Successfully reported this slideshow.
We use your LinkedIn profile and activity data to personalize ads and to show you more relevant ads. You can change your ad preferences anytime.

El nino

34,263 views

Published on

STPM PENGGAL 2

Published in: Education
  • Login to see the comments

El nino

  1. 1. KAITAN SISTEM ATMOSFERA DENGAN MANUSIA FENOMENA EL-NINO
  2. 2. APA ITU EL-NINO? • Fenomena cuaca yang berlaku disebabkan oleh peningkatan suhu Lautan Pasifik. • Ia berlaku setiap 2 hingga 7 tahun sekali dan berlaku dalam tempoh dua hingga 18 bulan. • El-nino menyebabkan berlakunya kemarau di barat Lautan Pasifik sebaliknya ribut dan banjir di timur Lautan Pasifik.
  3. 3. LOKASI KEJADIAN EL-NINO
  4. 4. KEADAAN NORMAL Angin timuran membawa biasanya bertiup dari timur ke barat pasifik. Angin timuran membawa banyak air laut ke Australia, Papua New Guinea dan Asia Tenggara.
  5. 5. KEJADIAN EL-NINO • El-nino terjadi akibat pemanasan dan peningkatan suhu arus Lautan Pasifik. • Peningkatan suhu di Lautan Pasifik menyebabkan berlakunya perubahan pola tiupan angin. • Angin timuran yang bertiup ke barat Pasifik semakin lemah dan digantikan oleh angin Baratan yang bertiup ke timur Pasifik.
  6. 6. KEJADIAN EL-NINO • Angin Baratan akan menolak arus lautan yang panas ke pantai Amerika Selatan terutama di pantai Ecuador dan Peru • Hujan yang lebat terhasil kesan daripada sejatan yang tinggi kerana arus lautan yang panas.
  7. 7. KEJADIAN EL-NINO • Arus lautan yang sejuk di bahagian bawah lautan di Amerika Selatan akan bergerak ke Asia Tenggara untuk menggantikan arus panas yang bergerak ke pantai Amerika Selatan. • Kesannya, banyak hidupan di pantai Amerika Selatan yang mati
  8. 8. CIRI - CIRI FENOMENA EL-NINO Bolivia, Peru, Ecuador (Timur Lautan Pasifik) • KEJADIAN HUJAN LEBAT • PERBEZAAN TABURAN SUHU • PERBEZAAN TEKANAN UDARA Asia Tenggara, Australia (Barat Lautan Pasifik • KEMARAU BERPANJANGAN • KELEMBAPAN UDARA MENJADI RENDAH • KADAR SEJATAN YANG TINGGI • FENOMENA JEREBU
  9. 9. KEJADIAN HUJAN LEBAT • Kadar sejatan yang tinggi membekalkan wap-wap air yang banyak dan menghasilkan kejadian hujan lebat. • Hujan lebat menyebabkan berlakunya banjir. • Negara-negara Amerika Selatan seperti Bolivia, Peru dan Ecuador.
  10. 10. PERBEZAAN TABURAN SUHU • Suhu di negara Amerika Selatan lebih rendah berbanding suhu di bahagian barat Pasifik. • Suhu yang rendah disebabkan kandungan wap air yang tinggi di udara dan peningkatan jumlah hujan yang turun.
  11. 11. PERBEZAAN TEKANAN UDARA • Di bahagian barat Pasifik, keadaan cuaca yang panas dan kering dan berpanjangan menyebabkan udara bertekanan rendah dan menghasilkan tiupan angin yang perlahan. • Di bahagian timur Pasifik, keadaan cuaca yang sejuk disebabkan oleh kadar lembapan yang tinggi menyebabkan tekanan udara yang tinggi.
  12. 12. KEMARAU BERPANJANGAN • Perubahan tiupan angin timuran menyebabkan penurunan jumlah hujan di negara-negara Asia Tenggara dan Australia. • Keadaan ini mengakibatkan berlakunya kejadian kemarau yang berpanjangan.
  13. 13. KADAR SEJATAN YANG TINGGI • Peningkatan suhu dan keadaan kemarau menyebabkan banyak air di permukaan daratan mengalami sejatan yang tinggi. • Peningkatan sejatan akan mengurangkan air di permukaan bumi.
  14. 14. KELEMBAPAN UDARA • Kekurangan hujan di barat Pasifik mengurangkan kelembapan udara. • Keadaan cuaca yang panas akan mengeringkan atau mengurangkan kandungan wap air yang terdapat di udara
  15. 15. KESAN TERHADAP ALAM SEKITAR FIZIKAL • FENOMENA KEMARAU BERPANJANGAN • FENOMENA JEREBU • MENJEJASKAN HIDUPAN AKUATIK
  16. 16. KEMARAU YANG BERPANJANGAN • Kejadian El-nino melemah dan menghentikan tiupan angin timuran yang membawa hujan lebat ke kawasan Asia Tenggara dan Australia. • Akibatnya, negara-negara ini mengalami kemarau yang berpanjangan. • Suhu yang panas menyebabkan udara kering (dry air). • Lembapan tanih dan sistem akuifer kekurangan air • Simpanan air di kawasan tadahan berkurangan dan mengurangkan bekalan air ke sungai
  17. 17. FENOMENA JEREBU • El-nino boleh mengakibatkan kebakaran hutan. • Kebakaran akan membebaskan partikulat-partikulat terampai • Semasa udara kering, partikulat akan terampai dan berlegar di udara serta sukar untuk hilang
  18. 18. MENJEJASKAN HIDUPAN AKUATIK • Pemanasan Lautan Pasifik mengakibatkan pembiakan plankton di perairan peru dan ecuador kian merosot. • Kesannya, rantaian makanan untuk hidupan laut yang lain akan musnah. • El-nino menyebabkan kemusnahan terumbu karang.
  19. 19. KESAN-KESAN FENOMENA EL NINO TERHADAP AKTIVITI MANUSIA • MEMPENGARUHI SEKTOR PERIKANAN • MENJEJASKAN SEKTOR PERTANIAN • MENJEJASKAN SISTEM PENGANGKUTAN • MENGGANGGU KEGIATAN HARIAN PENDUDUK
  20. 20. SEKTOR PERIKANAN • Fenomena El-Nino menjejaskan sektor perikanan di pantai Amerika Selatan. • Keadaan ini menyebabkan suhu air laut menjadi lebih panas sehingga banyak ikan yang mati. • Arus laut yang panas kurang nutrien menyebabkan ikan kekurangan makanan. • Tangkapan ikan di pantai Peru menurun sebanyak 12 juta tan pada tahun 1980 kepada 0.5 juta tan pada tahun 1983.
  21. 21. MENJEJASKAN KEGIATAN PERTANIAN • Kegiatan pertanian di bahagian timur Pasifik kerana jumlah penerimaan hujan yang tinggi. • Jumlah hujan yang lebat menyebabkan kejadian banjir yang memusnahkan tanaman. • Di bahagian barat Pasifik, keadaan cuaca yang kering dan panas menyebabkan kegiatan pertanian tergendala. • Kekurangan sumber air kerana ketiadaan tumbesaran tanaman terbantut dan menjejaskan produktiviti sektor pertanian di Asia Tenggara.
  22. 22. MENJEJASKAN SISTEM PENGANGKUTAN • Kejadian banjir menyebabkan sistem pengangkutan tergendala kerana jalan raya ditenggelami air. • Contohnya, pengangkutan darat di beberapa buah negara Amerika Selatan tergendala semasa berlakunya fenomena El-Nino.
  23. 23. MENGGANGGU KEGIATAN HARIAN PENDUDUK • Cuaca yang panas atau kemarau berpanjangan akan merimaskan penduduk yang tinggal di bahagian barat Pasifik. • Di timur Pasifik, aktiviti harian penduduk akan terjejas disebabkan jumlah hujan yang lebat dalam tempoh masa yang panjang.
  24. 24. SOALAN SEBENAR • STPM 2014 (ULANGAN) 2. (a) Huraikan perubahan unsur cuaca di kawasan Asia Tenggara akibat fenomena El-Niño. [12] (b) Bincangkan kesan fenomena El-Niño di kawasan Asia Tenggara dan di kawasan Amerika Selatan. [13]
  25. 25. KAITAN SISTEM ATMOSFERA DENGAN MANUSIA FENOMENA LA-NINA
  26. 26. FENOMENA LA NINA • La Nina ialah pergerakan arus lautan panas dari timur Pasifik yang bergerak ke barat Pasifik (Asia Tenggara) akibat tolakan daripada angin timuran • Keadaan Lautan Pasifik yang panas di kawasan Tropika menyebabkan udaranya bertekanan rendah. • Pusat tekanan udara rendah menarik angin timuran ke barat Pasifik. • Kesannya, lebih banyak air lautan yang panas bergerak menuju barat Pasifik.
  27. 27. CIRI-CIRI FENOMENA LA-NINA • PENINGKATAN SUHU DI BARAT PASIFIK MENINGKATKAN KADAR SEJATAN • TABURAN SUHU LEBIH TINGGI DI TIMUR PASIFIK BERBANDING BARAT PASIFIK • TEKANAN UDARA RENDAH DI TIMUR PASIFIK AKIBAT CUACA PANAS DAN KERING • KELEMBAPAN UDARA MENJADI RENDAH AKIBAT PENINGKATAN SUHU DI AMERIKA SELATAN • KADAR SEJATAN TINGGI AKIBAT PENINGKATAN SUHU
  28. 28. KESAN-KESAN FENOMENA LA NINA TERHADAP AKTIVITI MANUSIA • MENJEJASKAN KEGIATAN PERIKANAN DI BARAT PASIFIK AKIBAT HUJAN LEBAT DAN ANGIN YANG KENCANG • MENJEJASKAN KEGIATAN PERTANIAN AKIBAT TURUNAN HUJAN YANG TINGGI DI ASIA TENGGARA • MENJEJASKAN SISTEM PENGANGKUTAN DARAT AKIBAT DITENGGELAMI BANJIR. • MENJEJASKAN AKTIVITI PERINDUSTRIAN TERGANGGU DAN TERGENDALA DI BARAT PASIFIK
  29. 29.  LUKISKAN KESAN KEJADIAN EL NINO TERHADAP ALAM SEKITAR (KUMP 1)  LUKISKAN KESAN KEJADIAN LA NINA TERHADAP ALAM SEKITAR (KUMP 2)

×