Teori-teori Dasar Awam

11,987 views

Published on

Published in: News & Politics
0 Comments
8 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

No Downloads
Views
Total views
11,987
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
7
Actions
Shares
0
Downloads
235
Comments
0
Likes
8
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Teori-teori Dasar Awam

  1. 1. DASAR AWAM Bab 2 : Teori-Teori Dasar Awam
  2. 2. OBJEKTIFOBJEKTIF Memahami teori-teori utama dalam proses pembuatan dasar awam. Menyenaraikan ciri-ciri utama dalam setiap teori yang dibincangkan. Menganalisis kepentingan setiap teori dalam proses pembuatan dasar awam. Mengenal pasti kewajaran penggunaan teori- teori tersebut dalam proses pembuatan dan pelaksanaan sesuatu dasar awam.
  3. 3. TEORI-TEORI DASAR AWAMTEORI-TEORI DASAR AWAM (MODEL KUASA)(MODEL KUASA) Pengenalan Menurut Thomas R. Dye (1972:19) : Untuk memudahkan (simplify) dan menerangkan (clarify) pemikiran kita terhadap kerajaan dan politik. Untuk mengenal pasti (identify) tenaga politik yang penting dalam masyarakat. Menghubungkan (communicate) pengetahuan- pengetahuan yang relevan tentang kehidupan (politik). Untuk pertanyaan secara langsung mengenai politik. Bagi mencadangkan (suggest explaination) beberapa pernyataan terhadap peristiwa-peristiwa politik dan kesannya (outcomes) kepada masyarakat.
  4. 4. a) Teori Institusionalisme:a) Teori Institusionalisme: Polisi sebagai aktiviti yang InstitusionalPolisi sebagai aktiviti yang Institusional Merupakan satu disiplin ilmu yang secara umumnya mengkaji tentang institusi- institusi kerajaan seperti parlimen, kongres, presiden, perdana menteri, kerajaan negeri, kerajaan tempatan, parti- parti politik dan sebagainya, termasuklah kegiatan individu atau kelompok yang diarahkan oleh institusi-institusi kerajaan (Dye, 1978: 20).
  5. 5. Mengikut Dye (1978:20), institusi-institusiMengikut Dye (1978:20), institusi-institusi kerajaan telah memberi dasarkerajaan telah memberi dasar awam kepadaawam kepada tiga ciri :tiga ciri : Kerajaan mendapat legitimasi atau pengesahan kepada polisi tertentu. Hanya polisi kerajaan sahaja yang terlibat secara menyeluruh atau universal (universality). Kerajaan berkuasa dan mampu memonopoli sepenuhnya masyarakat dan berupaya untuk mengenakan paksaan terhadap rakyat (Dye, 1978: 20).
  6. 6. b) Teori Neo-Institusionalismeb) Teori Neo-Institusionalisme Merupakan aliran baru dalam bidang pengkajian dasar awam yang berdasarkan pembangunan analitikal yang sofistikated. Menitikberatkan kepada institusi-institusi politik tertentu terutamanya terhadap penjanaan ramalan teoritikal tentang sesuatu bentuk dasar berkaitan dengan institusi- institusi kerajaan, politik keseluruhan dan jenis-jenis tingkah laku politik yang terhasil daripada pelaksanaan dasar-dasar kerajaan.
  7. 7. c)c) Teori Kelompok:Teori Kelompok: Polisi Sebagai Satu PerimbanganPolisi Sebagai Satu Perimbangan KumpulanKumpulan Interaksi-interaksi yang wujud antara kelompok dalam masyarakat berkaitan dengan fakta utama yang berpusat dalam politik (the central fact of politics). Dalam masa yang sama pula, wujud kumpulan- kumpulan yang berpengaruh dan tidak berpengaruh yang sama-sama akan mendapat faedah daripada dasar yang dilaksanakan oleh kerajaan. Teori ini menyifatkan satu kelompok akan bangkit menentang kelompok yang lain jika ia menggugat perseimbangan dan mengancam mereka.
  8. 8. Oleh sebab itu akan menyebabkan berlakunya konflik antara kelompok dalam masyarakat. Jika berlaku keadaan demikian, maka sistem politik bertanggungjawab dalam menguruskan konflik kelompok (manage group conflicts) melalui beberapa langkah. Antaranya, ialah : (i) Mewujudkan peraturan tertentu dalam kelompok yang berjuang. (ii) Mengatur dan menyelaras kompromi dalam mengimbangi kepentingan kelompok-kelompok tersebut. (iii) Mengenakan kompromi dalam bentuk dasar awam. (iv) Menguatkuasakan semua kompromi-kompromi tersebut.
  9. 9. d)d) Teori Elit:Teori Elit: Polisi Sebagai Pilihan ElitPolisi Sebagai Pilihan Elit Menurut Harold D. Lasswell et al. (1952:13)3, elit politik merupakan golongan yang mempunyai kuasa dalam sistem politik dalam sesebuah negara. Elit politik terbahagi kepada dua iaitu elit tradisional (elit agama, golongan bangsawan dan golongan bangsawan bertanah) dan elit baru atau moden (mengikut tempat lahir, pendidikan,umur dan pekerjaan ibu bapa).
  10. 10. •Terdapat beberapa unsur penting dalamTerdapat beberapa unsur penting dalam membincangkan tentang teori elit.membincangkan tentang teori elit. Antaranya, ialah :Antaranya, ialah : (i) Kuasa (ii) Jumlah (iii) Mobiliti (iv) Elit berkongsi pendapat ramai berhubung nilai-nilai asas dalam sistem sosial dan bagi pengekalan sistem tersebut. (v) Nilai elit (vi) Darjah apati
  11. 11. e)Teori Rasionalisme:e)Teori Rasionalisme: Polisi Sebagai Pencapaian MatlamatPolisi Sebagai Pencapaian Matlamat yang Paling Cekapyang Paling Cekap Dasar awam digubal dan dilaksanakan setelah mengambil kira kepentingan dan pertimbangan semua pihak. Merupakan satu pendekatan sistem analisis pengambilan keputusan berdasarkan prinsip- prinsip kajian dan penyelesaian masalah secara saintifik. Dalam memilih dasar yang rasional, pembuat dasar mesti tahu semua nilai keistimewaan dan kepentingan masyarakat.
  12. 12. • Pembuat polisi perlu mengambil kira beberapaPembuat polisi perlu mengambil kira beberapa perkara untuk membuat dasar yang rasional.perkara untuk membuat dasar yang rasional. Antaranya :Antaranya : (i) Mengetahui semua nilaian dan pemilihan- pemilihan masyarakat dan juga pertimbangan-pertimbangan yang relatif. (ii) Mengetahui semua alternatif dasar yang tersedia. (iii) Mengetahui semua kesan bagi setiap dasar alternatif tersebut. (iv) Memilih dasar yang paling cekap sebagai satu keseluruhan yang boleh diketahui dan dipertimbangkan.
  13. 13. f) Teori Incrementalismef) Teori Incrementalisme Sebagai penerusan atau sambungan daripada aktiviti kerajaan yang lalu dengan hanya membuat beberapa penambahan atau pengubahsuaian (Dye, 1978: 32). Incremental ialah konservatif dalam program- program yang wujud, polisipolisi perbelanjaan dipertimbangkan sebagai satu asas dan perhatian dipusatkan kepada program- program baru, iaitu polisi sama ada untuk ditambah atau dikurangkan atau mengubahsuaikan program-program yang terkini.
  14. 14. g) Teori Permainan:g) Teori Permainan: Polisi Sebagai Pilihan RasionalPolisi Sebagai Pilihan Rasional dalamdalam Permintaan yang BerasinganPermintaan yang Berasingan Merupakan kajian kepada keputusan yang rasional. Dasar dianggap sebagai pilihan yang rasional dalam permintaan yang berasingan bagi pembuat- pembuat dasar. Dye (1978: 35) menyifatkan teori ini abstrak sifatnya dalam membuat dasar kerana teori ini tidak menerangkan bagaimana rakyat benar-benar terlibat dalam membuat keputusan, tetapi lebih kepada bagaimana mereka pergi ke arah membuat keputusan dalam persaingan-persaingan jika mereka betul-betul rasional.
  15. 15. h) Teori Sistemh) Teori Sistem Pendekatan ini memikirkan dasar awan sebagai satu rangsangan bagi satu sistem politik terhadap gerak kuasa persekitaran. Disini gerak kuasa persekitaran dianggap mempunyai peranan yang sangat penting. Gerak kuasa itu wujud dalam persekitaran yang kemudiannya mendatangkan kesan terhadap sistem politik yang dianggap sebagai input (Dye, 1978: 37).
  16. 16. i) Teori Anarki Terancangi) Teori Anarki Terancang Merupakan model utama selain daripada teoriteori yang telah kita bincangkan tadi dalam proses pembuatan dasar awam yang dikemukakan oleh John W. Kingdon. Kingdon mengemukakan tiga aliran dalam proses pembuatan polisi iaitu aliran masalah (problem stream), aliran politik (political stream) dan aliran polisi (policy stream).
  17. 17. KESIMPULANKESIMPULAN Dasar awam merupakan panduan kepada pentadbiran awam. Kejayaan sesuatu dasar itu bergantung kepada peranan pembuat dasar dalam menyediakan satu dasar yang sesuai terutamanya dalam negara demokrasi seperti di Malaysia. Dasar awam yang rasional mampu dalam menjamin pentadbiran yang sistematik.

×