistik.Deskripsi Tatabahasa Perlu TuntasAgak sukar juga bagi seorang ahli linguistik yang bukannya seorang guru menentukanjenis model linguistik yang diperlukan oleh seseorang guru bahasa. Yang jelas ialahguru itu terpaksa memilih deskripsi dan pernyataan tatabahasa yang paling lengkap.Deskripsi yang hanya sebahagian tidaklah akan berguna sangat. Deskripsi ini tidaklahpula selalunya boleh digunakan tanpa sebarang penyesuaian. Misalnya, pengajaranbahasa bolehlah memakai hasil deskripsi linguistik seperti suatu rumusan tatabahasa.Kita tidaklah perlu mementingkan sangat sama ada kita mengatakan bentuk pasifdalam bahasa Malaysia itu ialah “Apabila objek penderita menjadi subjek penderita atauFN1 + me + KK + FN2 FN2 + di + KK + oleh + FN1.” Yang pentingnya ialah Alimemukul anjing menjadi Anjing dipukul oleh Ali. Dengan itu memang ada faedahnyajikalau seseorang guru bahasa itu mempunyai pengetahuan linguistik walaupun sedikitsupaya dia dapat memilih apa yang baik antara model deskripsi bahasa tersebut, samaada tatabahasa tradisi, tatabahasa transformasi, tatabahasa tagmemik, tatabahasaskala-dan-kategori, tatabahasa kasus, atau tatabahasa hubungan, dan sebagainya.Hasil Penyelidikan Perlu Disesuaikan untuk PengajaranWalau bagaimanapun, memang betul, apa yang dihasilkan oleh ahli linguistik itumungkin tidak merupakan apa yang diperlukan oleh guru bahasa. begitu juga, apa yangdifikirkan dasar oleh seorang ahli linguistik, mungkin tidak menjadi dasar kepada gurubahasa. yang jelas ialah, hasil deskripsi linguistik itu hendaklah disesuaikan. Dalampenerapannya banyaklah isu yang boleh dibangkitkan, misalnya, teori pemerolehanbahasa, sosiolinguistik, dan sebagainya (Roulet 1975). Hal-hal ini juga amat pentingdalam pengajaran bahasa.KesimpulanDalam bab ini kita telah meninjau sedikit tentang bagaimana teori dan deskripsi bahasadapat membantu pengajaran bahasa. tetapi, kalaulah seorang guru itu telah belajaratau didedahkan kepada sistem bunyi, tatabahasa, dan struktur makna dalam bahasaMalaysia, masih belum terjamin yang dia akan menjadi guru bahasa Malaysia yangbiak. Untuk menjadi seorang guru yang baik, diperlukan banyak sifat dan pengetahuanyang lain, seperti bahan mengajar, motivasi pelajar, kaedah, persekitaran yangmendorong, sikap yang sihat, alat bantu, dan sebagainya. Setiap satu hal ini samapentingnya. Pengetahuan linguistik bahasa Malaysia itu akan menjadi alat sahaja. Iniakan membolehkan kita memahami bahan yang diajarkannya itu. Agak mustahil bagi
  10. 10. kita memahami bagaimana seorang guru itu akan dapat mengajarkan bahasa Malaysiatanpa pengetahuan sistem dan bagaimana sistem itu berlaku.Wilkins (1972) mengatakan kita jangan harus menerima sahaja hasil linguistik dan terusmencari kegunaannya. Apa yang patut dilakukan ialah kita mengenali semua masalahpengajaran bahasa dan kemudian baru melihat jawapannya dalam linguistik. Inilahsumbangan besar linguistik kepada pengajaran bahasa, iaitu memberi maklumattentang bahasa itu.Kalau seorang guru bahasa itu gagal mencapai tujuan sesebuah rancanganmengajarkan bahasa itu, maka harus ada banyak sebabnya. Misalnya, kegagalanmengajarkan bahasa Malaysia di sekolah itu boleh disebabkan oleh banyak hal.Kekurangan pengetahuan linguistik memangnya menjadi satu sebab. Latihan gurubahasa Malaysia juga menjadi sebab, iaitu guru yang tidak terlatih mengajar bahasaMalaysia. Guru yang tidak mahir dalam bahasa Malaysia ditugaskan mengajarkanbahasa Malaysia. Guru-guru seperti ini tidak akan berjaya. Ada banyak sebabnya dankita tidak harus menyalahkan mana-mana satu pihak sahaja.

×