Chua khenghoemfp

2,060 views

Published on

0 Comments
0 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

  • Be the first to like this

No Downloads
Views
Total views
2,060
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
2
Actions
Shares
0
Downloads
25
Comments
0
Likes
0
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Chua khenghoemfp

  1. 1. PEMBANGUNAN PATRIOTISME DALAM PENGAJARAN DANPEMBELAJARAN MATA PELAJARAN SEJARAH TINGKATAN DUA : PERBANDINGAN ANTARA EMPAT JENIS SEKOLAH CHUA KHENG HOE Disertasi ini dikemukakan sebgai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Pendidikan (Pendidikan Dan Pembangunan) Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia April 2007
  2. 2. ii“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”. Tandatangan :………………………………………….. Nama Penulis : CHUA KHENG HOE TARIKH : 12 APRIL 2007
  3. 3. iiiDedikasi untuk: Suami dan anak yang tersayang atas sokongan yang diberikan sepanjangtempoh penulisan karyaku ini. Begitu juga, tidak ketinggalan kepada mendiangayahanda dan keluarga di kampung yang turut memberikan dorongan kepada diri sayauntuk terus menimba ilmu. PENGHARGAAN
  4. 4. iv Terlebih dahulu saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan danucapan ribuan terima kasih kepada penyelia Profesor Madya Dr. Mohamed Najib binAbdul Ghafar atas bimbingan dan dorongan yang diberikan oleh beliau sepanjangtempoh penyelidikan tesis ini. Ucapan ribuan terima kasih juga kepada pensyarah-pensyarah UniversitiTeknologi Malaysia yang telah memberi nasihat dalam menjayakan penulisan ini.Setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pengetua dan guru-guru yang terlibat secaralangsung dalam memberikan maklumat yang diperlukan dalam kajian ini. Selain itu sanjungan yang tidak terhingga ditujukan kepada rakan-rakanseperjuangan khususnya Koo Ming Kuang, Yap Teng Teng, Teoh Hee Chong, TohSiew Meng, Ng Yin Thien dan Trumay yang memberi sokongan serta kerjasamasepenuhnya kepada saya sepanjang tempoh menyiapkan penyelidikan ini. Akhir sekali saya tujukan penghargaan kepada ahli keluarga saya yangtersayang iaitu suami saya, kakak-kakak, abang-abang, adik dan anak saya atas kerjasama dan pengorbanan mereka sepanjang tempoh mejalankan kajian ini. Juga kepadasemua individu yang terlibat langsung dan tidak langsung dalam menyiapkanpenyelidikan ini saya mengucapkan jutaan terima kasih.Hanya Tuhanlah yang dapat membalasnya.
  5. 5. v ABSTRAK Kajian ini ingin menyelidik sejauhmana proses pembanguan dan penerapanunsur-unsur patriotisme mata pelajaran Sejarah tingkatan 2 berdasarkan KurikulumBersepadu Sekolah Menengah (KBSM) di Malaysia dijalankan. Sejumlah 12 guru dariempat jenis sekolah dipilih sebagai sampel secara bertujuan untuk melihat prosespembangunan dan proses penerapan unsur-unsur patriotisme melalui interaksi antaraguru dengan pelajar dalam kelas. Kaedah pemerhatian dilaksanakan ke atas responden.Teknik ‘Classroom Analysis For Thinking Skills’ digunakan semasa proses pengajarandan pembelajaran melalui Jadual Pemerhatian, Jadual Interaksi Dalam Kelas dan JadualHubungan Interaksi dalam Kelas, Analisis Jumlah Masa Kategori, Analisis KekerapanInteraksi Dalam Kelas dan Analisis Hubungan Interaksi Dalam Kelas dilakukan.
  6. 6. vi ABSTRACT This study seeks to find out the extant in which acculturation of values inpatriotism and its’ development based on the Malaysian secondary curriculum has beencarried out. A total of twelve secondary teacher from four streams school had beenchosen as the based to carry out purposive sampling on the respondents to assess theprocess of development and acculturation of value in patriotism. Observation wascarried out on the respondents. The technique called “Classroom Analysis for ThinkingSkills” was used to analyze the learning and teaching process. Data time, datafrequency, data of classroom interaction and matrices of classroom interaction wereused. The results were then analyzed according to classroom interaction analysis.
  7. 7. vii KANDUNGANHALAMAN JUDUL iHALAMAN PENGAKUAN iiHALAMAN DEDIKASI iiiHALAMAN PENGHARGAAN ivABSTRAK v-viKANDUNGAN vii-ixSENARAI JADUAL x-xiiiSENARAI RAJAH xivSENARAI LAMPIRAN xvBAB KANDUNGAN MUKA SURAT1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan 1 1.2 Latarbelakang Masalah 4 1.3 Pernyataan Masalah 12 1.4 Objektif kajian 13 1.5 Persoalan kajian 14 1.6 Rasional Kajian 14 1.7 Kepentingan Kajian 15 1.8 Skop dan Batasan Kajian 16 1.9 Definisi Istilah 172 SOROTAN KAJIAN 2.1 Pengenalan 24 2.2 Definisi Konsep Pembangunan Patriotisme 24 2.3 Pendekatan Teori 28
  8. 8. viii 2.4 Peranan Guru Dalam Pembangunan dan Penerapan 38 Unsur Patriotisme Melalui Proses Pengajaran dan Pembelajaran 2.5 Kerangka Konseptual 40 2.6 Kajian-kajian Lepas 44 2.7 Kesimpulan 553 METODOLOGI KAJIAN 3.1 Pengenalan 56 3.2 Reka Bentuk Kajian 56 3.3 Populasi dan Sampel Kajian 60 3.4 Instrumen Kajian 62 3.5 Kajian Rintis 79 3.6 Prosedur penyelidikan 80 3.7 Jadual Perancangan Kerja Kajian 824 PENGANALISISAN DATA KAJIAN 4.1 Pengenalan 84 4.2 Dapatan Kajian 85 4.3 Analisis Masalah Guru Dalam Pengajaran Unsur-unsur 160 Patriotisme 4.4 Kesimpulan 1625 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN 5.1 Pengenalan 163 5.2 Perbincangan Kajian 164 5.3 Rumusan 177 5.4 Cadangan 178 5.5 Penutup 181RUJUKAN 183-197LAMPIRAN 198
  9. 9. ix
  10. 10. x SENARAI JADUALNO. JADUAL TAJUK MUKA SURATJadual 3.1 Bilangan sekolah dan Responden 62 yang Terlibat dalam KajianJadual 3.2 Konstruk dan Aktiviti Penerapan 63 NilaiJadual 3.3 Jadual Pemerhatian 72Jadual 3.4 Jadual Interaksi Guru dengan Pelajar 73 Dalam KelasJadual 3.5 Jadual Hubungan Interaksi Dalam Kelas 75Jadual 3.6 Jadual Perancangan Kerja Kajian 82Jadual 4.1 Keadaan Sebenar bagi Kajian Secara 85 Pemerhatian di Empat Jenis SekolahJadual 4.2 Dapatan Jumlah Masa, Kekerapan dan 86 Peratusan bagi Kelas Tingkatan 2A berdasarkan Kategori Interaksi Guru dengan Pelajar Dalam KelasJadual 4.3 Jadual Hubungan Interaksi Antara Guru dengan 88 Pelajar Dalam Kelas Sejarah Tingkatan 2A di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK)Jadual 4.4 Dapatan Jumlah Masa, Kekerapan dan 91 Peratusan bagi Kelas Tingkatan 2B berdasarkan Kategori Interaksi Guru dengan Pelajar Dalam KelasJadual 4.5 Jadual Hubungan Interaksi Antara Guru dengan 93 Pelajar Dalam Kelas Sejarah Tingkatan 2B di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK)Jadual 4.6 Dapatan Jumlah Masa, Kekerapan dan 96 Peratusan bagi Kelas Tingkatan 2C berdasarkan Kategori Interaksi Guru dengan Pelajar Dalam Kelas
  11. 11. xiJadual 4.7 Jadual Hubungan Interaksi Antara Guru dengan 98 Pelajar Dalam Kelas Sejarah Tingkatan 2C di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK)Jadual 4.8 Jadual Hubungan Interaksi Antara Guru dengan 101 Pelajar Dalam Kelas Sejarah Tingkatan 2A, 2B dan 2C secara keseluruhan bagi Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK)Jadual 4.9 Dapatan Jumlah Masa, Kekerapan dan 104 Peratusan bagi Kelas Tingkatan 2A berdasarkan Kategori Interaksi Guru dengan Pelajar Dalam KelasJadual 4.10 Jadual Hubungan Interaksi Antara Guru dengan 106 Pelajar Dalam Kelas Sejarah Tingkatan 2A di Sekolah Menengah Islam (SMI)Jadual 4.11 Dapatan Jumlah Masa, Kekerapan dan 109 Peratusan bagi Kelas Tingkatan 2B berdasarkan Kategori Interaksi Guru dengan Pelajar Dalam KelasJadual 4.12 Jadual Hubungan Interaksi Antara Guru dengan 111 Pelajar Dalam Kelas Sejarah Tingkatan 2B di Sekolah Menengah Islam (SMI)Jadual 4.13 Dapatan Jumlah Masa, Kekerapan dan 114 Peratusan bagi Kelas Tingkatan 2C berdasarkan Kategori Interaksi Guru dengan Pelajar Dalam KelasJadual 4.14 Jadual Hubungan Interaksi Antara Guru dengan 116 Pelajar Dalam Kelas Sejarah Tingkatan 2C di Sekolah Menengah Islam (SMI)Jadual 4.15 Jadual Hubungan Interaksi Antara Guru dengan 119 Pelajar Dalam Kelas Sejarah Tingkatan 2A, 2B dan 2C secara keseluruhan bagi Sekolah Menengah Islam (SMI)Jadual 4.16 Dapatan Jumlah Masa, Kekerapan dan 122 Peratusan bagi Kelas Tingkatan 2A berdasarkan Kategori Interaksi Guru dengan Pelajar Dalam Kelas
  12. 12. xiiJadual 4.17 Jadual Hubungan Interaksi Antara Guru dengan 124 Pelajar Dalam Kelas Sejarah Tingkatan 2A di Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC)Jadual 4.18 Dapatan Jumlah Masa, Kekerapan dan 127 Peratusan bagi Kelas Tingkatan 2B berdasarkan Kategori Interaksi Guru dengan Pelajar Dalam KelasJadual 4.19 Jadual Hubungan Interaksi Antara Guru dengan 129 Pelajar Dalam Kelas Sejarah Tingkatan 2B di Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC)Jadual 4.20 Dapatan Jumlah Masa, Kekerapan dan 132 Peratusan bagi Kelas Tingkatan 2C berdasarkan Kategori Interaksi Guru dengan Pelajar Dalam KelasJadual 4.21 Jadual Hubungan Interaksi Antara Guru dengan 134 Pelajar Dalam Kelas Sejarah Tingkatan 2C di Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC)Jadual 4.22 Jadual Hubungan Interaksi Antara Guru dengan 137 Pelajar Dalam Kelas Sejarah Tingkatan 2A, 2B dan 2C secara keseluruhan bagi Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC)Jadual 4.23 Dapatan Jumlah Masa, Kekerapan dan 140 Peratusan bagi Kelas Tingkatan 2A berdasarkan Kategori Interaksi Guru dengan Pelajar Dalam KelasJadual 4.24 Jadual Hubungan Interaksi Antara Guru dengan 142 Pelajar Dalam Kelas Sejarah Tingkatan 2A di Sekolah Menengah Swasta Inggeris (SMSI)Jadual 4.25 Dapatan Jumlah Masa, Kekerapan dan 145 Peratusan bagi Kelas Tingkatan 2B berdasarkan Kategori Interaksi Guru dengan Pelajar Dalam Kelas
  13. 13. xiiiJadual 4.26 Jadual Hubungan Interaksi Antara Guru dengan 147 Pelajar Dalam Kelas Sejarah Tingkatan 2B di Sekolah Menengah Swasta Inggeris (SMSI)Jadual 4.27 Dapatan Jumlah Masa, Kekerapan dan 150 Peratusan bagi Kelas Tingkatan 2C berdasarkan Kategori Interaksi Guru dengan Pelajar Dalam KelasJadual 4.28 Jadual Hubungan Interaksi Antara Guru dengan 152 Pelajar Dalam Kelas Sejarah Tingkatan 2C di Sekolah Menengah Swasta Inggeris (SMSI)Jadual 4.29 Jadual Hubungan Interaksi Antara Guru dengan 155 Pelajar Dalam Kelas Sejarah Tingkatan 2A, 2B dan 2C secara keseluruhan bagi Sekolah Menengah Swasta Inggeris (SMSI)Jadual 4.30 Jadual Perbandingan Antara Empat Jenis Sekolah 158 Tentang Penerapan Unsur-unsur Patriotisme dalam Kelas Sejarah Tingkatan Dua
  14. 14. xiv SENARAI RAJAHNO. RAJAH TAJUK MUKA SURATRajah 2.1 Pengamalan Unsur-unsur Patriotisme 41 Melalui Mata Pelajaran Sejarah (Kerangka Konsep Trumay 2004)Rajah 2.2 Penerapan Unsur Patriotisme Melalui 43 Mata Pelajaran Sejarah
  15. 15. xv SENARAI LAMPIRANLAMPIRAN TAJUK A - Isi Kandungan Dalam Buku Teks Sejarah Tingkatan 2. B - Panduan Temu Bual Dengan Guru. C - Surat Kebenaran untuk Menjalankan Penyelidikan Ilmiah. D - Surat Kebenaran Membuat Kajian daripada Bahagian Perancangan Dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia. E - Surat Kebenaran Membuat Kajian daripada Jabatan Pelajaran Negeri Johor. F - Surat Pengesahan Status untuk Menjalankan Kajian Daripada Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia. G - Contoh Instrumen Kajian
  16. 16. BAB I PENDAHULUAN1.1 Pengenalan Di Malaysia, mata pelajaran Sejarah dalam Kurikulum Baru Sekolah Menengah(KBSM) adalah mata pelajaran teras yang wajib dipelajari oleh semua pelajar diperingkat sekolah menengah. Ini selaras dengan hasrat dan matlamat FalsafahPendidikan Negara (FPN) yang menekankan perkembangan yang seimbang danbersepadu dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Oleh itu, kemahiran sejarahbukan sahaja menuju ke arah pemerolehan ilmu pengetahuan tetapi juga ke arahperkembangan kemahiran belajar dan pemupukan serta penghayatan nilai-nilai(Kementerian Pendidikan Malaysia, 1989). Ketika menyusun matlamat dan kandungan Sukatan Pelajaran Sejarah negara, iaperlu diselaraskan dengan dasar pendidikan negara itu. Matlamat utama pendidikanSejarah di peringkat sekolah menengah seperti yang terkandung dalam SukatanPelajaran Sejarah Sekolah Menengah (Kementerian Pendidikan Malaysia, 1989) adalah‘untuk memupuk semangat setia negara dan perasaan bangga sebagai rakyat Malaysia.Melalui pengetahuan dan penghayatan sejarah tanah air, para pelajar akan dapatmemahami keadaan masyarakat dan negara dalam mewujudkan semangat perpaduan
  17. 17. 2dan kekitaan terhadap masyarakat dan negara sebagai suatu unit tunggal, mewujudkaningatan bersama terhadap sejarah sebagai rangka rujukan kesedaran kebangsaan danmemperkukuhkan semangat cintakan tanah air.’ Salah satu matlamat penting dasar pendidikan negara adalah untukmewujudkan suatu identiti bangsa atau sebagai alat untuk pembinaan bangsa.Pendidikan Sejarah dapat memainkan peranan sebagai alat pembinaan bangsaapabila digunakan dengan efektif dan bertanggungjawab (Hazri, 2003). Menurut MokSoon Sang (1998), selain daripada perkembangan potensi individu secara menyeluruhdan seimbang, adalah diharap juga, melalui proses pendidikan, Malaysia dapatmencapai matlamat pendidikannya seperti melahirkan rakyat yang bertanggungjawabdan boleh memenuhi kewajipannya sebagai seorang warganegara, melahirkan rakyatyang taat setia kepada Raja dan cinta kepada negara, melahirkan rakyat yangmemahami serta mengamalkan prinsip-prinsip Rukun Negara dan bersikap toleransi,demi wujudnya perpaduan rakyat berbilang kaum dan sebagainya. Dalam hal ini, Voss (1997) menekankan bahawa mata pelajaran Sejarah bolehdijadikan medium mendidik pelajar mengenai nilai-nilai murni melalui refleksi danpengajaran yang diperoleh hasil daripada pembelajaran mengenai peristiwa silam.Pendidikan Sejarah ialah asas penting dalam pembinaan bangsa Malaysia.Mempelajari Sejarah bukanlah semata-mata untuk mendapatkan pengetahuan tetapiboleh menjadi pedoman dan memberi iktibar kepada sesuatu bangsa tentang apa yangtelah berlaku. Apa yang berlaku perlu dinilai semula bagi tujuan merancang perubahanmasa depan (Hazri, 2003). Oleh sebab sejarah memberikan banyak pengajaran yangberkait dengan jatuh bangunnya sesuatu bangsa dan negara. Maka, Sejarah patutdijadikan garis panduan untuk pembinaan semula kedudukan dan kekuatan bangsa dannegara. Pembentukan warganegara Malaysia yang mempunyai semangat patriotikadalah berasaskan amalan ciri-ciri berikut (Kementerian Pendidikan, 1994): (a) Bersemangat cinta akan negara dan bangsa
  18. 18. 3Seseorang yang bersemangat cinta akan negara dan bangsa harus menunjukkan sifatatau amalan bertanggungjawab untuk mewujudkan kesejahteraan dan membawakemajuan kepada negara dan bangsa, berani dan sanggup mempertahankan kedaulatannegara dan bangsa serta sedia berkorban untuk negara dan bangsa.(b) Berbangga sebagai rakyat MalaysiaSebagai seorang rakyat Malaysia, seseorang itu haruslah mempertahankan danmenyanjung perlembagaan negara, menghormati raja dan pemimpin negara,menghormati lambang-lambang negara seperti bendera dan lagu kebangsaan,mengamalkan perlakuan yang bersopan dan bertatasusila serta mengenal danmenghayati warisan budaya tempatan.(c) Bersemangat kekitaanRakyat Malaysia perlu bersatu dan berharmoni, bertoleransi, bekerjasama dan tolong-menolong, hormat-menghormati, bersefahaman dan bermuafakat, mempunyaisemangat muhibah dan bersifat kasih sayang.(d) BerdisiplinRakyat yang berdisiplin adalah mereka yang mematuhi peraturan dan undang-undang,bertanggungjawab, bertindak secara wajar, bersifat ikhlas, jujur dan amanah, berlakuadil dan bertimbang rasa.(e) Berusaha dan produktifMereka yang berusaha dan produktif adalah mereka yang rajin, tekun dan gigih,berdikari, sentiasa mempertingkatkan usaha, tabah menghadapi cabaran, menyokong
  19. 19. 4dan melibatkan diri dalam usaha pembangunan negara, serta peka terhadap isu-isusemasa dalam dan luar negara seperti isu pemeliharaan alam sekitar. Melalui kajian ini, penyelidik cuba menimbulkan perhatian tentangpembangunan patriotisme dalam pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Sejarahdalam bilik darjah. Dalam perbincangan Bab 1, penyelidik mengenalpasti perkara-perkara yang merupakan asas yang membina bagi kajian ini. Perbincangan tersebutmerangkumi latar belakang masalah, pernyataan masalah, objektif kajian, persoalankajian, hipotesis, skop kajian, rasional kajian, kepentingan kajian, batasan kajian dandefinisi istilah.1.2 Latar belakang Masalah Sejak belakangan ini, terdapat pendapat yang mula membincangkan tentangpenglibatan generasi muda dalam aktiviti-aktiviti sosial yang boleh merosakkankeutuhan struktur masyarakat di negara ini. Golongan remaja didedahkan denganpenglibatan tidak sihat seperti penagihan dadah, masalah disiplin, vandalisme, blackmetal, kongsi gelap, penentangan terhadap status quo (melalui demonstrasi jalan),budaya mediokriti, apati dan sebagainya (Asmadi, Mas Juliana dan rakan-rakan, 2003).Sufean (1995) berpendapat pengukuran dan penilaian aspek afektif perlu dilakukankerana domain afektif mempengaruhi kebolehan individu turut serta dengan berkesandalam aktiviti-aktiviti masyarakat demokratik. Secara umum, nilai adalah sebagaipenentu dalam diri manusia yang seterusnya akan mempengaruhi pilihan dalamkehidupan dan menentukan tingkahlakunya. Pengajaran pembelajaran nilai merupakan komponen domain afektif dalamTaksonomi Pendidikan. Namun, kurikulum banyak menekankan aspek domain kognitifdan banyak mengabaikan domain afektif. Domain afektif dianggap perlu dipelajaridalam keluarga dan gereja sahaja (Ringness, 1975). Abd. Rahim (1993) berpendapatmasa yang serius berkait dengan nilai pada tingkah laku manusia tidak boleh dibiarkansebagai satu krisis berterusan. Langkah-langkah perlu diambil bagi mengatasi masalah
  20. 20. 5kemerosotan nilai kemanusiaan ini. Mengikut beliau, daripada nilai kelompok, bolehdiperolehi kebudayaan, ketamadunan dan satu cara baru hidup bersama. Abd. Rahim (1999) juga berpendapat pembelajaran Afektif adalah satu prosesmembangunkan perkembangan personal dan sahsiah, perkembangan emosional,kemahiran interpersonal dan sosial, kesedaran sosial dan moral, membangun danmengamalkan nilai-nilai hidup yang baik, membina prinsip, pegangan dan falsafahhidup yang berlandaskan nilai-nilai murni bagi membentuk insan yang seimbang, stabil,rasional, berwibawa, bertimbang rasa, berdedikasi dan bertanggungjawab sertamempunyai keyakinan dan kekuatan diri bagi menghadapi cabaran. Akan tetapi, masalahnya ialah lapisan masyarakat sering menuding jari kepadatanggungjawab sisitem pendidikan negara, apakah pendidikan yang diberikan tidakboleh membimbing mereka untuk menjadi generasi yang lebih cemerlang dari generasiyang ada sekarang. Usaha mencari jawapannya memerlukan penyelidikan empirikalsupaya dapat dibuktikan darjah tinggi atau rendah tahap pembangunan patriotisme dikalangan guru yang menghadapi pelajar yang mempunyai latarbelakang pendidikanyang berbeza, dan seterusnya mengesan hubungan interaksi antara guru Sejarah denganpelajar semasa pengajaran dan pembelajaran Sejarah dalam bilik darjah. M. Najib (1997) mengutarakan hasil pembelajaran di sekolah menengah adalahsalah satu jangkaan yang paling baik untuk menentukan pencapaian pelajar di tahapuniversiti. Terdapat tiga faktor yang penting dalam mempengaruhi ujian kognitifseseorang. Pertama, faktor persendirian seperti faktor motivasi, intrinsik atau ekstrinsik,sifat self-esteem dalam akademik dan sebagainya. Kedua, faktor luaran yang berkaitandengan kehidupan di universiti, keadaan sekeliling, rakan sebaya dan tempat dudukmereka. Manakala faktor ketiga ialah tanggapan. Dalam huraian M. Najib (1997) ‘Perception can be defined as interpretation of events in the light of the present context and past experience. If they expect to be successful , then they may work harder (highly motivated) to achieve that goal, influence by their need for achievement.’ (halaman 6)
  21. 21. 6 Ini bererti tanggapan boleh dijelaskan sebagai interpretasi terhadap sesuatuperistiwa dalam konteks semasa dan pengalaman yang lalu. Pelajar boleh mencapaikejayaan sekiranya mereka mendapat motivasi yang positif. Sekiranya tanggapan tersebut merujuk kepada konteks pembangunanpatriotisme dalam pengajaran mata pelajaran Sejarah di sekolah menengah,kemungkinan hasil pembelajarannya ialah para pelajar dapat mempraktikkan semangatmencintai negara seperti yang dihasratkan oleh Wan Mohd. Zahid (dalam kata alu-aluan buku teks Sejarah KBSM Tingkatan 1, 2004) bahawa diharapkan buku teksSejarah ini mampu melahirkan semangat cinta dan setia kepada negara di kalanganpelajar, dan seterusnya dapat membantu melahirkan generasi muda yang sentiasamempertahankan kedaulatan bangsa dan negara di samping berusaha memajukannegara kita. Masyarakat Malaysia adalah majmuk, terdiri daripada berbilang kaum yangmempunyai kebudayaan yang berbeza. Menurut Pye dan Verba (1965), identitikebangsaan ialah kepercayaan individu dan ia dikaitkan dengan bagaimana merekamemikirkan diri sendiri sebagai ahli dalam negara mereka. Wujudnya identitikebangsaan antara ahli-ahli dalam sesebuah negara ialah satu budaya di manaberdasarkan sempadan antara negara. Maka kita tidak harus dibiarkan keadaanperbezaan yang tidak sesuai dan mungkin menghalangkan perpaduan antara kaum.Falsafah Pendidikan Negara (Mok Soon Sang, 1988) menyatakan : Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertangungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. ( halaman 121)
  22. 22. 7 Guru-guru Sejarah memainkan peranan yang sangat penting dalam memupukminat di kalangan pelajar terhadap mata pelajaran sejarah dan seterunya menanam,menghayati dan mengamalkan unsur-unsur patriotik dalam kehidupan mereka. Guruyang dapat menunjukkan kualiti pengajaran yang baik, mementingkan kemajuan danpencapaian pelajar, dapat menjadikan pengajarannya menarik minat dan disukai pelajar.Ini merupan asset yang penting kepada sekolah. Menurut Tyler (Kamaruddin dan Hazil,1991) Guru boleh menyediakan pengalaman pendidikan dengan menyediakan alam sekeliling dan menstruktur keadaan untuk meransang tindak balas yang diinginkan. Ini bermakna bahawa guru perlu memahami minat dan latar belakang murid supaya dia boleh meramalkan bahawa murid boleh bertindak dengan sewajarnya dalam satu keadaan tertentu; dan lagipun ia akan mengakibatkan tindakbalas yang dikehendaki. (halaman 54) Dalam dunia sebenar, perhubungan antara guru dengan pelajar terjalin semasaproses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas. Pengajaran guru dalammenyampaikan bahan pengajaran memberi kesan yang mendalam terhadap pelajarnya.Menurut M. Najib (1997 ) : An earlier study by Steven (1912) found out that 64 percent class activity was by teachers. They gave questions at a rate of two to four questions per minute or 395 questions per day. Flanders (1963) found out that two thirds of all lessons observed was talk, two third of this talk was by the teacher and two third of the teachers talk was lecture. Wragg (1973) found out that 65 percent of all lessons observed was talk, 75 percent of this talk was by the teacher and 63 percent of teachers talk was lecture. (halaman 48) Kajian-kajian awal seperti Steven, Flanders dan Wragg mendapati kebanyakanpengajaran dan pembelajaran (P&P) dalam bilik darjah adalah komunikasi secara lisan.
  23. 23. 8 Kajian awal ini menunjukkan kebanyakan guru mengajar dengan cara memberisyarahan. Proses komunikasi dalam bilik darjah sepatutnya adalah sumber mesejseperti guru, pelajar, sekumpulan pelajar atau seluruh kelas dengan menghantar mesejitu sendiri melalui dua saluran sama ada secara verbal atau bukan verbal kepadapenerimanya iaitu guru, pelajar, sekumpulan pelajar atau seluruh kelas dengankemungkinan memberi maklumbalas secara komunikasi verbal atau bukan verbal.(Cohen dan Manion, 1981). Maka guru memainkan peranan dalam mempengaruhi ideapelajar-pelajar tentang isu-isu yang berkaitan dengan mata pelajaran yang diajar. Sejajar dengan idea kajian lepas yang disebut di atas, adalah perlu memeriksadari semasa ke semasa tentang pengajaran guru terutama dalam konteks pengajaransejarah tentang patriotisme. Penyelidik berpendapat masyarakat di Malaysia sama adaguru-guru, institusi-institusi pendidikan, pelajar-pelajar, ibu bapa atau masyarakatumum harus meningkatkan tahap kesedaran tentang cara penyampaian pengajaranmempengaruhi hasil pembelajaran dan perubahan yang positif perlu ada untukmendapat hasil pembelajaran yang positif. Oleh sebab guru sendiri terlibat secaraformal dalam sistem pendidikan formal maka diharapkan kajian ini memberikefahaman yang jelas agar guru-guru mengambilnya sebagai panduan dalam rutinmereka. Wawasan 2020 merupakan satu cetusan pemikiran untuk menjadikan Malaysiasebagai sebuah negara maju mengikut acuannya sendiri. Kemajuan yang dicita-citakanialah untuk mencapai kemajuan yang sempurna dari segi nilai moral dan etika yangkukuh, demokrasi, liberal, bertolak ansur, penyayang, adil serta dinamik dan tidaksemata-mata diukur dari segi pencapaian lahiriah atau fizikal (Trumay, 2004). Daripada sembilan cabaran Wawasan 2020 ini, cabaran pertama merupakancabaran yang paling utama dan paling asas iaitu membentuk negara bangsa yangbersatu padu serta menyanjung masa depan yang dikongsi bersama. Iaitu bangsaMalaysia mestilah sejahtera, menikmati kehidupan bersama yang sepenuhnyaberasaskan sebuah “Bangsa Malaysia” dengan rasa taat setia dan pengabdian yang tidakberbelah bagi terhadap bangsa (Yusof, 2001). Cabaran kedua dan keempat pula
  24. 24. 9menyeru agar dapat membentuk sebuah masyarakat yang kukuh ciri-ciri moral danetika, dengan para warganya mempunyai kerohanian yang utuh dan diunjangi oleh budipekerti yang luhur, yakin akan dirinya sendiri, bangga akan keadaannya kini dan cukuptangkas untuk menghadapi segala macam rintangan. Dalam usaha menghadapi cabaran di atas, lapisan masyarakat sedang berjuangdengan kemelut sosial yang dihadapi oleh remaja hari ini. Sistem pendidikan, cabaranWawasan serta pembangunan sumber manusia yang cuba diadun dan dicanai agarmampu melahir tenaga manusia yang kompeten dan berjiwa murni seolah-olah dikejutoleh masalah keruntuhan sosial di kalangan remaja sedangkan mereka ini adalahpenentu kejayaan masa depan negara (Haminah, 1999). Remaja merangkumi lebih separuh daripada keseluruhan penduduk di Malaysia.Oleh kerana bilangannya ramai, maka masalah yang berkaitan, dengan kelompok inijuga banyak (Mahmood, 1994). Data statistik banyak menunjukkan bahawa keruntuhanakhlak di kalangan remaja di negara ini adalah semakin serius. Mengikut PenolongPenguasa Siasatan Jenayah Bukit Aman (Berita Harian, 22 September 1993), di antaratahun 1990 dan 1992 sahaja, seramai 37,602 individu ditahan bagi kesalahan jenayahharta benda serta kekerasan. Daripada jumlah ini, seramai 3,450 atau 9.17% adalahremaja. Mengikut sumber akhbar Utusan Malaysia (4 Ogos 1993), ramai di kalanganremaja yang rosak akhlak adalah mereka yang masih berada di bangku sekolah.Umpamanya, pada tahun 1991 sahaja, 124 pelajar ditangkap kerana terlibat denganpelbagai kegiatan jenayah dan bilangan yang ditangkap ini meningkat dari tahun ketahun. Berdasarkan statistik yang terkumpul, kes-kes jenayah yang membabitkanremaja meningkat dengan ketara di antara tahun-tahun 1990 hingga 1992. Pada tahun1990, sebanyak 657 kes dicatatkan, diikuti dengan 830 kes pada tahun 1991 dan 1487kes pada tahun 1992. Jenayah yang dilakukan oleh para remaja bukan hanya berlaku dikawasan bandaraya atau bandar-bandar besar sahaja, malah di merata negara.
  25. 25. 10 Lebih memeranjatkan lagi ialah masalah dadah juga nampak tidak reda.Berdasarkan perangkaan terbaru Pasukan Petugas Anti dadah (PPAD), daripada 7,980penagih baru yang dikesan dalam tempoh Januari hingga September tahun 1995,seramai 1,311 orang atau 16.4 peratus adalah berusia antara 13 hingga 19 tahun (BeritaHarian, 5 Februari 1996). Akhbar Utusan Malaysia (27 Mac 1996) juga menunjukkankeputusan kajian di seluruh negara oleh Kementerian Belia dan Sukan pada Januari1994 ke atas 5,860 remaja menunjukkan terdapat 71 peratus merokok, 40 peratusmenonton video lucah, 28 peratus berjudi, 25 peratus minum arak dan 14 peratusmengambil dadah. Masalah penggunaan dadah, lepak, Aids, bohsia yang membelenggukumpulan umur belia produktif dan remaja sekolah, adalah isyarat bahawapembentukan sahsiah tidak ditangani dengan sempurna, sedangkan alam kehidupansedang berubah dengan kencang. Lebih merisaukan ialah sehingga tahun 2000 hingga2001, isu-isu keruntuhan akhlak remaja tidak berpulih malah terus berleluasa. Dari hakikat ini boleh membuat satu kesimpulan bahawa sikap rakyat atauremaja khasnya masih menimbulkan persoalan. Meskipun rakyat mengaku danmenyuarakan taat setia yang tidak berbelah bagi kepada negara Malaysia namunwujudnya satu hakikat perpaduan yang kukuh di kalangan rakyat yang pelbagaiketurunan itu masih belum dapat diakui lagi. Inilah soal yang amat penting untukdiselesaikan dari sekarang. Menurut Abd. Rahim (2001), faktor yang menyebabkanwujud perkara di atas adalah asas pengetahuan sejarah bangsa, agama dan negara yangkurang, sikap yang negetif, mudah terpengaruh dan terperdaya, pengawasan ibu bapayang semakin berkurangan, masyarakat yang bertambah individulistik serta tumpuanpendidikan Agama dan Moral yang merosot. Begitu juga melalui subjek Sejarah yangtelah termaktub unsur-unsur patriotisme yang perlu diajar di sekolah, tentu sekali tidakdapat ‘melarikan diri’ daripada tanggungjawab ini. Menurut Wong (2005), isu kelunturan semangat nasionalisme di kalangangenerasi muda hari ini kerana kurangnya kesedaran di kalangan mereka mengenaicabaran-cabaran yang perlu dihadapi oleh mereka bagi menjalankan tanggungjawabsebagai warganegara. Ini kerana mereka adalah generasi yang lahir selepas merdeka
  26. 26. 11dan menikmati segala peluang yang tersedia tanpa menyedari pahit jerih yang terpaksadiharungi oleh generasi terdahulu dalam perjuangan mereka bagi memastikankesenangan ini dapat dinikmati oleh anak cucu mereka. Ia juga mencetuskankewujudan ‘budaya selesa’ (complacent culture) di kalangan generasi muda hari ini.Segala kemewahan dan kemudahan yang diperuntukan oleh keluarga dan negaramenyebabkan mereka tidak rasa terancam oleh kemajuan dan pencapaian negara ataubangsa lain. Budaya ini menjerumuskan sebahagian daripada generasi muda hari inidalam masalah sosial yang serius. Bagi melahirkan satu bangsa yang tulen digelar bangsa Malaysia yang mampumenunjukkan identiti tersendiri untuk bertanding dengan bangsa atau negara lain,rakyat yang berkongsi satu ciri semangat patriotik amat penting untuk menonjolkanidentiti bangsa negara. Unsur-unsur patriotisme itu mestilah dapat memberikan bangsaMalaysia satu keperibadian yang tersendiri dan sekaligus memungkinkannya berdiridan berkembang sebagai sebuah bangsa moden yang mampu menuntut tempatnya dikalangan bangsa-bangsa lain di dunia kini dan masa depan. Pada peringkat remaja, seseorang individu mengalami perubahan yang amatpesat sekali, sama ada dari segi fizikal, emosi mahupun sosial. Pada zaman inilah pararemaja mula terdedah kepada alam luas di luar rumah, malah persekitaran ini sudahmerupakan rumah kedua kepada mereka. Remaja juga belajar banyak perkara yangtidak semuanya datang dari ibu bapa tetapi kebanyakannya daripada persekitaran sosialyang mana ia membesar. Pada tempoh-tempoh inilah para remaja mula mengubahtingkah laku, sikap dan nilai, malahan seluruh cara hidup daripada alam kanak-kanakkepada alam yang lebih matang dan dewasa (Bettleheim, 1950). Oleh itu, remaja harusdilihat dari segi satu tempoh peralihan yang panjang, yang mana perjalanannya tidaksemestinya bebas dari tekanan dan pelbagai halangan konflik kehidupan (Chais, 1976). Berdasarkan Taksonomi Bloom, domain afektif yang memberi tumpuan kepadaunsur-unsur kesedaran, sensitiviti, sikap, pertimbangan, emosi, pendirian dansebagainya bertujuan mengembangkan pemikiran moral dan aspek-aspek kemanusiaan
  27. 27. 12kepada pelajar (Atan, 1981). Justeru itu, peranan guru sebagai pemupuk nilai dalampengajarannya adalah cukup penting. Melalui pemupukan semangat patriotisme inisangat penting untuk memantapkan diri pelajar dari segi ketahanan mental, fizikal danemosi yang akan membolehkan seseorang itu mampu dan berupaya menghadapi segalabentuk cabaran. Kekurangan nilai patriotisme dalam diri pelajar akan memberikankesan kepada rendahnya semangat juang dan semangat jati diri dalam diri mereka yangmenyebabkan ada sesetengah daripada mereka mudah menyerah kalah dan tundukkepada sesuatu tekanan (Abd. Rahim, 1999). Pernyataan di atas jelas menunjukkan pendidikan adalah pembentukanpemikiran dan sikap seseorang individu, dan bukan hanya menyampaikan ilmu kepadaindividu untuk menghadapi peperiksaan. Dalam konteks Malaysia hari ini, denganbersangka baik kepada mata pelajaran Sejarah, bahawa ia berkesan bagi yangmengikutinya, ada baiknya jika patriotisme diberikan perhatian, penekanan danpendekatan baru, iaitu untuk membantu dan menyokong mata pelajaran Sejarah(Utusan Malaysia, 22 September 2000). Manfaat yang diperoleh oleh seorang individudari sistem pendidikan yang diterima seharusnya terkandung juga menjadi rakyat yangbersemangat patriotik terhadap negara.1.3 Penyataan Masalah Kurangnya semangat patriotik di kalangan generasi muda hari ini merupakansalah satu sebab yang menyebabkan sebahagian daripada mereka lebih cenderungkepada aktiviti yang tidak berfaedah, seperti terlibat dalam budaya hedonisme(mementingkan hiburan / keseronokan ) dan sebagainya kerana jiwa mereka kosongdari segi nilai dan rasa kecintaan kepada agama, bangsa dan negara (Ahmad, 2004).Kajian ini ingin menyelidik tahap pembangunan dan tahap penerapan patriotismedalam bilik darjah semasa pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Sejarahtingkatan 2 dengan membandingkannya antara sekolah menengah kerajaan dengan tigasekolah menengah persendirian yang berlainan alirannya di daerah Johor Bahru.
  28. 28. 131.4 Objektif Kajian Secara amnya, objektif kajian ini adalah melihat perlakuan pembangunan danpenerapan nilai patriotisme dalam proses pengajaran dan pembelajaran Sejarah diSekolah Menengah Kebangsaan dan Sekolah Menengah Persendirian yang berlainanaliran. Objektif khusus dalam kajian yang dijalankan adalah: i) Mengenalpasti kekerapan berdasarkan jenis interaksi antara guru dengan pelajar mengikut kategori dalam kelas Sejarah tingkatan 2 di empat jenis sekolah. ii) Mengenalpasti masa yang diperuntukkan untuk interaksi antara guru dengan pelajar mengikut kategori dalam kelas Sejarah tingkatan 2 di empat jenis sekolah. iii) Mengenalpasti pembangunan nilai-niai patriotisme dalam pengajaran Sejarah tingkatan 2 di empat jenis sekolah. iv) Mengenalpasti penerapan nilai-nilai patriotisme dalam pengajaran dan pembelajaran Sejarah tingkatan 2 di empat jenis sekolah. v) Membandingkan pembangunan nilai-nilai patriotisme dalam pengajaran Sejarah tingkatan 2 antara empat jenis sekolah. vi) Membandingkan penerapan nilai-nilai patriotisme dalam pengajaran dan pembelajaran Sejarah tingkatan 2 antara empat jenis sekolah.
  29. 29. 141.5 Persoalan Kajian i) Apakah jenis interaksi antara guru dengan pelajar mengikut kategori dalam pengajaran dan pembelajaran kelas Sejarah tingkatan 2 di empat jenis sekolah? ii) Berapa lamakah guru memperuntukkan masa untuk menyerapkan unsur-unsur patriotisme dalam pengajaran dan pembelajaran kelas Sejarah tingkatan 2 di empat jenis sekolah? iii) Apakah bandingan tahap pembangunan nilai-nilai patriotisme dalam pengajaran dan pembelajaran kelas Sejarah tingkatan 2 di empat jenis sekolah? iv) Apakah bandingan tahap penerapan nilai-nilai patriotisme dalam pengajaran dan pembelajaran kelas Sejarah tingkatan 2 di empat jenis sekolah?1.6 Rasional Kajian Banyak kajian tentang penerapan nilai-nilai murni dalam mata pelajaran sepertisains, matematik dan sebagainya. Sesetengah kajian dijalankan secara analisiskandungan buku teks Sejarah tentang penyerapan nilai-nilai murni. Walaubagaimanapun, dalam buku Sejarah tingkatan 2, para panel penulis menyatakan hasratmereka terhadap buku tersebut supaya “mampu melahirkan generasi cemerlang yangdapat mengaplikasikan nilai dan iktibar dalam sejarah, serta menjadi pemangkin kearah pemupukan semangat patriotik di kalangan rakyat Malaysia.” Soal tentangpembangunan patriotisme mempengaruhi kehidupan harian setiap lapisan masyarakat.Kajian-kajian lepas tidak banyak menyoal tentang proses kehidupan seharian kitaseperti aktiviti dalam sekolah atau kelas. Ramai antara pelajar-pelajar ini yang
  30. 30. 15merupakan tunggak negara dan tingkahlaku mereka amat mempengaruhi arah tujuannegara. Sekolah merupakan satu agen yang penting dalam mensosialisasikan kanak-kanak yang bakal membimbing negara. Tiba masanya peranan guru sebagai agen yang penting dalam menyalurkankesedaran pembangunan patriotisme untuk kepentingan pembangunan negara danmasyarakat. Selain itu, kajian ini dapat menyedarkan guru, sekolah dalammelaksanakan penerapan nilai seiring dengan kehendak Falsafah Pendidikan Negara.1.7 Kepentingan Kajian Kajian ini banyak memberi manfaat kepada guru-guru sejarah, guru-guru danpegawai pendidikan serta bermanfaat kepada Kementerian Pendidikan Malaysia dalammenyususn semula kurikulum dan perancangan pendidikan agar mewujudkan suasanapengajaran dan pembelajaran yang kondusif dan dapat mencapai matlamat pendidikanMalaysia. Berdasarkan Emile Durkheim dalam Kamaruddin dan Hazil (1991) yangmenyatakan bahawa “setiap masyarakat daripada setiap perkembangannya mempunyaisistem pendidikannya yang tersendiri dan mempengaruhi individu dalam masyarakatitu.” Bagi guru-guru Sejarah, kajian ini membantu mereka menyedari sejauhmanamereka telah melaksanakan proses penerapan nilai patriotisme berdasarkan SukatanPelajaran kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah Mata Pelajaran Sejarah (Semakan2003). Seandainya hasil kajian ini dapat memberi maklumat kepada guru-guru laintentang caranya atau kesedaran sesuatu nilai diterap dengan sepenuhnya dalampengajaran sesuatu mata pelajaran. Maklumat ini akan menjadi panduan kepada merekademi menyusun strategi dalam melaksanakan proses pengajaran dan pembelajarandalam bidang masing-masing.
  31. 31. 16 Bagi pensyarah maktab perguruan, dapatan kajian ini dapat memberi maklumbalas sama ada penerapan unsur patriotisme telah dilaksanakan seperti mana yangdiharapkan. Sekiranya aspek ini tidak dapat dilaksanakan oleh guru-guru atau guru-guru pelatih, mungkin dapat dikenal pasti masalah dan dapat pula difikirkan cara untukmengatasinya. Di samping itu, kepada Bahagian Pendidikan Guru, kursus-kursus dalamperkhidmatan berkaitan penerapan unsur patriotisme mungkin perlu diadakan bagimemantapkan lagi penerapan unsur ini dalam pengajaran dan pembelajaran khususnyamata pelajaran Sejarah. Kajian ini juga berguna kepada Kementerian PendidikanMalaysia agar dapat menyusun dan menilai semula keberkesanan pengajaran danpembelajaran mata pelajaran Sejarah dalam mencapai matlamat pembangunanpatriotisme di kalangan pelajar. Dapatan kajian ini juga dapat digunakan oleh pihak kerajaan, pihak swasta ataupertubuhan bukan kerajaan untuk mengenalpasti sama ada terlaksana atau sebaliknyapenerapan nilai patriotisme dalam organisasi mereka.1.8 Skop dan Batasan Kajian Pada keseluruhannya, skop dan batasan kajian ini adalah difokuskan kepadamengenalpasti tahap patriotisme di kalangan pelajar sekolah menengah danmengenalpasti tahap penerapan nilai patriotisme dalam pengajaran mata pelajaranSejarah berdasarkan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (1989). Sampel kajian ini di ambil di daerah Johor Bahru untuk mewakili keseluruhan
  32. 32. 17populasi kerana keadaannya sama dengan bandar-bandar lain di Malaysia yang pesatdengan proses migrasi. Kajian ini mengambil 4 buah sekolah untuk mewakili 4 jenissekolah di Johor Bahru iaitu Sekolah Menengah kebangsaan (SMK) yang dibiayaisepenuhnya oleh kerajaan, Sekolah Menengah Islam (SMI), Sekolah MenengahPersendirian Cina (SMPC) dan Sekolah Menengah Swasta Inggeris (SMSI) yangmerupakan sekolah swasta. Pengkaji hanya mengambil kira aspek dari segi kelayakanguru, proses latihan guru, kemudahan-kemudahan asas sekolah seperti bangunan, bilikdarjah, peralatan mengajar dan buku teks yang lebih kurang sama sebagai penilaiandalam kajian ini. Tumpuan pengkaji adalah pada proses pengajaran dan pembelajarandalam kelas Sejarah tingkatan 2. Akhirnya, pengumpulan data tidak menggunakan soal selidik sama ada secaraindividu ataupun secara kumpulan antara pengkaji dengan pelajar kerana pengkaji-pengkaji lain telah banyak menyumbang data dari soal selidik dalam bidang kajianyang sama. Tambahan pula, adalah sukar untuk memperuntukkan masa dan ruanguntuk tujuan mentadbir soal selidik disamping menjalankan sesi pemerhatian yangmengambil masa yang lama.1.9 Definisi Istilah1.9.1 Patriotisme Menurut Abd. Rahim (1999), patriotisme pada umumnya boleh dikaitkandengan semangat, perasaan, sikap, kesedaran, idealisme yang menyentuh soal-soalkebangsaan, kenegaraan, tanggungjawab, perjuangan, pengorbanan, kecintaan,kesetiaan, ketahanan diri dan sumbangan warganegara terhadap negara bangsa danagama. Patriotisme merupakan unsur ketahanan nasional yang amat penting bagimeningkatkan komitmen dan tanggungjawab rakyat terhadap bangsa dan negara.Unsur-unsur patriotisme diterapkan untuk melahirkan rakyat Malaysia yangbertanggungjawab, bersemangat kekitaan, berdisiplin, berusaha dan produktif ke arah
  33. 33. 18mencapai matlamat dan aspirasi Negara. Dalam garis panduan yang termaktub dalamHuraian Sukatan Pelajaran Sejarah Tingkatan 2 (2003), unsur-unsur dalam patriotismetermaktub seperti dibawah: a) Berbangga Sebagai Rakyat Malaysia i. Menghormati raja dan pemimpin negara ii. Menghargai jasa dan perjuangan tokoh-tokoh negara iii. Menghormati lambang-lambang negara (seperti bendera, lagu kebangsaan, jata negara) iv. Menjaga dan mempertahankan maruah bangsa dan negara v. Menghargai dan mengamalkan tradisi dan budaya bangsa vi. Berbangga dengan sejarah negara b) Bersemangat Setia Negara i. Cinta akan bangsa dan negara ii. Taat dan setia kepada raja dan pemimpin negara iii. Sedia berkorban untuk bangsa dan negara iv. Bertanggungjawab kepada bangsa dan negara v. Berani dan sanggup mempertahankan kedaulatan bangsa dan negara vi. Peka kepada masalah dan isu tentang bangsa dan negara vii. Bersyukur sebagai warganegara Malaysia c) Bersemangat Kekitaan i. Bersatupadu dan berharmoni ii. Bertolak ansur dan bertoleransi iii. Bekerjasama dan tolong menolong iv. Hormat menghormati v. Bersefahaman dan bermuafakat
  34. 34. 19 vi. Mihibbah atau semangat bermasyarakat d) Berdisiplin i. Berakhlak dan berbudi pekerti mulia ii. Mempertahankan dan menjunjung Perlembagaan Negara iii. Mematuhi peraturan dan undang-undang iv. Berkelakuan sopan, bertatasusila dan berhemah tinggi v. Bertindak wajar vi. Bersifat amanah dan jujur vii. Berlaku adil dan bertimbang rasa e) Berusaha dan Produktif i. Rajin dan gigih ii. Berdikari iii. Tabah menghadapi cabaran iv. Menyokong dan melibatkan diri dalam usaha pembangunan v. Berganding bahu membangunkan negara vi. Berilmu dan berketrampilan1.9.2 Pembangunan Nilai-nilai Patriotisme Tokoh-tokoh sosiologi atau ahli sains sosial abad ke-19 seperti Comte (1798-1857), Marx (1818-83), Spencer (1820-1903), Durkheim (1858-1917) dan Weber(1864- 1920), umumnya telah menggunakan konsep pembangunan untuk menerangkantentang sejarah manusia dan perubahan yang dialaminya secara berperingkat ke arahkemajuan. Ramai ahli teori pembangunan menganggap perubahan sikap dan nilaiindividu wajib menyumbangkan satu masyarakat, sistem politik dan ekonomi yangmoden (Alejandro, 1975). Pembangunan nilai-nilai patriotisme di sini berertipenyampaian atau persembahan guru Sejarah kepada nilai-nilai positif dari aspekunsur-unsur patriotisme di atas yang membawa kepada tamadun manusia.
  35. 35. 201.9.3 Penerapan Erti penerapan dalam Kamus Dewan (1991) adalah penyerapan, pemantapannilai. Pengukurannya dibuat dengan cara memerhatikan tingkahlaku, tindakan,keperibadian individu dalam menjalankan berbagai-bagai aktiviti (Sufean, 1995). Nilaiadalah idea tentang kepentingan, faedah, mutu dan kebernilaian tentang segala-galabenda, perkara dan fenomena yang terdapat dan berlaku di dalam alam semesta ini.Oleh itu, penerapan nilai dalam kajian ini merujuk kepada komunikasi lisan antara gurudengan pelajar secara dua hala yang menyentuh tentang unsur-unsur patriotisme.1.9.4 Sejarah Menurut M.Yusof (2000), perkataan Sejarah disamakan dengan perkataanhistory (bahasa Inggeris) yang pada asasnya berasal daripada perkataan Yunani purba,historia yang bererti penyelidikan. Tetapi penyelidikan itu bukanlah tentang peristiwasilam sahaja, malah tentang peritiwa semasa ataupun sezaman. Sidi Ghazalba (1966)melihat tahap-tahap tentang perubahan tanggapan terhadap sejarah dan lantas maknaistilah sejarah itu menerusi tahap-tahap perkembangan budaya (Melayu/Indonesia)melalui proses akulturasi dengan Islam dan Barat dari sejak kurun ke-13 dan ke-15.Pada keseluruhannya, sejarah membawa kita mengenali jati diri atau asal usul bangsakita serta boleh menanamkan sifat cintakan bangsa dan setia kepada negara.1.9.5 Mata Pelajaran Sejarah Tingkatan 2 Mata Pelajaran Sejarah Tingkatan 2 adalah berdasarkan Sukatan Pelajaran danHuraian Sukatan Pelajaran Sejarah Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM),pada asasnya, pengajaran mata pelajaran Sejarah Tingkatan 2 adalah berpandukan bukuteksnya. Buku ini mengandungi lapan bab yang disusun secara kronologi berdasarkan
  36. 36. 21dua tema dalam Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran Pelajaran Sejarahperingkat Menengah Rendah. Bab satu hingga enam ditulis berdasarkan tema Kemakmuran dan KekayaanNegara Kita Menarik Kuasa Luar untuk Menjajah. Tema ini mengisahkan pertapakan,perluasan pengaruh dan penjajahan British di Negara kita. Bagi tujuan membolot sertamengaut kekayaan Negara, pihak British telah memperkenalkan ekonomi dagangan danmembuat perubahan dalam pelbagai bidang. Bab tujuh dan bab lapan pula ditulis berdasarkan tema Tindak Balas MasyarakatTempatan terhadap Penjajahan British. Tema ini memerihalkan kebangkitan rakyatuntuk membebaskan tanah air dari belenggu penjajahan pihak British sebelum PerangDunia Kedua. Perjuangan telah dicetuskan dan digerakkan oleh pemimpin dan tokoh-tokoh tempatan, golongan intelektual serta pertubuhan tertentu di tanah air (RujukLampiran A).1.9.6 Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sekolah bermakna tempat menerima ilmu pengetahuan, tempat untuk belajar(murid-murid) dan mengajar (cikgu), tempat menerima dan memberi pelajaran(Ensiklopedia Malaysiana, 1996). Kebangsaan bermakna yang berkaitan dengan negarasecara keseluruhan, nasional. Menurut Mok Soon Sang (1998), murid-murid melangkahdarjah secara automatik tiap-tiap tahun, dari sekolah rendah ke sekolah menengahsehingga tingkatan tiga. Semua mata pelajaran di sekolah menengah disampaikandalam bahasa Malaysia kecuali bahasa ibunda dan bahasa Inggeris. Murid-muridmenghadapi peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) pada hujung Tingkatanlll. Pelajar-pelajar dikehendaki mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)pada akhir Tingkatan V. Pelajar-pelajar di Sekolah Menengah Kerajaan menerima satukurikulum yang standard iaitu Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) dansemua perbelanjaan sekolah dibiayai oleh kerajaan.
  37. 37. 221.9.7 Sekolah Menengah Swasta Inggeris (SMSI) Menurut Ensiklopedia Malaysiana (1996), swasta bermakna badan atauorganisasi yang dimiliki oleh pihak persendirian (bukan milik kerajaan). SekolahMenengah Swasta mengikut Abdullah (1988), menggunakan kurikulum kebangsaaniaitu Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) dan menggunakan BahasaMalaysia sebagai bahasa pengantar utama. Bahasa-bahasa lain adalah dibenarkandigunakan sebagai bahasa kedua. Walau bagaimanapun, sekolah menengah swasta initelah menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa perantaraan di sekolah ataskepentingan nilai komersial. Contohnya Sekolah Sri Murni (Menengah), SekolahMenengah Sri Cempaka dan sebagainya. Di Johor Bahru, contoh sekolah ini ialahSekolah Menengah Omega.1.9.8 Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC) Menurut Abdullah (1988), satu lagi kategori sekolah menengah swastasepenuh masa ialah sekolah-sekolah menengah Cina swasta yang menggunakankurikulum persendirian dan bahasa cina digunakan sebagai bahasa pengantar utamanya.Pelajar-pelajar disediakan bagi mengambil peperiksaan PMR, SPM dan STPM. ContohSekolah Menengah Han Chiang (Pulau Pinang) dan sekolah menengah Foon Yew(Johor Bahru). Kebanyakan guru yang mengajar di sekolah ini merupakan graduan dariTaiwan dan sebahagiannya graduan dari Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA).Menurut Teo (2005), sekolah ini dikelola oleh orang awam bangsa Cina tempatan.Mereka menggunakan kurikulum yang disediakan oleh pihak MICSSWC (MalaysiaIndependent Chinese Secondary School Working Committee). Kesemua pelajar akanmenduduki peperiksaan UEC yang diselaraskan oleh pihak MICSSWC dan peperiksaanPMR serta SPM yang dikendali oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.
  38. 38. 231.9.9 Sekolah Menengah Islam (SMI) Manakala Suffean (1996) dalam bukunya ‘Pendidikan di Malaysia’ menyatakandi Semenanjung, orang Melayu Islam yang dipelopori dan dipimpin oleh Kaum mudayang berfahaman moden telah menunjukkan usaha positif membina sekolah agamaMadrasah yang mempunyai pendidikan menengah dalam tahun-tahun 1930-an hingga1950-an. Pemimpin-pemimpin Kaum Muda menyedari bahawa pendidikan menengahdan tinggi adalah penting untuk kemajuan orang Melayu dalam bidang politik danekonomi. Dalam sistem pembelajaran ini, Sekolah Menengah Islam (SMI) yangmenggunakan kurikulum KBSM disamping menekankan aspek keagamaan sepertiPendidikan Quran dan Sunnah serta pendidikan Syariah Islamiah. Pelajar mendudukipeperiksaan awam iaitu Penilaian Menengah Rendah (PMR) atau Sijil PelajaranMalaysia (SPM) dan juga Sijil Khas Agama (SKA). Sekolah Menengah Islam (SMI) berbeza dengan Sekolah Menengah Agama(SMA) yang ditubuhkan oleh kerajaan. Sekolah Menengah Islam (SMI) dimiliki,dibiayai dan ditadbir oleh pihak swasta dan dikelola sepenuhnya di bawah AhliLembaga Pengelola Sekolah masing-masing. Pendaftarannya adalah melalui JabatanPendidikan Negeri (JPN) dan Jabatan Agama Islam (JAIS) di negeri masing-masing.Guru yang mengajar terbahagi kepada aliran universiti tempatan dan aliran universitiagama dari luar negeri seperti Mesir, negara-negara Arab dan sebagainya.
  39. 39. BAB II SOROTAN KAJIAN2.1 Pengenalan Bab ini menghuraikan kepentingan-kepentingan aktiviti pengajaran danpembelajaran yang boleh menimbulkan semangat patriotisme di kalangan pelajar.Seterusnya juga akan membincangkan pendekatan teori dan kajian lepas yang berkaitansama ada dari dalam atau luar negeri. Selain itu, beberapa dapatan dan maklumat dari pelbagai sumber yangdifikirkan berkaitan sama ada dari dalam atau luar negeri juga akan dibincangkantermasuk peranan guru dalam pembangunan dan penerapan unsur patriotisme semasapengajaran dan pembelajaran dijalankan. Sorotan karya ini akan membantu penyelidikdalam pembentukan kerangka kajian bagi menentukan sama ada wujud korelasi antarajenis sekolah dengan pembangunan dan penerapan unsur patriotisme dalam kelas matapelajaran Sejarah Tingkatan 2 di sekolah-sekolah menengah di Malaysia.2.2 Definisi Konsep Pembangunan Patriotisme Patriotisme adalah perasaan cinta yang kuat terhadap tanah air (Kamus Dewan).Sementara Pengerusi Pemodalan Nasional Berhad (PNB), Tan Sri Ahmad Sarjimenyatakan bahawa definisi patriotisme sentiasa berubah dari semasa ke semasa. Dulu
  40. 40. 25menurutnya definisi patriotisme bermaksud mengangkat senjata untuk menentangpenjajah bagi memerdekakan negara. Kemudian definisi itu berubah kepada merekayang berusaha mengisi kemerdekaan negara serta mesti setia kepada negara sertamempertahankannya. Sekarang patriotisme bermaksud sesiapa sahaja yangmenyumbangkan bakti mereka kepada negara dalam apa bidang sekalipun yangdianggap baik (Utusan Malaysia, 15 Januari 1999). Patriotisme mempunyai perkaitanyang rapat dengan ideologi dan ia sukar dipisahkan dari individu yang mempunyaisemangat patriotik yang kental. Nasionalisme adalah ideologi dalam bentuk teori danjika dilaksanakan dalam bentuk aktiviti pula ia dikenali sebagai patriotisme. Namunbegitu, patriotisme adalah perlakuan atau gerakan melahirkan komitmen dan kesetiaankepada sesebuah bangsa dan negara (Zubedah, 1999). Manakala Kateb (2000) berpendapat bahawa patriotisme merupakan satukesediaan untuk berkorban sehingga sanggup mati demi sesebuah abstraksi. Konsep iniadalah mempamerkan kecintaan di dalam diri seseorang tanpa sempadan. Ini berbezadengan pendapat Ilmuan Islam yang diutara oleh Siddiq (1998), patriotisme membawamaksud cinta dan tanggungjawab yang dirasai oleh seseorang terhadap jiran, kaum danwilayahnya. Dalam konteks ini, patriotisme adalah lebih menyeluruh dan merangkumipelbagai aspek seperti memberi khidmat kepada kaum, bangsa, negara sertamempertahankan umat serantau atau sewilayah ketika diganggu ketenteramannya ataudiserang (dari luar atau dalam) dan ianya adalah tanggungjawab menurut Islam. Pada 24-26 Oktober 2002, Kongres Patriotisme telah dianjurkan oleh bekas-bekas pemimpin Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) yang bertujuanmembincangkan keperluan untuk menyemarakkan semangat patriotisme di kalanganrakyat Malaysia amnya, generasi muda khasnya (Utusan Malaysia, 26 Oktober 2002).Ini merupakan satu lanjutan daripada Perhimpunan Patriotisme Alaf Baru yangdianjurkan oleh Majlis Belia Malaysia di Shah Alam pada 18 Februari 2001 lalu.Perbincangan tersebut berdasarkan tafsiran Patriotisme Alaf Baru. Ia melibatkan setiapdan seluruh rakyat. Ia melibatkan sesuatu yang agung, yang antara lain meliputi aspek-aspek seperti keyakinan, keberanian, kebijaksanaan, kesungguhan dan kesinambungan.
  41. 41. 26Ia adalah persoalan kewarganegaraan yang amat penting. Ia adalah persoalankemerdekaan dan kedaulatan (Utusan Malaysia, 26 Oktober 2002). Pendek kata, patriotisme adalah aktiviti mendaulatkan bendera negara,menyanyikan lagu kebangsaan, menghormati lambang negara yang dapat melahirkankomitmen atau semangat kebangsaan terhadap negara yang ditekankan melaluinasionalisme. Definisi konsep pembangunan patriotisme bertujuan memberi penjelasan ataugambaran tentang fokus kajian ini. Pembangunan pula mengikut Van Nieuwenhinjzedalam Rahimah (1989), adalah suatu pembolehubah yang mempunyai pengertian yangberbeza dan tidak konsisten iaitu ia berubah mengikut siapa yang mengemuka danmenggunakannya. Menurut Shamsul (1990) bahawa semestinya apa yang disebutpembangunan itu bukan sesuatu yang abstrak dan wujud dalam hampawa di luar alammanusia. Pembangunan juga adalah tentang ragam manusia dan telatahnya direka olehmanusia. Oleh yang demikian amat sesuai bagi kita merumuskan disini tentangpembangunan dan segala yang berkait dengannya dan mengenai masyarakat Malaysiaserta perspektif-perspektif yang digunakan untuk menganggapnya. Pembangunan masyarakat dan negara meliputi dimensi pentadbiran, teknologi,ekonomi, sikap, ilmu, pemikiran, seni budaya, moral dan kualiti hidup. Istilah yangberlawanan dengan pembangunan ialah kemunduran. Dari retrospektif sejarah,pembangunan tamadun manusia boleh kita konsepsikan sebagai kemajuankomprehensif, iaitu yang merangkumi semua bidang kehidupan, seperti yangdianjurkan oleh Islam melalui al-Quran dan sunnah Nabi Muhammad S.A.W. Konseppembangunan tidak terbatas kepada sains, teknologi, ekonomi dan infrastruktur sosialsahaja, seperti yang difahami oleh orang Eropah dan Amerika Syarikat yang berfokuskepada pembangunan fizikal akibat dipengaruhi oleh fahaman materialisme dankapitalisme (Sufean, 2002). Hal ini lebih kurang sama dengan pandangan Shamsul(1990):
  42. 42. 27 Dari satu sudut, pembangunan dikatakan mencakup keseluruhan kehidupan manusia: lahiriah dan batiniah, luaran dan dalaman, material dan spiritual, fizikal dan mental, utilitarian dan humanis, praktis dan teoritis, dan yang alamiah dan yang dirancangkan. Dari satu sudut yang lain pula, pembangunan merupakan sesuatu yang objektif, praktis dan boleh direncanakan. Justeru pembangunan boleh diukur tercapai tidaknya, boleh dikira dengan angka-angka jaya gagalnya, dan boleh dibuat pelunjuran tentang masa depannya. (halaman 131) Konsepsi umum tentang perubahan dan pembangunan sosio-ekonomi bolehdiusul kembali kepada abab kesembilan belas. Minat yang meluas di kalangan sarjanaEropah kurun itu terhadap perubahan sosio-ekonomi sebahagiannya membayangkankeadaan-keadaan yang terdapat pada masa itu. Idea tentang pembangunan sebagaitransformasi masyarakat secara progresif telah mula mendapat bentuknya yang modendalam penulisan tokoh-tokoh sains sosial yang dikenali sebagai tokoh pengasassosiologi moden seperti Comte (1798-1857), Marx (1818-83), Spencer (1820-1903),Durkheim (1858-1917) dan Weber (1894-1920) dan sebagainya (Rahimah, 1989). Padaawal abad ke-20, idea-idea evolusionis telah mula diketepikan oleh kebanyakan ahlisains sosial. Bahkan pada masa itu terdapat usaha-usaha menghalusi, mengsintesis danmengkritik idea-idea abad ke-19. Pengkaji-pengkaji sains sosial pada abad ke-20 lebihcenderung mengkaji perubahan sesuatu fenomena untuk melihat faktor-faktor yangmenyebabkan atau mengiringi sesuatu perubahan (Rahimah, 1989). Dengan ini boleh disimpulkan bahawa konsep pembangunan patriotismemembawa erti dari segi perubahan pemikiran atau perasaan taat setia rakyat kepadakedaulatan negara Malaysia. Kajian ini mengutamakan golongan remaja yangdikatakan tulang belakang negara bertujuan menimbulkan perasaan sanggup berkorbandan kegembiraan terhadap tanah airnya dan ia merupakan syarat asas bagi seseorangwarganegara yang mendiami di negaranya. Patriotisme sebagai sumber inspirasi bolehberperanan membangkitkan kesedaran dan pengemblengan potensi dan meningkatkankomitmen terhadap agenda kebangsaan.
  43. 43. 282.3 Pendekatan Teori Sebagai satu lanjutan kepada proses sosialisasis, sistem pendidikan mempunyaitugas menyediakan generasi muda kepada alam dewasa dengan menyalurkan identitibangsa Malaysia yang mempunyai kesedaran tentang patriotisme. Dalam konteksmenyediakan pendidikan yang ideal, tujuan dan matlamat pendidikan negara pada abadke-21 amat jelas sekali. Kementerian Pendidikan telah menyusun dan merancang untukmemperbaiki, memperkukuh, dan mempertingkatkan mutu pendidikan negara. Salahsatu unsur yang penting adalah nilai-nilai murni yang berkaitan dengan keperluan danperkembangan diri individu yang bertujuan untuk menghasilkan individu yangberpengetahuan dan berbangga sebagai rakyat Malaysia. Sehubungan itu, penyelidik ingin mengkaji beberapa teori sosiologi danhumanistik yang ada kaitan dengan pembangunan patriotisme di kalangan guru yangmerupakan salah satu nilai yang perlu ada pada setiap guru. Seseorang guru telahmenerima pengetahuan tentang teori sosiologi dan teori humanistik sebagai kursus terassemasa menerima latihan perguruan. Dengan berbekalkan pengetahuan ini, beberapateori sosiologi dan teori humanistik boleh membantu para guru mengenali sosiologidalam kelas dan seterusnya merancang isi kandungan yang mengambil kira psikologiindividu pelajar. Teori sosiologi yang berkaitan boleh membantu guru meramal responkelas. Manakala para pelajar yang merupakan golongan remaja terdapat beberapa teoripsikologi yang boleh menjelaskan pemikiran mereka.2.3.1 Teori Humanistik tentang Konsep Kesempurnaan Kendiri oleh Carl Rogers Teori Humanistik dikemukankan oleh Rogers pada tahun 1951. MengikutRogers (1951), setiap organisme dilahirkan dengan kebolehan, kapasiti dan potensidalaman. Sasaran seseorang individu adalah untuk mencapai potensi yang sedia adawujud dan juga mencapai konsep kendiri inidividu. Ini dipanggil penyempurnaan
  44. 44. 29kendiri. Contohnya seorang individu yang menanggap dirinya sebagai seorang yangbijak, dia akan mencuba mencapai konsep kendirinya itu. Menurut Rogers (1977), manusia semuanya baik dan mulia. Mereka sentiasabergerak ke hadapan, iaitu ke arah kesempurnaan kendiri. Mereka mempunyaikecenderungan untuk menyempurna, mengekal, dan menambah pengalamannya. Walaubagaimanapun, pergerakan individu ke arah kesempurnaan kendiri ini tidak selalunyaberjalan lancar dan seperti yang diharapkan. Terdapat halangan terutama yangberkaitan dengan konsistensi dan kongruens untuk mencapai matlamat tersebut. Kongruen dan konsistensi atau ketekalan adalan keadaan yang aman yangwujud di antara kendiri dan pengalaman seseorang itu. Walau bagaimanapun seseorangitu sering mengalami keadaan tidak kongruens kerana berlaku ketidaksamaan antarakendiri yang dipersepsi dengan kendiri yang sebenar. Keadaan tidak kongruens akanmenimbulkan ketidakselesaan dan ketegangan dalam diri. Rogers (1951) juga menekankan bahawa kebanyakan tingkah laku yangditunjukkan oleh individu adalah tingkah laku yang selaras dengan konsep kendiridapat dipenuhi. Adakalanya keperluan yang tidak dapat diterima secara langsungkerana ia tidak selaras dengan konsep kendiri. Menurut Rogers (1977), manusia juga perlukan perhatian positif, iaitukeperluan untuk disayangi, disukai, dihormati, disanjungi dan diterima oleh orang lain.Akan tetapi manusia tidak sentiasa mendapat perhatian positif yang diperlukannya,malah mereka juga menerima perhatian negatif yang boleh menyebabkan berlakunyaketegangan dan tekanan dalam diri. Apabila menerima perhatian atau pengalaman tersebut akan diintegrasikandalam konsep kendirinya. Ini akan menyebabkan seseorang individu memperoleh sikapyang positif terhadap dirinya dan juga terhadap orang lain (Coopersmith, 1968). Oleh itu, berdasarkan teori ini seseorang individu terpaksa menerima keadaandirinya yang sebenar dengan keluarganya sebagai usaha untuk mengelak timbulnya
  45. 45. 30masalah dan konsep kendiri yang negatif. Mereka perlukan sokongan orang lain sepertiibu bapa, guru, rakan sebaya dan sebagainya. Apabila seseorang itu sering mengalami keadaan tidak kongruen dan kegagalandalam kesempurnaan kendiri maka ia mudah terlibat dalam tingkah laku negatif iaitumelakukan gejala ponteng kelas dari sekolah, melepak, terlibat dalam gangsterisme dandalam pergaduhan antara pelajar.2.3.2 Teori Sosial Erik Erikson Erikson (1963) menjelaskan bahawa pada zaman remaja, seseorang berhadapandengan satu cabaran kritis, iaitu pembentukan dan pengembangan identiti diri.Kegagalan untuk mengatasi cabaran tersebut boleh membuat remaja mengalami krisiskekeliruan tentang peranan hidup mereka. Dalam zaman revolusi teknologi dan ledakanmaklumat, pembentukan identiti diri merupakan satu proses yang kompleks. Antaralain pembentukan identiti diri membabitkan pembinaan identiti jantina dan identitipekerjaan yang sesuai. Menurut Nik Aziz (1998), setiap remaja dilahirkan dandibesarkan dalam masyarakat. Remaja dalam sesebuah masyarakat merupakan aset bagimasyarakat tersebut sekiranya mereka menjadi ahli masyarakat remaja untukmemainkan peranan yang tertentu sesuai dengan kebolehan mereka. Erikson (1968) sekali lagi mengidentifikasikan lapan tahap dalam prosesperkembangan manusia. Seseorang harus berjaya menghadapi krisis pada satu-satuperingkat sebelum berpindah ke peringkat seterusnya. Peringkat yang paling pentingialah peringkat ke lima iaitu pengertian identiti dengan kekeliruan peranan. Di sinilahidentiti seseorang pelajar dibentuk hasil daripada pengintegrasian pelbagai peranansebagai pelajar, kakak atau abang, rakan dan sebagainya. Jika pelajar gagal dalampembentukan identiti maka wujudlah kekeliruan dan kekecewaan. Menurut Erikson(1963), pelajar tidak dapat menilai antara yang baik dan yang buruk lalu melakukanperkara-perkara seperti ponteng kelas dan sekolah, melepak, terlibat dalamgangsterisme dan dalam pergaduhan antara pelajar.
  46. 46. 31 Menurut Erikson (1968), selepas baligh, remaja mengalami pengalaman transisidaripada kebergantungan pada ibu bapa kepada berdikari iaitu identiti diri. Merekamula bertanya sama ada pengalaman lepas dan sekarang menyediakan mereka ke erabaru. Marcia (1980) berpendapat pencapaian identiti berjaya memilih sasaran dalamkehidupannya. Mereka berpuas hati dengan peranan mereka dan yakin bahawa nilai dantingkah laku mereka direstui oleh orang lain. Kajian menunjukkan bahawa konsepkendiri dan memahami diri (self) ada kaitan dengan persepsi positif dan pengukuhandalam perhubungan ibu bapa dan orang-orang yang berdekatan seseorang individu.Menurut Sullivan (1953), orang-orang signifikan sangat penting dan pengaruh merekasangat kuat terhadap perkembangan diri kanak-kanak. Maka, selain ibu bapa, tugasguru amat berat kerana guru merupakan orang yang paling dekat dengan remaja.2.3.3 Teori Psikodinamik Sigmund Freud Freud (1959), menyatakan bahawa asas aktiviti manusia adalah dari segicirinya, bersifat seksual dan libido, dan tanpa sosialisasi, manusia akan menjadi rakus,ganas dan berhati binatang. Sosialisasi menyalurkan tenaga libido ke arah matlamat-matlamat yang dari segi sosialnya diterima. Beliau seterusnya berpendapat bahawapersonaliti manusia terdiri daripada id, ego dan superego. Id mengandungi kehendak-kehendak biologi yang menghasilkan tenaga dan ingatan-ingatan tertekan, sementaraego adalah unsur sedar daripada personaliti, yang mendefinisikan kenyataan (realiti)dan penahanan (restraints) dan mengawal id. Superego tercipta menerusi proseskebatinan norma-norma budaya masyarakat, seperti yang dipelajari. Superegomengawal ego daripada bertindak balas terhadap desakan-desakan yang berunsurkeseronokan daripada id, dan ia mengarahkan tenaga ke arah matlamat-matlamat yangdari segi budayanya diterima. Oleh itu, ego kadang-kadang tersepit di antara desakan-desakan biologi daripada id dan kehendak-kehendak masyarakat daripada superego. Walaupun wujud struktur yang berasingan tetapi ketiga-tiga unsur inimencerminkan proses interaksi yang pelbagai dalam personaliti seseorang yangmemotivasikan tingkah laku (Azizi, M. Najib, Jamaluddin dan Nadarajah, 2003).
  47. 47. 32Menurut Freud, Id merupakan personaliti yang asas, tidak teratur, diwarisi danbertujuan untuk mengurangkan ketegangan akibat keinginan biologikal dan tidakrasional. Keperluan asas seperti kelaparan, seks, agresif yang beroperasi atas prinsipkenikmatan di mana sasarannya adalah untuk meredakan ketegangan danmemaksimumkan kenikmatan. Ego berperanan menghalang id melakukan sebarangtingkah laku negatif dan meredakan keperluan id berdasarkan prinsip realiti. Tindakbalas ini berlaku supaya keselamatan individu dikekalkan dan seterusnyamengintegrasikan individu dalam masyarakat. Super ego merupakan strukturpersonaliti yang dibentuk akibat norma dan nilai yang ditentukan oleh ibu bapa danmasyarakat, guru dan orang-orang signifikan dalam kehidupan seseorang (Azizi, M.Najib, Jamaluddin dan Nadarajah, 2003). Sosialisasi merupakan istilah yang penting dalam mengkordinasikan anatarasifat dan potensi perkembangan seseorang remaja. Menurut Abd. Rahman (2000).Pendidikan merupakan satu alat yang amat berkesan dalam mencorakkan pembentukanwarga negara Malaysia. Maka guru adalah ejen yang utama dalam menimbulkanpembangunan patriotisme di kalangan pelajarnya. Marimuthu (1990) mendefinisikan istilah ‘sosialisasi’ sebagai proses dimanaseseorang individu mempelajari cara-cara masyarakatnya dengan harapan menjadikancara-cara ini sebagai sebahagian daripada personalitinya. Ia adalah satu istilah kolektifyang digunakan untuk proses-proses di mana seseorang individu memperoleh nilai,kepercayaan, norma dan ciri serta tingkah laku sosial lain yang dianggap cocok olehmasyarakat yang menganggotainya. Apabila seseorang kanak-kanak dilahirkan, diatidak berupaya untuk menunaikan kehendak dan kemahuannya. Oleh itu, orang-orangdewasa mempunyai kedudukan yang strategik untuk mempengaruhi perkembangankanak-kanak. Mereka boleh mengawal jenis-jenis pembelajaran yang harus berlaku danarah umum perkembangan pada kanak-kanak. Pada asasnya sosiologi merupakan satu kajian mengenai perlakuan manusiadalam kumpulan atau interaksi manusia dengan manusia. Ia cuba memahami keadaandan tujuan hubungan antara manusia, cara bagaimana satu perhubungan itu timbul,berkembang, dan berubah serta apakah kepercayaan dan amalan-amalan yang menjadi
  48. 48. 33ciri kepada perhubungan itu (Hazil, 1990). Lantaran itu, perlulah guru memahamibeberapa teori sosiologi untuk lebih menghayati proses pengajaran dan pembelajarantentang pembangunan patriotisme mata pelajaran Sejarah dalam kelas Tingkatan 2 diempat aliran sekolah menengah di negara kita.2.3.4 Teori Sosial tentang Teori Struktural Fungsionalisme Teori struktural fungsionalisme mengkaji fungsi perlakuan sosial atau institusidalam kegiatan-kegiatan yang menyumbang kepada penerusan masyarakat. Masyarakatselalu dianggap seperti tubuh badan manusia yang mempunyai bahagian-bahagiandengan fungsi-fungsi yang tersendiri. Teori fungsionalisme memberi huraian mengenaiorganisasi sosial dan menerangkan bagaimana sesuatu organisasi dikekalkan.Masyarakat telah diibaratkan sama seperti organisme yang mempunyai bahagian-bahagian dan setiap bahagian masyarakat dikenali sebagai struktur. Perspektifstruktural –fungsionalisme yang dominan di dalam sosiologi pendidikan menyediakanpanduan konseptual kepada agenda pengajaran, penulisan dan penyelidikan dalamtahun-tahun 1950-an dan 1960-an. Fokus perspektif ini adalah tentang consensus umum,integrasi dan nilai-nilai bersama. Dari segi fungsi, pendidikan dilihat sebagaimenyediakan atau menghasilkan tenaga kerja yang berpelajaran dan dapatmenyesuaikan diri, bagi masyarakat industri yang maju (Marimuthu, 1990). Talcott Parson (1959) dalam Marimuthu (1990) melihat kelas sekolah sebagaisistem sosial dan fungsi sosialisasi adalah fungsi yang penting dalam mengintegrasikancorak interaksi di sekolah dan memberikan pendidikan kepada murid-murid tentangnilai kejayaan. Menurut Marimuthu (1990), setengah-setengah daripada teks popularyang digunakan di dalam sosiologi pendidikan di peringkat awal ini adalah yang ditulisoleh Ottawa (1953), Musgrave (1965), Banks (1968), Corwin (1965), Havighurst danNeugarten (1960) dan sebuah laporan yang diedit oleh Halsey, Floud dan Anderson(1961). Kandungan buku teks ini adalah berorientasikan struktural-fungsionalisme dandikaitkan dengan sosiologi Durkheim. Menurut Durkheim beliau melihat pendidikanmempersembahkan fungsi sosial dalam meningkatkan serta mengekalkan perbezaan
  49. 49. 34dan kesepaduan sosial di dalam masyarakat. Beliau telah mendefinisikan pendidikansebagai tindakan yang dilakukan oleh generasi orang-orang dewasa ke atas merekayang masih belum bersedia untuk kehidupan sosial. Beban utama pendidikan ialahsosialisasi generasi muda yang akan mengembangkan aspek-aspek fizikal, intelektualdan moral yang diperlukan daripada mereka oleh masyarakat umumnya danpersekitaran di mana dia diperlukan. Robinson (1981) menerangkan praktiknya teori struktural-fungsionalisme dalamkelas. Menurut beliau, In classrooms, children have to decide the indexicality within teacher talk if they are to understand messages; both teachers and pupils must negotiate the interpretive procedures which allow for order and enable teaching to be accomplished. (halaman 561) Penjelasan beliau membawa makna bahawa pelajar dan guru masing-masingperlu berunding untuk mendapat satu proses menginterpretasi yang membolehkanpelajar memahami mesej guru dengan baik dan juga, penyampaian guru lebih sempurna. Brienkerhoff dan White (1989) dalam Amir (2001) telah merumuskan tigaandaian utama ahli-ahli fungsionalisme iaitu stabiliti, harmoni dan evolusi. Stabilitimerupakan kriteria penilaian utama untuk menentukan sejauh mana sesebuahmasyarakat dapat dikekalkan. Harmoni menunjukkan bagaimana semua bahagian ataustruktur-struktur dalam masyarakat bekerjasama untuk mencapai tujuannya. Evolusipula menggambarkan perubahan-perubahan yang berlaku kepada masyarakat melaluiproses adaptasi struktur sosial kepada pembaharuan.
  50. 50. 352.3.5 Perspektif Interpretatif Menjelang akhir tahun-tahun 1960-an, ahli-ahli sosiologi pendidikan berusahamendapatkan perspektif pilihan untuk meluaskan bidang pendidikan mereka agar dapatmemasukkan tajuk-tajuk yang berkaitan dengan sekolah, bilik darjah dan kurikulum.Pada tahun 1970, persidangan tahunan Persatuan Sosiologi Britain (British SociologicalAssociation) atas tema sosiologi pendidikan, dua kertas kerja oleh Young dan olehBernstein telah mengkritik penyelidikan semasa dalam bidang berkenaan (Marimuthu,1990). Young (1971) dalam Reid (1981) telah mempertikaikan bahawa ahli-ahlisosiologi pendidikan telah lupa untuk memberikan perhatian terhadap isu-isu sepertikandungan pendidikan, kaedah-kaedah pengajaran dan cara menyelenggarakanpengetahuan di dalam kurikulum sekolah. Beliau juga telah mencabar anggapan-anggapan yang tanpa usul periksa, makna dan interpretasi para guru dan ahli pendidikterhadap isu-isu seperti ‘kurang mampu’, ‘kejayaan sekolah’, ‘objektif kurikulum’ dansebagainya. Penulisan Young (1971) bertajuk Knowledge and Control dalampengenalannya memberi tumpuan penyelidikan pada proses-proses bilik darjah dankandungan kurikulum. Perubahan dari sosiologi pendidikan ‘tradisional’ yang telahbegitu menitikberatkan tentang kelas sosial dan pencapaian pendidikan kepada kajian-kajian memfokuskan tentang kurikulum sebagai unit kajian yang utama yang disebutsosiologi pendidikan ‘baru’. Perspektif teoritikal pada sosiologi pendidikan ‘baru’ iniadalah interpretatif. Perspektif interpretatif atau interaksi ini berpunca daripada orientasi teoridaripada bidang-bidang interaksi simbolik dan fenomenologi. Perspektif ini melihatmanusia bukan sebagai seorang yang pasif, yang dibentuk daripada tekanan-tekanansosial dalam masyarakat tetapi sebagai manusia yang aktif, pandai menilai danmenghargai dunia sekeliling. Manusia mencipta persekitarannya sendiri menerusi suatuproses menginterpretasi dan memberikan makna kepada segala apa yang dilihat disekelilingnya. Teori-teori interaksi berpegang kepada anggapan bahawa kehidupansosial mempunyai erti cuma pada peringkat individu atau dalam interaksi dengan oranglain. Ia telah menfokuskan pada aras analisis mikro dan tidak makro, dan berpendapatbahawa manusia adalah makluk yang kreatif dan aktif dan bukan diperlakukan olehtekanan-tekanan luar ke atas mereka.
  51. 51. 36 Ahli-ahli interaksi beranggapan bahawa makna kepada kenyataan sosial dankehidupan berbeza-beza bagi seseorang individu dan oleh itu mereka berminat di dalammakna dan keinginan subjektif individu daripada mengkaji struktur kehidupan sosial.Fokus penyelidikan sosiologi pendidikan ‘baru’ adalah terhadap bidang-bidang yangcuba meningkatkan nilai kesedaran para guru dengan cara menganalisis anggapan asasyang mana tugas dan tindakan mereka didasarkan. Umpamanya, Keddie (1971) telahmenemukan perbezaan yang signifikan antara bagaimana guru mengeluarkan pendapatmereka kepada murid dengan bagaimana mereka memberi layanan sebenar. Dalamanalisis devian di dalam kelas, Hargreaves, Hestor dan Mellor (1975) mencadangkanbahawa fenomena ini boleh dijelaskan dengan lebih meluas dari segi teori melabel,yakni cara guru melabel murid-muridnya daripada menerusi tradisi positivis (Fogelman,1976). Robinson (1981) menyatakan ahli-ahli teori seperti Tyler (1949), Bloom (1954)dan Taba (1962) menyokong tentang penubuhan objektif perlakuan manusia sebelummenentukan sesuatu perancangan kurikulum seperti yang ditekannya “Perhaps the mostimportant function of educational objectives is that of guiding decisions about theselection of content and of learning experiences and of providing criteria on what toteach and how to teach it.” Ini berert guru mengambil inisiatif merancang kandunganyang perlu dipelajari oleh pelajar, pengalaman pelajaran dan bagaimana mengajaradalah sangat penting dalam mencapai objektif pendidikan. Dalam tradisi implisit ini didapati rasionalnya agak sama dengan apa yangditulis oleh Durkheim (1956), A class, indeed, is a small society, and it must not be conducted as if it were only a simple agglomeration of subjects independent of one another. The purpose of interaction analysis, however, was to improve teaching effectiveness, to dissect teacher input so that the learning output of pupils could be maximized. (halaman 18) Pada pendapat beliau, kajian interaksi sosiologi bilik darjah amat penting untukmeningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran.
  52. 52. 37 Perspektif interaksi ini berusaha memberikan alternatif, iaitu analisis peringkatmikro daripada peringkat makro, perspektif fungsionalisme ke atas tajuk-tajukberkaitan dengan sekolah, bilik darjah dan kurikulum. Fokusnya ialah terhadap aktiviti-aktiviti yang berlaku di sekolah dan bilik darjah, serta kandungan kurikulum. Ia cumamemahami apa yang sedang berlaku dalam lingkungan sekolah, seperti apa yangberlaku antara guru dengan murid, makna yang diberikan oleh guru dan murid terhadapsituasi sosial dan cara di mana aktiviti pendidikan didefinisikan. Sudah terdapatperubahan dari segi mengapa dan golongan kanak-kanak manakah yang gagal kepadaperingkat dan status pengetahuan bilik darjah. Young (1971) telah mencadangkanbahawa bukan sahaja orang yang diproses di dalam institusi pendidikan tetapi jugapengetahuannya. Beliau juga telah menemukan perhubungan antara setengah-setengahjenis pengetahuan dan kuasa. Salah satu sumbangan utama perspektif interaksi inikepada sosiologi pendidikan ialah peningkatan minat dalam interaksi bilik darjah danini telah menambahkan dimensi penting dan menarik kepada sosiologi sekolah.2.3.6 Perspektif Keteorian Konflik Sementara pendekatan interaksi terutamanya menumpukan perhatian terhadap‘kandungan’ daripada ‘struktur’ pendidikan, kandungan pendekatan keteorian konflikmenganalisis kepentingan tekanan politik dan ekonomi terhadap ekonomi. Oleh itu,menurut Marimuthu (1990), analisis neo-Marxist cuba mengenal pasti dan mengaitkancara-cara di mana penyusunan bersistem persekolahan dan aktiviti-aktiviti kehidupanharian dalam bilik darjah dengan pembahagian kuasa dalam masyarakat. MenurutPhilip Robinson (1981), kajian yang dijalankan oleh Sharp dan Green pada tahun 1975terhadap tiga kelas di Sekolah Rendah Mapledene di mana sekolah tersebut adalahsebuah sekolah baru yang terkenal dengan menggunakan kaedah kemajuan(progressive method) secara tempatan. Kaedah penyelidikan mereka adalah secarapemerhatian terhadap aktiviti kelas dari sehari ke sehari, dapatan mereka menunjukkanpersepsi guru boleh membentuk identiti murid-murid dan mewujudkan sistem strafikasidalam lingkungan bilik darjah. Robinson (1981) mendapati masalah utama guru ialahapa yang perlu dilakukan dalam masa yang tertentu dengan nisbah guru dengan pelajar
  53. 53. 38yang begitu tinggi. Dalam hal ini, beliau berpendapat guru harus menghabiskan lebihmasa bersama pelajar yang bermasalah lebih daripada bersama pelajar yang berjayadalam mengembangkan ideologi seperti yang didapati daripada kajian mereka. Semua perspektif keteorian, iaitu pendekatan struktural-fungsionalisme,interaksi dan konflik telah bertanggungjawab dalam pembangunan teori dan kaedah didalam sosiologi pendidikan. Pertambahan pendekatan interaksi dan konflik kepadaperspektif fungsionalisme yang dominan telah memperluaskan lagi skop perkara didalam bidang itu. Sosiologi pendidikan umumnya telah mendapat manfaat daripadaketiga-tiga pendekatan ini dari segi kandungan, teori dan kaedah.2.4 Peranan Guru Dalam Pembangunan dan Penerapan Unsur Patriotisme Melalui Proses Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan boleh memainkan peranan yang penting di dalam masyarakat yangberubah. Perubahan masyarakat pula merupakan satu fenomena yang akan dihadapioleh sesebuah masyarakat. Sebagaimana yang kita ketahui, masyarakat telah menciptainstitusi pendidikan bagi memenuhi kehendak-kehandak masyarakat. Oleh itu,pendidikan mempunyai beberapa peranan tertentu dalam masyarakat yang berubah.Menurut Hazil (1990), pada umumnya, pendidikan merupakan satu syarat asas untukmeneruskan serta mengekalkan sesuatu kebudayaan. Maka dengan ini sekolah menjadisalah satu agen sosialisasi dan juga merupakan alat bagi menguatkan kawalan sosial.Dalam konteks kajian ini, norma masyarakat dituju kepada unsur-unsur patriotismeyang telah dibincang. Penerapan nilai patriotisme yang cuba dipupuk dalam pengajaran perlumembina erti kesetiaan dan pengorbanan yang amat penting dalam penghidupan dankepada pembinaan negara. Di samping kemajuan kebendaan, kita berharap untukmelahirkan manusia yang dibangunkan dan kaya dengan nilai rohani yang memberimanfaat untuk kesejahteraan diri dan penyayang serta cintakan tanah air (Hussien,1992). Oleh itu, guru memainkan peranan yang penting dalam meningkatkan
  54. 54. 39keupayaan dan kebolehan pelajar untuk menaakul, di samping mengembangkan proseskognitif mereka bagi memahami dan menguasai mesej, idea, sentimen dan fakta. Selainitu, guru juga memainkan peranan yang penting untuk menanam dan mengembangkansemangat patriotik melalui pendedahan dan penghayatan. Proses ini akan memberi satunatijah dan pengertian yang mendalam tentang patriotisme (Abd. Rahim, 1989). Dengan itu, boleh dikatakan bahawa sekolah memproses individu danpengetahuan. Dalam kursus pengajaran mata pelajaran seperti Sejarah, Sivik,Kesusasteraan dan Bahasa, pelajar disosialisasikan mengikut kehendak kebudayaanpolitik. Dalam pelajaran Sejarah misalnya, pengajaran Sejarah daripada peringkatrendah hinggalah ke peringkat menengah akan menanamkan semangat dan nilainasionalisme kepada pelajar-pelajar (Dawson dan Prewitt, 1977). Dalam memperkatakan tentang peranan guru, Kauchak dan Eggen (1993)berpendapat bahawa murid dapat memproses maklumat melalui pengalaman mereka.Apabila pembelajaran mereka untuk jangka masa yang panjang. Ini bermakna untukmembolehkan penerapan unsur patriotisme dilaksanakan dengan berkesan, aktivitipengajaran dan pembelajaran yang dijalankan perlu dirancang dengan rapi oleh gurudan melibatkan murid secara aktif. Menurut Wan Mokhtar (1995) bahawa dalam usahamenerapkan semangat patriotisme dalam jiwa pelajar, para guru tidak bolehmelakukannya sambil lewa, melakukannya atas dasar gaji, tetapi harus bertugas atasdasar keinsafan yang ikhlas serta menghayatinya terlebih dahulu agar mampu untukmembawa pelajar ke arah itu. Menurut Abd. Rahim (2001), proses sosialisasi nilai pada umumnyamembabitkan peranan guru di sekolah. Guru memainkan peranan yang cukup luasdalam mencorakkan perkembangan nilai dalam diri para pelajar. Guru yangberpengaruh dan berkesan menjadi role model kepada pelajar. Dengan ini jelaslahbahawa guru merupakan golongan pelaksana kurikulum yang mempunyai kedudukandan peranan penting dalam sistem pendidikan formal kerana mereka menjadi teras yangmenentukan standard mutu dan keberkesanan sistem pendidikan. Guru Sejarah,khususnya merupakan salah satu daripada komponen teras yang menentukanperkembangan nilai pada generasi akan datang.
  55. 55. 402.5 Kerangka Konseptual Semangat patriotisme sememangnya ditekankan dalam proses pengajaran danpembelajaran Sejarah. Oleh yang demikian semangat ini perlu wujud dalam diriindividu terutamanya insan yang bernama guru, khasnya para guru opsyen Sejarahsama ada secara major atau minor. Jaizah dan rakan-rakan (2001) berpendapat bahawapenerapan unsur-unsur patriotisme melalui sesuatu topik yang diajar dibuat secarabersepadu dengan isi kandungan, kemahiran dan isu semasa yang timbul. Lewenstein(1963) dalam Abd. Rahim (1997) membincangkan sumbangan pendidikan Sejarah,menekankan betapa pentingnya pendidikan ini dalam mengembangkan nilai dansemangat patriotisme. Menurutnya, pengetahuan atau pemahaman sejarah bolehmemberikan kesan kepada sikap kesetiaan dan patriotisme terhadap sesebuah Negara.Menurut Abd. Rahim (1997), Krug (1967) berpendapat bahawa Sejarah adala satubidang yang dapat mengetengahkan kajian masa lampau sesebuah negara dan diterimaoleh kebanyakan orang sebagai sangat berguna untuk menguatkan perpaduan negaradan menanamkan semangat cintakan negara dan dapat membina semangat patriotik. Berdasarkan kerangka konseptual Trumay (2004) tentang penerapan nilaipatriotisme dalam pengajaran dan pembelajaran Sejarah dapat dijalankan melaluiproses penyaluran ilmu pengetahuan, kemahiran dan isu semasa secara bersepadu.Tambahan beliau, penerapan unsur-unsur patriotisme melalui mata pelajaran Sejarahsecara langsung dan tidak langsung membawa kepada penghayatan unsur-unsurpatriotisme.
  56. 56. 41
  57. 57. 42 Dalam Rajah 2.1, kotak A menunjukkan isi pelajaran, kemahiran dan isu semasayang disepadukan melalui aktiviti pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Sejarahyang pelbagai dan menarik (kotak B) seperti perbincangan, simulasi, lawatan, lakonandan kaedah pengajaran yang lain. Kotak C menunjukkan penerapan unsur-unsurpatriotisme melalui aktiviti pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Sejarah yangdisepadukan bersama isi kandungan, kemahiran dan isu semasa. Kotak D menunjukkanproses penghayatan unsur-unsur patriotisme dalam diri setiap pelajar yang diterapkanmelalui aktiviti pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Sejarah. Seterusnya kotakE menunjukkan pengalaman unsur-unsur patriotisme yang diterapkan dan dihayati olehpelajar melalui aktiviti pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Sejarah di sekolahdalam kehidupan harian mereka.

×