Successfully reported this slideshow.
We use your LinkedIn profile and activity data to personalize ads and to show you more relevant ads. You can change your ad preferences anytime.

Cerita cerita yang bermoral untuk pemangkin kearah kejayaan

10,845 views

Published on

info

  • Dating direct: ♥♥♥ http://bit.ly/2F4cEJi ♥♥♥
       Reply 
    Are you sure you want to  Yes  No
    Your message goes here
  • Follow the link, new dating source: ♥♥♥ http://bit.ly/2F4cEJi ♥♥♥
       Reply 
    Are you sure you want to  Yes  No
    Your message goes here

Cerita cerita yang bermoral untuk pemangkin kearah kejayaan

  1. 1. CERITA CERITA YANG BERMORAL UNTUK PEMANGKIN KEARAH KEJAYAANKISAH PENDAYUNG SAMPANSuatu hari, seorang Professor yang sedang membuat kajian tentang lautan menumpang sebuah sampan.Pendayung sampan itu seorang tua yang begitu pendiam. Professor memang mencari pendayungsampan yang pendiam agar tidak banyak bertanya ketika dia sedang membuat kajian.Dengan begitutekun Professor itu membuat kajian.Diambilnya sedikit air laut dengan tabung uji kemudian digoyang-goyang; selepas itu dia menulis sesuatu di dalam buku. Berjam-jam lamanya Professor itu membuatkajian dengan tekun sekali. Pendayung sampan itu mendongak ke langit.Berdasarkan pengalamannyadia berkata di dalam hati, “Hmm. Hari nak hujan.” “OK, semua sudah siap, mari kita balik ke darat” kataProfessor itu. Pendayung sampan itu akur dan mula memusingkan sampannya ke arah pantai. Hanyadalam perjalanan pulang itu barulah Professor itu menegur pendayung sampan. “Kamu dah lama kerjamendayung sampan?” Tanya Professor itu. “Hampir semur hidup saya.” Jawab pendayung sampan itudgn ringkas. “Seumur hidup kamu?” Tanya Professor itu lagi. “Ya”. “Jadi kamu tak tahu perkara-perkaralain selain dari mendayung sampan?” Tanya Professor itu. Pendayung sampan itu hanya menggelengkankepalanya. Masih tidak berpuas hati, Professor itu bertanya lagi, “Kamu tahu geografi?” Pendayungsampan itu menggelengkan kepala. “Kalau macam ni, kamu dah kehilangan 25 peratus dari usia kamu.”Kata Professor itu lagi, “Kamu tahu biologi?” Pendayung sampan itu menggelengkan kepala. “Kasihan.Kamu dah kehilangan 50 peratus usia kamu. Kamu tahu fizik?” Professor itu masih lagi bertanya. Sepertitadi, pendayung sampan itu hanya menggelengkan kepala. “Kalau begini, kasihan, kamu sudahkehilangan 75 peratus dari usia kamu.Malang sungguh nasib kamu, semuanya tak tahu.Seluruh usiakamu dihabiskan sebagai pendayung sampan.” Kata Professor itu dengan nada mengejek dan angkuh.Pendayung sampan itu hanya berdiam diri. Selang beberapa minit kemudian, tiba-tiba hujan turun. Tiba-tiba saja datang ombak besar. Sampan itu dilambung ombak besar dan terbalik. Professor danpendayung sampan terpelanting. Sempat pula pendayung sampan itu bertanya, “Kamu tahu berenang?”Professor itu menggelengkan kepala. “Kalau macam ini, kamu dah kehilangan 100 peratus nyawa kamu.”Kata pendayung sampan itu sambil berenang menuju ke pantai.PENGAJARAN DARI CERITA INIDalam hidup ini IQ yang tinggi belum tentu boleh menjamin kehidupan.Tak guna kita pandai dan tahu banyak perkara jika tak tahu perkara-perkara penting dalam hidup.Adakalanya orang yang kita sangka bodoh itu rupanya lebih berjaya dari kita.Dia mungkin bodoh dalam bidang yang tidak ada kena mengena dengan kerjayanya,tetapi “MASTER” dalam bidang yang diceburi.Hidup ini singkat. Jadi, tanyalah pada diri sendiri,untuk apakah ilmu yg dikumpulkan jika bukan utkdigunakan dan boleh digunakan?LAIN-LAIN
  2. 2. Cerita 1Kononnya, terdapat sebuah negeri yang rajanya tidak mempunyai seorang putera, tetapi hanyamempunyai seorang puteri. Raja itu menjadi sugul sentiasa kerana baginda tidak mempunyai pengganti.Akhirnya, baginda meminta pendapat bendahara baginda. Sang bendahara mencadangkan agar salahseorang daripada hamba rakyat dipilih sebagai menantu baginda. Raja bersetuju tetapi siapakah yangharus dipilih.Ada yang mencadangkan supaya seorang pemuda gagah dipilih tetapi dibantah oleh pembesar yang laindengan alasan, sebelum raja mangkat, raja akan digulingkan oleh pemuda gagah yang menjadi menanturaja itu. Berbagai-bagai cadangan dikemukakan tetapi semuanya tidak dapat digunakan.Akhirnya puteri raja bersuara: "Ayahanda, anakanda mencadangkan agar sesiapa juga yang berjayamenyeberangi sungai yang menjadi sempadan di antara istana kita dengan kampung hamba rakyat,maka orang itulah yang sanggup anakanda kahwini." Raja dan para pembesar bersetuju kerana merekayakin bahawa hanya pemuda yang terbaik sahaja yang akan berjaya menyeberangi sungai yang telahbanyak meragut nyawa penduduk negeri itu. Di lubuk sungai itu, tinggal sekeluarga buaya yang sudahsekian lama mengganas membaham penduduk yang leka di tepi sungai. Diumumkanlah hasrat puteriraja itu.Tibalah hari diadakan sayembara itu. Salah seorang pemuda yang kelihatan sasa terjun ke dalam sungaiitu. Belum pun sampai di pertengahan sungai, pemuda itu berenang patah balik kerana dilihatnyabeberapa ekor buaya tiba-tiba muncul di permukaan air.Lebih kurang 99 orang pemuda yang berusaha untuk berenang ke seberang sungai telah berpatah balikke tebing sungai permulaan sayembara.Setelah itu, agak lama, tidak ada sesiapa pun yang terjun kedalam sungai. Beberapa ketika kemudian, kedengaran deburan air. Seorang pemuda kurus berenangtergesa-gesa pontang-panting menuju ke daratan di seberang sungai. Dia berjaya sampai ke tebing.Semua orang bertepuk tangan sebaik-baik sahaja pemuda kurus itu sampai ke tebing.Sebaik-baik sahaja naik ke atas, pemuda itu berkata: "Ampunkan patik tuanku. Bukan patik mahu terjunke dalam sungai itu, tetapi patik ditolak orang. Sebaik-baik sahaja berada di air, patik melihat bayanganbuaya di dalam air. Sebab itulah patik bermati-matian berenang ke tebing untuk menyelamatkan nyawapatik." Raja ketawa dan berkata: "Tidak mengapa orang muda. Apa pun alasan awak, awaklah yangberhak mengahwini puteri beta dan bakal menjadi pengganti beta."Moral ceritanya ialah orang yang tidak berhasrat untuk menjadi berjaya dalam perniagaan MLM ini punmasih boleh berjaya. Inikan pula anda yang sudah pun menetapkan matlamat untuk berjaya dalamperniagaan ini.Cerita 2Pada suatu masa dahulu, ada seorang pemuda yang mahu mendalami ilmu persilatannya. Ia mendengar
  3. 3. bahawa di sebuah gua, terdapat seorang pertapa yang telah terkenal kerana bukan sahaja mempunyaiilmu persilatan yang tinggi bahkan kaya dengan ilmu kebatinannya. Pergilah pemuda itu mencaripertapa itu. Akhirnya dia berjaya. Pertapa itu memberikan syarat kepada pemuda itu. Jika pemuda ituberhasrat untuk menjadi muridnya, pemuda itu mesti pergi ke suatu tempat dan membawa balik sebutirbatu yang sejuk kepadanya. Pemuda itu sanggup. Setelah diberitahukan di mana tempat itu, pergilahpemuda itu ke situ.Setibanya di situ, pemuda itu mendapati memang banyak batu di situ tetapi dia tidak tahu batu manayang dimaksudkan oleh pertapa itu. Dia mengambil sebiji batu dan dilepaskannya. Ternyata batu yangbaru diambilnya itu panas membara. Dia mengalas tapak tangannya dengan kain pengikat kepalanyauntuk mengurangkan bahang kepanasan. Satu persatu batu itu dipegangnya dan dibuangnya keranadirasakannya panas.Akhirnya, tidak ada sebutir batu pun di situ. Dia terfikir, mungkin pertapa itu menipunya kerana tidakada pun batu yang sejuk di situ. Pada fikirannya, pertapa itu hanya memberikan alasan untuk tidak mahumenerimanya.Moral ceritanya ialah kita jangan takut menghadapi cabaran kerana antara banyak cabaran itu tentu adahikmah di sebaliknya. Jika pemuda itu tidak mengalas telapak tangannya dengan kain, sudah tentu diaakan merasa akan ada sebutir batu yang bentul-betul sejuk. Bagaimana pemuda itu hendakmembezakan batu yang sejuk daripada batu yang panas kalau tangannya beralas? Bagaimana anda akanmencapai kejayaan kalau anda takut akan cabaran.Cerita 3Dua orang pelari hendak berlumba lari di trek. Mereka dibekalkan dengan beberapa pasang kasut trekpelbagai jenis. Pemuda pertama tanpa berfikir panjang lagi terus menyarung salah satu daripada kasuttrek itu lalu memecut hingga sampai ke garisan penamat. Dari garisan penamat, dilihatnya pesaingnyamasih lagi memilih-milih kasut trek yang sesuai untuk perlumbaan itu.Moral ceritanya ialah anda jangan berlengah kerana orang lain telah pun bermula dan mungkin telahberjaya. Jangan juga terlalu memilih syarikat MLM yang perlu anda sertai. Pilih-memilih itu bukanprasyarat untuk berjaya. Prasyarat kejayaan ialah mahu buat dan terus buat.Cerita 4Pernahkah anda mendengar cerita anjing dengan bayang-bayang. Sang anjing yang sedangmenggonggong tulang itu melepaskan tulang yang ada di dalam mulutnya hanya semata-mata melihatbayangnya sendiri yang juga sedang menggonggong tulang.Moralnya : Apabila anda sudah berada di dalam mana-mana syarikat MLM, anda jangan sekali-kaliterpengaruh oleh ajakan atau khabar bahawa ada sebuah syarikat MLM lain yang lebih bagus lalu anda
  4. 4. tidak mahu lagi menjalankan perniagaan dalam syarikat MLM yang sedia ada dan menyertai syarikatMLM yang baru itu pula. Jika ini tindakan yang anda ambil, anda akan rugi seperti anjing yang kehilangantulang yang digonggongnya itu.Cerita 5Di Florida, diceritakan bahawa telah tiba musim berombak. Aktiviti papan luncur menjadi pesta di pesisirpantai. Di gigi pantai, seorang pemuda duduk sambil berfikir. "Kalau gunakan 2 papan luncur tentu lebihseronok daripada menggunakan sebuah papan luncur". Setelah habis berfikir, pemuda itu punmengambil dua papan luncur lalu pergi ke gigi pantai. Pada mulanya, dia memang seronok keranakedua-dua belah kakinya berpijak pada papan luncur tetapi sebaik-baik sahaja ombak besarmelandanya, dia terhumban dan kepalanya cedera terkena batu yang kebetulan ada di situ kerana gagalmengimbangkan badan dan kakinya pada kedua-dua papan luncur itu.Moralnya: Jangan terlalu tamak. Berniagalah dengan sebuah syarikat MLM sahaja. Jangan menyertailebih daripada sebuah syarikat MLM kerana akhirnya anda tidak akan berupaya mengurus perniagaananda.Cerita 6Dua orang pegawai pemasaran telah diarahkan oleh majikan mereka untuk membuat tinjauan sama adakasut boleh dijual kepada penduduk di sebuah negara di benua Afrika. Kedua-dua pegawai itu berlepaske negara itu. Seminggu kemudian, pegawai pertama balik dan membuat laporan kepada majikannya."Bos, saya fikir, kita tidak boleh jual kasut di sana. Semua orang di situ tidak memakai kasut bahkan tidakpun mengenali kasut."Beberapa minit kemudian, pegawai kedua pula balik dan membuat laporan. "Bos, masa depan syarikatkasut kita di sana sungguh cerah." Sang majikan terkejut. "Bagaimana? Kata pegawai pertama tadi,orang di sana tak kenal kasut. Macam mana kita nak jual kasut?" Pegawai kedua berkata, "Senang saja,bos. Memang orang di sana tak kenal kasut dan tidak memerlukan kasut tetapi kita mesti mewujudkankeadaan yang akan menyebabkan mereka memerlukan kasut dan akhirnya kenal akan kasut." Majikaningin tahu, "Bagaimana?" "Kita upah orang taburkan paku dan paku tekan di jalanan di tempat merekalalu-lalang dan kita buka kedai kasut di tengah jalan itu."Moral ceritanya ialah pertama, anda mesti kreatif. Anda harus mencipta keadaan yang pelanggan akanmemerlukan produk yang anda pasarkan.Anda tidak harus bergantung pada kegunaan tradisi produk itu.Kedua, anda jangan membuat penilaian berdasarkan pemerhatian kasar. Jangan berpendapat bahawakerana begitu banyak orang berjual produk yang sama di suatu tempat, maka tidak ada peluang untukanda mencari keuntungan.

×