Successfully reported this slideshow.
We use your LinkedIn profile and activity data to personalize ads and to show you more relevant ads. You can change your ad preferences anytime.
TUGASAN 2 - Pengajaran Berbantu Bahan Berasaskan Elektronik & Web
Model Reiser & Dick (1996)
Perancangan pengaja...
Strategi pengajaran mencakupi aktiviti sebelum pengajaran, persembahan maklumat, latihan dan tindak balas dan ujian dan ak...
Suatu rancangan pengajaran akan diperluaskan atau diringkaskan berdasarkan sama ada pengajaran itu disediakan untuk pelaja...
Bagi tajuk yang telah dipilih, perancangan aktiviti adalah seperti berikut :
Set Induksi –
Upcoming SlideShare
Loading in …5

Tugasan 2 model dick 2

2,129 views

Published on

Published in: Education
• Be the first to comment

Tugasan 2 model dick 2

1. 1. TUGASAN 2 - Pengajaran Berbantu Bahan Berasaskan Elektronik & Web
Model Reiser & Dick (1996)
Perancangan pengajaran :
Menggunakan Model Pendekatan Sistematik (Reiser dan Dick, 1996)
Mengenalpasti matlamat pengajaran

Matlamat pengajaran boleh didapati daripada huraian sukatan pelajaran, taksiran keperluan yang berkaitan dengan sesuatu kurikulum, masalah pengajaran dalam bilik darjah atau sesuatu topik baru dalam sukatan pelajaran.

Matlamat adalah paling penting di dalam merancang pengajaran. Matlamat yang penting ialah dari segi hasilan pembelajaran sebenar pelajar iaitu matlamat dari perubahan tingkahlaku dan sikap pelajar dalam pembelajaran.
Menganalisa pelajar

Pengetahuan/kemahiran sedia ada yang berkaitan akan membantu pelajar menguasai pelajaran baru yang akan dipelajari. Ciri-ciri umum pelajar seperti umur, jantina, bakat, sikap, gaya pembelajaran perlu diketahui untuk merancang reka bentuk pengajaran.

Pelajar hendaklah dianalisa sebelum pengajaran guru bermula. Analisis pelajar juga boleh dibuat melalui ujian pencapaian supaya dapat membezakan kebolehan pelajar yang mempunyai pencapaian pembelajaran yang berbeza.
Bagi proses pembelajaran yang di rancang ini, Pelajar dianalisis melalui aktiviti yang dijalankan didalam kelas seperti sesi soal jawab, perbincangan, pelaporan yang di buat oleh pelajar dan juga daripada ujian yang dijalankan. Dengan ini, guru dapat memastikan aras kefahaman setiap pelajar agar guru dapat menyesuaikan kaedah pengajaran sesuai dengan kefahaman pelajar.
Mengenalpasti objektif
Objektif adalah merupakan pernyataan yang terperinci bagi matlamat pendidikan/hasil pembelajaran. Tiga komponen utama bagi mana-mana objektif ialah perilaku pelajar yang diharapkan, keadaan semasa perilaku ini dilaksanakan dan piawaian atau kriteria yang mesti dicapai oleh pelajar.
Hasil pembelajaran yang diharapkan untuk Astronomi bagi matapelajaran Sains tahun 6 adalah untuk memastikan murid- murid dapat memahami fenomena gerhana bulan dan gerhana matahari. Selain itu guru juga turut menerapkan sikap mengagumi keindahan ciptaan alam semesta.
Merancang aktiviti pengajaran

Langkah berikut ialah mengenal pasti strategi yang akan digunakan dalam pengajaran serta memilih media yang sesuai digunakan untuk mencapai hasil pembelajaran.
2. 2. Strategi pengajaran mencakupi aktiviti sebelum pengajaran, persembahan maklumat, latihan dan tindak balas dan ujian dan aktiviti susulan.
3. 3. Suatu rancangan pengajaran akan diperluaskan atau diringkaskan berdasarkan sama ada pengajaran itu disediakan untuk pelajar yang kurang pandai, berkebolehan sederhana atau pandai. Ianya adalah penting bahawa keseluruhan rancangan pengajaran disediakan bagi membolehkan pelajar dapat mencapai sesuatu objektif pembelajaran yang telah ditentukan.
4. 4. Bagi tajuk yang telah dipilih, perancangan aktiviti adalah seperti berikut :
5. 5. Set Induksi –
6. 6. Guru menayangkan klip video berkaitan dengan gerhana bulan dan gerhana matahari kepada pelajar.
7. 7. Guru bersoal jawab dengan dengan murid-murid tentang kejadian gerhana bulan dan gerhana matahari.
8. 8. Guru mengaitkan jawapan murid dengan tajuk pelajaran hari ini.

Gerhana bulan dan gerhana matahari
http://www.youtube.com/watch?v=tIE1MTGz4eI&feature=related
http://www.youtube.com/watch?v=wHxcWSiD_4E&feature=related
http://www.youtube.com/watch?v=dqreLkR0MoM&feature=related
Gerhana matahari
http://www.youtube.com/watch?v=B_M6wgVkc88&feature=related
Animasi gerhana bulan
http://www.youtube.com/watch?v=cCM3FPkP1e8&feature=related

Langkah 1 –
9. 9. Guru meminta murid untuk menjalankan simulasi untuk menerangkan bagaimana gerhana bulan dan gerhana matahari berlaku.
10. 10. Melukis rajah untuk menunjukkan kedudukan bumi, bulan dan matahari semasa gerhana bulan dan gerhana matahari.
11. 11. Membincangkan tentang keadaan di bumi semasa gerhana bulan seperti malam yang gelap gelita dan gerhana matahari seperti keadaan yang gelap, haiwan pulang ke sarang dan ayam berkokok.
12. 12. Langkah 2-
13. 13. Guru memberi peluang kepada pelajar untuk melayari internet bagi menjawab soalan secara online berkaiatn dengan topic yang diajar. Soalan boleh didapati di http://proprofs.com
14. 14. Penutup –
15. 15. guru melaksanakan sesi soal jawab dengan murid-murid mengenai kejadian gerhana bulan dan gerhana matahari. Guru membuat kesimpulan mengenai subtopic yang diajar.

Memilih media pengajaran (PENGGUNAAN TEKNOLOGI)

Bahan-bahan seperti panduan belajar, bahan media, panduan guru dan panduan ujian boleh dibina dan disediakan. Keputusan untuk membina bahan baru bergantung kepada objektif atau hasilan pembelajaran, bahan yang sedia ada dan kemampuan organisasi dari segi kepakaran dan kewangan.

Media pengajaran adalah sebahagian daripada pelan pengajaran. Ianya adalah sebagai alat (selain guru, buku teks, dan bahan bercetak tambahan) yang menyampaikan pengajaran kepada pelajar. Ianya bertujuan untuk menghasilkan proses pengajaran & pembelajaran yang menarik dan bermakna sekaligus membantu pencapaian matlamat pembelajaran.
Sebagaimana perancangan dan ciri-ciri yang dinyatakan, proses pengajaran bagi tajuk Astronomi bagi Sains Tahun 6, media yang digunakan guru merupakan bahan BBM yang diolah dan dimanipulasi dari laman-laman web yang berkaitan seperti youtube.
Membina alat penilaian
Kepentingan ujian dalam mereka bentuk pengajaran ialah ujian yang menekankan fakta yang menunjukkan butiran yang penting untuk membekalkan pelajar suatu penilaian tentang kemajuan dalam menguasai objektif pembelajaran.
Keputusan ujian akan memberikan maklumat kepada guru berhubung dengan kualiti pengajaran yang telah disampaikan dan tahap pencapaian pelajar. Hasil ujian juga mampu menjadi rujukan kepada guru untuk menilai proses pengajaran dan pembelajaran yang telah dilaksanakan.
Ujian/penilaian yang dijalankan untuk tajuk pembelajaran ini ialah ujian yang berbentuk objektif yang memerlukan murid untuk memahami keseluruhan topic yang diajar.
Melaksanakan pengajaran
Sebagaimana yang telah dibincangkan, dalam melaksanakan pengajaran yang berjaya, ianya hendaklah dimulakan dengan perancangan yang teliti di mana pengenalpastian matlamat pembelajaran yang khusus mengikut sukatan pelajaran, perancangan aktiviti, pemilihan media yang tepat & berkesan, satu set alat pengukuran bagi mengukur pencapaian pelajar dan kawalan/bimbingan guru yang baik.
Untuk proses pengajaran dan pembelajaran tajuk Astronomi Sains Tahun 6 ini, satu set Skema Kerja dan Rancangan Pengajaran telah dibina sebagai panduan bagi membantu guru menjayakannya.
Menyemak semula pengajaran
Penyemakan objektif/matlamat hendaklah dilakukan melalui pemerhatian /penilaian guru yang dikumpulkan sebelum, semasa dan selepas melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran. Hasil dari pemerhatian/penilaian tersebut lakukan langkah-langkah seterusnya iaitu untuk melaksanakan pemulihan atau pengayaan dalam pembelajaran murid.