ISLAM DALAM
TAMADUN MELAYU
SERTA PERANANNYA
DALAM PEMBINAAN
TAMADUN MALAYSIA

1
Pendahuluan


Islam mempunyai kaitan yang rapat
terhadap perkembangan tamadun
manusia termasuklah di Malaysia.
Perkataan ...


Islam secara umumnya adalah sejahtera di
mana sistem Allah s.w.t. adalah seimbang
dan sejahtera. Seluruh makhluk Allah ...
PANDANGAN SEMESTA DAN
TAMADUN ISLAM


Menurut Lucien Goldmann, unsur utama
yang membezakan antara sesebuah
tamadun dengan...
Pandangan semesta …


Secara umumnya, pandangan semesta merupakan
satu konsep mengenai alam semesta secara
keseluruhan te...
Sifat-sifat Tamadun Islam
1.
2.
3.
4.

5.
6.

Kesejagatan
Keterbukaan
Sepanjang zaman
Toleransi Terhadap Agama Dan
Budaya ...
CIRI-CIRI KHUSUS
TAMADUN ISLAM
1.
2.
3.
4.

Rabbani
Sempurna dan menyeluruh
Umum
Idealistik dan realistik

7
MATLAMAT TAMADUN ISLAM


Matlamat umum : mewujudkan
perhubungan yang sejahtera sesama
manusia dan alam



Matlamat khusu...
Hubungan manusia dengan Allah s.w.t.


Hubungan antara manusia dengan
Allah s.w.t. bersifat hubungan antara
hamba dengan ...
Hubungan manusia
dengan manusia


Masyarakat muslim adalah masyarakat yang
terbentuk berdasarkan konsep kesatuan ummah.
I...
Hubungan manusia dengan alam


Allah s.w.t. telah mencipta alam semesta ini
untuk dinikmati oleh makhluk ciptaanNya
Manus...


"Dan tiada satu pun di antara haiwan
melata di bumi atau pun burung
terbang dengan dua sayapnya
melainkan mereka juga u...


Memberikan makanan dan minuman
kepada haiwan, khususnya yang
dipelihara, apabila diperlukan. Sabda
Rasulullah s.a.w.:
"...


Tidak menyiksa binatang dengan apa
cara sekalipun. Sabda Rasulullah
s.a.w.:
"Seorang perempuan dimasukkan
ke dalam nera...
SUMBER TAMADUN ISLAM


Sumber utama tamadun Islam ialah alQuran dan al-Sunnah.



Al-Quran menggariskan prinsip-prinsip
...
TUJUAN TAMADUN ISLAM
Tujuan utama tamadun Islam
ialah
memelihara
keperluan
manusia yang lima iaitu:
1.

2.
3.
4.
5.

menja...
al-Dharuriyyat


al-Dharuriyyat ialah perkara yang mesti wujud
bagi mendirikan maslahah-maslahah (kebaikankebaikan) terha...


al-Hajiyyat bermaksud keperluan kepada
perkara yang membawa kelegaan dan mampu
menghilangkan kesusahan dan masyaqqah
(k...
al-Tahsiniyyat


al-Tahsiniyyat pula bermaksud
mengambil perkara-perkara yang
selayaknya menerusi kebaikankebaikan dan me...
ISLAM
DALAM TAMADUN MELAYU


Islam merupakan suatu elemen yang
sangat penting dan signifikan dalam
membincangkan tamadun ...
TEORI KEDATANGAN ISLAM KE
ALAM MELAYU


Beberapa teori telah dikemukakan :



Dari segi masa, ada yang menyatakan bahawa...
KESAN DAN PENGARUH ISLAM DALAM
TAMADUN MELAYU


Kedatangan Islam telah banyak
mencorakkan suasana masyarakat di Alam
Mela...
Islam dan Pembentukan
Tamadun Melayu


Tamadun Melayu ialah sebuah tamadun yang
dibentuk oleh sekelompok manusia yang
dog...


Kedatangan Islam ke Alam Melayu telah
memantapkan keseluruhan pandangan semesta
Melayu dan berlaku pentakrifan semula t...
Kedudukan Islam dalam Perlembagaan


Kedudukan agama Islam yang telah menjadi sebati
dengan kehidupan masyarakat Melayu k...


Dalam konteks perlembagaan
Malaysia pada masakini, dalam
Perlembagaan Persekutuan
Malaysia jelas memberitahu
bahawa :
“...


Menurut Perkara 3(1), Islam telah
dinyatakan sebagai agama rasmi
persekutuan Malaysia. Dalam masa
yang sama, agama-agam...


Bahawa seorang Melayu itu adalah seorang
yang beragama Islam, lazimnya bercakap di
dalam Bahasa Melayu dan mengikut ist...


Di dalam sumpah memegang jawatan
Yang
DiPertuan
Agong
baginda
mengangkat sumpah dengan didahului
dengan lafaz Wallahi, ...


Raja dan Sultan di negeri-negeri beraja ialah
ketua agama Islam bagi negeri masingmasing.



Dalam menjalankan tugas s...


Walaubagaimanapun, sebagai satu
perlindungan tambahan terhadap
status agama Islam sebagai agama
rasmi Malaysia, Perkara...


Perkara 38(2)(b) pula memperuntukkan bahawa
Sultan di dalam Majlis Raja-Raja adalah ketuaketua agama Islam dan bertangg...


Walaubagaimanapun, maksud Islam
sebagai agama rasmi negara disini
haruslah diperjelaskan. Ini ialah kerana,
agama rasmi...


Sebaliknya, kedudukan Islam sebagai agama
rasmi dalam Perkara 3(1) adalah dalam bentuk
yang lebih kecil dan terbatas ke...
Keterbatasan …


Hakikat bahawa maksud agama rasmi di dalam
Perkara 3(1) hanya terbatas kepada beberapa
perkara tertentu ...


Jadual kesembilan di dalam senarai
keduanya yang mendefinisikan bidang
kuasa Badan Penggubal Undangundang Negeri (State...


Makna agama Islam sebagai agama rasmi
Persekutuan juga jelas terbatas daripada
perlaksanaan Sistem Perundangan Malaysia...


Ini bermakna kejelasan penggunaan hukum
syarak tidak wujud dalam undang-undang
dan Perlembagaan Persekutuan Malaysia
ba...
PERANAN TAMADUN MELAYU DALAM
PEMBINAAN TAMADUN MALAYSIA


Malaysia kini adalah sebuah negara bangsa
berbentuk persekutuan...
Sistem Perundangan Tradisional


Melaka : Hukum Kanun Melaka, Undang-undang Laut
Melaka.



Johor : Undang-undang Johor,...
Agama Islam dan Adat-adat
Istiadat Melayu


Islam merupakan elemen penting dalam tamadun
Melayu.



Secara khusus, Islam...
Agama Islam dan Adat-adat
Istiadat Melayu


Agama Islam dijadikan salah satu
daripada asas bagi mengiktiraf
seseorang seb...
Kedudukan Istimewa Orang Melayu
dan Bumiputera


Keistimewaan orang Melayu juga telah menjadi satu
asas dalam perkembanga...
Semangat Kebangsaan
dan Jati Diri Kebangsaan


Tamadun Melayu yang ditunjangi oleh kekuatan
pegangan terhadap agama Islam...
Penerapan Nilai-nilai Islam dan
kesan-kesannya


Penerapan nilai-nilai Islam yang telah menjadi akar
umbi kawalan terhada...
Pendekatan Sistem Perbankan
Islam dalam Era Globalisasi


Dalam menghadapi era globalisasi masakini
pendekatan ekonomi ne...
PENUTUP


Kedatangan Islam ke Tanah Melayu telah membentuk
wajah baru dan memperkukuhkan identiti Melayu
yang sebelumnya ...
Upcoming SlideShare
Loading in …5
×

Islam dlm tamadun mlyu serta peranannya dlm tmadun malaysia

1,869 views

Published on

Published in: Education
0 Comments
1 Like
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

No Downloads
Views
Total views
1,869
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
1
Actions
Shares
0
Downloads
92
Comments
0
Likes
1
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Islam dlm tamadun mlyu serta peranannya dlm tmadun malaysia

  1. 1. ISLAM DALAM TAMADUN MELAYU SERTA PERANANNYA DALAM PEMBINAAN TAMADUN MALAYSIA 1
  2. 2. Pendahuluan  Islam mempunyai kaitan yang rapat terhadap perkembangan tamadun manusia termasuklah di Malaysia. Perkataan Islam itu sendiri berasal daripada perkataan Arab salima bererti selamat sentosa atau kedamaian.  Dari perkataan salima ini lahir perkataan aslama yang bermaksud terpelihara dalam keadaan selamat sentosa. Ia juga bererti menyerah diri, tunduk patuh dan taat. 2
  3. 3.  Islam secara umumnya adalah sejahtera di mana sistem Allah s.w.t. adalah seimbang dan sejahtera. Seluruh makhluk Allah s.w.t. mengikut dengan patuh terhadap sistem Allah s.w.t. seperti firmanNya di dalam surah al-'Imraan ayat 83 yang bermaksud: "Patutkah sesudah (mengakui dan menerima perjanjian) itu mereka mencari lain daripada agama Allah? Padahal kepadaNyalah tunduk (taat) sekalian makhluk yang ada di langit dan di bumi, sama ada dengan sukarela ataupun dengan paksa, dan kepadaNyalah mereka dikembalikan" 3
  4. 4. PANDANGAN SEMESTA DAN TAMADUN ISLAM  Menurut Lucien Goldmann, unsur utama yang membezakan antara sesebuah tamadun dengan tamadun yang lain ialah pandangan semesta (worldview / weltanschauung) yang mendasarinya.  Ibn Khaldun mengatakan bahawa suasana persekitaran merupakan unsur terpenting dalam membentuk pandangan semesta sesebuah masyarakat. 4
  5. 5. Pandangan semesta …  Secara umumnya, pandangan semesta merupakan satu konsep mengenai alam semesta secara keseluruhan terutamanya dilihat melalui satu sudut pandangan yang dipengaruhi oleh satu sistem nilai tertentu.  Syed Naquib al-Attas : pandangan semesta Islam merangkumi dunia dan akhirat yang mana aspek dunia merupakan persediaan bagi aspek akhirat. Oleh itu pandangan semesta dari perspektif Islam ialah pandangan tentang realiti atau hakikat yang terjelma dari mata hati manusia mengenai kewujudan seluruh alam. 5
  6. 6. Sifat-sifat Tamadun Islam 1. 2. 3. 4. 5. 6. Kesejagatan Keterbukaan Sepanjang zaman Toleransi Terhadap Agama Dan Budaya Lain Kesatuan Dalam Kepelbagaian Keseimbangan Antara Rohani Dan Jasmani 6
  7. 7. CIRI-CIRI KHUSUS TAMADUN ISLAM 1. 2. 3. 4. Rabbani Sempurna dan menyeluruh Umum Idealistik dan realistik 7
  8. 8. MATLAMAT TAMADUN ISLAM  Matlamat umum : mewujudkan perhubungan yang sejahtera sesama manusia dan alam  Matlamat khusus : mewujudkan hubungan dengan Pencipta iaitu Allah s.w.t. iaitu beribadat mengikut prosedur yang ditetapkan oleh Allah s.w.t. dan Rasulnya Nabi Muhammad s.a.w. 8
  9. 9. Hubungan manusia dengan Allah s.w.t.  Hubungan antara manusia dengan Allah s.w.t. bersifat hubungan antara hamba dengan Penciptanya.  Hubungan tersebut merupakan hubungan paling tinggi dan paling mulia dalam kehidupan manusia, mengatasi hubungan yang wujud antara manusia tersebut dengan mana-mana manusia atau makhluk lain. 9
  10. 10. Hubungan manusia dengan manusia  Masyarakat muslim adalah masyarakat yang terbentuk berdasarkan konsep kesatuan ummah. Ini menjadikan masyarakat Islam sebuah masyarakat yang berbentuk sejagat, tidak bersifat perkauman, tidak bersifat kebangsaan serta tidak terbatas dalam lingkungan sempadan geografi dan politik.  Bagi masyarakat muslim, hanya satu ukuran yang mendapat tempat di sisi Allah Yang Maha Mencipta iaitu ketakwaan kepadaNya, di samping berbuat baik kepada sesama manusia. 10
  11. 11. Hubungan manusia dengan alam  Allah s.w.t. telah mencipta alam semesta ini untuk dinikmati oleh makhluk ciptaanNya Manusia sebagai khalifah Allah s.w.t. di muka bumi ini telah dipertanggungjawabkan untuk memelihara alam ini.  Allah s.w.t. telah memberikan panduanNya kepada manusia berhubung dengan hubungan yang sepatutnya antara manusia dengan alam. 11
  12. 12.  "Dan tiada satu pun di antara haiwan melata di bumi atau pun burung terbang dengan dua sayapnya melainkan mereka juga umat-umat seperti kamu; tiada satu pun yang Kami lupakan di dalam Kitab, kemudian kepada Tuhannya mereka dikumpulkan”. (al-An’aam, 6 : 38) 12
  13. 13.  Memberikan makanan dan minuman kepada haiwan, khususnya yang dipelihara, apabila diperlukan. Sabda Rasulullah s.a.w.: "Sesiapa yang tidak mengasihani tidak akan dikasihani"  Mengasihani haiwan. Sabda Rasulullah s.a.w. apabila baginda melihat beberapa orang menjadikan burung sebagai sasaran panah mereka: "Allah melaknat orang yang menjadikan sesuatu yang mempunyai roh sebagai sasaran" 13
  14. 14.  Tidak menyiksa binatang dengan apa cara sekalipun. Sabda Rasulullah s.a.w.: "Seorang perempuan dimasukkan ke dalam neraka disebabkan seekor kucing yang dikurungnya hingga mati, perempuan itu akan masuk neraka kerana kucing itu tidak diberi makan, tidak diberi minum dan tidak dibiarkan memakan binatang-binatang tanah". (Bukhari) 14
  15. 15. SUMBER TAMADUN ISLAM  Sumber utama tamadun Islam ialah alQuran dan al-Sunnah.  Al-Quran menggariskan prinsip-prinsip asas, kemudian dijelas dan diperincikan oleh al-Sunnah.  Kedua-duanya ini merupakan sumber inspirasi umat Islam untuk membentuk, membangun dan mengembangkan tamadun mereka. 15
  16. 16. TUJUAN TAMADUN ISLAM Tujuan utama tamadun Islam ialah memelihara keperluan manusia yang lima iaitu: 1. 2. 3. 4. 5. menjaga menjaga menjaga menjaga menjaga agama jiwa keturunan akal harta 16
  17. 17. al-Dharuriyyat  al-Dharuriyyat ialah perkara yang mesti wujud bagi mendirikan maslahah-maslahah (kebaikankebaikan) terhadap al-din (agama) dan dunia.  Ketiadaannya akan menyebabkan maslahah dunia tidak berada dalam keadaan stabil bahkan mendatangkan kerosakan dan huru hara serta musnahnya kehidupan atau dengan kata lain, luputnya keselamatan dan kenikmatan sehingga membawa kerugian yang amat besar. 17
  18. 18.  al-Hajiyyat bermaksud keperluan kepada perkara yang membawa kelegaan dan mampu menghilangkan kesusahan dan masyaqqah (kesulitan).  Apabila luputnya perkara al-hajiyyat akan membawa individu atau masyarakat kepada kesukaran walaupun tidaklah sampai kepada kesukaran yang amat sangat seperti tahap aldaruriyyat yang boleh membinasakan.  Hal ini juga melibatkan soal ibadat (khusus), adat kebiasaan, muamalat dan juga jenayah. 18
  19. 19. al-Tahsiniyyat  al-Tahsiniyyat pula bermaksud mengambil perkara-perkara yang selayaknya menerusi kebaikankebaikan dan menjauhi perkaraperkara dipandang keji oleh akal yang rasional.  Hal ini terangkum dalam maksud kemuliaan akhlak. 19
  20. 20. ISLAM DALAM TAMADUN MELAYU  Islam merupakan suatu elemen yang sangat penting dan signifikan dalam membincangkan tamadun Melayu.  Ini kerana, Islam banyak mempengaruhi perkembangan tamadun Melayu. Kesan dan nilai Islam dapat ditemui pada hampir segenap aspek dalam kehidupan masyarakat dan tamadun Melayu. 20
  21. 21. TEORI KEDATANGAN ISLAM KE ALAM MELAYU  Beberapa teori telah dikemukakan :  Dari segi masa, ada yang menyatakan bahawa kedatangan Islam ke Alam Melayu bermula pada abad ke lapan Masehi dan ada yang berpandangan bahawa kedatangan Islam ke Alam Melayu adalah pada abad ke sembilan Masehi.  Dari segi sumbernya, ada mengatakan Islam datang secara langsung dari negeri Arab, ada yang mengatakan dari India dan ada yang mengatakan dari China. 21
  22. 22. KESAN DAN PENGARUH ISLAM DALAM TAMADUN MELAYU  Kedatangan Islam telah banyak mencorakkan suasana masyarakat di Alam Melayu.  Kesan dan pengaruh Islam dalam Tamadun Melayu dapat dilihat dalam beberapa aspek, antaranya: – – – – – – – – – Akidah Politik Sosial undang-undang Ekonomi Kebudayaan Bahasa dan sastera Kesenian Pendidikan dan Ilmu Syariah 22
  23. 23. Islam dan Pembentukan Tamadun Melayu  Tamadun Melayu ialah sebuah tamadun yang dibentuk oleh sekelompok manusia yang dogolongkan secara luas sebagai kumpulan orang Melayu dan bertempat di suatu wilayah di Asia Tenggara yang dikenali dengan pelbagai nama seperti Alam Melayu, Nusantara, Tanah Jawi, Gugusan Kepulauan Melayu dan sebagainya.  Wilayah ini ditandai dengan dua elemen iaitu bahasa Melayu sebagai lingua franca dan agama Islam sebagai anutan majoriti penduduknya. 23
  24. 24.  Kedatangan Islam ke Alam Melayu telah memantapkan keseluruhan pandangan semesta Melayu dan berlaku pentakrifan semula tentangnya.  Pandangan semesta Melayu yang berpusatkan manusia Melayu (man-centered) dan kesedaran bahawa seluruh hidup terfokus ke arah tuhan (godcentered) membuatkan manusia Melayu menyedari serta meyakini bahawa Allah Yang Maha Berkuasa, Maha Mengasihani.  Ini seterusnya menjadikan pandangan semesta Melayu juga dibentuk berasaskan hubungan manusia dengan Allah (hablum minalLah) dan hubungan dengan sesama manusia (hablum minannas). 24
  25. 25. Kedudukan Islam dalam Perlembagaan  Kedudukan agama Islam yang telah menjadi sebati dengan kehidupan masyarakat Melayu khususnya di Negeri-negeri Melayu hanya berubah selepas kedatangan British ke Tanah Melayu bermula dengan Negeri-negeri Selat (Pulau Pinang, Melaka dan Singapura), Negeri-negeri Melayu Bersekutu, Negerinegeri Melayu Tidak Bersekutu dan Negeri-negeri Borneo (Sabah dan Sarawak).  Undang-undang Inggeris dilaksanakan di negerinegeri Melayu melalui piagam Keadilan I (1807), Piagam Keadilan II (1826) dan Piagam Keadilan III (1855).  Residen-residen Inggeris juga dilantik untuk menasihati para Sultan di dalam perkara-perkara pentadbiran kecuali dalam perkara-perkara mengenai agama dan adat istiadat Melayu. 25
  26. 26.  Dalam konteks perlembagaan Malaysia pada masakini, dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia jelas memberitahu bahawa : “Islam adalah agama rasmi persekutuan, tetapi agama lain boleh diamalkan dengan bebas di dalam aman dan harmoni di dalam mana-mana bahagian jua di dalam persekutuan ini.” 26
  27. 27.  Menurut Perkara 3(1), Islam telah dinyatakan sebagai agama rasmi persekutuan Malaysia. Dalam masa yang sama, agama-agama lain juga bebas dipraktikkan dan diamalkan.  Kesan daripada peruntukan Perlembagaan Persekutuan ke atas agama Islam dalam perkara 3(1) iaitu agama Islam sebagai agama Persekutuan ialah : 27
  28. 28.  Bahawa seorang Melayu itu adalah seorang yang beragama Islam, lazimnya bercakap di dalam Bahasa Melayu dan mengikut istiadat Melayu.  Melayu dan Islam adalah unsur yang bercantum dan tidak boleh dipisahkan untuk tujuan undang-undang dan Perlembagaan.  Yang DiPertuan Agong dikalangan raja-raja di negeri Melayu dan di dalam setiap perlembagaan negeri termasuk Perlembagaan Negeri Johor. Mestilah berbangsa Melayu, beragama Islam dan berketurunan raja. 28
  29. 29.  Di dalam sumpah memegang jawatan Yang DiPertuan Agong baginda mengangkat sumpah dengan didahului dengan lafaz Wallahi, Wabillahi dan Watallahi yang merupakan lafaz sumpah yang dikehendaki dalam agama Islam.  Yang DiPertuan Agong adalah ketua agama Islam di negeri Melaka, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan iaitu negeri yang tidak mempunyai Raja. 29
  30. 30.  Raja dan Sultan di negeri-negeri beraja ialah ketua agama Islam bagi negeri masingmasing.  Dalam menjalankan tugas sebagai ketua agama mereka mempunyai budi bicara dan tidak terikat dengan nasihat Majlis Mesyuarat Negeri.  Sultan dari segi praktikalnya semasa bertugas dibantu dan dinasihati oleh Majlis Agama Islam Negeri. 30
  31. 31.  Walaubagaimanapun, sebagai satu perlindungan tambahan terhadap status agama Islam sebagai agama rasmi Malaysia, Perkara 11(4) ada menegaskan bahawa Undang-undang Negeri dan Undang-undang Persekutuan bagi Wilayah Persekutuan dan Labuan, boleh menjalankan dan menguatkuasakan pengawalan dan penghalangan terhadap apa-apa seruan, dakwah mahupun sebaran agama-agama lain keatas penganutpenganut Islam. 31
  32. 32.  Perkara 38(2)(b) pula memperuntukkan bahawa Sultan di dalam Majlis Raja-Raja adalah ketuaketua agama Islam dan bertanggungjawab ke atas adat istiadat Islam.  Perkara 3(2) pula menegaskan bahawa Yang diPertuan Agong menjadi ketua agama bagi negeri-negeri yang tidak mempunyai Sultan. Kedudukan Islam sebagai agama rasmi Malaysia seperti mana di dalam Perkara 3(1) di atas adalah amat jelas, diperkuatkan dengan Perkara 11(4) yang menghalang sebarang penyebaran agama lain kepada orang-orang Islam. 32
  33. 33.  Walaubagaimanapun, maksud Islam sebagai agama rasmi negara disini haruslah diperjelaskan. Ini ialah kerana, agama rasmi di sini bukanlah bererti Islam dan segala prinsip-prinsipnya yang terkandung di dalam al-Quran, as-Sunnah dan sumber-sumber lain diaplikasikan secara menyeluruh di dalam segenap pelusuk hal ehwal kenegaraan sebagaimana definisi Islam mengikut syarak. 33
  34. 34.  Sebaliknya, kedudukan Islam sebagai agama rasmi dalam Perkara 3(1) adalah dalam bentuk yang lebih kecil dan terbatas kepada beberapa aspek kehidupan seperti, aqidah iaitu kepercayaan, ibadah khusus seperti sembahyang, puasa, zakat, haji serta beberapa aspek khusus kehidupan masyarakat Islam seperti pernikahan, penceraian, waqaf, harta pusaka serta beberapa kesalahan lain seperti berzina, minum arak dan lain-lain. 34
  35. 35. Keterbatasan …  Hakikat bahawa maksud agama rasmi di dalam Perkara 3(1) hanya terbatas kepada beberapa perkara tertentu sahaja dapat dibuktikan seterusnya melalui Perkara 160 yang jelas tidak memasukkan Undang-Undang Syarak di dalam definisi dan undang-undangnya.  Kedudukan Islam menurut Perkara 3(1) perlembagaan hanya terhad kepada perlaksanaan Islam di dalam beberapa aspek kemasyarakatan umat Islam sahaja seperti hal kekeluargaan, hal ketuhanan dan keimanan dan beberapa aspek lain sahaja. 35
  36. 36.  Jadual kesembilan di dalam senarai keduanya yang mendefinisikan bidang kuasa Badan Penggubal Undangundang Negeri (State Legislature) juga telah menyenaraikan aspekaspek lain yang mana badan penggubal undang-undang negeri boleh mengubal Undang-undang atau Enakmen-enakmen hukum syarak di negeri-negeri masing-masing. 36
  37. 37.  Makna agama Islam sebagai agama rasmi Persekutuan juga jelas terbatas daripada perlaksanaan Sistem Perundangan Malaysia yang jelas sebagai ambilan daripada sistem Perundangan Negara-negara lain seperti England dan Australia.  Banyak di antara undang-undang negara ini yang mengambil contoh undang-undang di England seperti pengamalan Undang-Undang Common Law (undang-undang Lazim) dan Equity. 37
  38. 38.  Ini bermakna kejelasan penggunaan hukum syarak tidak wujud dalam undang-undang dan Perlembagaan Persekutuan Malaysia bahkan ambilannya adalah dari sistem Perundangan negara-negara Sekular.  Selain itu, terdapat Akta-Akta Persekutuan yang bertentangan dengan hukum syarak seperti Trustees Act, Age of Majority Act, dan sebagainya yang masih lagi terpakai kepada orang Islam dan bukan Islam di Malaysia.  Bidang kuasa Mahkamah Syariah pula masih lagi terhad kepada kes di mana kedua-dua pihak adalah Islam dan tidak berkuasa ke atas orang bukan Islam. 38
  39. 39. PERANAN TAMADUN MELAYU DALAM PEMBINAAN TAMADUN MALAYSIA  Malaysia kini adalah sebuah negara bangsa berbentuk persekutuan yang terdiri daripada komponen 14 buah negeri.  Kewujudan Malaysia sebagai sebuah negara bangsa sebenarnya merupakan lanjutan daripada kemunculan kerajaan-kerajaan Melayu lebih awal.  Kerajaan-kerajaan Melayu tersebut juga merupakan kesinambungan daripada beberapa buah kerajaan atau pusat tamadun Melayu yang pernah wujud di Alam Melayu seperti Srivijaya, Temasik, Kesultanan Melayu Melaka, Kesultanan Johor Riau-Lingga dan sebagainya. 39
  40. 40. Sistem Perundangan Tradisional  Melaka : Hukum Kanun Melaka, Undang-undang Laut Melaka.  Johor : Undang-undang Johor, Undang-undang Tubuh Negeri Johor 1895.  Pahang : Undang-undang Pahang.  Kedah : Undang-undang Kedah.  Perak : Undang-undang 99 Perak dan Undang-undang Keturunan Daripada Turun Negeri Perak.  Terengganu 1911.  Negeri Sembilan : di Sungai dan Jelebu. : Perlembagaan Negeri Terengganu, Ujong, Rembau, Johol 40
  41. 41. Agama Islam dan Adat-adat Istiadat Melayu  Islam merupakan elemen penting dalam tamadun Melayu.  Secara khusus, Islam dan adat Melayu menjadi salah satu struktur terpenting kemelayuan dalam tamadun Malaysia.  Islam dan adat Melayu merupakan struktur yang saling melengkapi dan berintegrasi ke dalam wadah kemelayuan. Islam terus menjadi teras bagi identiti Melayu.  Dalam perlembagaan, orang Melayu didefinisikan 41 sebagai orang yang berbahasa Melayu, mengamalkan
  42. 42. Agama Islam dan Adat-adat Istiadat Melayu  Agama Islam dijadikan salah satu daripada asas bagi mengiktiraf seseorang sebagai berbangsa Melayu. Begitu juga dengan perlantikan sultan bagi setiap negeri, sultan dimestikan beragama Islam.  Sultan juga diberikan peranan yang besar dalam mengetuai agama Islam di setiap negeri di Tanah Melayu. 42
  43. 43. Kedudukan Istimewa Orang Melayu dan Bumiputera  Keistimewaan orang Melayu juga telah menjadi satu asas dalam perkembangan ketuanan orang Melayu penerajuan dan pemilikan negara Malaysia.  Keistimewaan ini telah diperuntukan dalam perlembagaan Persekutuan Malaysia dalam Perkara 153.  Di samping peruntukan perlembagaan memberikan keistimewaan orang Malayu, perlembagaan Malaysia juga memberikan perakuan dan pengiktirafan terhadap undang-undang adat yang dilaksanakan di kalangan orang Melayu.  Namun demikian undang-undang adat ini tidak dapat mengatasi atau melangkah kuasa Perlembagaan Persekutuan Malaysia. 43
  44. 44. Semangat Kebangsaan dan Jati Diri Kebangsaan  Tamadun Melayu yang ditunjangi oleh kekuatan pegangan terhadap agama Islam sebenarnya telah banyak memberikan sumbangan kepada semangat juang di kalangan cendikiawan-cendikiawan Melayu dalam memperjuangkan hak orang Melayu dan juga kebebasan Tanah Melayu daripada belenggu penjajahan.  Di bawah pemerintahan British semangat kebangsaan untuk berjuang mempertahan dan membebaskan tanah Melayu telah bermula seawal 1900 dengan diketuai oleh beberapa orang pemikir dan cerdik pandai yang memperolehi pendidikan tinggi dalam bidang pengajian Islam daripada Universiti Al-Azhar Mesir dan juga daripada beberapa universiti di Timur Tengah yang lain.  Mereka ini telah menggunakan bahasa Melayu sebagai wahana dalam menyampaikan buah fikiran dalam beberapa majalah dan akhbar seperti al-Imam, Neracha dan al-Ikhwan. 44
  45. 45. Penerapan Nilai-nilai Islam dan kesan-kesannya  Penerapan nilai-nilai Islam yang telah menjadi akar umbi kawalan terhadap semua dasar dan polisi yang dijalankan oleh kerajaan telah menampakkan lagi kepada kita peranan agama Islam dalam pembentukan negara Malaysia.  Nilai-nilai Islam yang suci dan universal telah dapat diterima oleh semua bangsa majmuk yang tinggal dalam negara ini.  Nilai-nilai Islam yang berasaskan tauhid dan mencakupi semua aspek hidup manusia telah menjadi satu mekanisme kawalan dan panduan bagi kakitangan kerajaan dalam menjalankan tugas mereka. Keistimewaan agama Islam yang menjadi identiti bangsa Melayu telah menjadikan tamadun Melayu sebagai asas tamadun Malaysia. 45
  46. 46. Pendekatan Sistem Perbankan Islam dalam Era Globalisasi  Dalam menghadapi era globalisasi masakini pendekatan ekonomi negara dimantapkan lagi dengan sistem Perbankan Islam yang dimulakan pada 1983.  Sekalipun sistem konvensional tetap wujud di Malaysia, namun Sistem Perbankan Islam kini semakin popular termasuk juga kepada golongan bukan Islam. 46
  47. 47. PENUTUP  Kedatangan Islam ke Tanah Melayu telah membentuk wajah baru dan memperkukuhkan identiti Melayu yang sebelumnya dibayangi oleh elemen-elemen yang rapuh dan tidak kekal.  Dengan berindentitikan Islam, bangsa Melayu akan dapat menjayakan pepatah ’tidak Melayu hilang di dunia’.  Kejituan tamadun Melayu yang berasaskan agama Islam inilah yang telah berjaya membentuk satu lakaran perjalanan bangsa Melayu di Tanah Melayu terutama di Malaysia. 47

×