Successfully reported this slideshow.
We use your LinkedIn profile and activity data to personalize ads and to show you more relevant ads. You can change your ad preferences anytime.
SALAD
                (Rujukan: Jabatan Pertanian Negeri Trengganu)
                             - Disusun oleh Ah-Q


PEN...
Naungan diperlukan terutama di peringkat semaian iaitu dari mula disemai
sehinggalah setinggi 2 inci - 3 inci (5.1 sm- 7.0...
Serangga

      Serangga                       Tanda Kerosakan
      Ulanah (Cut Worm)              Kerosakan pada daun-da...
Upcoming SlideShare
Loading in …5
×

Penanaman Salad

3,509 views

Published on

Published in: Self Improvement, Travel
  • Be the first to comment

Penanaman Salad

  1. 1. SALAD (Rujukan: Jabatan Pertanian Negeri Trengganu) - Disusun oleh Ah-Q PENDAHULUAN Salad ialah sejenis tanaman jangka pendek yang ditanam untuk daunnya. Ianya boleh ditanam di tanah rendah ataupun tinggi. Jenis yang sesuai bagi tanah rendah adalah non-heading, dan bagi tanah tinggi, heading. JENIS TANAH Tanah jenis gembur berpasir hingga ke tanah liat berpasir adalah lebih sesuai untuk tanaman lni. Tanah ini mestilah mempunyai saliran yang baik, pH di antara 5.8 - 6.8 dan mengandungi cukup bahan organan. CARA-CARA MENANAM Pembajakan Salad memerlukan tanah yang cukup gembur. Bajak (sekiranya tanah belum pernah diusahakan), gembur dan lakukan kerja-kerja menyisir tanah. Penyediaan Batas Salad ditanam di atas batas. Saiz batas berbeza-beza tetapi selalunya berukuran 1 .2m (4 kaki) lebar, 0.2m -0.3m (9 inci - 12 inci) tinggi dan panjangnya mengikut kesesuaian. Jarak di antara batas ialah 0.3m - 0.4m (12 inci - 15 inci). Tapak Semaian Semai benih salad terlebih dulu di dalam kotak-kotak atau di atas batas-batas. Taburkan benih dan timbus dengan tanah gembur halus setinggi 1 sm (0.4 inci). Untuk satu ekar, sebanyak 0.2kg. (0.5 paun) benih diperlukan. Sebelum menabur, debukan benih dengan racun kulat seperti Captan bagi mengawal penyakit melecuh (damping off). Mengubah Anak Semaian Setelah cambah dan berumur 2 minggu, ubahlah semaian ke batas. Jangan siram batas tapak semaian atau kotak-kotak semaian sehari atau 2 hari sebelum mengubah supaya anak-anak semaian akan menjadi kuat. Sebaik sahaja sebelum semaian hendak diubah, siramlah batas atau kotak semai secukupnya. Jarak menanam ialah O.lm - O.2m (6 in. - 8 in.) di antara batas dan di antara pokok. PENJAGAAN Naungan
  2. 2. Naungan diperlukan terutama di peringkat semaian iaitu dari mula disemai sehinggalah setinggi 2 inci - 3 inci (5.1 sm- 7.0 sm). Kurangkan naungan 2 atau 3 hari sebelum mengubah untuk memberikan penyesuaian kepada semaian. Daun-daun kelapa boleh digunakan sebagai junjung untuk memberi naungan. Penyiraman Air Siram tanaman 2 kali sehari, kecuali hari hujan. PEMBAJAAN Baja Organan Sebanyak 7 tan seekar baja tahi ayam sebagai baja asas adalah disyorkan. Ini bermakna satu batas berukuran 1 .2 m x 7.6 m (4 kaki x 25 kaki) memerlukan lebih kurang 24.9 kg (55 Ib) baja. Tabur baja dalam satu pant di tengah batas atau pun tabur rata-rata di atas batas dan gaulkan dengan tanah. Baja Kimia Bancuh dua sudu besar Sulphate of Ammonia (21 %N) dalam 2 gelen air dan siram 2 minggu sekali. Tabur baja sebatian (15 : 15 : 15) seperti Nitrophoska Green (15 : 15 : 15) dengan kadar 0.3kg (3/4 paun) sekali bagi batas yang berukuran 1.2 m x 7.6 m (4 kaki x 25 kaki). Pembajaan dijalankan 2 kali, iaitu 7 hari selepas mengubah dan 14 hari selepas pembajaan pertama. Jika berpandukan jadual pembajaari ini, lebih kurang empat kampit (50 kg sekampit) Nitrophoska Green dan 1 kámpit (50 kg sekampit) Sulphate of Ammonia adalah diperlukan bagi seekar tanaman. MEMUNGUT HASIL Hasil boleh mula dipungut setelah umur pokok meningkat 6 minggu daripada tarikh menabur benih. Elakkan memungut hasil selepas hujan atau bila pokok- pokok masih dibasahi embun, kerana pokok salad akan rapuh dan daunnya mudah patah. Cabutkan pokok-pokok dengan akarnya sekali dan bersihkan dengan air sebelum dipasarkan. Hitung panjang hasil kutipan adalah kira-kira 80 pikul seekar. KAWALAN MUSUH DAN PENYAKIT Penyakit Penyakit Agen Penyakit Virus Mosaic Virus Reput Pangkal (Bottom Rot) Corticium solani Kulapuk Downy (Downy Mildew) Bremia lactucae
  3. 3. Serangga Serangga Tanda Kerosakan Ulanah (Cut Worm) Kerosakan pada daun-daun Agrotis ypsilon muda. Sembur dengan racun seperti Trichlorophon dengan kadar bahan aktif 0.1% Tanda Kerosakan dan Kawalan Tanda Kerosakan Kawalan Terdapat tompok-tompok hijau muda pada daun. Musnahkan pokok-pokok yang berpenyakit. Daun berkerinting Tentukan salirannya baik. Pangkal reput dan berwarna perang. Musnahkan rumpai. Musnahkan pokok yang berpenyakit. Janaspora-janaspora cendawan terdapat di- Gunakan racun kulat seperti PCNB (bahan aktif bahagian yang berpenyakit. 0.1%) atau Captan (bahan aktif 0.2%). Jangan menggunakan benih dan kawasan yang Terdapat bmtik-bintik perang pada daun. berpenyakit. Akhirnya seluruh daun akan berwarna perang Tanam di kawasan di mana salirannya baik. dan mati. Gunakan racun kulat seperti Maneb(0.1% Zineb (0.15% -0.3%).

×